Datuk Seri tampar pegawai keselamatan dilapor polis
Datuk Seri dan sekumpulan lelaki menaiki kereta Mercedes Benz hitam yang diletakkan di tempat letak kereta VIP di hadapan Centro Mall di sini pada kira-kira pukul 5 petang Rabu.
Nombor pendaftaran kenderaan Datuk Seri tidak didaftarkan untuk kemudahan mana-mana tempat letak kereta di kawasan berkenaan tetapi lelaki berkenaan meletakkannya di kawasan berkenaan dengan tidak mengendahkan papan tanda tidak boleh meletakkan kenderaan dan kon trafik.
“Saya beritahu dia yang dia tidak boleh letak kereta di situ kerana saya tidak kenal nombor pendaftaran keretanya dan saya minta dia untuk pergi ke kawasan tempat letak kereta seperti yang digunakan oleh mereka yang lain.
“Dia kemudiannya berkata kepada saya, ‘Adakah awak tahu siapa saya? Saya ni Datuk Seri… awak Pati (Pendatang Asing Tanpa Izin) tak guna,” kata Prakash dipetik mStar Online.
Lelaki itu beredar untuk menjamu selera di pusat berkenaan.
“Saya tidak buat apa-apa yang salah, saya hanya cuba untuk melakukan kerja saya,” katanya.
Awaluddin Kassim, Penyelia Prakash berkata, lelaki yang dikatakan sebagai ‘Datuk Seri’ itu adalah Manimaran dari Pahang.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Bandar Baru Klang. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong mengesahkan laporan itu dan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.EkELEH.COM
Datuk Seri tampar pegawai keselamatan dilapor polis
Posted on Monday, November 04 @ 13:17:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Seorang pengawal keselamatan, Bekas anggota polis Nepal, Prakash Adhikari, 35, ditampar lelaki yang menggelarkan dirinya ‘Datuk Seri’ setelah diminta mengalihkan kereta yang diletakkan di tempat yang tidak mengikut peraturan di sebuah pusat membeli-belah di Bandar Baru Klang.
Datuk Seri dan sekumpulan lelaki menaiki kereta Mercedes Benz hitam yang diletakkan di tempat letak kereta VIP di hadapan Centro Mall di sini pada kira-kira pukul 5 petang Rabu.
Nombor pendaftaran kenderaan Datuk Seri tidak didaftarkan untuk kemudahan mana-mana tempat letak kereta di kawasan berkenaan tetapi lelaki berkenaan meletakkannya di kawasan berkenaan dengan tidak mengendahkan papan tanda tidak boleh meletakkan kenderaan dan kon trafik.
“Saya beritahu dia yang dia tidak boleh letak kereta di situ kerana saya tidak kenal nombor pendaftaran keretanya dan saya minta dia untuk pergi ke kawasan tempat letak kereta seperti yang digunakan oleh mereka yang lain.
“Dia kemudiannya berkata kepada saya, ‘Adakah awak tahu siapa saya? Saya ni Datuk Seri… awak Pati (Pendatang Asing Tanpa Izin) tak guna,” kata Prakash dipetik mStar Online.
Lelaki itu beredar untuk menjamu selera di pusat berkenaan.
“Saya tidak buat apa-apa yang salah, saya hanya cuba untuk melakukan kerja saya,” katanya.
Awaluddin Kassim, Penyelia Prakash berkata, lelaki yang dikatakan sebagai ‘Datuk Seri’ itu menggelarkan dirinya Manimaran dari Pahang.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Bandar Baru Klang. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Shukor Sulong mengesahkan laporan itu dan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Baca juga: Tembak pegawai Ambank, apa kata si anak! "
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: laniismaa
Posted on Monday, November 04 @ 13:17:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
[KANTOI] Bekas Ahli UMNO Sertai UMNO, Tak Pernah Jadi Ahli PAS
Posted on Monday, November 04 @ 00:49:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh Greenboc
Kantoi lagi..
Nama pakcik yang menangis sambil memeluk Jamil Khir dalam berita TV3 tengahari tadi ialah Sobri Wahab, ahli UMNO.
Tanyalah mana-mana penduduk Kpg. Titi Serong,semua kenal pakcik ni.PRU lepas dapat peruntukan besar dari BN untuk membaikpulih rumah.
Berlakon sambil menangis kononnya tak puas hati dengan PAS.Jamil Khir pun kenal siapa pakcik ni..
Bangkai gajah, walau ditutup dengan daun,busuknya terhidu juga..kannn.!! -fb
greenboc.blogspot.com
Tentang Almarhum Ust Azizan
Posted on Monday, November 04 @ 12:53:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Hari Pengundian Pilihanraya Kecil Sungai Limau UPU Permatang Buluh 1
Posted on Monday, November 04 @ 12:36:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Facebook Arau La nie
Hijrah, bersediakah kita berubah untuk menjadi hamba ALLAH?
Posted on Monday, November 04 @ 13:21:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Setiap kali kita sambut tahun baru Hijrah, sambut hari lahir, ianya menunjukkan kita semakin jauh meninggalkan usia kita, dan semakin dekat usia kita untuk masuk kubur.
Apa azam tahun Hijrah kita pada tahun ini? Azam ini perlu kita peringatkan dan pertingkatkan setiap hari, setiap waktu kita solat.
Kalau penganut agama lain, mereka berazam agar tahun depan mereka dapat cuti umum dua hari, adakah kita umat Islam juga mempunyai azam yang sama?
Tapi sayang kita umat Islam, hari kebesaran Islam yang paling penting, yang sekali seumur hidup kita berkorban nyawa dan harta untuk menunaikan ibadah haji, kita hanya cuti satu hari sahaja untuk Hari Raya Haji, sedangkan kita ada 3 hari Tasyrik untuk membesarkan kalimah ALLAH dengan takbir dan ibadah korban.
Kalau Hari Raya Haji , Malaysia cuti 4 hari, mungkin Malaysia akan pecah rekod dunia dengan negara yang paling banyak cuti umum, yang dengan demikian secara tidak langsung akan memberi pengaruh kepada para pelabur untuk melabur di Malaysia.
Contoh pada tahun ini, Hari Raya Haji jatuh pada hari Selasa. Ini amat menyukarkan untuk melakukan ibadah korban pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.
Adalah diharapkan Perdana Menteri kita dapat mempertimbangkan untuk memberi cuti 4 hari untuk Hari Raya Haji, ambillah formula atau lakukanlah transformasi dengan mengambil cuti hari kebesaran Islam lain diganti dengan cuti Hari Raya Korban jika kita tidak sanggup menjadikan Malaysia negeri yang paling banyak cuti umum di dunia.
Majikan saya yang bukan Islam telah lama mengamalkan konsep ini, menggantikan cuti hari kebesaran Islam dengan cuti tahun. Kilang saya bekerja tidak cuti pada hari Maal Hijrah, hari Israk Mikraj , hari Maulid Nabi. Ini sudah cukup untuk merayakan Hari Raya Haji selama 4 hari.
Esok pun 1 Muharram 1435 H kilang saya pun akan bekerja seperti biasa dan diganti dengan cuti tahun.
Bersediakan kita untuk berhijrah untuk menjadi hamba ALLAH yang lebih bertaqwa, lebih merendah diri, lebih berani untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan kezaliman?
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH "
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: rozmal
Posted on Monday, November 04 @ 13:21:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Hari Pengundian Pilihanraya Kecil Sungai Limau UPU Permatang Buluh 2
Posted on Monday, November 04 @ 13:24:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Facebook Arau La nie
Tiada ulasan:
Catat Ulasan