PAS harap Karpal berjiwa besar, akui jika silap
Harakahdaily, | 17 Nov 2013 |
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Karpal selaku ahli politik senior seharusnya berjiwa besar dan berani mengakui kesilapannya jika dia benar mengakatan perkara itu.
"Dia (Karpal) kena jujur dan berjiwa besar. Sebelum ini dia nafikan, malah (Lim) Kit Siang juga menafikan selepas mendapat penjelasan Karpal itu.
"Dengan pendedahan ini bermakna Karpal bukan sahaja calar imej PAS tapi calar juga imej DAP apabila dia berbohong kepada Lim Kit Siang kata benda itu tidak berlaku. Dia telah heret Kit Siang buat kenyataan salah," kata Mahfuz.
Beliau mengulas penafian kedua karpal, yang terbaru terhadap Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr. Raja Ahmad Iskandar A-Hiss yang mendedahkan rakaman kenyataan yang telah dibuat Karpal itu.
Raja Ahmad Iskandar mendakwa dalam rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang, 5 November lalu itu, secara jelas ada menyeru supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk PAS dibatalkan kerana membahayakan negara.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mahu isu itu ditamatkan dengan Karpal sendiri tampil memohon maaf, bukan sahaja kepada PAS, tetapi juga kepada Kit Sinag dan DAP.
"Saya harap DAP boleh mendisiplinkan Karpal," katanya lagi.
Sebelum ini, ketika isu ini mula timbul, Kit Siang menjadi pemimpin DAP pertama menafikan apa yang didakwa telah diperkatakan Karpal itu.
Kemudian, Karpal sendiri tampil sendiri menafikan perkara itu selepas didesak banyak pihak.
Bagaimanapun, pendedahan terbaru bukti rakaman kenyataan Karpal oleh Raja Iskandar itu menuntut penjelasan kedua daripada ahli politik senior DAP itu.
Muslimat PAS Melaka benar ‘poligami’ penuhi kuota
Harakahdaily, | 17 Nov 2013 |
Sebahagian peserta muslimat Konvensyen PAS Melaka kali kedua.
MELAKA: Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man menarik perhatian para peserta konvensyen apabila menyatakan pihaknya membenarkan ‘poligami’.
Katanya, walaupun perkataan itu tidak disenangi oleh muslimat, namun Muslimat PAS negeri membenarkan ‘poligami’ sehingga memenuhi kuota.
Justeru, katanya setiap PAS cawangan perlu ‘berpoligami’ untuk mewujudkan cawangan baru bagi mengukuhkan PAS di negeri ini.
Maksud beliau, memenuhi kuota itu ialah mewujudkan empat cawangan PAS dalam setiap unit peti undi (UPU).
Ini, katanya untuk menjadikan Muslimat PAS cawangan bertambah aktif.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada forum bertajuk ‘PAS Melaka Menghadapi Cabaran Masa Depan’ yang diadakan sempena Konvensyen PAS Melaka kali kedua di Bukit katil, dekat sini hari ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Sofi Wahab turut menggesa supaya cawangan PAS di negeri ditambah di samping mewujudkan lebih banyak Pasti untuk menarik sokongan masyarakat.
Saranan supaya cawangan PAS ditambah setiap tahun turut disentuh oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya negeri, Adly Zahari ketika berucap pada majlis perasmian sebelum itu.
Bayangkan Jika Perempuan Dibenarkan Poligami
Topik hot di facebook hari ini. Poligami.
Ramai yang melahirkan rasa terkilan terutamanya kaum hawa apabila mendengar berita Ashraf Muslim berkahwin lagi satu di Thailand. Sehinggakan aku yang seiras Ashraf Muslim turun merasa tempias kecaman tersebut. Ok. Sila jangan muntah dengan sengaja di siang hari. Batal puasa.
Terbaca satu nukilan luahan hati Noor Dayana, isteri pertama Ashraf Muslim yang mungkin agak kecewa dengan tindakan suaminya. Aku tertarik pada rangkap berikut:
Agak pedih dan menusuk di situ.
Memang poligami tu tak haram. Tapi, cara tu mungkin agak tak kena.
Tambahan majoriti perempuan tidak suka dimadukan. Apatah lagi dengan
cara begitu. Terasa seperti ditipu dan dikhianati.
Ok. Kepada para suami dan bakal suami sekalian. Meh kita semua pakat-pakat bayangkan. Andaikata perempuan dibenarkan poligami. Apa agaknya perasaan lelaki terpaksa bermadu berkongsi isteri dengan lelaki lain?
Ohoi! Tobat aku tak mau. Tengok orang yang aku minat mention nama laki lain kat facebook pun jeles nak mampoih dah. Tu baru crush. Tak jadi bini atau awek lagi. Ini tiba-tiba kalau dapat berita bini kita kawen lagi satu kat Siam. Gila. Mesti menyirap punya la.
Ok. Kita masuk sikit hal dalam kelambu. Bayangkan malam tu giliran madu kita bersama dengan isteri kita. Tiba giliran kita tidur sorang-sorang dalam bilik malam tu. Mesti rasa sunyi tak ada 'bantal peluk'. Mesti terbayang-bayang, apa agaknya isteri aku tengah dok buat dengan madu aku tu. Ohoi. Bayangkan kita terpaksa kongsi isteri? Bayangkan! Mampukah kita? Kalau wanita sampai boleh gaduh tarik rambut. Silap haribulan kita boleh bertumbuk beb dalam hal ni. Haha.
Di sini, aku bukannya nak pertikai pasal poligami. Aku pun tahu tak boleh pertikai sesuatu yang menjadi sunnah Nabi dan dibenarkan dalam Islam. Aku pun tahu antara hikmah perempuan tidak dibenarkan berpoligami sebab nanti kita tak dapat nak trace anak dalam kandungan tu nak ber'bin'kan suami yang mana.
Tapi sekadar ingin mengajak kaum lelaki sekalian menyelami perasaan wanita andai kita di tempat mereka. Jangan kemaruk nak pasang lagi satu sehingga mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira hati dan perasaan mereka.
Dan sebelum kita kata mahu berpoligami kerana ingin mengikut sunnah Nabi, adakah sunnah Baginda yang lain kita dah laksanakan? Adakah yang wajib sudah ditunaikan? Dan pernahkah kita terfikir, kenapa Nabi berpoligami? Sila baca Kenapa Nabi Muhammad Boleh Berpoligami Lebih Dari Empat Isteri?
Kalau kau rasa kau mampu berlaku adil terhadap isteri-isteri kau. Kalau kau rasa isteri kau sememangnya mengimpikan payung emas, teruskan niat kau nak berpoligami itu. Tiada siapa menghalang. Sesungguhnya kau insan bertuah. Dan kepada wanita yang tidak suka poligami, jangan pertikai lebih-lebih pasal poligami. Takut lari akidah. Bahaya.
Sekian, dari saya pejuang hak wanita. Jodoh-jodoh sekalian, sila undi saya sebagai calon suami pilihan. Kehkehkeh..
p/s: Apa-apapun, doakan yang terbaik sudahla buat mereka. Tap payah nak emo dan kutuk lebih-lebih. Jadikan sebagai pengajaran.
SZ: Dengan serius aku nyatakan, aku tak berhajat nak madukan isteri aku nanti. InsyaAllah.. Aku ni pesen setia teghok kalau dah betoi sayang. Cewah.. Up saham. Up saham. lol.
Topik yg sungguh digemari oleh kaum lelaki dan tidak berapa disenangi oleh kaum wanita...mgkn. Anyway artikel ini bertujuan untuk memberi pemahaman kepada individu yg tersalah faham akan poligami ini terutamanya bagi org yg bkn beragama Islam. Kebanyakan org yg bkn beragama islam memberi tanggapan bahawa Islam adalah agama yg menganiayai wanita kerana membenarkan poligami ini. Ada sebab musabab kenapa Islam membenarkan poligami ini. Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-
- Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yg luar biasa sehinggakan isteri tidak dpt memenuhi keinginannya.
- Keadaan isteri yg sentiasa uzur dan sakit
- Membela kaum wanita yg menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
- Isteri tidak melahirkan zuriat atas sbb2 kesihatan
Pada masa skrg ni poligami telah disalahertikan kerana ada segelintir org2 Islam sendiri terutama yg lelaki menjadikan poligami ini seperti keperluan dalam kehidupan lah pulak. Sebelum ingin berpoligami dan menerima poligami, fahami dulu apa dia poligami, kenapa mengapa ianya dibenarkan....... Contohi Rasullullah s.a.w....fahami kenapa Rasullullah s.a.w mengamalkan poligami ini. Namun sebelum itu contohi juga akhlak Rasullullah..... Lihat diri kita di mana keperluan kita untuk berpoligami.... Dan harus direnungkan juga sepanjang perkahwinan Rasullullah s.a.w dgn Saidatina Khadijah r.a, baginda tidak pernah berpoligami walaupun poligami dibenarkan pada masa itu..... selepas kewafatan Saidatina Khadijah r.a, barulah baginda mengamalkan poligami ini. Renungkanlah juga ayat Al-Quran di dalam surah An Nisa' ayat 3, Allah berfirman yang bermaksud:
Ini adalah pendapat sy sahaja.......
Artikel :Oleh Idris Musa
Seorang ustaz membacakan kitab di masjid memberitahu jemaah, Islam mengharuskan poligami. Justeru, lelaki yang berkemampuan boleh berkahwin lebih daripada satu.
Namun, di sebalik itu, media memaparkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama yang berkaitan dengan wanita membantah poligami.
Polemik antara hukum agama, adat dan emosi manusia nyata memberi kekeliruan kepada sebahagian umat Islam, apatah lagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan Islam.
Apakah pantas hukum yang dibenarkan Allah boleh dicantas oleh mulut manusia hanya sekadar mahu membela atau menjaga hak asasi wanita?
Apakah buruk sangat poligami sehingga wanita begitu 'jijik' dan meluat apabila ada golongan lelaki menyebut istilah itu?
Keharusan poligami jelas terkandung dalam al-Quran tetapi segelintir umat Islam sukar menerimanya sehingga menganggap ia 'jerat kehidupan'.
Islam satu-satunya agama di bumi yang membenarkan poligami secara bersistem manakala agama dan fahaman lain tidak, malah masyarakat bukan Islam melihatnya sebagai menindas golongan wanita.
Tetapi, hairanlah apabila membabitkan aktiviti persundalan, menyimpan wanita dan gejala sosial, ia seperti satu restu.
Poligami adalah perkataan Greek (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy), merujuk kepada perkahwinan seorang lelaki dengan lebih seorang isteri dan dalam Islam, ia dibenarkan sehingga empat isteri dalam suatu masa.
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Quran, surah an-Nisa': Ayat 3)
Pada zaman Jahiliyah, poligami berlaku tanpa batasan dan ketika itu lelaki mempunyai ramai isteri, malah ada yang mempunyai ratusan isteri.
"Apabila Ghailan ats-Tsaqafi memeluk Islam, dia mempunyai 10 isteri. Maka Nabi s.a.w berkata kepadanya: Pilihlah dari isteri-isterimu itu empat orang saja dan ceraikanlah yang selebihnya itu."
Riwayat ini dikeluarkan oleh Imam Syafie, Imam Ahmad, Tarmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Abu Syaibah, Daruqutni dan Baihaqi, seperti diterangkan dalam kitab Halal dan Haram Dalam Islam, karya Dr Yusuf al-Qardawi.
Pihak yang membantah poligami perlu faham, ia hukum agama. Justeru, apabila berbicara atau memberi pendapat, mereka perlu berhati-hati.
Walaupun Islam membenarkan poligami, bukanlah bermakna ia boleh diamalkan sesuka hati, sehingga mengakibatkan kezaliman di pihak wanita.
Al-Qardawi dalam kitab terbabit menjelaskan, syarat yang ditetapkan Islam mengenai poligami ialah berlaku adil terhadap dua isterinya atau lebih dalam makan minum, pakaian, rumah, tempat tidur dan nafkahnya.
"Barangsiapa yang tidak yakin dirinya dapat menunaikan hak-hak itu, haramlah baginya berkahwin lebih dari seorang isteri," katanya.
Menurut seorang ulama Amerika Utara, Syeikh Muhammad Nur Abdullah, poligami dibenarkan Islam dan bukannya untuk disalah guna.
"Ia hanya dibenarkan kepada sesiapa yang mampu melayani semua isterinya dengan adil dan saksama," katanya melalui laman Islamonline.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Barangsiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia condong kepada yang satu dari yang lain, nanti dia datang di hari kiamat dengan menyeret sebelah lambungannya dalam keadaan senget atau berat sebelah." (Riwayat Ashabussunan, Ibnu Hibban dan Hakim)
Condong sebelah yang diancam dalam hadis itu ialah disebabkan keremehan terhadap hak isteri-isteri, bukannya kerana kecenderungan hati kepada mereka kerana kecenderungan hati tidak dikategorikan dalam keadilan.
Al-Qardawi berkata, di antara lelaki ada yang kuat keinginannya untuk mendapatkan keturunan tetapi dia dikurniakan seorang isteri yang tidak dapat melahirkan anak kerana penyakit atau mandul (tidak dapat melahirkan anak).
Justeru, lebih baik si suami berkahwin lagi kepada seorang wanita yang bakal memberikannya zuriat supaya keturunannya kekal tetapi harus mengekalkan akad isteri pertama dan menjamin haknya.
"Ada pula lelaki yang kuat keinginan gharizahnya, bergejolak nafsu seksnya, akan tetapi dia dikurniai seorang isteri yang lemah nafsunya atau menghidap penyakit atau datang haid untuk tempoh yang panjang.
"Bagaimanapun, suaminya tidak sanggup menanggung nafsu untuk bersama isterinya, apakah tidak wajar dia berkahwin dengan seorang wanita yang halal baginya daripada dia meraba wanita yang jalang dan haram buatnya," katanya.
Menurutnya, ada ketika bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki, seperti selepas perang dan dari itu timbul maslahat masyarakat dan wanita sendiri agar mereka lebih baik dimadukan daripada hidup tanpa kasih sayang suami.
Penceramah bebas, Ahmad Shukri Yusof, berkata masyarakat Islam jangan menolak keharusan poligami menggunakan emosi kerana ia soal hukum.
"Soal hukum tidak perlu dibincangkan dan dipolemikkan apatah lagi membabitkan emosi.
"Kita harus membincangkan bagaimana untuk berlaku adil, bukannya hanya pandai mengatakan poligami itu tidak adil," katanya.
Bagaimanapun, beliau berpendapat tidak perlu menubuhkan kelab untuk menggalakkan poligami.
Amalan poligami adalah ubat bagi menangani masalah umat manusia. Oleh kerana kebaikan itu, Islam memutuskan ia suci.
"Dan siapa lagi yang hukumnya lebih baik daripada hukum Allah, bagi kaum yang menyakini." (Al-Quran, surah al-Maidah:50)
Tetapi peraturan suci lagi baik inilah yang ditolak oleh Barat dan konconya, sehingga ia kelihatan janggal untuk bertapak di dalam masyarakat Islam sendiri, manakala norma yang bukan-bukan mendapat tempat pula.
Poligami dilarang di sisi undang-undang di sesetengah negara Muslim yang tidak mengamalkan undang-undang Islam dalam peraturan perkahwinan, seperti Azerbaijan, Bosnia, Tunisia dan Turki (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy).
Menurut sumber itu, dalam dunia moden Islam, amalan poligami lazimnya diamalkan di negara yang mengamalkan ajaran Islam sejati seperti Arab Saudi, Timur dan Barat Afrika seperti di Sudan yang diberikan galakan oleh presiden kerana tingginya populasi wanita.
"Di antara 22 negara ahli Liga Arab, Tunisia melarang poligami. Bagaimanapun, ia tidak dipersetujui kebanyakan negara Arab yang menerima pengaruh barat dan sekular seperti Syria, Mesir, Morocco dan Lubnan."
Menurut Ahli Majlis Fiqah Amerika Utara, Sheikh Muhamad al-Hanooti, realitinya susah untuk mendapati seorang daripada 10,000 Muslim yang berkahwin lebih daripada seorang isteri.
"Dalam masyarakat bukan Islam, lebih daripada 65 peratus lelaki yang berkahwin mempunyai hubungan dengan lebih dua, tiga dan empat wanita, bahkan 45 peratus wanitanya mengadakan hubungan di luar perkahwinan.
"Mereka menerima perzinaan, tetapi tidak menerima alternatif untuk mengangkat martabat manusia melalui poligami."
Di Malaysia, menurut portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dalam undang-undang keluarga Islam, poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu.
Kuala Lumpur – Seorang wanita warga Indonesia berusia 30-an maut selepas dipercayai dicampak teman lelakinya dari tingkat sembilan sebuah apartmen di Setapak, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.
Menurut sumber, pihak berkuasa kini menyiasat kemungkinan mangsa dibunuh kerana siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa dilaporkan bergaduh dengan teman lelakinya berusia 30-an.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa dilapor akan pulang ke negaranya hari ini.
“Bagaimanapun, mangsa bergaduh dengan teman lelakinya sebelum ditemui mati di tingkat bawah kawasan perumahan itu,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa juga mengemas pakaian miliknya kerana akan mengosongkan rumah berkenaan.
“Mangsa berada di Malaysia sejak setahun lalu dan bekerja di sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Sehingga kini pihak berkuasa belum mengklasifikasikan kes itu sementara menunggu laporan bedah siasat.
Katanya, pihak berkuasa memanggil teman lelaki suspek untuk diambil keterangan dan akan menahannya selepas laporan bedah siasat diperoleh, menurut sumber HMetro.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Ok. Kepada para suami dan bakal suami sekalian. Meh kita semua pakat-pakat bayangkan. Andaikata perempuan dibenarkan poligami. Apa agaknya perasaan lelaki terpaksa bermadu berkongsi isteri dengan lelaki lain?
Ohoi! Tobat aku tak mau. Tengok orang yang aku minat mention nama laki lain kat facebook pun jeles nak mampoih dah. Tu baru crush. Tak jadi bini atau awek lagi. Ini tiba-tiba kalau dapat berita bini kita kawen lagi satu kat Siam. Gila. Mesti menyirap punya la.
Ok. Kita masuk sikit hal dalam kelambu. Bayangkan malam tu giliran madu kita bersama dengan isteri kita. Tiba giliran kita tidur sorang-sorang dalam bilik malam tu. Mesti rasa sunyi tak ada 'bantal peluk'. Mesti terbayang-bayang, apa agaknya isteri aku tengah dok buat dengan madu aku tu. Ohoi. Bayangkan kita terpaksa kongsi isteri? Bayangkan! Mampukah kita? Kalau wanita sampai boleh gaduh tarik rambut. Silap haribulan kita boleh bertumbuk beb dalam hal ni. Haha.
Di sini, aku bukannya nak pertikai pasal poligami. Aku pun tahu tak boleh pertikai sesuatu yang menjadi sunnah Nabi dan dibenarkan dalam Islam. Aku pun tahu antara hikmah perempuan tidak dibenarkan berpoligami sebab nanti kita tak dapat nak trace anak dalam kandungan tu nak ber'bin'kan suami yang mana.
Tapi sekadar ingin mengajak kaum lelaki sekalian menyelami perasaan wanita andai kita di tempat mereka. Jangan kemaruk nak pasang lagi satu sehingga mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira hati dan perasaan mereka.
Dan sebelum kita kata mahu berpoligami kerana ingin mengikut sunnah Nabi, adakah sunnah Baginda yang lain kita dah laksanakan? Adakah yang wajib sudah ditunaikan? Dan pernahkah kita terfikir, kenapa Nabi berpoligami? Sila baca Kenapa Nabi Muhammad Boleh Berpoligami Lebih Dari Empat Isteri?
Kalau kau rasa kau mampu berlaku adil terhadap isteri-isteri kau. Kalau kau rasa isteri kau sememangnya mengimpikan payung emas, teruskan niat kau nak berpoligami itu. Tiada siapa menghalang. Sesungguhnya kau insan bertuah. Dan kepada wanita yang tidak suka poligami, jangan pertikai lebih-lebih pasal poligami. Takut lari akidah. Bahaya.
Sekian, dari saya pejuang hak wanita. Jodoh-jodoh sekalian, sila undi saya sebagai calon suami pilihan. Kehkehkeh..
p/s: Apa-apapun, doakan yang terbaik sudahla buat mereka. Tap payah nak emo dan kutuk lebih-lebih. Jadikan sebagai pengajaran.
SZ: Dengan serius aku nyatakan, aku tak berhajat nak madukan isteri aku nanti. InsyaAllah.. Aku ni pesen setia teghok kalau dah betoi sayang. Cewah.. Up saham. Up saham. lol.
Poligami: Antara hukum, adat dan emosi
Artikel ini sy kongsikan bersama sahabat semua ya....bacalah...Topik yg sungguh digemari oleh kaum lelaki dan tidak berapa disenangi oleh kaum wanita...mgkn. Anyway artikel ini bertujuan untuk memberi pemahaman kepada individu yg tersalah faham akan poligami ini terutamanya bagi org yg bkn beragama Islam. Kebanyakan org yg bkn beragama islam memberi tanggapan bahawa Islam adalah agama yg menganiayai wanita kerana membenarkan poligami ini. Ada sebab musabab kenapa Islam membenarkan poligami ini. Islam mengharuskan poligami atas beberapa sebab:-
- Suami mempunyai dorongan nafsu syahwat yg luar biasa sehinggakan isteri tidak dpt memenuhi keinginannya.
- Keadaan isteri yg sentiasa uzur dan sakit
- Membela kaum wanita yg menjadi balu atau janda setelah suami gugur dalam berjihad menegakkan agama Allah.
- Isteri tidak melahirkan zuriat atas sbb2 kesihatan
Pada masa skrg ni poligami telah disalahertikan kerana ada segelintir org2 Islam sendiri terutama yg lelaki menjadikan poligami ini seperti keperluan dalam kehidupan lah pulak. Sebelum ingin berpoligami dan menerima poligami, fahami dulu apa dia poligami, kenapa mengapa ianya dibenarkan....... Contohi Rasullullah s.a.w....fahami kenapa Rasullullah s.a.w mengamalkan poligami ini. Namun sebelum itu contohi juga akhlak Rasullullah..... Lihat diri kita di mana keperluan kita untuk berpoligami.... Dan harus direnungkan juga sepanjang perkahwinan Rasullullah s.a.w dgn Saidatina Khadijah r.a, baginda tidak pernah berpoligami walaupun poligami dibenarkan pada masa itu..... selepas kewafatan Saidatina Khadijah r.a, barulah baginda mengamalkan poligami ini. Renungkanlah juga ayat Al-Quran di dalam surah An Nisa' ayat 3, Allah berfirman yang bermaksud:
| | " Dan jika kamu takut tidak dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi; dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan berlaku adil, maka kahwinilah seorang sahaja, atau budak-budak yang kamu miliki (hamba sahaya). Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya." |
Ini adalah pendapat sy sahaja.......
Artikel :Oleh Idris Musa
Seorang ustaz membacakan kitab di masjid memberitahu jemaah, Islam mengharuskan poligami. Justeru, lelaki yang berkemampuan boleh berkahwin lebih daripada satu.
Namun, di sebalik itu, media memaparkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terutama yang berkaitan dengan wanita membantah poligami.
Polemik antara hukum agama, adat dan emosi manusia nyata memberi kekeliruan kepada sebahagian umat Islam, apatah lagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan Islam.
Apakah pantas hukum yang dibenarkan Allah boleh dicantas oleh mulut manusia hanya sekadar mahu membela atau menjaga hak asasi wanita?
Apakah buruk sangat poligami sehingga wanita begitu 'jijik' dan meluat apabila ada golongan lelaki menyebut istilah itu?
Keharusan poligami jelas terkandung dalam al-Quran tetapi segelintir umat Islam sukar menerimanya sehingga menganggap ia 'jerat kehidupan'.
Islam satu-satunya agama di bumi yang membenarkan poligami secara bersistem manakala agama dan fahaman lain tidak, malah masyarakat bukan Islam melihatnya sebagai menindas golongan wanita.
Tetapi, hairanlah apabila membabitkan aktiviti persundalan, menyimpan wanita dan gejala sosial, ia seperti satu restu.
Poligami adalah perkataan Greek (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy), merujuk kepada perkahwinan seorang lelaki dengan lebih seorang isteri dan dalam Islam, ia dibenarkan sehingga empat isteri dalam suatu masa.
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Quran, surah an-Nisa': Ayat 3)
Pada zaman Jahiliyah, poligami berlaku tanpa batasan dan ketika itu lelaki mempunyai ramai isteri, malah ada yang mempunyai ratusan isteri.
"Apabila Ghailan ats-Tsaqafi memeluk Islam, dia mempunyai 10 isteri. Maka Nabi s.a.w berkata kepadanya: Pilihlah dari isteri-isterimu itu empat orang saja dan ceraikanlah yang selebihnya itu."
Riwayat ini dikeluarkan oleh Imam Syafie, Imam Ahmad, Tarmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Abu Syaibah, Daruqutni dan Baihaqi, seperti diterangkan dalam kitab Halal dan Haram Dalam Islam, karya Dr Yusuf al-Qardawi.
Pihak yang membantah poligami perlu faham, ia hukum agama. Justeru, apabila berbicara atau memberi pendapat, mereka perlu berhati-hati.
Walaupun Islam membenarkan poligami, bukanlah bermakna ia boleh diamalkan sesuka hati, sehingga mengakibatkan kezaliman di pihak wanita.
Al-Qardawi dalam kitab terbabit menjelaskan, syarat yang ditetapkan Islam mengenai poligami ialah berlaku adil terhadap dua isterinya atau lebih dalam makan minum, pakaian, rumah, tempat tidur dan nafkahnya.
"Barangsiapa yang tidak yakin dirinya dapat menunaikan hak-hak itu, haramlah baginya berkahwin lebih dari seorang isteri," katanya.
Menurut seorang ulama Amerika Utara, Syeikh Muhammad Nur Abdullah, poligami dibenarkan Islam dan bukannya untuk disalah guna.
"Ia hanya dibenarkan kepada sesiapa yang mampu melayani semua isterinya dengan adil dan saksama," katanya melalui laman Islamonline.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Barangsiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia condong kepada yang satu dari yang lain, nanti dia datang di hari kiamat dengan menyeret sebelah lambungannya dalam keadaan senget atau berat sebelah." (Riwayat Ashabussunan, Ibnu Hibban dan Hakim)
Condong sebelah yang diancam dalam hadis itu ialah disebabkan keremehan terhadap hak isteri-isteri, bukannya kerana kecenderungan hati kepada mereka kerana kecenderungan hati tidak dikategorikan dalam keadilan.
Al-Qardawi berkata, di antara lelaki ada yang kuat keinginannya untuk mendapatkan keturunan tetapi dia dikurniakan seorang isteri yang tidak dapat melahirkan anak kerana penyakit atau mandul (tidak dapat melahirkan anak).
Justeru, lebih baik si suami berkahwin lagi kepada seorang wanita yang bakal memberikannya zuriat supaya keturunannya kekal tetapi harus mengekalkan akad isteri pertama dan menjamin haknya.
"Ada pula lelaki yang kuat keinginan gharizahnya, bergejolak nafsu seksnya, akan tetapi dia dikurniai seorang isteri yang lemah nafsunya atau menghidap penyakit atau datang haid untuk tempoh yang panjang.
"Bagaimanapun, suaminya tidak sanggup menanggung nafsu untuk bersama isterinya, apakah tidak wajar dia berkahwin dengan seorang wanita yang halal baginya daripada dia meraba wanita yang jalang dan haram buatnya," katanya.
Menurutnya, ada ketika bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki, seperti selepas perang dan dari itu timbul maslahat masyarakat dan wanita sendiri agar mereka lebih baik dimadukan daripada hidup tanpa kasih sayang suami.
Penceramah bebas, Ahmad Shukri Yusof, berkata masyarakat Islam jangan menolak keharusan poligami menggunakan emosi kerana ia soal hukum.
"Soal hukum tidak perlu dibincangkan dan dipolemikkan apatah lagi membabitkan emosi.
"Kita harus membincangkan bagaimana untuk berlaku adil, bukannya hanya pandai mengatakan poligami itu tidak adil," katanya.
Bagaimanapun, beliau berpendapat tidak perlu menubuhkan kelab untuk menggalakkan poligami.
Amalan poligami adalah ubat bagi menangani masalah umat manusia. Oleh kerana kebaikan itu, Islam memutuskan ia suci.
"Dan siapa lagi yang hukumnya lebih baik daripada hukum Allah, bagi kaum yang menyakini." (Al-Quran, surah al-Maidah:50)
Tetapi peraturan suci lagi baik inilah yang ditolak oleh Barat dan konconya, sehingga ia kelihatan janggal untuk bertapak di dalam masyarakat Islam sendiri, manakala norma yang bukan-bukan mendapat tempat pula.
Poligami dilarang di sisi undang-undang di sesetengah negara Muslim yang tidak mengamalkan undang-undang Islam dalam peraturan perkahwinan, seperti Azerbaijan, Bosnia, Tunisia dan Turki (http://en.wikipedia.org/wiki/Polygamy).
Menurut sumber itu, dalam dunia moden Islam, amalan poligami lazimnya diamalkan di negara yang mengamalkan ajaran Islam sejati seperti Arab Saudi, Timur dan Barat Afrika seperti di Sudan yang diberikan galakan oleh presiden kerana tingginya populasi wanita.
"Di antara 22 negara ahli Liga Arab, Tunisia melarang poligami. Bagaimanapun, ia tidak dipersetujui kebanyakan negara Arab yang menerima pengaruh barat dan sekular seperti Syria, Mesir, Morocco dan Lubnan."
Menurut Ahli Majlis Fiqah Amerika Utara, Sheikh Muhamad al-Hanooti, realitinya susah untuk mendapati seorang daripada 10,000 Muslim yang berkahwin lebih daripada seorang isteri.
"Dalam masyarakat bukan Islam, lebih daripada 65 peratus lelaki yang berkahwin mempunyai hubungan dengan lebih dua, tiga dan empat wanita, bahkan 45 peratus wanitanya mengadakan hubungan di luar perkahwinan.
"Mereka menerima perzinaan, tetapi tidak menerima alternatif untuk mengangkat martabat manusia melalui poligami."
Di Malaysia, menurut portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, dalam undang-undang keluarga Islam, poligami dibenarkan dengan syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah terlebih dahulu.
Kenapa lelaki dibenarkan mempunyai lebih dari seorang isteri dalam Islam?
Dengan kata lain, kenapa poligami dibenarkan dalam Islam?
Ada
yang tersenyum membaca tajuk kali ini, senyum penuh makna. Pastinya si
dia yang tersenyum itu berpihak kepada kaum Adam. Ada pula yang berkerut
dahi membaca tajuk ini, seakan tidak sabar mengetahui jawapannya.
Pastilah dia merupakan yang berpihak kepada kaum Hawa. Satu perkara yang
berjaya mewujudkan kondisi Adam Vs Hawa ialah POLIGAMI. Aini tidak
mahu hipokrit, maka terus terang Aini nyatakan di sini Aini akan
sentiasa berpihak kepada kaum Hawa, dengan syarat selagi ia tidak
bertentangan dengan Syariat Islam.
Poligami
sebenarnya ialah nama kepada system perkahwinan di mana seseorang
mempunyai lebih dari satu pasangan. Ia ada dua jenis. Pertama ialah
poligini, di mana seorang lelaki berkahwin dengan lebih dari seorang
wanita. Kedua ialah poliandri di mana seorang wanita mengahwini lebih
dari seorang lelaki. Dalam Islam, poligini adalah dibenarkan (maksimum 4
orang) manakala poliandri adalah dilarang dan diharamkan sama sekali.
- Tersebut ayat di dalam Al-Quran dengan tafsiran, “kahwinilah hanya seorang..”
Adakah
anda tahu bahawa Al-Quran ialah satu-satunya kitab agama yang wujud di
muka bumi ini yang mempunyai frasa ini, “kahwinilah hanya seorang..”?
Benar, tiada kitab lain yang mengarahkan penganutnya mempunyai hanya
seorang isteri kecuali Al-Quran. Sama ada dalam Veda, Ramayan,
Mahabgharat, Geeta, Taurat juga Injil, kita tidak akan dapati arahan
mengehadkan bilangan pasangan, namun dalam kitab-kitab ini akan sentiasa
ada pernyataan bahawa seseorang boleh mengahwini seramai mana yang dia
mahu. Hanya dewasa kini, para paderi Kristian juga sami Hindu
mengehadkan bilangan pasangan kepada hanya satu. Kebanyakan tokoh Hindu
menurut risalah agama mereka mempunyai ramai isteri. Sebagai contoh Raja
Dashrat, bapa keapda Rama mempunyai lebih dari seorang isteri. Krishna
juga mempunyai beberapa orang isteri. (Rujukan islamicity.com)
Pada
zaman silam, lelaki Kristian dibenarkan untuk mempunyai seramai mana
isteri yang dimahukan kerana dalam kitab Injil tidak pernah melarang
mereka dalam hal ini. Hanya beberapa abad lepas pihak gereja telah
mengehadkan bilangan isteri kepada hanya seorang.
Dalam
agama Yahudi, poligini juga dibenarkan. Menurut Kitab Taurat, Nabi
Ibrahim mempunyai 3 orang isteri manakala Nabi Sulaiman mempunyai
beratus orang isteri. Amalan poligini berterusan sehinggalah pada tahun
95 BC-1030 BC seorang Rabbi Yahudi bernama Gershom ben Yehudah menaikkan
isu untuk menentangnya. Walaubagaimanapun, penganut Yahudi yang tinggal
di negara Islam terus mengamalkan poligini sehingga lewat tahun
1950-an, sebuah akta bernama Akta Ketua Besar Rabbi Israel diwujudkan
untuk mengharamkan berkahwin lebih dari seorang.
- Sebenarnya Hindu adalah lebih poligini daripada Islam.
Dalam
satu laporan, ‘Jawatankuasa Status Wanita Islam’ yang diterbitkan pada
1975, menyatakan antara tahun 1951-1961, 5.06% penganut Hindu
mengamalkan poligami manakala hanya 4.32% umat Islam yang
mengamalkannya. Menurut undang-undang negara India, hanya lelaki Muslim
sahaja yang dibenarkan berpoligami dan ia dilarang ke atas lelaki bukan
Muslim. Hanya apabila Akta Perkahwinan Hindu diwujudkan, poligami dalam
Hindu telah diharamkan. Walaubagaimanapun, hanya undang-undang Negara
yang mengharamkan tetapi tidak dalam kitab-kitab agama Hindu.
Baiklah, banyak pula cerita tentang fakta. Kenapa sebenarnya Islam membenarkan lelaki mempunyai lebih dari seorang isteri?
Seperti
yang dibincangkan di atas, hanya Al-Quran yang menyatakan “kahwinilah
hanya seorang..”. Ayat ini tedapat dalam Surah An-Nisa’:
“..Maka
nikahilah perempuan (lain) yang kamu senangi; dua, tiga, atau empat.
Tetapi jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil, maka nikahilah
seorang saja..” (An-Nisa’ 4:3)
Sebelum
Al-Quran diturunkan, tidak ada had bagi poligini. Oleh sebab itu ada
lelaki yang mempunyai sehingga beratus orang isteri. Tak dapat nak
dibayangkan bagaimana mengatur isteri seramai itu. Kedatangan Islam
telah meletakkan had seramai 4 orang isteri sahaja dalam satu masa.
Islam membenarkan lelaki Muslim berkahwin dua, tiga atau empat orang
hanya jika keadaannya mampu berlaku adil kepada semua isterinya. Dalam
satu ayat lain juga dalam surah An-Nisa’ menyebut,
“Dan
kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isterimu walaupun
kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu
cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain
terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri
(dari kecurangan), maka sungguh Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
(An-Nisa’ 4:129)
Maka teramat jelaslah melalui ayat Allah di atas bahawa secara fitrahnya seorang suami tidak akan mampu untuk berlaku adil dengan isteri-isterinya walaupun sekuat mana dia berusaha untuknya. Disebabkan keterbatasan kemampuan itu para lelaki telah dinasihatkan oleh Rabbul Jalil agar "kahwini hanya seorang..". Dan sebenarnya poligini bukanlah satu hukum atau peraturan tetap melainkan hanya satu pengecualian pilihan. Masih ramai juga yang tersalah tafsir bahawa wajib bagi lelaki Muslim untuk mempunyai lebih dari seorang isteri.

Dalam Islam terdapat 5 kategori hukum bagi sesuatu perkara:
Fardhu- Wajib
Sunat-Digalakkan
Mubah-Harus
Makruh-Tidak digalakkan
Haram-Dilarang
Poligini
termasuk dalam kategori yang diharuskan. Maka tidaklah boleh dikatakan
bahawa lelaki Msulim yang mempunyai dua, tiga atau empat isteri itu
adalah lebih hebat daripada lelaki Muslim yang mempunyai hanya seorang
isteri.
- Dari sudut saintifik, purata umur wanita adalah lebih lama berbanding lelaki.
Secara
semulajadinya,lelaki dan perempuan dilahirkan dengan nisbah bilangan
yang sama. Seorang bayi perempuan mempunyai imunisasi yang lebih dari
seorang bayi lelaki dan boleh melawan jangkitan kuman dan virus lebih
baik berbanding bayi lelaki. Oleh sebab itulah kematian semasa bayi
lebih tinggi dalam kalangan bayi lelaki berbanding bayi perempuan.
Jika
dalam peperangan pula, sudah tentulah lebih ramai lelaki yang mati
berbanding wanita kerana mereka tidak pergi berperang. Dalam kes
kemalangan biasa juga lebih ramai lelaki yang terlibat berbanding wanita
kerana mereka terdedah dengan pekerjaan dan aktiviti yang berisiko
untuk itu. Oleh sebab itu kita dapati lebih ramai janda berbanding duda.
Di
kebanyakan Negara, bilangan wanita adalah lebih ramai dari lelaki.
Tidak perlu melihat jauh, cukuplah memerhati di university atau
institute pengajian tinggi. Lebih ramai pelajar wanita bukan? Jurusan
kejuruteraan (yang asalnya adalah bidang lelaki sahaja) kini telah
mempunyai bilangan pelajar wanita yang lebih kurang sama dengan bilangan
pelajar lelaki, apatah lagi jurusan lain seperti kedoktoran,
kesusasteraan dan sebagainya yang sudah tentu mempunyai pelajar wanita
yang berkali ganda dari lelaki. Hal ini berjaya membuktikan fakta di
atas.
- Maka mengehadkan lelaki berkahwin hanya seorang adalah tidak praktikal.
Aini
bukanlah sudah pening dengan hujah namun dalam beberapa hal kita perlu
melihat secara logic dan praktikal serta menilai secara adil.
Fakta
yang Aini dapat dari sebuah web islamik menyebutkan, Amerika mempunyai
bilangan wanita yang 7.8 billion lebih ramai dari lelaki. Untuk seorang
lelaki, ada lebih kurang 7 orang wanita. Walaupun setiap lelaki di
Amerika berkahwin dengan seorang wanita, masih ada lebih dari 30 million
yang tinggal. Belum ditolak lagi dengan reality bahawa Amerika
mempunyai 25 million gay! Rupanya tersangat ramai pengikut Elthon John,
tak sanggup Aini nak menghadam fakta ini. Britain pula mempunyai lebih 4
million wanita berbanding lelaki, Jerman mempunyai lebih 5 million
wanita manakala Rusia mempunyai 9 million lebih wanita. Hanya Allah yang
mengetahui berapa million lagi wanita di seluruh dunia ini.
Di
Negara barat, adalah menjadi kebiasaan bagi lelaki untuk mempunyai
wanita simpanan. Dalam kes ini, wanita diletakkan pada taraf yang
rendah, dilihat tidak bermaruah kerana dimiliki tanpa ikatan perkahwinan
dan tiada jaminan dalam hubungannya. Apa yang menyedihkan, masyarakat
barat yang ini jugalah yang menentang poligini, tidak membenarkan bahkan
mengharamkan lelaki berkahwin lebih dari seorang. Ketahuilah bahawa
melalui hanya perkahwinan seorang wanita itu akan mendapat haknya dan
maruahnya, dihormati masyarakat dan mempunyai jaminan dalam ikatan
perhubungan.
Maka
hanya ada dua pilihan bagi wanita yang tidak berpeluang untuk bersuami,
samada berkahwin dengan lelaki yang telah berkahwin atau merelakana
diri menjadi harta awam. Islam mengharuskan untuk pilihan yang pertama
melalui perkahwinan tetapi mengharamkan pilihan yang kedua. Rasulullah
saw menunjukkan contoh terbaik dalam berpoligami dan tidak melampaui
batas-batasnya. Isteri-isteri baginda Rasulullah saw semuanya janda atau
ibu tunggal, kecuali Saidatina Aisyah r.a. Baginda mengahwini beberapa
orang isteri bukan kerana nafsu kecuali atas sebab membela nasib wanita
yang memerlukan perlindungan dan tujuan dakwah. Jika masih ada lagi
alasan lain mengapa Islam membenarkan poligami, pastinya ia juga adalah
atas sebab untuk melindungi maruah wanita. Wallahua’lam.
Q’A:
Sudah lama Aini mahu keluarkan entri ini. Alhamdulillah, hari ini dapat
juga menulisnya. Tulisan ini adalah hasil pembacaan, perkongsian,
pembelajaran (kuliah, usrah, ceramah) yang Aini hadiri. Sumber beberapa
fakta dan nombor dalam tulisan ini adalah dari web ini, www.islamicity.com. Jika ada khilaf, mohonlah ditegur agar sama-sama dapat belajar dari kesilapan.
Maut dicampak teman lelaki
Kuala Lumpur – Seorang wanita warga Indonesia berusia 30-an maut selepas dipercayai dicampak teman lelakinya dari tingkat sembilan sebuah apartmen di Setapak, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.
Menurut sumber, pihak berkuasa kini menyiasat kemungkinan mangsa dibunuh kerana siasatan awal mendapati sebelum kejadian, mangsa dilaporkan bergaduh dengan teman lelakinya berusia 30-an.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa dilapor akan pulang ke negaranya hari ini.
“Bagaimanapun, mangsa bergaduh dengan teman lelakinya sebelum ditemui mati di tingkat bawah kawasan perumahan itu,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa juga mengemas pakaian miliknya kerana akan mengosongkan rumah berkenaan.
“Mangsa berada di Malaysia sejak setahun lalu dan bekerja di sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Sehingga kini pihak berkuasa belum mengklasifikasikan kes itu sementara menunggu laporan bedah siasat.
Katanya, pihak berkuasa memanggil teman lelaki suspek untuk diambil keterangan dan akan menahannya selepas laporan bedah siasat diperoleh, menurut sumber HMetro.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan