Isnin, 4 November 2013

KEMPEN DENGAN BERAKHLAK BUKAN SEBALIKNYA SERTA JANGAN CABAR MENCABAR

Sekitar Tempat Pembuangan Undi (Sesi Pagi) Bhg:1
Posted on Monday, November 04 @ 11:23:46 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

























Facebook Dewan Pemuda PAS Kedah


 Sekitar Tempat Pembuangan Undi (Sesi Pagi) Bhg:3
Posted on Monday, November 04 @ 11:39:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Isu Semasa















Facebook Dewan Pemuda PAS Kedah


 Hari Pengundian Pilihanraya Kecil Sungai Limau UPU Permatang Buluh 3
Posted on Monday, November 04 @ 13:35:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo




































 

 
Facebook Arau La nie


 
Sekitar Tempat Pembuangan Undi (Sesi Pagi) Bhg:2

Posted on Monday, November 04 @ 11:32:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





















Facebook Dewan Pemuda PAS Kedah 




Polis terima laporan Wanita Umno ditumbuk
8:26AM Nov 4 2013
GALERI GAMBAR
Selepas 12 hari berkempen, seramai 27,222 pemilih akan menentukan siapakah wakil rakyat mereka yang baru di Sungai Limau hari ini.

NONECalon BN Ahmad Sohaimi Lazim, 53, bertanding melawan calon PAS Mohd Azam Samat, 37, dalam pertandingan satu lawan satu.

Pemenangnya akan menggantikan bekas menteri besar Kedah Tan Sri Azizan Razak yang meninggal pada 26 September lalu.

Sungai Limau dimenangi PAS sejak 1995.

Azizan mempertahankan kerusi itu untuk penggal kelima dalam pilihan raya umum lalu dengan majoriti 2,772 dalam pertemuan empat penjuru, termasuk calon BN Fazillah Mohd Ali.

Kawasan majoriti Melayu itu mempunyai 93 peratus pemilih Melayu, 1,842 Cina (6.7 peratus), 15 India (0.6 peratus) dan lain-lain.

Kesemua 58 saluran di 17 pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi dan akan ditutup pada 5 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan peratusan keluar mengundi yang tinggi sehingga 90 peratus.

LAPORAN LANGSUNG


1.01pm Ketua polis Kedah sahkan terima laporan anggota jawatankuasa (AJK) Wanita Umno Batu ditumbuk Pemuda PAS di Ulu Sedaka, lapor Bernama.
NONE1.00pm SJK(C) Aik Min, Sungai Limau Luar - Nenek berusia 97 tahun, yang tertua di kawasan itu, turut tampil mengundi

Ng Ken yang dilahirkan pada 1916 tampil dengan kerusi roda dengan anak perempuannya - juga pengundi kawasan itu.

Ditanya berapa kali beliau sudah mengundi, Ng Ken menjawap: "Beh ki liao." (saya sudah lupa.)

Beliau mengaku tidak pernah terlepas pengundian sejak 1957 lagi. Sehingga ke hari ini beliau terus berbuat demikian bagi merasai suasana kemeriahan pilihan raya.

12.42pm Sebanyak 55 peratus atau 15,046 orang telah keluar mengundi setakat jam 12 tengahari, menurut jurucakap SPR.

12.08pm Sg Limau Dalam - Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang mengeluh kerana terperangkap dalam kesesakan lalulintas di Sungai Limau.
Katanya, beliau berharap kesesakan itu tidak menjejaskan pengundian.
"Saya harap pengundi akan dapat keluar mengundi dalam masa yang ditetapkan kerana kesesakan sangat teruk.
"Saya terperangkap selama 20 minit tetapi orang yang datang darti Alor Setar terperangkap dalam kesesakan lebih teruk," katanya.
11.53am: Seramai 12,166 dari 27,222 pengundi (44.07 peratus) menunaikan tanggungjawab setakat jam 11 pagi, menurut Bernama yang memetik kenyataan jurucakap SPR.
11.25am SMK Bukit Besar - Balu Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata beliau kesal dengan penyebaran SMS palsu yang mendakwa beliau menggesa pengundi memilih BN.
Menurutnya, SMS tersebut mendakwa beliau kesal dengan penghinaan PAS ke atas Allahyarham Azizan.
Menurutnya, SMS tersebut berlegar sejam sebelum tempoh kempen berakhir pada malam tadi.
"Tentulah saya harap PAS akan menang," katanya ketika ditemui wartawan selepas membuang undi.

11.24am
Sekolah Kebangsaan Bukit Besar - Wartawan KiniTV Sumisha Naidu berkata beliau tidak menyedari bahawa petugas media tidak dibenarkan menemubual pengundi dalam kawasan pusat pengundian.
Beliau merupakan antara petugas media yang diarahkan keluar dari kawasan pusat pengundian tersebut pagi ini.Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, pegawai SPR dan seorang anggota polis meminta beliau beredar dari pusat pengundian tersebut atas dakwaan kesalahan berkenaan.
"Ya ia kesalahan saya tapi ia tidak disengajakan," katanya yang memberi alasan bahawa tiga orang wartawan lain turut menemubual pengundi pada masa itu.
Oleh sebab itu, beliau beranggapan bahawa tindakan tersebut dibenarkan.

Katanya, petugas China Press juga diusir dari kawasan tersebut dalam kejadian berkenaan.

10.55am
SMK Bukit Besar - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir meluangkan masa melawat pondok panas BN yang terletak kira-kira 50 meter dari SMK Bukit Besar.

"Seperti yang biasa berlaku, apabila jumlah yang keluar mengundi itu tinggi, kebarangkalian untuk BN menang itu juga tinggi," katanya.
Balu Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh kemudiannya tiba di pusat pengundian tersebut beberapa minit kemudian untuk membuang undi.

Beliau yang diiringi AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad turut meluangkan masa di hadapan pintu pagar sekolah untuk memberikan ruang kepada lensa jurugambar merakam fotonya.

10.42
am 
Seramai 8,278 pengundi (30.4 peratus) telah menunaikan tanggungjawab setakat jam 10 pagi, menurut laporan Bernama yang memetik kenyataan jurucakap SPR.
NONE10.35am SK Dulang Kechil - Sekumpulan penyokong PAS menghalang empat orang penyokong BN yang ingin memasuki kawasan masjid untuk ke tandas.
Dua kumpulan berperang mulut selama beberapa minit dan hampir bergasak namun dileraikan oleh beberapa orang anggota polis.
10.15 SJK(C) Pei Hwa, Kampung Batu 17 - Terdapat provokasi kecil di kalangan penyokong PAS dan BN.

"Jangan buat kacau di sini," seorang polis yang bertugas di situ memberi amaran sambil menjarakkan mereka.

10.10 SK Dulang Besar - Terdapat khabar angin pergaduhan di Sedaka. Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika ditanya berkata beliau tidak mendengarnya.

"Gaduh dalam pemilihan Umno lagi teruk," katanya kepada pemberita.

Mahfuz juga memberitahu, penyokong PAS akan berkumpul di Markas Padang Lumat selepas jam 5 petang untuk mengikuti keputusan pilihan raya dari masa ke semasa.

Menurut pegawai SPR, setakat ini, 3,927 orang (14.43 peratus) sudah keluar mengundi.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilapor sebagai berkata, peratusan keluar mengundi yang melebihi 10 peratus pada sejam pertama adalah sangat baik.
9.30am SMK Bukit Besar - Kira-kira 50 meter dari pintu utama SMK Bukit Besar, penyokong dan perayu undi BN bersorak-sorak "Hidup BN!" setiap kali ada kenderaan membawa pengundi masuk ke jalan menuju ke SMK Bukit Besar.

NONEMereka bersorak-sorak sambil mengibarkan bendera kecil dengan logo BN.

Kira-kira 10 meter dari mereka pula adalah penyokong dan perayu undi PAS yang sebahagiannya berterima kasih kepada pengundi yang telah keluar membuang undi hari ini.

Bekas MP Hulu Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS adalah antara yang kelihatan berterima kasih kepada mereka yang telah membuang undi di SMK Bukit Besar.

Beliau berdiri di tepi jalan berhampiran Klinik Kesihatan Bukit Besar bersama-sama penyokong PAS.
9.30am SK Dulang, Dulang Besar - Proses merayu undi semakin rancak. Penyokong PAS membawa kain rentas menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dimulakan kerajaan.

Di pihak BN, kelihatan Puteri Umno, dengan berpayung biru pula membawa gambar calon mereka dan mempamerkan tulisan "I love BN".

NONEPenyokong PAS terus melaungkan slogan "hancur BN", "undur BN" dan "balik BN". Penyokong BN masih diam. Sebahagiannya berbisik, "bila mereka berhenti, baru kita mula".

Bagaimanapun, terdapat anggota Puteri Umno yang menyindir musuh politk mereka:

"Mereka tidak makan ubat hari ini, sebab itu jadi macam itu," kata mereka.

Ketika penyokong BAS melaungkan "Barang Naik!", penyokong BN membalas "BR1M naik".

9.20am SMK Bukit Besar - Perayu undi BN dan PAS berkumpul berhampiran Klink Kesihatan Bukit Besar, menunggu pengundi yang hadir ke SMK Bukit Besar.

Sebahagiannya mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi yang telah membuang undi.

8.30 SK Dulang - Sohaimi tiba untuk membuang undi bersama isteri. Berbaju biru, beliau sempat senyum kepada pemberita.

NONEBeliau tidak menjawab apabila ditanya sama ada beliau ada merasa gugup. Selepas mengundi, Sohaimi menunjukkan jarinya yang ditanda dengan dakwat kekal.

"Semuanya OK. Kita sudah sampai ke kemuncaknya hari ini," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau turut membantu pemilih yang berkerusi roda.

Tiga anak perempuan dan seorang lelaki Sohaimi turut menemaninya dan sempat menyapa pemberita Cina dengan ucapan kam siah (terima kasih dalam dialek Hokkien).

NONE8.26am SMK Bukit Besar - Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat tiba di SMK Bukit Besar pada jam 8.26 pagi bersama isteri.

Beliau membuang undi tepat jam 8.31 pagi dengan senyuman penuh keyakinan.

8.00am Dulang Besar - Peti undi dibuka dan cuaca baik hari ini.

Bagaimanapun, proses pembuangan undi bermula perlahan.

Di SMK Dulang, seorang jentera parti memberitahu, setakat ini hanya sepuluh pemilih yang menunaikan tanggungjawapnya di situ.

Dulang Besar antara kubu kuat BN dalam DUN itu.


Monday, November 4, 2013


Petugas PAS tumbuk Petugas BN hingga terpaksa dikejar ke Hospital?.. Biar betoi..


Dalam kepanasan hari mengundi di DUN Sungai Limau hari ini.. Blog-blog Pro UMNO menyebarkan gambar di atas serta cerita kononnya seorang petugas BN dipukul oleh petugas PAS di Sedaka..

Entah betul entahkan tidak.. tapi biasanya macai-macai ni tak kisah untuk menabur fitnah asalkan mereka boleh memburuk-burukkan parti lawan, dalam hal ini PAS.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika ditanya berkata beliau tidak mendengarnya.

"Gaduh dalam pemilihan Umno lagi teruk," katanya kepada pemberita.

Mukhriz pula berkata insiden ini telah menjejaskan mood pengundi untuk keluar mengundi.. kononnyalah..

Bagaimanapun apa yang Mukhriz katakan itu jelas hanyalah auta semata-mata kerana pada waktu kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 10.00 pagi itu peratus yang keluar mengundi  ialah 3,927 orang (14.43 peratus) .

Dan sehingga jam 11 pagi seramai 12,166 dari 27,222 pengundi (44.07 peratus) telah menunaikan tanggungjawab mereka, menurut Bernama yang memetik kenyataan jurucakap SPR.

Dan ternyata insiden yang telah disahkan oleh Ketua polis Kedah  itu tidak mempengaruhi mood pengundi sama sekali..

YAN - Pengerusi Badan Perhubungan BN Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir kesal apabila menerima laporan seorang petugas BN dicederakan oleh ahli Pas dalam insiden yang tidak diduga pagi tadi.

Katanya, walaupun pada awal hari, pengundian berjalan lancar namun insiden malang itu sedikit sebanyak telah mencemari dan menjejaskan 'mood' pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Petugas wanita BN telah ditumbuk ahli Pas pagi tadi dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku sedang berkempen pun berakhir dengan aman tanpa kacau bilau.

"Kita akan pastikan kes ini dapat perhatian pihak berkuasa supaya tidak jejaskan mood rakyat untuk keluar mengundi," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, di sini, pagi tadi ~ Sinar Harian

Dulu rasanya pernah jadi kes macam ni.. Petugas PAS juga yang dikatakan jahat membelasah Petugas BN semasa PRK Bukit Gantang.. tapi hingga kesudah tak adapun petugas PAS ditangkap Polis kerana insiden tu..

Berdasarkan gambar di atas, yang didakwa dipukul itu ialah Wanita yang bertugas untuk BN..malah macai-macai UMNO mendakwa kononnya..

Wanita UMNO ditumbuk dimuka oleh penyokong tegar Pas. Provokasi melampau yang ditunjukkan oleh pemuda menampakkan pas bakal kecundang pada hari ini.

Situasi terkini menyatakan ramai lagi pemuda pas dari luar yang akan mencetuskan pergaduhan untuk menakutkan pengundi untuk keluar mengundi.

Kejadian wanita UMNO ini dipukul adalah di kawasan peti Undi Ulu Sedaka. Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital Yan untuk rawatan selanjutnya.

Sama saja laporan macai tu dengan apa yang Mukhriz kata kat atas tu..

Kebanyakkan Blog macai-macai UMNO hanya menyiarkan gambar di atas yang menunjukkan Wanita BN itu sedang terlentang di dalam Ambulance tapi tidak siarkan gambar di bawah ini..

Ini gambar Wanita BN yang dikatakan dibelasah oleh Pemuda PAS itu hingga terpaksa dihantar ke Hospital.. korang tengoklah betapa parahnya dia kena belasah..


Kesian kat dia... kah.. kah.. kah.. dimana cederanya?
















 BN menggunakan kanak-kanak bawah umur sebagai petugas
Posted on Monday, November 04 @ 11:15:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya



Oleh PRK N20 Sungai Limau - Official Page.
Gambar: BN menggunakan kanak-kanak bawah umur sebagai petugas





Tiada ulasan: