Khamis, 28 November 2013

ADA OTAK PAKAI

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Perdana Putra di sini.
   
Ahmad yang ditemui sejurus selepas perjumpaan selama kira-kira 45 minit itu berkata ia merupakan kunjungan hormat beliau selaku menteri besar Kelantan yang baru dilantik.
   
Beliau berkata antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah berkaitan dengan pelbagai bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.
   
"...contohnya berkaitan dengan infrastruktur dan juga hal-hal lain untuk kebajikan rakyat," katanya dan menambah, isu berkaitan politik tidak dibincangkan dalam pertemuan itu.   
   
Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada kira-kira pukul 9 pagi bersama beberapa anggota exco kerajaan negeri Kelantan, dan beliau diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika memasuki pejabat perdana menteri.
   
Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei lepas, menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandang jawatan menteri besar selama 23 tahun. - Bernama
KOTA BHARU: Agenda rakyat dibincang pada pertemuan rombongan kerajan Kelantan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya pagi tadi.

Anggota Exco, Datuk Dr Mohammad Fadzli Hassan yang menyertai sama pertemuan tersebut berkata, perbincangan menyentuh kerjasama untuk faedah rakyat di Kelantan.

Antaranya keperluan asas termasuk rumah, lebuh raya, bekalan air, lapangan terbang, ECER, permohonan menaik taraf KIAS kepada kolej universiti dan pelaksanaan perundangan Syariah di Kelantan.

“Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan tertib. Perjumpaan tersebut antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat, bukan antara Umno dan PAS.

“Sebagaimana Menteri Besar jelaskah ia adalah lawatan mahabbah antara ketua kerajaan negeri dengan ketua kerajaan di peringkat pusat,” katanya dalam laman sosialnya.

Turut hadir pada pertemuan itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan anggota Exco, Datuk Hanifa Ahmad.

Selain itu Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Difahamkan sebelum ini, Menteri Besar Kelantan menghantar beberapa pucuk surat bagi mengunjungi hormat Perdana Menteri dan ia akhirnya menjadi kenyataan hari ini.

Dr Fadzli berkata, pertemuan bersejarah itu tidak dapat diadakan tanpa kedua-dua pihak mengambil tanggungjawab secara bersama dan ikhlas
SHAH ALAM:  Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd Shamsuddin Lias (BN-Sungai Burong) menganggap kenaikan saraan untuk anggota pentadbiran kerajaan negeri, Speaker dan Timbalan Speaker juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu adalah berpatutan serta wajar.

Shamsuddin (gambar, kanan) berkata, hal itu berikutan kenaikan terakhir pada 2011 yang dilakukan perlu dikaji semula selaras dengan meningkatnya bebanan tugas tanpa mengira masa, perbelanjaan untuk masyarakat yang diwakili dan kos sara hidup semakin meningkat.

“Memang wajar sebab ia selaras daripada aspek pelarasan gaji yang dibuat di Dewan Rakyat, Dewan Negara dan juga aspek kutipan hasil Selangor yang semakin meningkat.

“Adun Selangor dinaikkan tidak melebihi 70 peratus daripada kenaikan yang diterima Adun di Sarawak,” katanya di lobi Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Shamsuddin menganggap kenaikan itu adalah motivasi kepada semua yang terbabit dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di kawasan masing-masing.

Adun (PKR-Seri Muda) Shuhaimi Shafiei (gambar, kiri)  pula menganggap keputusan itu adalah satu inisiatif kepada semua pihak terbabit dalam menjayakan dasar kerajaan negeri.

“Ia satu semakan semula memandangkan ia kali terakhir pada 2010 hanya membabitkan Adun tetapi kali ini secara menyeluruh termasuk gaji Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker.

"Kita harap ia akan menyuntik semangat semua anggota kerajaan dan legislatif dalam mengurus tadbir lebih baik lagi,” katanya.- Selangorkini




Tg Anis added a new photo.
Bising dan bingit bila krajaan Selangor naikkan gaji mb dan adun selangor..Kenaikkan itu bersesuai dgn usaha2 yg dijlnkan oleh krajaan ngeri dan memandangkan beban tugas yg ditanggong..Adun ialah tmpat utk rkyat mngadu permasalahan dan kebanyakkan permasalahan melibat bantuan2 yg berupa kewangan dan bahan2 kemudahan asas..kalau seorg yb tdk mempunyai sumber kewangan yg cukup,mana mngkin mampu utk mnyelesaikan segala permasalahan rkyat..dgn erti kata lain,kenaikkan gaji yg diterima oleh setiap adun,sbahagian bsrnya akn mngalir kpd rkyat marhaen kembali..itu dilakukan memandang selangor mempunyai kwangan bsr dan ngeri yg paling maju dgn kadar miskin tegar yg paling rendah..tp pula yg pertikaikan apa berlaku di srawak..dgn kedudukkan ngeri yg ke 4 termiskin dan kadar miskin yg paling ramai dlm msia..tp memiliki seorg ketua menteri yg bergaji paling tinggi dlm msia..adakah tdk dipertikaikan itu krana ianya dtg drp komponan bn?Bila keputusan yg melibatkan pemimpin2 bn semuanya jadi bisu dan kelu,mcm tikus sakit gigi..tp bila keputusan yg melibatkan pemimpin2 pr,semua bising dan bingit mcm itik nk bertelur..walaupun telurnya hanya sebiji..double standard macai2 ubn sdh lama diketahui..
 
Gaji baru Exco Sarawak vs Selangor... Pulau Pinang mcmana?
Bila Ahli Agama Makan Gaji Buta...

Gambar lucah pelajar – JAIP perlu siasat

Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) perlu menjalankan siasatan terhadap penyebaran gambar lucah membabitkan sepasang pelajar universiti di negeri itu.

Gambar pasangan terbabit yang kelihatan berbogel itu, dipercayai dirakam ketika menginap di sebuah pusat peranginan negeri itu, sebelum dimuat naik menerusi akaun Facebook milik pelajar perempuan berkenaan.

Selain gambar terbabit, pelajar perempuan itu turut memuatkan kenyataan mencabar kewibawaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), antara lain turut menyifatkan denda RM3,000 tidak menghalangnya daripada berkhalwat.

Tak hormati undang-undang ;

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata pihaknya hanya boleh memberi pandangan tetapi tindakan undang-undang terhadap pasangan terbabit tertakluk kepada JAIP.
Pasangan itu boleh ditangkap JAIP untuk siasatan mengikut Enakmen Jenayah Syariah negeri berkenaan.

Sikap begini mencerminkan kerendahan moral individu itu kerana mereka bukan saja tidak menghormati undang-undang syariah, malah memalukan universiti dan keluarga masing-masing.
Ia juga menggambarkan pasangan itu tidak memiliki pemahaman Islam yang sempurna, katanya selepas Sambutan Maal Hijrah 1435H Peringkat Wilayah Persekutuan, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Paimuzi Yahya dan Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali, menurut sumber Berita Harian.

Pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Yayasan Dakwah Ikram dan Hidayah, Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah, 47, dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1435H/2013M.

Muhammad merakamkan penghargaan kepada JAWI kerana memberi penghormatan kepadanya menerusi anugerah berkenaan.
Like · · · 18 hours ago ·

Sebenarnya tempoh kepemimpinan PAS yang baru dilantik hujung minggu lalu tidaklah begitu lama. Difahamkan muktamar tahun depan mungkin akan dianjakkan lebih awal, iaitu sekitar pertengahan tahun, seperti lazimnya dahulu.

Muktamar 2013 terpaksa ditangguh bagi memberi laluan kepada PRU13, Mei lalu. Ini bermakna, sesi 2013/15 tidak sampai dua tahun, lebih kurang 18 bulan sahaja. PAS memilih pemimpinnya setiap dua tahun sekali, berbeda dengan Umno, tiga tahun.

Namun, secara praktiknya, penggal majlis tertinggi Umno mendekati lima tahun, apabila proses pemilihan sering ditangguh - perlembagaan parti membenarkan maksimum 18 bulan - sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum.

Justeru, kepemimpinan Umno yang terpilih merupakan barisan yang bakal mengetuai parti berdepan PRU. Misalnya, pasukan yang menang baru-baru ini, iaitu gandingan lama, kecuali Ketua Puteri, dijangka mengemudi jentera kempen Umno untuk PRU14 nanti.

Bukanlah disebabkan banyak cacat-celanya tempoh dua tahun itu, tetapi dari satu segi ada pihak melihat ia agak singkat dan mungkin meletihkan jika terpaksa menghadapi proses pemilihan yang nampak tegang, seperti baru-baru ini.

(Keupayaan PAS menyerap impak negatif pertandingan jawatan tertinggi, khususnya posisi Timbalan Presiden, sejak 2003 sehingga 2013, boleh dibanggakan, tetapi ia tidak harus dipandang mudah kerana perselisihan dalaman sebuah parti berdasarkan ideologi, seperti PAS, jika tidak duruskan dengan baik, dikhuatiri membarah dengan cepat. Bermula dengan salah tanggapan, ia merebak menjadi keyakinan palsu yang disebarluaskan dalam program rasmi parti, yang kemudiannya menimbulkan salahfaham yang boleh membahagikan jemaah).

Positifnya, ia mendorong amanah dilaksanakan sebaik mungkin dalam masa terbatas, dengan pengurusan masa yang sistematik. Sekiranya saf kepimpinan perlu ditukar, disebabkan kegagalan atau kelemahan memikul tanggungjawab, maka ahli-ahli parti tidak perlu menunggu waktu lebih lama untuk melakukan pembetulan.

Dari sisi lain, segala penegasan dalam ucapan dasar Presiden PAS, apatah lagi berkaitan "Sepuluh Arahan" khusus kepada dewan-dewan, lajnah, badan perhubungan negeri, kawasan dan cawangan, juga ahli-ahli parti yang dipertanggungjawabkan sebagai Adun, Ahli Parlimen, Ahli Majlis, anggota lembaga pengarah GLC, ketua kampung, perlu diperincikan untuk diterjemahkan secara praktik dalam waktu terdekat.

Ini bermakna majlis munaqashah ucapan dasar Presiden di setiap negeri harus diadakan secepat mungkin. Meskipun PRU14 mungkin berlangsung dalam tempoh empat tahun lagi - yang dianggap masih jauh - aktivis dan penggerak parti tidak boleh memandang mudah, malah ia harus dimanfaatkan untuk melakukan "eksperimen baru".

Apa pun, soal pengukuhan dan pemantapan parti adalah prioriti yang tidak boleh dikompromi.

Secara peribadi, saya tertarik dengan penekanan Tuan Guru Abdul Hadi Awang terhadap usaha menangani cabaran psikologi politik orang Melayu di luar bandar dan pengundi atas pagar.

"Sikap kebergantungan kepada parti pemerintah, pegangan agama yang rapuh, tahap pendidikan dan ekonomi yang lemah, maklumat yang tidak sampai - semuanya memerlukan satu kerangka strategi yang khusus dari PAS," ujar Ustaz Abdul Hadi.

Beliau menarik perhatian para perwakilan muktamar dengan tanggapan songsang segelintir pengundi Melayu, antaranya kegagalan membezakan antara parti pemerintah dan sebuah kerajaan. Sehingga beranggapan Umno ialah kerajaan dan kerajaan ialah Umno, seterusnya menimbulkan ketakutan terutama kepada pegawai kerajaan dan keluarga mereka.

"Maka kita perlu merancang secara komprehensif dan tepat bagi membentuk tindakan dan gerakerja yang sesuai secara sistematik dalam mengubah psiko-politik orang Melayu," tegas Presiden PAS itu.

Tentunya ramai tertunggu-tunggu bentuk gerakerja khusus PAS berdepan cabaran sulit ini, apatah lagi menyedari sebahagian pengundi Melayu masih mudah dicuit sentimen perkauman, senjata utama Umno saat ini.

(Dan saya bagai tidak sabar menunggu hasil rumusan post-mortem PRU13, terutama membabitkan kekalahan PAS di Kedah. Jika Jelapang Padi itu kekal bersama Pakatan, saya yakin tidaklah heboh sangat isu kemerosotan undi PAS di kalangan pengundi Melayu, apatah lagi terdapat peningkatan memberangsangkan di Terengganu dan Selangor).

Kematangan politik pengundi Melayu - termasuk di bandar-bandar besar dan tergolong dalam kelas menengah - perlu ditingkatkan, sehingga mereka tidak lagi dapat dikelirukan oleh propaganda murahan, atas nama bangsa dan agama.

"Tugas PAS berat untuk memecahkan dominasi khurafat ini, bukan mudah. Jangan kata hanya orang kampung, malah di Shah Alam sendiri, tempat elit Melayu," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam wawancara khas bersama Harakah, 25 November lalu.

Dan beliau mencadangkan agar pimpinan PAS dan KeADILan turut sama membincangkan cabaran besar itu: "Pemimpin Pakatan Rakyat perlu ada retreat. Duduk, sidang dua tiga hari, dan bincang secara serius bagaimana hendak menguatkan Pakatan Rakyat."

Menurut Mohamad, sesi permukiman Pakatan ini tidak harus tertumpu di peringkat pusat. Selain mengukuhkan Majlis Presiden, ia juga mesti diperkemaskan di peringkat negeri. "Kita perlu bertemu dan berbincang selalu. Saya diberitahu, di negeri tertentu, misalnya Pulau Pinang, sudah lama tidak diadakan mesyuarat Pakatan. Ahli PAS, KeADILan dan DAP mesti belajar banyak bertemu dan bermesyuarat. Kalau kita berlawan dengan cara membuat sidang akhbar akhirnya yang untung Umno-BN," jelas Mohamad.

Dalam ucapan tahniah kepada rakan-rakan pemimpin PAS sempena muktamar, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang turut menekankan: "Perkara terpenting bagi Pakatan kini ialah untuk membentuk majlis strategik peringkat tertinggi untuk menyusun rancangan merampas kerajaan pusat dan menawan Putrajaya dalam pilihan raya akan datang, selain mencatat keputusan terbaik untuk Pakatan di setiap negeri."

II

Ketika diwawancara petang Isnin lalu, Mohamad Sabu menceritakan dia terkejut apabila sepinggan nasi kosong di sebuah restoran nasi kandar, dekat Subang Jaya, berharga RM2.00.

"Tuan Haji baru tahu ke? Dah lama orang ramai merungut perihal mahalnya makanan dan barangan keperluan asas," saya cuba mengusiknya.

"Kami makan tujuh orang. Hanya lauk ikan, ayam berkongsi dan air kosong. Tapi bila dikira semuanya lebih RM14 seorang. Sekarang makan tengahari secara purata sudah cecah RM10," ceritanya lagi.

Segera saya teringat, sebaik selesai mengikuti sidang penggulungan muktamar, Ahad lalu, saya bersama rakan singgah di sebuah restoran, di Damansara. Hanya nasi separuh, sayur, sepotong ikan kari dan air suam. Harganya RM7.50. "Kira murahlah tu," bisik hati saya membandingkan dengan kisah Mohamad Sabu.

Balik ke rumah, saya mencicip taufufa yang dibeli isteri di sebuah pasar tani, Ampang. "Tadi bagi RM5, ingatkan penjual pulangkan RM3 untuk dua pek, rupanya satu sudah RM2, memanglah bekas nampak besar sikit, tapi isinya hampir sama saja," isteri saya merungut.

"Mihun bungkus untuk sarapan, kalau dulu dapat juga RM1 atau RM1.50, sekarang paling murah RM2, itu pun kosong saja, " tambahnya.

Dia kemudian bercerita panjang tentang harga ikan yang mahal. "Sekarang kalau nampak ikan sardin sekilo RM9, terus beli aja, kira murahlah tu, dah takada sekilo RM5 macam dulu, ikan kembong tak jatuh dari RM13," tambahnya.

Bagaimanapun, isteri saya yang agak kerap masak nasi Arab dalam jumlah hidangan yang besar mengakui: "Kesian orang berniaga, bahan-bahan mentah pun dah mahal. Itu belum dikira kos untuk menghasilkan juadah yang betul-betul sihat."  Dia ketawa kecil apabila menyambung: "Telur dadar dalam nasi lemak bungkus jadi makin tipis, sebiji telur entah dibelah berapa."

Dia terkenangkan harga ikan dan bahan mentah makanan laut segar yang murah di Sandakan, semasa kami menziarahi keluarga bekas tahanan ISA di sana. Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah dan peguam muda berbakat, Haris Alimudin banyak membantu kami packing beku sebelum terbang bersama AirAsia.  

Ya, kenaikan kos barangan dapur cukup membebankan. Isu ini tidak boleh dipandang remeh, 'kan?

III

Saya tertarik dengan analisis Tong Kooi Ong dalam akhbar mingguan The Edge, 25 November lalu, yang membandingkan bajet Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerajaan Selangor, ekoran cadangan DBKL menaikkan cukai taksiran hartanah sebanyak 100% hingga 250%.

Saya suka dengan fakta perbandingan yang dikemukakan penulis, antaranya: "Bajet Selangor ditujukan untuk menangani penduduk yang jumlahnya 3.2 kali lebih besar daripada penduduk Kuala Lumpur, dan perkhidmatannya menjangkaui daerah yang 33 kali lebih luas daripada ibu kota.

"DBKL dijangka memperoleh pendapatan RM1.69 bilion, lebih kurang sama dengan Selangor, RM1.63 bilion. Tetapi DBKL ingin membelanjakan RM2.19 bilion sebagai perbelanjaan keseluruhan, 34% lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan hanya RM1.63 bilion. Ia membelanjakan RM1.406 bilion untuk perbelanjaan operasi, 41% lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan RM996.68 juta. Emolumen dan perbelanjaan lebih masa mencecah RM442.1 juta bagi DBKL, 19% lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan RM370.5 juta.

"Mengenai asas perkapita, DBKL membelanjakan RM907 bagi perbelanjaan operasi bagi setiap penduduk, empat kali lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan RM201. Bagi perbelanjaan operasi untuk setiap kediaman, DBKL membelanjakan RM3,348, hampir lima kali lebih banyak daripada Selangor yang membelanjakan RM738.

"Melihat kepada perbelanjaan operasi mengikut keluasan, Selangor membelanjakan RM122,986 bagi satu kilometer persegi berbanding DBKL RM5.79 juta. Dari sudut perbelanjaan pembangunan, Selangor membelanjakan RM633 juta berbanding DBKL RM782.6 juta. Selangor mempunyai bajet yang berimbang, malah dana dalam kantungnya meningkat daripada RM400 juta dalam 2008 kepada RM2.7 bilion.

"Adalah jelas berdasarkan statistik di atas, DBKL kurang cekap berbanding Selangor. Daripada meminta lebih banyak wang, DBKL sepatutnya mencari jalan untuk meningkatkan kecekapannya, mengurangkan kos dan permbaziran. Dan ia juga perlu bersikap telus dan bertanggungjawab dalam menunjukkan bagaimanakah wang kita dibelanjakan."

*Terjemahan tulisan berkenaan akan disiarkan sepenuhnya dalam Harakah akan datang.
SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pemberian setengah bulan bonus  kepada  semua 15,643 kakitangan kerajaan negeri sebagai penghargaan di atas kerja keras untuk memajukan negeri Selangor.

 Beliau berkata, pembayaran bonus ini akan dibuat pada Januari 2014 melibatkan peruntukan  keseluruhan sebanyak RM14, 821, 252.

Beliau berkata, kerajaan Selangor berkemampuan membayar bonus kepada kakitangannya kerana peningkatan hasil negeri sebanyak 16 peratus kepada RM1.9 bilion setakat 27 November 2013 berbanding anggaran awal sebanyak RM1.630 bilion.

Berikutan pengumuman terbaru ini, kakitangan kerajaan Selangor telah menerima satu setengah bulan bonus terkumpul bagi tahun 2013.

Kerajaan negeri telah pun memberikan sebulan bonus kepada kakitangan kerajaan negeri yang diterima sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Saya  harap pemberian ini akan digunakan secara cermat dan menjadi insentif untuk kita semua bekerja lebih kuat lagi untuk kemakmuran negeri Selangor serta rakyat.

“Saya ulangi apa yang saya katakan ketika membentang Belanjawan 2014 agar kakitangan kerajaan secara beransur-ansur dapat menerima konsep kenaikan gaji dan pemberian bonus berdasarkan kecemerlangan prestasi berasaskan kecekapan dan keberkesanan selari dengan standard dan amalan terbaik antarabangsa,” kata Menteri Besar.
KOTA BHARU: Sebahagian projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dibiayai kerajaan pusat dan separuh lagi kerajaan negeri terpaksa memikul tanggungjawabnya.

Kerajaan persekutuan melaksanakan projek bermula dari Pasir Hor ke Kadok sejauh 7 km membabitkan kos RM200 juta, difahamkan sudah dikeluarkan tendernya.

Manakala laluan Machang-Kuala Krai sepanjang kira-kira 30 kilometer akan dilaksanakan kerajaan negeri. Anggaran membabitkan kos RM550 juta.

Mungkinkah ini dinamakan sebagai wajah politik baru yang menyerap nilai-nilai kemanusiaan. Sedangkan sebelum ini demokrasi di Malaysia dipenuhi politik dendam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri Kelantan, Datuk Hanifa Ahmad berkata, projek lebuh raya rakyat Machang-Kuala Krai akan dibina pertengahan tahun hadapan.

Katanya, tender akan dibuka Januari 2014 dan syarikat yang berminat boleh menghantar permohonan dengan syarat ditetapkan dan mempunyai sumber kewangan kukuh.

“Tempoh pembinaan selama tiga tahun, manakala tahun keempat pihak kerajaan akan membayar tunai kos pembinaan kepada pemaju terlibat,” ujarnya selepas mesyuarat Exco di sini semalam.

Lebuh raya Rakyat Kuala Krai-Kota Bharu sepanjang 68 km dirancang kerajaan negeri ekoran projek berkenaan dipinggirkan kerajaan pusat sejak 1986.

Sebelum ini sebuah syarikat dari Korea Selatan berminat melaksanakan projek berkenaan, bagaimanapun menarik diri kemudiannya.

Selepas itu sebuah konsultan tempatan, Ecobound Sdn Bhd dengan kerjasama Emirates House Group juga berminat untuk melaksanakan projek tersebut dengan cadangan pembiayaan daripada Bank Pembangunan Asia.

Hanifa juga berkata, hasil perlombongan dan pembalakan akan digunakan bagi menampung kos pembinaan lebuh raya rakyat.
Hasbiallah wani'mal wakil.
Masih mampu tersenyum.. Inilah wanita-wanita yang hebat. Srikandi islam.
‪#‎TerkiniMesir‬ ! ‪#‎Unite4Egypt‬ Hasbiallah wani'mal wakil.. Sebahagian daripada mereka dijatuhkan hukuman selama 11 tahun penjara dan sebahagian lagi 15 tahun penjara oleh mahkamah Mesir hari ini sebentar tadi. Sejarah terburuk Mahkamah Mesir memenjarakan perempuan atas faktor politik.
Padah perompak...
Allah bayar cash kat dunia...
Ingat2lah pada yg suka perompak 2....
Makluman: 27/11/2013 @ 12.30 tghri di tepi jalan Kg Temin, Sungai Siput, Perak, satu kejadian samun telah berlaku. Saspek 3 L Melayu telah menyamun 1 P Melayu yg baru selesai kutip duit amanah ikhtiar yg sdg memandu kereta proton saga BLM putih di mana saspek yg pandu kereta wira telah himpit kereta mangsa & berhenti. Saspek yg berparang telah samun & larikan kereta mangsa setelah mangsa berjaya keluar dari keretanya yg dirampas saspek. Kereta mangsa yg dilarikan saspek kemudian bertembung dgn sebuah lori di selekoh kubur Kg Temin mengakibatkan 1 saspek mati di tempat kejadian & 1 saspek lagi mati di hospital akibat cedera parah. 1 saspek lg menghilangkan diri dgn proton wira yg dinaiki. TUHAN bayar CASH dlm kejadian ini. Renungan bersama.
Sumpah laknat Saiful Bukhari - Lihat siapa yang kena laknat

Pada 6.15 petang Jumaat, 15 Ogos 2008 di dewan utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Saiful telah mengangkat sumpah mubahalah mengikut syariat Islam bahawa beliau bercakap benar. Upacara itu selama 15 minit disaksikan kira-kira 30 orang termasuk jurugambar dan juruvideo. Rakaman dilakukan oleh 'unit media' yang tidak dikenali. Saiful membaca beberapa ayat al Quran termasuk Surah Al-Fatihah.

Antara saksi sumpah tersebut ialah bapa beliau sendiri, Azlan Mohd Lazim dan imam masjid tersebut Ramlang Porigi. Sidang media telah diadakan selepas itu di Hotel Dinasti, Kuala Lumpur.

Kini, setelah hampir lima tahun sumpah laknat itu dilafazkan, rakyat dapat melihat dan menilai apa yang sebenarnya telah berlaku ke atas beliau dan yang dituduh, DS Anwar Ibrahim juga ke atas mereka yang menyokong kedua-dua pihak.

Diantara yang dapat dipaparkan apa yang menimpa Saiful dan Anwar mengikut berita-berita yang ada ialah:

Pada 24/08/08 bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menjadi saksi sumpah laknat tersebut, Ustaz Ramlan Porigi telah menganggap tuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya untuk mengaibkan tokoh tersebut.

Pada 27/02/10 Diberitakan Saiful telah putus tunang dengan Janna Syariza bt. Mohd Zaki (asal Damansara Utama), nama yang hebat sewaktu kes tuduhan liwat terhadap Anwar berjalan.

Pada 30/9/10 Kereta Proton Waja milik Mohd Saiful Bukhari Azlan, dilaporkan hilang di Medan Tunku

Pada 28/07/10 didedahkan kisah Saiful mempunyai hubungan cinta dengan Farah Azlina, Timbalan Pendakwa Raya kes liwat beliau.

9/01/12 - Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabitkan kesalahan.

Pada 22/5/12 pula, bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang menjadi Pendakwa di dalam kes liwatnya mengisytiharkan menjadi peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 8/3/13, ayahnya sendiri, Azlan Mohd Lazim mendedahkan kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah “konspirasi politik jahat” dan memohon maaf kepada Anwar dan keluarganya kerana telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,”

Pada 9/3//13 terus terhumban sebagai anak derhaka lantaran beraninya beliau menempelak ayahnya sendiri kerana dituduh ayahnya dipergunakan Anwar.

Tidak adil jika hanya melihat sebelah pihak. Sekarang apa yang berlaku kepada Anwar pula selepas sumpah laknat Saiful itu?

Ini yang sempat dikompilkan oleh GB:

Pada 4/4/11 Video chinadoll terhadapnya disebarkan oleh Datuk T gagal kerana lelaki di dalam video berkenaan berperut buncit dan teteknya menggeleber.

Pada 9/01/12 - Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabitkan kesalahan.

18/6/12 atuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

16/1/13 Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.

Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

21/1/13 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.

Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Dengan keputusan mahkamah itu jelaslah bahawa Anwar Ibrahim bukan penyokong lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dan ia adalah fitnah semata-mata.

Bukalah matamu wahai rakyat Malaysia!

Bagi kita, kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا
2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. Amiin!
Unlike · ·

Tiada ulasan: