Syukur Pak Baharum ahli PAS Sg Limau
Subky Latif, | 01 Nov 2013 |
Sehingga mulai Mei lalu, mengikut Dato Mahfuz Omar, PJ PAS Kedah, Pak Baharum telah menjelaskan yuran keahliannya.
Atas rasa kesyukuran, maka calon PAS Mohd Azam Abd. Samat bersama PJ Mahfuz mengadakan kunjungan hormat kepada pengundi veteran itu bagi meraikannya dan supaya dia tidak terasa dipinggirkan PAS disebabkan anaknya jadi orang besar Umno dan menteri.
Pak Baharum bukan alang-alang ayah. Dia boleh berbangga kerana dapat menduduk anak hingga ke Universiti Azhar, Mesir dan bila-bila pun anaknya dengan pengajian itu layak dimartabatkan sebagai ulama. Bukan sekadar bapa bangga atas pencapaian anak, bahkan masyarakat seluruhnya bangga akan pencapaian anak seperti itu.
Bukan semua orang dapat menghantar anak mengaji di Mesir, tetapi Pak Baharum adalah antara yang berjaya menghantar anak ke situ. Syabas!
Tetapi sebagai mana-mana bapa dan ibu dalam PAS mahu anak-anaknya bersama mereka dalam partinya, Pak Baharum tak dapat anaknya Jamil Khir untuk bersamanya. Anaknya dengan ilmu dan pencapaiannya ada pilihan lain.
Bukan Pak Baharum saja orang PAS yanag anaknya tidak jadi ahli PAS. Dua Pesuruhjaya PAS Pahang tahun 50-an dan awal 60-an dulu anaknya jadi pemimpin Umno. Pertama Dato Abu Samad, anaknya Dato Hamzah jadi orang kuat Umno dan menteri. Kedua Dato Mohd Yasin, anaknya Tan Sri Kamarul Arifin jadi peguam Umno.
Haji Cheek di Kemaman adalah keluarga PAS yang komited, anaknya Ahmad Shaberey Cheek jadi orang Umno yang lantang menentang parti ayahnya.
Sebenarnya tidak secara mutlak anak orang PAS mesti jadi PAS. Yang menentukan seseorang itu jadi PAS atau Umno ialah Allah. Nabi SAW tidak dapat memberi hidayat kepada bapa saudaranya Abu Talib, Allah saja yang memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Ramai orang lulus Mesir dan Madinah Allah tidak pilih jadi orang PAS. Pak Hamzah orang Umno tegar Kuala Kedah, anaknya Amiruddin tidak mengaji di institusi pengajian tinggi Islam sebaliknya menuntut ilmu kejuruteraan tetapi Allah pilih jadi orang PAS dan sekarang menjadi Pengarah Operasi PRK Pas Sungai Limau.
Bukan salah Pak Baharum anaknya jadi Umno dan bukan salah ibu mengandung Jamil Khir jadi Umno tetapi ia adalah pilihan anak yang pendidikannya lebih tinggi dari ibu dan bapa.
Tiadalah pula PAS kesal atas perkembangan itu kerana bukan pula sedikit anak orang Umno menjadi pejuang tegar PAS.
Kunjungan calon PAS ke atas ayah Jamil Khir tidak bertujuan untuk memalu dan mengelirukan Ahli Majlis Tertinggi Umno itu tetapi bagi mengukuhkan semangat dan pendirian ahlinya supaya moga-moga istiqamah dengan jamaah Islam.
Terutama dalam masa pilihan raya, supaya seboleh-bolehnya tidak menukar undinya kepada calon parti yang dilawannya selama ini.
Kunjungan dibuat semasa kempen, maka tidak terlepas ia dari tuduhan berpolitik dan mengambil apa jua kesempatan berpolitik. Kalau calon PAS berpolitik dengan kunjungan itu apa salahnya kerana dia mengamalkan politik Islam. Tiada itu yang politik dan yang bukan politik. Yang ada masa politik dan ada masa tidak politik ialah politik dunia pegangan orang sekular seperti Umno dan MIC.
Bajet dan nasihat Nabi Shu‘Aib
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin, | 01 Nov 2013 |
Saya tidak mahu mengulas bajet secara detil. Biarlah hal itu dilakukan oleh pakar-pakarnya. Saya sekadar mahu berkongsi apa yang Nabi Shu‘aib nyatakan kepada kaumnya tentang punca kemusnahan ekonomi sesuatu umat.
Nabi Shu’aib merupakan seorang nabi yang yang diutuskan kepada Kaum Madyan. Beliau terpaksa menghadapi kerenah penyelewangan pengurusan ekonomi dan harta yang mereka lakukan. Kaum Madyan dicatatkan sebagai kaum yang awal mengenakan cukai kepada orang yang lalu-lalang dalam kawasan mereka. Al-Quran merakamkan ucapan-ucapan Shu’aib bagi mengingatkan sesiapa yang terlibat dengan harta orang lain tentang asas-asas penting dalam menguruskan harta. Bahasa Nabi Shu’aib a.s. bahasa asas yang dapat difahami oleh semua peringkat.
Penipuan Harga
Penipuan harga adalah antara ibu penipuan dalam urusan ekonomi. Meletak harga bohong pada sesuatu adalah kezaliman. Penipuan ini boleh berlaku samada dengan cara menipu ukuran ataupun timbangan. Dalam kerangka projek-projek kerajaan bererti meletakkan harga yang tidak sepadan dengan nilai yang sepatut. Sehingga projek-projek itu dibayar oleh kerajaan dengan harga yang tinggi melebihi ‘sukatan’ ataupun ‘timbangan’ yang sepadan. Wang awam menjadi mangsa dan negara menjadi korban. Ini semua kerana ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memakan harta secara tidak sepatutnya. Inilah yang Nabi Shu‘aib tegaskan dalam seruannya. Firman Allah: (maksudnya)
“dan kepada penduduk Madyan Kami utuskan saudara mereka Syu’aib, dia berkata: “Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tiada tuhan bagi kamu selain dariNYA, dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu berada dalam kemewahan; dan sesungguhnya aku bimbang, kamu akan ditimpa azab hari yang meliputi.” (Surah Hud ayat 84).
Menipu timbangan ataupun sukatan bukan bererti tidak langsung menimbang ataupun menyukat, tetapi sukatan dan timbangan secara tipu. Inilah punca kemusnahan kehidupan penduduk Madyan kerana ada pihak yang menipu dalam berurusan dengan pihak yang lain. Justeru, negara yang baik hendak mempratikkan ‘good monetary policy’ yang dapat menyelamat harta awam dari ditipu ataupun dirompak secara ‘lulus di atas kertas’. Kebanyakan penipu silam dan moden memperlihatkan seakan mereka jujur pada mata yang tertipu, tetapi hakikatnya mereka penipu. Hal ini akan menyebabkan negara yang zahirnya kaya, tetapi rakyatnya susah sebab timbangan dan sukatan mereka sudah ditipu. Nampak banyak, hasilnya sedikit.
Mengurangi Hak
Ingatan Nabi Shu’aib yang lain ialah: (maksudnya)
“Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya.” (Surah Hud: 85).
Dalam konteks negara, jika kita membicarakan tentang hak, maka hak rakyat menikmati kekayaan bagi setiap negara tidak sama. Ia bergantung kepada latar kekayaan negara tersebut. Jangan samakan Malaysia dengan negara yang lebih miskin dari kita ataupun sebaliknya. Sebab itu al-Quran apabila menyebut tentang mut’ah yang suami patut berikan kepada isteri yang diceraikan, Allah memerintahkan agar kadarnya ditentukan oleh kemampuan masing-masing. Allah menyebut:
“..hendaklah kamu memberi “mut’ah” (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu), iaitu suami yang senang (hendaklah memberi) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan.” (Surah al-Baqarah, ayat 236).
Suami yang kaya tidak boleh memberikan saguhati ataupun mut’ah itu seperti kadar yang diberikan oleh suami yang miskin. Dia tidak boleh bandingkan hak isterinya dengan isteri orang tidak sekaya dirinya. Demikian hak-hak rakyat dalam setiap negara itu berbeza berdasarkan kekuatan kekayaan negara berkenaan. Tidak boleh mana-mana kerajaan yang kaya menyamakan hak rakyat di negaranya dengan rakyat di negara yang lebih miskin daripadanya. Lebih buruk lagi jika sebahagian ‘bangsawan’ dan ‘atasan’ menikmati kekayaan sesebuah negara secara berlebihan sementara sebahagian rakyat hanya menjilat lebihan kuah yang tumpah ke lantai sahaja.
Keberkatan
Intipati yang penting dalam penghayatan amalan ekonomi yang jujur ialah mencari keberkatan yang diperolehi melalui harta yang terhasil dari sumber yang halal. Shu’aib a.s: (maksudnya)
“Baki (yang halal) Allah kepada kamu lebih baik bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman, dan aku bukanlah orang yang mengawasi kamu.” (Surah Hud, ayat 86).
Inilah asas jiwa insan yang jujur dalam pengurusan ekonomi. Jiwa yang memadai dengan yang halal dengan tidak mengambil harta orang lain atau pun mengurangkan hak mereka. Memadai dengan apa yang tinggal dari pengurusan yang halal itu lebih baik dan diberkati Tuhan. Dilimpahkan kedamaian dan kebaikan dari pelbagai sudut dalam kehidupan. Kebahagiaan bukan hanya diukur dengan jumlah harta tetapi kurniaan keberkataan limpahan Tuhan kepada kehidupan ini. Keberkatan adalah elemen yang ditekankan dalam pengurusan ekonomi Islam yang tiada dalam sistem ekonomi yang lain. Keberkatan itu seperti kata Al-Asfahani (meninggal 425H) bermaksud
“kelangsungan kebaikan ilahi kepada sesuatu.” (Al-Asfahani, Mufradat Alfaz al-Quran m.s 119, Damsyik: Dar al-Qalam)
Lihatlah bila keberkatan hilang maka orang yang kaya-raya pun hidup tanpa bahagia. Pencuri-pencuri harta awam hendaklah faham hakikat ini. Pengurus harta awam juga hendaklah faham. Justeru itu kita kena sedar bahawa jumlah jenayah dan keadaan tekanan hidup yang sedang meningkat dalam negara kita adalah antara tanda hilangnya keberkatan kehidupan.
Good Governance
Good governance atau urus tadbir baik adalah istilah yang digunapakai pada hari ini bagi menggambarkan bagaimana institusi awam yang mengendalikan urusan dan harta awam ditadbir. Ia menggambarkan urustadbir yang bertanggungjawab lagi baik. Beberapa anasir diletakkan oleh pelbagai pihak seperti UN, IMF, World Bank dan lain-lain dalam menetapkan characteristics sesuatu urus tadbir yang baik. Sesiapa yang mengkaji tentang international development boleh memperincikannya.
Apapun, nasihat-nasihat Nabi Syu’aib adalah kunci kepada urustadbir harta yang baik. Para pemerintah hendaklah insafi diri masing-masing ketika menguruskan harta negara. Sekali lagi saya ulangi apa yang Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) dalam kitabnya As-Siyasah asy-Syar’iyyah fi Islah ar-Ra’i wa ar-Ra’iyyah sebut:
“Tidak boleh para pemerintah membahagikan harta negara mengikut nafsu mereka seperti mana seorang pemilik harta membahagikan harta miliknya. Sebaliknya, para pemerintah hanyalah pemegang amanah, wakil dan utusan. Mereka bukan pemilik harta. Ini seperti yang Nabi SAW sabda: “Aku –demi Allah- tidak boleh memberi (harta awam) ataupun menghalang seseorang. Aku hanya pembahagi yang meletakkannya di mana sahaja aku diperintahkan”. Ini diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.”
“Inilah rasul Tuhan semesta alam yang memberitahu bahawa dia tidak mempunyai hak menghalang dan memberi dengan kehendak dan pilihannya seperti mana seorang pemilik harta yang boleh berbelanja dengan hartanya, dan seperti raja-raja yang memberikan kepada sesiapa yang mereka suka. Sebaliknya dia (Rasulullah SAW) hanya seorang hamba Allah, membahagikannya mengikut arahan Allah. Dia meletakannya di mana yang Allah perintahkan”.
Sambung Ibn Taimiyah lagi:
“Demikian apabila seseorang berkata kepada (Khalifah) ‘Umar bin al-Khattab: “Wahai Amir al-Mukminin! Andainya engkau tambah peruntukanmu dari harta Allah ta’ala (harta negara). Jawab ‘Umar: “Tahukah engkau apakah bandingan antara aku dan rakyat? Ia umpamanya satu kaum yang berada dalam satu perjalanan, lalu mereka menghimpunkan harta mereka kemudian mereka menyerahkannya kepada seseorang untuk membelanjakannya untuk mereka. Apakah halal untuk lelaki itu mengutamakan dirinya dengan menggunakan harta mereka?.” [m/s 51-52. Kuwait: Dar al-Arqam (1406H)]
Zunar terbit animasi “Antutuya”
Harakahdaily, | 01 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque sekali lagi muncul dengan idea baru apabila mengumumkan pernerbitan animasi “Datuk Nazak & Antutuya”.
“Ketika semua orang sibuk pasal (kontroversi) nama Allah, saya teringat nama ‘ALtantuya’. Kerana itu saya menerbitkan animasi ‘Datuk Nazak & Antutuya’ dalam episod ‘Antutuya bunuh diri’,” katanya ketika menghubungi Harakahdaily.
Animasi 4.28 minit ini, ujarnya bagi mengenang kematian model asal Mongolia yang dibunuh dengan kejam pada bulan ini tujuh tahun lalu.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada animator, kartunis Jonos yang berkerja keras menyiapkan animasi ini,” ujarnya.
Zunar pernah bertugas sebagai kartunis di Harakah pada kemuncak era reformasi tahun 1999.
Filem Putar Belit Sejarah dan Fakta akan ditayangkan di Sg Limau
Posted on Friday, November 01 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Filem putar belit fakta dan sejarah yang rugi akan ditayang secara percuma di Sg Limau.
Ini adalah program jelajah kempen Ahmad Shabery bersama jentera BN dalam pilihan raya kecil tersebut akan bermula esok dan berakhir pada Ahad. Megikut sumber kehadiran Ahmad Shabery adalah kempen daripada KB&S.
Filem tersebut dijangka ditayang pada jam 8.45 malam di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Daun Tengah, yang jaraknya kira-kira 4.7km dari Sungai Limau.
Program tersebut adalah sebahagian daripada jadual yang dimasukkan sempena lawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam lawatan tiga harinya ke Sungai Limau.
Malah, terdapat juga sessi bersama artis veteran seperti Hattan dan Datuk M Daud Kilau.
Muhyiddin Dah Pandai Melawak, Katanya Projek Pembangunan Bukan Untuk Beli Undi..
Posted on Friday, November 01 @ 09:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang kini lebih lapang dadanya berikutan permohonan maafnya telah diterima baik oleh keluarga Allahyarham Ustaz Azizan sedangkan isu keterlanjurannya mengaitkan bekas MB Kedah yang dipotong kakinya dengan pemansuhan subsidi gula menjadi percakapan ramai, dilihat semakin bersemangat meneruskan kempennya untuk memastikan kemenangan BN di Sungai Limau pada 4 November ini.
Beliau bukan saja semakin kerap turun ke menemui pengundi, bahkan semakin rancak mencurahkan wang pembayar cukai rakyat atas nama UMNO dan BN bagi memastikan Pas tewas dalam pilihanraya kecil ini. Setelah pelbagai projek pembangunan dicurahkan sebelum ini, terbaru ini beliau memberi RM400 ribu untuk sebuah madrasah, RM3 untuk jeti nelayan dan kemudian lebih RM2 juta untuk sekolah-sekolah Cina.
Namun kata Muhyiddin, semua projek pembangunan dan curahan peruntukan kewangan itu bukan bertujuan membeli sokongan daripada pengundi Sungai Limau, tetapi hanya kebetulan saja pilihanraya kecil sedang berlangsung.
Katanya, bantuan kepada rakyat adalah program berterusan kerajaan, tidak kira sama ada berlangsung pilihanraya atau tidak.
Hahahaha...ramai yang ketawa mendengar kenyataan Muhyiddin ini. Ada pula yang berkata, TPM yang selama ini dikenali dengan wajah serius dan jarang tersenyum, rupa-rupanya sudah pandai melawak sekarang ini. Lawaknya ialah beliau datang setiap hari ke Sungai Limau dan memberi projek serta pertuntukan di sana-sini tetapi tidak mahu undi.
Maknanya dengan segala yang diberikannya ini, Muhyiddin tak kisah pun jika pengundi Melayu dan Cina terus menyokong Pas. Biarlah Pas menang dan BN kalah lagi untuk kali keenam berturut-turut. Sebabnya Muhyiddin tak mahu segala pemberiannya itu dibalas dengan undi.
Biarlah juga Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi BN Kedah yang telah malu besar kerana kalah bertanding Naib Presiden UMNO dua minggu lalu sedangkan namanya begitu popular di kalangan ahli UMNO, sekali lagi ditimpa malu kerana ditolak oleh pengundi Sungai Limau pula.
Apakah kenyataan Muhyiddin ini menggambarkan beliau sudah dapat menjangka peluang tipis BN di Sungai Limau? Jika benar tidak mengharapkan undi, lebih baiklah projek-projek itu tidak ditumpukan di Sungai Limau saja, sebaliknya turut diberikan kepada pengundi di Pagoh atau Pekan, Pahang kerana di kawasan tersebut juga pastinya ramai yang turut memerlukan bantuan serta perhatian daripada kerajaan.
Memang betul-betul lawak Muhyiddin ni...
Berikutan kenyataan Muhyiddin ini, ramai orang UMNO yang marah-marah kerana beliau memberi peruntukan besar kepada sekolah-sekolah Cina sedangkan sokongan yang diterima masih bekum pasti, barangkali turut juga ketawa kali ini. Di Sungai Limau terdapat 1,827 pengundi Cina tetapi dalam pilihanraya lalu BN hanya mendapat 180 undi saja sedangkan ahli MCA saja berjumlah 956 orang.
Dalam kempen yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, walaupun Muhyiddin barangkali terus melawak dengan mengatakan tidak melakukan pembelian undi, tetapi dipercayai banyak lagi projek dan peruntukan kewangan bakal dicurahkan. Yang menjadi calon pilihanraya UMNO tetapi nampaknya wang pembayar cukai akan terus dilambakkan di Sungai Limau.
Sebab itu, kritikan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin bahawa pemimpin kerajaan membelanjakan wang pembayar cukai ini macam wang "mak bapak dia" memang ada kebenarannya. Tidak bolehkah wang pembayar cukai dibelanjakan mengikut peraturan dan tidak diselewengkan untuk kepentingan parti politik yang bertanding dalam pilihanraya?
Tidak bolehkah bila bertanding dalam pilihanraya, hanya wang parti yang digunakan tanpa melibatkan wang pembayar cukai? Atau hanya dasar-dasar parti yang dijadikan asas kempen tanpa melibatkan apa-apa pemberian, projek pembangunan dan sebagainya?
Memandangkan bapanya merupakan seorang imam dan ulama yang agak terkenal di Muar suatu ketika dahulu, Muhyiddin mungkin tahu sedikit-sebanyak hukum halal haram atau wajar dan tidaknya menggunakan wang rakyat untuk kempen pilihanraya ini. Sebab itu, agaknya beliau malu-malu untuk berterus-terang bahawa segala peruntukan yang dicurahkannya itu untuk membeli undi dan sokongan bagi memastikan kemenangan BN di Sungai Limau ini.
Agaknyalah...(SH 31/10/2013)
SHAHBUDIN HUSIN
http://shahbudindotcom.blogspot.com
Tidak kenal yang mana hujung dan pangkalnya, masih nak pegang kuasa
Posted on Friday, November 01 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
UMNO adalah parti tua. Penyakitnya pun penyakit tua. Ramai ahli-ahli UMNO cuba mencari pemimpin-pemimpin muda untuk meremajakan parti itu tetapi penyakit yang sering menghinggapi orang tua juga di hinggapi pemimpin muda dalam parti itu. UMNO adalah parti yang tidak mengikut arus perubahan zaman dan parti itu adalah sebuah parti kekampungan yang tidak mampu berubah dalam semua hal walaupun niatnya hendak berubah itu nyata dan jelas.
Sawan Sembuh Dengan Minum Zamzam
Posted on Friday, November 01 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Terjadinya telaga Zamzam itu sendiri merupakan kejadian yang penuh mukjizat, hasil pengorbanan Nabi Ibrahim dalam mematuhi perintah Allah swt.
Air Zamzam merupakan air yang penuh kebaikan dan hikmah dikurniakan oleh Allah swt kepada umat Islam didunia ini dan ia tidak pernah kering sejak ribuan tahun dahulu walaupun digunakan oleh berjuta-juta umat Islam saban tahun.
Lankan housemaid claims epilepsy cure after drinking Zamzam water; converts Report says woman converts after recovery
Berlian Termahal RM200 Juta
Posted on Friday, November 01 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Ditemui di Afrika Selatan pada tahun 1999 di kawasan perlombongan gergasi De Beers. Proses memotong dan menggilap permata merah jambu ini mengambil masa selama 2 tahun untuk memastikan ia benar-benar unik dan istimewa.
Sumber Link

UMNO tidak tahu apa yang hendak di ubahnya. UMNO tidak tahu lagi apa
yang baik yang perlu di lakukannya dan lebih sedih lagi mereka tidak
tahu pun mana yang baik dan yang buruk. Mereka menyangka yang apa yang
Najib lakukan hari ini adalah pembaharuan tetapi sebenarnya tindakan
Najib itu sebenarnya tidak menunjukkan yang UMNO sudah mula untuk
berubah.
UMNO mentadbir kerajaan seperti mentadbir persatuan bola takraw dan
mengambil keputusan tanpa bersandar kepada dasar-dasar tetap yang telah
di gubal. Apabila di rasakan ada satu pihak atau kumpulan marah dan
tidak berpuas hati semasa itu kumpulan itu akan di berikan hadiah dalam
berbagai-bagai bentuk dan cara. Selalunya akan di berikannya wang
sogokan di atas berbagai-bagai nama.
Najib mentadbir negara seperti mentadbir khairat kematian. Apabila
mendengar seseorang meninggal dunia Najib akan memberikan bantuan
khairat kematian dengan jumlah yang kecil. Bantuan akan hanya tiba jika
ada kematian. Bantuan itu tidak akan mendatangkan kemajuan kepada
keluarga si mati selain dari menggunakan wang itu untuk membeli kain
kapan mayat dan biskut semasa kenduri tahlil sahaja.
Maksud saya banyak perbelanjaan itu di buat dengan keputusan ad hoc
tanpa pelan yang konkrit yang akhirnya membawa negara ke kancah
pembaziran yang tidak terkira jumlahnya. Sebelum pilihanraya dahulu,
tiba-tiba jururawat mendapat bayaran ‘one off’ sebanyak RM100. Lepas itu
kita melihat Najib memberikan bantuan kilat kepada sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil yang memakan belanja berpuluh juta ringgitnya.
Kita bukan mempersoalkan jumlah wang yang di berikan kepada sekolah
Cina tetapi biarlah ia terancang dalam pelan yang konkrit dan di rancang
perbelanjaan itu dengan teratur dan tersusun. Najib dan UMNO perlu
ingat wang itu semuanya adalah wang rakyat bukannya wang peribadi
mereka. Pemberian bantuan itu mesti di rancang terlebih dahulu dan
jangan membantu secara adhoc kerana ia akan memudharatkan kewangan
negara.
Baru-baru ini saya menyambut beberapa rakan-rakan saya yang pulang dari
mengerjakan rukun haji. Mereka keseluruhannya merungut kerana seramai
800 orang istimewa telah di bayar oleh kerajaan untuk mengerjakan rukun
haji melalui IMDB. Mereka terdiri dari ketua kampung, imam dan bilal
dan ketua-ketua masyarakat di beberapa buah kampung yang selalunya
adalah penyokong kuat kerajaan.
Tidak ada siapa yang marah jika IMDB mendapatkan kuota Haji itu
sendirian dari Kerajaan Arab Saudi, tetapi kesemua bakal haji itu
menggunakan kuota Tabung Haji yang banyak berkurangan tahun ini. Najib
tidak sedar yang ada lebih dari 70,000 orang Islam kita yang sudah
lanjut usianya masih belum dapat kesempatan untuk menunaikan ibadah Haji
itu, sedangkan mereka adalah di kalangan yang telah membuat simpanan
sejak puluhan tahun dahulu. Sempatkah mereka ini mendapat giliran untuk
ke tanah suci ini, sedangkan umur mereka semakin lanjut.
Saya mencadangkan supaya kumpulan yang istimewa ini biarlah mendapatkan
kuota itu dengan istimewa. Jika masih hendak menggunakan kuota Tabung
Haji mereka ini perlu mengikut giliran dan utamakan mereka yang tua-tua
yang telah lama menyimpan berdikit-dikit sejak muda mereka.
Janganlah oleh kerana setengah orang berada di koridor kuasa mereka
mempunyai keistimewaan untuk melanggar dan lompat giliran. Orang yang
tidak menjadi ahli JKKK pun hendak menjadi tetamu Allah juga. Bukannya
orang kuat UMNO sahaja yang hendak mengerjakan ibadah haji dan mencium
batu hajarul aswad itu. Orang yang tidak ada dalam jawatankuasa JKKK pun
hendak juga merasa berada di Arafah dan berwukuf serta melontar semasa
tiga hari tasyrik itu.
Orang yang tidak menjadi ketua kampung juga ingin bertawaf dan ber sai
di antara Safar dan Marwah itu. Orang yang tidak bilal juga mahu
mengalami menziarahi Rasullullah saw di Medinah kerana menziarah makam
Rasul itu serupa menziarahi baginda semasa baginda masih hidup. Hendak
menziarahi Rasul juga mesti menjadi orang kuat JKKK dan UMNO.
Tuhan dan agama orang PAS, PKR dan DAP Islam juga ialah Allah swt.
Allah itu bukannya Tuhan orang UMNO sahaja. DIA adalah Tuhan semesta
alam, dan Tuhan kepada semua makhluk. Kita tahu yang lautan dan desiran
ombak itu adalah berzikir terhadap Allah. Pokok dan pohon semua berzikir
kepada Tuhan tanpa henti-henti. Hanya setengah umat manusia sahaja yang
tidak mahu lagi atau terlupa untuk berzikir terhadapNya. Agama itu
hanya tempelan politik mereka sahaja.
Jika segala tindakan kerajaan itu tidak mengambil kira semua perkara
negara tidak akan melihat satu pentadbiran yang matang kerana pemimpin
bertindak mengikut kemahuan dan syahwat politik masing-masing.
Itu semuanya perkara kecil sahaja. Belum lagi kita sentuh isu perpaduan
kaum dan agama yang sedang dalam keadaan yang sangat merbahaya dan
menakutkan. Belum lagi menyentuh tentang isu pembahagian kekayaan negara
secara ‘equitable’ yang menjadi teras pembangunan ekonomi negara dan
rakyatnya. Kalau kita dengar cakap-cakap dan kenyataan pimpinan negara
seolah-olah perancangan mereka itu adalah terbaik tetapi rakyat tetap
tidak terurus dengan betul.
Pendeknya negara sedang di pimpinan oleh apa yang di sebut sebagai
‘faked leaders’ yang tidak berapa faham di mana hujung dan pangkalnya
kaedah pentadbiran kerajaan yang benar-benar berkemampuan untuk
melaksanakan semua perancangan baik yang telah di gubal itu.
Perancangan tetap tinggal perancangan tetapi semua perancangan selama
ini terbantut di peringkat perlaksanaannya kerana perlaksanaan semua
perancangan itu di kotori dengan perlakuan rasuah dan salah guna kuasa
pemimpin-pemimpin kita terutamanya pemimpin utama negara kita.
Blog ini mengulangi, selagi tiada tindakan berkorban dari mereka yang
memimpin sekarang ini, tidak akan terjumpa penyelesaian terhadap masalah
negara ini. Kesemua pimpinan yang berada di dalam UMNO itu wajar
berundur dan berikan kuasa untuk seseorang atau kumpulan yang lain yang
tidak terlibat dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah mengendalikan
proses perubahan itu.
Rakyat sudah terlalu lama menunggu dan perubahan masih juga tidak nampak akan tiba.
ASPAN ALIAS
http://aspanaliasnet.blogspot.com
ASPAN ALIAS
http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sawan Sembuh Dengan Minum Zamzam
Posted on Friday, November 01 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Terjadinya telaga Zamzam itu sendiri merupakan kejadian yang penuh mukjizat, hasil pengorbanan Nabi Ibrahim dalam mematuhi perintah Allah swt.
Air Zamzam merupakan air yang penuh kebaikan dan hikmah dikurniakan oleh Allah swt kepada umat Islam didunia ini dan ia tidak pernah kering sejak ribuan tahun dahulu walaupun digunakan oleh berjuta-juta umat Islam saban tahun.
Kebaikan dan
mukjizat tersebut bukan sahaja dapat dinikmati oleh umat Islam tetapi
juga dialami oleh hamba-hambanya yang terpilih walaupun belum lagi
Islam.
Inilah yang dialami oleh seorang pembantu rumah yang bernama Raju
berasal dari Sri Lanka yang bekerja di Arab Saudi. Penyakit sawan yang
dihadapinya selama 15 tahun sembuh setelah minum air Zamzam.
Setelah penyakitnya sembuh, Raju kemudian mengucapkan dua kalimath syahadah dan menukar namanya menjadi Farida.
Kejadian bermula apabila majikannya membawa air Zamzam dari Kota Mekah.
Majikan beliau meminta Raju minum air yang dipercayai berkhasiat
menyembuhkan pelbagai penyakit dengan kadar yang banyak. Maha suci
Allah, setelah dua minggu secara rutin meminum air Zamzam, penyakit Raju
hilang.
“Pembantu ini terus meminum air Zamzam selama hampir dua minggu. Lalu,
doktor memberitahu penyakit sawannya itu sembuh,” laporan dari sebuah
akhbar Saudi, Sharq seperti dilaporkan oleh emirates247.com.
Lankan housemaid claims epilepsy cure after drinking Zamzam water; converts Report says woman converts after recovery
A Sri Lankan housemaid in Saudi Arabia converted to Islam after she was
cured of epilepsy by drinking Zamzam water for nearly two weeks.
Newspapers in the Gulf Kingdom said the maid’s employer brought her Zamzam water from the western Saudi town of Makkah and asked her to drink as much as she can.
“The maid kept drinking Zamzam for nearly two weeks. Afterwards, she was told by doctors that she had been cured of epilepsy, which she had suffered for more than 15 years,” the Saudi Arabic language daily Sharq said.
In a report from the northwestern town of Hail, the paper said maid decided to convert to Islam and changed her name from Raju to Farida.

Sumber;
Berlian Termahal RM200 Juta
Posted on Friday, November 01 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Ditemui di Afrika Selatan pada tahun 1999 di kawasan perlombongan gergasi De Beers. Proses memotong dan menggilap permata merah jambu ini mengambil masa selama 2 tahun untuk memastikan ia benar-benar unik dan istimewa.
Batu berlian yang dikenali sebagai 'the Pink Star' 59.60 karat ini
bakal menjadi batu permata termahal di dunia sehingga mencecah
£40million atau RM200 juta dalam upacara lelongan yang akan diadakan di
Sotheby's, Geneva pada bulan depan.
Selain saiznya yang besar yang jarang ditemui, ia juga mempunya kedalaman warna yang luar biasa
Sumber Link
Tiada ulasan:
Catat Ulasan