Jumaat, 1 November 2013

MACAM2 KETAGIH



7 Jenis Fesyen Tudung Seksi Di Malaysia.


Siapa yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari dan terkini? Kalau tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang ambik tahu pasal fesyen tudung terkini, digalakkan untuk baca.
Mungkin anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman. Berikut merupakan jenis dan fesyen tudung yang boleh kita dapati di Malaysia. Bunyinya agak pelik, tapi inilah hakikatnya. Fesyen tudung menarik ini menjadi gilaan ramai wanita kini.
1. Tudung Bukit
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Ini lah dinamakan tudung bukit. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.
2. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang dinamakan tudung sarung nangkayang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan…
3. Tudung Alien
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini memang sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.
Maksud hadis: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya” [HR Muslim]

4. Tudung Papa Kedana
Kebanyakan yang pakai tudung papa kedana ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri…
5. Tudung Siput
Ni, tak tau nak terangkan macam mana bentuknya tudung siput ni… Tak terkata. Fesyen? Entah… Mungkin pembaca lebih arif. Macam fesyen Lady Gaga pun ada gak ni. Pelik betul…

6. Tudung Retis
Ini satu masalah besar lagi. Tudung retis yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. Pakai la tudung yang elok-elok macam Wardina ke, Isma ke.
7. Tudung Muslimah
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan tertib. Tudung muslimah ini tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada :)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.

Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.

Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]
 Idrus Maut Akibat Kemalangan
Posted on Friday, November 01 @ 02:36:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Dr Ramli Pemilik Ferrari & GTR35 Yang di Pandu Azhar Idrus Maut Akibat Kemalangan | Al Fatihah terlebih dahulu diucapkan kepada Dr Ramli Pemilik Ferrari & GTR35 yang mana Ustaz Azhar Idrus pernah meminjam dan memandu kereta beliau satu ketika dahulu.

Di bawah beberapa gambar kenangan UAI bersama Dr Ramli, gambar kemalangan dan juga video UAI pernah memandu uji Ferarri.


Gambar terakhir arwah dr Ramli bersama UAI sebelum UAI berangkat menunaikan haji dan menerima suntikan meningitis dari beliau sendiri





malaysiasensasi.net
 Perlukah Antivirus Pada Windows 8 Atau 8.1?
Posted on Friday, November 01 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu




Banyak pertanyaan berkaitan dengan antivirus untuk Windows 8 dan windows 8.1. Tak banyak jawapan yang tepat tapi bergantung kepada penggunaannya. Saya rasa untuk pengunaan biasa adalah tidak perlu. Saya ambil petikan tulisan seorang guru ICT yang ada pengalaman dalam mengurus makmal dan tulisan ini walaupun menggunakan loghrat daerah dan lebih bersembang tapi ada maklumat yang boleh dikongsi.

Saya turunkan petikannya:-


Ramai yang bertanya, adakah perlu antivirus pada Windows 8. Aku selalu jawab secara 'ngajing' (perli).. "Kalau banyak pitis (wang) pakailah (gunalah)".

Tapi kadang kala orang tak yakin dengan kenyataan aku. Tak banyak yang tulis perkara ini, yang aku dengar ramai cerdik pandai komputer yang beri kursus akan sebut perlu install antivirus pada windows 8, mungkin itu secara teori.

Aku ditugaskan mengurus makmal ICT semenjak 2002. Pada masa itu dibekalkan antivirus Mc Afee. Selepas itu makmal tunggang langgang pasal pihak yang bertangungjawab tak tahu nak urus kebajikan makmal. Antivirus tak dibekalkan. Aku 'crack' Mc Afee dan boleh guna secara sah menggunakan email aku(hotmail.com) dan email sekolah Sultan Omar.

Aku mula malas nak guna antivirus lain, walaupun mc afee menyebabkan pc menjadi slow untuk load tapi setakat aku guna pakai sehingga 2007 tak ada masalah. Virus Brontok (puak Indon punya) yang banyak menyerang pada masa itu tidak dapat menebusi makmal aku sebab aku perangkap dengan full sharinguntuk satu komputer bagi mengesan kedududkan brontok dalam rangkaian network sekolah.

Malah dengan bantuan satu program Iran (nanti kata aku syiah pula!!) RRT.exe komputer yang dijangkiti virus brontok boleh baik pulih sendiri selepas mc afee di update.
Aku bertukar kepada kaspersky setelah makmal diambil alih oleh Schoolnet. Masa tu ada juga kompratasi aku dengan pihak Schoolnet pasal nak guna Mc Afee atau Kapasersky.

Dia orang pandai nak install (dapat duit) yang nak mampus nanti menjaga makmal nanti aku... Aku kata ikut akulah nak letak apa?? Kan logik... Tapi akhirnya aku mengalah.

Selepas itu aku mula 'mengganas' kaspersky. Aku guna yang workstation punya versi 6. Ada satu cerita joke seorang pelajar aku yang aktif dalam komputer nak beri aku Kaspersky Anti-Virus versi 8 (masa tu terkini). dia ingat aku pakai versi 6, "komang" (rendah atau tak baik..)  punya

Sebenarnya pelajar tersebut tak faham kaspersky ada banyak versi dan workstation walaupun versi 6 adalah yang terbaik kerana khusus untuk server dan rangkainnya.

Aku mula menghadapi masalah dengan kaspersky workstation apabila kaspersky tak support untuk windows server 2008. Akhirnya mereka downgradekan server aku kepada server 2003.

Macam selalu akhirnya pengurusan makmal pihak atasan tunggang langgang lagi. Antivirus tak dibekalkan. Aku mula 'crack' kaspersky dan menggunakannya sehingga wujud  Microsoft Security Essentials yang diberikan secara percuma kepada pengguna windows 7 original.


Bila aku beli HP Folio13 dengan Windows 7 Profesional Original. Aku masa tu malas nak intall antivirus (aku sebenar lebih suka tak ada antivirus... tak serabut..) dan penggunaan pula secara lasak (banyak masuk laman crack dan hackers) tetapi aku dapati Microsof Security Essentials (MSE) boleh menangkis serangan malware dengan baik. Malah fail amtlib.dll (untuk crack photoshop) pun dikesan oleh MSE ini sebagai potentially harmful software.

Bila aku mula install Windows 8 dalam bahasa Sepanyol (masa tu masih tak ada crack dalam versi english) "berjelir juga"... (baca di sini) aku cuba install MSE tetapi tak dibenarkan kerana Microsoft kata MSE sama sahaja dengan Windows Defender yang ada ada pada windows 8.

Rupaynya Microsoft tukar MSE kepada Defender dan sebelum semasa windows XP, Vista dan Windows 7 defender sekadar pertahanan biasa kepada malware tidak bersifat fully protected.

Selepas aku guna hampir 11 bulan untuk 50 pc makmal (tak masuk lagi notebook dll) aku dapati Windows Defender adalah terbaik bagi yang malas nak install antivirus. teruji bukan teori semasa khusus!! tak percaya? marilah ke makmal aku bawalah pendrive yang ada virus... Boleh pilih mana-mana pc untuk di "cucuk cuba".

Sekarang aku sudah tidak lagi download antivirus dan juga burning sofware (ini aku tulis nanti) Tak payah cari dengan aku BitDefender, Avira, Kaspersky, Mc Afee, Kerio, Panda, Shawdows dll

Satu masalah kepada Windows Defendar ialah kita tak tahu macam mana dia bekerja. Mungkin microsoft buat begini untuk mengatasi "Anti Monopoli". Kalau tidak mampus syarikat antivirus. Macam mana mampusnya Norton PC Anyware apabila microsoft buat Remote Destop sendiri yang buil-in daripada dalam. Windows defender adalah buil-in daripada dalam OS. Bagi saya sangat baik.


Bila ada gangguan (virus, spyware, malware dll) bendera di hujung kanan akan bertanda pangkah (ini kadang kala pengguna tak sedar). Tanda amaran sebenar keluar tapi sekejap aje dan tanda hilang. Pengguna kena klik bendera tersebut. Satu paparan seperti di bawah akan keluar.

Kalau jenis yang membahayakan, tanda amaran hujung sebelah atas kanan akan keluar sekejab aje dan virus atau malware berkenaan akan dibunuh (clean)secara automatik.  



Yang saya suka dengan Windows Defender kerana dia tanya kita dulu nak buat apa. Ini boleh menyelamat fail-fail crack daripada automatik clean.


Kita boleh piliha action.



dan pastikan paparan hijau akan kelihatan.

Bagaimana nak matikan Windows Defenders untuk install sesuatu crack yang di'makan' oleh defender.


Tekan WIN + X untuk menu tepi bar. Pilih Control panel --> Pilih Windows defender dan tipkan Turn On Real Time Protetion. Awas jangan lupa tips semula kalau kita tak tips on sampai bila-bila pc kita tak protect!!

Kalau tanya saya, saya akan jawab TAK PAYAH INSTALL ANTIVIRUS, sudah memadai dengan Windows Defender.

Sumber Asal : LINK

Isteri Berzina Dengan Lelaki Lain Ketika Suami Di Makkah

Written By canang on Jumaat, 1 November 2013 | 11/01/2013 10:23:00 PTG

Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu.

Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.

Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.


Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap.

Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Makkah untuk menunaikan haji.

Katanya, sejurus ditangkap berkhalwat, ustazah terbabit menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian dan terus meminta cerai.

Menurutnya, ustazah terbabit dan suaminya berkahwin pada 1997, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata menyebabkan mereka mengambil dua anak angkat termasuk seorang daripadanya dipelihara sejak kecil.
“Wanita itu bertemu dengan duda yang juga bekas rakan sekolahnya ketika perlawanan boling pada awal tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah perasaan dan menagih simpati.

“Ustazah itu memberitahu duda terbabit kononnya dia tertekan kerana suami berkahwin lain sedangkan sebelum ini, dia sendiri bersetuju serta membenarkan suaminya berpoligami dan mereka sama-sama ke mahkamah untuk menguruskan perkahwinan itu.

“Tetapi, sebagai seorang yang ada latar belakang agama, hubungan dengan lelaki lain bukan cara untuk mengatasi tekanan lebih-lebih lagi dia masih berstatus isteri orang dan perhubungan itu mendekatkan mereka dengan maksiat,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas ditangkap, duda itu pula mengaku dia pernah terlanjur dengan wanita berkenaan, tetapi di pihak ustazah terbabit, dia masih mahu ‘menegakkan benang basah’ dan menyebarkan berita kononnya dia dianiaya.

Menurutnya, demi menjaga nama baik keluarga dan maruah isteri, suami ustazah terbabit membuat pengakuan kononnya membenarkan duda terbabit menjemput isterinya yang baru pulang daripada rombongan sekolah, sebelum mereka ditangkap khalwat.

Katanya, ketika ditangkap, pasangan terbabit memberi alasan duda terbabit datang untuk menghantarnya pulang ke rumah dan membantu mengangkat beg.

 Lelaki Ini Datang Kerumah Sakit Dengan Kepala Tertancap Pisau
Posted on Friday, November 01 @ 11:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol





Lelaki di China ini datang kerumah sakit dengan kepakla tertancap pisau serta darah yang bercucuran membuat pihak rumah sakit langsung menyuruhnya masuk keruang periksa dokter. Lelaki di China bernama Ho Lung datang kerumah sakit dengan keadaan yang sangat mengerikan sebuah pisau yang tertancap di kepalanya membuat banyak orang yang melihat Ho Lung menjadi takut.

Anehnya dengan pisau yang tertancap di kepala Ho Lung tidak merasakan sakit sama sekali padahal dari hasil oemeriksaan dokter, akibat dari tusukan pisau dikepala Ho Lung sudah kehilangan pembuluh darah utama hal ini yang membuat pria ini mencucurkan darah yang cukup banyak. Dokter pun akhirnya memilih untuk melakukan operasi untuk mecabut pisau yang ada dikepalanya, dengan hati hati dokter perlu waktu 3 jam  untuk mengeluarkan pisau yang tertancap.

Ketika di tanya oleh dokter kenapa bisa sampai ada pisau tertancap di kepala pria ini hanya menjawab jika ini hanya kesalahan konyol. “Dia tidak memberikan rinciannya. Dia bilang seperti bermain dengan seorang teman dan permainan itu menjadi salah hingga salah satunya berakhir dengan pisau di kepala. Itu hanya kesalahan konyol dan boleh terjadi pada siapa pun,” ujar dokter menerangkan jawaban Lung.

Sumber : Link

BN 'ketagih' umum projek setiap kali PRK

Harakahdaily, 01 Nov 2013


JERAI: PAS mendakwa BN "ketagih pengumuman" setiap kali berdepan pilihan raya termasuk pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau kali ini.

Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata, BN akan hilang punca jika tidak berbuat demikian kerana bagi mereka, itulah talian hayat untuk memancing undi.

"Kita lihat pengumuman itu jadi satu projek tradisi setiap kali kempen pilihan raya.

"Ibarat kalau tak buat pengumuman janji manis itu seperti tak kena air ketum," katanya pada sidang media di markaz induk PAS di Sungai Limau di sini hari ini.

Sehingga kini sejumlah RM15.15 juta nilai pengumuman projek yang dibuat BN setakat hari ke sepuluh kempen hari ini.

Ianya termasuk pengumuman bantuan kepada sekolah, program bantuan Azam Tani Mara, peruntukan kepada masjid, bantuan baiki rumah, pemberian cermin mata serta tukun tiruan.

Selain itu, bantuan dalam bentuk anak pokok, baja, anak ayam, sabun mandi dan minyak masak juga diberikan.

Bagaimanapun kata Mahfuz ianya hanya bersifat pengumuman janji manis, seperti apa yang berlaku ketika kempen BN di PRK Kuala Besut sebelum ini.

Dengan nilai pengumuman RM377 juta untuk 10 projek segera, sehingga kini tidak nampak satu pun projek di Kuala Besut yang dilaksanakan seperti dijanjikan.

Di samping itu, Mahfuz yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah mempersoal kenapa nisbah peruntukan kepada Sungai Limau terlalu kecil berbanding Kuala Besut.

"Di Kuala Besut, BN umum 10 projek segera dengan nilai RM377 juta. Di Sungai Limau ini hanya RM15.15 juta.

"Adakah ini bermakna, Sungai Limau ketika Kedah di bawah pentadbiran Allahyarham Ustaz Azizan, tidak banyak masalah yang dihadapi.

"Berbanding di Kuala Besut, yang diperintah oleh BN, mungkin terlalu banyak masalah dan jauh ketinggalan sehingga sejumlah RM377 juta peruntukan diperlukan," katanya.




Tiada ulasan: