Selasa, 12 November 2013

TIPU SATU BAB....MEMANG PENIPU SATU BAB LAGI....AGAK2 MANA SATU....ATAU DUA2

Pemuda PAS gesa Majlis Raja-Raja campur tangan

Harakahdaily, 11 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan sudah tiba masanya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja campur tangan di atas kesedaran bahawa keresahan rakyat sedang memuncak ekoran pembunuhan yang sering berlaku kebelakangan ini.

Sehubungan itu, Ketuanya, Nasrudin Hassan merakamkan rasa sedih dan kesal dengan kejadian tembak bunuh ke atas Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Rafli Abdul Malek petang semalam.

Katanya, kejadian dahsyat ini yang berlaku di kediaman Allahyarham, disaksikan pula oleh ahli keluarga almarhum merupakan satu lagi bukti bahawa insiden jenayah berat khususnya yang melibatkan senjata api semakin tidak terkawal dan telah menjadi lebih menggerunkan.

“Dengan rentetan kes jenayah tembak dan culik sejak kebelakangan ini, maka apakah Malaysia kita ini masih aman?” tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Katanya, Pemuda PAS tegas mengutuk insiden pembunuhan itu sebagai satu tindakan keji tidak berperikemanusiaan dan mendesak agar Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan kepimpinan tertinggi PDRM tidak berdiam diri dan memberi respons segera terhadap kejadian itu.

Katanya, kedamaian dan keamanan  awam telah terancam dan hakikatnya, tidak ada mana-mana individu atau keluarga yang kini boleh terlepas dari jangkauan perilaku jenayah.

Baginya, apa sahaja statistik dan indeks jenayah yang diangkat pemerintah untuk melukis gambaran-gambaran indah mengenai kesentosaan suasana cumalah angka kosong yang jauh dari realiti.

“Cukuplah dengan sandiwara ini! Rakyat telah jemu dan kini rakyat sedang hidup dalam kebimbangan.

“Saya merasakan sudah tiba masanya untuk Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja campur tangan di dalam perkara ini di atas kesedaran bahawa keresahan rakyat sedang memuncak,” ujarnya lagi.

Katanya, kesimpulan pemerintah dan PDRM mengenai situasi jenayah di dalam negara sudah menjadi bahan politik semata-mata dan tidak boleh dipercayai lagi.

“Maka suatu penilaian jujur diperlukan yang hanya boleh dicapai menerusi campur tangan Majlis Raja-Raja,” katanya.

Tambahnya, selagi mana situasi jenayah ini tidak diperjelaskan secara jujur, maka selama itulah kita akan terus terperangkap di dalam polemik debat tidak berkesudahan dan penyelesaian yang jitu tidak dapat dicapai.

Bunuh lagi: Keselamatan awam sudah tidak terjamin

Harakahdaily, 11 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan ke atas ke atas Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Rafli Abdul Malek (gambar), petang semalam.

“Sesungguhnya ini merupakan satu tindakan yang tidak wajar kerana agama Islam tidak membenarkan kita mengambil nyawa orang lain sesuka hati,” ujar Presidennya, Amidi Abdul Manan dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, memandangkan pelbagai khabar angin yang tersebar menerusi pelbagai media, Abim menyeru masyarakat agar bertenang serta memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan serta tindakan selanjutnya.

Abim juga, katanya menggesa agar langkah-langkah yang sewajarnya diambil bagi mengelakkan perkara itu berulang.

Tambahnya, satu mekanisme kawalan keselamatan perlu difikirkan bagi penjawat awam yang berhadapan dengan risiko keselamatan nyawa terjamin.

“Abim ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Ahmad Rafli Abdul Malek,” ujarnya.

Beliau berkata, Allahyarham Ahmad Rafli merupakan seorang pegawai yang berdedikasi dan bertanggungjawab dalam melaksanakan amanahnya.

“Sesungguhnya kehilangan beliau amat dirasai oleh kita semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah,” katanya lagi.

Sementara itu, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang terkejut dengan perbuatan terkutuk itu mengecam sekeras-kerasnya  pembunuhan sedemikian rupa yang membuktikan keselamatan awam sudah tidak terjamin lagi.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pembunuhan yang sangat memeranjatkan seluruh rakyat di negara ini membuat semua bertanya bagaimana sekali lagi senjata api begitu mudah diperolehi di negara ini,

“Untuk melakukan jenayah sekejam ini di siang hari ketika mangsa berada bersama dengan ahli keluarga di rumah sendiri adalah suatu yang sangat mengejutkan.

“Ia tidak mungkin dapat mengelakkan tanggapan umum bahawa penjenayah di negara ini semakin berani dan tidak takut dengan undang-undang,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Persoalannya, kata beliau jika penjanayah sedemikian berani, apakah ini menandakan pihak keselamatan tidak lagi digeruni untuk berupaya menyekat jenayah awam.

Katanya, setiap kali pembunuhan nekad berlaku di negara ini, masyarakat awam tidak lagi mempercayai pihak keselamatan boleh menjaga keselamatan awam.

“Kami memperakui bahawa pembunuhan seperti ini sudah tentu di luar kemampuan pihak polis untuk membendungnya. Tiada siapapun dapat menduga bagaimana penjenayah beroperasi secara mengejut.

“Akan tetapi insiden jenayah bunuh yang semakin kerap menunjukkan bahawa gejala jenayah semakin berleluasa,” katanya.

Justeru, tambahnya, Mapim berpendirian suatu tindakan drastik perlu segera dilakukan oleh pihak keselamatan awam bagi membanteras jenayah di negara ini.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Rafli.

Al-Wathan Mesir: Kenyataan rasmi PAS petang ini

Harakahdaily, 11 Nov 2013


KUALA LUMPUR: PAS akan mengeluarkan kenyataan rasmi petang ini berhubung laporan akhbar prokerajaan reim kudeta Mesir, Al-Wathan yang mendakwa Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Setiausaha Agung Antarabangsa Ikhwan Muslim.

Akhbar itu yang memetik kenyataan bekas pemimpin Ikhwan yang telah keluar dari Ikhwan, Tharwat Kharbawi mendakwa bahawa Tuan Guru Abdul Hadi sebagai ketua kepada lima orang jawatankuasa pengurusan yang bertanggungjawab menguruskan tanzim di seluruh dunia selama tiga tahun.

Beliau juga mendakwa, tanzim antarabangsa ikhwan telah meletakkan fasal baru dalam undang-undang tubuhnya iaitu jawatan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Mesir yang disandang Dr Muhammad Badie hanya simbolik sahaja manakala yang sebetulnya adalah jawatankuasa pengurusan antarabangsa.

"PAS sedang meneliti kandungan laporan akhbar Al-Wathan dari Mesir yang menyiarkan berita mengenai Presiden PAS.

"Satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan lewat hari ini mengenai hal ini oleh Setiausaha Agung PAS," kata setiausaha politik kepada Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kepada Harakahdaily.

Akhbar kawalan tentera pimpinan Abdul Fatah Al-Sisi itu juga menyebut bahawa ibu pejabat sekritiriat antarabangsa Ikhwan ini berpusat di Malaysia dan Abdul Hadi Awang, Muraqib Ikhwan Malaysia sebagai setiausaha agungnya.

Selain Abdul Hadi, akhbar itu juga mendakwa beberapa individu lain dalam anggota jawatankuasa itu termasuk Ibrahim Munir, Rashid Ghanaoshi dan Hamam Said yang merupakan anggota Maktab Irshad Dunia.

Selain itu akhbar itu juga mendakwa Ikhwan menerima dana antarab

Langkawi tidak perlu jadi seperti Bali atau Monaco

Harakahdaily, 11 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Keghairahan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  untuk membangunkan Pulau Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan utama dunia ke tahap lebih tinggi sangat mengkhuatirkan.

Justeru, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berpendirian Langkawi tidak perlu sehingga mencapai tahap Bali dan Monaco iaitu pusat pelancongan mewah.

“Malah kami membantah jika pelancongan di negara ini mahu menurut rentak dan model negara lain,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Baginya, Najib nampak teruja benar menarik lebih ramai pelancong kelas tinggi namun tidak mengambilkira kesan sosio-budaya dan ekonomi tempatan seperti mana berlaku di kebanyakan destinasi pelancongan di dunia ketiga iaitu kerosakan budaya luar yang dibawa masuk ke dalam pusat pelancongan.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Keghairahan  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  untuk membangunkan Pulau Langkawi sebagai sebuah destinasi pelancongan utama dunia ke tahap lebih tinggi sangat mengkhuatirkan.

Kami berpendirian Langkawi tidak perlu sehingga mencapai tahap Bali dan Monaco iaitu pusat pelancongan mewah. Malah kami membantah jika pelancongan di negara ini mahu menurut rentak dan model negara lain.

Beliau nampak teruja benar menarik lebih ramai pelancong kelas tinggi namun tidak mengambilkira kesan sosio-budaya dan ekonomi tempatan seperti mana berlaku di kebanyakan destinasi pelancongan di dunia ketiga iaitu kerosakan budaya luar yang dibawa masuk ke dalam pusat pelancongan.

PM mengatakan Langkawi mahu mencapai destinasi percutian nautika iaitu pelancongan mewah. Akan tetapi soalnya kemewahan itu untuk siapa dan apakah natijah yang akan berlaku kepada penduduk tempatan akibat kebanjiran pelancongan luar yang tidak menghormati sosio-budaya tempatan, sementara pelabur pelancongan mewah akan menelan usahawan tempatan.

Keadaan pelancongan sekarang pun sudah nampak kesan sosio-budaya yang negatif apabila anak muda sama ada yang berasal dari Langkawi mahupun yang datang dari luar mulai terlibat dengan gejala rosak akhlak.

Maksud pelancongan kelas dunia membawa implikasi bahawa standard kemudahan kelas dunia termasuk pelbagai acara hiburan dan kebebasan sosial oleh pelancong luar akan menjadi ciri yang dibawa masuk ke Langkawi.

Dengan mengatakan Langkawi mahu dijadikan setaraf Bali dan Monaco, maka ciri-ciri budaya pelancongan di destinasi tersebut akan dibawa ke Langkawi.

Padahal PM tidak tahu apa yang sedang berlaku sekarang di Bali. Akibat "mass tourism”, Bali kini sudah bertukar menjadi pulau yang hilang warisan alamnya. Dengan kebanjiran pembinaan hotel mewah dan residen yang mengambil tanah kawasan tadahan air yang semakin luas, Bali kini hilang keasliannya.

Penggunaan sumber alam seperti air oleh pelancongan kini menyebabkan Bali akan berhadapan dengan krisis air minum dan krisis alam sekitar yang amat serius. Setiap bilik dalam hotel 4 bintang mengguna 300 liter sehari.

Setiap tahun 700 hektar tanah ditukar kepada hotel dan residen mewah untuk warga luar yang kaya. Sekarang setiap hari 13,000 cubic meter sampah dibuang di kawasan publik. Kepadatan trafik semakin serius bila setiap tahun bilangan kenderaan bertambah pada kadar 13% setahun.

Apabila PM mengaitkan pelancongan ke tahap lebih tinggi dengan keperluan menarik jenama kelas tinggi bermakna yang akan didatangkan dan dipromosi adalah produk luar dan bukan mempromosi jenama negara.

Inilah yang menyebabkan model pelancongan yang diidamkan oleh PM menjadi sebagai model yang membunuh produk tempatan dan sosio-budaya tempatan.

PM nampaknya jahil mengenai konsep carrying capacity (keupayaan menampung) sesebuah pulau bila beliau mengumumkan mahu mensasarkan Langkawi menarik 3 juta pelancong setahun.

Dalam kajian impak alam sekitar sesebuah pulau punyai daya menampung pelawat yang terhad untuk mengelak kerosakkan kepada alam sekitar. Langkawi punya daya tampung yang terbatas. Jika berlebihan, kesan kepada sumber alamnya akan musnah.

Pelancongan Nautika Langkawi yang diumumkan oleh PM juga memerlukan pertimbangan yang teliti kerana sebarang aktiviti pelancongan yang berkait dengan laut harus mengambilkira soal kawasan ekologi laut yang sensitif.

Banyak kajian yang dihasilkan di peringkat antarabangsa mengenai Pelancongan Nautika sudah menunjukkan kesan kepada alam sekitar perlautan yang merosakkan jika pelancongan jenis ini tidak dikawal.angsa, sebanyak 250 juta Gineih bagi menggerakkan demonstrasi menentang kerajaan kudeta.

PAS ucap terima kasih kepada Karpal Singh

Harakahdaily, 11 Nov 2013
KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang telah tampil menjelaskan kenyataannya yang sebenar berhubung seruan agar pendaftaran PAS dibatalkan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, penafian Karpal itu bukan sahaja telah merungkai kekeliruan, malah telah mendedahkan pihak mana sebenarnya cuba memecah belah hubungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Dalam penjelasan itu, Karpal secara jelas mengiktiraf PAS yang menyedari dan meraikan masyarakat majmuk dengan penubuhan Kongres Penyokong bukan Islam PAS sebelum pilihan raya umum pada 2004 dan turut bersetuju meletakkan calon bukan Islam atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2013.

"Beliau juga tidak menyeru agar PAS dibubarkan pendaftaran, dan ini telah diputar belit oleh media. Kita berterima kasih kepada Karpal," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas penjelasan Karpal yang tampil sendiri merungkai kekeliruan berhubung laporan media yang memetiknya sebagai berkata "menyeru pendaftaran PAS dibatalkan".

Sebaliknya, pemimpin veteran DAP itu berkata  beliau menyatakan bahawa PAS mempunyai kesedaran mengenai keperluan masyarakat majmuk di negara ini dengan mengadakan Kongres Penyokong bukan Islam.

Ia tidak sama seperti Umno, MCA dan MIC, parti yang berasaskan perkauman dan perlu dibatalkan pendaftarannya.

Mahfuz sebelum ini antara yang mahu Karpal sendiri membuat penjelasan terhadap laporan media berhubung perkara itu.

Mengulas lanjut, Mahfuz sekali lagi menggesa Karpal agar mengambil tindakan undang-undang terhadap media terbabit yang telah memutar belit kenyataan beliau.

"Kita mahu media yang sering memutar belit kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat ini diberi pengajaran.

"Karpal seorang peguam, dan senior dalam politik negara ini tentu lebih maklum dengan permainan media ini, dan dia wajar mengambil tindakan saman terhadap media terbabit," katanya.

Jenayah bunuh: Kerajaan jangan tipu diri sendiri

Harakahdaily, 10 Nov 2013
KUALA LUMPUR: PAS merakam ucapan takziah kepada keluarga Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Mohd Rafli Ab Malik (gambar) yang terkorban dalam kejadian tembakan petang tadi.

“PAS mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam ini,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Katanya, pemergian Mohd Rafli merupakan satu kehilangan seorang pegawai penguatkuasa yang sentiasa tegas dalam menjalankan tugasnya.

“Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Tambahnya, tragedi itu sangat mengerunkan rakyat Malaysia dan amat dikesali dalam keadaan pihak kerajaan menjamin negara dalam keadaan aman.

Semalam, ujarnya rakyat dikejutkan dengan penculikan Freddie.

Sebelum ini, seorang pegawai operasi AmBank Norazita Abu Bakar terkorban dalam kejadian rompakan di bank oleh seorang warga asing yang memilik IC palsu.

Baginya, Malaysia sudah semakin tidak selamat tatkala polis dan Kementerian Dalam Negeri masih bermain angka statistik untuk menyakinkan rakyat bahawa negara selamat.

“Peningkatan kadar jenayah berat kini menuntut kerajaan agar meneliti kelemahan ketara dalam kawalan kemasukan senjata api ke negara ini,” ujarnya.

Katanya, kebanjiran warga asing dalam keadaan tidak terkawal juga menyumbang ke arah ini.

“Rakyat Malaysia kini sudah rasa tidak selamat.

“Apakah undang-undang dan hukuman serta sistem keadilan yang ada sekarang sudah tidak ditakuti para penjenayah sehinggakan penguatkuasa turut berani dibunuh kerana penjenayah tahu mereka mudah terlepas daripada tuduhan?” tanya beliau

Atau, katanya ketidakcekapan polis dan penguatkuasaan yang lemah menjadi puncanya para penjenayah dan pembunuh semakin berani.

Justeru, ujar beliau kerajaan diseru jangan lagi menipu diri sendiri dan berhenti daripada tidur dalam menangani masalah jenayah yang makin mudarat dan berleluasa di Malaysia.

“Satu mekanisme penyelesaian perlu dicari segera dan PAS menggesa agar perkara ini menjadi agenda utama negara untuk didebatkan di parlimen yang sedang berlangsung,” ujarnya.

Tiada ulasan: