Sabtu, 2 November 2013

TAK SAMA PERHITUNGAN DIHUJUNG NYAWA ....KITA MAHKLUK YANG INGKAR PADA ALLAH...MASA IBADAH@TAUBAT HAMPIR TAMAT

Sg Limau: Orang Cina sokong PAS

http://idahsalam.blogspot.com, 02 Nov 2013
02 Nov 2013
Orang cina pun sokong pas..

Dun angkat: Mukhriz ugut pengundi Sg Limau?

Harakahdaily, 02 Nov 2013
JERAI: Kenyataan Datuk Mukhriz Mahathir, untuk menjadikan Dun Sungai Limau sebagai Dun angkat Menteri Besar jika BN menang disifatkan kenyataan mengugut pengundi di sini.

Pengarah Induk PAS bagi PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata, Mukhriz tidak wajar berlagak untuk menjadi menteri besar Sungai Limau sahaja sebaliknya perlu menjadi menteri besar kepada seluruh negeri Kedah.
"Atau apakah Mukhriz cuba mengugut rakyat, jika BN kalah maka penduduk Sungai Limau akan dianaktirikan," soal Mahfuz.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Markaz Induk PAS, PRK Sungai Limau di sini hari ini.
Beliau juga mendakwa, kenyataan 'beri kami peluang untuk bangunkan Sungai Limau' juga tidak wajar dikeluarkan oelh pemimpin BN.
Kenyataan sebegitu kata Pesuruhjaya PAS Kedah itu, seolah-oleh cuba memberi gambaran seperti PAS selama ini menghalang BN membangunkan Dun Sungai Limau ini.
"BN adalah kerajaan negeri, kita di Pakatan Rakyat tidak pernah menghalang mereka (BN) untuk membangunkan Sungai Limau bila-bila masa," kata Mahfuz lagi.
Sehubungan itu, beliau mahu Mukhriz segera sedar dari mamainya, dan tidak mengeluarkan kenyataan bersifat cuba mengugut pengundi semata-mata untuk meraih sokongan.

Badan boleh kempis, bengkang ubi pun naik harga

Rugayah Selamat Roketkini, 02 Nov 2013
SEMPATLAH minggu lepas Kak Yah singgah rumah mertua di Sabak Bernam bertanya khabar. Ialah, dah bertangguh dua minggu baru berkesempatan nak ziarah. Siapa lagi kalau bukan adik beradik anak menantu. Seronok benar Kak Yah tengok mak. Kuat lagi mencangkul, mengupas kelapa. Maklumlah, bila duduk di kampung, banyaklah benda sihat boleh dibuat. Taklah terperap dalam opis macam kita-kita sekarang ni.

Habis bergotong-royong masak, makan kerang mentarang dibuat sup segala. Dijamu pula lepat pisang dan bengkang ubi. Kebetulan adik ipar Kak Yah yang duduk jaga mak sekarang ni berniaga kuih kecil-kecilan dihantar ke warung-warung. Dapatlah sikit-sikit buat belanja dapur beli tudung kata orang. Alhamdulillah, elok saja Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ambil alih kerajaan, bil air pun tak pernah dibayar. Jimatlah duit orang kampung.

Bab bayar membayar ni bagi kita orang perempuan sensitif sikit, bukan maknanya kedekut tapi mungkin kita ni lebih cermat daripada cik abang. Tapi dalam jimat-jimat, kadang-kadang tergelincir juga di Sogo.

Kak Yah panggil adik ipar tu Zah sahaja, umur dia sudah pun masuk 34, tahunbil a ditanya bila nak kahwin, Zah kata dia tak fikir pun sangat fasal perkara tu. “Ada jodoh, kahwinlah. Sekarang ni eloklah Zah jaga mak,” katanya.

Kesian juga Kak Yah tengok Zah, baik orangnya, pandai masak, pandai pula mencari duit berdikari. Bila habis hantar kuih pagi-pagi, ada saja kerja rumah dibuatnya. Dalam dua tahun dulu ada orang datang meminang, ditolak Zah sendiri sebab tak berkenan perangai D yang tak lekat kerja. Asal tak sampai dua tiga bulan, dah bertukar taukeh. Panas baran kata orang. Daripada bersuamikan lelaki panas baran, eloklah membujang.

Ligat bersembang dengan mak, Zah pun ada masa tu sambil makan depan TV. Kami bertiga terkejut bila Datuk Najib umumkan kenaikan harga gula 34 sen. Betul, Kak Yah sampai tercengang, terkejut dengan pengumuman dalam Bajet 2014 petang tu.

Kak Yah tengok mak dah kerut dahi, “Naik lagi….,” kata mak. “Lepas ni kuih kamu tu kenalah naik sikit,” kata mak pada Zah. Dia tersenyum saja. Masa harga gula naik dulu pun dia tak pernah nak naikkan harga kuih. Melainkan dikecilkan sedikit saiz potongnya kata Zah.

Cerita harga gula naik ni sampai sekarang jadi bahan bualan kawan-kawan ofis Kak Yah. Nak kata buat ‘dosa kering’ pun bukan juga. Iyalah, kita pun bising sebab kita ni cari duit menyara diri dan keluarga. Daripada kerani sampaikan ke CC samalah bisingnya. Memang tak terkurang, memang tak terlebih.

Manalah tak bising, Kak Yah ni walau pun badan naik al-maklumlah seiring usia, ada masa dia turun juga kalau jaga makan. Tapi bila gula naik, ibarat kata orang macam badan naik tak nak turun-turun. Siapalah yang tak geram.

Masa dengan mak dan Zah petang tu, melopong juga Kak Yah sekejap. Bukan apa, bila harga gula dah naik, takkanlah harga lepat pisang memandai-mandai nak turun. Kenalah ikut kata Zah.

Cerita naik harga ni nampaknya macam tak boleh nak sudah. Kalau dulu, orang cik abang Kak Yah, yang bawak kereta motor bising sebab minyak naik harga, sekarang ni, pangkat makcik-makcik pun dah mula bising sampaikan nak beli bengkang ubi pun kena berkira-kira dulu.

Nampaknya, kita ni makin susah, bukan makin senang. Kenalah pandai-pandai berjimat. Tapi, entah apa lagi yang akan dibodek Awang Selamat paper Utusan tu. Meluat betul rasanya.

Kak Yah memang hairan sangat. Kerajaan Barisan Nasional sendiri tak segan mengaku merekalah pembela rakyat, juara itu ini, pandai jaga duit kerajaan, tak jemu nak bagi kebajikan. Alih-alih, yang dicakap tak dibuat, yang orang tak suka dibuatnya. Sampai bila kita nak ikut kata Husin Mak Limah, “Sabor ajelah…?”

Perhitungan 48 jam terakhir BN di Sungai Limau

Zulkifli Yahaya, 02 Nov 2013
Selepas 10 hari berlalu PRK Sungai Limau berlangsung, nampaknya ia tidak banyak berbeza dengan PRK di tempat lain – iaitu parti dari Pakatan Rakyat lawan Kerajaan Pusat. Andainya pengundi di Sungai Limau semuanya terdiri dari golongan tidak berparti lalu membuat keputusan berdasarkan kempen antara kedua pihak tersebut semata-mata maka calon PAS bukan setakat kalah tetapi hilang deposit.

Mana tidaknya PAS berkempen dengan kudrat parti semata-mata tetapi BN berkempen dengan kekuatan sebahagian besar kementerian yang terdapat di Putrajaya, duit dan habuan yang banyak untuk ‘merasuah’ pengundi  serta kempen menggunakan semua saluran media utama dalam negara.

Di mata dunia luar, mereka merasa aneh melihat amalan demokrasi yang berat sebelah lagi hodoh itu. Namun perkara yang lebih aneh dari itu ialah, dalam keadaan BN mempunyai kelebihan kekuatan umpama langit dengan bumi, parti tua itu terpaksa berhempas pulas untuk mengalahkan PAS bahkan belum tentu mereka akan menang nanti.

BN memasuki PRK Sungai Limau dalam keadaan tempang dan parut luka memenuhi badan. Maklumlah baru lepas berkelahi dalam pemilihan Umno. Belum sempat mencari formula perdamaian, terpaksa pula membuat pemilihan calon. Ditakdirkan calon BN yang terpilih tidak mengikut kehendak majoriti ahli Umno akar umbi.

Atas sebab tersebut, PRK Sungai Limau bagi BN adalah yang terlembab dalam siri PRK yang mereka lalui di seluruh negara. Jentera BN benar-benar digerakkan hanya selepas tiga, empat hari berlangsungnya penamaan calon. Tenaga membantu dari luar Kedah hanya muncul selepas seminggu penamaan calon. Gambar calon BN melalui banting, banner dan billboard hanya muncul selepas seminggu berkempen. Berbeza dengan PAS, segala persediaan logistik bermula seawal hari kedua berkempen.

Dari segi isu, PAS lebih banyak menyerang dan sasaran utamanya ialah Menteri Besar Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. Lima bulan sebagai Menteri Besar sudah cukup banyak kelemahan dan kegagalan yang tersenarai. Mukhriz dalam kenyataannya, mengambil sikap tidak mahu menjawab. Iyalah nak jawab apa lagi, memang betul pun semua dakwaan kegagalan anak bekas Perdana Menteri itu.

Isu negeri turut dibantu dengan isu nasional seperti laporan Ketua Audit Negara, kenaikan harga gula, GST dan tiada insentif untuk pesawah padi dalam Bajet 2014. Termengah-mengah juga Umno menjawabnya.

Di pihak BN lantaran kehabisan modal untuk menyerang PAS, pilihan yang ada ialah membangkitkan isu-isu rasis, kalimah Allah, fitnah LGBT sehingga ramai kalangan rakyat terasa melugai dengan isu basi yang langsung tiada relevan untuk PRK Sungai Limau. Beberapa pemimpin PAS yang dipecat menggunakan pentas Umno untuk menabur fitnah. Antaranya isu tabung Memali, pun tiada mengena dengan Sungai Limau.

Jika sebelum ini Umno mengutuk PAS kerana menggunakan artis yang sudah berhijrah untuk berkempen bagi pihak PAS, kononnya ulamak sudah masuk Umno artis pula masuk PAS, tetapi kali ini mereka terpaksa menjilat gelema sendiri apabila mengundang berbondong-bondong artis untuk menjadi daya tarikan kempen.  Bezanya artis yang bersama mereka datang hanya kerana bayaran lumayan semata-mata berbanding dengan artis PAS yang kini sudah berjatidiri PAS.

Saya meneliti kebanyakan kajian professional perihal kecenderungan pengundi dalam PRK Sungai Limau, selepas seminggu kempen berlangsung. Tiada satu pun yang berpihak kepada BN, dalam keadaan lebih 80 peratus pengundi sudah membuat keputusan parti mana yang hendak dipilih.

Bilik Gerakan BN yang lebih berupaya untuk membiayai kajian professional berhubung pola sokongan pengundi pun pasti menemui dapatan yang sama – BN tidak mampu mengatasi PAS. Mereka yang turun ke medan PRK demi maruah dan untuk wibawa sebuah kerajaan yang baru lima bulan mengambilalih dari Pakatan Rakyat pasti tidak akan membiarkan situasi yang tidak diingini itu berlaku.

Hanya satu pilihan yang boleh dibuat oleh BN iaitu gerakan membeli undi secara besar-besaran. Ia akan dibuat dalam tempoh 48 jam sebelum waktu pembuangan undi. Kerja ini mereka lakukan dengan jayanya di beberapa PRK. Untuk Sungai Limau, cabaran para perasuah ialah jika para pengundi yang berpotensi mengundi PAS dikepung sebaiknya. Jangan beri ruang mereka ditembusi perasuah. Jika perlu, adakan perangkap untuk tangkapan awam.

Itu saja satu-satunya cabaran besar bagi PAS. Banyakkan munajat dan pergantungan kepada Allah di saat terakhir. Jika strategi kotor BN itu berjaya di atasi, insyaAllah saya yakin PAS akan berjaya pertahan majoriti yang kira-kira serupa PRU13 lalu.

Riuh isu Serdang Perdana, sembunyi Kg Chubadak

Selangorku, 02 Nov 2013
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua kesal dengan tindakan media arus perdana yang cuba mengaitkan isu perobohan struktur haram milik peniaga di Serdang Perdana dengan isu perkauman.

Beliau berkata, selain dipercayai bagi menjejaskan imej Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR), tindakan itu juga mampu menggugat keharmonian masyarakat berbilang bangsa di Malaysia.

Tian Chua menegaskan, media arus perdana didapati cuba menyembunyikan isu perobohan rumah di Kampung Chubadak, Kuala Lumpur, baru-baru ini, kerana bimbang menjejaskan imej kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Isu di Serdang Perdana ini sengaja disensasikan dengan perspektif perkauman untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap kerajaan Selangor, tetapi nasib penduduk Kampung Chubadak langsung tidak disentuh,” katanya ketika dihubungi TV Selangor, di sini, semalam.

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bertindak merobohkan binaan haram sebuah restoran selepas mendapat aduan daripada orang awam, di Serdang Perdana, pada 28 Oktober lalu.

Binaan haram yang disewakan kepada peniaga warga asing itu didapati terletak berhampiran pusat membeli-belah dan laluan utama sehingga menimbulkan bahaya kepada pengguna jalan raya serta pejalan kaki di kawasan itu.

Mengulas isu Kampung Chubadak, Tian Chua memberitahu ketika ini pihaknya sedang memantau perkembangan kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan rumah penduduk Kampung Chubadak.

Katanya, dua buah rumah sudah dirobohkan minggu lalu, manakala kira-kira 200 buah rumah lain dijangka bakal mengalami nasib sama.

Tian Chua yang juga Naib Presiden PKR berkata, DBKL seharusnya mengadakan perbincangan dengan penduduk untuk menentukan tempoh perpindahan dan nilai pampasan yang sewajarnya.

“Sehingga kini, DBKL masih belum menjawab persoalan yang dibangkitkan termasuk tidak memberitahu pemaju yang bakal memajukan kampung terbabit,” katanya.

Tiada ulasan: