Jumaat, 1 November 2013

MANUSIA BERKUASA DIDUNIA AJE...ITU PUN TERBATAS...TURUN PANGKAT....SAKIT ATAU MATI....ABIS CERITA

Pengawal 'makan tuan', KDN digesa bertindak
3:01PM Nov 1 2013
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap syarikat kawalan keselamatan yang kakitangannya terlibat secara dengan jenayah termasuk samun.

"Kejadian semalam apabila sebuah kedai emas di di pusat membeli belah KL Festival, Setapak disamun pengawal keselamatan yang menjaganya, menambah lagi koleksi pengawal keselamatan yang ‘memakan tuannya’," tegas ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Riduan Mohd Nor.

riduan mohd norSebelum ini, katanya seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank di USJ Sentral 2, Subang Jaya sebelum melarikan wang tunai RM450,000.

"DPPM melihat kes ini amat serius dan perlu diambil tindakan segera.

"Syarikat terbabit perlu bertanggungjawab di atas kejadian tersebut dan menjelaskan bagaimana kakitangannya boleh terlibat melakukan jenayah.

"Jika perlu, syarikat tersebut boleh ditamatkan perkhidmatan, digantung lesen, disaman, dan lain-lain tindakan tegas sebagai peringatan kepada mereka," kata Dr Riduan dalam satu kenyataan.

Tambahan pula, tambahnya, siasatan atau kajian menyeluruh perlu dibuat berkenaan modus operandi jenayah terancang seperti ini.

"Apakah penjenayah sudah memasuki fasa terbaru dengan menukar strategi dan modus operandi mereka dalam melakukan sesuatu operasi jenayah?

"Mungkinkah penjenayah bergerak melalui platform rasmi serta mempunyai pakaian uniform seperti pengawal keselamatan untuk melakukan jenayah terancang?" soalnya lagi

DPPM, tegasnya, berpendapat pasukan keselamatan seperti Polis, tentera dan RELA, perlu dikerahkan memantau pergerakan pengawal keselamatan di mana-mana premis penting.

"Selain menggunakan kamera litar tertutup, pemantauan perlu dibuat setiap masa sama ada secara sedar atau tidak bagi mengelakkan pengawal keselamatan melakukan jenayah di sesuatu lokasi dan tindakan pencegahan yang pantas diambil terhadap kegiatan jenayah yang dilakukan," tambahnya.
MP: Polis hina saya, dilayan seperti penjenayah
2:40PM Nov 1 2013
MP Seremban, Anthony Loke yang merupakan antara 19 orang yang ditahan di Negeri Sembilan ketika mempertahankan Kampung Hakka Matin daripada dirobohkan semalam, mengadu tentang dakwaan kezaliman polis.

NONE"Saya rasa dihina. Dalam melaksanakan tugas saya sebagai wakil rakyat, hari ini saya dilayan seperti penjenayah oleh pihak polis," tulis MP DAP itu dalam Facebooknya.

Menurutnya lagi, beliau digari, menjalani air kencing, diambill sampel DNA, rakaman cap jari dan yang paling teruk, "bergambar dengan nombor laporan di dada saya."

Tulisan Loke dalam laman sosial itu, yang dimuat naik lewat petang semalam itu, telah menerima ratusan komen yang bersimpati dengannya.

Beliau ditahan bersama-sama dengan aktivis hak asasi manusia, termasuk setiausaha agung PSM, S Arutchelvan dan Nalini Elumalai dari Suaram serta beberapa ahli politik dan wakil rakyat pembangkang.

Mereka telah dibebaskan dengan ikatjamin sementara menunggu pertuduhan rasmi.

1. 6 wakil rakyat DAP ditahan ketika ops roboh Kg Hakka
Bajet dan nasihat Nabi Syuaib

Kita baru sahaja mendengar pembentangan Bajet 2014. Pelbagai ulasan dibuat oleh pelbagai pihak. Ada yang pakar, ada yang tidak pakar. Ahli ekonomi apabila berkata-kata banyak istilah dan angka yang mereka lafazkan. Orang awam mungkin tidak semua yang faham.

Jika pun mereka tahu maksud, mereka tidak tahu pula antara angka yang benar dan angka yang 'disilapmatakan'. Apabila hutang negara bertambah, beban rakyat meningkat, kehidupan menjadi sukar, jenayah dan ketakutan mula merayap ke segenap kehidupan rakyat dan sebagainya, maka bala dan derita itu dirasai semua peringkat.

Mereka yang faham dengan segala istilah dan angka, juga mereka yang kurang faham atau langsung tidak faham pun akan merasai derita dari segala bala tersebut.

Saya tidak mahu mengulas bajet secara detil. Biarlah hal itu dilakukan oleh pakar-pakarnya. Saya sekadar mahu berkongsi apa yang Nabi Syuaib nyatakan kepada kaumnya tentang punca kemusnahan ekonomi sesuatu umat.

Nabi Syuaib merupakan seorang nabi yang yang diutuskan kepada kaum Madyan. Beliau terpaksa menghadapi karenah penyelewangan pengurusan ekonomi dan harta yang mereka lakukan. Kaum Madyan dicatatkan sebagai kaum yang awal mengenakan cukai kepada orang yang lalu-lalang dalam kawasan mereka.

Al-Quran merakamkan ucapan-ucapan Nabi Syuaib bagi mengingatkan sesiapa yang terlibat dengan harta orang lain tentang asas-asas penting dalam menguruskan harta. Bahasa Nabi Syuaib bahasa asas yang dapat difahami oleh semua peringkat.

Penipuan harga

Penipuan harga adalah antara ibu penipuan dalam urusan ekonomi. Meletak harga bohong pada sesuatu adalah kezaliman. Penipuan ini boleh berlaku sama ada dengan cara menipu ukuran ataupun timbangan. Dalam kerangka projek-projek kerajaan bererti meletakkan harga yang tidak sepadan dengan nilai yang sepatut.

Sehingga projek-projek itu dibayar oleh kerajaan dengan harga yang tinggi melebihi ‘sukatan' ataupun ‘timbangan' yang sepadan. Wang awam menjadi mangsa dan negara menjadi korban. Ini semua kerana ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memakan harta secara tidak sepatutnya. Inilah yang Nabi Syuaib tegaskan dalam seruannya.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan kepada penduduk Madyan Kami utuskan saudara mereka Syuaib, dia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tiada tuhan bagi kamu selain dari-Nya, dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi." (Surah Hud ayat 84)
Menipu timbangan ataupun sukatan bukan bererti tidak langsung menimbang ataupun menyukat, tetapi sukatan dan timbangan secara tipu. Inilah punca kemusnahan kehidupan penduduk Madyan kerana ada pihak yang menipu dalam berurusan dengan pihak yang lain.

Justeru, negara yang baik hendak mempratikkan ‘good monetary policy' yang dapat menyelamat harta awam dari ditipu ataupun dirompak secara ‘lulus di atas kertas'. Kebanyakan penipu silam dan moden memperlihatkan seakan mereka jujur pada mata yang tertipu, tetapi hakikatnya mereka penipu. Hal ini akan menyebabkan negara yang zahirnya kaya, tetapi rakyatnya susah sebab timbangan dan sukatan mereka sudah ditipu. Nampak banyak, hasilnya sedikit.

Mengurangi hak

Ingatan Nabi Syuaib yang lain yang bermaksudnya: "Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya. (Surah Hud: 85)
Dalam konteks negara, jika kita membicarakan tentang hak, maka hak rakyat menikmati kekayaan bagi setiap negara tidak sama. Ia bergantung kepada latar kekayaan negara tersebut. Jangan samakan Malaysia dengan negara yang lebih miskin dari kita ataupun sebaliknya.

Sebab itu al-Quran apabila menyebut tentang mut'ah yang suami patut berikan kepada isteri yang diceraikan, Allah memerintahkan agar kadarnya ditentukan oleh kemampuan masing-masing.

Allah menyebut: "...hendaklah kamu memberi "mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu), iaitu suami yang senang (hendaklah memberi) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan." (Surah al-Baqarah, ayat 236)
Suami yang kaya tidak boleh memberikan saguhati ataupun mut'ah itu seperti kadar yang diberikan oleh suami yang miskin. Dia tidak boleh bandingkan hak isterinya dengan isteri orang tidak sekaya dirinya. Demikian hak-hak rakyat dalam setiap negara itu berbeza berdasarkan kekuatan kekayaan negara berkenaan.

Tidak boleh mana-mana kerajaan yang kaya menyamakan hak rakyat di negaranya dengan rakyat di negara yang lebih miskin daripadanya. Lebih buruk lagi jika sebahagian ‘bangsawan' dan ‘atasan' menikmati kekayaan sesebuah negara secara berlebihan sementara sebahagian rakyat hanya menjilat lebihan kuah yang tumpah ke lantai sahaja.

Keberkatan

Intipati yang penting dalam penghayatan amalan ekonomi yang jujur ialah mencari keberkatan yang diperolehi melalui harta yang terhasil dari sumber yang halal.

Kata Nabi Syuaib a.s yang bermaksudnya: "Baki (yang halal) Allah kepada kamu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman, dan aku bukanlah orang yang mengawasi kamu". (Surah Hud, ayat 86)
Inilah asas jiwa insan yang jujur dalam pengurusan ekonomi. Jiwa yang memadai dengan yang halal dengan tidak mengambil harta orang lain atau pun mengurangkan hak mereka. Memadai dengan apa yang tinggal dari pengurusan yang halal itu lebih baik dan diberkati Tuhan. Dilimpahkan kedamaian dan kebaikan dari pelbagai sudut dalam kehidupan.

Kebahagiaan bukan hanya diukur dengan jumlah harta tetapi kurniaan keberkataan limpahan Tuhan kepada kehidupan ini. Keberkatan adalah elemen yang ditekankan dalam pengurusan ekonomi Islam yang tiada dalam sistem ekonomi yang lain. Keberkatan itu seperti kata Al-Asfahani (meninggal 425H) bermaksud kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu. (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran ms 119, Damsyik: Dar al-Qalam)

Lihatlah bila keberkatan hilang maka orang yang kaya-raya pun hidup tanpa bahagia. Pencuri-pencuri harta awam hendaklah faham hakikat ini. Pengurus harta awam juga hendaklah faham. Justeru itu kita kena sedar bahawa jumlah jenayah dan keadaan tekanan hidup yang sedang meningkat dalam negara kita adalah antara tanda hilangnya keberkatan kehidupan.

Urus tadbir

Urus tadbir baik adalah istilah yang digunapakai pada hari ini bagi menggambarkan bagaimana institusi awam yang mengendalikan urusan dan harta awam ditadbir. Ia menggambarkan urustadbir yang bertanggungjawab lagi baik.

Beberapa anasir diletakkan oleh pelbagai pihak seperti UN, IMF, World Bank dan lain-lain dalam menetapkan karekteristik sesuatu urus tadbir yang baik. Sesiapa yang mengkaji tentang international development boleh menperincikannya.

Apapun, nasihat-nasihat Nabi Syuaib adalah kunci kepada urustadbir harta yang baik. Para pemerintah hendaklah insafi diri masing-masing ketika menguruskan harta negara. Sekali lagi saya ulangi apa yang Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) dalam kitabnya As-Siyasah asy-Syar'iyyah fi Islah ar-Ra'i wa ar-Ra'iyyah sebut:

"Tidak boleh para pemerintah membahagikan harta negara mengikut nafsu mereka seperti mana seorang pemilik harta membahagikan harta miliknya. Sebaliknya, para pemerintah hanyalah pemegang amanah, wakil dan utusan. Mereka bukan pemilik harta.

Ini seperti yang Nabi SAW sabda: "Aku - demi Allah - tidak boleh memberi (harta awam) ataupun menghalang seseorang. Aku hanya pembahagi yang meletakkannya di mana sahaja aku diperintahkan".

Ini diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah.
"Inilah rasul Tuhan semesta alam yang memberitahu bahawa dia tidak mempunyai hak menghalang dan memberi dengan kehendak dan pilihannya seperti mana seorang pemilik harta yang boleh berbelanja dengan hartanya, dan seperti raja-raja yang memberikan kepada sesiapa yang mereka suka.
Sebaliknya dia (Rasulullah SAW) hanya seorang hamba Allah, membahagikannya mengikut arahan Allah. Dia meletakannya di mana yang Allah perintahkan".

Sambung Ibn Taimiyah lagi: "Demikian apabila seseorang berkata kepada (Khalifah) Umar bin al-Khattab: "Wahai Amir al-Mukminin! Andainya engkau tambah peruntukanmu dari harta Allah ta'ala (harta negara).

Jawab Umar: "Tahukah engkau apakah bandingan antara aku dan rakyat? Ia umpamanya satu kaum yang berada dalam satu perjalanan, lalu mereka menghimpunkan harta mereka kemudian mereka menyerahkannya kepada seseorang untuk membelanjakannya untuk mereka. Apakah halal untuk lelaki itu mengutamakan dirinya dengan menggunakan harta mereka?." [m/s 51-52. Kuwait: Dar al-Arqam (1406H)]

PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN  adalah bekas mufti Perlis.
Tanda keruntuhan sampai

Kalau kita hanya ada pendapatan 100 ringgit sebulan maka secara logik kita akan berbelanja 70 atau 80 ringgit. Kalau boros sekali pun kita berbelanja 90 hingga ke 99 ringgit sebulan. Masih ada niat menyimpan sekurang-kurang seringgit untuk masa depan.

Dalam rumah tangga jika anak isteri kurang makanan, kurang pakaian atau kurang dana perubatan dari segi lojiknya sang ayah akan cuba sedaya upaya menyelesaikan agenda rumah tangga dahulu. Bukan pergi ke hulu ke hilir membantu jiran tetangga. Ini logik manusia seantero alam.

NONELogik manusia bermakna perkara yang kita lakukan itu masuk akal. Perbuatan atau hujah yang diberikan masuk akal dan di yakini. Ini berlainan dari logik mat pet. Mat pet, mat dian, mat candu atau sang pemadat mempunyai logik yang tidak masuk akal. Logik mat pet tidak dapat kita terima pakai kerana kita manusia rasional yang memiliki fikrah.

Mat pet lagi berdengung lagi di cucuk badan dengan dadah. Lagi kurang sedar lagi ditelan pil atau disedut asap candu. Akhirnya badan tidak sanggup lagi menerima. Darah dalam badan sang pemadat enggan bergerak akhirnya mat pet ini mati tegak dalam khayalan.

Sabar. Logik mat pet ini adalah juga logik empayar. Logik ini telah diguna pakai oleh Kublai Khan dari Mongolia ketika menjajah separuh dunia ini. Logik Mat Pet ini juga di gunakan oleh empayar Sepanyol, empayar Belanda dan empayar British. Kesemua sejarah empayar ini berakhir dengan empayar mati tegak.

NONEKalau mat pet giankan dadah untuk berkhayal. Empayar ada juga dadahnya. Empayar giankan dadah yang lebih spesial. Dadah untuk empayar ialah kuasa. Kuasa untuk berkhayal dan berkhayal untuk berkuasa. Berkhayal untuk berkuasa mendominasi dunia ini adalah dadah kepada semua empayar dari dulu hingga ke empayar Amerika hari ini.

Amerika Syarikat memiliki sejarah antifeudal dan antikolonial. Warga imigran dari eropah memanggil diri mereka American. Mereka bangun angkat senjata, 200 tahun dahulu melawan kuasa kolonial Baginda Queen. Awalnya orang kulit putih ini menjarah tanah Orang Asal. Kemudian ekonomi Amerika berkembang dengan kemasukan hamba abdi yang tangkap dari Afrika.

Siapa tak kenal Mek Donal?
Dari sini bermulalah sejarah perkembangan empayar Amerika. Mexico mula dijajah pada tahun 1846. Kemudian menjalar ke benua Amerika Latin menggantikan kuasa Sepanyol, ke Amerika Utara menggantikan kuasa Baginda Queen, kemudian ke Eropah, kemudian menjarah ke Afrika dan ke Asia sesudah kejatuhan Hitler, contohnya sesudah Perang Dunia Kedua.

Dari 1776 hingga ke 2013, empayar Amerika telah menakluk dunia. Tidak ada siapa dalam dunia ini yang tidak kenal Mek Donal. Tidak ada siapa yang tidak tahu apa itu apa itu Hollywood. Siapa yang menduduki Rumah Putih dilihat sebagai sosok yang paling berkuasa dalam dunia ini - melebih kuasa Firaun. Melintasi kuasa Shah Reza Pahlavi.

bernard madoff wall street 150 years imprisonment 300609 02Tapi dunia ini ada hukum alam. Yang naik akan turun. Yang di atas tidak akan selama-lamanya di atas. Ini hukum alam yang tidak ada siapa dapat mengubahnya. Apa yang bermula pasti akan berakhir. Selagi ada penindasan selagi itu akan ada perlawanan. Sekuat mana pun sesebuah empayar itu, ia akan berakhir. Dari zaman kuno kita mendengar empayar Inca, Empire Firaun, empayar Iskandar Zulkarnain atau empayar China, empayar Uthmaniah - semuanya terkubur.

Bilakah agaknya empayar Amerika atau kuasa imperialis Amerika ini akan punah musnah? Persoalan bila tarikhnya bukan mudah untuk dijawab kerana perjalanan tamadun manusia bukan seperti pertunjukan wayang ada tarikh dan waktu. Empayar bukan sesuatu yang dapat dipegang. Justeru apa yang dapat kita baca hanyalah tanda-tanda bahawa kuasa imperialis Amerika ini sedang menjunam jatuh.

Logik empayar ialah logik mat pet. Hari ini sistem kapitalis ekonomi Amerika sedang dalam keadaan nazak. Dolar Amerika nilainya semakin susut. Keyakinan dunia semakin merosot terhadap nilai dolar. Lihat dan perhatikan apa yang dilakukan oleh mat pet AKA empayar Amerika ini?

Ketika duit tidak cukup, ketika ekonomi kelam kabut, ketika inilah Amerika membuka medan perang di Afghanistan, di Iraq, di Syria dan di Libya.

Data 2013 dari Dewan Kongres Amerika menyatakan 43 juta warga Amerikaditakrif hidup bawah tahap kemiskinan. Jumlah 43 juta ini adalah warga Amerika yang menerima bantuan food stamp atau bahan makanan dari kerajaan untuk hidup. Dalam keadaan ini mat pet ingin ke hulu ke hilir menyebarkan ‘demokrasi'. Bunyinya lawak tetapi inilah logik mat pet.

Syria langkah garis merah

Bulan September 2013 telah berlalu. Pasti ramai yang tidak ambil pot tentang apa yang telah berlaku dalam bulan itu. Sebenarnya ada dua perkara yang amat penting telah berlaku. Kedua-dua perkara ini adalah tanda bahawa kuasa imperial Amerika sedang menuju keruntuhan.

Babak pertama mengambil tempat di Damsyik. Tim PBB sedang menyelidik letupan bom kimia dalam pentas perang Syria. Tiba-tiba di wilayah di mana tim PBB sedang menjalankan siasatan satu lagi bom kimia dikatakan meledak. Dunia menjadi heboh.

NONEKuasa imperialis Amerika berulang kali berkata: Senjata kimia adalah garis merah yang tidak boleh dilintasi. Jika dilintasi maka Syria akan diserang. Justeru pada minggu ledakan itu berlaku dunia menjadi tegang. Kuasa imperialis Amerika akan menyerang Syria, hanya menunggu arahan dari Obama.

Laporan dan penyelidikan dari Rusia dan NGO antarabangsa membuktikan bahawa ledakan bom kimia ini dilakukan oleh gerila-gerila upahan Saudi. Gerila upahan Saudi datang dari pelbagai negara. Mereka sedang berkeliaran melakukan keganasan atas nama Islam. Untuk gerila upahan ini ledakan bom kimia ini diharapkan akan menjemput Amerika dan kuasa bala tentera NATO untuk menyerang Syria, sama seperti yang telah dilakukan di Libya.

america ready for nuclear attack from north korea 220609 01Seperti biasa juru heboh kuasa imperial dari Obama ke Hillary ke John Kerry memberi amaran keras. Syria akan diserang kerana garis merah telah dilintasi. Bukti siapakah sebenarnya yang meledakkan bom kimia ini tidak penting. Dalam falsafah mat pet salah benar tidak mustahak.

Armada Amerika mula belayar ke Laut Teduh. Kapal terbang penyerang Amerika mula memanaskan enjin di sana sini. Dunia menunggu bilakah Tomahawk dan Cruise Missile akan meledak di Damsyik. Tup tup semuanya kecut. Semua jadi lembik apabila Rusia memberi kata dua bahawa tindakan Amerika ini salah. Malah Rusia memperbaharui niat untuk menghantar senjata ke Syria.

Tetiba kuasa imperial Amerika tidak lagi gah. Tetiba kuasa empayar ini mengundur dari menyerang Syria. Sah bahawa kuasa imperialis ini hanyalah ‘harimau kertas'. Gagalnya menyerang Syria ini menjadi tanda pertama bahawa kuasa imperialis Amerika tidak lagi memiliki kekuatan.

Budak-budak suruhan Amerika

Tanda kedua juga amat jelas. Tetapi mungkin ramai yang tidak melihat. Pada satu ketika dahulu Amerika Latin dijadikan kawasan belakang rumah oleh kaum pemodal Amerika. Jeneral dan kolonel diturun dan dinaikkan untuk menjadi presiden. Kesemua presiden dan kepala negara Amerika Latin menjadi budak suruhan Amerika.

Tetapi pada bulan September lalu di PBB untuk pertama kali setiap presiden dan ketua negara dari Amerika Latin yang berucap di podium PBB mengutuk Amerika. Kutukan ini berpunca kerana Amerika melakukan risikan melalui teknologi yang telah dibocorlkan oleh Edward Snowden. Alat risikan CIA ini telah ‘dibogelkan' untuk dunia oleh Snowden yang bekerja di Jabatan Pertahan Amerika sendiri. Pemimpin negara Amerika Latin ini berani menunjukkan kemarahan mereka terhadap Rumah Putih. Ini cukup bersejarah. Dalam istilah anak muda, ini rare.

united nation un general assemblyUntuk pertama kalinya dalam sejarah Amerika Latin, Presiden Brazil Dilma Rousseff telah menolak jemputan Barack Obama untuk bertemu di Rumah Putih. Bayangkan Mahathir Muhamad dan Najib Razak sanggup menghabiskan berjuta dolar untuk melobi agar dapat bergambar dalam Rumah Putih. Tetapi presiden wanita pertama Brazil yang juga bekas gerila Marxis ini secara terbuka menolak jemputan Obama. Ini satu tamparan untuk presiden Amerika.

Babak kedua, dalam bulan September lalu bukan sahaja Obama dimalukan oleh seorang bekas gerila malah lidah rasmi media China Xinhua berkata, telah sampai masanya ekonomi dunia ini dibebaskan dari kuasa imperialis Amerika. Perkataan yang digunakan ialah de-Americanized ekonomi dunia. Ini bermakna jual beli dalam dunia TIDAK lagi bersandarkan dolar. Malah dalam tulisan Xinhua ini China mahukan satu tata cara ekonomi dunia yang baru.

NONESemua ini tanda-tanda bahawa hari-hari akhir untuk kuasa Pax Americana telah sampai. Bala tentera Amerika yang berselirat di seluruh dunia kini hakikatnya sedang menjadi beban yang amat sangat untuk ekonomi Amerika. Perbelanjaan perang di Iraq, Afghanistan dan Libya sedang menjerut leher Uncle Sam.

Obama gagal datang ke Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2013 yang lalu. Ini kerana seluruh pentadbiran kerajaan Amerika ditutup kerana hutang terlalu tinggi. Ini wajib dibaca sebagai satu lagi tanda keruntuhan kuasa imperial. Jika hutang kerajaan berterusan dan pentadbiran ditutup lagi,mustahil 43 juta warga Amerika yang hidup dengan food stamps akan menjadi wira Amerika untuk menjaja ‘demokrasi'.

Kalau mat pet ini makan pun susah mustahil akan bertenaga untuk menyerang dan menundukkan negara Dunia Ketiga yang bebas dan merdeka. Kuasa imperial Amerika akan terus gian untuk berkuasa. Mat Pet ini akan terus - berkhayal untuk terus mendominasi dunia. Tetapi hukum dunia telah berubah. Amerika bukan lagi tidak boleh dilawan. Kuasa imperialis ini hanyalah harimau kertas.
Dipenjara lebih tempoh, bekas CEO dapat pampasan RM322,000
8:45PM Okt 31 2013
Mahkamah Tinggi memerintahkan pihak penjara dan dua lagi membayar pampasan berjumlah RM322,000 kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan BSN Bhd kerana cuai sehingga menyebabkan dia dipenjara melebihi tempoh.
  
Hakim Hadhariah Syed Ismail juga memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM15,000 dan faedah pada kadar lima peratus daripada jumlah pampasan mulai tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh kepada Ahmad Skhri Ramli.
  
Ahmad Skhri menamakan Ketua Pengarah Penjara Malaysia Datuk Seri Zulkifli Omar, Pengarah Penjara Kajang Datuk Al Zafry Mohamed Nassif, Pengarah Penjara Bentong Mohd Sakeri Dollah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.
  
Dalam penghakimannya, Hadhariah berkata pegawai di bawah seliaan defendan didapati cuai kerana tidak mempedulikan aduan plaintif semasa di penjara bahawa dia sudah melunaskan sebahagian daripada denda yang dikenakan ke atasnya.
  
Beliau berkata jika saksi defendan tidak mempercayai aduan plaintif kerana tiada resit pembayaran, mereka boleh menghubungi mahkamah bagi mendapatkan pengesahan.

Selain itu, Hadhariah berkata pihak penjara perlu memastikan tempoh pemenjaraan ke atas banduan adalah betul dan tidak boleh terkurang atau terlebih.
   
Penyataan tuntutan menyebut Ahmad Shkri dihantar ke Penjara Kajang pada 4 Ogos 2009 selepas gagal membayar denda berjumlah RM300,000 bagi dua pertuduhan terlibat dalam urusan jualan singkat.
  
Pada 21 Disember 2006, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengenakan denda RM150,000 atau penjara enam bulan bagi setiap  pertuduhan terhadap Ahmad Skhri mengikut Seksyen 41(2) Akta Perindustrian Sekuriti 1983.
  
Dia kemudian membayar denda itu secara ansuran berjumlah RM220,000 dari 24 Oktober 2007 hingga 4 Februari 2008.
  
Bagaimanapun, pada 4 Ogos 2009, rayuannya ditolak Mahkamah Tinggi dan Ahmad Skhri dihantar ke Penjara Kajang pada hari yang sama kerana gagal membayar denda berkenaan sepenuhnya.

Plaintif dijadual menjalani hukuman penjara selama setahun dan akan dibebaskan pada 3 Ogos 2010.
  
Dia kemudian dipindah ke Penjara Bentong pada 4 Disember 2009 dan dibebaskan pada 18 Februaro 2010 selepas pihak penjara menyedari
plaintif sudah menjelaskan sebahagian daripada denda menerusi peguamnya.
  
Tuntutan Ahmad Shkri mendakwa, jika diambil kira wang denda yang sudah dibayarnya, tempoh dia sepatutnya dipenjara ialah dua bulan tujuh hari sahaja dan bukan enam bulan 15 hari seperti yang terpaksa dijalani.
  
Saman yang difail Tetuan Law Practice of Rafique pada 15 Febriaro lepas itu, antara lain, menuntut gantirugi am dan khas, gantirugi teruk, gantirugi teladan serta wang denda yang dibayar plaintif kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dikembalikan.
  
Ahmad Skhri, ketika ditemui di luar mahkamah, berkata dia gembira dengan keputusan mahkamah setelah terpaksa meringkuk dalam penjara melebihi tempoh yang sepatutnya.
  
Dia kini bekerja sebagai perunding sambilan dengan sebuah syarikat kontraktor.
  
Plaintif diwakili peguam Muhamad Rafique Rashid Ali manakala Peguam Kanan Persekutuan Hani Aziza Ismail mewakili kesemua defendan.
  
- Bernama
Kata kata orang kafir...
Like · · · 2 hours ago via mobile ·

Hati-hati ketika isi minyak!!

By rosiisma on 31 October 2013 | 11:56 PM

Cara mengesan penipuan yang dilakukan menggunakan silinder penyukat cecair bahan api. - Sinar Harian
Sepatutnya pengguna menerima 70 liter petrol dengan RM100 tetapi yang diterima 65 liter sahaja.

Penipuan tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor, Ipoh yang dikenalpasti PPDNKK Negeri. Mereka mengubah suai pam pengagih minyak (pump dispenser) dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Metrologi Corporation Malaysia (MCM) Sdn Bhd. Tujuannya tentulah untuk mengaut untung lebih dan segera sejak beberapa bulan lalu.

Tiga stesen minyak tersebut diserbu dan hanya satu daripadanya disita secara keseluruhan.
Kini mereka disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda RM4,000 bagi setiap sukatan yang diselewengkan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebagai pengguna perlu juga kita memerhatikan meter minyak kereta masing-masing. Sekiranya nampak berkurangan [memang dah berkurang pun dengan kenaikan 20 sen baru-baru ini] dan yakin adanya penipuan, boleh  laporkan ke PPDNKK.


Muslimah Pas added 2 new photos to the album UNDANG-UNDANG ALLAH SWT.
Like · · · 49 minutes ago ·



Artis ke Sungai Limau bantu kempen BN

Written By canang on Jumaat, 1 November 2013 | 11/01/2013 10:13:00 PG


Kelihatan ABON di belakang sana turut menyertai PESTA "HAMBAT ITIK SERATI DALAM BENDANG".. 
*Mohon enkorang tengok yang blakang tuh, bukan depan ni tau.. Kikikiki
Malaysiakini sempat singgah ke sebuah rumah di Batu 18 yang menjadi tempat persinggahan seniwati Norlia Ghani, pelawak Abon, penyanyi Hail Amir, serta pelakon Aznah Hamid yang turun berkempen untuk BN.

Norlia Ghani yang popular memeran watak Joyah dalam siri Opah tidak lama dahulu bertindak sebagai jurucakap artis ini menjelaskan  program mereka ini dinamakan 'Ziarah Syukur'.

Menurutnya, ini merupakan kali kedua program ini diadakan selepas pilihan raya umum lalu.


"Kalau boleh kita nak semua rakyat faham yang mana satu yang kita nak pilih sebab kita ada hak untuk mengundi dan memilih.

"Kalau kita pilih salah, susahlah kita nanti," katanya yang memakai baju-T berwarna pink dengan tulisan "Pilihlah BN".


Menurutnya lagi, di sebelah pagi mereka telah berkunjung pasar untuk berkempen dan di sebelah petang nanti mereka akan bersama orang ramai dalam acara sukan bendang seperti menangkap itik, menangkap ikan keli serta berlari dalam bendang.


Selain beliau, artis-artis lain yang turun berkempen adalah pelawak AR Badol, Abon, Aznah Hamid, Nadia AF, serta Datuk Mustapha Maarof.

Ziarah ini kata Norlia lagi, dilakukan dengan sokongan Anggota Parlimen Kulim Bandar Bharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Tiada ulasan: