Ahad, 10 November 2013

JANGAN KITA PANDANG RENDAH ULAMAK....MEREKA PEWARIS NABI.....IMAM YANG EMPAT TOKOH ULAMAK PATUT KITA SEGANI

Nik Amar bertanding untuk suburkan demokrasi

Rizal Tahir, 10 Nov 2013



KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti bagi memberi ruang kepada perwakilan untuk ‘memilih’.

Katanya, setelah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menarik diri bertanding jawatan tersebut, beliau menerima tanggung jawab bagi memenuhi hasrat perwakilan yang turut mencalonkannya untuk bertanding jawatan tersebut.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung hasratnya menerima pencalonan jawatan Timbalan Presiden PAS di pejabatnya, di Kota Darulnaim,  tengahari tadi.

Amar berkata demikian sebagai reaksi awalnya berhubung hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden bagi menentang penyandang, Mohamad Sabu pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-59, November ini.

“Kebetulan Datuk Tuan Ibrahim menarik diri daripada bertanding timbalan presiden, jadi saya bersedia menawarkan diri.

“Andainya Tuan Ibrahim masih bertanding, saya tidak akan bertanding jawatan itu,” ujarnya.

Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, keputusannya untuk bertanding juga bertujuan menyuburkan amalan demokrasi dalam parti.

Beliau juga berhasrat untuk  membantu Presiden dan parti bagi menghadapi cabaran besar pada masa akan datang.

Menurutnya, berdasarkan keputusan pilihan raya umum (PRU)  lalu, PAS adalah parti gabungan Pakatan Rakyat yang mendapat kerusi paling sedikit berbanding PKR dan DAP.

“Kita kehilangan sokongan dari masyarakat Melayu sendiri tentu ada sebab kenapa yang perlu kita cari penyelesaiannya.

“Pada pandangan saya, kita tidak boleh mengambil alih kedudukan Umno dalam negara sekiranya kita tidak menarik sokongan orang Melayu Islam dalam negara ini terlebih dahulu,” ujarnya.

Menurutnya lagi, isu-isu yang berlaku perlu dinilai semula untuk persiapan pada masa akan datang sebagaimana yang diputuskan dalam Multaqa Ulama’ baru-baru ini.

Bagaimanapun jelasnya, ramai yang tidak memahami keputusan yang dicapai dalam Multaqa Ulama’ sehingga beranggapan PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat.

“Tetapi kita melihat dari sudut keberkesanan kita bila berada dalam Pakatan Rakyat, kenapa undi orang Melayu kepada PAS merosot walaupun kita memerlukan juga undi kaum lain untuk menang,” ujarnya.

Menurutnya,  undi asas orang Melayu tidak boleh dipandang ringan dalam membentuk kerajaan di negara ini. 

Semuanya Mulai Tak Betul Di Mata Mahathir
Posted on Sunday, November 10 @ 19:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Sebagaimana yang diramalkan oleh banyak pihak, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad bersuara lagi mengenai UMNO. Dalam tulisan terbaru di blognya, beliau mengkritik cara kempen UMNO dan BN dalam pilihanraya kecil Sungai Limau yang menyaksikan calon BN kalah kepada calon Pas dengan kekurangan 1084 undi.

Mahathir menyifatkan pemberian wang dan hadiah ketika kempen di Sungai Limau tidak berjaya memikat hati pengundi, malah menganggapnya suatu pembaziran dan kekalahan calon BN adalah bukti bahawa pengundi menolak budaya itu yang telah pun ditunjukkan sejak PRU 13 lagi.

"Ini jelas sejak PRU 13, yang tidak sokong, tetap tidak sokong juga. Wang yang diberi adalah suatu pembaziran, tidak kira sama ada wang kerajaan atau bukan kerajaan.

"Sokongan kepada parti politik diasaskan kepada perjuangan serta tingkah laku pemimpin dan calon. Kalau datang dengan Mercedes atau motosikal 1000cc, saguhati dan apa yang diberi tidak akan menawan hati," demikian antara intipati tulisannya.

Sanggahan Mahathir mengenai cara kempen BN ini memang ada benarnya, malangnya itulah yang sebenarnya telah diamalkan sejak sekian lama. Di era Mahathir pun, ketika kempen pilihanraya, itulah juga cara kempennya. Pemberian wang, hadiah, kain batik, kain pelikat dan projek-projek pembangunan adalah cara kempen yang sudah sebati dengan UMNO dan BN sejak dulu lagi.

Ketika kempen pilihanraya, tidak banyak yang bercerita tentang apakah perjuangan UMNO dan sasaran masa hadapan yang mahu dilakukannya kepada rakyat. Yang banyak dicurahkan oleh janji-janji pembangunan dan seumpamanya saja. Dan melalui janji pembangunan, pemberian wang dan saguhati itulah UMNO dan BN menang pilihanraya selama ini.

Kenapa Mahathir tidak mengkritiknya sebelum ini dan hanya berbuat demikian setelah BN kalah di Sungai Limau?

Adakah jika BN menang dalam pilihanraya Sungai Limau tempohari, kritikan Mahathir tetap sama?

Kritikan Mahathir terhadap amalan pemberian wang dan saguhati ini adalah serangan terbarunya terhadap UMNO dan kerajaan yang dipimpin oleh Najib Razak. Ini juga memperlihatkan bekas Perdana Menteri itu semakin kerap bersuara mengenai UMNO, kerajaan dan Najib sejak pemilihan UMNO pada 19 Oktober lalu yang menyaksikan anaknya, Mukhriz hanya mampu mendapat tempat keempat dalan perebutan kerusi Naib Presiden UMNO walaupun dilihat calon yang popular.

Sebaik usai pemilihan itu, Mahathir seperti meluahkan rasa kecewanya dengan kekalahan Mukhriz. Katanya, beliau memang sudah menjangka anaknya yang juga MB Kedah akan tewas dalam pertandingan itu kerana beliau bukanlah calon pilihan Perdana Menteri.

Jelas daripada ungkapan itu, terpancar rasa kecewanya kerana Najib lebih meletakkan Hishammuddin, sepupunya dan dianggap lemah serta tidak disukai oleh rakyat, sebagai antara calon pilihan Perdana Menteri untuk memenangi jawatan nombor tiga itu, sebaliknya Mukhriz yang tidak dijadikan calon pilihan Perdana Menteri bertanding keseorangan.

Mahathir juga kemudian mengatakan politik wang masih berlaku dalam UMNO sehingga calon yang tidak layak akhirnya telah memenangi jawatan tertentu dalam pemilihan kali ini. Sekali lagi, tafsiran umum mengenai calon yang dianggap tidak layak tetapi telah memang itu sebenarnya ditujukan kepada Hishammuddin.

Memang diakui dalam pemilihan lalu, Hishammuddin merupakan calon paling tidak popular dan ramai yang mahukan beliau kalah. Berbanding dengan Mukhriz yang baru membawa kemenangan kepada BN menawan semula Kedah, anak bekas Perdana Menteri, Hussein Onn itu nyata jauh tertinggal di belakang.

Bagaimanapun ketika pemilihan, Hishammudin berjaya mendapat tempat ketiga dengan kelebihan 9 undi berbanding Mukhriz manakala Zahid Hamidi di tempat pertama dan Shafie Apdal di tempat kedua. Kedudukan sebagai calon bukan pilihan Najib dianggap sebab utama tewasnya Mukhriz dalam pemilihan itu.




Selepas mengkritik mengenai politik wang yang masih berlaku dalam UMNO, Mahathir juga kemudian mengatakan kepimpinan Najib sebenarnya semakin lemah kerana kerap tunduk kepada tuntutan kumpulan ekstrem daripada pembangkang.

Jika dikira pendedahan mengenai tekanan yang sedang diberikan oleh Mahathir kepada Peguam Negara, Ghani Patail dengan menjadikan kehilangan Pulau Batu Puteh dan salah lakunya ketika mengendalikan kes mata lebam yang melibatkan Anwar Ibrahim sebagai asas menekan pegawai tinggi kerajaan yang dianggap rapat dengan Perdana Menteri itu, serangan dan kritikan Mahathir kepada UMNO, kerajaan dan Najib sudah menjadi episod yang bersiri sebenarnya.

Ia kini sudah memasuki siri kelima -bermula dengan luahan kecawa kerana anaknya bukan calon pilihan Najib, politik wang telah menyebabkan calon tidak layak terpilih, kerajaan Najib makin lemah kerana tunduk kepada tuntutan ekstrem pembangkang, tekanan kepada Ghani Patail tetapi sasaran sebenarnya ialah Najib dan terbaru kritikannya mengenai pemberian wang dan hadiah yang dianggap pembaziran dalam kempen.

Pastinya selepas ini banyak lagi kritikan dan serangan akan dilakukan oleh bekas Perdana Menteri itu. Dalam tempoh tidak sampai sebulan, sudah terlihat tanda-tanda bahawa semua yang ada dalam UMNO dan kerajaan sekarang tidak lagi betul di mata Mahathir.

Bukan saja pemberian wang dan hadiah yang dulunya menjadi alat memenangkan BN setiap kali pilihanraya sudah dianggapnya tidak betul dan membazir, malah Ghani Patail yang mula digunakannya ketika era pemerintahannya untuk mendakwa dan menyingkirkan musuh politiknya Anwar Ibrahim ketika ini, turut dilihatnya tidak lagi betul sekarang ini.

Oleh itu, janganlah terkejut, jika selepas ini bukan saja kritikan Mahathir makin kerap, malah apa yang dulunya dianggap betul, turut dilihatnya salah selepas ini. Oleh kerana Mukhriz menang undi popular berbanding Hishammuddin yang mengatasinya dengan kelebihan 9 undi berdasarkan kaedah "electoral college" atau satu bahagian satu undi, tidak mustahil juga Mahathir selepas ini mahukan kaedah undi popular digunapakai dalam pemilihan UMNO pula.

Sikap berubah-ubah bukanlah asing bagi Mahathir dan dalam sejarah politiknya, sudah banyak kali kawannya bertukar menjadi musuh dan musuh kembali menjadi kawan.

Oleh itu, bermula dengan semuanya tidak lagi dianggap betul oleh Mahathir sekarang ini, tidaklah mustahil Najib yang dulunya wangi dan disanjung, bakal dikitai tak lama lagi. (SH 09/11/2013)

SHAHBUDIN HUSIN
http://shahbudindotcom.blogspot.com


 PAPISMA Menyokong Cadangan Cuti Jumaat Di Johor
Posted on Sunday, November 10 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"Kenyataan Media

Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)
Rabu: 10hb November 2013

Tajuk: PAPISMA Menyokong Cadangan Cuti Jumaat Di Johor

Sebagai mewakili Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), saya menyatakan sepenuh sokongan dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas usaha dan cadangan mengembalikan cuti hujung minggu daripada hari Ahad ke hari Jumaat di Negeri Johor Darul Takzim.

Negeri Johor merupakan negeri yang pernah melaksanakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu sebelum tahun 1994 sebagaimana Negeri-Negeri Tidak Bersekutu yang lain, tetapi ditukar kepada Sabtu dan Ahad pada tahun 1994. Namun setelah 19 tahun dilaksanakan, kerajaan menyedari akan kepincangan sebuah masyarakat Islam yang tidak menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti hujung minggu dari sudut perlaksanaan agama dan sosioekonomi.

Islam sangat mengiktiraf kelebihan hari Jumaat sebagai Penghulu Hari. Dari sudut ganjaran amalan pada hari tersebut adalah sangat besar. Perlaksanaan cuti pada hari tersebut akan membolehkan umat Islam dapat berlumba untuk mengejar ganjaran sebagaimana yang dijanjikan oleh Islam melalui Rasulullah SAW.

Ketegasan kerajaan negeri Kelantan, Trengganu dan Kedah mengekalkan cuti hari Jumaat 19 tahun yang lalu adalah satu langkah yang sangat tepat dan keputusan Kelantan yang akhirnya diikuti seluruh Malaysia iaitu menjadikan cuti separuh hari Sabtu kepada cuti penuh adalah sesuatu yang cemerlang.

Sebagai umat Islam yang diwajibkan melaksanakan solat Jumaat, banyak kesukaran yang terpaksa dilalui kerana mengejar masa yang sangat singkat. Terpaksa berkejar dan bersesak di atas jalanraya untuk pergi dan kembali dari masjid. Justeru, akan menyebabkan tiada kekhusyukan dan ketenangan dalam melakukan amal ibadat. Apatah lagi kami yang bekerja dalam bidang perubatan ini yang terpaksa melakukan pembedahan elektif (pembedahan bukan kecemasan) pada hari tersebut selalu sahaja terlepas untuk menunaikan kefardhuan solat Jumaat atau terpaksa menunaikannya diakhir waktu dengan tergesa-gesa dan tidak tenteram.

Dari sudut sosial pula, cuti pada hari Jumaat membolehkan ibubapa membawa anak-anak mereka untuk bersama-sama ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Ini membolehkan mereka menunaikan kewajiban di bawah pemerhatian ibu-bapa serta mendapatkan maklumat khutbah yang disampaikan. Jiwa mereka boleh dibentuk melalui isi khutbah dan akhirnya gejala sosial dan jenayah yang sangat meruncing pada hari ini dapat dikawal dengan izin Allah.

Cadangan mengembalikan cuti hujung minggu pada hari Jumaat yang dilakukan bersempena Tahun Baru 1435 Hijrah ini sudah tentu akan mencatat sejarah dan selari dengan semangat hijrah itu sendiri agar kita berubah demi kebaikan rakyat, negeri dan negara. Cadangan cuti ini sangat memberikan manfaat kepada lebih 2 juta masyarakat Islam di negeri ini.

PAPISMA menganggap ini sebagai bukti bahawa kepimpinan kerajaan sangat prihatin terhadap kepentingan Islam meskipun belum dapat melaksanakan Hukum Syariat sebagaimana negara jiran, Brunei Darussalam, namun langkah positif ini sangat ditunggu-tunggu oleh masyarakat Islam negeri Johor.

PAPISMA juga mengambil kesempatan ini bagi merafak sembah terhadap DYMM Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Tunku Mahmud Iskandar, raja dan yang dipertuan negeri Johor yang dengan izin Allah memperkenan cadangan pengembalian cuti Jumaat yang berkat ini.

Awisul Islah bin Ghazali


Presiden
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
suhazeli
Posted on Sunday, November 10 @ 17:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


 Halangan tidak jejas program bantuan Kerajaan Negeri Selangor
Posted on Sunday, November 10 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Dalam usahanya "merakyatkan" ekonomi Selangor, Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) mengadakan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), iaitu salah satu skim yang dimuatkan dalam "Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor" (MES). 


TAWAS diperkenal dengan menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM100 daripada Kerajaan Negeri yang dilabur menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Apabila genap usia 18 tahun, anak berkenaan akan dibayar RM1,500.

TAWAS membuka kaunter pendaftaran sementara di kilang-kilang dan pasar raya untuk membolehkan kelahiran bayi didaftarkan untuk mendapat faedah daripada program itu. 
TAWAS cuba membuka kaunter pendaftaran di hospital kerajaan (Kementerian Kesihatan) tetapi telah dihalang daripada berbuat demikian.  Kita tidak faham kenapa suatu usaha yang baik dan memanfaatkan rakyat tidak mendapat sokongan Kementerian Kesihatan. Adakah kementerian bermain politik murahan untuk menghalang usaha atau agenda Kerajaan Negeri Selangor itu?
Meskipun tidak mendapat kerjasama daripada pengurusan hospital awam, namun halangan Kementerian Kesihatan itu tidak membantut usaha Kerajaan Negeri Selangor menyalur bantuan terus kepada rakyat yang berhak.
Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Puan Rodziah Ismail, TAWAS akan terus disalurkan melalui kempen bertemu rakyat secara langsung, melalui wakil-wakil masyarakat dan sokongan daripada syarikat-syarikat swasta.
"Kami guna pelbagai cara untuk mendekati rakyat, " kata Rodziah seperti yang dipetik oleh "Selangor Kini" terbitan Kerajaan Negeri Selangor. 
Rodziah tetap melahirkan rasa dukacitanya kerana pengurusan hospital dihalang daripada bekerjasama dengan TAWAS, lebih-lebih lagi apabila program itu direka khusus untuk membantu keluarga yang memerlukan.
Sehingga 25 Oktober 2013, status pendaftaran TAWAS adalah seperti berikut:
Jumlah permohonan yang berdaftar  -  138,046;  lulus dan layak 117,234;  gagal 8,931 dan pendaftaran dalam talian 26,840.
Sebanyak 62 peratus yang mendaftar adalah orang Melayu,  22 peratus Cina,  14 peratus India dan  dua peratus kaum lain.
Mereka yang berminat boleh membuat permohonan menerusi borang pendaftaran TAWAS di semua jabatan atau agensi Kerajaan Negeri, termasuk semua Pejabat Daerah dan Tanah serta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.
Selain itu, TAWAS turut menyediakan pendaftaran secara "On-line" bagi mempercepat serta mempertingkat usaha pemberian yang bermanfaat kepada rakyat. Antara dokumen permohonan yang diperlukan - Mykad ibu dan bapa, MyKid atau sijil lahir anak, Mykad penjaga (jika perlu) dan surat pengakuan anak angkat (jika perlu).
Menurut Penolong Pengurus TAWAS, Kee Abidin Hairum, sambutan orang ramai amat memberangsangkan.
Adalah diharapkan pihak Kementerian Kesihatan akan bertindak pro-aktif dengan membenarkan TAWAS membuka  Kaunter Pendaftaran di semua hospital awam di negeri Selangor. Program ini memberi faedah kepada rakyat dan tidak seharusnya dijadikan satu isu politik semata-mata kerana ia dilaksana oleh sebuah pentadbiran yang lain daripada yang mentadbir di Putrajaya.  

KUDA RANGGI
http://kudaranggi.blogspot.com

Marilah mari bayar gst..
Kosongkan poket anda untuk mereka...
Ada lagi nak bezakan Malaysia dengan Venezuela ?? Masuk sekali isu Inflasi , celup Ketirisan, Kebocoran, Kroni, Korupsi, Kotak-Katik dan lain-lain tu juga..


Dua Adun BN Perak lompat parti?

Harakahdaily,10 Nov 2013

KUALA LUMPUR: Desas desus mendakwa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Perak mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk melompat parti tidak perlu dilayan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (gambar).

Beliau berkata dakwaan di laman Twitter itu adalah mainan politik yang tidak boleh dipercayai, lapor Bernama.
"Biasalah untuk anda baca ura-ura macam-macam. Ada juga yang menyatakan saya berjumpa beberapa wakil mereka (Pakatan Rakyat) untuk bawa masuk ke sini (BNl). Jadi, tak boleh nak pakai benda-benda ini semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Profesionalisme 1BestariNet Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Perak hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan di laman Twitter @rumahghuntoh pada Khamis lepas yang berbunyi "Pertemuan sulit dua YB BN Perak untuk melompat parti dengan @anwaribrahim di Permatang Pauh berlaku kelmarin".
Zambry berkata beliau tidak akan melayan dakwaan itu sebaliknya akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan negeri untuk kesejahteraan rakyat.
BN kini mempunyai 31 kerusi di Dun Perak dengan komposisi Umno (30) dan MCA (1) manakala Pakatan Rakyat 28 kerusi dengan komposisi PAS (5), DAP (18) dan PKR (5).
Jika dua Adun BN menyertai Pakatan Rakyat, kedudukan dalam Dun Perak akan berubah kepada BN (29) dan Pakatan Rakyat (31) membolehkan peralihan tampuk pemerintahan berlaku dengan majoriti mudah.
Peristiwa rampasan kuasa di Perak pada 2009 yang menyaksikan dua Adun PKR dan seorang daripada DAP mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas pro-BN kini menghantui kerajaan BN negeri pimpinan Zambry yang khuatir peristiwa serupa berulang.
 Lagi Artis Hijrah, Pulang Haji Pakai Tudung..
Posted on Sunday, November 10 @ 13:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Noh teruja penghijrahan Mizz Nina

PENGHIJRAHAN Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman sekembalinya dari menunaikan haji baru-baru ini mengejutkan ramai peminatnya.

Ternyata penampilannya yang 'urban' sebelum ini tidak menjadi penghalang untuknya berhijrah ke arah lebih baik. Suaminya, Noh atau nama sebenarnya Mohd Noh Salleh, mengakui dialah orang pertama yang teruja dan gembira dengan perubahan isterinya itu.

“Pilihan ini atas kemahuan dia sendiri bukan dipaksa atau terpaksa.
“Saya bersyukur dan gembira dengan perubahan itu,” katanya yang turut berkongsi gambar Mizz Nina yang sudah bertudung di laman Twitternya.

Menurut vokalis Hujan ini,  isterinya itu kini turut menghadiri kelas mengaji untuk menambah ilmu agama. Malah sebagai suami, dia sedaya upaya memberikan sokongan dan dorongan. Ditanya apakah selepas ini, mereka akan memilih muzik ketuhanan dalam lagu-lagu mereka, Noh berkata, itulah yang paling tepat dan sesuai dengan imej isterinya itu.

“Insya-ALLAH sebenarnya kami memang dah perlahan-lahan ke arah itu (muzik ketuhanan). Mungkin ada yang terlepas pandang kerana sudah biasa dengan genre muzik urban yang kami bawakan sebelum ini. Apa pun, kami mengharapkan peminat akan terus sentiasa menyokong ” katanya.

Menyentuh mengenai perkembangan seninya, Noh memberitahu, selain sibuk menguruskan studio baru miliknya, dia sedang menyiapkan ‘band project’ terbaru Da Vagabonds bersama Herri Hamid (gitaris bittersweet), Irfan Iskandar(drummer ACAB) dan Alea(bekas ahli kumpulan Velvet).

“Bagi sesiapa yang berminat, boleh mengunjungi www.reverbnation.com/davagabonds untuk mengetahui perkembangan terbaru bagi EP ini.
“Pada 16 November ini adalah pelancaran EP Da Vagabonds yang pertama di AltHQ Bukit Bintang,” katanya dalam rangka menyiapkan EP tersebut.

Dalam pada itu, Noh berkata, kumpulannya, Hujan, bakal mengadakan konsert orkestra di Dewan Filharmonik Petronas pada 2 Disember ini. (SH)

Sumber Link


Ketua Penguat Kuasa JAIP dibunuh lelaki berjubah hitam


Polis mengesahkan kematian Ketua Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Mohd Raffli Ab Malik, yang ditembak di rumahnya tengah hari tadi, bermotifkan bunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, semasa kejadian pada 1.55 tengah hari itu, mangsa yang berumur 49 tahun sedang berehat bersama isteri dan seorang anaknya di ruang tamu.

Beliau berkata sebelum itu, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50an yang berjubah hitam dan berkopiah putih, yang tiba di rumah Mohd Raffli dengan sebuah kereta Proton Wira Aeroback berwarna putih, telah memanggil mangsa keluar dari rumahnya.

"Semasa keluar dari rumahnya, seorang lagi suspek berumur dalam lingkungan 30an meluru dari tempat duduk belakang kereta dan melepaskan tiga das tembakan ke arahnya," kata beliau kepada pemberita di rumah mangsa di Indera Mahkota di sini, hari ini.

Zakaria berkata dua daripada tiga das tembakan itu mengenai dada Mohd Raffli manakala satu lagi tembakan tersasar menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

"Polis percaya suspek yang menaiki kereta itu telah berlegar-legar di kawasan rumah mangsa berdasarkan faktor suspek hanya mengambil masa seminit untuk membunuh mangsa," katanya.

Zakaria berkata, polis menyiasat kes itu dari pelbagai sudut termasuk motif lain. - Bernama

Sebelum itu Bernama juga melaporkan, menurut sumber polis, Raflie Ab Malik dipercayai mati di tempat kejadian kira-kira 2 petang.

"Tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian itu," kata sumber polis kepada Bernama di Kuantan.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menembak mangsa.

"Suspek juga dipercayai memakai pakaian berwarna hitam dan berkopiah," katanya. Beliau berkata polis masih menyiasat kes itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad mengesahkan kejadian itu.
  Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin
Posted on Sunday, November 10 @ 12:06:41 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Oleh Dr. Maza

Antara peruntuh nilai-nilai baik dalam kehidupan manusia hari ini adalah apabila dimudahkan yang haram dan disukarkan yang halal. Sedangkan Islam menyuruh kita membentuk suasana atau iklim kehidupan yang menyukarkan yang haram dan memudah yang halal.

Itulah tanggungjawab pemerintah dan umat iaitu menegak yang makruf dan mencegah yang munkar. Menegak yang makruf itu adalah dengan cara menyuruh, memudah dan membantu ke arah tersebut. Sementara mencegah yang munkar adalah dengan cara menghalang, melarang dan menyukarkan jalan untuk sampai kepadanya. Namun, jika masyarakat hari ini menyusahkan yang halal dan menyenangkan yang haram, tanda kita begitu menjauhi ruh syariat islam yang hakiki yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

Antara perkara yang selalu disusahkan adalah urusan perkahwinan. Kesusahan membina rumahtangga itu kadang-kala bermula dari keluarga sehingga ‘ketidak fahaman’ tok kadi dan seterus pengurusan pejabat agama dan mahkamah syariah. Kerenah-keranah yang berbagai telah memangsakan hasrat pasangan untuk mendapat ‘nikmat seks’ secara halal. Lebih menyedihkan apabila kerenah-keranah itu wujud disebabkan kepentingan-kepentingan luar yang bukan kepentingan pasangan secara langsung.

MANGSA NAFSU SOMBONG

Umpamanya, urusan kenduri kahwin atau walimah telah dijadikan jambatan kesombongan ibubapa atau keluarga sehingga ditangguh perkahwinan bagi memboleh kenduri besar-besaran dibuat demi menjaga taraf ‘jenama keluarga’. Sehingga ada pasangan yang terpaksa menunggu bertahun kerananya. Apatah lagi jika keluarga membebankan semua belanja kepada bakal pengantin. Maka bakal pengantin terpaksa mengikat ‘nafsu seks’ hanya kerana hendak menjaga nafsu menunjuk-nunjuk keluarga. Walaupun kenduri kahwin itu disuruh, namun memadailah dengan kadar yang termampu. Tidak semestinya ‘ditumbangkan’ seekor lembu, atau dipanggil orang sekampung atau sebandar, atau dijemput semua rakan taulan. Seseorang mengadakannya dengan kadar kemampuannya, seperti sabda Nabi s.a.w:


“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam ertikata lain, jika hanya mampu kenduri laksa, atau bihun atau mee pun tidak mengapa, asalkan diadakan walimah. Apa yang penting perkahwinan yang halal telah dilunaskan. Janganlah macam orang dulu apabila anaknya sebut ingin berkahwin, bapanya akan bertanya; ‘kau dah ada lembu ke nak buat kenduri?”. Maka bertangguhlah hasrat si anak. Padahal bukan anaknya ingin berkahwin dengan lembu, dia ingin berkahwin dengan kekasihnya.

Sepatutnya si bapa bertanya: “kau dah ada pasangan ke?”. Itulah soalan yang betul. Lembu tidak termasuk dalam rukun nikah. Apa yang lebih buruk apabila ada pihak yang menjadikan medan walimah sebagai pentas menunjuk-nunjuk kekayaan harta lalu hanya dijemput orang yang ‘berjenama’ dan ditinggalkan saudara-mara, kawan-rakan, jiran-tetangga yang tidak setaraf. Nabi s.a.w. bersabda:


“Seburuk makanan adalah makanan walimah yang dijemput orang kaya dan ditinggalkan orang miskin..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maka, menderitakan bakal suami-isteri disebabkan keangkuhan keluarga.

KERENAH KURSUS KAHWIN

Saya bukan anti kursus kahwin. Amat baik kursus tersebut jika diuruskan dengan mantap dan betul. Dalam kursus tersebut boleh disampaikan maklumat hukum-hakam nikah yang disyariatkan Allah sehingga jenerasi muda dapat melihat betapa cantik dan indahnya Islam. Syariat Islam yang mudah dan penuh hikmat dapat diserap dalam pemikiran bakal pasangan, kursusnya mereka yang masih muda. Agar mereka dapat menyelami kehebatan ajaran Islam ini. Maka kursus itu menjadi saluran dakwah penuh professional, mantap, berkesan dalam jiwa dan penghayatan. Malangnya, ada kursus kahwin hari ini seakan projek lumayan untuk mengaut yuran peserta. Bukan sedikit saya terima laporan seluruh negara penceramah kursus kahwin yang berunsur lucah, lawak bodoh serta menggambarkan Islam begitu menakutkan dan susah untuk difahami dan dihayati. Hukum-hakam diterangkan secara berbelit-belit dan menyerabutkan peserta. Maka, kita lihat walaupun yuran kursus nampaknya makin tinggi dan peserta semuanya diwajibkan berkursus, masalah keretakan rumah tangga bagi generasi baru makin meningkat.

TOK KADI TAK FAHAM HUKUM

Saya juga amat tidak selesa melihat tok kadi yang selalu mendera pengantin agar mengulang-ulang lafaz terima (ijab) ketika akad nikah kononnya belum sah. Akad itu digambarkan begitu sulit dan susah sehingga seseorang menjadi terketar-ketar untuk menyebutnya. Diatur ayat lafaz akad itu dengan begitu skima sehingga pengantin kesejukan untuk menghafalnya. Padahal akad nikah hanyalah bagi menggambar persetujuan kedua belah pihak menjadi suami isteri yang sah. Apa-apa sahaja lafaz yang membawa maksud kepada tujuan tersebut maka ia sah. Jika bapa bakal isteri menyebut ‘saya nikahkan saudara dengan anak saya Fatimah”, lalu bakal suami menjawab: “saya terima, atau saya bersetuju” atau mungkin ditambah “saya terima nikahnya” atau “saya bersetuju bernikah dengannya” seperti yang diminta oleh sesetengah sarjana dalam Mazhab al-Syafi’i, maka sahlah ijab dan qabul tersebut. Tidak disyaratkan mesti satu nafas atau dua nafas atau berjabat tangan atau menyusun ayat dalam bahasa sanskrit lama atau ayat tok kadi yang digunakan sebelum merdeka.


Sehinggakan sarjana fekah semasa Dr Abd al-Karim Zaidan dalam karya al-Mufassal fi Ahkam al-Marah wa al-Bait al-Muslim menyebut:
“Jika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata:”Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Bahkan dalam Sahih al-Bukhari ada bab yang al-Imam al-Bukhari letakkan ia berbunyi:

(Bab Apabila Lelaki Yang Meminang Berkata Kepada Wali Perempuan: “Kahwinilah aku dengan wanita berkenaan”, lalu dia menjawab: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan sekian dan sekian, maka sah nikahnya walaupun tidak ditanya si suami apakah engkau setuju, atau terima”).
Juga al-Imam al-Bukhari (meninggal 256H) menyebut:

(Apabila bakal suami berkata kepada wali (bakal isteri) kahwinkanlah aku dengannya, lalu wali berkenaan diam seketika, atau bertanya: “apa yang awak ada (mahar)?”, atau kedua mereka diam lalu wali itu berkata: “aku nikahkan engkau dengannya”, maka itu adalah harus (sah). Ada hadis mengenainya yang diriwayatkan oleh Sahl daripada Nabi s.a.w).
Inilah kesimpulan yang dibuat oleh al-Imam al-Bukhari berdasarkan hadis-hadis dalam bab nikah yang diteliti olehnya. Tiada cerita satu nafas atau sekali lafaz dalam akad seperti yang ditokok tambah oleh jurunikah. Apa yang penting proses ijab dan qabul amatlah mudah. Syaratnya, ia lafaz yang difahami oleh kedua belah pihak serta dua saksi, ia menjelaskan kehendak dan persetujuan untuk berkahwin atau menjadi suami dan isteri. Apabila proses itu berlaku maka ia sah.

KHURAFAT AKAD SATU NAFAS

Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut: “Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).


Apa yang ingin saya jelaskan betapa proses ijab qabul itu begitu mudah dan senang. Memadai jika bakal suami menjawab: “aku terima nikahnya”. Tidak timbul terpaksa berulang kali seperti yang dibuat oleh sesetengah pihak membuli pengantin. Jika jawapan yang diperlukan begitu ringkas dan jelas, dan pengantin pun telah melakukannya, mengapa pula ada tok kadi yang sengaja bertanya hadirin: perlu ulang ke? Lalu mereka pun dengan sukanya menyebut beramai-ramai ‘sekali lagi!, sekali lagi! Ini adalah permainan buli yang cuba dicampur aduk dengan hukum syarak.

KERENAH ‘MAHKAMAH’

Setelah berkahwin, rumahtangga yang dibina seperti yang diajar oleh Islam hendaklah menjadi syurga, bukan neraka. Jika perkahwinan tidak dapat membawa kebahgiaan, insan tidak disuruh memperjudikan hidup keseluruhan kerana isteri atau suaminya. Walaupun talak itu bukan perbuatan yang baik, namun ia dibenarkan jika terpaksa. Insan mempunyai matlamat hidup, bukan sekadar untuk bertungkus lumus kerana masalah seorang lelaki atau wanita. Maka Islam mengajar cara-cara yang berbagai demi menyelamatkan rumah tangga dari talak. Jika gagal, Islam juga mengajar talak untuk mengelakkan kezaliman berlaku antara salah satu pihak; suami atau isteri. Firman Allah:

(maksudnya) “Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik, dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan tujuan memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menzalimi dirinya sendiri. dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat (hukum) Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan), dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan hikmat (sunnah), untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala-galanya” (Surah al-Baqarah, ayat 231).
Jika penerusan perkahwinan hanya memberi mudarat kepada pasangan, maka talak itu disuruh oleh al-Quran. Malanglah kaum wanita yang sepatutnya telah dikeluarkan oleh al-Quran dari kezaliman atau kemudaratan si suami, tiba-tiba terjatuh dalam kezaliman batin akibat proses birokrasi sesetengah mahkamah atas nama syariah. Maka, wanita hari ini ada yang terseksa batinnya kerana menunggu proses mahkamah yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana mungkin isteri yang sudah tujuh lapan tahun suaminya tidak mengambil tahu soal nafkah zahir dan batin tetap disahkan oleh mahkamah bahawa dia masih suami sekalipun isteri berulang meminta dipisahkan.


Kata Dr Karim ‘Abd al-Karim Zaidan menyebut:
“Jika suami gagal menunaikan nafkah untuk isteri, kadi memisah antara mereka jika isteri memilih untuk berpisah…Hal ini diriwayatkan dari sejumlah para sahabat dan tabi’in” (al-Mufassal, 7/217).
Beliau juga memetik apa yang disebut oleh al-Dardir dalam al-Syarh al-Kabir:
“Bagi isteri boleh menuntut dipisahkan dari suami disebabkan mudarat yang dilakukannya; iaitu apa yang tidak diizinkan oleh syarak untuk dia buat seperti meninggalkan isteri atau memukulnya tanpa sebab yang dibenarkan syarak. Atau memaki dia atau bapanya seperti menyebut: Wahai anak anjing, atau wahai anak kafir! Atau wahai anak orang yang dilaknat”.
Dr Zaidan seterusnya memetik apa yang disebut oleh al-Imam Ibn Taimiyyah:
“Maka dianggap memberi mudarat kepada isteri yang boleh dipisah (dipasakh) apabila suami meninggalkan persetubuhan dalam apa keadaan sekalipun. Samada suami sengaja atau tidak sengaja”. (ibid 8/439).
Semua perbahasan yang begitu banyak boleh didapati dalam khazanah Islam itu menggambarkan rumahtangga untuk kebahgiaan hidup insan bukan untuk kedukaan mereka. Jika rumahtangga itu mengundang kedukaan, insan diberi peluang keluar oleh syarak untuk keluar dari daerah itu dengan segera. Malanglah, jika pintu keluar itu dihalang oleh kerenah biorokrasi mahkamah. Hakim barang kali ringan lidahnya menyebut: “kita tangguhkan perbicaraan kerana suami tidak hadir” sedangkan kesan jiwa begitu besar dan berat ditanggung oleh isteri

Sebenarnya dalam Islam, jalan kepada halal dan kebahagian dibuka dengan begitu luas dan mudah. Dukacita, jika atas nama agama kita menyusahkan jalan yang halal dan dalam masa yang sama ada pula pihak-pihak lain yang memudahkan jalan yang haram. Perlaksanaan agama hendaklah bukan sahaja mendakwa adil, tetapi hendaklah juga kelihatan adil.-drmaza.com
 
 
 
 Berita gembira untuk guru-guru?
Posted on Sunday, November 10 @ 10:43:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"Berita gembira untuk guru-guru kerana Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) bersama guru-guru menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan pelaksanaan PBS-Pentaksiran Berasaskan Sekolah kerana amat membebankan 400,000 guru negara ini.

Guru yang sebelum ini dibebani pelbagai tugas terpaksa berdepan pula dengan PBS menjadikan beban guru terus meningkat, kata Presiden KPPK Presidennya, Hashim Adnan.

Prestasi dinilai melalui PBS, akses yang sering terganggu menyebabkan kebanyakan guru tidak cukup tidur kerana ingin memasukkan data bagi memastikan mereka diberi penilaian sempurna, kata beliau lagi.

Mesyuarat Exco KPPK baru-baru ini memutuskan untuk menggesa Kementerian Pendidikan memansuhkan sistem PBS yang diperkenal pada 2011.

PBS sepatutnya dilaksanakan di sekolah perintis untuk menilai keberkesanannya, dan bukan terus dilaksanakan di seluruh negara, tambah beliau lagi seperti dilaporkan Bernama.

Beliau turut menyifatkan PBS sebagai kereta baharu yang kelihatan cantik namun  tidak boleh bergerak kerana ketiadaan tayar.Baca juga:Naik taraf perkhidmatan awam, tiada durian runtuh?
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
laniismaa
Posted on Sunday, November 10 @ 10:43:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Ejen CIA di Pejabat Peguam Negara: Anwar gesa “rehatkan” Gani
Posted on Sunday, November 10 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) menuntut agar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail "direhatkan" ekoran dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terdapat dua orang ejen agensi perisikan Amerika Syarikat CIA di Pejabat Peguam Negara.


Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan segera memandangkan terdapat banyak dakwaan negatif terhadap Abdul Gani.
"Dakwaan oleh Dr Mahathir bahawa Pejabat Peguam Negara mempunyai dua ejen CIA adalah mengejutkan dan memerlukan tindakan serta merta daripada perdana menteri dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," kata Anwar dalam kenyataan di Kuala Lumpur lewat malam tadi.
Sebelum ini media melaporkan, Dr Mahathir bukan sahaja mendapatkan pandangan balas daripada bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahkan menteri juga dibawa berbincang mengenainya.
Menurut sumber, Ahmad Zahid dikatakan turut dibawa berbincang oleh Dr Mahathir mengenai tingkah laku Abdul Gani.
"Gani juga perlu memberi penjelasan terhadap  semua dakwaan ini termasuk yang mengaitkan beliau dengan kegiatan haram dan aktiviti konspirasi yang turut didakwa melibatkan pejabatnya," kata Anwar.
Mat Zain dibawa bertemu Dr Mahathir oleh Muhammad Shafee pada 10 Ogos lalu, tiga hari selepas hari raya Aidilfitri.
Mereka bertemu Dr Mahathir di rumahnya dengan disertai bekas setiausaha politiknya, Matthias Chang.
Dalam perbincangan di meja makan sempena hari raya itu, mereka berbincang mengenai salah laku Abdul Gani yang bermula daripada kes ‘mata lebam’ Anwar lagi.
Turut dibincangkan adalah kekalahan Malaysia kepada Singapura dalam kes Pulau Batu Putih di Mahkamah Antarabangsa.
Abdul Gani mewakili Malaysia dalam kes itu.
Ekoran pertemuan 10 Ogos itu, Mat Zain pada 7 Oktober membuat satu akuan bersumpah yang antara kandungannya adalah dakwaan salah laku Abdul Gani dalam kes 'mata lebam' Anwar.
Akuan bersumpah itu kemudiannya dihantar kepada Najib.
Ia turut dihantar kepada Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menggesa polis menyiasat Abdul Gani tanpa menunggu laporan polis dibuat.
Karpal berkata, pada masa lalu polis pernah mengambil inisiatif sendiri dengan memulakan siasatan selepas membaca laporan akhbar.
Menurut Karpal, polis mesti merekodkan kenyataan orang penting termasuk Abdul Gani, Dr Mahathir dan Ahmad Zahid bagi memahami kes ini.
“Saya harap tiada apa yang diselindungkan,” katanya.
Abdul Gani, 58, menyertai pejabat Peguam Negara pada 1980 dan dilantik sebagai Peguam Negara pada 2002.
Beliau pernah menerima kritikan hebat daripada pembangkang dan badan bukan kerajaan berhubung kegagalan kerajaan dalam kes di bawah seliaannya termasuk kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan kes penipuan membabitkan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik. – 10 November, 2013.
Sumber
"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
imamsurau
Posted on Sunday, November 10 @ 11:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
 

Tiada ulasan: