Sabtu, 2 November 2013

KELEBIHANNYA TELAH AIBKAN...DIPENJARA DAN DAPAT PELABAGAI TEKANAN

Bohong, mimpi Sohaimi jadi calon BN – guru agama

Muhammad Faizal, 02 Nov 2013


JERAI: Guru agama, Ustaz Rozali Abdul Hakim, 76, menafikan dakwaan yang disiarkan akhbar Berita Harian yang menyatakan beliau bermimpi Dr Ahmad Sohaimi Lazim menjadi calon Barisan Nasional (BN).

Rozali yang tampil pada sidang media di Markas Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau pagi ini memberitahu hanya terlintas di fikirannya ketika dimaklumkan Sohaimi sebagai calon BN merupakan anak murid beliau dan bukannya bermimpi.

Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar kesal dengan pembohongan yang dilakukan media milik Umno dalam usaha menarik perhatian pengundi.

"Kita kesal dengan politik murahan Umno dalam usaha menarik sokongan pengundi, berita yang menyatakan guru agama bermimpi mengatakan Sohaimi sebagai calon itu satu pembohongan.

"Hari ini Rozali yang merupakan guru kepada calon hadir dengan rela hati menafikan apa yang disiarkan, beliau tak bermimpi tapi hanya terlintas bila dikatakan Sohaimi menjadi calon.

"Mimpi dan terlintas itu jauh sekali maknanya, jangan nak ambil publisiti murahan dalam hal ini dengan harapan untuk menipu pengundi Sungai Limau," jelasnya.

Sementara itu, Rozali dalam kenyataan ringkasnya mengakui menerima kunjungan Sohaimi di kediamannya tetapi beliau tidak pernah mengatakan ada bermimpi.

"Mimpi tak betul, bila orang kata Sohaimi jadi calon saya cuma mengatakan dia anak murid saya itu saja.

"Hanya terlintas bila diberitahu, saya datang ni dengan kerelaan untuk menafikan apa yang disiarkan dan tidak ada orang paksa untuk saya hadir pagi ini," kata beliau.

Akhbar Berita Harian semalam menyiarkan di muka hadapan dengan tajuk "Ustaz mimpi Ahmah Sohaimi jadi calon BN".

PAS yang melihat kenyataan tersebut bukan saja tujuan mengelirukan rakyat tetapi satu tindakan yang tidak wajar diperlakukan terhadap seorang guru agama.

Wah! Betullah Anwar ditolak penyokong PAS di Sg Limau

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 02 Nov 2013

Wah!! Betullah Anwar Ibrahim ditolak Penyokong PAS Sungai Limau. tengok gambar-gambar ni..


Pagi sebelum Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjejakkan kakinya ke kawasan DUN Sungai Limau, sebuah Blog Pro UMNO telah mendakwa kononnya penyokong PAS Sungai Limau menolak kehadiran beliau.

Ini kononnya menurut beliau berikutan dari tiga keping banner yang dakwa beliau telah digantung oleh beberapa orang penyokong PAS di DUN tersebut.


Kononnya menurut beliau sentimen penolakan Anwar di Sungai Limau semakin menjadi-menjadi apabila  sekurang-kurangnya 3 banner protes Anwar ke sini telah dinaikkan oleh penyokong Pas Sungai Limau.

Oleh itu beliau mentafsirkannya sebagai "Ini bermakna penyokong Pas di Sungai Limau menolakan kedatangan Anwar untuk berkempen disini. Anwar Ibrahim dijangka datang hari ini dengan membuat ceramah di Dulang Kechil salah sebuah kubu kuat BN di Sungai Limau.."

Semalam sebagaimana yang telah dirancang dan disusun Program Anwar di Sungai Limau, program telah dijalankan seperti biasa..

Lebih kurang jam 4.45 petang kami telah bertolak dari Yayasan Aman, Penanti bersama-sama dengan Anwar Ibrahim dan juga para pengawal peribadinya dalam tiga buah kereta yang berlainanan.

Dari seawal ketibaan kami ke Tol Gurun lagi 'Penolakan' itu tellah dirasai, disitu telah bersedia menanti beberapa buah Super Bike dari ARC untuk mengiringi kami ke Sungai Limau.


Setibanya rombongan kami ke Kampung Selengkoh untuk program Hi Tea, Kami melihat Anwar Ibrahim memang ditolak oleh ramai penduduk di Kampung tersebut.

Penolakan tersebut terbukti bilamana 30 orang telah menyerahkan borang bagi menyertai KeAdilan Ranting Kampung tersebut dan hanya seorang dua yang menanti dan menyambut kehadiran Anwar Ibrahim disitu..


Begitu juga untuk program tazkirah Maghrib di Masjid Batu 16, Padang Lumat.. tiada penduduk kampung yang kelihatan mendengar tazkirah yang disampaikan Anwar..


Begitu juga dengan program makan malam di Bilik Gerakan Utama KeAdilan di Kampung Setia Jaya, Ulu Sedaka.. Anwar terpaksa makan seorang diri keran dirinya sudah ditolak oleh penyokong PAS disitu..


Dan penolakan oleh penyokong PAS terhadap Anwar terbukti benar dan amat jelas kelihatan program Perjumpaan dengan masyarakat Cina di Pekan Sungai Limau..

Malah penolakan yang lebih besar juga kelihatan dalam ceramah Perdana di Simpang Tiga Sungai Limau Luar dan juga Ceramah Perdana di Dulang Besar...

Saksikan.. bagaimana Anwar Ibrahim ditolak oleh penyokong PAS Sungai Limau...


Lagi gambar-gambar Anwar Ibrahim ditolak oleh Penyokong PAS Sungai Limau korang lihatlah di SINI..

..... Ditolak kononnya... kah. kah.. kah... sudah-sudahlah dengan propaganda murahan tu wahai macai.. daripada hang buat propaganda murahan tu lebih baik hang tolong pegang torchlight kat Mukhriz suluh batas jalan tengah-tengah bendang tu..

Bil elektrik rumah PM: "Tu dia, lagu tu ka?"

Harakahdaily, 02 Nov 2013
JERAI: Isu bil eletrik kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didedahkan di parlimen menjadi contoh paling digemari penceramah Pakatan Rakyat yang datang berkempen di Sungai Limau ini.

Sejak beberapa hari lalu, isu ini dimainkan penceramah sebagai menunjukkan sikap boros dan hipokrit pemimpin tertinggi negara yang pada masa lain menyeru rakyat berbelanja dengan berhemah.

Ternyata ianya sedikit-sebanyak memberi kesan kepada pengundi di sini yang rata-ratanya berkerja sebagai petani dan pesawah padi.

Dewan Rakyat minggu lalu diberitahu bahawa kos perbelanjaan bil elektrik kediaman rasmi Perdan Menteri sepanjang tahun 2012 adalah sebanyak RM2.2 juta manakala bil air sebanyak RM300,000.

Ini bermakna bil elektrik rumah perdana menteri untuk tempoh sejam adalah sebanyak RM250.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim berkata, perbelanjaan untuk bil air dan elektrik bagi kediaman perdana menteri dan timbalannya telah meningkat dalam tempoh dua tahun sebanyak 40 peratus daripada RM6,000 kepada RM8,000 setiap hari.

"Orang Sungai Limau boleh terima ke bil eletrik dan air rumah Najib dan Muhyiddin cecah ribuan ringgit sehari?

"Layakkah pemimpin begini turun turun Sungai Limau bagi nasihat supaya kita berjimat cermat," kata Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika berceramah di Simpang Tiga Sungai Limau di sini.

"Ni Muhyiddin duk ada di sini, kalau tuan-tuan nampak dia lalu, tahan dia, tanya dia buat apa sampai bil macam tu sekali," katanya lagi.

Isu sama turut dibangkitkan Ketua Penerangan PAS Sungai Petani, Ustaz Syahril Long ketika berceramah di Sungai Limau Dalam.

"Dia mandi ke buat apa. Inikah pemimpin yang nak kita jadikan contoh? Di kala rakyat hidup penuh kesempitan, harga barang naik, pemimpin bersenang lenang habiskan duit rakyat," katanya.

Apapun ternyata isu ini mudah dihadam oleh pengundi di sini apabila perbandingan cara hidup pemimpin didedahkan kepada mereka.

Ia sedikit berbeza dengan isu-isu lain seperti pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan GST yang cuba dibawa sesetengah penceramah.

Antara isu lain yang juga dilihat berkesan di Sungai Limau adalah kenaikan 34 sen harga gula sekilogram serta isu harga padi yang tidak pernah naik sejak 23 tahun lalu.

PKR yakin ada lonjakan sokongan kepada PAS

Muhammad Faizal, 02 Nov 2013
JERAI: Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul yakin dengan perancangan serta gerak kerja yang dilakukan membabitkan lima daerah mengundi di kawasan kubu kuat Umno akan ada lonjakan sokongan kepada PAS.

Lima daerah mengundi iaitu membabitkan Unit Peti Undi (UPU) Selengkoh, Sungai Daun, Sungai Kering, Dulang Kechil dan Dulang Besar.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), PAS mengalami kekalahan di lima UPU tersebut.

Bercakap pada sidang media di Markas Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Johari menjelaskan gerak kerja yang dilaksanakan PKR berjalan seperti yang telah dirancang.

"Strategi kita berjalan dengan lancar seperti ceramah dan juga pertemuan dengan pengundi-pengundi di semua peringkat lapisan.

"Dalam pada itu kita turut mengadakan pemeriksaan kesihatan di kelima-lima UPU tersebut dan sambutan yang kita perolehi amat memberangsangkan.

"Saya pasti dan berkeyakinan dengan apa yang kita perolehi sepanjang kempen yang hanya tinggal dua hari lagi akan ada satu lonjakan sokongan pengundi dari UPU yang dikatakan kubu kuat Umno itu," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani.

Katanya lagi, PKR akan mempertingkatkan lagi gerak kerja bagi memastikan pada PRK kali ini Pakatan Rakyat terutamanya PAS berjaya menembusi kelima-lima UPU tersebut.

Johari yang meminta pengundi berwaspada dan bersikap matang dalam membuat pemilihan pada hari pengundian nanti apabila Umno akan menggunakan pelbagai helah termasuk memberi bantuan dan duit kepada pengundi di saat-saat akhir tempoh berkempen.

Sementara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar juga yakin pada PRK kali ini satu lonjakkan baru akan berlaku.

Katanya, PAS yakin dengan kemampuan dan segala perancangan yang dilakukan, PKR dapat menembusi kubu kuat Umno dan seterusnya memberi peningkatan sokongan kepada calon PAS pada 4 November nanti.

RM480 juta untuk SRJK(C) Kuo Kuang Gelang Patah?

Harakahdaily, 02 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Apakah Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memperuntukkan RM480 juta kepada dua SRJK(C) Kuo Kuang1 dan 2 di Gelang Patah berasaskan janjinya dalam Pilihan raya Kecil Sungai Limau?

Ini untuk membuktikan bahawa Barisan Nasional akan terus membantu sekolah rendah Cina dan Tamil ‘selagi ada matahari dan bulan’.

Demikian pertanyaan dilontarkan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan, semalam.

Ini ekoran pada pilihanraya kecil Sungai Limau, Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk SRJK(C) Aik Min, RM1 juta untuk SRJK(C) Yuk Meng di Sungai Limau dan RM50,000 untuk SRJK (C) Pek Hwa.

SRJK(C) Aik Min mempunyai 15 murid dalam lima kelas, iaitu Darjah 1( 2 murid), Darjah 2 (2), Darjah 3 (5), Darjah 4 (3), Darjah 5 (0) dan Darjah 6 (3).

SRJK(C) Yuk Meng di Sungai Limau pula mempunyai 41 orang murid dalam enam kelas, iaitu Darjah 1 (1), Darjah 2 (5), Darjah 3 (10), Darjah 4 (4), Darjah 5 (12) dan Darjah 6 (9).

Sewaktu mengumumkan peruntukan berkenaan dalam pilihanraya kecil Sungai Limau, Muhyiddin menyebut bahawa kerajaan Barisan Nasional akan terus membantu sekolah Cina dan Tamil selagi ada matahari dan bulan.

Menurut beliau, dakwaan yang menyebut Barisan Nasional hanya memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah berbahasa ibunda ketika pilihanraya umum atau pilihanraya kecil adalah tidak benar.

Beliau mengatakan bahawa peruntukan kepada sekolah-sekolah Cina di Sungai Limau telah diluluskan lebih awal dan bukan “gula-gula” untuk meraih sokongan pengundi Cina yang berjumlah 1,800 orang di sana.

Kata beliau: “Walaupun di waktu tiada pilihanraya, kami tetap akan membantu kerana kerajaan Barisan komited untuk memperbaiki tahap pendidikan.”

Justeru, Lim mengalu-alukan peruntukan berjumlah lebih RM2 juta kepada sekolah rendah Cina di Sungai Limau.

Katanya, berdasarkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada SRJK(C) Aik Min, atau RM66,666 bagi setiap seorang daripada 15 pelajar, dua buah SRJK (C) Kuo Kuang di Gelang Patah patut mendapat peruntukan sebanyak RM480 juta, atau RM213 juta untuk SRJK (C) Kuo Kuang 1 yang mempunyai 3,200 orang pelajar dan RM266 juta kepada SRJK (C) Kuo Kuang 2 yang mempunyai 4,000 orang pelajar.

Tiada ulasan: