PEMIMPIN UMNO MENGGELETAR KEPALA LUTUT!!! ... RIBUAN PENDUDUK SG LIMAU HADIRI KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS!!!!
Gambar ini kalau nak cari dalam Utusan dan Berita Harian gerenti tak jumpa .... kalau para pemimpin UMNO tahu wujudnya rakaman gambar ini mau menggeletar kepala lutut masing-masing melihatkan akan sambutan yang diberikan penduduk Sg Limau terutamanya anak-anak muda kepada kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Simpang Empat Sedeka, Sg Limau. malam ini 3hb November 2013 , satu hari sebelum hari pengundian PRK DUN N20 Sg Limau.
Bukti jelas bahawa anak-anak muda tidak terpedaya dengan cara politik murahan yang dibawa dan di jaja UMNO di Sg Limau.
Ins'ya Allah DUN N20 Sg Limau kekal milik PAS.
Demokrasi Lebih Subur Dalam PAS Berbanding Umno - A. Kadir Jasin
Datuk A Kadir Jasin (gambar) menyifatkan kesuburan demokrasi lebih
menjadi amalan PAS berbanding Umno meskipun kedua-dua parti politik
berteraskan Melayu itu memilih untuk mengekalkan penyandang kerusi
Presiden mereka.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan News Straits Times itu dalam blognya
berkata, perbezaan wujud apabila jawatan presiden dan timbalan presiden
tidak ditentukan akar umbi, sebaliknya oleh anggota Majlis Tertinggi.
"Bagi PAS hanya jawatan presiden tidak dicabar, Abdul
Hadi Awang kekal sebagai Presiden. Jawatan Timbalan Presiden yang kini
disandang oleh Mohamad Sabu mungkin menyaksikan pertandingan," katanya
dalam laman blog miliknya.
Untuk rekod, lima telah dicalonkan bertanding dalam pemilihan PAS, iaitu
Mohamad; dua Naib Presiden Husam Musa dan Salahuddin Ayub; serta Ketua
Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Ahli Jawatankuasa
Kerja Pusat Mohd Amar Nik Abdullah.
"Setakat ini Husam, Tuan Ibrahim dan Mohd Amar belum memberi kata putus," katanya.
Pertembungangan antara Mohamad yang dikenali Mat Sabu dengan Mohd Amar pada 22 hingga 24 November nanti jelas Kadir bakal menyaksikan pertembungan kumpulan ulama dan bukan ulama.
"Sekiranya berlaku, ia sangat menarik. Ia akan mengulang tayang pemilihan 2011, tetapi dengan satu perbezaan," katanya.Perbezaan PAS dengan Umno jelasnya adalah Umno menjadi parti memenangi kerusi terbanyak dalam Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013 (PRU13) berbanding PAS yang menjadi parti paling lemah dalam Pakatan Rakyat (PR).
"Jadi tidak hairanlah jika PAS mahu mengkaji semula hubungan dalam PR," katanya.Pemilihan PAS dijangka berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam penghujung November.
"Realiti paling getir yang terpaksa dihadapi dan diakui kepimpinan PAS ketika muktamar adalah prestasi buruk parti itu dalam PRU13," katanya lagi. ~tmi

Otak pelajar tahfiz 'segar' seperti hidup
TIKAM BATU – Satu demi satu keajaiban dapat disaksikan sepanjang
membuat liputan tragedi kebakaran yang menyebabkan seorang pelajar
Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu terkorban
dalam kejadian jam 1.50 pagi, Sabtu lalu.
Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.
Ini bukan sahaja dapat dibuktikan dengan penemuan barang-barang milik mangsa terkorban yang masih elok tersusun dalam almari kayu sedangkan almari besi milik pelajar lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.
Dalam kejadian itu, mangsa, Aiman Nurhakim Yahya, 13, seorang pelajar pintar, rajin dan antara yang paling berdisiplin dikatakan gagal untuk menyelamatkan diri setelah terperangkap dalam kebakaran di asrama tempat mereka menetap.
Barang rakan lain musnah
Menceritakan kembali tragedi itu, Penaung Rangkaian Pusat Pendidikan Al-Barakah yang juga imam kariah Kampung Masjid, Anuar Md Isa berkata, kesemua pelajar sudah terjaga dari tidur dan menjangkakan Aiman adalah yang terakhir keluar menyelamatkan diri.
“Kemungkinan arwah yang tidur di tingkat atas cuba untuk turun melalui tangga, tetapi bahagian atas binaan asrama yang berasaskan kayu runtuh menyebabkan dia terperangkap dalam api yang marak,” katanya.
Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.
“Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, bagaimanapun almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara.
“Apa yang saya perasan juga ialah selipar yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak elok-elok dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi,” katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.
Baru lakukan tasmid
Anuar berkata, Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.
“Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam),” katanya.
Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup, sedangkan anggota badan lain sudah rentung.
“Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup,” katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.
Tidak jejas ambilan pelajar
Menurut Anuar, tragedi yang menimpa Mantab langsung tidak mematahkan semangatnya dan tenaga pengajar lain untuk terus mengembangkan syiar Islam dalam usaha melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.
“Kita baru sahaja menerima seorang pelajar hari ini (semalam). Ini menunjukkan respons positif daripada pihak ibu bapa dan ia (tragedi) sebenarnya tidak menjejaskan pengambilan pelajar,” katanya.
Berhubung soal keselamatan pula, katanya, pihaknya akan meningkatkan ciri-ciri keselamatan di samping menyediakan kelengkapan dan meningkatkan ilmu berhubung keselamatan selain menyediakan prasarana yang layak.
“Setakat ini, pelajar diberi cuti seminggu untuk kita jalankan proses pengurusan, terutamanya melibatkan penempatan pelajar di blok sebelah,” katanya.
Menurut Anuar, kesemua 20 pelajar berusia antara 13 dan 17 tahun akan dipindahkan ke blok bilik darjah yang sedang diubah suai menjadi tempat penginapan.
Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak yang bersimpati, menyumbang dan membantu pihaknya untuk membangunkan semula maahad tahfiz itu.
JERAI:
Calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam
Abd Samat menyeru para pengundi keluar mengundi lebih awal bagi
mengelakkan nama-nama pengundi disalah guna.
Katanya, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di sebelah petang, peluang mengundi lebih awal adalah waktu terbaik untuk pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.
Selain itu, beliau juga meminta para pengundi yang berada di luar agar pulang bagi memastikan legasi perjuangan PAS dapat diteruskan.
"Membuat pilihan yang bijak, terus memilih PAS agar segala apa yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Azizan dapat kita teruskan. Ingat satu undi adalah satu bantah kenaikan harga barang," jelasnya ketika ditemui semalam.
Katanya, Allahyarham Ustaz Azizan berada pada satu tahap nilai tersendiri dan sukar untuk mencari pengganti yang seratus peratus menyamai beliau.
Namun, beliau yakin dengan sokongan dari semua pihak, jentera, ahli dan rakan-rakan Pakatan Rakyat termasuk rakyat Dun Sungai Limau akan memberi semangat baru kepadanya meneruskan amanah yang ditinggalkan oleh Allahyarham Ustaz Azizan.
"Kita belajar dari Allahyarham Ustaz Azizan di mana beliau amat mendekati pengundi di sini, harapan beliau agar penduduk dan pemimpin berada dekat dengan rakyat.
"Beliau mahukan setiap masalah rakyat didengari, rakyat senang mendekati pemimpin dan tidak ada sebarang protokol yang boleh memisahkan pemimpin dengar rakyat.
"Itu yang kita pelajari dan akan kita teruskan sampai bla-bila, harapan saya agar pengundi di sini mengambil peluang dan berfikir matang dalam membuat keputusan esok (hari ini)," jelasnya.
Justeru, beliau mengharapkan pengundi memberi sokongan penuh kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS agar isyarat bantahan terhadap tindakan kerajaan menekan rakyat dapat diperolehi.
Tegasnya, kebajikan rakyat perlu diutamakan dan mereka perlu meletakkan hari pengundian hari ini sebagai hari protes rakyat kepada kerajaan.

Ustaz Azam seru pengundi keluar awal
Muhammad Faizal, | 04 Nov 2013 |

Sg Limau: SPR dan SPRM tidur, rasuah berleluasa
Harakahdaily, | 03 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR:
PAS melahirkan kekesalan kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi 'kayu mati' yang
gagal menghalang rasuah pilihan raya yang berlaku secara berleluasa
dalam PRK N20 Sungai Limau.
“Pemberian dilakukan secara terang-terangan dalam bentuk pemberian wang ringgit, dan barangan atas pelbagai nama,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, ia dilakukan secara terbuka oleh pimpinan kerajaan, di samping penggunaan hampir seluruh jentera kerajaan kecuali Jabatan Kaji Cuaca sahaja yang tidak kelihatan.
Tambahnya, SPRM yang diharap menjadi agensi penguatkuasaan pencegahan rasuah serta pihak polis menjadi pemerhati kosong di atas apa yang berlaku.
“Alasan bodoh yang sering kali didengar ialah ianya bukan diberi oleh calon atau wakil calon, maka ianya bukanlah rasuah,” katanya dalam satu kenyataan.
Kata beliau lagi, kegagalan Malaysia untuk mengambil contoh pencegahan rasuah negara luar telah jadi bahan ketawa pemerhati asing.
Kini, ujarnya ia telah menjadi budaya yang diterima oleh umum, menyebabkan penduduk yang terpinggir dan miskin akan bergantung kepada pilihanraya kecil untuk kawasan mereka diberi perhatian, paling tidak, pelbagai janji yang memenuhi impian mereka.
Beliau menambah, bila mana kekuasaan diperolehi melalui rasuah dan salah guna kuasa, bagaimana pemimpin tersebut akan tampil menentang rasuah.
Mustahil berlaku
Akibatnya, kata Tuan Ibrahim rasuah semakin membesar dan kini menjadi barah dalam setiap sektor.
Tambah beliau lagi, ternyata perubahan nama Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada SPRM hanyalah sekadar penukaran botol tapi isinya masih sama, kerana pemimpin yang rasuah tidak akan menggubal peraturan dan undang-undang bagi mencegah rasuah, dan agensi yang diamanah pula terikat dengan peraturan yang ada.
“Ada yang berkata rakyat akan berubah apabila pemimpin berubah. Tapi bagi PAS, pemimpin akan berubah kalau rakyat berubah.
“Budaya salah guna jentera kerajaan untuk kempen BN akan berhenti jika rakyat ambil pendekatan tidak menyokong penyalahgunaan sebegini,” ujar beliau lagi.
Justeru, beliau berharap para pengundi Dun Sungai Limau dapat menghantar isyarat jelas menolak calon BN bagi menyatakan tentangan mereka kepada amalan rasuah.
Segala nikmat kecemerlangan dan syurga yang dijanjikan oleh Bajet
2014 belum dapat dikecapi atau jadi satu angan-angan, tetapi kesan awal
yang bakal dihadapi segera oleh rakyat dan pengguna ialah bala dan
pahit.
Berbagai-bagai janji yang disarankan dirasakan seperti memberi gula-gula yang tiada rasa pada lidah dan tekak melainkan terasa ada benda pada lidah dan tekak.
Apa yang ditawar yang boleh dapat segera seperti BRIM yang dinaikkan RM150 dari RM500 kepada RM650 sekali atau dua kali setahun bagi isi rumah yang berpendapatan sehingga RM3,000 sebulan, pesara dapat RM250 sebulan, bonus pegawai awam antara setengah bulan gaji dan minima RM500, seramai 3,334 murid Taska anak orang berpendapatan kurang dari RM900 sebulan diberi bantuan RM250 sebulan dan macam-macam lagi.
Bunyi sedap dan menyeronokkan. Tetapi ia ibarat memberi gula-gula kerana benda yang bakal melanda pula seperti cukai GST dan mansuh subsidi gula akan menenggelamkan apa yang tawarkan itu. Yang melanda itu bala. Apabila bala itu menenggelamkan tawaran manis tadi jadilah tawaran itu ibarat gula-gula.
Gula-gula biasanya manis tetapi apabila gula naik 35 sen sekilo yang disebut sebagai mansuh subsidi gula, maka ia menjadi gula-gula tadi tawar. Nasib baik yang tidak bergula itu tawar tetapi ada yang tidak bergula yang pahit seperti kopi. Ada yang rasa kopi pahit itu nikmat, tetapi bagaimana kalau kek dan kuih muih pahit? Segala yang tawar dan payau tak tertelan oleh tekak, apa lagilah yang pahit.
Betullah berlebih gula menjadikan kencing manis, tetapi tiada yanag manis menyebabkan hilang tenaga dan terdedah kepada berbagai-bagai penyakit juga.
Orang Arab boleh tidak makan gula dan dapat tenaga dengan makan kurma, tetapi kurma di Malaysia tidak berbuah. Boleh kurma menggantikan gula bagi memelihara tenaga, tetapi lebih murah membeli gula tanpa subsidi daripada memberi kurma.
Manusia dari mula tidak terpisah dengan manis. Memansuhkan subsidi gula sama seperti mencatu atau menyekat menikmati manis. Bagi yang berada, gula tanpa sabsidi seperti mencatu manis, tetapi bagi yang tidak berada memanshkan sabsidi seperti menyekatnya menikmati manis.
Gula ada tetapi mahal. Pilihan mereka antara gula dan beras. Dengan pendapatan belum tinggi seperti yang dijanjikan sejak empat tahun dulu, dengan pendapatan yang ada, kalau mereka beli beras secukupnya, mereka tidak boleh beli gula. Kalau beli gula dan barang yang bergula, tak boleh beli beras secukupnya.
Untuk makan nasi tidak cukup beli beras saja. Dia mesti beli lauk dan segala yang melengkapkan sistem lauk. Jika dia nak beli beras dan gula, maka dia mesti makan nasi kurang lauk atau makan nasi tak berlauk. Musim Jepun dulu kita makan nasi berlauk ubi atau pisang muda. Bagi ia diterima tekak, ia digaul dengan garam dan minyak.
Saya pernah terima tetamu dari Timur Leste. Mereka tidak sentuh lauk yang disediakan. Mereka makan nasi putih saja. Saya dapati mereka segar. Apakah tiba masa kita jadi seperti mereka makan nasi tak berlauk dan tak berkuah?
Dengan minyak naik sebulan dua dulu, tiada jaminan ia tidak naik lagi, kita dapati kesan kenaikan barang gara-gara kenaikan minyak, kini kita hadapi kenaikan gula dengan kesan kenaikan segara makanan manis, beberapa belas bulan lagi kita hadapi pula cukai GST sedang pendapatan masing-masing belum juga tinggi, maka belum nampak sesuatu yang manis dari bajet baru itu.
Yang nampak adalah bala sedang mara dan yang dirasa setakat ini bajet itu adalah tawar, pahit dan kepahitan. Setahun lagi ada pula Bajet 2015, apa pula bala kali itu? Bala! Bala! Balak!
“Pemberian dilakukan secara terang-terangan dalam bentuk pemberian wang ringgit, dan barangan atas pelbagai nama,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Katanya, ia dilakukan secara terbuka oleh pimpinan kerajaan, di samping penggunaan hampir seluruh jentera kerajaan kecuali Jabatan Kaji Cuaca sahaja yang tidak kelihatan.
Tambahnya, SPRM yang diharap menjadi agensi penguatkuasaan pencegahan rasuah serta pihak polis menjadi pemerhati kosong di atas apa yang berlaku.
“Alasan bodoh yang sering kali didengar ialah ianya bukan diberi oleh calon atau wakil calon, maka ianya bukanlah rasuah,” katanya dalam satu kenyataan.
Kata beliau lagi, kegagalan Malaysia untuk mengambil contoh pencegahan rasuah negara luar telah jadi bahan ketawa pemerhati asing.
Kini, ujarnya ia telah menjadi budaya yang diterima oleh umum, menyebabkan penduduk yang terpinggir dan miskin akan bergantung kepada pilihanraya kecil untuk kawasan mereka diberi perhatian, paling tidak, pelbagai janji yang memenuhi impian mereka.
Beliau menambah, bila mana kekuasaan diperolehi melalui rasuah dan salah guna kuasa, bagaimana pemimpin tersebut akan tampil menentang rasuah.
Mustahil berlaku
Akibatnya, kata Tuan Ibrahim rasuah semakin membesar dan kini menjadi barah dalam setiap sektor.
Tambah beliau lagi, ternyata perubahan nama Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada SPRM hanyalah sekadar penukaran botol tapi isinya masih sama, kerana pemimpin yang rasuah tidak akan menggubal peraturan dan undang-undang bagi mencegah rasuah, dan agensi yang diamanah pula terikat dengan peraturan yang ada.
“Ada yang berkata rakyat akan berubah apabila pemimpin berubah. Tapi bagi PAS, pemimpin akan berubah kalau rakyat berubah.
“Budaya salah guna jentera kerajaan untuk kempen BN akan berhenti jika rakyat ambil pendekatan tidak menyokong penyalahgunaan sebegini,” ujar beliau lagi.
Justeru, beliau berharap para pengundi Dun Sungai Limau dapat menghantar isyarat jelas menolak calon BN bagi menyatakan tentangan mereka kepada amalan rasuah.
Reaksi awal Bajet 2014, bala dan pahit
Subky Latif, | 03 Nov 2013 |
Berbagai-bagai janji yang disarankan dirasakan seperti memberi gula-gula yang tiada rasa pada lidah dan tekak melainkan terasa ada benda pada lidah dan tekak.
Apa yang ditawar yang boleh dapat segera seperti BRIM yang dinaikkan RM150 dari RM500 kepada RM650 sekali atau dua kali setahun bagi isi rumah yang berpendapatan sehingga RM3,000 sebulan, pesara dapat RM250 sebulan, bonus pegawai awam antara setengah bulan gaji dan minima RM500, seramai 3,334 murid Taska anak orang berpendapatan kurang dari RM900 sebulan diberi bantuan RM250 sebulan dan macam-macam lagi.
Bunyi sedap dan menyeronokkan. Tetapi ia ibarat memberi gula-gula kerana benda yang bakal melanda pula seperti cukai GST dan mansuh subsidi gula akan menenggelamkan apa yang tawarkan itu. Yang melanda itu bala. Apabila bala itu menenggelamkan tawaran manis tadi jadilah tawaran itu ibarat gula-gula.
Gula-gula biasanya manis tetapi apabila gula naik 35 sen sekilo yang disebut sebagai mansuh subsidi gula, maka ia menjadi gula-gula tadi tawar. Nasib baik yang tidak bergula itu tawar tetapi ada yang tidak bergula yang pahit seperti kopi. Ada yang rasa kopi pahit itu nikmat, tetapi bagaimana kalau kek dan kuih muih pahit? Segala yang tawar dan payau tak tertelan oleh tekak, apa lagilah yang pahit.
Betullah berlebih gula menjadikan kencing manis, tetapi tiada yanag manis menyebabkan hilang tenaga dan terdedah kepada berbagai-bagai penyakit juga.
Orang Arab boleh tidak makan gula dan dapat tenaga dengan makan kurma, tetapi kurma di Malaysia tidak berbuah. Boleh kurma menggantikan gula bagi memelihara tenaga, tetapi lebih murah membeli gula tanpa subsidi daripada memberi kurma.
Manusia dari mula tidak terpisah dengan manis. Memansuhkan subsidi gula sama seperti mencatu atau menyekat menikmati manis. Bagi yang berada, gula tanpa sabsidi seperti mencatu manis, tetapi bagi yang tidak berada memanshkan sabsidi seperti menyekatnya menikmati manis.
Gula ada tetapi mahal. Pilihan mereka antara gula dan beras. Dengan pendapatan belum tinggi seperti yang dijanjikan sejak empat tahun dulu, dengan pendapatan yang ada, kalau mereka beli beras secukupnya, mereka tidak boleh beli gula. Kalau beli gula dan barang yang bergula, tak boleh beli beras secukupnya.
Untuk makan nasi tidak cukup beli beras saja. Dia mesti beli lauk dan segala yang melengkapkan sistem lauk. Jika dia nak beli beras dan gula, maka dia mesti makan nasi kurang lauk atau makan nasi tak berlauk. Musim Jepun dulu kita makan nasi berlauk ubi atau pisang muda. Bagi ia diterima tekak, ia digaul dengan garam dan minyak.
Saya pernah terima tetamu dari Timur Leste. Mereka tidak sentuh lauk yang disediakan. Mereka makan nasi putih saja. Saya dapati mereka segar. Apakah tiba masa kita jadi seperti mereka makan nasi tak berlauk dan tak berkuah?
Dengan minyak naik sebulan dua dulu, tiada jaminan ia tidak naik lagi, kita dapati kesan kenaikan barang gara-gara kenaikan minyak, kini kita hadapi kenaikan gula dengan kesan kenaikan segara makanan manis, beberapa belas bulan lagi kita hadapi pula cukai GST sedang pendapatan masing-masing belum juga tinggi, maka belum nampak sesuatu yang manis dari bajet baru itu.
Yang nampak adalah bala sedang mara dan yang dirasa setakat ini bajet itu adalah tawar, pahit dan kepahitan. Setahun lagi ada pula Bajet 2015, apa pula bala kali itu? Bala! Bala! Balak!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan