Isnin, 4 November 2013

PRK...SUNGAI LIMAU

SELEPAS DI KANTOIKAN ... FB JAMIL KHIR BAHAROM DAH PADAMKAN GAMBAR-GAMBAR KONONNYA 351 AHLI PAS MASUK UMNO??????



Asalkan pemimpin UMNO pasti terlibat dalam penipuan tidak kiralah siapa termasuk berlatarkan belakangkan pendidikan Agama..

Inilah yang terjadi .. bila dah di londehkan betapa Jamil Khir Baharom, Menteri Jaga Agama Kerajaan UMNO 1M'sia turut menipu dalam insiden kononnya 351 ahli PAS melompat dalam UMNO adalah penipuan yang nyata, jijik dan tidak bermoral.... kini masih lagi mau menyatakan kononnya memang benar seramai 351 ahli PAS melompat masuk kedalam UMNO.

Omak Kau belek-belek akaunnya rakaman gambar masih lagi tidak dipadamkan.

UMNO KALAU TIDAK MENIPU BUKANLAH UMNO NAMANYA.

Rupa-rupanya, Jamil Khir yang dijulang UMNO sebagai ulamak ternyata seorang penipu. Malah beliau telah memuatnaik gambar-gambar penyerahan borang di majlis itu di dalam facebooknya di album Majlis Berani Hijrah. Cukup menjijik dan memalukan.

Sebelum ini Bernama telah melaporkan kononnya sejumlah 351 orang, termasuk anggota dan penyokong Pas dari lima cawangan dekat sini menyertai UMNO..

Hakikatnya apa yang dinyatakan oleh Menteri Agama yang kemudiannya dilaporkan pula oleh Bernama itu adalah satu pembohongan semata-mata, kerana individu yang dimaksudkan oleh Jamil Khir telah menafikannya..

Seorang ahli PAS, Ismail Said mendedahkan bahawa beliau telah ditipu kononnya telah menyertai UMNO dengan "penyerahan borang" kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir Baharom sedangkan sebenarnya beliau ke majlis itu kerana telah dijemput untuk menerima sumbangan sebanyak RM100.

Drama ahli PAS masuk Umno di Sg Limau dibongkar

JERAI: Pengumuman yang mengatakan terdapat beberapa kumpulan ahli PAS yang menyertai Umno pada satu program dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam merupakan penipuan yang memalukan.

Ismail Said, 53 tahun berkata, beliau dari Kampung Sungai Dedap diminta hadir pada majlis di Sungai Limau yang dihadiri Jamil Khir dengan janji akan diberi wang RM100.

Malah beliau yang tidak mengetahui apa-apa turut diarahkan menyerah borang kepada menteri berkenaan sebelum boleh diberi wang tersebut.

"Saya telah diperalatkan oleh kenalan, malah tidak mengetahui apa-apa dan yang diberitahu isi borang serta hadir pada satu majlis untuk mendapat wang RM100.

"Saya tetap ahli PAS dan akan terus mengundi PAS, RM100 adalah terlalu murah untuk membeli ahli-ahli PAS bagi menyertai Umno," katanya ketika hadir pada sidang media di Markaz Induk PAS hari ini.

Mengulas perkara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan Umno terpaksa menggunakan skrip lama yang selalu digunakan setiap kali PRK.

"Skrip terakhir digunakan Umno, kalau sebelum ini bila ada PRK setiap hari akan dilaporkan ahli PAS menyertai Umno tapi kali ini agak lewat saat-saat akhir kempen baru ada. Depa baru ingat kot.

"Tapi yang paling memalukan adalah penipuan mereka tu tak betul, terdesak sampai begitu sekali Jamil Khir hendak meraih pengundi kata ada ahli PAS masuk Umno," jelasnya ~ Harakahdaily

Walaupun pihak UMNO dengan megah dan bangga mengatakan hasil culaannya dengan bantuan para wanita UMNO dengan squad sayang, Puteri UMNO dengan aktiviti kejar itik di bendang, Pemuda UMNO aktiviti merempit dan UMNO induk tabur janji projek kata BN akan menang bergaya sekurang-kurangnya 600 undi majoriti tetapi masih sanggup ada Menteri taraf ":Ulama" konon yang sanggup buat kerja menipu!!!

PRK DUN N20 SG LIMAU ... RAKAMAN BEBERAPA KEPING GAMBAR BETAPA PERAYU UNDI UMNO/BN MACAM KURANG BERSEMANGAT DI BANDINGKAN DENGAN PERAYU UNDI PAS/PR!!!!


Pengundi berdaftar Sg Limau telah pun mengeluar undi seawal 8 pagi tadi apabila semua pusat membuang undi dibuka.

Dari pemerhatian melalui rakaman gambar jelas sekali para perayu undi UMNO/BN macam kurang bersemangat dan tidak bermaya. ... tidak seperti semasa PRK Kuala Besut baru-baru ini.

Kelihatan lesu lemah longlai jika di bandingkan dengan para perayu PAS yang begitu bersemangat tinggi dan waja serta beryakinan boleh mengekalkan kedudukkan PAS di Sg Limau.

PRK SG LIMAU ... BLOGGER UMNO KANTOI MENIPU KATA CALON PAS TIDAK KELUAR MENGUNDI SEBAB BUKAN ANAK TEMPATAN!!!!




Punyalah kaki penipu sungguh juak-juak UMNO ni .. sampaikan kisah kononnya calon PAS PRK Sg Limau Ustaz Azam bukan pengundi di DUN Sg Limau..

Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat antara yang terawal membuang undi di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Limau pagi ini.

Mohd Azam tiba di perkarangan sekolah seawal jam 8 pagi dan bersarapan dengan penyokong sebelum masuk ke pusat membuang undi sekitar jam 8.30 pagi.

"Saya harap pilihan raya kali ini berjalan dengan lancar dan telus, serta proses demokrasi kali ini berjalan dengan baik," kata Mohd Azam semasa ditemui wartawan di luar kawasan sekolah.

Beliau turut menyeru pengundi supaya keluar awal ke pusat membuang undi memandangkan cuaca buruk diramal pada tengahari ini.

PRK DUN N20 SG LIMAU ... USTAZ AZHAR IDRUS JADI PERAYU UNDI UNTUK CALON PAS!!!!

Gambar ni kalau para pemimpin dan juak-juak UMNO tengok mau mengamuk naik angin satu badan.

Pendakwah bebas terkenal negara kelihatan bersama-sama dengan perayu undi PAS di PRK DUN N20 Sg Limau pagi ini.

Semoga kehadiran beliau akan menyuntik semangat para petugas untuk terus kuat dan kental berkeja dan dalam masa yang sama akan mengamit anak-anak muda yang dikatakan sebagai penentu kemenangan PRK Sg Limau berpihak dan bersama-sama dengan PAS. .

GEMPAR! 3 AHLI UMNO DITANGKAP KETIKA MENGANTUNG OBJEK KAKI PALSU....?!!!






3 lelaki Melayu ditangkap dan dibelasah orang kampung kerana gantung patung kaki ?


Saya menerima mesej dari rakan info berkenaan penangkapan 3 individu oleh penduduk kampung ketika sedang menggantung replika patung kaki terpotong.


SMS bertulis begini…

“Pada jam 4.30 pagi 3.11.2013 semasa bertugas di Pejabat Pertanyaan IPD Yan, saya telah terima panggilan telefon dari seorang lelaki melayu bernama Sulaiman bin Aziz 37 tahun menyatakan 3 lelaki Melayu dalam keadaan cedera dipercayai telah dicederakan oleh beberapa orang kampung lelaki Melayu dan juga telah memaklumkan mereka ditangkap sedang menggantungkan patung kaki di kampung Batu 16. Ketiga-tiga suspek juga dipercayai ahli UMNO dari ranting Pokok Sena. Ketiga-tiga suspek ditahan utk perlindungan keselamatan. sekian laporan saya. Saya terus jadikan repot pertama kejadian. sekian laporan saya.”

Mungkinkah ini jawapan cerita panas semalam? Setinggi-tinggi tupai melompat. Akhirnya jatuh ke tanah juga!

UMNO buat laporan polis kononnya untuk menutup perbuatan “TEAM SARAF” mereka. Memang ada kecurigaan bagaimana patung kaki boleh digantung di kawasan UMNO dan berhampiran markaz UMNO/BN sedangkan keadaan sekarang orang berjaga sehingga pagi mengawal keadaan.

Bagaimana begitu banyak patung kaki boleh tergantung. takkan satu pun tak terlepas pandang.

sumber: tranungkite.net

Mat Tayo commented on a photo.



Tu diaaa...jahanam habih org sg limau!
Like · · · 16 hours ago · 

 

Tiada ulasan: