Selasa, 12 November 2013

DAH MENYERLAH BEREBUT2 JAWATAN....KERJA KERANA ALLAH ATAU KERJA UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI


PAS siasat 'kempen gambar anjing' pemilihan Pemuda

Calon ketua Pemuda PAS Zulfahmi Shariff yang menjadi mangsa kempen kotor pemilihan parti itu menyerahkan kepada Pejabat Agung Parti untuk menyiasat dan bertindak terhadap perkara itu.

"Saya telah dihubungi Pejabat Agung PAS berkaitan dengan perkara tersebut dan dimaklumkan bahawa Pejabat Agung PAS sedang mengambil perhatian dan menyiasat perkara tersebut," katanya.

NONEKelmarin, dilaporkan kempen kotor pemilihan PAS dikesan apabila Zulhazmi dipaparkan dengan wajah anjing di sebuah laman kempen di Facebook.

Ketua dewan itu Nasrudin Hassan yang tidak mempertahankan jawatan menyifatkan perkembangan itu sebagai kempen paling keji pernah dilihatnya dalam tempoh 28 tahun beliau menyertai PAS.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Zulhazmi (atas) juga menyifatkan cubaan memburukkannya melalui akaun "Fikrah Islamiah Pilihan Kami" untuk menjejaskan undinya juga tidak akan berhasil.

Bagaimanapun, tambahnya, menang ataupun kalah bukanlah fokus utama baginya, sebaliknya lebih menitikberatkan khidmat yang bakal disalurkan sekiranya memenangi kerusi tersebut.

Aktivis anti saman ekor itu bersaing dengan dua pemimpin Pemuda PAS negeri, iaitu Suhaizan Kaian (Johor) dan Kamaruzaman Mohamad (Wilayah Persekutuan).

Zulhazmi tampil sebagai calon bukan pilihan.

Pasal AG, tanyalah SPRM, kata polis

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata, dakwaan terkini yang mengaitkan Peguam Negara Abdul Gani Patail dengan dakwaan salah guna kuasa bukan bawah tanggungjawab polis untuk menyiasatnya.

Dalam sidang media di Pulau Pinang hari ini, beliau sebaliknya meminta perkara itu ditanyakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

NONEBeliau (kanan) juga menegur tindakan membangkitkan kes tertentu secara berulang kali walaupun ada yang sudah diputuskan oleh mahkamah, seperti pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Justeru, katanya, mesti ada batasan terhadap sesuatu dan semua pihak hendaklah berhenti mempolitikkan semua perkara kerana ia akan mengelirukan orang ramai.

Khalid diminta mengulas laporan Malaysiakini minggu lalu bahawa bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah ada bertemu dengan Dr Mahathir Mohamad pada Ogos bagi membincangkan dakwaan salah laku Gani.

Dr M kunci mulut atas dakwaan 'plot' singkirkan AG

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad enggan mengulas berhubung akuan berkanun (SD) berhubung pertemuan di rumahnya yang mana dakwaan salah laku Peguam Negara Abdul Gani Patail dibangkitkan.

NONEMahathir (kiri) berkata, beliau hanya akan mengulas lanjut perkara itu sekiranya melihat SD penuh bekas ketua CID Mat Zain Ibrahim, yang hadir dalam pertemuan 10 Ogos itu.

"Saya tak melihatnya. Kamu maksudkan beliau (Mat Zain) buat akuan berkanun? Saya belum lihat, jadi saya tidak bersedia mengulasnya kerana apabila pemberita tanya, kadang kala mereka tidak dapat fakta yang betul.

"Jadi selepas saya lihat akuan bersumpah, saya sedia untuk jawap soalan kamu dengan panjang lebar," kata Mahathir kepada pemberita ketika ditanya tentang perkara itu di Putrajaya hari ini.

Ditanya sama ada terdapat usaha menyingkirkan peguam negara, Mahathir menjawab:

"Saya tidak tahu tentang perkara itu."

PAS: Minta maaf kerana politikkan kalimah Allah
5:15PM Nov 11 2013
VIDEO l 3:24 minit
Kerajaan perlu meminta maaf kepada umat Islam dan menarik balik kenyataan memburukkan PAS apabila mereka sendiri membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible di Sabah dan Sarawak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

NONE"Apa isunya sebelum ini apabila kerajaan menuduh PAS sedangkan kerajaan sendiri membenarkannya?

"Kerajaan BN perlu tarik balik semua kenyataan yang memburukkan PAS kerana kerajaan sendiri membenarkan kalimah Allah (digunakan dalam Bible)," katanya pada sidang media di lobi Parlimen petang tadi.

Menurutnya, keizinan menggunakan kalimah itu dalam Bible untuk penganut Kristian di Sabah dan Sarawak selepas pilihan raya umum selesai tetapi mengheret kes penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald sehingga ke mahkamah rayuan di semenanjung adalah bukti jelas kedua-dua keputusan itu dibuat berasaskan sentimen politik.

"Orang Melayu kena faham dalam pilihan raya tempoh hari mereka telah ditipu oleh Umno dan macai-macai Umno," kata Mahfuz.

Bercakap lanjut, Mahfuz berkata keizinan tersebut juga bertentangan dengan dakwaan kerajaan yang mereka akan mempertahankan kalimah Allah yang merupakan milik eksklusif umat Islam di Malaysia.

"Di mana pula hak eksklusif orang Islam di Sabah dan Sarawak?" tanya Mahfuz secara sinis.

Sidang media itu adalah susulan kepada tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang mengelak untuk mengaku kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan di Sabah dan Sarawak sewaktu menggulung perbahasan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat petang tadi.

Beliau diasak berulang kali oleh Mahfuz, MP Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof dan MP Batu, Tian Chua yang menggesa Jamil mengaku secara terus terang yang kabinet membenarkan perkara itu.

Jamil sebaliknya berulang kali sekadar menyebut ketetapan itu mempunyai kaitan dengan Penyelesaian 10 Perkara yang telah dipersetujui kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

"Untuk Sabah dan Sarawak kita tengok ada kaitan dengan 10 Points Solution.

"Yang telah diputuskan mahkamah adalah berdasarkan majalah The Herald yang dipohon pihak gereja Katolik yang beralamat di Petaling Jaya," katanya.

BN dalam pilihan raya umum lalu menggunakan isu kalimah Allah sebagai salah satu bahan kempen mereka.

Mereka mendakwa PAS terpaksa berkompromi dengan DAP apabila bersetuju agar nama Allah dikongsi bersama penganut-penganut agama lain.

Terbaru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tulisan di blognya sempena sambutan Awal Muharram berikrar akan terus mempertahankan kalimah Allah walaupun kabinet yang diketuainya membenarkan ia digunakan dalam Bible berbahasa Melayu di Sabah dan Sarawak.

Gambar anjing kempen paling keji pemilihan PAS
4:08PM Nov 11 2013
Kurang 24 jam selepas senarai muktamad calon pemilihan PAS diumumkan Sabtu lalu, bermula kempen memburuk-burukkan calon di alam maya, antaranya dengan menggambarkan seorang calon ketua Pemuda sebagai anjing.

Kempen di laman Facebook "Fikrah Islamiah Pilihan Kami" itu antaranya dilapor memuat naik gambar ketiga-tiga calon Ketua Pemuda PAS, dengan seorang daripada mereka Zulhazmi Shariff berwajah anjing.

Manakala dua lagi pesaing Suhaizan Kaian dan Kamaruzaman Mohamad pula menggunakan wajah sebenar, lapor Sinar Harian.

Zulhazmim, aktivis anti saman ekor PAS itu dilihat sebagai calon underdog berbanding Suhaizan dan Kamaruzaman.

NONEKetua dewan itu Nasrudin Hassan (gambar sebelah, kiri sekali) yang tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya itu menyifatkan perkembangan itu sebagai kempen paling keji pernah dilihatnya dalam tempoh 28 tahun beliau menyertai PAS.

"Jangan cemari kemurnian, keharmonian dan kedamaian warga Pemuda PAS dengan saraf tahap 'macai' dan out of date (ketinggalan zaman) begini sama ada (perang) saraf untuk menjatuh dan menghina lawan atau saraf untuk mempopularkan diri sendiri dan mencari simpati," katanya.

Gambar sudah dibuang
Menulis di Facebook, Nasrudin menegaskan keperluan bersaing atas semangat "berlumba-lumba membuat kebaikan" kerana perwakilan menilai prestasi setiap calon.

Sementara itu, Sinar turut melaporkan Pemilik akaun tersebut memuat naik beberapa mesej yang didakwa daripada bekas timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa dan bekas pesuruhjaya Selangor Datuk Dr Hassan Mohamed Ali

"Jika anjing-anjing liberal ini berjaya menguasai parti, maka lihatlah sendiri akan lebih ramai lagi para pejuang Islam akan menerima nasib yang sama seperti Ustaz Nasarudin dan Dr Hassan Ali.

"Mereka akan terus menerus menjadi kuda kepada PKR dan DAP... maka ketika itu percayalah penyatuan umat Islam Melayu hanya akan tinggal impian," tulisan itu dipetik.

Pemilik akaun turut mendakwa Suhaizan menjadi kambing hitam golongan "liberal" untuk memecahkan undi Kamaruzaman yang dikatakan mempunyai pemikiran Islam yang jelas.

Tulisan itu juga menyifatkan "satu undi kepada Suhaizan bermakna akan menghilangkan satu undi kepada Islam".

Pemilihan PAS membenarkan calon mempromosikan diri namun tertakluk garis panduan, antaranya dilarang mengeluarkan kenyataan dalam pelbagai bentuk yang mengandungi
fitnah, kejian, celaan, sindiran, atau kenyataan palsu sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Tinjauan Malaysiakini ke Facebook itu sebentar tadi mendapati gambar dan tulisan berkaitan sudah dibuang.

UTUSAN BERSUNGGUH-SUNGGUH MAU MAT SABU TUMBANG DALAM PEMILIHAN TIMBALAN PRESIDEN PAS MENENTANG DATO' MOHD NIK AMAR!!!!



Selepas menyedari sokongan mereka bakal "membawa rebah" kepada calon Timbalan Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini membuat pusingan 180 darjah apabila mempromosikan Mohamad Sabu pula untuk jawatan itu.

Dalam analisis The Malaysian Insider bertajuk Timbalan Presiden PAS: Sokongan Utusan "membawa rebah" kepada Mohd Amar?, didedahkan bagaimana dalam pemilihan PAS pada 2011, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mendapat undi tercorot sebanyak 224 undi berbanding Mohamad (420) dan

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399) walaupun mendapat sokongan kuat daripada Utusan Malaysia.
"Sememangnya daripada segi rekod perjuangan dalam PAS, Mat Sabu dilihat jauh meninggalkan Mohd Amar yang dianggap hanya dikenali sebagai seorang pemimpin di peringkat negeri sahaja.

"Berbanding Mohd Amar, dalam soal bertanding dalam pilihan raya Mat Sabu pernah menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri (1990-1995), Kubang Kerian (1995-1999) dan Kuala Kedah (1999-2004)," tulis Pengarang Utusan Malaysia, Zukiflee Bakar dalam artikelnya bertajuk, "Mat Sabu harapan politik PAS".

Timbul persepsi di kalangan perwakilan PAS calon disokong akhbar milik Umno akan menjadi tidak popular kerana parti Melayu itu adalah musuh tradisi PAS sejak zaman berzaman.

Sebelum ini dalam artikel Zulkiflee bertajuk "Memperkasa ulama dalam PAS" pada Ahad, Pengarang Utusan Malaysia itu berkata, populariti Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu menurun dan jumlah kehadiran orang di siri ceramah pemimpin nombor dua PAS itu semakin berkurangan.

"Sememangnya jika apa yang dipaparkan mengenai rentetan perjalanan politik Mat Sabu, tidak ada salah untuk beliau terus kekal sebagai Timbalan Presiden.

"Apatah lagi menurut satu sumber, Mat Sabu dikatakan mendapat pencalonan melebihi Mohd Amar bagi jawatan Timbalan Presiden," kata  Zulkiflee.

Perubahan sokongan Utusan Malaysia daripada Mohd Amar kepada Mat Sabu dilihat sebagai "reverse psychology" untuk memastikan Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu memenangi perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS.

Ini kerana jika dilihat sejak pilihan raya umum 2008, akhbar milik Umno itu konsisten dalam mengasak PAS supaya keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) yang turut dianggotai oleh PKR dan DAP.

Ini selari dengan pandangan golongan ulama dalam PAS yang mahu kerjasama politik dengan PR dikaji semula terutama dengan PKR.

Utusan Malaysia dalam laporan beritanya sebelum ini sering menggelar Mohamad sebagai golongan Anwarinas - merujuk kepada pemimpin PAS yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara Mohd Amar pula diangkat sebagai wakil golongan ulama yang dikatakan bakal memperkukuh dasar Islam dalam parti itu.

Dalam ucaptama di Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut pada September, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib mencadangkan agar parti Islam itu mengkaji semula tahaluf siasi (kerjasama politik) parti Islam itu terutama dengan PKR.

"Amat wajar tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.

Pandangan Harun itu dilihat sebagai pandangan golongan ulama yang berada di belakang Mohd Amar.

Di atas kertas, Mohamad mempunyai kelebihan dan lebih dikenali oleh 1,300 perwakilan PAS kerana sudah lama berperanan sebagai pemimpin nasional dan senangi oleh rakan-rakan PR berbanding Mohd Amar yang hanya aktif dalam arena politik Kelantan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatannya selepas tiada pencabar.

Pemilihan PAS bagi 2013 akan diadakan dari 22 hingga 24 November ini di Shah Alam, Selangor.. MALAYSIAN INSIDER
Sidang Media Tuan Guru Presiden sebentar tadi.

Tuan Guru Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menafikan sekerasnya berita pelantikan beliau sebagai Setiausaha Agung Ikhwanul Muslimin Sedunia sepertimana yang tersiar dalam akhbar Al Watan Mesir pada Ahad lepas.

Berita tersebut adalah fitnah dan berunsur provokasi dengan mengaitkan beliau dengan apa yang berlaku di Mesir. Tindakan melalui guaman juga sedang dilaksanakan.


Beliau menegaskan PAS tetap dengan pendirian pentingnya proses demokrasi yang telus dilaksanakan di Mesir dengan menyerahkan kembali kuasa kepada Presiden Mursi dan memberikan hak kepada rakyat untuk membuat keputusan


via Penyokong MP PAS
Like · · · 14 minutes ago · ·

Tiada ulasan: