Mahathir: Anwar tak pernah bersyukur
Bekas
perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil kesempatan di hari
terakhir kempen pilihan raya kecil DUN Sungai Limau untuk menyerang
ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai
orang yang tidak tahu bersyukur.Sedangkan, Anwar sendiri mampu mendapat pendidikan yang baik kerana bapa kepada bekas timbalan perdana menteri itu, Datuk Ibrahim Abdul Rahman seorang ahli Umno, kata Mahathir.
"Itulah Anwar dia tak pernah bersyukur langsung. Orang Melayu ini kena terhutang budi tetapi Anwar ini nampaknya tak pernah rasa terhutang budi.
"Dulu masa dia dalam kerajaan semuanya baik-baik sahaja," katanya pada sidang media selepas hadir di Karnival Luar Bandar Rakyat 1Malaysia di Bukit Besar.
Beliau turut ditanya sama ada kehadirannya ke Sungai limau adalah usaha terakhir BN untuk meraih sokongan penduduk Sungai Limau.
"Saya sepatutnya ke Vietnam tetapi isteri saya sakit.
"Jadi, saya ada satu hari lapang untuk buat apa-apa saya mahu dan saya datang ke sini," katanya.
'Pesan Azizan, jaga Kedah sebaik mungkin'
Menteri
Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pesanan bekas Menteri
Besar Tan Sri Azizan Abdul Razak kepadanya supaya menjaga Kedah sebaik
mungkin, akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab."Apabila saya berjalan di merata tempat di DUN Sungai Limau dan berjumpa ramai rakyat yang ada banyak isu berbangkit seperti rumah perlu dibaiki, surau, jalan yang berlopak, maka saya teringat pesanan Allahyaram Tan Sri Azizan, bekas Menteri Besar dan bekas Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau).
“Beliau pesan kepada saya supaya jaga Kedah baik-baik. Dengan saranan itu maka saya sudah anggap tanggungjawab paling penting sebagai Menteri Besar dan dibantu rakan-rakan Exco untuk selesaikan masalah rakyat satu persatu dalam masa singkat," katanya di Yan.
Katanya bantuan dan sokongan daripada kerajaan Persekutuan membantu beliau untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebaik mungkin.
Mukhriz berkata adalah menjadi harapannya supaya pengundi di DUN Sungai Limau memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) kerana apabila penduduk kawasan itu memilih wakil rakyat daripada BN, ia adalah daripada parti yang sama seperti parti memerintah Kedah dan juga di peringkat Persekutuan.
"Saya yakin semua permasalahan yang mungkin timbul di DUN Sungai Limau akan dapat diselesaikan secepat mungkin. Apabila tuan puan (pengundi) pilih seorang wakil daripada kalangan BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, yakinlah di belakang beliau adalah saya untuk pastikan sebarang isu berbangkit diberi perhatian sewajarnya.
"Apabila tuan puan (pengundi) pergi pusat mengundi esok bolehlah sekiranya beri peluang kepada kami tunaikan tanggungjawab sebagai kerajaan yang memegang amanah sebaik mungkin," kata Mukhriz.
Pada PRK DUN Sungai Limau, Ahmad Sohaimi ditentang calon PAS Mohd Azam Abd Samat.
PRK DUN Sungai Limau diadakan berikutan kematian Allahyarham Azizan, daripada PAS, pada 26 Sept lepas. Azizan menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak 1995.
- Bernama
Muhyiddin: BN tak terlibat kes patung kudung kaki
BN
tidak terlibat sama sekali meletakkan patung-patung provokasi di
beberapa tempat di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai
Limau semalam, tegas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Menyifatkan perbuatan itu sebagai satu tindakan bodoh, Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata BN membuat laporan polis mengenai perkara itu sebaik sahaja menerima maklumat mengenainya.
"Kita tak buat kerja-kerja bodoh macam itu... yang akan bangkitkan kemarahan, 'invoke' sentimen kebencian, bukan cara kita dan pastinya bukan buatan kita.
"Saya tidak tahu siapa, yang pastinya bila mereka buat begitu mereka fikir orang akan marah BN, ini bukan cara kitalah," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup jentera BN di Bilik Gerakan BN di Sungai Limau Dalam di Yan hari ini.
PAS dalam sidang media hari ini seolah-olah mendakwa patung dari paras pinggang ke bawah dengan sebelah kaki dipotong serta tertera perkataan 'kaki ustaz' itu, merupakan provokasi daripada pihak lawan.
Difahamkan, patung itu yang digantung di beberapa tempat sekitar DUN Sungai Limau seolah-olah menggambarkan keadaan bekas wakil rakyat Sungai Limau Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang sebelum ini menjalani pembedahan memotong kaki akibat penyakit kencing manis.
Ditanya mengenai kenyataan Lim Kit Siang semalam yang mendakwa Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau akan menentukan sama ada pengaruh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih diterima di negeri ini, Muhyiddin berkata Penasihat DAP itu mungkin mempunyai niat tidak baik.
"Ini bukan soal Tun Mahathir punya influence dan sebagainya, ini ialah pilihan raya, di mana jentera di bawah pimpinan Datuk Mukhriz (Tun Dr Mahathir) dan saya membantu di peringkat pusat, kita nak dapatkan sokongan daripada pengundi di Yan.
"Jadi ini bukanlah tumpuan kepada sesuatu individu macam disebutkan Lim Kit Siang, saya tak tahu kenapa dia bersikap personal dalam hal sebegini, nak 'vendetta' yang tidak ada arah tujuan, mungkin niat dia tidak baik," katanya.
- Bernama
Sg Limau: Replika kaki dipotong, BN lapor polis
SG LIMAU
Kempen pilihan raya kecil Sungai Limau dicemari insiden penemuan dua
replika kaki yang dipotong yang digantung berhampiran tempat BN
berkempen di tengah-tengah pekan Sungai Limau.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
dalam sidang media segeranya menyifatkan insiden itu sebagai "aneh dan menjijikkan".
"Ini konspirasi untuk menyemai kebencian penduduk tempatan terhadap BN," katanya sambil menafikan insiden itu mempunyai kaitan dengan BN.
Menurutnya, dua replika itu ditemui di kawasan Bukit Besar dan Simpang Tiga sebelum tengahari tadi.
Replika itu juga tertera perkataan 'kaki ustaz' padanya dengan tulisan berdakwat merah.
Menurutnya, petugas parti telah menurunkan replika itu dengan
bantuan polis dan satu laporan polis juga telah dibuat tentang insiden berkenaan.
Pilihan raya kecil N20 Sungai Limau diadakan susulan kematian wakil rakyatnya, bekas menteri besar Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lalu.
Azizan meninggal dunia akibat komplikasi kegagalan organ dan beliau yang sebelum itu menderita penyakit kencing manis juga terpaksa dipotong kedua-dua kakiknya akibat penyakit tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
dalam sidang media segeranya menyifatkan insiden itu sebagai "aneh dan menjijikkan".
"Ini konspirasi untuk menyemai kebencian penduduk tempatan terhadap BN," katanya sambil menafikan insiden itu mempunyai kaitan dengan BN.
Menurutnya, dua replika itu ditemui di kawasan Bukit Besar dan Simpang Tiga sebelum tengahari tadi.
Replika itu juga tertera perkataan 'kaki ustaz' padanya dengan tulisan berdakwat merah.
Menurutnya, petugas parti telah menurunkan replika itu dengan
bantuan polis dan satu laporan polis juga telah dibuat tentang insiden berkenaan.
Pilihan raya kecil N20 Sungai Limau diadakan susulan kematian wakil rakyatnya, bekas menteri besar Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lalu.
Azizan meninggal dunia akibat komplikasi kegagalan organ dan beliau yang sebelum itu menderita penyakit kencing manis juga terpaksa dipotong kedua-dua kakiknya akibat penyakit tersebut.
GEMPAR! 3 AHLI UMNO DITANGKAP KETIKA MENGANTUNG OBJEK KAKI PALSU....?!!!
Saya menerima mesej dari rakan info berkenaan penangkapan 3 individu oleh penduduk kampung ketika sedang menggantung replika patung kaki terpotong.
SMS bertulis begini…
“Pada jam 4.30 pagi 3.11.2013 semasa bertugas di Pejabat Pertanyaan IPD Yan, saya telah terima panggilan telefon dari seorang lelaki melayu bernama Sulaiman bin Aziz 37 tahun menyatakan 3 lelaki Melayu dalam keadaan cedera dipercayai telah dicederakan oleh beberapa orang kampung lelaki Melayu dan juga telah memaklumkan mereka ditangkap sedang menggantungkan patung kaki di kampung Batu 16. Ketiga-tiga suspek juga dipercayai ahli UMNO dari ranting Pokok Sena. Ketiga-tiga suspek ditahan utk perlindungan keselamatan. sekian laporan saya. Saya terus jadikan repot pertama kejadian. sekian laporan saya.”
Mungkinkah ini jawapan cerita panas semalam? Setinggi-tinggi tupai melompat. Akhirnya jatuh ke tanah juga!
UMNO buat laporan polis kononnya untuk menutup perbuatan “TEAM SARAF” mereka. Memang ada kecurigaan bagaimana patung kaki boleh digantung di kawasan UMNO dan berhampiran markaz UMNO/BN sedangkan keadaan sekarang orang berjaga sehingga pagi mengawal keadaan.
Bagaimana begitu banyak patung kaki boleh tergantung. takkan satu pun tak terlepas pandang.
sumber: tranungkite.net
'Pak guard' suspek kes samun ditahan
Pengawal
keselamatan yang disyaki menyamun kedai emas di pusat beli-belah KL
Festival City, Setapak, Khamis lepas, ditahan di Lapangan Terbang
Tambang Murah (LCCT), Sepang hari ini.Lelaki rakyat Filipina berusia 27 tahun itu ditahan pada pukul 7 pagi bersama seorang rakannya yang juga rakyat Filipina ketika menunggu penerbangan untuk ke Sabah.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata kedua-dua lelaki yang didapati menggunakan kad pengenalan palsu itu ditahan di sebuah restoran makanan segera di lapangan terbang berkenaan.
"Suspek utama berusia 27 tahun itu mengaku melakukan samun di kedai emas berkenaan. Hasil siasatan lanjut, satu serbuan dilakukan di sebuah rumah di Pandan Jaya.
"Ia membawa kepada penemuan sepucuk pistol Smith and Wesson, lima butir peluru, satu sarung pistol dan beberapa tag harga rantai," kata Amar Singh ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata suspek utama dan rakannya berusia 28 tahun itu menggunakan kad pengenalan palsu atas identiti dua lelaki Melayu tempatan.
Dalam kejadian Khamis lepas, seorang pengawal keselamatan lengkap beruniform bertindak mengacukan senjata api ke arah empat pekerja premis berkenaan sebelum melarikan satu dulang berisi kira-kira 100 utas rantai leher.
Kejadian yang hanya mengambil masa kira-kira lima minit itu berlaku semasa pekerja premis itu sedang menyusun atur barang kemas sebelum suspek datang dan mengarahkan mereka menyerahkan dulang berisi barang kemas berkenaan.
Amar Singh berkata dengan tangkapan itu, kes samun kedai emas membabitkan seorang pengawal keselamatan kedai itu sendiri dianggap selesai.
Semalam, Bernama melaporkan dua lelaki ditahan dalam serbuan di Shah Alam dan Sentul bagi membantu siasatan kes samun kedai emas itu.
- Bernama
KES PATUNG KAKI USTAZ - SIAPA PULAK SABOTAJ MUKRIZ & BN KEDAH?
Tindakan bodoh dan paling biadap dalam PRK Sg.Limau, macam ada orang nak sabotaj Mukriz agar BN kalah teruk agaknya.
Banyak pihak dalam BN tidak setuju dengan kedudukan Mukriz yang agak
cepat mahu naik dalam haraki umno dan menggugat banyak pihak dalam
kepimpinan umno sedia ada......mungkin mereka ingin membunuh terus
pengaruh Mahathir?
Patung 'Kaki' Ustaz Azizan - BN Terus Buat Laporan Polis.
Sana sini cakap2 orang mengatakan BN yang terlibat dalam insiden tersebut.
Laporan polis sudah dibuat oleh jentera BN. Sekarang aku cadangkan agar PAS juga buat laporan yang sama. bukan apa. Kang kena tuduh PAS penakut pula nak report polis. Sekarang BN dah report. Depa akan gunakan hujah bukan kami yang buat. Better PAS pun report. Dan kita serahkan hasil siasatan kepada pihak polis. Kita tengok siapa yang terkena dalam isu neh. Aku betul2 nak tahu mangkok ayun mana yang buat provokasi bodoh melampau macam neh.
Memang kurang ajar gile........
BN hari ini membuat laporan polis berhubung patung-patung provokasi yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak kerja parti itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Umno Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya menerima laporan terdapat patung kaki berhampiran khemah BN di tiga kawasan tengah hari ini.
"Saya berasa amat kesal dengan perbuatan provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Ini satu perkara yang tidak wajar berlaku," kata Ahli Parlimen Jerai itu dalam sidang media khas di Bilik Gerakan BN di Sungai Limau Dalam dekat sini hari ini.
Beliau berkata, menurut sumber parti patung-patung kaki itu digantung berhampiran khemah BN di Bukit Besar, Titi Batu dan Simpang Tiga, Sungai Limau Luar dekat sini.
Difahamkan patung dari paras pinggang ke bawah dengan sebelah kaki dipotong serta tertera perkataan 'kaki ustaz', seolah-olah menggambarkan keadaan bekas wakil rakyat Sungai Limau Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang sebelum ini menjalani pembedahan memotong kaki akibat penyakit kencing manis.
Jamil Khir berkata, BN menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dalang di sebalik perkara itu, selain menolak dakwaan yang perkara itu merupakan perbuatan sabotaj kalangan ahli parti itu sendiri.
Beliau dalam pada itu merayu masyarakat Dun Sungai Limau termasuk anggota jentera BN berwaspada akan sebarang strategi berbentuk serangan atau provokasi menjelang waktu-waktu terakhir kempen Pilihan Raya Kecil kawasan itu yang akan diadakan Isnin ini.
Calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim mencabar calon Pas Mohd Azam Abdul Samat untuk kerusi Dun Sungai Limau yang kosong ekoran kematian Azizan pada 26 September lepas. - Bernama
Kenapa perlu bersyukur dgn UMNO..??? Kutti ni dah nyanyuk ker apa..??
Written By canang on Ahad, 3 November 2013 | 11/03/2013 05:13:00 PTG
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil kesempatan di hari terakhir kempen pilihan raya kecil DUN Sungai Limau untuk menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai orang yang tidak tahu bersyukur.
Sedangkan, Anwar sendiri mampu mendapat pendidikan yang baik kerana bapa kepada bekas timbalan perdana menteri itu, Datuk Ibrahim Abdul Rahman seorang ahli Umno, kata Mahathir.
"Itulah Anwar dia tak pernah bersyukur langsung. Orang Melayu ini kena terhutang budi tetapi Anwar ini nampaknya tak pernah rasa terhutang budi.
"Dulu masa dia dalam kerajaan semuanya baik-baik sahaja," katanya pada sidang media selepas hadir di Karnival Luar Bandar Rakyat 1Malaysia di Bukit Besar.
Beliau turut ditanya sama ada kehadirannya ke Sungai limau adalah usaha terakhir BN untuk meraih sokongan penduduk Sungai Limau.
"Saya sepatutnya ke Vietnam tetapi isteri saya sakit.
"Jadi, saya ada satu hari lapang untuk buat apa-apa saya mahu dan saya datang ke sini," katanya.Cananglahnie
Tiada ulasan:
Catat Ulasan