Khamis, 14 November 2013

DALAM BAB HAJI....KENA TAHU 3 PERKARA....RUKUN....FARDHU DAN WAJIB....RUKUN DAN FARDHU MESTI BUAT BUAT....JIKA TIDAK TAK SAH HAJI...WAJIB TERTINGGAL@TINGGALKAN BOLEH BAYAR DAM.....KIASKAN

Subjek Sejarah lebih penting dari Pendidikan Islam?
Posted on Thursday, November 14 @ 00:24:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"Bilakah agaknya subjek Pendidikan Islam akan jadi subjek wajib lulus SPM untuk calon SPM yang beragama Islam ketika negara dilanda dengan pelbagai serangan akidah dan ajaran sesat?

Walhal dalam al Quran ada lebih banyak cerita sejarah dari subjek Sejarah itu sendiri.

Subjek Sejarah wajib lulus SPM

Kerajaan mengambil keputusan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 bagi mengatasi masalah pelajar yang kurang berpengetahuan sehingga menyalah tafsir fakta sejarah negara.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, melalui penghayatan sejarah negara, para pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara ini bagi mewujudkan semangat perpaduan, perasaan cinta kepada negara, seterusnya menjunjung kedaulatan negara.

Rozmal bin Malakan

http://waghih.blogspot.com

http://rozmal.blogspot.com"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Thursday, November 14 @ 00:24:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


 Sebesar manakah empayar Syed Mokhtar Albukhary?
Posted on Thursday, November 14 @ 00:12:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



Ketika penutupan pada Jumaat, MMC Corp yang dikuasai Syed Mokhtar Albukhary mempunyai modal pasaran kira-kira RM8.22 bilion.

Ini menunjukkan bahawa pemilikan kepentingan 51.76 peratus Syed Mokhtar mempunyai nilai pasaran sebanyak RM4.25 bilion.

Syarikat utamanya DRB Hicom pula ditutup pada RM2.56, menjadikan modal pasarannya sebanyak RM4.95 bilion. Ini menjadikan pegangan 55.92 peratus mempunyai nilai pasaran sebanyak RM2.77 bilion.



Oleh itu, kepentingan kolektifnya dalam kedua-dua syarikat itu bernilai lebih RM7 bilion.

Awal tahun ini, Forbes menyenaraikan Syed Mokhtar sebagai rakyat Malaysia ketujuh terkaya dengan nilai bersih AS$3.3 bilion atau kira-kira RM10.5 bilion.

Namun, untuk sampai ke tahap itu bukanlah perkara mudah. Aset beliau sebenarnya dipelbagaikan dan pegangannya dipecah-pecahkan.

"Banyak aset dikaitkan dengannya, tanah-tanah di Johor, sekarang orang bercakap bahawa beliau sebahagian daripada Eco World Development (Sdn Bhd)... jadi banyak aset dikaitkan dengannya.

"Mungkin hanya beliau sahaja yang tahu nilai aset sebenarnya," kata sumber yang mengetahui perihal taikun perniagaan itu.-mkini


 Rembau semakin maju, tapi orang Rembau tak nak duduk Rembau
Posted on Thursday, November 14 @ 00:02:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



"Stesen keretapi Rembau telah dinaiktaraf. Servis komuter telah bermula di stesen Rembau. Mereka yang kerja di KL boleh berulang alik dari Rembau naik komuter. Tapi sayang, ramai orang Rembau tak nak duduk Rembau, sedangkan nilai hartanah di Rembau ini semakin meningkat.

Rumah teres 2 tingkat di Rembau ketika ini hampir mencecah setengah juta ringgit. Bukan di Rembau saja, malahan di sepanjang stesen laluan landasan keretapi berkembar harga rumah pun semakin mahal, di Gemas, di Gemenceh.

Tapi orang kita tak sedar, mereka lebih gemar tinggal di ibu kota, di rumah pangsa yang sempit, yang bertingkat-tingkat tingginya, yang kemudahan lifnya adakalanya rosak. Separuh mungkin tiada pilihan untuk tinggal di rumah pangsa ini.

Tapi separuh ada pilihan, ada tanah di kampung.

Akhirnya yang membeli rumah-rumah di Rembau yang mencecah setengah juta ringgit ini, tak lama lagi mungkin RM1 juta ialah orang luar, bukan orang Rembau, bukan orang N.Sembilan.

Orang luar Rembau ini kemudian akan beli pula tanah-tanah ladang, tanah kebun, tanah getah, tanah kampung di Rembau.

Silap haribulan orang luar Rembau ini akan beli pula tanah adat apabila status tanah adat ini akan ditukar status ke tanah perumahan.

Akhirnya anak cucu orang Rembau yang tinggal di ibukota akan beli pula rumah pangsa yang akan didirikan di Rembau pada masa akan datang mungkin pada harga setengah juta ringgit kerana nak beli apartment di ibukota pada ketika itu mungkin harganya sampai RM2 juta atau lebih.

Ini semua boleh berlaku kerana Rembau dah ada stesen komuter, tak lama lagi keretapi elektrik akan lalu Rembau, keretapi laju pun akan lalu Rembau.

Tapi kita orang Rembau , orang beradat , tidak dapat nak selesaikan masalah tanah adat yang terbiar. Tidak dapat membangunkan tanah adat untuk dijadikan projek perumahan khusus untuk anak cucu orang Rembau.

“Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat”

Rozmal bin Malakan

http://waghih.blogspot.com

http://rozmal.blogspot.com"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
rozmal
Posted on Thursday, November 14 @ 00:02:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu


 JIKA ORANG NO SATU TIADA.....ORANG NO 2 NAIK....FORMULA MUDAH....FIKIR2KAN

 Perebutan kerusi nombor 2 tertinggi dalam PAS
Posted on Wednesday, November 13 @ 22:29:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




UMUM mengetahui Nik Abduh, anak kepada Datuk Nik Aziz Nik Mat, mempunyai pandangan politik yang agak berlainan daripada bapanya. Namun kini kita juga mengetahui bahawa di lubuk hatinya, Nik Abduh adalah seorang anak yang taat dan hormat kepada bapanya.
Jumaat lalu, Mursyidul Am PAS yang berusia 82 tahun itu tidak sihat dan tidak mampu menyampaikan kuliah pagi Jumaat beliau di Ibu Pejabat PAS di Kota Baru. Beliau meminta Nik Abduh menggantikannya.


Nik Abduh mempunyai amat banyak persamaan dengan bapanya dan beliau adalah orang yang paling tepat untuk tugas itu – beliau kini merupakan ahli Parlimen Pasir Mas, timbalan ketua Dewan Pemuda PAS dan seorang ulama.
Tetapi tugas yang harus dilaksanakan Nik Abduh bukan hanya menggantikan bapanya untuk menyampaikan kuliah – Nik Aziz telah meminta anaknya itu menyampaikan satu “pesanan khusus” yang kini hangat diperkatakan oleh orang PAS di Kelantan.
Bapanya mahu beliau menyampaikan pesan bahawa sesiapa saja, tidak kira ulama atau tidak, boleh bertanding untuk menjadi pemimpin PAS dalam pemilihan parti yang akan diadakan dua minggu lagi.Banyak hadirin dalam kuliah pagi Jumaat itu yang terkejut.
Bulan lalu, Nik Aziz membuat gempar apabila beliau mengatakan bahawa dua jawatan tertinggi dalam PAS perlu dipegang oleh ulama. Beberapa hari kemudian, beliau mengubah pendirian dan mengatakan bahawa dalam diri setiap Muslim ada ulama.
Pendirian yang terkini itu pada asasnya bertujuan untuk meratakan padang permainan untuk kelompok ulama dan bukan-ulama dalam pemilihan parti.
Namun, pembawa pesan yang dipilihnya menunjukkan betapa Nik Aziz adalah seorang ahli politik yang handal. Anak beliau dikenali sebagai seorang ahli politik yang keras dan tergolong dalam kelompok yang percaya bahawa jawatan presiden dan timbalan presiden mesti dipegang oleh ulama.
Nik Abduh diberikan tugas menyampaikan pesanan yang beliau sendiri tidak persetujui. Namun beliau tidak boleh mengengkari bapanya sendiri yang kebetulan pula adalah ketua Majlis Syura, iaitu badan yang paling berkuasa dalam parti.
Pergelutan antara golongan ulama dan bukan-ulama terlihat paling jelas pada persaingan untuk jawatan timbalan presiden antara Mohamad Sabu dan Datuk Nik Amar Nik Abdullah, timbalan Menteri Besar Kelantan. Mohamad, atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, berada dalam kelompok Erdogan, manakala Nik Amar adalah seorang ulama.
Dewan ulama PAS dianggotai oleh ilmuan Islam, terutamanya graduan Al-Azhar, dan memiliki pandangan politik yang konservatif.
Kelompok Erdogan pula adalah ahli-ahli parti yang mendapat pendidikan sekular dan pandangan politik mereka lebih keduniaan. Banyak di kalangan mereka juga adalah aktivis seperti Mat Sabu. Sebahagian besar ahli utama Erdogan menyertai PAS setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan mereka meraih pengaruh dalam parti.
Sejak beberapa bulan lalu, kelompok pro-ulama sedang berusaha secara diam di belakang tabir untuk mengukuhkan kedudukan ulama dalam pemilihan parti.
Pemimpin yang dilihat sebagai peneraju kelompok ini adalah ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib, seorang yang bertubuh tinggi, kacak dan berhaluan ultra-konservatif. Beberapa tahun lalu, Harun diserang angin ahmar dan semua orang menyangka kerjaya politik beliau telah tamat. Tetapi bagi para penyokongnya, Tuhan mempunyai rancangan lain untuknya. Beliau kembali kuat dan menjadi wakil utama suara konservatif dalam PAS.
Harun dan kumpulan ulama berusaha memastikan hanya seorang calon ulama akan bersaing merebut jawatan timbalan presiden. Mereka mahu menghindari kesilapan yang dilakukan dalam pemilihan parti tahun 2011 apabila dua daripada tiga calon yang bertanding adalah ulama. Ini menyebabkan undi pro-ulama terpecah dua, membolehkan Mat Sabu menang.
Mat Sabu dilihat sebagai ancaman kepada dasar “kepimpinan ulama”. Ulama takut untuk membayangkan Mat Sabu di suatu masa nanti menjadi presiden PAS.
Golongan ulama mengakui Mat Sabu sebagai aset bagi parti, tetapi lebih sebagai seorang pemidato, penghibur dan penaik semangat. Mereka tidak dapat menerima jika beliau terus memegang jawatan yang akan membolehkannya naik sebagai presiden.
Ulama pada awalnya mahu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding menentang Mat Sabu. Malah, Tuan Ibrahim umumnya dilihat sebagai pemimpin yang berpotensi menjadi presiden PAS.
Beliau adalah seorang ulama dari aliran pemikiran lama yang menganggap cita-cita politik yang berlebihan sebagai sebahagian daripada nafsu. Keinginan untuk merebut kuasa dan jawatan diseertikan dengan keangkuhan, suatu sifat yang ingin diatasi oleh seorang Muslim yang warak. Justeru itu, ulama dari aliran lama biasanya enggan bertanding merebut sesuatu jawatan.Tuan Ibrahim mempunyai senyuman yang manis dan berperwatakan lunak, tetapi di sebalik semua itu beliau adalah seorang yang tegas.
Beliau percaya kalimah “Allah” adalah milik Muslim semata-mata. Beliau menyelar gereja Katolik kerana mengheret isu “Allah” ke mahkamah, menyebutnya sebagai tindakan permusuhan. Beliau juga menyifatkan ketegasan penganut agama Kristian untuk terus menggunakan kalimah “Allah” sebagai tuntutan yang tidak munasabah.
Kerana itulah kelompok ulama mahu beliau memegang jawatan tertinggi. Kata-kata beliau mewakili keinginan mereka.
Tuan Ibrahim telah bertanding merebut jawatan nombor dua dalam PAS pada tahun 2011 kerana Nik Aziz sendiri telah memujuk beliau untuk berbuat demikian. Beliau telah kalah. Lalu, kali ini beliau mensasarkan kedudukan lebih rendah, iaitu kerusi naib presiden.
Natijahnya, Nik Amar kini menjadi pemegang obor-obor bagi kelompok ulama.
Mat Sabu dikatakan merasa lega apabila Tuan Ibrahim menarik diri daripada pertandingan. Beliau tahu peluang beliau malap jika berdepan dengan Tuan Ibrahim dan lebih cerah jika berdepan dengan Nik Amar.
Mat Sabu dikenali di seluruh negara dalam parti PAS, sedangkan Nik Amar lebih dikenali di Kelantan. Nik Amar berasal dari keluarga ulama yang terkemuka, tetapi beliau belum cuba mengembangkan pengaruh di luar negeri yang menjadi kubunya, tidak seperti Mat Sabu yang telah banyak berkorban untuk partinya dan masyhur dari utara sampai selatan tanah air dengan kehebatan berceramah.
Berjaya atau gagalnya Nik Amar bergantung pada sekuat mana keinginan PAS untuk meletakkan ulama di kerusi pengganti bintang besar mereka, iaitu Haji Hadi.
Menurut Mat Sabu, kempen kali ini adalah yang paling buruk sepanjang 35 tahun beliau berada dalam PAS.
Satu kumpulan yang dinamakan El-Haraki dikatakan telah dibentuk oleh ulama-ulama muda dalam PAS dan serangan mereka ditujukan kepada tokoh-tokoh Erdogan dalam PAS, iaitu Datuk Husam Muda, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Dr Hatta Ramli.
Tokoh-tokoh Erdogan dicap sebagai parasit dalam PAS. Manakala para penyokong kelompok Erdogan pula telah menuduh dalang-dalang El-Haraki sebagai perkakas Umno, pemecah-belah parti dan penebar fitnah.
Naib presiden PAS yang popular, Salahuddin Ayub, menyebut bahawa kerusi No 2 sentiasa menjadi rebutan sejak kematian presiden yang mereka sayangi, iaitu Datuk Fadzil Mohd Noor.
Sewaktu Fadzil menjadi presiden dulu, timbalannya adalah Hadi. Kedua-dua jawatan itu tidak pernah diganggu-gugat kerana ahli-ahli parti cukup menghormati kedua-dua mereka. Tetapi apabila Hadi naik menjadi presiden, bermulalah perebutan untuk jawatan timbalan presiden.
Sumber dalaman PAS di Selangor menyatakan ulama agak dominan jika diukur pada mood dalam Dewan Pemuda. Ulama muda telah menyapu jawatan dalam dewan itu.
90% daripada pimpinan Dewan Pemuda di Selangor adalah ulama. Di Perak, calon-calon ulama muda berjaya merebut semua jawatan, tinggal jawatan ketua pemuda Perak yang tidak dipegang oleh ulama.
“Tetapi jangan pandang rendah pada Mat Sabu, beliau seorang pejuang,” kata Ketua PAS Cawangan Kota Baru, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah.
Hakikat bahawa parti itu banyak kehilangan sokongan di peringkat akar umbi kepada Umno dalam pilihan raya umum lalu digunakan sebagai bukti bahawa PAS perlu menilai semula pendekatan dan pakatan politiknya. Matlamat jangka panjang parti itu ialah untuk menggantikan Umno sebagai parti induk untuk Muslim dan orang Melayu.
Puak ulama percaya, parti itu perlu kembali ke jalan asal, manakala puak Erdogan pula merasa parti itu perlu berubah untuk meraih sokongan lebih meluas di kalangan pengundi. Dilema ini tidak berbeza daripada pertandingan idea dan pendapat yang berlaku dalam Umno di kalangan kelompok yang merindukan zaman lampau dan kelompok yang mahu bingkas ke depan.
“Ulama atau bukan-ulama, kita semua berada dalam PAS. Seperti suami-isteri yang berkelahi, akhirnya nanti semua tetap tinggal sebumbung,” ujar Wan Rahim.
Tetapi perebutan kuasa antara puak ulama dan Erdogan telah lama berlangsung. Muktamar kali ini akan menentukan siapa bakal memegang pengaruh lebih besar.

JOCELINE TAN
THE STAR


 Husam berjaya kekal injuksi terhadap penulis blog Parpukari
Posted on Wednesday, November 13 @ 22:13:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (gambar) berjaya mengekalkan perintah injuksi Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada April lalu terhadap penulis blog Parpukari agar tidak terus melemparkan kenyataan fitnah kepada Husam.
Panel tiga hakim Makamah Rayuan Putrajaya diketuai Mohamad Ariff Md Yusof mengarahkan penulis blog itu atau nama sebenarnya Mohamad Salim Iskandar membayar RM5,000 kepada Husam.


Husam berjaya mengekalkan injuksi terhadap Mohamad Salim, 40, daripada terus menerbitkan artikel fitnah bertajuk "Parpukari productions mempersembahkan kisah cinta terlarang 2 benua!" pada Februari tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu Yazid Mustafa memerintahkan injuksi tersebut ke atas Mohamad Salim.
Perbicaraan saman Husam terhadap penulis blog Parpukari itu akan didengar pada Januari tahun hadapan.
Husam memfailkan saman terhadap Parpukari dan menamakan Mohamad Salim sebagai pemilik blog.
Katanya, penulis blog itu telah memaparkan gambarnya memiliki hubungan dengan wanita yang bukan isterinya.
Mohamad Salim turut mendakwa Husam sebagai parasit dalam PAS yang kemudiannya ditepis Husam dengan mendakwa artikel itu satu penipuan dan fitnah bertujuan untuk memburuk-burukkannya sebagai pemimpin PAS.
Husam dalam injuksinya meminta ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk bernilai RM5 juta.
Mohamad Salim dalam pembelaannya menafikan dia memiliki dan menulis di blog itu.
Husam diwakili peguam Hisham Fauzi dan Ahmad Mustaqim Zaki sementara Mohamad Salim diwakili Parvinder Kaur Sandhu.

HASBULLAH AWANG CHIK
MALAYSIANINSIDER


 Waspada leptospirosis, moga MB Pahang sembuh
Posted on Wednesday, November 13 @ 21:51:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



TEMERLOH: Setelah lebih seminggu cerita ‘kehilangan’ Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob daripada majlis-majlis rasmi di negeri ini menjadi perbualan ramai, akhirnya hari ini beliau muncul memberi penjelasan.

Dalam kenyataannya semalam, Adnan mengesahkan sedang berehat di wad Hospital Pakar Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur sejak 3 November lalu.

Dalam kenyataan tersebut, beliau turut mengakui telah diserang jangkitan kuman sama ada leptospirosis (air kencing tikus) atau meliodosis ketika sedang bersama penyokong Pahang untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang menentang Kelantan di Stadium Shah Alam pada hari tersebut.

Adnan turut menjelaskan beliau kini direhatkan di wad biasa setelah dikeluarkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 8 November lalu.

Tambahnya lagi, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah dimaklumkan mengenai keadaan kesihatannya.

Mengulas perkembangan berkenaan, Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Md Saad berharap, semua pihak berhati-hati dengan jangkitan wabak kencing tikus kerana ia sangat bahaya sehingga boleh meragut nyawa.

Katanya, beberapa tahun lalu negeri Pahang pernah digemparkan dengan tragedi virus berkenaan di Pusat Rekreasi Lubuk Yu, Jengka sehingga mengorbankan lapan nyawa.

Tambahnya, sebelum itu dua orang penghibur Izwan Pilus dan Din Beramboi menemui ajal dipercayai dijangkiti wabak yang sama.

“Datuk Seri Adnan setahu kita merupakan pemimpin pertama di negeri ini disyaki mendapat jangkitan air kencing tikus. Bagi pihak PAS Pahang kami mendoakan semoga beliau lekas sembuh dan segera kembali bertugas,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini sebuah blog yang beroperasi dari Pahang menyiarkan kehairanan orang ramai berhubung ketidakmunculan Adnan pada majlis penyampaian hadiah ketika Pahang muncul sebagai Juara Piala Malaysia.

Blog Pahangdaily Online itu turut mengaitkan dengan ketiadaan Adnan pada sambutan Maal Hijrah 1435 peringkat Pahang di pekarangan RTM Pahang di Kuantan pada 5 November lalu sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Terbaru, ketiadaan Adnan pada program perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2013 (HPPNK) yang berlangsung di Padang MPK2 dirasmikan oleh Perdana Menteri 8 November lalu, turut menjadi bualan ramai.

Blog berkenaan juga mendakwa, satu majlis solat hajat bagi mendoakan kesihatan Adnan juga telah diadakan di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah I, pada minggu lalu.



KhairilAbdul Rahim
harakahdaily | 13 Nov 2013


Tiada ulasan: