Posted on Sunday, November 03 @ 02:58:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
YAN - Bahang pilihan raya kian dirasai setelah hampir 10 hari kempen bermula dengan beberapa tempat mula mengalami kesesakan lalu lintas.
Ia bermula tengah hari Jumaat kerana cuti mingguan di negeri menyebabkan ramai anak tempatan yang bekerja di luar kawasan pulang ke kampung halaman atau menziarahi keluarga.
Suasana meriah dan riuh rendah serta kesesakan jelas kelihatan di Sungai Limau Luar, Simpang Tiga Sungai Limau, Simpang Tiga Sungai Daun, Bukit Besar, pekan Sungai Limau Dalam dan Dulang Kecil.
Keadaan sesak juga berlaku di sekitar Sungai Limau sehingga Sungai Daun apabila satu lorong jalan utama ditutup untuk membolehkan kerja menurap jalan dilakukan dengan lancar.
Pekan Sungai Limau Dalam dan Dulang Kecil mulai sesak dari pagi hingga tengah hari dan sebelah malam dengan kenderaan berulang alik bertali arus.
Seorang peniaga warung minuman di Pekan Sungai Limau Dalam yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Din bersyukur dengan kehadiran orang ramai di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu.
Beliau gerbira kerana mampu memperolehi pendapatan tambahan berikutan kunjungan orang ramai yang berterusan dari pagi hingga malam.
"Walaupun letih namun ia berbaloi dengan pendapatan yang diperolehi setiap hari.
"Inilah peluang kami untuk masa singkat. Tak tahu bila lagi akan dapat peluang macam ini," katanya.
Menurutnya, pada kebiasaan pekan itu menjadi sunyi selepas jam 9 malam kerana tiada lagi penduduk tempatan yang keluar kerana semua kedai sudah ditutup.
Pekan Dulang Kecil pula menjadi tumpuan penyokong Pas kerana terdapat ceramah setiap malam di kawasan itu.
Seorang peniaga, Salleh Mat berkata, keadaan menjadi meriah dengan kehadiran orang ramai dan peniaga.
"Banyak juga gerai dibuka siang malam untuk keperluan orang ramai. Saya tengok waktu malam lagi meriah dah jadi macam pasar malam atau 'uptown'.
"Macam-macam barang dan produk dijual. Boleh beli barang sambil dengar ceramah. Ada juga yang datang sekadar nak lihat suasana Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau," katanya.-sh
AHLI-ahli UMNO Sendiri Kata UMNO Parti Lanun Dan Penipu!
Posted on Sunday, November 03 @ 02:45:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Omakkau!!!
BIARKAN GAMBAR BERBICARA!!!
Ini bukan lakunan atau sandiwara tetapi adalah berita bergambar fakta betapa para ahli UMNO sendiri kata UMNO parti lanun, penipu dan sampai sanggup nak pastikan UMNO kecundang tumbang pada PRU 14 akan datang.
Ertinya rakyat termasuk ahli-ahli UMNO sendiri sudah bosan dan muak dengan penipuan UMNO bukan saja kepada rakyat tetapi dengan ahli-ahlinya sendiri dia sanggup tipu.
Apabila ahli sendiri sudah menyampah dan benci maka UMNO bakal menjadi parti taraf alas kaki.-omakkau
Pesara Tentera Tiba-Tiba Hendak Di Beri RM1000
Posted on Sunday, November 03 @ 02:32:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Orang Ni
Seorang petugas PAS disini yang juga pesara Angkatan Tentera Malaysia telah mendedahkan bahawa beliau telah ditelipon sebanyak 2 kali konon-nya dari wakil
Kementerian Pertahanan.
Panggilan pertama konon-nya mahukan data peribadi lengkap namun ditolak oleh petugas PAS tersebut dan panggilan kedua beliau tidak layan.
Terbaru beliau di hantar SMS konon-nya mereka mahu pergi rumah untuk beri RM1000.
Apa kejenis kempen ni..?? Semua agensi kerajaan dijadikan balaci UMNO dalam kempen DUN Sungai Limau... inikah kempen luar kotak yang dimaksudkan Mukhriz.-orangni
Apa istimewanya bekas Ahli PAS ini?
Posted on Sunday, November 03 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
UMNO melalui media mereka terutama TV dan radio makin sasau menjelang tarikh pengundian. Kaum India bergama Hindu pun di katakan bekas ahli PAS (lihat panah merah) kononnya nak memburukkan PAS.
Hanya yang bodoh sahaja masih percayakan UMNO dan menjadi penganut UMNO/BN.
Perbezaan Abu Lahab dengan Abu Jahal
Posted on Sunday, November 03 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Ramai yang menyangka Abu Lahab dengan Abu Jahal itu orang yang sama. Abu Lahab itu bapa saudara Nabi Muhammad SAW, sedangkan Abu Jahal tidak ada hubungan darah dengan nabi. Nama Abu Lahab yang sebenarnya adalah Abdul Uzza bin Abdul Muthalib sedangkan nama Abu Jahal yang sebenarnya adalah Abdul Hakam bin Hisyam.
Tentang Abu Lahab
Dia adalah tokoh kuffar Quraisy yang sangat membenci Nabi Muhammad SAW
dan ajaran Islam yang dibawanya. Dialah yang memalukan Nabi di depan
umatnya dengan ucapan yang hina, "Celaka engkau hai Muhammad ! Apakah
ini maksudmu mengundang kami kemari ? " Kata Abu Lahab dengan sangat
marah saat nabi sedang berkhutbah di kaki bukit.
Kerana kelancangannya itulah, pada hari itu juga Allah memalukan Abu Lahab dengan turun Surat Al - Lahab : "Binasalah
kedua tangan Abu Lahab dan benar -benar binasa dia ! Tidaklah berguna
baginya hartanya dan apa yang dia usahakan . Kelak dia akan masuk ke
dalam api yang bergejolak (neraka). Dan (begitu pula isterinya , pembawa
kayu bakar ( penyebar fitnah) . Di lehernya ada tali dari sabut yang
dipintal . " (QS. Al- Lahab: 1 - 4) .
Abu Lahab ketika itu tidak bersendirian, ada lagi kawan setianya Abu
Jahal, Walid bin Mughirah Al - Makhzumi, 'Ash bin Wail As - Sahmi ,
Amru bin Hisyam, Abdul Azza, Nadhar bin Harits , Uqbah bin Abi Mui'th ,
Ubay bin Khalaf , Umayyah bin Khalaf , dan lain -lain.
Tentang Abu Jahal
Nama asalnya Abdul Hakam bin Hisyam. Sejak remaja Abu Jahal sentiasa
mengolok -olok Muhammad . Pernah juga keduanya berkelahi, Abu Jahal
kalah dan terseliuh lututnya. Dia sangat berdendam kepada Muhammad.
Abu Jahal pernah melamar Khadijah binti Khuwailid, tetapi Khadijah
menolak lamaran tersebut. Beberapa bulan kemudian , Muhammad meminang
Khadijah dan diterima. Hati Abu Jahal semakin dengki kepada Muhammad.
Setelah orang-orang lemah masuk Islam, Abu Jahal mengisytiharkan
dirinya sebagai preman bandar Mekah. Orang-orang dhuafa yang masuk
Islam semua mendapat penyeksaan pedih dari Abu Jahal. Yasir dan
isterinya Sumiyyah mendapat seksa sehingga syahid di tangan Abu Jahal.
Tahun ke-12 dari kenabian atau 2 tahun sebelum Hijrah. Setelah Israk
dan Mikraj Rasulullah mengajak manusia supaya percaya kepada kisah
perjalanan yang menakjubkan itu. Ramai orang yang tidak percaya,
termasuk Abu Jahal. "Bohong kau Muhammad, bagaimana mungkin dalam satu
malam saja kamu boleh ke Baitul Maqdis? Kalau kau benar-benar sampai di
sana, cuba kau ceritakan apa yang kau lihat dalam perjalanan. "
Muhammad bercerita sesuai dengan yang dilihatnya secara tepat. Orang
ramai membenarkan kecuali segelintir para munafiq dan Abu Jahal. " Itu
sihir yang nyata! " , Teriak Abu Jahal .
Kemudian Abu Jahal dan anak buahnya selalu menganggu orang-orang yang
solat. Mereka sering melemparkan orang -orang solat dengan tahi unta,
kotoran kambing, dan sebagainya. Bilangan mereka ramai dan sering
mengejek orang-orang Islam dan Muhammad SAW, namun demikian , nabi dan
pengikutnya tetap bersabar dan tidak melawan orang jahil yang
berkelompok itu .
Suatu hari, Abu Jahal sendiri yang ingin membinasakan Nabi Muhammad
SAW. Ketika nabi sedang sujud, Abu Jahal muncul mengendap-ngendap
dengan batu besar di tangannya. Dia ingin menghentam kepala nabi agar
pecah. Tiba-tiba ia melihat seekor unta raksasa yang ingin menelannya.
Abu Jahal ketakutan sambil melepaskan batu dan lari lintang pukang,
sampai terkencing dan terberak dalam seluar. Sampai di rumah dia
pengsan.
Dasar orang jahil, Abu Jahal belum insaf, dia mahu melemahkan
Muhammad. Dia pula yang merancang agar Muhammad dibunuh atau diusir
dari Kota Mekah. Ketika Muhammad berhijrah, Abu Jahal berpesta. Dia
merasa dirinya sudah menang. Allah berfirman tentang Abu Jahal ini , "Sekali-
kali tidak! Sungguh , manusia itu benar- benar melampaui batas. Kerana
dia melihat dirinya serba cukup. " (QS. Al -' Alaq: 6 - 7 ).
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Sumber:
http://detikislam.blogspot.com
3 lelaki Melayu ditangkap dan dibelasah orang kampung kerana gantung patung kaki ?
Saya menerima mesej dari rakan info berkenaan penangkapan 3 individu oleh penduduk kampung ketika sedang menggantung replika patung kaki terpotong.
SMS bertulis begini…
“Pada jam 4.30 pagi 3.11.2013 semasa bertugas di Pejabat Pertanyaan IPD Yan, saya telah terima panggilan telefon dari seorang lelaki melayu bernama Sulaiman bin Aziz 37 tahun menyatakan 3 lelaki Melayu dalam keadaan cedera dipercayai telah dicederakan oleh beberapa orang kampung lelaki Melayu dan juga telah memaklumkan mereka ditangkap sedang menggantungkan patung kaki di kampung Batu 16. Ketiga-tiga suspek juga dipercayai ahli UMNO dari ranting Pokok Sena. Ketiga-tiga suspek ditahan utk perlindungan keselamatan. sekian laporan saya. Saya terus jadikan repot pertama kejadian. sekian laporan saya.”
Mungkinkah ini jawapan cerita panas semalam? Setinggi-tinggi tupai melompat. Akhirnya jatuh ke tanah juga!
UMNO buat laporan polis kononnya untuk menutup perbuatan “TEAM SARAF” mereka. Memang ada kecurigaan bagaimana patung kaki boleh digantung di kawasan UMNO dan berhampiran markaz UMNO/BN sedangkan keadaan sekarang orang berjaga sehingga pagi mengawal keadaan.
Bagaimana begitu banyak patung kaki boleh tergantung. takkan satu pun tak terlepas pandang.
sumber: tranungkite.net
Pagi ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin akan mengadakan kunjungan ke Pasar Tani Sg Limau ...
Dari semalam lagi pihak FAMA telah mengedar dan mengagihkan payung-payung secara percuma kepada para peniaga pasar tani agar dapat diseragamkan untuk menyeronokkan hati dan jiwa TSMY membuat lawatan.
Tapi sebelum beliau sempat berkunjung pemimpin PAS DS Ir Nizar Jamaluddin telah pun membuta kunjungan dan tinjaun mesra dengan para peniaga dan penduduk tempatan.
Sambutan diberikan amatlah membanggakan sekali ... Petanda.. Ins'ya Allah DUN N20 Sg Limau akan kekal di tangan PAS.
Nampaknya apa jua program yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim di PRK DUN N20 Sg Limau tidak mendapat sebarang sambutan.
Jelas sudah pada mata dan hati juak-juak UMNO bahawa DSAI adalah pemimpin rejek yang di benci rakyat Sg Limau.
Ceramahnya yang hadir tidak sampai 50 orang ... tazkirah di masjid pula langsung seorang pun tak nampak batang hidung.
Kalau Najib Razak sampaikan tazkirah agak-agaknya melimpah ruah orang datang nak dengar mengenai tajuk " NAJIS MUGHALLAZAH"
Lokasi : Masjid Batu 16, Jalan Guar Chempedak - Alor Setar, Sg Limau, Yan, Kedah
Acara : Solat Maghrib dan Tazkirah oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim
Tarikh : 1/11/2013
Berita mengenai tazkirah oleh Dato Seri Anwar Ibrahim telah pun ketahui sejak seminggu yang lalu dan kedengaran macam-macam cerita mengenai cubaan menghalang beliau dari meneruskan majlis tersebut oleh PERKASA dan NGO-NGO yang sewaktu, sejiwa dan seperangai dengannya.
Namun rakyat tetap juga turun beramai-ramai tanpa menghiraukan ugutan dan gangguan yang bakal dicetuskan oleh puak-puak ini.
Akhirnya tazkirah berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan dan kekecohan.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Sumber:
http://detikislam.blogspot.com
GEMPAR! 3 AHLI UMNO DITANGKAP KETIKA MENGANTUNG OBJEK KAKI PALSU....?!!!
Saya menerima mesej dari rakan info berkenaan penangkapan 3 individu oleh penduduk kampung ketika sedang menggantung replika patung kaki terpotong.
SMS bertulis begini…
“Pada jam 4.30 pagi 3.11.2013 semasa bertugas di Pejabat Pertanyaan IPD Yan, saya telah terima panggilan telefon dari seorang lelaki melayu bernama Sulaiman bin Aziz 37 tahun menyatakan 3 lelaki Melayu dalam keadaan cedera dipercayai telah dicederakan oleh beberapa orang kampung lelaki Melayu dan juga telah memaklumkan mereka ditangkap sedang menggantungkan patung kaki di kampung Batu 16. Ketiga-tiga suspek juga dipercayai ahli UMNO dari ranting Pokok Sena. Ketiga-tiga suspek ditahan utk perlindungan keselamatan. sekian laporan saya. Saya terus jadikan repot pertama kejadian. sekian laporan saya.”
Mungkinkah ini jawapan cerita panas semalam? Setinggi-tinggi tupai melompat. Akhirnya jatuh ke tanah juga!
UMNO buat laporan polis kononnya untuk menutup perbuatan “TEAM SARAF” mereka. Memang ada kecurigaan bagaimana patung kaki boleh digantung di kawasan UMNO dan berhampiran markaz UMNO/BN sedangkan keadaan sekarang orang berjaga sehingga pagi mengawal keadaan.
Bagaimana begitu banyak patung kaki boleh tergantung. takkan satu pun tak terlepas pandang.
sumber: tranungkite.net
PASAR TANI SG LIMAU ... YANG DI TUNGGU MUHYIDDIN YASSIN TAPI YANG DATANG NIZAR JAMALUDDIN!!!!
Pagi ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin akan mengadakan kunjungan ke Pasar Tani Sg Limau ...
Dari semalam lagi pihak FAMA telah mengedar dan mengagihkan payung-payung secara percuma kepada para peniaga pasar tani agar dapat diseragamkan untuk menyeronokkan hati dan jiwa TSMY membuat lawatan.
Tapi sebelum beliau sempat berkunjung pemimpin PAS DS Ir Nizar Jamaluddin telah pun membuta kunjungan dan tinjaun mesra dengan para peniaga dan penduduk tempatan.
Sambutan diberikan amatlah membanggakan sekali ... Petanda.. Ins'ya Allah DUN N20 Sg Limau akan kekal di tangan PAS.
KOLEKSI GAMBAR TAZKIRAH BERSAMA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM YANG TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN PENDUDUK TEMPATAN SG LIMAU????
Jelas sudah pada mata dan hati juak-juak UMNO bahawa DSAI adalah pemimpin rejek yang di benci rakyat Sg Limau.
Ceramahnya yang hadir tidak sampai 50 orang ... tazkirah di masjid pula langsung seorang pun tak nampak batang hidung.
Kalau Najib Razak sampaikan tazkirah agak-agaknya melimpah ruah orang datang nak dengar mengenai tajuk " NAJIS MUGHALLAZAH"
Lokasi : Masjid Batu 16, Jalan Guar Chempedak - Alor Setar, Sg Limau, Yan, Kedah
Acara : Solat Maghrib dan Tazkirah oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim
Tarikh : 1/11/2013
Berita mengenai tazkirah oleh Dato Seri Anwar Ibrahim telah pun ketahui sejak seminggu yang lalu dan kedengaran macam-macam cerita mengenai cubaan menghalang beliau dari meneruskan majlis tersebut oleh PERKASA dan NGO-NGO yang sewaktu, sejiwa dan seperangai dengannya.
Namun rakyat tetap juga turun beramai-ramai tanpa menghiraukan ugutan dan gangguan yang bakal dicetuskan oleh puak-puak ini.
Akhirnya tazkirah berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan dan kekecohan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan