SPR jangka 90 peratus keluar mengundi
Lebih
90 peratus daripada 27,222 pengundi berdaftar bagi Pilihan Raya Kecil
(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dijangka keluar mengundi
esok berbanding 89 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata kadar peratusan yang positif itu berdasarkan kepada semangat yang dilihat sepanjang tempoh berkempen yang berkonsepkan kekeluargaan.
"Kempen PRK DUN Sungai Limau lebih mesra keluarga, tenang dan aman. Peningkatan kadar mengundi adalah kerana semangat setia kawan dan kekeluargaan," katanya kepada pemberita selepas menyemak peti dan peralatan undi, di Dewan Dato' Madi, di Yan hari ini.
Abdul Ghani berkata daripada 27,222 pengundi, tiga daripadanya ialah undi pos membabitkan seorang pelajar di Mesir dan dua orang yang bekerja masing-masing di Permatang Pauh dan Sabah.
Katanya sebanyak 499 pegawai SPR, 116 anggota polis serta 58 ketua tempat mengundi (KTM) terlibat semasa hari pengundian esok, yang membabitkan 58 saluran dan 17 tempat mengundi.
"KTM akan mengambil peralatan untuk hari mengundi ke lokasi masing-masing, manakala dakwat kekal dan kertas undi akan tinggal di dewan sehingga 6 pagi esok. Polis akan mengawal peralatan itu dan dewan akan disita supaya tidak dicerobohi mana-mana pihak," kata Abdul Ghani.
Beliau turut menasihati pengundi untuk keluar secara berperingkat mulai 8 pagi hingga 5 petang serta membawa bersama kad pengenalan dan memeriksa tempat mengundi masing-masing.
Abdul Ghani berkata SPR menjangka keputusan PRK DUN Sungai Limau akan diketahui selewat-lewatnya 10 malam esok dan pusat penjumlahan undi adalah di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan.
- Bernama
Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini, Ambiga berkata beliau sangat sangsi kerana isu tersebut terus dibangkitkan.
“Saya rasa ia satu helah supaya mereka tidak perlu menjawab dakwaan penipuan piliahn raya lain yang disokong bukti,” katanya.
Ambiga berkata demikian ketika mengulasa kenyataan Najib dalam satu wawancara dengan rangkaian televisyen CNN.
Dalam wawancara itu, Najib diminta mengulas mengenai dakwaan penipuan, membeli undi, pengundian dua kali, pengundi hantu, dan isu sempadan kawan pilihan raya.
Najib menjawab bahawa dakwaan tersebut “secara umumnya... amat tidak berasas” dan memberi contoh dakwaaan mengenai 40,000 warga Bangladesh yang dibawa untuk mengundi, dan menegaskan bahawa ia juga tidak pernah dibuktikan.
Isu berkenaan timbul sejurus selepas pilihan raya umum 5 Mei antara lainnya untuk memperolok-olokkan Pakatan Rakyat.
Perkara itu juga ditimbulkan beberapa kali sejak minggu lalu - ketika Najib membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober dan ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan Perwakilan Gerakan pada 26 Oktober.
"Dia tidak menajawab banyak lagi dakwaan penipuan yang disebut (oleh wartawan CNN Christiane Amanpour), seperti membeli undi dan sempadan pilihan raya," kata Ambiga.

Ambiga: Isu '40,000 pengundi Bangladesh' helah Najib
Pengerusi
bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata tindakan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak yang terus-menerus menafikan mengenai dakwaan 40,000
warga Bangladesh mengundi dalam pilihan raya umum lalu hanyalah satu
helah untuk mengelak dari menjawab dakwaan penipuan dalam pilihan raya.Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini, Ambiga berkata beliau sangat sangsi kerana isu tersebut terus dibangkitkan.
“Saya rasa ia satu helah supaya mereka tidak perlu menjawab dakwaan penipuan piliahn raya lain yang disokong bukti,” katanya.
Ambiga berkata demikian ketika mengulasa kenyataan Najib dalam satu wawancara dengan rangkaian televisyen CNN.
Dalam wawancara itu, Najib diminta mengulas mengenai dakwaan penipuan, membeli undi, pengundian dua kali, pengundi hantu, dan isu sempadan kawan pilihan raya.
Najib menjawab bahawa dakwaan tersebut “secara umumnya... amat tidak berasas” dan memberi contoh dakwaaan mengenai 40,000 warga Bangladesh yang dibawa untuk mengundi, dan menegaskan bahawa ia juga tidak pernah dibuktikan.
Isu berkenaan timbul sejurus selepas pilihan raya umum 5 Mei antara lainnya untuk memperolok-olokkan Pakatan Rakyat.
Perkara itu juga ditimbulkan beberapa kali sejak minggu lalu - ketika Najib membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober dan ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan Perwakilan Gerakan pada 26 Oktober.
"Dia tidak menajawab banyak lagi dakwaan penipuan yang disebut (oleh wartawan CNN Christiane Amanpour), seperti membeli undi dan sempadan pilihan raya," kata Ambiga.
PERKASA lapor polis lagi kes video 'The Effing Show'
Satu
video parodi terbaru mengenai isu penggunaan kalimah Allah mencetus
kemarahan anggota PERKASA yang membuat sembilan lagi laporan polis atas
karya yang “seolah-olah” menghina keputusan mahkamah itu.
Menurut laporan Mingguan Malaysia, sembilan laporan berkenaan dibuat di ibu pejabat polis daerah Shah Alam semalam.
Menurut Ketua PERKASA Selangor Abu Bakar Yahya berkata video dalam program The Effing Show yang disiarkan di laman popteevee.com melalui Youtube itu perlu diteliti “untuk mengelak perasaan tidak harmoni antara kaum”.
Katanya, pihak berkuasa perlu menyiasat dan bertindak ke atas pihak yang terlibat dalam pembikinan dan penyiaran video berkenaan.
Video sepanjang lebih enam setengah minit itu menampilkan dua kumpulan – salah satunya mendakwa kalimah “Allah” hanya untuk mereka.
Satu lagi kumpulan mendakwa banyak istilah dalam bahasa Melayu berasal dari Sanskrit sepeti “bumiputera”, “raja” dan “negara”.
Menurut kumpulan tersebut, ini adalah untuk mengelakkan rakyat “terkeliru” dengan pengaruh Hindu.
Perkara itu tidak dipersetujui oleh kumpulan yang menuntut hak ekslusif untuk mengguna kalimah Allah itu, yang seterusnya menyatakan bahawa mereka akan meminta bantuan kumpulan dinamakan sebagai PERKASA.
Kumpulan itu seterusnya diberitahu bahawa istilah “PERKASA” itu juga berasal dari Sanskrit – yang menyebabkan salah seorang dari kumpulan tersebut berang.
Pelakon lelaki tersebut dengan meradang berkata: “Jangan mengarut (Dont talk s#!t)”, yang dipercayai bagi memperolok-olokkan reaksi presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dalam satu wawancara dengan stesen Al-Jazeera.
PERKASA Perak dilaporkan membuat laporan polis berhubung kes sama pada hari Rabu lalu.
Video berkenaan dihoskan oleh Ezra Zaid, yang sebelum ini berdepan tindakan pihak berkuasa agama atas penerbitan buku 'Allah, Kebebasan dan Cinta' karya penulis Kanada Irshad Manji.

Sg Limau: Replika kaki dipotong, BN lapor polis
SG LIMAU
Kempen pilihan raya kecil Sungai Limau dicemari insiden penemuan dua
replika kaki yang dipotong yang digantung berhampiran tempat BN
berkempen di tengah-tengah pekan Sungai Limau.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
dalam sidang media segeranya menyifatkan insiden itu sebagai "aneh dan menjijikkan".
"Ini konspirasi untuk menyemai kebencian penduduk tempatan terhadap BN," katanya sambil menafikan insiden itu mempunyai kaitan dengan BN.
Menurutnya, dua replika itu ditemui di kawasan Bukit Besar dan Simpang Tiga sebelum tengahari tadi.
Replika itu juga tertera perkataan 'kaki ustaz' padanya dengan tulisan berdakwat merah.
Menurutnya, petugas parti telah menurunkan replika itu dengan
bantuan polis dan satu laporan polis juga telah dibuat tentang insiden berkenaan.
Pilihan raya kecil N20 Sungai Limau diadakan susulan kematian wakil rakyatnya, bekas menteri besar Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lalu.
Azizan meninggal dunia akibat komplikasi kegagalan organ dan beliau yang sebelum itu menderita penyakit kencing manis juga terpaksa dipotong kedua-dua kakiknya akibat penyakit tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata dalam kejadian 11 malam itu, mangsa yang berusia 30an diselamatkan orang awam setelah dilihat terkapai-kapai dan cuba berenang ke daratan ketika air laut sedang pasang.
"Kita percaya mangsa ditikam beberapa kali menggunakan senjata tajam dan lelaki itu kini ditempatkan di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.
Beliau berkata motif serangan masih dalam siasatan dan hasil siasatan awal mendapati dua individu tidak dikenali bergegas meninggalkan lokasi kejadian dalam keadaan mencurigakan sebelum insiden itu berlaku.
Ismail berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun atau denda atau sebat atau ketiga-tiganya sekali, jika sabit kesalahan.
- Bernama
Katanya, kuota satu jawatan Exco bagi MCA itu kekal dan Leong akan mengangkat sumpah jawatan tersebut pada 18 November.
“Sebenarnya kekosongan ini untuk tujuan pelantikan wakil rakyat MCA cuma satu, dari dahulu kita simpan untuk wakil rakyat daripada CMA dan ini yang mahu kita isi sekarang,” katanya seperti dipetik akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa parti tersebut akan melobi untuk mendapatkan jawatan tambahan dalam Exco Kedah.
Pelantikan itu susulan keputusan terbaru EGM MCA yang membenarkan anggota parti memegang jawatan kerajaan.|
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom
dalam sidang media segeranya menyifatkan insiden itu sebagai "aneh dan menjijikkan".
"Ini konspirasi untuk menyemai kebencian penduduk tempatan terhadap BN," katanya sambil menafikan insiden itu mempunyai kaitan dengan BN.
Menurutnya, dua replika itu ditemui di kawasan Bukit Besar dan Simpang Tiga sebelum tengahari tadi.
Replika itu juga tertera perkataan 'kaki ustaz' padanya dengan tulisan berdakwat merah.
Menurutnya, petugas parti telah menurunkan replika itu dengan
bantuan polis dan satu laporan polis juga telah dibuat tentang insiden berkenaan.
Pilihan raya kecil N20 Sungai Limau diadakan susulan kematian wakil rakyatnya, bekas menteri besar Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September lalu.
Azizan meninggal dunia akibat komplikasi kegagalan organ dan beliau yang sebelum itu menderita penyakit kencing manis juga terpaksa dipotong kedua-dua kakiknya akibat penyakit tersebut.
Warga Myanmar ditikam, dicampak ke laut
Seorang
lelaki warga Myanmar cedera parah di bahagian perut akibat ditikam
sebelum dicampak ke laut di Jeti Tan, Pengkalan Weld di Georgetown malam
tadi.Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata dalam kejadian 11 malam itu, mangsa yang berusia 30an diselamatkan orang awam setelah dilihat terkapai-kapai dan cuba berenang ke daratan ketika air laut sedang pasang.
"Kita percaya mangsa ditikam beberapa kali menggunakan senjata tajam dan lelaki itu kini ditempatkan di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.
Beliau berkata motif serangan masih dalam siasatan dan hasil siasatan awal mendapati dua individu tidak dikenali bergegas meninggalkan lokasi kejadian dalam keadaan mencurigakan sebelum insiden itu berlaku.
Ismail berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun atau denda atau sebat atau ketiga-tiganya sekali, jika sabit kesalahan.
- Bernama
MB: Kuota MCA dalam Exco Kedah kekal
Menteri
Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata ADUN Gurun Dr Leong Yong
Kong akan dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri bagi memenuhi
kuota sebagai satu-satunya wakil MCA dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri.Katanya, kuota satu jawatan Exco bagi MCA itu kekal dan Leong akan mengangkat sumpah jawatan tersebut pada 18 November.
“Sebenarnya kekosongan ini untuk tujuan pelantikan wakil rakyat MCA cuma satu, dari dahulu kita simpan untuk wakil rakyat daripada CMA dan ini yang mahu kita isi sekarang,” katanya seperti dipetik akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sebelum ini dilaporkan sebagai berkata bahawa parti tersebut akan melobi untuk mendapatkan jawatan tambahan dalam Exco Kedah.
Pelantikan itu susulan keputusan terbaru EGM MCA yang membenarkan anggota parti memegang jawatan kerajaan.|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan