Kritik tanpa fitnah, itu tiada halangan
Nasrudin Hassan, | 13 Nov 2013 |
Telah saya timbulkan semalam ialah surat khabar, facebooker dan blogger yang mahu mencatur keputusan muktamar PAS [pastinya tidak semua surat khabar, facebooker dan blogger yang terlibat] pula bersikap lebih-lebih iaitu melampau dalam membuat spekulasi, jauh pula dari kebenaran malah berbau fitnah.
Ini tidak selayaknya berlaku. Saya sebut, mujur mereka ini tidak menjadi perwakilan. Jika tidak, habislah PAS jadi lunyai seperti roti canai.
Adapun mana-mana pihak [surat khabar, facebooker dan blogger] yang mahu memberi kritikan, nasihat, teguran dan pandangan atau juga komentar yang positif dan membina tanpa melebarkan fitnah dan mengadu domba, itu tiada halangan.
Mereka boleh melakukannya malah sekian lama telah mereka lakukan dan saya gembira dengan perkembangan tersebut.
Berilah peluang perwakilan memilih pemimpin mereka secara tenang dan adil.
HEBOH DI ALAM MAYA SEORANG BAPA TIDAK IZINKAN ANAKNYA MENGHADIRI KELAS KEAGAMAAN!!!
Kecoh dan heboh mengenai seorang bapa telah mengutus surat kepada Pengetua sebuah Sekolah Menengah Putrajaya Presint 9(2) yang dengan tegas dan keras memberitahu pengetua tersebut bahawa anaknya yang sedang menuntut di Tingkatan 2 sekolah berkenaan tidak diizinkan oleh beliau untuk menghadiri sebarang aktiviti-aktiviti keagamaan dan kerohanian yang di jalankan pihak sekolah seperti bacaan Yaasin dan Solat berjemaah.
Beliau menyatakan aktiviti-aktiviti seperti itu adalah menjadi tanggung beliau selaku bapa menjalankan tanggung jawab dengan memberi didikan asuhan agama dan sebagainya.
Omak Kau malas nak ulas lebih panjang lagi sekadar mampu menggelengkan kepala.
D'Din Din shared The Revolution of Al Ghuraba Generation's photo.
TEKA-TEKI DARIPADA IMAM GHAZALIImam Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu adalah janji Allah SWT bahawa setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati (Surah Ali-Imran : 185).
Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, kita tetap tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf : 179).
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah SWT) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah SWT), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah SWT). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”.
Imam Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia?”
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72).
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”.
Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan.
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah.
Imam Ghazali : “Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalahMENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.
Imam Ghazali : “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Admin Ikhwanul Mujahid
Johor cadang kembalikan cuti Jumaat?
Abdullah M Thani, |
Walaupun masih jauh jika mahu dibandingkan dengan Brunei yang telah mengisytiharkan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah, namun sekurang-kurangnya cadangan ini mengembalikan hak umat Islam selepas 19 tahun. Pada tahun 1994, Johor menukarkan cuti mingguannya kepada Sabtu dan Ahad sama seperti kerajaan pusat. Ketika itu hanya Kelantan, Kedah, dan Terengganu yang terus mempertahankan cuti hari Jumaat.
Cuti pada hari Jumaat akan memudahkan umat Islam bersolat Jumaat dalam keadaan yang tenang dan tidak terkejar-kejar untuk keluar dan kembali ke pejabat. Tambahan pula ada sesetengah majikan yang tidak memperuntukan masa yang secukupnya bagi pekerja Islam untuk solat Jumaat dan makan tengah hari.
Cuti pada hari Jumaat juga membolehkan ibu bapa membawa anak-anak mereka ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan keluarga.
Dahulu, cuti mingguan ialah satu setengah hari. Pada hari Ahad atau Jumaat cuti penuh dan Sabtu pula cuti setengah hari. Ketika ini berlaku ketidakseragaman cuti di sesetengah negeri di Malaysia.
Namun, kemudiannya Kelantan di bawah PAS memperuntukkan cuti mingguan kepada dua hari iaitu Jumaat dan Sabtu – yang akhirnya diikuti oleh kerajaan pusat secara berperingkat dan seterusnya cuti penuh Sabtu dan Ahad.
Gapena tolak saranan mansuh bahasa istana
Gabungan
Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) menolak saranan Senator Dr
Syed Husin Ali untuk memansuhkan bahasa istana yang dianggap
merendahkan martabat manusia dan menggambarkan mentaliti hamba.Ketua Satu Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar menganggap kenyataan senator itu, seperti dimuatkan dalam buku terbarunya, The Malay Rulers: Regression or Reform, memperkecil peranan dan keistimewaan institusi beraja.
“Yang Dr Syed Husin (kanan) tak setuju itu kerana dia salah (faham) dari segi merendah-rendahkan (martabat rakyat) dan sebagainya.
“Jadi saya lihat, umumnya kalau kita memperkatakan bahasa istana tak boleh digunakan, saya tak setuju sama sekali. Bahkan itu warisan orang Melayu,” katanya sambil menegaskan supaya jangan memperlekehkan institusi itu.
Bekas pensyarah sosiologi Universiti Malaya (UM) itu dalam The Malay Rulers: Regression or Reform antaranya membangkitkan penggunaan beberapa perkataan seperti "patik" yang bermaksud anjing dan "menjunjung duli Tuanku" yang bermaksud menjunjung tapak kaki.
Dalam wawancara di Rumah Gapena di ibu negara baru-baru ini, Dr Abdul Latiff berkata, cadangan Dr Syed Husin itu berbaur tuntutan kumpulan sosialis yang didakwanya mahu menafikan institusi diraja.
Dr Abdul Latiff (kiri) bagaimanapun sedia bertolak ansur sekiranya bahasa istana hanya “dikemaskini” maksud dan penggunaannya sekiranya terdapat unsur-unsur bercanggah dengan ajaran agama Islam.
Namun katanya rakyat masih perlu menggunakan perkataan bersesuaian ketika berkomunikasi dengan raja.
"Janganlah nanti orang datang baru belajar bahasa Melayu dia cakap kau aku (dengan sultan). Ini tidak boleh terjadi," kata beliau lagi.
Beliau menegaskan, untuk melakukan pengemaskinian bahasa itu, ia perlu dibuat melalui rundingan melibatkan rakyat dan Majlis Raja-Raja.
Buku The Malay Rulers: Regression or Reform setebal 86 halaman itu diterbitkan oleh SIRD, Kuala Lumpur dan dilancarkan di Petaling Jaya oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemegang PhD Perancis dedah kajian terhadap Pekida
Berdasarkan
kepada kajian yang dijalankannya selama lima tahun di Malaysia,
Pemegang PhD dari Perancis, Sophie Lemiere berkata NGO Pekida atau Tiga
Line merujuk kepada kesetiaannya kepada orang Melayu, raja dan Islam.
Katanya, ini dapat dilihat dalam simbolnya yang berwarna merah (untuk darah), kuning (raja ) dan hijau (Islam).
Lemiere berkata berdasarkan temubualnya yang luas dengan
anggota-anggotanya dan carian di internet, kumpulan seperti Pekida adalah satu rangkaian kompleks NGO yang diwujudkan oleh kumpulan yang berkaitan dengan militan politik.
Pekida, menurut kajian Sophie, adalah nama generik yang digunakan untuk menggambarkan satu rangkaian kompleks kumpulan dan NGO.
Pada hakikatnya, tegas beliau, nama Pekida adalah nama salah satu daripada banyak NGO yang diwujudkan oleh rangkaian tersebut untuk memberikan sokongan politik, menghalalkan sebahagian daripada aktiviti mereka, dan memudahkan penerimaan dana dari parti pemerintah.
Lemiere berkata mungkin ada kumpulan lain yang menggelar diri mereka Pekida tetapi di bawah nama lain juga atau mungkin tiada kaitan dengan Pekida .
Menurutnya, dua tanggapan utama yang akan diketengahkan adalah cabaran biasa bagi mana-mana kumpulan untuk terus hidup dan cara terbaik untuk menjamin survival adalah melalui kuasa dan wang.
'Kuasa dan wang jadi pendorong '
Katanya, objektif utama kumpulan itu adalah kuasa, keuntungan dan wang, yang membayangkan bahawa ahli-ahli terlibat dalam kegiatan haram, dan boleh menggunakan tahap keganasan yang berbeza.
Cita-cita asasnya, tegas Lemiere, ialah sering membentuk semula di segi ideologi bagi memudahkan pengambilan anggota, gabungan kumpulan dan mewajarkan penggunaan keganasan.
Kelestarian kumpulan itu dipastikan dengan menyesuaikan diri kepada perubahan politik dan sosial. Identiti kumpulan boleh berubah mengikut peluang yang wujud.
Lemiere (kiri) berkata, situasi politik yang berada dalam peralihan
adalah baik kepada pembangunan kumpulan-kumpulan tersebut dan membuka peluang untuk menjalin hubungan dengan parti-parti politik.
Dalam konteks ini, katanya, kumpulan-kumpulan itu boleh menjadi usahawan politik, atau militan secara diam-diam, kepada sesiapa di mana tindakan politik disubkontrak untuk mengekalkan kuasa politik.
Menurut Lemiere, ia umpama seekor sumpah-sumpah yang marah, yang boleh bertukar warna dan bentuk pada bila-bila masa, tetapi sentiasa kekal dengan potensi ganas.
Lemiere, yang baru sahaja menerima PhD beliau dari Sciences-Po (L'Institut d'études politiques) Paris tentang pergerakan etno- nasionalis dan Islam di Malaysia, kini berada di Pulau Pinang untuk membentangkan kertas kerjanya di Universiti Sains Malaysia , semalam.
Kertas kerjanya yang bertajuk 'Gangsters and Masters: Connivance Militancy in Contemporary Malaysia', adalah berdasarkan kajian dari tahun 2008 hingga April tahun ini.
Lemiere berpejabat di Singapura dan ahli gabungan Institut Penyelidikan Asia di Universiti Nasional Singapura. Laporan tambahan
1. 'Umno-linked gangs preserve authoritarian state'
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR akan
memeriksanya terlebih dahulu dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.
Dalam SMSnya kepada Malaysiakini hari ini, beliau meminta BERSIH mendapatkan buktinya dan menyerahkannya kepada SPR SPRM atau polis.
Abdul Aziz diminta mengulas gesaan BERSIH supaya disiasat perkara itu ekoran pengakuan calon BN, Ahmad Sohaimi Lazim di satu seminar pada hari Khamis bahawa jentera kerajaan mengagihkan sumbangan untuk menarik pengundi di Sungai Limau.
PEMILIHAN PAS 2 TAHUN YANG LALU
24 Mei 2011 di Auditorium Dewan Himpunan Cina KL/Selangor masih segar dalam ingatan. Menjelang muktamar pemilihan PAS dua tahun yang lalu itu, saya telah menganjurkan wacana terbuka bertajuk 'Pemilihan PAS: Mampukah PAS Membuat Lonjakan?' menerusi NGO Free Public Forum Malaysia (FPF) yang saya bangunkan bersama beberapa rakan. Waktu itu, FPF bekerjasama dengan Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) yang digerakkan oleh Saudara Wan Saiful Wan Jan dan juga ILHAM Centre - sebuah firma penyelidikan politik dan pilihan raya yang diterajui Saudara Hisommudin Bakar. Forum tersebut mengetengahkan figura yang dilabel oleh sesetengah pihak sebagai 'kumpulan reformis' atau 'Erdogan' dalam PAS.
Walaupun mereka tidak pernah mengia atau menidakkan gelaran yang diberikan tersebut, ia seolah-olah rahsia umum apatah lagi fasa tersebut menyaksikan api pertembungan yang jelas antara kelompok yang dikatakan pro kepada idea 'Unity Government' VS 'pro-Pakatan Rakyat' dalam PAS. Diwarnai dengan seribu satu polemik, pertembungan antara dua kelompok ini menjadi perbincangan hebat di kalangan mereka yang mengambil berat terhadap perkembangan PAS dalam arena politik tanah air.
Usai forum, ia telah menjadi bahan bualan ramai. Apatah lagi apabila isi kandungan forum dipetik lantas dimuat naikkan dalam ruangan media baru. Kesannya, ada dikalangan ahli PAS khususnya memberikan respon yang pelbagai; baik positif mahupun negatif.
Seperti dijangka, kesan dari penganjuran forum tersebut telah menyebabkan saya dilihat sebagai 'budak nakal' yang sengaja ingin membuat kacau menjelang pemilihan PAS. Tidak kurang juga yang manjadi ahli tafsir kononnya forum tersebut bertujuan mempromosikan idea-idea baru yang tidak selari dengan jalur fikrah yang tulen dalam PAS.
MEDAN MEMPROMOSI IDEA
Namun bagi saya, noktah penting dalam forum yang telah dijalankan ialah, idea yang ingin disampaikan oleh ahli panel dapat disalurkan ke pengetahuan rakyat (termasuk perwakilan) secara sihat. Dan yang lebih penting juga, pendekatan atau medium 'bisik-bisik' dan 'cakap belakang' yang hanya akan mengundang pelbagai sangkaan buruk dan salah tafsiran dapat dihindarkan.
Di sinilah wacana umum sebagai medium baru (dalam budaya berpolitik PAS) perlu mengambil tempat. Menerusi wacana umum, gagasan idea yang ingin dibawa oleh pelapis kepimpinan masa hadapan PAS dapat dibentangkan secara langsung, teratur dan jelas dari calon-calon yang bertanding.
Wacana umum tidak perlu menjadi 'hantu' dalam PAS untuk ditakuti kerana idealnya, seseorang yang ingin bergelar pemimpin wajar tampil ke hadapan dengan misi dan visi yang jelas untuk memacu organisasi yang bakal dikemudi. Dari sinilah, para perwakilan dan rakyat umumnya dapat melihat dengan terang lagi bersuluh halatuju organisasi yang ingin dibawa jika calon-calon pimpinan tersebut terpilih.
Apatah lagi PAS, sebuah gerakan Islam dan gerakan massa yang telah lama berpencak di lapangan politik tanah air. Maka, wacana umum sebegini wajar disuburkan.
Alhamdulillah, pada musim pemilihan PAS kali ini, kita dapat menyaksikan betapa pentas wacana umum kian subur bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Buka sahaja laman sosial anda, iklan-iklan wacana melibatkan PAS kedapatan di sana sini sama ada dianjurkan oleh rangkaian organisasi parti sendiri mahupun NGO. Bagi saya, ini merupakan satu perkembangan yang amat sihat.
PAS DALAM KEPELBAGAIAN MALAYSIA
Sepertimana yang saya amati-dan saya yakin kebanyakan rakyat Malaysia juga begitu, PAS pada tahap ini sudah berada dalam hati dan minda rakyat Malaysia. Kita bukan berbicara dalam ruangan eksklusif kepartian semata-mata. Jatuh bangun PAS kini bukan lagi menjadi perbincangan ahli partinya sahaja atau seteru tradisinya Umno/BN. Seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa, bahasa, budaya, fahaman dan agama telah rancak berbicara dan peka terhadap survival PAS ke hadapan.
Nah, PAS tidak boleh lagi sekadar memberi alasan "ini parti kami, parti Islam... Pandangan orang luar tidak penting!". Kerana pada hemat saya, kejayaan PAS dalam menyantuni kepelbagaian rakyat Malaysia - dengan merealisasikan Islam sebagai 'rahmatan lil alamin' yang mampu mengemukakan solusi paling damai terhadap permasalahan dihadapi rakyat yang penuh rencam - adalah suatu cabaran, amanah dan tanggungjawab besar buat parti Islam ini.
PAS perlu buktikan bahawa Islam bukanlah agama yg bersifat ke'aku'an semata-mata, tetapi naungannya mestilah mampu memberikan teduhan kepada seluruh umat manusia.
Orang PAS tidak perlu apologetic, ini tugas mulia!
KEPIMPINAN PAS DAN GAGASAN IDEA
Akhirnya, saya berharap agar wacana umum dalam PAS bagi tujuan mengetengahkan gagasan idea bakal pemimpin mahupun pemimpin sedia ada, perlulah dirancakkan lagi dan dibawa ketengah-tengah masyarakat.
Jika dua tahun lalu wacana sebegini agak kurang disenangi, sekurang-kurangnya pada musim menjelang pemilihan PAS kali ini, wacana-wacana umum telah mula mendapat tempat. Saya amat yakin ia merupakan praktis yang sangat baik buat PAS pada pusingan ini, dan bakal diterima sebagai medium yang kukuh, normal dan diterima oleh parti pada tahun-tahun mendatang.
Pada waktu itu nanti, tiada pilihan lagi buat bakal-bakal calon kepimpinan PAS melainkan perlu bersedia untuk tampil di hadapan ahli dan rakyat Malaysia umumnya dengan gagasan-gagasan idea yang matang dan meyakinkan sebelum menyerahkan borang penerimaan pencalonan ke jawatan-jawatan yang dipertandingkan.
SHEIKH OMAR ALI merupakan Exco Pemuda PAS Negeri Johor dan Pengarah Projek Free Public Forum M'sia (FPF)

SPR minta BERSIH tunjukkan bukti beli undi di Sg Limau
Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) menyahut gesaan BERSIH supaya disiasat dakwaan
berlaku kes membeli undi dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Limau,
dengan memintanya mengemukakan bukti terlebih dahulu kepada pihak
berkuasa berkenaan.Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR akan
memeriksanya terlebih dahulu dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.
Dalam SMSnya kepada Malaysiakini hari ini, beliau meminta BERSIH mendapatkan buktinya dan menyerahkannya kepada SPR SPRM atau polis.
Abdul Aziz diminta mengulas gesaan BERSIH supaya disiasat perkara itu ekoran pengakuan calon BN, Ahmad Sohaimi Lazim di satu seminar pada hari Khamis bahawa jentera kerajaan mengagihkan sumbangan untuk menarik pengundi di Sungai Limau.
Wacana umum tak perlu jadi 'hantu' dalam PAS
ULASAN Apa
yang menarik bagi saya menjelang muktamar PAS kali ini ialah budaya
wacana yang kian hari semakin mendapat tempat. Jika ditelusuri siri-siri
pemilihan PAS yang lalu, pentas-pentas wacana agak kurang mendapat
perhatian. Namun kini tidak lagi.PEMILIHAN PAS 2 TAHUN YANG LALU
24 Mei 2011 di Auditorium Dewan Himpunan Cina KL/Selangor masih segar dalam ingatan. Menjelang muktamar pemilihan PAS dua tahun yang lalu itu, saya telah menganjurkan wacana terbuka bertajuk 'Pemilihan PAS: Mampukah PAS Membuat Lonjakan?' menerusi NGO Free Public Forum Malaysia (FPF) yang saya bangunkan bersama beberapa rakan. Waktu itu, FPF bekerjasama dengan Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) yang digerakkan oleh Saudara Wan Saiful Wan Jan dan juga ILHAM Centre - sebuah firma penyelidikan politik dan pilihan raya yang diterajui Saudara Hisommudin Bakar. Forum tersebut mengetengahkan figura yang dilabel oleh sesetengah pihak sebagai 'kumpulan reformis' atau 'Erdogan' dalam PAS.
Walaupun mereka tidak pernah mengia atau menidakkan gelaran yang diberikan tersebut, ia seolah-olah rahsia umum apatah lagi fasa tersebut menyaksikan api pertembungan yang jelas antara kelompok yang dikatakan pro kepada idea 'Unity Government' VS 'pro-Pakatan Rakyat' dalam PAS. Diwarnai dengan seribu satu polemik, pertembungan antara dua kelompok ini menjadi perbincangan hebat di kalangan mereka yang mengambil berat terhadap perkembangan PAS dalam arena politik tanah air.
Usai forum, ia telah menjadi bahan bualan ramai. Apatah lagi apabila isi kandungan forum dipetik lantas dimuat naikkan dalam ruangan media baru. Kesannya, ada dikalangan ahli PAS khususnya memberikan respon yang pelbagai; baik positif mahupun negatif.
Seperti dijangka, kesan dari penganjuran forum tersebut telah menyebabkan saya dilihat sebagai 'budak nakal' yang sengaja ingin membuat kacau menjelang pemilihan PAS. Tidak kurang juga yang manjadi ahli tafsir kononnya forum tersebut bertujuan mempromosikan idea-idea baru yang tidak selari dengan jalur fikrah yang tulen dalam PAS.
MEDAN MEMPROMOSI IDEA
Namun bagi saya, noktah penting dalam forum yang telah dijalankan ialah, idea yang ingin disampaikan oleh ahli panel dapat disalurkan ke pengetahuan rakyat (termasuk perwakilan) secara sihat. Dan yang lebih penting juga, pendekatan atau medium 'bisik-bisik' dan 'cakap belakang' yang hanya akan mengundang pelbagai sangkaan buruk dan salah tafsiran dapat dihindarkan.
Di sinilah wacana umum sebagai medium baru (dalam budaya berpolitik PAS) perlu mengambil tempat. Menerusi wacana umum, gagasan idea yang ingin dibawa oleh pelapis kepimpinan masa hadapan PAS dapat dibentangkan secara langsung, teratur dan jelas dari calon-calon yang bertanding.
Wacana umum tidak perlu menjadi 'hantu' dalam PAS untuk ditakuti kerana idealnya, seseorang yang ingin bergelar pemimpin wajar tampil ke hadapan dengan misi dan visi yang jelas untuk memacu organisasi yang bakal dikemudi. Dari sinilah, para perwakilan dan rakyat umumnya dapat melihat dengan terang lagi bersuluh halatuju organisasi yang ingin dibawa jika calon-calon pimpinan tersebut terpilih.
Apatah lagi PAS, sebuah gerakan Islam dan gerakan massa yang telah lama berpencak di lapangan politik tanah air. Maka, wacana umum sebegini wajar disuburkan.
Alhamdulillah, pada musim pemilihan PAS kali ini, kita dapat menyaksikan betapa pentas wacana umum kian subur bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Buka sahaja laman sosial anda, iklan-iklan wacana melibatkan PAS kedapatan di sana sini sama ada dianjurkan oleh rangkaian organisasi parti sendiri mahupun NGO. Bagi saya, ini merupakan satu perkembangan yang amat sihat.
PAS DALAM KEPELBAGAIAN MALAYSIA
Sepertimana yang saya amati-dan saya yakin kebanyakan rakyat Malaysia juga begitu, PAS pada tahap ini sudah berada dalam hati dan minda rakyat Malaysia. Kita bukan berbicara dalam ruangan eksklusif kepartian semata-mata. Jatuh bangun PAS kini bukan lagi menjadi perbincangan ahli partinya sahaja atau seteru tradisinya Umno/BN. Seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa, bahasa, budaya, fahaman dan agama telah rancak berbicara dan peka terhadap survival PAS ke hadapan.
Nah, PAS tidak boleh lagi sekadar memberi alasan "ini parti kami, parti Islam... Pandangan orang luar tidak penting!". Kerana pada hemat saya, kejayaan PAS dalam menyantuni kepelbagaian rakyat Malaysia - dengan merealisasikan Islam sebagai 'rahmatan lil alamin' yang mampu mengemukakan solusi paling damai terhadap permasalahan dihadapi rakyat yang penuh rencam - adalah suatu cabaran, amanah dan tanggungjawab besar buat parti Islam ini.
PAS perlu buktikan bahawa Islam bukanlah agama yg bersifat ke'aku'an semata-mata, tetapi naungannya mestilah mampu memberikan teduhan kepada seluruh umat manusia.
Orang PAS tidak perlu apologetic, ini tugas mulia!
KEPIMPINAN PAS DAN GAGASAN IDEA
Akhirnya, saya berharap agar wacana umum dalam PAS bagi tujuan mengetengahkan gagasan idea bakal pemimpin mahupun pemimpin sedia ada, perlulah dirancakkan lagi dan dibawa ketengah-tengah masyarakat.
Jika dua tahun lalu wacana sebegini agak kurang disenangi, sekurang-kurangnya pada musim menjelang pemilihan PAS kali ini, wacana-wacana umum telah mula mendapat tempat. Saya amat yakin ia merupakan praktis yang sangat baik buat PAS pada pusingan ini, dan bakal diterima sebagai medium yang kukuh, normal dan diterima oleh parti pada tahun-tahun mendatang.
Pada waktu itu nanti, tiada pilihan lagi buat bakal-bakal calon kepimpinan PAS melainkan perlu bersedia untuk tampil di hadapan ahli dan rakyat Malaysia umumnya dengan gagasan-gagasan idea yang matang dan meyakinkan sebelum menyerahkan borang penerimaan pencalonan ke jawatan-jawatan yang dipertandingkan.
SHEIKH OMAR ALI merupakan Exco Pemuda PAS Negeri Johor dan Pengarah Projek Free Public Forum M'sia (FPF)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan