Jumaat, 1 November 2013

SUDAH TERHANTUK BARU TERGADAH

AS, Australia perlu henti risikan ke atas Malaysia

Harakahdaily, 31 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Sebarang risikan yang dilakukan negara luar di dalam Malaysia wajib dikecam dan tidak dibenarkan terus berlaku, demi keselamatan ekonomi dan kedaulatan negara, tegas Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Katanya, rakyat Malaysia malah dunia dikejutkan berita mutakhir dari 'whistleblower' Edward Snowden melalui Der Spiegel dan Sydney Morning Herald yang mendakwa risikan Amerika Syarikat menggunakan kedutaan-kedutaannya serta suruhanjaya-suruhanjaya tinggi milik Australia, termasuk kedutaan dan suruhanjaya tinggi kedua-dua negara di Kuala Lumpur.

“Operasi risikan ini didakwa dijalankan di bawah operasi "STATEROOM" dan turut melibatkan Britain dan Kanada. STATEROOM didakwa memintas maklumat radio, telekomunikasi, dan Internet, dan rata-rata aktiviti pintasan dilakukan tanpa pengetahuan duta-duta di kedutaan dan suruhanjaya tinggi tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, katanya Kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia perlu memberi penjelasan tentang dakwaan itu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Parlimen dan Datuk Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah megecam tindakan risikan tersebut.

Pada masa yang sama, kata beliau Putrajaya perlu bertindak tegas dan menghantar nota bantahan kepada kedutaan dan suruhanjaya tinggi tersebut, oleh sebab ada kemungkinan risikan itu diguna untuk kelebihan strategik negara-negara tersebut, lebih-lebih lagi tatkala Malaysia terlibat di dalam perbincangan berkaitan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA).

“Risikan seperti ini telah pun berlaku, seperti yang dibangkitkan Kerajaan Timor Timur yang menyatakan risikan pihak Australia sebegini telah diguna untuk memintas komunikasi pejabat-pejabat kerajaan sewaktu perundingan rizab minyak dan gas di Timor Gap,” katanya lagi.

Calon BN pun berkopiah putih

Harakahdaily, 31 Okt 2013




JERAI: Latar belakang dan budaya masyarakat Islam di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau yang taat beragama mungkin mendorong calon BN dan para pemimpin Umno merubah corak pemakaian dan bahan kempen apabila mengenakan kopiah putih yang agak sinonim dengan PAS.

Sepanduk dan papan iklan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang dipasang di sekitar kawasan PRK Dun Sungai Limau sebahagiannya memaparkan foto beliau dengan kopiah atau ketayap putih.

Imej Dr Ahmad dengan kopiah putih ini menghiasi sepanduk dan papan iklan bertemakan "Berani Hijrah" bagi menyaingi tema "Kekal" calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.

Pengerusi Perhubungan Umno Kedah yangjuga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir turut kelihatan berjemaah di beberapa masjid di sekitar Dun Sungai Limau dengan berkopiah putih.

Mungkin juga kempen harmoni yang dilancarkan PAS dan BN di Sungai Limau membuahkan hasil apabila pemimpin kedua-dua parti cuba mengetepikan perbezaan melalui perlambangan.

Budaya baru Umno ini amat berbeza dengan pendirian bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin yang mahukan songkok hitam menjadi pemakaian orang Melayu berbanding kopiah putih.

Begitu juga dengan Ketua Bahagian Umno Baling yang juga Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mahukan para jemaah haji Malaysia memakai songkok dan berbaju Melayu ketika menunaikan solat di Masjidil Haram, Makkah.
6 wakil rakyat DAP ditahan ketika ops roboh Kg Hakka

VIDEO l 3:11 minit
Seramai enam orang wakil rakyat DAP termasuk MP Seremban Anthony Loke serta para aktivis termasuk setiausaha agung PSM S Arutchelvan ditahan ketika menyekat operasi perobohan di Kampung Hakka di Mantin, Negeri Sembilan hari ini.
NONEDalam kejadian jam 11.30 pagi, Arutchelvan digari dan ditahan polis selepas bertengkar dengan polis yang mengawal kawasan operasi perobohan tersebut.
Turut ditahan dan dibawak keluar dari kawasan operasi tersebut ialah seorang lagi aktivis PSM.

Orang ramai di kawasan kampung baru Cina itu menjerit terhadap anggota polis ketika mereka ditangkap.

Dalam kejadian seterusnya pada tengahari, enam orang wakil rakyat DAP ditahan kerana berada dalam rumah kelab alumni SRJKC Chi Chi yang juga terlibat dalam operasi perobohan.
NONEPolis memasuki bangunan tersebut tiga minit selepas memberi amaran
dan menahan Loke, MP Rasah Teo Kok Seong, serta tiga lagi ADUN parti tersebut J Arulkumar (Nilai), P Gunasekaran (Senawang), Chew Seh Yong (Bahau), Ng Chin Tsai (Temiang) serta beberapa orang lagi.
Operasi perobohan bangunan berkenaan seterusnya dimulakan tidak lama kemudian.
Pada 30 September lalu,  pemimpin PSM itu dan 11 yang lain ditahan apabila mereka cuba menghentikan perobohan kampung bersejarah itu,  diekori dengan usaha dibuat untuk mendapatkan semakan kehakiman.
NONESementara itu, pengarah eksekutif Suaram, E Nalini; ketua kampung Hakka, Chong Tza Yew, dan sekurang-kurangnya enam aktivis dan penduduk kampung itu turut ditahan di bangunan lain yang akan dirobohkan.

Mereka berada di pintu masuk bangunan itu apabila anggota polis menyuraikan mereka pada kira-kira jam 1 tengahari, dan kemudian memotong kunci untuk sampai kepada penduduk.

Penduduk keluar dari rumah itu dan kemudian beredar dalam sebuah kereta manakala pekerja mengosongkan perabot dan peralatan di situ.

"Saya bangga dan menghormati DAP dan PSM kerana tampil dan bercakap dengan polis bagi pihak kami. Mereka sanggup datang ke pintu depan saya untuk menunjukkan sokongan tetapi ditangkap," kata Reena Sir Muhammad ketika ditemui kemudiannya. Beliau tinggal di rumah di mana Nalini ditangkap.

Turut tinggal di rumah yang sama adalah Sidek Muhammad Medan Khan, yang mendakwa dilahirkan pada tahun 1951 di kampung tersebut tetapi tiada kerakyatan. Dia juga mengalami masalah mobiliti disebabkan penyakit kongenital dan bergantung kepada tongkat untuk bergerak.

NONE"Selepas semua ini selesai, barulah kita boleh membantunya untuk mendapat kerakyatan," kata anak saudaranya, Mohd Amin Sir Muhammad sebelum perobohan itu.

"Kami tidak bebas. Terdapat gangguan di sana-sini dan dia takut untuk meninggalkan rumahnya. Mengapa? Dia takut rumahnya akan dirobohkan. Di mana dia hendak tinggal?"

Tiada konfrontasi berlaku ketika pihak berkuasa sampai ke bangunan ketiga dan terakhir yang diduduki, yang ditetapkan untuk dirobohkan pada jam 2.10 petang .

Rumah itu didiami keluarga Amarjit Kaur, 49, dan rumah itu, menurutnya, dibina oleh datuknya.

"Saya amat kecewa. Sekurang-kurangnya mereka patut beri kami sedikit masa dan biarlah kami meraya Deepavali (pada hari Sabtu). Ini adalah sambutan Deepavali terakhir kami di sini," katanya ketika ditemui.
Dalam laporan terbaru mereka, PSM berkata sehingga 19 orang telah ditahan, termasuk beberapa orang penduduk kampung.

NONEMengikut peguam yang mewakili pemaju, yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Sharif, sejumlah 22 bangunan dijadualkan dirobohkan hari ini, di mana tiga daripadanya didiami.

Pada jam 3.30 petang ini, sekumpulan aktivis dan penduduk tempatan berkumpul di luar ibupejabat polis Nilai di mana mereka yang ditahan ditempat, bagi membantah perobohan dan tangkapana tersebut.
Populariti calon DUN Sg Limau tak menyerlah

VIDEO l 2:12 minit
Kempen pilihan raya kecil DUN Sungai Limau kini masuk hari kesembilan, namun bentuk sokongan yang jelas dari 27,222 pengundinya sehingga kini masih belum menjelma.

Usaha untuk meneliti pergerakan calon BN dan PAS kini agak sulit kerana kesukaran untuk mendapatkan jadual harian masing-masing, yang banyak mengadakan kempen melalui kunjungan rumah ke rumah.

NONEPopulariti kedua-dua calon dalam perlawanan satu-lawan satu ini juga masih belum menampakkan gambaran jelas, mungkin kerana sering dibayangi pengaruh pemimpin tertinggi parti mereka sepanjang kempen berlangsung.

Penduduk setempat yang menghadiri majlis anjuran kedua-dua parti ini diperhatikan tidak banyak mendengar ucapan kedua-dua calon – Ahmad Sohaimi Lazim, 52, dari BN dan Mohd Azam Abd Samat, 37, dari PAS – dalam mengulas isu semasa.

Malah, serangan demi serangan yang dilakukan lawan masing-masing biasanya dikendalikan oleh pemimpin atasan parti mereka.

NONEKeadaan ini mungkin sedikit sebanyak menyukarkan pengundi untuk menilai kebolehan calon untuk mewakili mereka di DUN kelak.

Ini diperhatikan apabila timbul isu penyebaran SMS di Sungai Limau pada awal peringkat kempen, yang mendakwa calon BN pernah memasuki pusat rawatan sakit mental.

Sohaimi bagaimanapun hanya berdiam diri dengan dakwaan tersebut, sehinggalah perkara itu diperjelaskan oleh pemimpin PAS Datuk Mahfuz Omar dalam satu sidang media pada 28 Oktober

Mahfuz menjelaskan bahawa SMS yang mendakwa demikian tidak disebarkan olehnya, seperti didakwa sesetengah pihak.

NONEDalam majlis anjuran BN semasa kempen ini, Sohaimi juga diperhatikan hanya meluangkan sedikit masa untuk singgah dan bertegur sapa dengan penyokong parti.

Isu utama seperti pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) hanya akan ditimbulkan oleh tokoh seperti Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Begitu juga dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang kerap kali mengingatkan orang ramai untuk mengundi Sohaimi kerana "di belakang Sohaimi ada saya, dan di belakang saya ada Datuk Seri Najib".

NONEDi sudut PAS, Azam juga berdepan dengan situasi sama. Calon parti itu sering dibayangi pengaruh Mahfuz dan juga ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah dalam sidang media harian mereka semasa tempoh kempen ini.

Antara perkara yang sering diperkatakannya adalah azam untuk membina kemudahan internet tanpa wayar (wifi), membaiki jalan serta memperbaiki sistem pendidikan Islam setempat di Sungai Limau.

Bagaimanapun, beliau lebih banyak berdiam diri apabila timbul kontroversi berhubung gambarnya bersama penyandang kerusi tersebut, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Isu gambar itu, seperti dibongkar sebuah akhbar berbahasa Melayu pada 28 Oktober, mencalar imej PAS kerana gambar berkenaan didapati diubahsuai untuk menonjolkan hubungan rapat antara Azam dengan Azizan, yang berpengaruh besar di Sungai Limau.

NONEIsu itu akhirnya terpaksa dijawab oleh Amiruddin, tiga hari lalu, yang mengakui bahawa kesilapan tersebut berpunca daripada pereka grafik yang diupah jentera parti.

Secara kasar, suasana kempen pilihan raya kecil kali ini masih belum rancak, namun situasi ini mungkin berbeza apabila pemimpin utama parti politik dijangkan akan muncul pada hari-hari terakhir kempen.

Antara yang dijangka akan muncul dalam kempen tersebut ialah presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta timbalan presiden PKR, Azmin Ali.
Hasan Ali menang saman fitnah terhadap MP Shah Alam
9:02PM Okt 31 2013
Presiden Jalur Tiga Malaysia (JATI), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berjaya dalam samannya terhadap Ahli Shah Alam, Khalid Abdul Samad, yang didakwa mengeluarkan kenyataan memfitnah beliau dalam satu sidang media pada Februari 2012.
  
Hakim Datuk Yaacob Md Sam membuat keputusan itu selepas berpuas hati Hasan berjaya membuktikan kenyataan Khalid, yang juga timbalan pesuruhjaya III PAS Selangor, dibuat dengan niat jahat.
  
Dalam penghakimannya, Yaacob berkata dalam kes itu, mahkamah perlu melihat sama ada sidang media Khalid bertujuan menjawab dakwaan Hasan terhadap beliau berhubung isu 'parasit'.
  
"Setelah menimbang keterangan yang ada dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati defendan telah melebihi atau melangkaui daripada hanya mengadakan sidang media bagi tujuan mempertahankan diri tetapi telah menjangkau kepada isu yang tiada kaitan dengan perkara yang dituduh oleh plaintif, iaitu tentang isu parasit.
  
"Kenyataan defendan melebihi komen yang adil dan defendan tidak boleh dilindungi di bawah perlindungan bersyarat," katanya.

Yaacob menetapkan 27 November ini untuk mendengar hujah kedua-dua pihak berhubung jumlah gantirugi dan kos.
  
Penyataan tuntutan Hasan, yang difail pada 12 April tahun lepas, mendakwa Khalid telah menuturkan perkataan bersifat fitnah terhadap beliau dalam sidang media bertarikh 24 Februari 2012.
  
Beliau berkata lanjutan sidang media itu, Khalid menerbitkan atau mengakibatkan penerbitan fitnah berkenaan dalam bentuk artikel bertajuk 'Video: Siapa Taja Hasan Ali' di laman blog defendan di http://www.khalidsamad.com.
  
Plaintif juga mendakwa wartawan yang hadir melaporkan kenyataan Khalid dalam portal berita atas talian, antaranya, laman sesawang 'mstar' melalui artikel bertajuk 'Khalid Soal Sama Ada Puncak Niaga & SYABAS Taja Jati' dan laman sesawang 'Malaysiakini' dengan artikel 'PAS asks Hasan Ali: Who's funding you?'.

Hasan berkata penerbitan kenyataan itu mengakibatkan kerosakan atau keburukan yang teruk terhadap reputasi, imej dan nama baiknya selain merendahkan martabat beliau di mata anggota masyarakat.
  
Sehubungan itu, beliau menuntut gantirugi am, teladan dan teruk selain perintah injunksi menghalang Khalid daripada terus menerbit atau menyebabkan penerbitan kenyataan fitnah berkenaan, faedah pada kadar lapan peratus, kos serta relif lain yang difikir wajar oleh mahkamah.
  
Pembelaan Khalid, antara lain, mendakwa selepas dipecat oleh PAS dan sebelum sidang media berkenaan, Hasan telah mengadakan ceramah jerayawara di seluruh negara, dan dalam ceramah itu, plaintif antara lain menyerang PAS serta beliau dengan pelbagai tuduhan seperti 'parasit' dalam PAS.
  
Khalid juga mendakwa kenyataan beliau bukan bersifat memfitnah Hasan dan ia mempunyai unsur pernyataan fakta dan/atau pendapat.
  
Ahli Parlimen itu berkata jika sekalipun kenyataan berkenaan adalah fitnah, yang mana dinafikan, ia merupakan satu komen adil dan berpatutan berasaskan fakta serta perkara benar dan tepat.
  
Sepanjang perbicaraan, Hasan yang diwakili peguam Hasnal Rezua Merican memanggil dua saksi manakala Khalid, yang diwakili peguam Azhana Mohd Khairudin, mengemukakan tiga saksi.
  
- Bernama

Polis akan periksa semua pengawal keselamatan
8:55PM Okt 31 2013
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan semakan ke atas semua pengawal keselamatan dan memeriksa lesen senjatapi mereka sebagai langkah jangka pendek untuk membendung pemalsuan identiti.
  
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pemeriksaan itu akan dilakukan segera.
  
Beliau berkata PDRM juga telah merangka pelan jangka panjang dalam meluluskan pemberian lesen senjatapi kepada pengawal keselamatan termasuk mengetatkan beberapa syarat untuk memperbaharui lesen.
  
"Kami akan ambil bermacam-macam lagi langkah sebelum mengeluarkan lesen senjata api kepada pengawal keselamatan. Kami akan teliti dan perketatkan setiap syarat untuk elak kejadian sama berulang (pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank minggu lepas)," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melawat seorang anggota polis di Hospital Kuala Lumpur yang ditimpa kemalangan ketika mengejar penjenayah malam tadi.

Khalid menyarankan kepada syarikat mahupun pemilik premis yang menjalankan operasi berisiko agar mengambil khidmat polis bantuan bagi mengawal keselamatan premis mereka.
  
"Saya tawarkan kepada mana-mana syarikat dan premis yang besar agar mendapatkan khidmat polis bantuan. Sebelum ini banyak syarikat yang telah mengambil khidmat polis bantuan," katanya.
  
Beliau turut menasihati syarikat keselamatan yang ingin mengambil pengawal keselamatan bekerja agar menyemak latarbelakang mereka dengan teliti termasuk rekod jenayah dan dokumen peribadi bagi mengelak tiada individu yang diragui identiti mereka diambil bekerja.
  
Mengulas mengenai usaha polis untuk menangkap suspek utama kes rompak dan bunuh pegawai Ambank itu, Khalid berkata pihaknya telah meminta bantuan Interpol bagi mengesan suspek.
  
Katanya PDRM telah menyerahkan butir peribadi suspek kepada Interpol bagi memudahkan usaha mengesan suspek sekiranya suspek telah meninggalkan negara ini.
  
Dalam kejadian di USJ Sentral, Subang Jaya pada pukul 6.20 petang 23 Oktober lepas.  Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak di kepala dari jarak dekat oleh pengawal keselamatan tempat beliau bekerja.
  
Khalid juga berkata polis sedang menjalankan gerakan memburu dalang utama kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (Ambank) Hussain Ahmad Najadi yang dipercayai bersembunyi di negara China.
  
"Hasil maklumat risikan, kami percaya suspek bersembunyi di China dan PDRM telah meminta bantuan Interpol bagi mengesan suspek," katanya.

Hussain, 75, maut manakala seorang wanita yang bersamanya cedera akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta berhampiran Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon di ibunegara pada 29 Julai.
  
Ekoran kejadian itu pada 22 September lepas, suspek utama kes itu ditahan bersama-sama dua rakannya dalam serbuan pada jam 12.30 tengah malam di sebuah rumah di Taiping, Perak dan pada 3 Oktober lepas dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh.

- Bernama

INI SUDAH MELAMPAU!!!! ...MB SELANGOR SHOPPING SAKAN DI KOTA RAYA PARIS, LONDON, LAS VEGAS DAN MADRID???


Rakaman gambar ini tidak akan di siarkan oleh Utusan, Berita Harian, NST, The Star, Harian Metro dan Kosmo sebab tidak mau aibkan tuan punya badan!!!!

Terkenal sebagai Menteri Besar yang cukup kedekut ... kedekut kerana sifat amanah yang tinggi urus dana dan kekayaaan negeri Selangor secara berhemah.

Cara dan gaya hidupnya pun konsisten dengan wataknya yang amat berjimat cermat itu.

Shopping pun dekat Pasaraya Giant jer.

Omak Kau yakin beliau akan pastikan pembangunan di luar bandar dan desa akan diberikan keutamaan selain menambah rizab negeri.

BERITA BERGAMBAR BARU MASUK ...FLET KG KERINCHI TERBAKAR!!!!


Omak Kau dapat kiriman gambar memberitahu baru sebentar tadi Flet di Kg Kerinchi Kuala Lumpur terbakar.

Enam unit rumah di tingkat 17, Flat PKNS, Jalan Kerinchi di sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4.40 petang tadi.

Asap hitam berkepul-kepul boleh dilihat dari jarak jauh.

Punca kebakaran, kerugian dan kasualti tidak di ketahuI lagi.
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat kini sedang berkerja keras bertungkus lumus untuk memadamkan kebakaran.

Monday, 15 July 2013

MAKMAL UiTM KAMPUS SHAH ALAM TERBAKAR!!!


Sebuah bangunan setingkat yang menempatkan beberapa makmal sains di kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam terbakar petang tadi.

Difahamkan ketika kejadian pukul 4.15 petang tadi, seramai tiga pelajar bersama seorang pensyarah serta seorang pembantu makmal sedang menjalankan ujikaji di dalam salah sebuah makmal berkenaan.

Bagaimanapun kesemua mereka sempat menyelamatkan diri apabila menyedari api mula merebak yang dipercayai berpunca dari sebuah bilik makmal yang terletak di bahagian tengah bangunan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Mohd Khairi Daud berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.26 petang sebelum menggegaskan kira-kira 30 anggota berserta lima jentera ke lokasi kejadian.

Setibanya mereka tempat kejadian, kelihatan asap hitam naik berkepul-kepul dengan api sedang marak membakar bangunan, katanya.

"Pasukan bomba terpaksa mengambil masa kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran daripada merebak dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.20 malam," katanya ketika dihubungi.

Mohd Khairi berkata selain disebabkan struktur bangunan lama, api dipercayai merebak dengan pantas akibat bahan kimia yang terdapat di dalam bangunan makmal.

Beliau berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami.
Nasir Sahlan shared Dr. Azimuth ELC Tg.Malim's photo.
TAK sangka.. Kita SELALU buat perkara ni, dan sebenarnya boleh sebabkan KANSER!! Satu perkongsian yang dapat menyelamatkan ramai insan di sekeliling kita... Dr. Stephen memperlakukan pesakit Cancer dgn cara yg "un-ortodoks" & banyak pesakit Sembuh! Ia percaya pada penyembuhan alami dlm tubuh terhadap penyakit. Ubat utk Cancer sudah ditemui ! Anda percaya? Saya berdukacita bagi pesakit cancer yg meninggal di bawah rawatan konvensional. Pesakit cancer tidak seharusnya mati ! Menurut DR. Shu, 3 generasi Sinshe di Taiwan: Makan buah segar dan caranya! Ini sangat informatif! Umumnya makan buah berarti membeli buah, cuci, memotongnya & masukkan ke dalam mulut kita... Tapi tidak semudah yg kita pikirkan! Pengetahuan penting bagaimana & bila harus makan buah. Cara yang tepat makan buah; * JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN SELEPAS ANDA MAKAN..!! * BUAH HARUS DIMAKAN PADA SAAT PERUT KOSONG. BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING! BAHAYA! Buah bercampur dengan makanan lain akan membusuk & menghasilkan gas sehingga lambung akan kembung! Menurut penelitian Dr Herbert Shelton; Jika Anda telah menguasai cara yang benar makan buah2an, Anda memiliki; badan yang sihat, Penuh tenaga, Tubuh dan fikiran jadi tenang & berat badan normal. Makan buah yang segar dan bersih (Bukan buah/Jus dalam bungkusan/botol Plastik) lebih baik dari pada minum jus. Tapi jika terpaksa minum jus, maka minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan, karana Anda harus membiarkannya bercampur degan air liur Anda sebelum menelannya. MINUM AIR SEJUK@AIS BATU SELEPAS MAKAN ADALAH salah satu penyebab KANSER!! Air sejuk akan membuat makanan yang berminyak menjadi (BEKU) maka akan jadi lemak bertoksin (RACUN). Cara Terbaik adalah: Minum air PANAS ATAU SUAM selepas makan Makan buah segar saat perut kosong. BANTU SHARE PADA KAWAN-KAWAN. Terima kasih... https://www.facebook.com/drazimuth2013

Sudah Terhantuk Baru Tengadah

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. Begitu maksud yang diberikan kepada peribahasa ini. Bila kepala dah terhantuk, dan benjol seketul dua, baru la nak mendongak pandang ke atas. “Laaa… kayu. Apasal la kayu ni ada kat sini?” :D
sudah telah berlaku: telah berlalu, lepas, lampau, silam,
terhantuk menghantuk sesuatu dengan tidak sengaja
tengadah memandang ke atas
Peribahasa lain yang sama bermaksud ‘Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat’ ialah; Sudah kalah baru berkubu dan Sudah kecurian baru mengunci pintu.
mati dibunuhBanyak kejadian boleh kita lihat di sekeliling kita. Kisah dalam negara, dalam negeri, dalam kampung malah dalam keluarga dan pada diri kita sendiri. Begitu pun masih ada faedahnya buat kita kerana kita akan lebih beringat dan berhati-hati untuk masa depan.
Sudah terhantuk baru tengadah,
Sudah kalah baru berkubu;
Biar pun tunduk bukan mengalah,
Biar menyerah bukan bersetuju.
Jangan pula setelah berkali-kali terhantuk masih juga tidak mahu menengadah. Rosak binasa nanti jadinya.

Tiada ulasan: