Khamis, 28 November 2013

JIKA BERITAU NAIK....RAKYAT TAK KAN SOKONG....KAEDAH NI BIASALAH ORANG BUAT....SISTEM MONOPOLI HARAM DALAM ISLAM SEBAB TIADA PERSAINGAN...

IPOH: PAS menyambut baik keputusan kerajaan memberi bantuan peruntukan kepada pusat khidmat masyarakat sebanyak RM3,000 kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk pembangkang.

Adun Selinsing, Husin Din (gambar) berkata, walaupun nilainya tidak seperti yang diharapkan, namun ianya sedikit sebanyak membantu dalam membiayai kos pengurusan pusat khidmat.

Kata beliau, sebelum ini, Adun Pakatan Rakyat terpaksa menggunakan wang sendiri berbekalkan elaun wakil rakyat sebanyak RM4,112.79 bagi menampung pengurusan pusat khidmat di samping merealisasikan kehendak masyarakat setempat yang sentiasa mengharapkan bantuan daripada Adun.

"Sebelum ini kami terpaksa mencari dan mengeluarkan wang sendiri untuk menampung kos pengurusan pusat khidmat setiap bulan oleh kerana tindakan tidak adil kerajaan yang hanya memberi bantuan kepada Adun BN sahaja.

"Dengan pengumuman yang dibuat dalam Bajet 2014 ini, kami menyambut baik kerana ianya bukanlah untuk peribadi, tetapi ianya adalah untuk rakyat.

"Namun kami mengharapkan peruntukan yang lebih relevan sesuai dengan suasana serta kehendak sekarang," katanya ketika ditemui Harakahdaily di lobi Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak.

Kata beliau, kerajaan diminta mengkaji semula nilai jumlah yang diberikan kerana ia sangat tidak mencukupi untuk menampung pengurusan pusat khidmat serta bantuan kepada masyarakat.

Husin menjelaskan, peruntukan sedemikian sudah lama dituntut oleh PAS kerana kerajaan bertanggungjawab untuk membantu tidak kira daripada pembangang ataupun kerajaan.

Dalam Pembentangan Bajet 2013, Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir telah mengumumkan pemberian bantuan peruntukan kepada semua pusat khidmat masyarakat Adun yang menelan kos sebanyak RM2.12 juta.

Kerajaan juga turut mencadangkan kenaikan elaun saran Adun daripada RM4,112.79 sen sebulan kepada RM6,000 sebulan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) mencabar kerajaan melaksanakan polisi setiap kenaikan dilakukan sebelum pilihan raya umum.

Jelasnya, perkara itu bagi memastikan sama ada rakyat menyambut baik serta menerima alasan yang diberikan atau menolak polisi yang membebani mereka.

"Saya melihat kenaikan cukai pintu yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah tidak munasabah serta membebani rakyat.

"Saya cabar kerajaan jika nak melaksanakan kenaikan buat sebelum pilihan raya jangan selepas pilihan raya baru umum segala kenaikan.

"Kita tidak mahu rakyat terus ditipu dengan segala janji-janji mengatakan tidak akan ada kenaikkan tetapi selepas pilihan raya segalanya berlaku," ucap beliau ketika berbahas di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Malaysia (KWPKB).

Katanya lagi, kerajaan mahupun DBKL perlu mengambil kira tentang pendapatan rakyat yang semakin tertekan akibat kenaikan harga barang keperluan.

"DBKL perlu mengambil kira tentang pendapatan rakyat yang berada di kota, jangan terlalu ghairah untuk kenaikan tersebut sehingga rakyat terus tertekan.

"Rata-rata yang tinggal di bandar mahupun luar bandar bukannya berpendapatan tinggi, gaji cukup untuk mereka berbelanja keluarga.

"Tapi DBKL tidak memikirkan perkara tersebut dan terus menaikkan cukai pintu pada kadar yang tidak munasabah," sambung beliau yang juga AJK PAS Pusat.

Beliau turut mengatakan polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan atau DBKL jelas telah menipu rakyat walapun sebelum ini kerajaan menafikan tidak akan ada kenaikan akan berlaku.

DBKL melalui notis bertarikh 18 November 2013 (postdated notice) sebagai tarikh surat dikeluarkan menunjukkan cadangan DBKL yang mahu menaikkan kadar cukai taksiran lebih daripada 100% mulai 1 Januari 2014.

Pada masa ini pemilik rumah teres dikenakan cukai taksiran sebanyak RM5,400 bakal menerima kenaikan cukai sebanyak RM13,800 tahun depan iaitu kenaikan sebanyak 155 peratus.

Manakala, bagi pemilik rumah flat yang pada masa ini dikenakan cukai RM2,280 bakal menerima kadar cukai baru sebanyak RM4,800 tahun hadapan iaitu kenaikan sebanyak 10 peratus.

DBKL hanya memberikan tempoh sehingga 17 Disember 2013 bagi pemilik rumah dan premis membuat bantahan bertulis.
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap pemimpin Umno BN yang didakwa 'lembik' dalam menangani isu pengintipan oleh kuasa asing termasuk Amerika Syarikat, Australia dan juga terbaru Singapura.

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa sehingga kini belum ada kenyataan tegas dari pemimpin BN terhadap pencerobohan itu.

"Ini perkara serius. Sehingga kini tindakan pemimpin Umno sagat lembik. Ini soal keselamatan negara.

"Mana dia kenyataan Menteri Dalam Negeri, mana dia kenyataan tegas Menteri Luar, dan pastinya Perdana Menteri?" soalnya.

Sebelum ini sebuah portal melaporkan mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit mengintip Malaysia.

Mengulas lanjut Anwar berkata, kerajaan sepatutnya bertindak tegas terhadap tindakan biadab  ini, yang tidak menghormati hak dan kedaulatan negara ini.

"Kenyataan itu ada, harus ada tuntutan. Pertama hentikan, kedua mohon maaf dan ketiga perlu ada jaminan bahawa kerja biadap ini yang mencemar imej dan kepentingan keselamatan negara ini tidak diulangi," katanya lagi.
KUALA LUMPUR: Rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi minyak kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) pada suku pertama tahun hadapan mungkin sekali lagi  memangsakan rakyat apabila tarif elektrik dinaikkan.

Langkah ini dilakukan kerajaan BN bertujuan mengekang peningkatan subsidi untuk sektor tenaga yang kini mencecah RM24.8 bilion setahun.

The Edge keluaran 11 November lalu memetik kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Tenaga Hijau dan Air, Datuk Loo Took Gee yang tidak menolak kemungkinan itu.

"Kamu boleh menjangkakan pada suku pertama 2014, jadi bersedialah untuk itu. Kita perlu menstabilkan ekonomi dan ini salah satu caranya," ujar Loo.

Tarif asas elektrik naik 2 peratus pada Jun 2011 dan kajian semula berhubung kadar tenaga telah dibuat pada 2006.

Menurut beberapa kajian, kadar elektrik dijangka meningkat sehingga 19 peratus daripada 33.5 sen per kWj kepada 40 sen per kWj, jika subsidi untuk sektor tenaga dimansuhkan kerajaan, lapor The Edge. 

Perkara Haram Dalam Perniagaan

Oleh: Abdul Muhaimin Mahmood
Penolong Pengarah
Cawangan Muamalat dan Sosio Ekonomi (CMSE)
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim
Islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan. Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan. Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia mendapatkan harta dan barangan yang diingini. Manusia adalah makhluk yang lemah dan saling memerlukan yang lain. Pensyariatan perniagaan ini adalah bagi memenuhi fitrah semulajadi manusia. Melalui perniagaan ini, manusia boleh memenuhi keperluan dan tuntutan individu, masyarakat dan negara.
Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul SAW. Bagi mereka yang melaksanakan aktiviti peniaga dengan amanah, mereka turut dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, orang soleh dan syuhada’. Namun demikian, sekiranya ia dilakukan luar dari batasan syariat Islam maka ianya tidak lagi dianggap ibadat tetapi tetapi aktiviti yang boleh mendatangkan padah kebinasaan baik di dunia dan akhirat.
Perkara yang diharamkan dalam perniagaan
Sungguhpun aktiviti perniagaan dianjur dan digalakkan dalam Islam, ia tidak bermakna manusia bebas menentukan tatacara perniagaan tanpa ada prasyarat yang mesti dituruti. Bagi menjamin kemaslahatan manusia terjamin dan terpelihara, Islam telah mengharamkan beberapa perkara dalam aktiviti pernigaan. Antara perkara yang dilarang dalam aktiviti perniagaan ialah:
1. Riba.
Riba merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam. Orang yang menyatakan riba adalah halal akan menjadi kufur dan terkeluar dari Islam, kerana riba adalah salah satu dari dosa besar yang wajib dielakkan oleh seorang muslim yang disebutkan secara jelas dalam al-quran dan sunnah tentang pengharamannya.
Dimaksudkan dengan riba ialah sebarang tambahan dalam barangan tertentu (ribawi) dan tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh. Di dalam surah al-Baqarah, ayat 289 dirakamkan bahawa Allah dan rasul memerangi pemakan riba. Firman Allah, mafhumnya:Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah: 289).
Dalam menjalankan aktiviti perniagaan, amalan riba hendaklah dielakkan sepenuhnya. Peniaga yang baik dan diredhai Allah SWT ialah peniaga yang mampu berniaga dengan berpandukan peruntukan syarak, bebas dari sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal, membuat simpanan, membuat pelaburan dan seumpamanya.
2. Memeras ugut dan megambil harta dengan cara yang batil
Islam juga mengharamkan perbuatan memeras ugut serta tindakan megambil harta orang lain dengan cara yang batil (salah). Megambil harta orang lain dengan cara yang batil dan salah ini boleh berlaku dalam pelbagai cara dan bentuk seumpama mencuri, merompak, menipu, memperdaya, judi dan seumpamanya. Sekiranya seseorang berkeinginan kepada barangan dan sesuatu yang berharga pada milikan orang lain maka ia boleh mendapatkannya melalui jalan perniagaan yang bebas dari sebarang unsur yang dianggap sebagai cara yang salah dan batil.
Pengharaman perbuatan seumpama memeras ugut dan megambil harta orang lain dengan cara yang batil ini, jelas disebutkan dalam sural al-Nisa ayat 29 mafhumnya:  (Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu).
Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa  Allah SWT melarang hambanya yang beriman dari memakan harta sesama mereka dengan cara yang batil iaitu dengan pelbagai perbuatan yang tidak syarie seumpama riba, judi dan seumpama dengannya dari pelbagai jenis helah yang menjuruskan kepada riba (Ibn Kathir, Ismail bin Umar bin Kathir al-Qurasyi al-Dimashqi, Tafsir al-Quran al-azim, Dar Thibah Lil Nashr wa al-Taizi’, 1999/1420H, jld.2, hlm.268).
3. Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan.
Dalam keghairahan mempromosi dan menarik pelanggan, pelbagai cara dan strategi dibuat dengan tujuan melariskan barang jualan. Sungguhpun perbuatan itu dibolehkan, namun sebagai perniaga yang beriman mereka sewajarnya tidak alpa dan lupa bahawa Islam melarang sebarang bentuk penipuan dalam pernigaan. Menipu ialah melakukan suatu helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudharatkan orang lain.
Pelbagai cara penipuan boleh berlaku dalam aktiviti perniagaan seperti memalsukan tandatangan, menjual barang tiruan dengan harga yang mahal dan menipu pelanggan dengan iklan-iklan yang palsu.
Termasuk juga dalam perbuatan menipu ialah perbuatan bersumpah dengan nama Allah dengan tujuan melariskan barang jualan seperti menyatakan “demi Allah, barang ini adalah paling murah dijual di kota ini dan saya hanya menjual harga modal sahaja” sedangkan hakikat yang sebenar adalah sebaliknya.

‏عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏مَرَّ عَلَى ‏ ‏صُبْرَةِ ‏ ‏طَعَامٍ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا  ‏فَنَالَتْ ‏ ‏أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ ؟ قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ . قَال َأَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ ‏ ‏مَنْ غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي. أي : من غش فليس على دينيى الكامل. رواه مسلم

Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual) seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik makanan? Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah SAW.  Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu disebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).

‏عَنْ ‏ ‏أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ ‏أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ ‏‏إِيَّاكُمْ وَكَثْرَةَ الْحَلِفِ فِي الْبَيْعِ فَإِنَّهُ يُنَفِّقُ ثُمَّ ‏ ‏يَمْحَقُ. أيْ: فأن كثرة الحلف فى البيع قد يؤدي ألى  رواج السلعة إلا أنه بعد ذلك إلى  يُزِيل الْبَرَكَتها.

 Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abi Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar rasulullah SAW bersabda, awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya (kadang kala) banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan akan tetapi selepas itu ia akan menghilangkan barakahnya.
Berpandukan kepada dua hadis ini, sebagai peniaga yang beriman dan berpegang teguh kepada ajaran agama ia hendahlah mengelak dari sebarang bentuk penipuan dan banyak bersumpah dalam keghairahan melariskan barangan jualan dan mendapat keuntungan daripadanya.
4. Rasuah.
Rasuah juga merupakan salah satu dosa besar dalam Islam. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bidang termasuklah dalam aktiviti perniagaan. Sesetengah orang beranggapan rasuah/ duit kopi/ duit under-table ini adalah satu kemestian dalam perniagaan. Ini kerana pada mereka dengan rasuah ia boleh membantu mengenali orang-orang penting, membantu mendapat projek dan peluang pernigaan yang lebih luas, memudahkan perjalanan projek dan dapat juga membantu memudahkan after sale servis yang dijanjikan. Pendek kata tiada apa yang tidak dapat dilakukan jika dihulurkan dengan sedikit wang ringgit.
Setengah mereka berselindung dengan menukarkan istilah rasuah itu dengan kata-kata lain seperti pertolongan/ bantuan/ hadiah/ sedekah dan seumpamanya. Sememangnya rasuah jauh berbeza dengan sedekah dan hadiah. Rasuah adalah pemberian yang dibuat bertujuan untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang salah atau bukan dengan cara yang sebenar. Sedekah pula adalah pemberian yang dibuat dengan tujuan mendapatkan balasan pahala dari Allah SWT semata-mata, sedangkan hadiah pula adalah pemberian yang dibuat dengan tujuan mempereratkan lagi ikatan silatul rahim dan kasih sayang.
Rasuah kadangkala membawa keuntungan yang berlimpah, namun mesti diingat bahawa ia juga akan menghakis keberkatan dalam perniagaan, bahkan mereka akan mendapat laknat daripada Allah SWT. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah,Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ ‏ ‏عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ‏ ‏قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي.

Maksudnya:
Dari Abdullah bin Amru katanya, Rasulullah SAW bersabda Allah SWT melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.
Gejala rasuah dalam semua situasi dan kondisi termasuk dalam menjalankan aktiviti perniagaan adalah dilarang sama sekali dalam Islam dan merupakan perbuatan haram lagi tercela. Sebagai peniaga yang beriman, perbuatan terkutuk ini hendaklah dihindari agar keberkatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat dapat dikecapi oleh semua.
5. Memonopoli barangan (ihtikar).
Perbuatan memonopoli barangan keperluan awam juga adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam. Monopoli barangan keperluan sepeti gula, beras, minyak dan seumpamanya biasanya dibuat para peniaga agar barangan keperluan berkurangan dipasaran dan hasilnya harga barangan tersebut dapat dinaikkan dan boleh dijual dengan lebih mahal. Dengan itu, perniaga akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Perbuatan terkutuk ini adalah dilarang dalam Islam kerana ia menyebabkan kemudharatan dan kesulitan kepada masyarakat awam, khususnya golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah.  Dalam satu hadis Rasullah SAW bersabda; 

عن معمر أن النبي (ص) قال: " من احتكر فهو خاطئ" . أى: فهو بعيد عن الحق والعدل. رواه مسلم.

Maksudnya:
Dari Ma’mar bahawa Rasulullah SAW bersabda; Barang siapa memonopoli barangan (ihtikar) maka ia telah melakukan kesalahan. Yakni ia telah tersasar jauh dari perkara yang sebenar dan keadilan.
Menurut Ibn Taimiah dan muridnya Ibn Qayyim, antara bentuk monopoli yang diharamkan juga boleh berlaku dengan cara para perniaga bersepakat antara satu sama lain bagi menjual barangan dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran.
Hikmah diharamkan perbuatan monopoli ini adalah bagi menolak kemudaratan atau kesulitan terhadap masyarakat umum. Para fuqaha telah berijmak pendapat bahawa sekiranya seseorang mempunyai makanan yang tidak ada pada orang lain; sedangkan orang lain sangat memerlukannya, maka dalam situasi seumpama ini diharuskan bagi pemerintah untuk memaksa pemilik makanan tersebut supaya menjual makanan yang berada dalam simpanannya. Tujuannya adalah bagi menolak kemudaratan terhadap masyarakat. (Al-Banhawi, Mohd Abdul fattah, Fiqh al-Muamalat Dirasah al-Muqaranah, Jamiah al-Azhar, Tanta, 1999, hlm. 223)
6. Larangan mengurangkan kadar sukatan dan timbangan.
Dalam keghairahan mencari keuntungan dalam perniagaan, Islam menuntut para perniaga bersikap amanah dan tidak mengaburi mata pelanggan dengan pelbagai helah seperti mengurangkan kadar timbangan dan sukatan. Perbuatan seumpama ini adalah dilarang dan tercela dalam Islam. Termasuk juga dalam kategori tidak menyempurnakan sukatan dan timbangan ini, perbuatan mengurangkan kualiti dan kuantiti sesuatu barangan.
Bagi menunjukkan hina dan tercelanya perbuatan menipu dalam sukatan dan timbangan ini,  Allah SWT telah menemplak peniaga yang berbuat demikian di dalam surah al-Mutaffifin 1-3, mafhumnya:Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
Terdapat banyak ayat yang memerintahkan agar disempurnakan sukatan dan timbangan dalam aktiviti pernigaan. Antaranya firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 35, mafhumnya: dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak). Dalam surah al-Rahman ayat 9, Allah SWT berfirman, Maksudnya: dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
Semua ayat tersebut memerintahkan agar disempurnakan timbangan dan sukatan. Bahkan dalam surah al-Isra’ tersebut, Allah SWT turut menjanjikan kesan dan kesudahan yang baik di dunia dan di akhirat bagi mereka yang berbuat demikian. Namunpun demikian, wajar diingatkan bahawa sekiranya perintah dan suruhan ini tidak diendahkan, ia boleh menyebabkan turunnya bala dan azab Allah SWT, sebagaimana berlakunya terhadap penduduk Madyan, kaum nabi Syuib.
7. Larangan membeli barangan yang dicuri, diragut atau dirampas tanpa hak.
Sebagaimana dijelaskan bahawa Islam sangat menggalakkan sebarang bentuk aktiviti perniagaan. Namun demikian, Islam melarang dan menegah sama sekali sebarang bentuk transaksi jual beli yang melibatkan barangan curi, ragut dan seumpamanya, kerana ia adalah sebahagian dari bentuk tolong-menolong kepada dosa dan permusuhan, bukannya kepada kebaikan dan ketakwaan. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:

عن أبي هريرة ، عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال : « من اشترى سرقة ، وهو يعلم أنها سرقة ، فقد شرك في عارها وإثمها »

Maksudnya:
Diriwayatkan Abi Hurairah, dari Rasulullah SAW, bahawa baginda bersabda: Barang siapa membeli barangan curi, sedang ia mengetahui barang itu adalah dicuri, maka ia telah berkongsi sama (dengan pencuri) pada aib dan dosanya.
Masalah ini adalah sama dengan keadaan orang yang menjual anggur kepada pembuat arak, atau menjual senjata kepada orang yang ia tahu akan menggunakannya untuk memudharatkan orang Islam. Jual beli dalan situasi seumpama ini adalah haram kerana ianya seumpama menolong ke arah berbuat dosa dan permusuhan. Perihal ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW: 

‏ابْنَ عُمَرَ ‏ ‏يَقُولُ ‏قَالَ رَسُول ُاللَّهِ‏ ‏صَلَّى اللَّه ُعَلَيْه ِوَسَلَّمَ ‏ ‏لَعَنَ اللَّهُ الْخَمْرَ وَشَارِبَهَا وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا ‏ ‏وَمُبْتَاعَهَا ‏ ‏وَعَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ

Maksudnya:
Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW bersabda, Allah melaknat arak, peminum, penghidang, penjual, pembeli, pemerah, meminta agar ia diperah, pembawanya dan orang yang ia dibawa kepadanya”

عَنْ عِمْرَانَ بن حُصَيْنٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:"نَهَى عَنْ بَيْعِ السِّلاحِ فِي الْفِتْنَةِ

Maksudnya:
Dari Imran bin Husain, “Sesungguhnya Rasulullah melarang menjual senjata ditengah berlangsungnya fitnah (perselisihan)”
Seumpama itulah juga, haram dan berdosanya perbuatan menjual apa-apa barangan yang membawa kepada kerosakan akhlak dan membantu kepada tersebar luasnya perkara yang keji dan hina seumpama fitnah dan sebagainya.
8. Haram menjual najis.
Telah berlaku Ijma’ dikalangan fuqaha tentang haramnya sebarang bentuk perniagaan barangan yang najis pada zatnya seperti arak, babi, anjing, bangkai dan seumpamanya. Islam mengharamkan sebarang bentuk perniagaan barangan najis ini kerana ianya boleh mendatagkan mudarat dan kerosakkan dimuka bumi.

‏عن ‏جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ ‏ ‏يَقُولُ سَمِعْت ُرَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ عَامَ الْفَتْح ِإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَرَسُولَهُ ‏ ‏حَرَّمَ بَيْع َالْخَنَازِيرِ وَبَيْعَ الْمَيْتَةِ وَبَيْعَ الْخَمْر ِوَبَيْعَ الْأَصْنَامِ

Maksudnya:
Dari Jabir bin Abdullahkatanya, ia telah mendengar Rasulullah SAW bersabda pada tahun pembukaan kota Mekah, sesungguhnya Allah SWT dan Rasulnya telah mengharamkan jual beli babi, bangkai, arak dan patung berhala.
Penutup
Demikian adalah antara perkara-perkara yang diharamkan dalam aktiviti jual-beli atau perniagaan. Kesemua larangan dan tegahan yang disebutkan di atas cukup mencerminkan kesempurnaan dan kesyumulan syariat Islam. Semua perkara yang haramkan ini adalah perkara yang boleh mendatangkan mudarat dan kesulitan kepada manusia. Sekiranya semua manusia bepegang teguh dengan ajaran dan panduan Islam, nescaya semua akan mendapat rahmat Allah SWT dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
 
KUALA LUMPUR: PAS menasihati Umno agar bermuzakarah berkaitan dengan isu undang-undang syariah dengan PAS terlebih dahulu sebelum berhajat untuk berbincang isu-isu lain.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia selaras dengan seruan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59 lalu yang mahu muzakarah berhubung perkara itu disegerakan.

"Biar kita selesaikan dulu isu berkaitan dengan undang-undang syariah, duduk berbincang bagaimana ingin kita laksanakan.

"Selagi belum selesai isu tersebut kita tidak perlu berbincang perkara-perkara lain," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar yang mahu PAS bermuzakarah dengan Umno berhubung dengan tuntutan yang dibuat oleh Coalition of Malaysia NGOs (Comango).

Gesaan itu dilontar Noh di Dewan Rakyat hari ini sewaktu mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyurat 18(1) bagi menangguhkan mesyuarat untuk membincangkan tuntutan Comango itu.

Usul itu bagaimana pun ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan alasan ia tidak perlu disegerakan.
Dalam pilihanraya umum tahun 1999, ketika berdepan dengan cabaran empat parti Barisan Alternatif yang terdiri dari DAP, PAS, PKR, dan Parti Rakyat, juru strategi dan propaganda Umno/BN menggunakan pendekatan lidah bercabang dalam kempen mereka dengan memberi amaran kepada orang Melayu bahawa “DAP + PAS = Islam Hancur” dan pada masa yang sama mereka memberitahu Cina bahawa undi untuk DAP sama dengan undi untuk PAS dan Negara Islam, sebuah negara yang tidak mempunyai babi, alkohol, kuil, gereja, karaoke, dan sekolah Cina; semua perempuannya perlu menutup kepala; perempuan cantik tidak akan mendapat kerja; dan hukuman potong tangan dan kaki akan dilaksanakan.

Umumnya, pengundi Melayu dalam pilihanraya tahun 1999 tidak terpedaya dengan helah tersebut, sedangkan pengundi Cina menjadi mangsa pembohongan dan gertakan Barisan Nasional. PAS lalu muncul sebagai pemenang terbesar dalam Barisan Alternatif apabila ia berjaya memenangi 27 kerusi parlimen, 98 kerusi negeri, dan membentuk kerajaan negeri Terengganu selain Kelantan yang memang telah dikuasainya, manakala DAP berdepan kekecewaan besar apabila berjaya mendapatkan hanya 10 kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN. PKR memenangi 5 kerusi parlimen dan 4 kerusi DUN.

Dalam Pilihanraya Umum 2013, berdepan dengan cabaran Pakatan Rakyat, penyusun strategi dan propaganda Umno/BN kembali menggunakan pendekatan lidah bercabang dan menyebarkan pembohongan. Mereka mengingatkan Melayu bahawa PAS akan menjadi boneka DAP, manakala Cina pula diingatkan bahawa DAP akan menjadi alat PAS.

Tidak seperti Pilihanraya Umum 1999, pengundi Cina tidak termakan umpan Umno/BN dalam pilihanraya tahun 2013. Bagaimanapun, tidak seperti Pilihanraya Uum ke-10, pembohongan yang disebarkan oleh Umno telah memberi dampak pada pengundi Melayu.

Natijahnya, Umno berjaya mendapat keputusan lebih baik dalam PRU13 berbanding tahun 2009 dengan menambah 9 lagi kerusi, iaitu dari 79 kepada 88 kerusi, hasil daripada perubahan undi di kalangan pengundi Melayu luar bandar.

Berdasarkan sempadan kawasan pilihanraya sekarang, dengan mengambil kira undi 55 peratus sebagai “kerusi selamat”, BN kini mempunyai 82 kerusi selamat dan 51 kerusi majoriti tipis, manakala Pakatan Rakyat mempunyai 60 kerusi selamat dan 29 kerusi tipis.

82 kerusi selamat BN itu merangkumi lima kerusi bandar dan 77 kerusi luar bandar, atau 53 kerusi majoriti Melayu, 0 kerusi majoriti Cina, empat campuran dan 25 kawasan bumiputera.

51 kerusi majoriti tipis BN merangkumi 30 kerusi majoriti Melayu, 0 kerusi majoriti Cina, 9 kerusi campuran dan 12 bumiputera.

60 kerusi selamat PR merangkumi 16 kerusi majoriti Melayu, 25 majoriti Cina, 18 campuran dan 1 bumiputera.

29 kerusi majoriti tipis PR merangkumi 20 kerusi majoriti Melayu, 4 majoriti Cina, 5 campuran dan 0 bumiputera.

Keputusan PRU13 yang menghasilkan 89 ahli parlimen Pakatan Rakyat, merangkumi 38 ahli parlimen DAP, 30 PKR dan 21 PAS telah dieksploit dan diseleweng oleh konspirator Umno/BN untuk menyebarkan pembohongan, antaranya dengan membuat tuduhan tidak berasas bahawa PAS adalah boneka DAP.

Saya tidak hairan apabila cybertrooper Umno menyelewengkan kenyataan saya selepas Muktamar PAS ke-59 untuk menonjolkan seolah-olah saya telah mengisytiharkan bahawa PAS tidak mungkin berkembang tanpa Pakatan Rakyat, sedangkan saya telah menyebut bahawa setiap parti dalam Pakatan Rakyat, DAP, PAS, dan PKR, telah mendapat manfaat daripada kerjasama mereka.

PAS telah berkembang daripada sebuah parti yang lebih berpengaruh di negeri-negeri utara, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu, menjadi sebuah “parti nasional” dalam PRU13 apabila berjaya memenangi kerusi parlimen dan negeri di setiap negeri dalam Semenanjung Malaysia, kecuali Negeri Sembilan.

Bagi DAP pula, penglibatan dalam Pakatan Rakyat telah membolehkannya memenangi 38 kerusi parlimen dan 107 kerusi DUN, termasuk 16 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia yang mempunyai kurang dari 60 peratus pengundi Cina (sembilan daripadanya mempunyai kurang dari 50 peratus pengundi Cina) dan 44 kerusi DUN yang mempunyai kurang dari 60 peratus pengundi Cina (15 daripadanya mempunyai kurang dari 50% pengundi Cina).

Prestasi PKR (1999 hingga 2013)

PKR memanfaatkan kekuatan Pakatan di kawasan “campuran”
Seperti DAP dan PAS, PKR juga telah mendapat manfaat daripada kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

“Kawasan campuran” – di mana tiada pengundi dari sesuatu kaum lebih dari 60% – dulunya merupakan kubu BN. Bagaimanapun, kecenderungan Umno terhadap isu perkauman dan rekod buruk BN dalam urus tadbir telah dimanfaatkan oleh pembangkang untuk menawan majoriti kerusi campuran di Semenanjung Malaysia.

PKR memanfaatkan mesej Pakatan yang inklusif serta keupayaan bergerak setiap parti dalam Pakatan untuk memenangi kerusi campuran sejak dua pilihanraya umum lalu.

Pada tahun 1999, satu-satunya kerusi parlimen dimenangi PKR yang mempunyai kurang dari 70% pengundi Melayu adalah Permatang Pauh (67% Melayu). Satu-satunya kerusi negeri dimenangi PKR yang mempunyai kurang dari 70% pengundi Melayu adalah Penanti (68% Melayu) yang terletak dalam parlimen Permatang Pauh.

Tsunami Abdullah Badawi pada tahun 2004 telah merebahkan PKR sehingga tinggal satu kerusi parlimen – Permatang Pauh.

Pada tahun 2008, PKR muncul sebagai parti pembangkang terbesar dengan memenangi 31 kerusi parlimen. 20 dari 31 kerusi parlimen yang dimenanginya (65%) itu adalah kerusi campuran di mana pengundi Cina atau Melayu kurang dari 60%. Dari 40 kerusi negeri yang dimenangi PKR pada tahun 2008, 29 (73%) adalah kerusi campuran.

Pada tahun 2013, PKR memenangi 28 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia. 22 (79%) daripadanya adalah kerusi campuran. 29 (69%) dari 42 kerusi negeri yang dimenangi oleh PKR pada tahun 2013 adalah kerusi campuran (lihat Jadual 1).

Jadual 1: Bilangan kerusi parlimen dan DUN yang dimenangi PKR (1999 hingga 2013) termasuk angka dan % kerusi yang mempunyai kurang dari 60% pengundi Melayu dan Cina (Semenanjung Malaysia).
Jadual 1: Bilangan kerusi parlimen dan DUN yang dimenangi PKR (1999 hingga 2013) termasuk angka dan % kerusi yang mempunyai kurang dari 60% pengundi Melayu dan Cina (Semenanjung Malaysia).
PKR Semenanjung
1999
2004
2008
2013
Parlimen
5
1
31
28
DUN
4
0
40
42
Parl, <60 span="">
0
0
20
22
Negeri, <60 span="">
0
0
29
29
Parl campuran %


64.5%
78.6%
DUN campuran %


72.5%
69.0%

Dari 4 kerusi parlimen yang dimenangi oleh PKR dalam PRU tahun 2013 dan tidak dimenanginya dalam PRU tahun 2008, 3 daripadanya boleh disifatkan sebagai kerusi campuran – Lumut, Bukit Katil dan Batu Pahat. Kerusi keempat, Alor Setar, tidak termasuk dalam kategori campuran, tetapi hanya 61% daripada pengundinya adalah Melayu (lihat Jadual 2 di bawah).

Jadual 2: Kerusi parlimen baru dimenangi PKR dalam PRU 2013
Negeri
Kod Parlimen
Kerusi Parlimen
% Melayu
% Cina
% India
% Lain-lain
KEDAH
P009
ALOR STAR
61.2%
33.6%
4.6%
0.5%
PERAK
P074
LUMUT
51.1%
35.4%
12.0%
1.5%
MELAKA
P137
BUKIT KATIL
52.6%
40.8%
5.7%
1.0%
JOHOR
P150
BATU PAHAT
51.5%
45.6%
1.4%
1.5%

Ini adalah sebahagian daripada rumus kemenangan PKR, iaitu kemampuannya untuk mengumpul sokongan pengundi dari semua kaum dengan memanfaatkan daya tarikan dan keupayaan mobilisasi ketiga-tiga parti Pakatan.

Rumus kemenangan ini paling menguntungkan PKR, namun ia boleh juga diterapkan kepada PAS dan DAP. Malah, dalam pilihanraya umum 2013, Pakatan telah memenangi 41 (66%) dari 62 kerusi parlimen yang mempunyai pengundi Melayu dan Cina kurang dari 60%. 22 dari 41 kerusi itu dimenangi PKR, 16 DAP dan 3 PAS.

Cabaran Pakatan dalam PRU akan datang ialah untuk mengambangkan rumus kemenangan ini ke 21 lagi kerusi parlimen campuran.

Johor memerlukan perhatian khusus memandangkan 12 dari 21 kerusi parlimen itu terletak di Johor.

Pakatan kalah tipis di beberapa kerusi campuran dalam PRU13, termasuk Cameron Highlands, Bentong, Labis, dan Pasir Gudang. Semua kawasan itu dimenangi BN dengan perbezaan undi kurang dari 1000.

Empat lagi kerusi – Setiawangsa, Segamat, Ledang, Tebrau – dimenangi oleh BN dengan perbezaan undi antara 1000 hingga 2000.

Satu lagi cara untuk menunjukkan bahawa ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat telah mendapat manfaat daripada kerjasama dalam pakatan ini ialah menerusi jadual di bawah yang menunjukkan keputusan pilihanraya sejak tiga belas pilihanraya umum yang lalu. Jadual di bawah menunjukkan bahawa kerjasama ketiga-tiga parti dalam pilihanraya umum tahun 1999, 2008, dan 2013 telah membolehkan DAP, PAS, dan PKR mencapai keputusan terbaik di peringkat parlimen dan negeri.
Parlimen
DAP
PAS
PKR
Jumlah kerusi
menang
bertanding
menang
bertanding
menang
bertanding
1959
-
-
13
58
-
-
104
1964
-
-
9
53
-
-
104
1969
13
24
12
62
-
-
144
1974
9
46
-
-
-
-
154
1978
16
53
5
88
-
-
154
1982
9
63
5
82
-
-
154
1986
24
64
1
98
-
-
177
1990
20
57
7
30
-
-
180
1995
9
50
7
45
-
-
192
1999
10
38
27
62
5
58
193
2004
12
44
6
86
1
59
219
2008
(1+) 28
47
(1+) 23
66
31
97
222
2013
38

21

30

222
DUN
DAP
PAS
PKR
Jumlah kerusi
menang
bertanding
menang
bertanding
menang
bertanding
1959
-
-
42
200
-
-
282
1964
-
-
25
158
-
-
282
1969
31
57
40
185
-
-
360

Tiada ulasan: