Sabtu, 16 November 2013

PELACUR...MENJUAL DAN MELANGGANNYA HARAM....TOUCH N GO....JANGAN DUNIA YANG SAD/SEKEJAP/TOUCH N GO....GO PI NERAKA....KAN GITU...FIKIR2KAN


CEO Malaysia Rasuah Pelacur Kepada Pegawai Tentera
Posted on Friday, November 15 @ 19:14:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Kontrak USD200 juta Tentera Laut Amerika yang diberikan kepada firma pertahanan Malaysia yang berpengkalan di Singapura dibatalkan kerana skandal rasuah pegawai kanan pasukan tentera tersebut.

Empat kontrak dibatalkan, pesanan baru dari Glenn Defense Marine Asia (GDMA) juga dibatalkan kerana menjadi pusat jenayah seperti rasuah dan pəlacuran, menurut sumber rasmi tentera berkenaan, lapor The Malaysian Insider yang bersumberkan AFP.

Pegawai eksekutif (CEO) syarikat yang juga ahli perniagaan Malaysia, Leonard Francis CEO dituduh bersubahat memberikan rasuah kepada pegawai tentera dengan memberikan pəlacur dan ganjaran lain bagi mendapatkan kontrak lumayan membekalkan kapal AS dengan makanan, air dan bekalan lain dalam lawatan ke pelabuhan di Asia.

Tiga pegawai tentera dituduh dan dua lagi masih disiasat kerana mengancam tentera AS.

Baca juga : Kempen batalkan SPPBS di Facebook"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
laniismaa
Posted on Friday, November 15 @ 19:14:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



 Kes terbaru tembak di Kelantan: Blog dahului media perdana
Posted on Friday, November 15 @ 19:48:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"tembak, bunuh, pistol, tembak di kelantan
Imej dari carigold.com

Beberapa blog dikesan mendahului media perdana menyiarkan berita kes tembak seorang lelaki di Pengkalan Petah, Tawang, Bachok, Kelantan, malam tadi.

Team editorial inimajalah.com yang memantau perkembangan komuniti online kira-kira jam 10 malam tadi mengesan antara blog awal yang menyiarkan berita itu ialah kerabubersuara.blogspot.com dan tenteramaya.blogspot.com.

Berita itu juga disiarkan di forum carigold.com beberapa minit kemudian dengan memaparkan gambar dipercayai dipetik dari blog yang awal menyiarkan berita berkenaan.

Bagaimanapun siaran berita di blog terbabit hanya secara ringkas dan tanpa identiti mangsa serta pengesahan polis.

Dalam kejadian terbaru itu, seorang lelaki maut selepas terkena beberapa das tembakan ketika dalam perjalanan pulang dari berniaga.

Berita itu kemudiannya disahkan oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng yang disiarkan beberapa media perdana dengan memetik berita Bernama, selang beberapa jam kemudian dan hari ini.

Kelewatan media perdana menyiarkan berita itu dipercayai disebabkan keperluan mendapatkan pengesahan kejadian dari pihak berkuasa berbanding blog, laman sosial dan forum.

Dalam kejadian itu, Alias Yusof, 58, ditembak beberapa das yang tepat mengenai kepala dan perut, kira-kira 8.45 malam.

Mangsa ditembak individu menaiki motosikal kira-kira 250 meter dari tapak pasar malam berdekatan ketika menunggang motosikal bersama anaknya berumur enam tahun. - inimajalah.com

Bacaan lanjut di inimajalah.com"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
inimajalah
Posted on Friday, November 15 @ 19:48:07 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Negaraku Aman di Bawah UMNO: Lagi kes tembak, kali ini di Bachok, Kelantan!!
Posted on Friday, November 15 @ 09:47:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



"
Tembak_Kelantan_1

Mengikut info dari sahabat ambo…,kejadian berlaku berhadapan Medan Ikan Bakar, Pengkalan Petah, Tawang, Bachok lebih kurang jam 08.00 malam, 14 November 2013 Khamis bersamaan 10 Muharram 1435 .



Mangsa mati di tempat kejadian ekoran terkena 3 das tembakan di kepala.
Apa-apa hal pun… kita sebagai orang awam jangan cepat buat andaian tentang kes ini dan biarlah PDRM lakukan siasatan secara terperinci.
Tembak_Kelantan_2 Tembak_Kelantan_3Tembak_Kelantan_4Al Fatihah…
Salam Takziah Buat keluarga Mangsa… - hambaliabdullah.blogspot.com
Baca juga : Maklumat cuti hari  Jumaat bocor, SUK Johor diminta siasat
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
laniismaa
Posted on Friday, November 15 @ 09:47:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


 Khutbah: Hijrah Adalah Rahmat Daripada Allah:
Posted on Friday, November 15 @ 18:55:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"hijrah1Sinopsis: Kita masih di awal Muharram 1435H. Sempena tahun baharu hijrah, peristiwa hijrah masih diingati.

Hijrah bukan sahaja berpindah, tetapi juga mendirikan negara.

Negara yang mendapat rahmat dan berkat dari Allah. Justeru, peristiwa hijrah itu juga sebenarnya rahmat daripada Allah, walaupun Nabi SAW dan para Sahabat terpaksa bersabung nyawa dan bertarung hidup bagi menunaikan tanggungjawab berhijrah itu.

DSTG Presiden PAS menghuraikan perkara ini dalam khutbah berikut:

Hijrah Adalah Rahmat Daripada Allah"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
ustaznik
Posted on Friday, November 15 @ 18:55:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Buat parang adalah warisan para Nabi, syukur ada di N.Sembilan
Posted on Saturday, November 16 @ 00:30:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"3 tahun lalu pada 10 Nov 2010 satu-satunya pembuat parang di N.Sembilan pada skala sederhana, Encik Zamri Wahid telah saya jemput datang ke Surau Alamanda, Senawang agar penduduk setempat menghargai bukan saja seni pembuatan senjata Melayu yang semakin dilupakan tetapi ianya adalah warisan para Nabi, iaitu Nabi Daud as dan Nabi Zulkarnain as yang pakar besi yang hingga ke hari ini tiada siapa dapat menandinginya.

Alhamdulillah, gembira saya tengok apabila Zamri sering keluar iklan usahawan berjaya di televisyen, apatah lagi dia orang N.Sembilan.

Saya harapkan lebih banyak agensi kerajaan dapat membantu beliau mengembangkan industri ini baik Majlis Agama Islam, kerajaan negeri, MARA dan sebagainya.

Semoga ada pihak yang prihatin agar meluluskan permohonan beliau untuk mendapatkan mesin robotik. Dengan berkembangknya industri ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan, peluang perniagaan, peluang pelancongan di N.Sembilan dan yang paling penting ianya adalah warisan pekerjaan para Nabi iaitu Nabi Daud as dan Nabi Zulkarnain as, yang ilmu metalurgi mereka lebih canggih dari apa yang ada pada ketika ini.

********

Parang “Mentaus Crafts” ciptaan Zamri ke Amerika Syarikat
10 Nov 2013

The Malaysian Insider semalam mendekati seorang usahawan pembuatan parang, Zamri Wahid, 44, pewaris seni bakat turun-temurun daripada keluarganya.

Beliau mula memasarkan parang buatannya itu pada 2004 secara kecil-kecilan namun pada 2007 produknya mendapat perhatian global apabila pemasaran secara atas talian menjadi satu inisiatif baru.

Atas pendekatannya itu, seni pembuatan parang Melayu turut mendapat perhatian warga Amerika Syarikat, Poland, Australia dan Rusia.

“Namun pelanggan asing yang ramai membeli secara atas talian datangnya dari Brunei dan Singapura disebabkan latar budaya yang hampir sama.

“Atas kekangan masa yang banyak dihabiskan di bengkel pada siang hari, saya membuat promosi di internet pada sebelah malam melalui blog http://zamri-tukangparang.blogspot.com dan laman Facebook peribadi.

Penerima Anugerah Tukang Ulung 2012 Kraftangan Malaysia tersebut turut berazam untuk meningkatkan kualiti produknya selain berharap pembuatan parang yang dilakukan secara tradisi hari ini mampu diambil alih oleh mesin sepenuhnya.

Katanya, dengan keupayaan mesin, harga jualan parang dapat dikurangkan selain kuantitinya juga dapat ditingkatkan.

“Saya pernah mengemukakan cadangan kepada agensi kerajaan bagi mendapatkan bantuan mesin robotik namun masih belum mendapat jawapan hingga ke hari ini.

“Ketelitian hasil kerja mesin terbukti apabila kita melihat sendiri parang buatan Amerika Syarikat yang ternyata lebih kemas dan berkualiti,” katanya yang mengakui pembuatan parang secara konvensional memerlukan ketelitian dan kesabaran.

malaysianreview.com"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Saturday, November 16 @ 00:30:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Makna angka 40 dalam usia manusia
Posted on Friday, November 15 @ 19:02:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Bila ada persoalan tentang umur 40 tahun manusia, saya terfikir sejenak. Belum pernah saya membincangkannya dengan sesiapa sebelum ini.

Bila saya cuba mengajak kepada perbincangan, ramai yang berkata itu cuma psikologi barat untuk menggambar kehidupan mesti enjoy dan berseronok, dan pada umur ini barulah fikir tentang masa depan.

Oleh: Tuan Ibrahim Tuan Man,

Assalamu’alaikum,

Bila ada persoalan tentang umur 40 tahun manusia, saya terfikir sejenak. Belum pernah saya membincangkannya dengan sesiapa sebelum ini. Bila saya cuba mengajak kepada perbincangan, ramai yang berkata itu cuma psikologi barat untuk menggambar kehidupan mesti enjoy dan berseronok, dan pada umur ini barulah fikir tentang masa depan.

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).

Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu

1. Kanak-kanak (sejak lahir hingga akil baligh)

2. Muda atau syabab (sejak akil baligh hingga 40 tahun)

3. Dewasa (40 tahun hingga 60 tahun)

4. Tua atau syaikhukhah (60 tahun hingga mati)

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Diantara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan ketika menginjak usia 40 tahun?

1. Meneguhkan tujuan hidup

2. Meningkatkan daya spiritual

3. Menjadikan uban sebagai peringatan

4. Memperbanyak bersyukur

5. Menjaga makan dan tidur

6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at fourty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati"

http://silverheritage.blogspot.com/

Lain-Lain Artikel yg menarik

1. sungai kembali muncul di tanah arab

2. Hijrah Nabi SAW dari Makkah ke Madinah"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
kamal_hasan
Posted on Friday, November 15 @ 19:02:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

 Calon BN dedahkan sebab beliau kalah di Sungai Limau
Posted on Friday, November 15 @ 22:00:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering





Calon BN dedahkan sebab beliau kalah di Sungai Limau - Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang hadir di analisis pasca PRK Sungai Limau di Universiti Malaya hari ini berkata BN tidak akan mampu memenangi hati pengundi melalui pemberian yang diberikan semasa tempoh berkempen kerana pengundi mempunyai calon pilihan sendiri.



“Memang diakui kerajaan menggunakan jenteranya seperti Lembaga Pemasaran 

Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan memberikan bantuan. Adakah kita boleh pastikan dengan bantuan seumpama itu boleh meraih undi? Jawapannya belum tentu.
“Saya lihat satu kawasan itu Fama memberikan pokok pelam dan berlori anak ayam. Saya pasti jumlah undi yang diterima dengan bilangan anak ayam yang diberi tidak sama. Ia seperti memberi bola tanggung dalam bola sepak,” katanya.
Ahmad Sohaimi turut mengakui peningkatan undi Cina kepada BN tidak berlaku kerana menurutnya jika 1,000 pengundi Cina mengundinya semasa PRK lepas maka beliau mampu memenangi pilihan raya itu.
Katanya, dalam tiga acara pertemuan bersama masyarikat Cina di Sungai Limau, terdapat majlis dihadiri seramai 400 orang tetapi pengundi sebenar di kawasan tersebut hanya kira-kira 100 pengundi Cina sahaja.
“Saya dan pemimpin MCA pada malam itu menyampaikan ceramah kepada bukan pengundi. Hadirin yang datang memberikan tepukan gemuruh sehingga ada yang berkata berdasarkan sokongan, BN mampu memenangi pilihan raya itu.
“Itulah yang dikatakan kerana tepuk kampung tergadai. Pengundi di sana beranggapan jika BN kalah sekalipun tidak memberi apa-apa makna kerana Kedah masih bersama BN. Inilah yang menjejaskan sokongan pengundi Cina selain peratus keluar mengundi Cina yang tidak begitu ramai,” katanya yang mengundang gelak tawa hadirin atas ucapannya ~ The Malaysian Insider

Tiada ulasan: