Posted on Sunday, November 03 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Politik di negara kita adalah politik pergaduhan. Tiada pergaduahan tiada politik. Semua perkara walaupun isu yang ‘trivial’ menjadi bahan pergaduhan. Perselisihan dan perbalahan bukan dalam isu penting yang berkaitan dengan pembangunan negara dan pembinaan pemikiran manusia yang amat penting di zaman pembangunan ini. Baik dari pihak kerajaan mahu pun pihak yang bertentangan, semua isu jadi bahan perselisihan dan pergaduhan.
Semuanya politik dan tidak ada perkara yang tidak di politikkan di
negara ini. Tahap politik di negara kita semakin hari semakin rendah
seperti politik anak-anak hingusan. Tidak lama lagi mungkin akan timbul
polimik untuk menetukan tandas yang mana yang lebih baik diantara
tandas cangkung dengan tandas duduk pula.
Tempat penyembelihan korban pun menjadi perbalahan. Setengah mengatakan
melakukan penyembelihan dalam kawasan sekolah pun telah mencetuskan
pergaduhan di antara dua pihak di kalangan orang Islam sendiri
seolah-olah Islam ini belum di lengkapkan oleh Muhammad saw lagi. Mereka
sanggup bertelagah, asalkan mereka bangkang pihak lawan. Yang penting
mesti bantah dan berbeza dengan pihak lain. Itu politik.
Bagaimana isu ini pun telah membuatkan orang bergaduh sedangkan
Muhammad saw di turunkan untuk melengkapkan agama dengan syariatnya
jelas dan mantap. Kita sepatutnya tahu Rasullah saw tidak akan wafat
dahulu selagi udang-undang dan syariat Islam belum di lengkapkan.
Kita mengakui yang Muhammad saw itu adalah Nabi dan Rasul yang terakhir
dan merupakan pembawa syariat dan pelengkap kepada hidup beragama di
dunia ini. Kenapa masih ada pihak yang cuba untuk memperbaiki lagi agama
dan syariatnya sedangkan kita mengaku agama Islam itu adalah agama
pelengkap kepada semua umat manusia.
Jika kumpulan yang mengaku menjadi pejuang agama Islam itu mempunyai
matlamat yang betul, mereka harus memahami yang tugas utama pemimpin ini
ialah untuk menjadikan sesiapa dikalangan agama bukan Islam merasakan
kebaikan dan keseronokan bersama kita yang beragama Islam. Islam itu
merupakan pengubat kepada segala keburukan kehidupan umat. Pemimpin
Islam sepatutnya mampu untuk menjadikan orang Buddha, Christian dan
Hindu serta agama-agama lain menjadi lebih baik.
Seorang Hindu akan menjadi Hindu yang lebih baik. Orang Buddha pula
akan menjadi buddis yang lebih baik apabila di pimpin oleh Islam. Itulah
kepimpinan Islam yang sebenar-benarnya Islam. Jika tidak dapat membawa
mereka menjadi Islam, setidak-tidaknya kepimpinan Islam itu akan
menjadikan mereka yang beragama lain itu lebih baik dengan agama
masing-masing bila dipimpin oleh pimpinan Islam yang tulin.
Tetapi sebaliknya berlaku sekarang ini. Pimpinan UMNO atau kebanyakan
parti politik dan NGO berhaluan kanan lebih cenderung untuk berlawanan
diantara agama dan kepercayaan masing-masing. Ini berlaku kerana
kepimpinan parti-parti yang ada dikalangan pimpinan yang lemah dan fakir
jiwa mereka. Menunjukkan sifat berani berperang yang palsu itu
dijadikan cara untuk mendapatkan sokongan dikalangan puak masing-masing.
Masing-masing membawa aura peperangan sesama sendiri untuk membawa
pandangan ramai jauh dari tindakan kedurjanaan mereka seperti rasuah dan
samunan yang mereka telah lakukan terhadap negara. Mengalihkan
pandangan ramai terhadap kesalahan mereka ini menjadikan negara dalam
keadaan haru-biru dan tidak lekang dari kerja memecah- belahkan rakyat
yang berbilang agama dan bangsa dengan cara hidup masing-masing.
Pada hakikatnya segala tindakan ini adalah tindakan penentangan secara
‘head-on’ terhadap Allah kerana yang membezakan mereka dengan kaum yang
berlainan itu juga adalah kejadian Allah, Tuhan semesta alam. Memerangan
bangsa-bangsa ciptaan Tuhan itu adalah manifestasi terhadap tidak
berpuas hati terhadap kejadian Tuhan itu sendiri.
Orang Melayu tidak meminta mereka menjadi Melayu. Begitu juga bangsa
Cina dan India, serta kaum Iban, Melanau, Kadazan dan bangsa-bangsa lain
yang membuatkan negara kita cantik dan tinggi di pandangan dunia ini.
Itu sebabnya saya katakan mereka menentang Tuhan kerana masing-masing
membenci diantara bangsa-bangsa yang mendiami negara bertuah ini.
Saya pun pernah menuntut di sekolah ‘missionary’ dan sekolah itu tidak
mengurangkan Islam saya. Jika saya bukannya Islam yang baik, sekolah itu
tidak menambah-burukan Islam saya. Malahan mengenali ‘attribute’ agama
yang lain itu jugalah yang menyedarkan saya yang awalan agama seseorng
itu ialah mengenali Allah.
Politik negara kini sudah melampau batasan keagamaan. Politik negara
kini sedang mempersoalkan kebesaran Tuhan jika di pandang dari sudut
kewujudan Tuhan dan ciptaannya. Masing-masing resah dengan apa yang di
jadikan Tuhan. Masing-masing bukannya hendak berjuang mengenali dan
menghormati masing-masing bangsa dan agama seperti yang di tuntut oleh
Tuhan, tetapi melakukan kerja yang bertentangan secara ‘head-on’ dengan
kehendak dan suruhan Tuhan itu.
Blog ini berharap, politik patut tumpukan usaha untuk membina
bangsa-bangsa dan negara ini. Bukannya membina permusuhan di antara satu
bangsa dan agama yang lain.
Jika ada parti yang melaungkan ‘mulitracialism’ di negara ini tentukan
yang parti itu benar-benar melaksanakannya, bukan setakat retorik bodoh
dengan cuba memperbodohkan rakyat yang ramai ini.
Parti yang saya maksudkan itu tidak akan dapat melindungi sifat sebenar mereka, kerana mereka hanya ‘menyorok di sebalik telunjuk’, atau ‘berselindung di sebalik pelita yang terang’. Oleh kerana mereka mempunyai kebodohan, mereka menganggap semua yang lain itu juga adalah bodoh seperti mereka..
ASPAN ALIAS
http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sungai Limau: "Kerajaan BN" lawan PAS - siapa pilihan rakyat?
Posted on Sunday, November 03 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Pilihan
raya kecil untuk mengisi kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah
kawasan Sungai Limau akan diketahui Isnin ini. Ia bukan antara UMNO
yang mewakili Barisan Nasional dan PAS, rakan Pakatan Rakyat, tetapi
antara "Kerajaan BN" dan PAS.
Kenapa saya kata antara "Kerajaan BN" dan bukan BN atau UMNO?
Jawabannya jelas apabila melihat para Menteri Kabinet Persekutuan yang
diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri berkampung dan turun padang.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan para Menteri, boleh dikatakan semuanya
belum pernah ke Sungai Limau kecuali Mej-Jen (B) Jamil Khir Baharom,
tiba-tiba masuk kampung atas urusan "rasmi" Kementerian masing-maasing
atau Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian berkenaan.
Atas sifat "tugas rasmi" itulah menjadikan pilihan raya kecil ini
pertandingan bukan antara UMNO dengan PAS tetapi antara "Kerajaan BN"
dengan PAS.
"Tugas rasmi" atau "majlis rasmi" hanyalah "alat" yang diguna pakai
untuk berkempen. Apabila berselindung disebalik faktor "rasmi" itu, maka
dana kerajaan atau wang pembayar cukai dan hasil negara, boleh
digunakan.
Wang tersebut diguna untuk meluluskan projek-projek pembangunan,
memberi bantuan kepada nelayan dan petani, memberi peruntukan atau
sumbangan kepada sekolah-sekolah termasuk sekolah agama rakyat (sekolah
pondok) dan sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah kebangsaan dan
untuk prasarana awam seperti jalan, bekalan letrik, paip air dan
pengairan dan saliran.
Atas sifat "rasmi" juga para menteri dan pegawai-pegawai Kementerian,
Jabatan dan Agensi boleh turun padang dan membuat tuntutan-tuntutan
seperti elaun perjalanan, elaun penginapan dan elaun makan. Jika bukan
kerana tugas "rasmi", mereka tidak layak mengemukakan apa-apa tuntutan
sekalipun.
Oleh itu, kos sebenar pilihan raya kecil Sungai Limau lebih besar
daripada apa yang diperuntukkan kerana ia turut melibatkan segala
tuntuan yang akan dibuat oleh para menteri dan kakitangan awam selain
peruntukan segera atau sebaliknya yang diperturunkan di Sungai Limau.
"Tugas rasmi" para menteri tidak lebih daripada satu alasan atau sebab
untuk membolehkan mereka berkempen dengan menggunakan kemudahan, tenaga
kakitangan awam dan wang rakyat. Ia tidak lebih dan tidak jua kurang
daripada itu.
Siapa yang akan menjadi pilihan pengundi Sungai Limau? Jika "Kerajaan
BN" menang maka berbaloilah kempen yang dijalankan, tetapi jika PAS
terus menjadi pilihan, bermakna satu tamparan hebat untuk Muhyiddin dan
Mukhriz Tun Mahathir.
Kedua-dua pihak yakin boleh menang. Sepatutnya begitulah. Sebagai
seorang pengamat yang bukan penganalisis politik seperti sesetengah
pensyarah dan tenaga pengajar menara gading mengaku apabila memberi
ulasan, saya hanya berani membuat agakan, iaitu saya kurang yakin BN
boleh menang. Saya mungkin silap, sebab itulah saya hanya agak.
KUDA RANGGI
http://kudaranggi.blogspot.com
Betul ke SMS ini: Rupanya UMNO punya kerja!
Posted on Sunday, November 03 @ 13:51:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Saya menerima mesej dari rakan info berkenaan penangkapan 3 individu oleh penduduk kampung ketika sedang menggantung replika patung kaki terpotong.
SMS bertulis begini...
"Pada
jam 4.30 pagi 3.11.2013 semasa bertugas di Pejabat Pertanyaan IPD Yan,
saya telah terima panggilan telefon dari seorang lelaki melayu bernama
Sulaiman bin Aziz 37 tahun menyatakan 3 lelaki Melayu dalam keadaan
cedera dipercayai telah dicederakan oleh beberapa orang kampung lelaki
Melayu dan juga telah memaklumkan mereka ditangkap sedang menggantungkan
patung kaki di kampung Batu 16. Ketiga-tiga suspek juga dipercayai
ahli UMNO dari ranting Pokok Sena. Ketiga-tiga suspek ditahan utk
perlindungan keselamatan. sekian laporan saya. Saya terus jadikan repot
pertama kejadian. sekian laporan saya."
Mungkinkah ini jawapan cerita panas semalam? Setinggi-tinggi tupai melompat. Akhirnya jatuh ke tanah juga!
UMNO buat laporan polis kononnya untuk menutup perbuatan "TEAM SARAF" mereka. Memang ada kecurigaan bagaimana patung kaki boleh digantung di kawasan UMNOdan berhampiran markaz UMNO/BN sedangkan keadaan sekarang orang berjaga sehingga pagi mengawal keadaan.
Bagaimana begitu banyak patung kaki boleh tergantung. takkan satu pun tak terlepas pandang.
AKHIR TERJAWAB INI KERJA JAHAT UMNO.
UMNO buat laporan polis kononnya untuk menutup perbuatan "TEAM SARAF" mereka. Memang ada kecurigaan bagaimana patung kaki boleh digantung di kawasan UMNOdan berhampiran markaz UMNO/BN sedangkan keadaan sekarang orang berjaga sehingga pagi mengawal keadaan.
Bagaimana begitu banyak patung kaki boleh tergantung. takkan satu pun tak terlepas pandang.
AKHIR TERJAWAB INI KERJA JAHAT UMNO.
Ini Dia Video Yang Dikatakan Menghina Mahkamah, Kalimah Allah dan Perkasam
Posted on Sunday, November 03 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Ini Dia Video Yang Dikatakan Menghina Mahkamah, Kalimah Allah dan Memperlekehkan Perjuangan Perkasam
Yang gua nak gelak ialah Laporan Polis yang kat MEMPERLEKEHKAN PERJUANGAN PERKASAM tu beb... kah kah kah... tahu jugak lu orang dengan perkataan MEMPERLEKEHKAN ya ISI PERUT PERKASAM @ISI PERUT UMNO... kah kah kah... cuma kenapa kat Gambar 4 Orang dikatakan Menghina Mahkamah... Menghina Kalimah Allah dan Memperlekehkan Perjuangan Perkasam tu lu orang KABURKAN Gambar nya beb... apasal tak TERANG gambar tersebut beb... kah kah kah !.
Kasi terang lah
itu gambar beb... kenapa perlu KABURKAN... macam mana lah Pihak Polis
tu nak Kenal siapa dia yang dikatakan Menghina Mahkamah... Menghina
Kalimah Allah dan MEMPERLEKAHKAN PERJUANGAN PERKASAM tu... kah kah
kah... Perkasam oh Perkasam tak sudah lu orang nak buat LAWAK GILA
BABI... kalau membuat Laporan Polis yang mengatakan Menghina Mahkamah
dan Menghina Kalimah Allah rasanya mungking boleh diterima beb.
Tapi
bila Laporan Polis dibuat kerana MEMPERLEKEHKAN PERJUANGAN PERKASAM
gua ingat lah BUDAK BAWAH UMUR pun boleh KETAWAKAN lu orang sampai
PUTUS URAT KENTUT lah beb... apa barang lah lu orang punya kerja ni
beb... nanti bila dikatakan BODOH tahu pulak Marah dan mula lah MERABAN
dan MERACAU dengan kata-kata Tak BERADAB lah... Tak BERSOPAN lah...
Tak ada BUDI BAHASA lah... tapi lu orang sendiri buat kerja guna
KEPALA LUTUT lu orang tak sedar ya beb... kah kah kah !.
Lu orang NILAI lah sendiri Video tersebut beb... cuma rasanya gua
kenal dengan seorang Pelakon dalam Video tersebut... kalau tak silap
gua beliau adalah anak kepada Bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan
yang juga Bekas Ahli PKR iaitu Datuk Zaid Ibrahim... yang lain gua tak
kenal... yang pelik nya kenapa PERKASAM tu boleh KABURKAN Gambar
Pelakon dalam Video tersebut beb... buat Banner Besar-Besar siap tapi
Gambar DIKABURKAN... pelik-pelik... kah kah kah !.
hemmmmm.....
gua nak tengok gak yang dikatakan menghina mahkamah, kalimah allah
dan memperlekehkan perjuangan perkasam didakwa beb... jangan senyap
aje macam saravanan yang mempertikaikan ibadat korban disekolah tempoh
hari sudah lah beb... kah kah kah... A B U.
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: inderasipejuang
Posted on Sunday, November 03 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Kelantan Curi Tanah Kami kata Orang Asli... Jawap Beb Jangan Tak Jawap !
Posted on Sunday, November 03 @ 12:42:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"Kelantan Curi Tanah Kami kata Orang Asli... Jawap Beb Jangan Tak Jawap beb... kah kah kah !
Ini dakwaan dari Rakyat Keturunan ORANG ASLI beb... yang telah Tinggal didalam Negeri Kelantan sebelum lagi lain-lain Keturunan Ujud didalam Negeri Kelantan... ditambah lagi Keujudan tidak pernah MENYUSAHKAN ORANG LAIN melainkan selalu nya hidup dia orang lah yang selalu DISUSAHKAN dengan Ungkapan Pembangunan.
Posted on Sunday, November 03 @ 12:42:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"Kelantan Curi Tanah Kami kata Orang Asli... Jawap Beb Jangan Tak Jawap beb... kah kah kah !
Ini dakwaan dari Rakyat Keturunan ORANG ASLI beb... yang telah Tinggal didalam Negeri Kelantan sebelum lagi lain-lain Keturunan Ujud didalam Negeri Kelantan... ditambah lagi Keujudan tidak pernah MENYUSAHKAN ORANG LAIN melainkan selalu nya hidup dia orang lah yang selalu DISUSAHKAN dengan Ungkapan Pembangunan.
Benar atau tidak Dakwaan Orang Asli tersebut bukan lagi Persoalan
Penting... yang Penting Jawapan kena diberikan Oleh Kerajaan Negeri
Kelantan dalam perkara ini kerana Politik adalah PERSEPSI bukan FITNAH
dan juga Bukan Mendatangkan FITNAH... tetapi ianya boleh Mendatangkan
Fitnah dan seterusnya Menjadi Fitnah.
Itu hakikat yang Kerajaan Negeri Kelantan serta Penyokong-Penyokong
kena terima beb... gua sebagai Penyokong hendak juga tahu apa
sebenarnya Isu tersebut sampaikan Orang Asli Negeri Kelantan menghantar
NOTA BANTAHAN kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
(Suhakam)... kenapa boleh terjadi sampai begitu sekali ?.
Dari Pengamatan gua... Orang Asli bukan nya BODOH seperti yang
kebanyakan lu orang sangka kan beb... kalau dengan Orang Melayu Umno
boleh lah kalau lu orang nak JUAL TEMBERANG sebab dia orang kebanyakan
nya seperti yang dikatakan oleh Tun Madey... sebab itu Harga Minyak
Naik pun dia kata TAK NAIK kerana menjadi seperti LEMBU NFC DICUCUK
HIDUNG... kah kah kah !.
Species Melayu Umno akan MAMPOS kalau Umno tak ada dalam Negara
Malaysia ni beb... sebab itu selalu di Laung-Laungkan HIDUP UMNO...
HIDUP UMNO... HUDUP UMNO... kerana bagi dia orang hanya Umno
SEGALA-GALANYA tanpa Umno maka Hidup dia orang TAK BERERTI lagi dan
seterusnya akan MAMPOS... kah kah kah !.
Tetapi Orang Asli tak kira sama ada Umno ke yang Mampos atau pun Pas
yang Mampos dia orang tetap boleh HIDUP dengan cara dia orang sendiri
selagi Allah SWT Mengizinkan...oleh itu Kerajaan Negeri Kelantan kena
Menangani Masalah ini dengan CEPAT... seperti yang gua katakan Politik
adalah Persepsi... namun ianya boleh juga Mendatangkan Fitnah dan
seterusnya Menjadi Fitnah.
Jangan pulak ada yang kata gua ni GUNTING DALAM LIPATAN kerana
Membangkitkan Isu ini... kalau nak kata gua ni Gunting Dalam Lipatan pun
No Hal beb... itu Hak lu orang sebagai Penyokong Setia tapi jangan
lah jadi seperti Penyokong Umno ok... gua TAK HENGINNN jadi seperti
Penyokong Umno yang MENGUMNGOK APA SAJA kata Pemimpin... kah kah kah !.
hemmmmm.....
siapa yang bijak bermain dengan persepsi dia orang lah yang akan
berjaya memenangi Isu.semasa... cuma pada penchacai selalu tak dapat
nak bezakan antara persepsi dengan fitnah... kerana apa kerana tun
madey telah berkata... kah kah kah... A B U.
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: inderasipejuang
Posted on Sunday, November 03 @ 12:42:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Sumbangan Surau Kampong BOT Cambodia --RAMLISDAR
Posted on Sunday, November 03 @ 12:39:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"Sumbangan anda amat di perlukan untok menjayakan usaha ini.
Dengan Kalimah Bismillah Ar Rahman ArRahim
Saya mulakan thread ini, lanjutan dari Misi Kembara Qurban Cambodi pada bulan Oktober 2013 baru2 ini. Sila refer thread terdahulu ini, untok maklumat lanjut akan kesah Kembara Qurban kami di Cambodia, serta activity yang di jalankan
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=12200&postdays=0&postorder=asc&start=135
Posted on Sunday, November 03 @ 12:39:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
"Sumbangan anda amat di perlukan untok menjayakan usaha ini.
Dengan Kalimah Bismillah Ar Rahman ArRahim
Saya mulakan thread ini, lanjutan dari Misi Kembara Qurban Cambodi pada bulan Oktober 2013 baru2 ini. Sila refer thread terdahulu ini, untok maklumat lanjut akan kesah Kembara Qurban kami di Cambodia, serta activity yang di jalankan
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=12200&postdays=0&postorder=asc&start=135
Link berhubong sumbangan Surau Kg BOT Cambodia
Ada beberapa aktivy yang di kenal pasti yang boleh di lakukan sebagai usaha membantu saudara se Islam kita di Cambodia. Tetapi buat kali ini, kami hanya akan mem-fokus pada satu Kampong, yang saya panggel sebagai Kampong BOT. Kerana pendudok di sini tidak mempunyai tanah. BOT yang menjadi alat sumber pandapatan menyambong hidop untok keluarga mereka juga merupakan “tanah” dan juga “rumah” buat mereka. Kampong ini telah terdiri di atas air Sungai Mekong ini buat selama lebeh kurang 30 tahon.
Kita tak mampu nak bantu membaiki
standard hidop atau mengubah hidop mereka, tetapi sekurang2 nya, kita
mampu membuat sedikit perubahan dengan membantu membaeki dan membesarkan
surau mereka yang kini di gunakan, yang kelihatan amat dhoif. Refer
pada Link di atas untok melihat akan keadaan surau mereka.
Sebelom ada nya surau yang dapat anda lihat ini. Apa yang berlaku ialah:
Kerana
mereka adalah nelayan sungai, setiap pagi mereka akan keluar bekerja
mencari rezki sebagai nelayan di Sungai Mekong. Tetapi yang molek nya
mereka tidak lupa akan tanggong jawab kepada Allah
Bila waktu solat zohor tiba, mereka semua akan kembali dan merapatkan BOT mereka dan bersolat berjemaah
Selesai
solat berjemaah zohor, mereka akan bertebaran semula mencari rezki
sebagai nelayan sungai. Bila tiba solat Asar, sekali lagi mereka akan
kembali dan merapatkan BOT mereka untok solat berjemaah Asar bersama2.
Itulah
indah nya cara mereka, walau pon dalam kesempetan hidop dan menghadapi
hidop yang susah mereka tidak lupa akan tanggong jawab mereka kepada
Allah.
Saya juga melihat yang surau ini boleh
di jadikan tempat untok solat Jumaat mereka, kerana tidak ada Masjid
dalam jarak terdekat dengan kawasan ini.
Surau yang di cadangkan ialah:
1.
Membina surau yang bila banjer melanda perkampongan ini, mereka maseh
tetap boleh menggunakan surau tersebot. Surau sediada, akan tenggelam
dan rosak bila di tenggelami air sungai bila banjer, yang berlaku setiap
tahon.
2.
Membina surau yang bila banjer berlaku, ianya akan sama2 terapong
dengan BOT mereka, bermakna walau pon banjer melanda mereka maseh boleh
menggunakan surau tersebot.
3. Surau ini akan menggunakan Tong drum plastic di bawah lantai surau agar boleh terapong bila banjer.
4. Kayu yang di gunakan adalah dari jenis yang tidak mudah reput kerana air.
5. Surau akan di pasang kayu penghadang agar kanak2 tidak jatoh dalam sungai
6. Akan di pasang bumbong, agar terlindong dari hujan dan panas.
7. Akan di pasang lampu
8. Sebuah Gen Set akan di beli, agar kemudahan surau dapat di gunakan di waktu malam dan solat Suboh
9. Sebuah titian akan di bina, bagi menghubongkan surau ke daratan
10.
Satu platform yang lebeh rendah dari aras lantai surau akan di bina,
bagi memudahkan para jemaah turon mengambel wudok menggunakan air
sungai, di tepi surau ini.
11. Membeli shelf untok meletak Quran dan buku2
12. Membeli Quran kitab dan perlatan surau
13. Membeli sejadah, telekong, kaen pelikat, ketayap
14.
Membiayai guru ugama, bagi mengajar kanak2 dan pendudok kampong ini.
Komitmen pembiayaan hanya untok setahon aje, jika kita berjaya
mengumpolkan dananya. Kemudian kita review dan kaji akan keberkesanan
nya dan menafaat nya. Cuma akan di teroskan setelah post mortem di
jalankan dan juga ada dana berterusan untok usaha ini.
Semua sumbangan hendaklah dimasokkan ke dalam akaun Kembara Qurban.
Bila dah masokan sumbangan sila SMS atau call Ustaz Razak bagi memaklomkan tujuan sumbangan.
Kerana
Kembara Qurban juga menerima sedeqah beras dan mereka yang nak buat
Aqiqah sepanjang tahon. Jadi amat penteng di kenal pasti duit untok
Surau Cambodia, Aqiqah(kena beri nama untok Aqiqah), sedeqah beras dan
laen2 nya.
Akaun Maybank Kembara Qurban:
Duit sumbangan boleh lah di masokkan ke
Bank akaun Maybank Kembara Qurban
Nombor Maybank Akaun : 5620 8552 5170
HP Ustaz Abd Razak : 0174960269
Bank akaun Maybank Kembara Qurban
Nombor Maybank Akaun : 5620 8552 5170
HP Ustaz Abd Razak : 0174960269
Sumbangan Surau Cambodia
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: ramlisdar
Posted on Sunday, November 03 @ 12:39:50 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan