Posted on Friday, November 29 @ 08:01:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Mohd Ali Baharom yang juga dikenali sebagai Ali Tinju hari ini mengingatkan Timbalan Presiden PKR daripada berhenti mencaci isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor serta membidas lawatannya ke luar negara.
Katanya segala kebaikan yang dilakukan oleh Rosmah bukan sahaja tidak dihargai oleh pembangkang tetapi terus diperlekehkan.-kinitv
PANAS!! Amaran dari Ali Tinju buat Azmin.. "Berhenti ganggu Rosmah.. Kalau tidak...
Posted on Friday, November 29 @ 07:56:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh AnakSgDerhaka
Setelah menyepi seketika, Pasukan Elit Senaman Punggung tiba-tiba kini muncul kembali memeriahkan arena politik negara..
Mungkin tujuannya hanya untuk mengingatkan Najib yang mereka masih ujud lagi.. jadi.. sendiri mau ingatlah.. he.. he.. he..
Mungkin tujuannya hanya untuk mengingatkan Najib yang mereka masih ujud lagi.. jadi.. sendiri mau ingatlah.. he.. he.. he..
Sebab diapun cium tangan Rosmah jugak... takkan tak ada apa-apa kot?.. Azeez dah dapat, Ibrahim Alipun dah dapat.. takkan dia tak dapat?
Jika sebelum PRU13 lalu sekumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) ini melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" .. kalau dah lupa sila baca di SINI
Kemunculan mereka kali ini bukan untuk mengancam Ambiga dengan senaman punggung mereka tetapi demi Rosmah Mansor mereka kembali dengan agenda yang sama...
Ali Tinju beri amaran adakan siri kedua tarian menonggeng di hadapan rumah AzminAku ingatkan depa dah insaf.. tapi tak insaf lagi rupanya... sudah-sudahlah buat kerja yang memalukan bangsa tu..
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Selangor dan Wilayah Persekutuan, Mohd. Ali Baharom memberi amaran akan mengadakan siri kedua tarian menonggeng di hadapan kediaman Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali jika terus 'menganggu' Datin Seri Rosmah Mansor.
Mohd Ali yang juga dikenali Ali Tinju meminta Azmin memohon maaf secara terbuka sekiranya tuduhan yang dilemparkan itu tidak benar kerana ia memalukan Rosmah dan Perdana Menteri.
“Saya sebenarnya sudah SMS kepada Azmin suruh dia bertaubat dan jangan ganggu isteri PM tetapi dia tak jawab. Azmin hanya bertanyakan kepada media siapa Ali Tinju?
“Kalau dia belum kenal Ali Tinju dia patut tanya Pengerusi Bersih (Ambiga) . Jika dia tidak berbuat demikian kami tidak menolak kemungkinan mengadakan tarian siri kedua menonggeng akan bermula. Saya cuma nasihatkan dia supaya jangan biadap,” katanya pada sidang akhbar di sini petang tadi.
Ali Tinju juga mengingatkan Azmin supaya menumpukan tugasnya sebagai wakil rakyat di Gombak dan memberi perhatian kepada kebajikan penduduk negeri Selangor.
“PVTM dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu Azmin bersemuka dengan Rosmah bagi mendapatkan penjelasan daripada mempertikaikannya di dalam media.
“Malah kami (NGO-NGO) bersedia mengaturkan pertemuan Azmin dengan Rosmah sekiranya dia (Azmin) berani. Jika tidak saya Ali Tinju dan rakan-rakan tidak teragak-agak mengambil tindakan tertentu kepadanya,” jelasnya sambil menambah Rosmah banyak berjasa kepada negara termasuk menubuhkan PERMATA.
Sementara itu, Basir juga mahu Azmin menumpukan isu kenaikan gaji Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang melebihi gaji PM kerana ia jelas membazir daripada mempertikaikan hal ehwal Rosmah. ~ Astro Awani
Dulu tuntut duit dan tanah lepas senaman tu.. baca SINI .. sekarang nak tuntut apa pulak agaknya?-asd
Mat Tonggeg dah marah...
Kah Kah Kah...
Kah Kah Kah...
Post by Minda Interaktif.
Perempuan Tidak Wajib Pakai Tudung
Menurut kata Ustaz Azhar Idrus, perempuan tidak diwajibkan memakai tudung. Mereka hanya diwajibkan MENUTUP AURAT. Sebab, bila difikirkan balik, memang betul pun. Yang wajibnya, tutup aurat. Bukan pakai tudung. Ini kerana, tudung berfungsi untuk menutupi rambut,leher, tengkuk dan bahagian dada kaum wanita. Jadi kalaulah tiba2 ada perempuan yang keluar rumah, tutup kepala pakai kotak tapi cover aurat dengan sempurna, tidak mendatangkan masalah. Cuma x sesuai la.hahaha.
Melawak je |
Ada yang pakai tudung, tapi baju lengan pendek! Pastu ada pulak yang pakai tudung, tapi rambut dikeluarkan kat belakang. Mazhab mana pulak ni??? Banyak kali dah jumpa dan diperkatakan, tapi masih ada yang nak buat jugak. Kalau dah pakai macam tu, what's the point nak pakai tudung? Sama je la dengan x pakai tudung kan? Masih jugak mendedahkan aurat.
Shantek ke pakai rupa ni? |
Baju mahal, tapi kain nye sikit |
Ni fesyen apa ek? |
Pakai macam ni kan comel =) |
Harmless Blogger signing out!
YB Meru Melawat Dato Fauzi Shaari di ICU Hospital Selayang
Posted on Friday, November 29 @ 07:43:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Walau dlm keadaan tidak sedarkan diri namun keadaan masih stabil dan kemungkinan akan diambil sample dari tulang sum sum dan air tulang belakang utk mengenal pasti jenis kuman yg menyerang beliau. Doakan yg terbaik utk Dato Fauzi Shaari.
khidmatmeru.blogspot.com
Novel Dilancar PM Diharamkan JAKIM
Posted on Thursday, November 28 @ 22:16:20 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Novel pengarang terkenal Faisal Tehrani yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu kini diperakukan haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atas dakwaan mempunyai mesej Syiah.
Penolong Pengarah Seksyen Akidah Jakim Mohd Aizam Mas'od dilaporkan berkata, berlaku penyusupan idea ajaran itu melalui novel berjudul Perempuan Nan Bercinta itu.
"Ini sangat bahaya kerana penulisannya mempromosikan Syiah dan mutaah, antara hujahnya adalah mutaah bukan bertujuan seks tetapi menghalalkan pergaulan antara lelaki dan wanita... malah penulis juga bermain dengan pemikiran rasional orang ramai.
"Namun, buku ini sudah diperakukan haram oleh Jakim.
"Antara buku Syiah lain yang juga sudah diambil tindakan adalah Meniti Titian Kebenaran, Akhirnya Kutemui Kebenaran, Dialog Sunnah Syiah dan Salafi Wahabi," beliau dipetik sebagai berkata.
Juga dilancarkan di Seri Perdana
Justeru, Mohd Aizam menasihatkan umat Islam supaya berhati-hati supaya tidak terjerat dengan fahaman Syiah kerana pengikut mereka menggunakan cara halus atau secara tidak langsung untuk menarik umat Islam menyertainya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah Perdana Maal Hijrah dan Wacana Bakti bertajuk "Kesesatan dan Fahaman Syiah" anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI).
Buku Faisal Tehrani (kiri), atau nama sebenarnya Mohd Faizal Musa itu dilancarkan perdana menteri bersama 29 lagi buku karya asli Terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) pada awal Julai tahun lalu.
Tahun lalu, beberapa hari selepas pelancarannya, juga di Seri Perdana, Aizam memberitahu Malaysiakini, Jakim sedang menimbangkan pengharaman novel itu selepas terdapat aduan diterima.
Sebuah lagi novel Faisal Sebongkah Batu di Kuala Berang turut diharamkan Jakim sebelum ini.
Novel itu dipercayai novel pertama diharamkan selepas kemerdekaan.
Perempuan Nan Bercinta mengisahkan pengalaman Dr Tengku Idora, seorang feminis yang berkenalan dengan Prof Dr Ali Taqi menerusi Bastian, kekasihnya.
Perkenalan itu membantu perubahan tanggapan Tengku Idora daripada seorang feminis melulu kepada feminis yang bersandarkan ketokohan anak perempuan Rasulullah Saidatina Fatimah az-Zahra.
Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi pengarang berhubung langkah terbaru Jakim itu.-mkini
Gambar Najib Tunjuk Cara Yang Betul Makan Durian Tersebar Cukup Pantas Di Alam Maya
Posted on Thursday, November 28 @ 21:40:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Omak Kau!!!
Dikatakan inilah cara sebenar dan paling betul bagaimana kita hendak makan buah durian.
Cara seorang pemimpin yang lahir dari keluarga orang kebanyakkan ... makan durian dengan menggunakan sudu.
Pasti para juak-juak UMNO berasa bangga dan megah sakan apabila melihat rakaman gambar ini dimana pemimpin teragung mereka menunjukkan kepada rakyat cara yang betul makan durian.
Lepas ini pastikan semua rakyat terutamanya para pendokong dan penyokong tegar UMNO gunakan sudu untuk makan durian. .. Ikuti contoh dan teladan yang di tunjukkan oleh pemimpin teragung kalian.-omakkau
MAPIM Gesa Malaysia Boikot Sukan SEA Di Myanmar
Posted on Thursday, November 28 @ 21:36:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa Malaysia menimbang penyertaan dalam Kejohanan Sukan Sea kali ke-27 yang bakal berlangsung di Myanmar bermula 1 Disember ini.
“Mengambilkira tindakan kelompok sami Buddha yang terang-terangan berkempen membenci Islam dan menyebarkan permusuhan terbuka kepada Islam dan syiar agama Islam termasuk membunuh, membakar hidup-hidup mangsa yang diserang, membakar masjid, memusnah kubur dan madrasah Islam yang diserang berterusan, berbulan-bulan sejak Jun 2012, menunjukkan mereka tekad untuk melenyapkan Islam dari bumi Myanmar,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Menurutnya, demonstrasi yang terkini yang didorong sendiri oleh kerajaan Yangoon telah mempamerkan kempen membenci Islam dan masyarakat Islam secara jelas, terus disebar luas.
Katanya, setelah mereka membunuh, merampas, menyiksa, membakar dan menzalimi masyarakat Islam Rohingya, kini jelas mereka sudah secara terang-terangan menyerang Islam sebagai agama suci dan melancarkan kempen untuk menghapuskan seluruh simbol Islam di Myanmar.
Tambahnya, terkini mereka menghina Islam dengan melabelkan Islam sebagai agama haiwan ketika memprotes lawatan delegasi OIC ke Myanmar baru-baru ini untuk meninjau mangsa pelarian Rohingya Muslim yang terpaksa hidup dalam keadaan terancam.
Katanya lagi, kebencian terhadap umat Islam sangat meluap-luap sehingga seorang warga Muslim sama ada rakyat Myanmar atau orang luar akan sentiasa dipandang dengan mata permusuhan oleh semua penganut Buddha di Myanmar.
Kini, ujarnya Myanmar akan menjadi tuan rumah kepada kejuaraan Sukan Sea.
“Pada pendapat kami Myanmar hilang kelayakan untuk menjadi tuan rumah kepada kejohanan yang diadakan itu di Myanmar itu, setelah Myanmar menjadi tuan rumah sebanyak dua kali sebelum ini iaitu 1961 dan 1969.
“Dalam keadaan inilah kami menggesa Malaysia malah semua delegasi kejohanan Sea tahun ini membatalkan penyertaan mereka atas alasan kerajaan Myanmar bersikap anti Islam dan kehadiran atlet Islam yang tidak selamat di Myanmar,” ujarnya.
Katanya, Mapim menggesa semua olahragawan dan olahragawati Muslim dari Malaysia mahupun dari mana-mana negara Asean yang menyertai kejohanan ini berfikir dua kali untuk ke Myanmar.
Menurutnya lagi, mereka harus menilai keadaan keselamatan ketika berada di Myanmar yang tidak selamat dan tidak terjamin.
“Kami berpendirian memboikot kejohanan Sukan Sea di Maynmar itu adalah wajar kerana antara matlamat kejuaraan ini adalah untuk mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Asean dan Myanmar tidak berhasrat menjayakan keharmonian itu,” katanya lagi.
Beliau menambah, dengan jelas Myanmar tidak berhasrat untuk berbuat demikian, malah dengan sangat tidak bertamadun, rejim Myanmar yang ada sekarang telah melaksanakan penindasan, penafian hak manusia etnik Rohingya Muslim dan seterusnya menyatakan sikap permusuhan terhadap Islam.
“Kami tidak nampak manfaat penyertaan dalam kejohanan Sea di Myanmar jika Malaysia serta semua anggota lain serius dengan slogan rantau aman, bebas dan neutral Asean (zone of peace, freedom and neutrality),” katanya.
Mohd Azmi berkata, Asean tidak boleh membiarkan Myanmar meneruskan polisi menindas dan mewujudkan ketegangan agama antara penganut Buddha dan Islam bertujuan untuk menghapuskan Islam dan umat Islam di negara tersebut.
Katanya, Mapim menegaskan peserta Malaysia yang mempunyai anggota dari kalangan orang Islam mungkin menjadi sasaran oleh puak ekstremis Buddha ketika berada di Myanmar.
“Kami mengambil berat terhadap ingatan yang diberikan oleh beberapa pertubuhan Islam Rohingya supaya peserta Islam di kejohanan Asean itu benar-benar menjaga keselamatan diri ketika di Myanmar kerana ada tanda-tanda bahawa mereka boleh diserang,” katanya.
Ini, kata beliau menunjukkan bahawa keadaan di Myanmar sangat terdedah kepada keganasan oleh penganut ekstremis Buddhis dan kekhuatiran etlit Islam akan menjadi sasaran adalah beralasan.-hd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan