Bekas pegawai kanan polis saman AG RM128.5j
Enam
tahun lalu, bekas pegawai kanan polis Datuk Ramli Yusuff diheret ke
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan lima pertuduhan, yang disangkalnya
dalam perbicaraan yang panjang.Hari ini bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial itu menamakan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan 12 lagi dalam saman RM128.5 juta atas dakwaan membuat pendakwaan berniat jahat.
Ramli (kiri), 61, turut menamakan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beberapa pegawainya, ketua pendakwa Jabatan Peguam Negara Datuk Nordin Hassan, ketua Badan Pencegah Rasuah (BPR) polis serta kerajaan sebagai defendan.
Langkah itu ekoran pembebasan beliau di Kuala Lumpur dan Sabah selepas kerajaan gagal memulihkan pelbagai hak dan keistimewaan beliau sebagai pegawai atasan kerajaan.
Ramli berada di kedudukan tiga teratas dalam pasukan polis ketika ditahan.
Ramli berkata, beliau sebelum ini dinasihatkan oleh pegawai atasan kerajaan untuk tidak memulakan tindakan undang-undang sebelum pilihan raya umum 5 Mei lalu.
'Lebih baik tonton Tanda Putera dari ceramah PAS'
Di hari-hari terakhir menjelang pengundian pilihan raya kecil Sungai Limau, BN kini memulakan tayangan filem kontroversi Tanda Putera di bilik gerakannya.Ditayangkan dengan layar besar, buah tangan pengarah Shuhaimi Baba ditayangkan menggunakan sistem bunyi yang canggih sehingga dapat didengar hingga ke jalan raya berdekatan.
Ia ditayangkan di pusat operasi BN dan pondok yang kebetulan berdekatan dengan markas lawan mereka PAS.
Malaysiakini mengesan tayangan itu dibuat di Pekan Sungai Limau Dalam, sebuah kawasan majoriti Cina dengan kira-kira 1,800 pengundi.
Difahamkan, tayangan akan turut dibuat esok di Sekolah Kebangsaan Sungai Daun Tengah, yang terletak 4.7km dari Sungai Limau.
Bagaimanapun, Gerakan, yang disasarkan dalam beberapa insiden keganasan dalam filem itu tidak merasakan apa-apa masalah dengan langkah itu.
Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang (atas) mencadangkan pemilih di Sungai Limau menontonnya daripada mendengar ceramah PAS.
Antara lain, katanya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal menetapkan pendiriannya berhubung pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dalam siri-siri ceramah mereka.
"Mereka berbolak balik dalam isu dan berbeza pendapat berhubung GST," kata Tan kepada Malaysiakini.
"Saya tidak nampak apa-apa salah dengan filem itu, Barangkali, dengan Umno menayangkannya, mereka dapat tarik undi buat calon."
Khutbah: GST tak akan bebankan rakyat
Mimbar
Jumaat hari ini menggesa umat Islam menyokong pelaksanaan cukai
barangan dan perkhidmatan (GST) serta tidak meremehkan usaha kerajaan
"memperteguh ekonomi ummah" melalui pengenalan cukai baru itu.
Melalui khutbah itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai pengelolanya berhujah, GST tidak membebankan kerana ia menyusun semula sistem percukaian supaya lebih berkesan, saksama dan telus serta mengelakkan cukai terselindung dan bertindih.
Malah, tambahnya, sistem cukai itu juga telah dilaksanakan di luar negara.
"Janganlah kerana mengharapkan bulan dan bintang jatuh ke riba dan terpesona dengan bayangan palsu yang diciptakan oleh pihak musuh, jangan meremehkan dan mempersendakan usaha murni kerajaan yang sedang berjuang bagi membela dan mengangkat martabat ummah," khutbah itu dipetik.
Sementara itu, mimbar juga berhujah, belanjawan yang dibentangkan menteri kewangan Jumaat lepas juga mengambil kira kepentingan rakyat, antaranya melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), bonus kakitangan awam, pembinaan rumah mesra rakyat dan bantuan yuran taska.
Khutbah juga mengucapkan tahniah kepada pemerintah, terutamanya perdana menteri atas pembentangan bajet yang disifatkannya mendahulukan kepentingan rakyat.

BN & PAS kekalkan sokongan di kubu masing-masing
Sejak
kempen bermula pada 23 Oktober lalu, BN selaku kerajaan Persekutuan
telah menghulurkan 'bantuan' berjumlah sekurang-kurangnya RM6 juta buat
pengundi di N20 Sungai Limau.
Sayangnya, taktik tersebut sehingga kini nampaknya masih belum mampu mengubah fikiran sebilangan penduduk tempatan yang masih tegar menyokong PAS terutamanya di kawasan yang dianggap kubu kuat parti itu seperti di Bukit Besar, Guar Chempedak serta Kampung Sungai Limau Dalam.
Tinjauan Malaysiakini di kubu kuat PAS, Kampung Sungai Limau Dalam mendapati penyokong parti itu tetap setia menyokongnya walaupun BN kini memerintah di peringkat negeri.
Hashim Abu Hassan (kiri), 75, berkata beliau tetap akan mengundi PAS kerana prinsip asas parti itu yang memperjuangkan Islam.
"Saya mula-mula mengundi saya dah pilih PAS.
"Saya mengaji Islam, jadi dia Islam, kita undi Islamlah," katanya sewaktu ditemui di sebuah kedai kopi di semalam.
Ditanya tentang BN yang mendakwa mereka juga memperjuangkan Islam, Hashim berkata beliau tidak percaya kepada parti itu yang pernah berlaku 'zalim' kepadanya.
Dakwanya, kerajaan 'membeli' tanah-tanah sawah beliau sebelum ini untuk dibuat sekolah dan rumah-rumah guru pada harga yang rendah daripada nilai pasaran.
"Bayar saya RM17,000 sedangkan tanah itu dah harga RM70,000 ke RM80,000. Itu zalimlah," katanya.
"Bila tengok muka dia, aura dia itu nampak menarik.
"Golongan muda ni pemikiran dia meluas, idea dia meluas sikit, boleh tarik golongan muda," katanya merujuk kepada Azam.
Beliau yang akan mengundi buat kali keempat pada pilihan raya kecil kali ini kelihatannya tidak termakan dengan janji pembangunan BN.
"Di sini sebelum PAS memerintah memang dah ada pembangunan," katanya.
Jelasnya lagi, pengundi-pengundi muda yang menyokong PAS juga sedia maklum bahawa bantuan-bantuan yang dihulurkan BN datangnya daripada duit rakyat yang menyumbang kepada negara tanpa mengira fahaman politik.
"Macam depa cakap, bagi, kita ambil," katanya merujuk kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan persekolahan yang diberikan kerajaan.
Seorang lagi pengundi, Hujaiymi Abu Bakar (kanan), 28, melahirkan kebimbangannya dengan wang yang telah dihulurkan BN setakat ini.
Menurutnya, ia sedikit sebanyak mungkin boleh mempengaruhi pengundi atas pagar serta pengundi Cina.
Undi kaum Cina
"Di sini dengan cara turun duit macam banyak juga.
"Yang saya risaukan akan terpengaruh mungkin pengundi Cina serta yang berada di atas pagar," katanya.
30 Oktober lalu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan bantuan sebanyak RM2.2 juta untuk tiga buah sekolah Cina serta tabung pendidikan Cina di Sungai Limau.
Ditanya tentang janji pembangunan yang mahu dibawa BN ke Sungai Limau, Hujaiymi berpendapat kemudahan yang sedia ada sekarang ini sudah mencukupi.
"Kalau bercakap soal pembangunan, yang ada ini pun dah mencukupi," katanya.
Pada pilihan raya umum lalu, PAS menguasai 13 daripada 19 pusat daerah mengundi di Sungai Limau.
Pas menang di daerah mengundi Matang Buloh, Sungai Dedap, Gelam Tiga, Bukit Choras, Bukit Besar, Simpang Tiga Luar, Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka, Ulu Sedaka, Padang Lumat, Batu Enam Belas dan Kampung Titi Batu.
Sementara BN pula menang di Simpang Tiga, Selengkoh, Sungai Daun, Dulang Besar, Dulang Kechil dan Sungai Kering.
Pembantu kedai Nurliana Ghazali (kiri), 26, yang ditemui di Dulang Besar mahu melihat pembangunan yang sama di kawasan DUN dalam Parlimen Jerai dibawa ke Sungai Limau.
"Kalau tengok di Jerai, yang berada di bawah BN, jalan dia lagi besar dan orang lagi ramai ke sana," katanya yang bekerja di sebuah kedai elektrik.
Mesra orang muda
Beliau mendakwa turut kecewa dengan pentadbiran PAS sebelum ini yang menurutnya pernah melakukan majlis pecah tanah beberapa kali di tapak yang sama tetapi sehingga kini belum lagi mendirikan sebarang rumah.
"Kali pertama dan kali kedua buat memang ada orang pergi. Kali ketiga buat, memang tak ada orang pergilah," katanya.
Rakan sekerjanya, Mohd Akmal Abdul Rahman, 24 turut bersetuju dengannya dan menambah, golongan belia di Sungai Limau mungkin akan mengundi BN kerana ketrampilan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahahthir.
"Beliau mesra rakyat dan dekat dengan orang muda.
"Datang sini pun naik motosikal dan pakai kain pelikat sahaja," katanya sambil menambah beliau yakin Mukhriz akan mampu membantu prestasi bola sepak Kedah.
Kerusi dewan undangan negeri Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara BN dan PAS selepas penyandang, Tan Seri Azizan Abdul Razak meninggal dunia pada 26 September lalu.
Adakah kedua-dua gambar ini burung yang sama?
Seorang jurugambar yang berpejabat di Manila nampaknya begitu pasti. Dia menuduh Pos Malaysia "mencuri" salah satu fotonya dan menggunakannya pada setem pos Malaysia.
Romy Ocon berkata, beliau sedang mendapatkan nasihat peguam mengenai tindakan terhadap Pos Malaysia selepas mendapati salah satu fotonya mungkin telah digunakan tanpa kebenarannya sebagai sebahagian daripada koleksi setem Tahun Melawat Malaysia 2014.
"Nampak seseorang telah mencuri salah satu foto saya - foto burung Shrike berekor panjang (Lanius schach) - kemudian tersilap menggunakan sebagai burung Falconet berdada putih dalam setem yang dikeluarkan oleh Malaysia," tulis Romy Ocon di laman forum dikenali sebagai Digital Photography Review.
Di bawah tajuk, 'foto saya telah dicuri dan digunakan dalam setem Malaysia?', Romy mencerita bagaimana dia menemuinya dan membandingkan gambar asalnya dengan yang dipaparkan pada setem di bawah satu kempen pelancongan.
Apabila Yahoo Malaysia klik pada pautan yang kononnya menyambung ke halaman Facebook Pos Malaysia, ia memaparkan "kandungan ini tidak ada buat masa kini."
Aduan Romy itu turut dipaparkan di forum Fred Miranda, satu lagi laman perbincangan dalam talian untuk fotografi.
'Dua kesilapan besar'
Dalam tulisan di forum itu, Romy mendakwa bukan sahaja foto tersebut didakwa digunakan tanpa kebenaran, tetapi ia juga salah kapsyen.
Menurutnya, "sesiapa yang membuatnya, telah melakukan dua kesilapan besar. Pertama, mencuri gambar saya dan menggunakannya tanpa kebenaran, dan kedua, sangat jahil, kerana Falconet berdada putih sangat berbeza dengan Shrike berekor panjang."
Romy (kanan) menambah, "Saya pasti kerajaan Malaysia tidak akan dengan sengaja membenarkan perbuatan keji ini (yang sepatutnya sangat memalukan mereka), dan saya berharap mereka akan menyiasat siapakah yang melakukan ini dan membetulkan kesilapan itu."
Dalam temubual emel, Romy memberitahu Yahoo Malaysia bahawa beliau sedang berbincang dengan peguamnya mengenai langkah seterusnya yang boleh diambil berhubung tuduhan tersebut.
Yahoo Malaysia juga bertanya kepada Romy sama ada beliau yakin itu adalah fotonya. Katanya, beliau melakukan satu analisis ke atas foto tersebut dan mendapati ada banyak ciri-ciri yang sama di antara gambar pada setem itu dengan gambarnya. Anda boleh melihat analisis tersebut di sini.
Beliau menyediakan kepada Yahoo Malaysia satu lagi analisis video, yang menunjukkan bagaimana gambar tersebut mungkin telah diedit dengan menindih (superimpose) ciri-ciri pada imej asal, menggunakan perisian menyunting foto .
"Terdapat analisis lain oleh jurugambar dalam thread dalam DP Review dan Fred Miranda, yang mengesahkan bahawa foto-foto itu adalah imej yang sama. Saya yakin bahawa satu analisis oleh pakar-pakar bebas, akan mengesahkan perkara yang sama.
"Saya mempunyai fail RAW imej tersebut, jadi saya boleh membuktikan milik hak cipta dalam mana-mana forum atau tempat," kata Romy yang terlibat dalam bidang fotografi hidupan liar sejak 2004.
Yahoo Malaysia bertanya kepadanya sama ada beliau pernah mengalami kecurian gambar sebelum ini. "Ya, banyak kali. Tetapi ini adalah kali pertama sebuah institusi kerajaan, dan jiran di Asia Tenggara, terlibat," kata jurugambar berusia 48 tahun itu.
Yahoo Malaysia difahamkan bahawa Pos Malaysia sudah menyedari mengenai tuduhan tersebut dan sedang bertemu Tourism Malaysia berhubung perkara itu. Yahoo Malaysia diminta mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi itu lewat hari ini.
Romy memberitahu kami bahawa beliau akan menasihati jurugambar lain supaya hanya menyiarkan versi kecil foto mereka dalam talian dan hendaklah sentiasa meletakkan watermark pada hasil mereka untuk mengelakkan dicuri.
- Yahoo Malaysia

Azam ada 'aura'
Ibu kepada dua anak, Nor Azira Abu Bakar (kiri),
38, yang mengusahakan kedai kopi berkata beliau tertarik untuk mengundi
calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat kerana 'konsep baru' beliau."Bila tengok muka dia, aura dia itu nampak menarik.

Jurugambar asing dakwa Pos Malaysia curi fotonya

Wanita gelandangan ditemui mati di kaki lima bank
Seorang
wanita gelandangan ditemui mati dengan kesan koyakan pada bahagian
kanan mukanya, dipercayai dibunuh, di Jalan Tun HS Lee, di ibu negara
hari ini.
Mayat wanita berusia 60-an itu ditemui oleh orang awam di kaki lima berhampiran sebuah bank pada pukul 7 pagi tadi, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.
"Wanita ini dikatakan sering meminta sedekah di kuil di Jalan Tun HS Lee ini dan juga di Batu Caves," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama, di Kuala Lumpur.
Sementara itu, sumber polis memberitahu Bernama, identiti mangsa belum dikenal pasti, namun dipercayai warga tempatan.
Siasatan awal polis di lokasi juga tidak menemukan sebarang senjata, namun mangsa dipercayai dipukul dengan senjata tajam sehingga mengoyakkan bahagian pipinya, kata sumber itu.
Sementara itu, di Subang Jaya, seorang pekerja kilang warga Nepal, ditemui mati dalam keadaan tergantung dengan lehernya diikat pada rak besi, di dalam stor sebuah kilang pengeluar produk dandanan diri awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata mayat Mohan Nato, 25, yang dipercayai dibunuh, ditemui pada pukul 6 pagi oleh penyelia kilang yang mencarinya apabila mangsa gagal kembali bertugas selepas tamat waktu rehat.
Mangsa bekerja syif malam dari 5 petang hingga 5 pagi bersama-sama seorang rakan senegara dan dua rakyat tempatan. Mangsa dikatakan tidak masuk bertugas semula selepas waktu rehat tamat pada pukul 3 pagi.
"Terdapat kesan cedera pada bahagian atas kepala dipercayai akibat hentakan objek keras. Selain itu pihak polis juga menemui tompokan darah kira-kira 60 meter dari tempat mangsa tergantung," katanya menerusi SMS.
-Bernama

Ahli perniagaan wanita maut ditikam
Seorang
ahli perniagaan wanita meninggal dunia akibat ditikam di dada
menggunakan senjata tajam di Apartment Bukit Permata, Lumut di Seri
Manjung semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Jaafar Baba berkata Nariza Mustapha, 32, disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Seri Manjung pada pukul 10.45 pagi.
Sebelum itu, ibu kepada dua anak itu ditemui terbaring di dalam bilik tidurnya di apartment itu dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada pukul 7.30 pagi, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung hari ini.
Beliau berkata laporan bedah siasat menunjukkan mangsa maut akibat pendarahan yang banyak selepas berlakunya tikaman di bahagian dada.
"Siasatan awal polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk maklumat terperinci," katanya.
Jaafar berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai teman lelaki mangsa untuk membantu siasatan. Lelaki yang merupakan anggota pasukan beruniform itu ditahan reman sehingga 7 Nov.
"Mayat Nariza telah dituntut oleh waris dan dibawa pulang ke Rantau Panjang, Kelantan untuk urusan pengebumian," katanya.
- Bernama
http://www.kualalumpurpost.net/dna-testing-services/
Seorang staf wanita bank ICBC cawangan Chengdu telah mencipta sejarah hitam dalam hidupnya apabila video seksnya dengan seorang lelaki tersebar meluas di internet.
Zheng Xuan dikatakan bekerja di ICBC kerana mengenakan uniform bank tersebut ketika melakukan hubungan seks dengan lelaki berkenaan.
Kes ini bukanlah satu perbuatan khianat oleh teman lelakinya tetapi menurut laporan akhbar harian di sana, teman lelakinya telah kehilangan telefon bimbit dan segala perlakuan mereka dirakamkan melaluinya.
Akibat dari kejadian tersebut, video perlakuan seks mereka serta beberapa keping gambar bogel staf wanita itu telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, menurut sumber Pilihan anda.
Entahlah, sejauh mana kebenaran ‘kehilangan’ telefon itu tidak dapat dipastikan. Sejarah hitam pastinya tercipta, moralnya, jangan rakam aksi tak senonoh anda melalui telefon!

Hilang telefon bimbit, rahsia terbongkar
DNA – Testing Services / Perkhidmatan Uji – DNAhttp://www.kualalumpurpost.net/dna-testing-services/
Seorang staf wanita bank ICBC cawangan Chengdu telah mencipta sejarah hitam dalam hidupnya apabila video seksnya dengan seorang lelaki tersebar meluas di internet.
Zheng Xuan dikatakan bekerja di ICBC kerana mengenakan uniform bank tersebut ketika melakukan hubungan seks dengan lelaki berkenaan.
Kes ini bukanlah satu perbuatan khianat oleh teman lelakinya tetapi menurut laporan akhbar harian di sana, teman lelakinya telah kehilangan telefon bimbit dan segala perlakuan mereka dirakamkan melaluinya.
Akibat dari kejadian tersebut, video perlakuan seks mereka serta beberapa keping gambar bogel staf wanita itu telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, menurut sumber Pilihan anda.
Entahlah, sejauh mana kebenaran ‘kehilangan’ telefon itu tidak dapat dipastikan. Sejarah hitam pastinya tercipta, moralnya, jangan rakam aksi tak senonoh anda melalui telefon!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan