سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧) بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
Surah Al-Fatiha
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah
kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah
kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau
telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
BN gagal di Sungai Limau walau guna segala kekuatannya
Posted on Tuesday, November 05 @ 06:43:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"
Mohd Azam Abd Samad (tengah) berjaya kekal pengaruh PAS di DUN Sungai Limau. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 November, 2013.
Barisan Nasional (BN) gagal merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau walaupun menggunakan segala jentera kerajaan negeri dan pusat, di samping wang dan tokoh-tokoh besarnya.
PAS berjaya memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,084 undi apabila calonnya Mohd Azam Abdul Samad mengalahkan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dalam pertandingan satu lawan satu.
Kegagalan BN untuk merampas kerusi ini juga menjadikan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir kalah buat kali kedua dalam masa tidak sampai sebulan.
Sebelum ini, Mukhriz yang memimpin jentera BN di Sungai Limau gagal dalam usahanya untuk merebut salah satu kerusi naib presiden Umno apabila beliau berada di tempat keempat di belakang Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
Mukhriz memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pilihan raya kecil ini dengan berkampung di Sungai Limau sepanjang kempen berjalan.
Beliau berada di mana-mana dalam kawasan pilihan raya untuk memastikan jentera Umno berjalan dengan baik.
Ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, turut dibawanya untuk membantu kempen BN.
Selain gambar calon BN, gambar Mukhriz banyak digantung di sini.
Tidak sebagaimana pilihan raya kecil sebelum ini, gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak digantung oleh petugas BN di Sungai Limau.?
Walaupun Mohd Azam menang, majoriti 1,084 undi adalah kurang berbanding majoriti 2,774 yang diperolehi oleh allahyarham Tan Sri Azizan Razak dalam pilihan raya umum lalu.
Kemenangan Mohd Azam, Penolong Pengetua Sekolah Menengah Agama An Nahdzah, Bukit Besar mengalahkan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Ahmad Sohaimi merupakan satu keputusan yang manis bagi PAS di Kedah setelah hilang negeri jelapang padi itu dalam pilihan raya lalu.?
Kemenangan ini juga manis buat Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar, yang menggalas tanggungjawab itu selepas Azizan meninggal dunia.
Ia bakal menjadi bekalan penting untuk Mahfuz dalam pemilihan PAS dari 22 hingga 24 November ini apabila beliau dijangka akan mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden.
Kekalahan calon BN juga bermakna program Karnival Rakyat yang banyak mendapat sambutan penduduk tempatan tidak berjaya diterjemahkan dalam bentuk undi untuk BN.
Ia hanya menghabiskan wang yang banyak kepada BN apabila barangan seperti gula, beras dan Milo dijual dengan harga yang murah.
Walaupun kerajaan telah menghentikan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan alasan untuk mengelakkan penyakit kencing manis, gula dijual dengan harga murah di Sungai Limau.
Tindakan kerajaan menarik balik subsidi 34 sen gula telah menyebabkan harga gula naik melambung kepada RM2.84 sekilo, namun penduduk di sini mendapat gula dengan harga RM1 sahaja sekilo.
Sekampit beras 5 kilogram hanya dijual dengan harga RM5 sahaja oleh karnival anjuran BN di sini.
Namun, terbukti ia tidak berjaya membeli undi penduduk Sungai Limau, khasnya di kubu kuat PAS iaitu Bukit Besar, tempat berlangsungnya karnival tersebut. – 4 November, 2013.
Sumber"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: imamsurau
Posted on Tuesday, November 05 @ 06:43:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Keputusan Penuh PRK Sungai Limau Mengikut Daerah Mengundi
Posted on Tuesday, November 05 @ 11:32:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh Fadzil Noor Bin Sahani
Duk bantu orang lain, rupanya ada jiran kita yang amat susah
Posted on Tuesday, November 05 @ 01:43:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
"Sebentar tadi Pengurus Kompang Taman Alamanda jumpa saya. Mulanya dia telefon nak minta tolong buat surat bantuan rawatan perubatan. Rupanya dia nak minta tolong buatkan surat sokongan untuk jiran dia, yang juga jiran saya.
Jiran kami ini selepas Hari Raya Puasa tahun ini 3 jari kakinya kena potong dan kulit kakinya pula mengelupas teruk dari lutut ke bawah, kedua-dua belah kakinya. Dulu dia bekerja sebagai pemandu.
Sejak pembedahan tersebut dia tidak lagi bekerja, isteri pun tidak bekerja , mempunyai 4 orang anak, 3 masih bersekolah, seorang lagi belum bersekolah.
Yang membantunya setakat ini ialah adik beradiknya. Jiran-jiran rasanya belum hulurkan bantuan lagi, kerana ramai antara kami tak tahu cerita ini.
Apa yang memeritkan ialah setiap 3 hari dia perlu ke hospital untuk mencuci dan membalut luka. Rawatan boleh dikatakan kos murah, tapi yang mahalnya peralatan untuk mencuci dan membalut luka yang perlu dibeli sendiri di farmasi swasta. Kosnya sekitar RM300 setiap kali rawatan.
Dia minta saya bukan bantuan kewangan, cuma tolong buat surat sokongan kepada pihak Baitul Mal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk menampung kos membeli peralatan mencuci luka tersebut.
Sesiapa yang ingin membantu jiran kita ini, bolehlah bertanyakan cerita lanjut pada Pengurus Kompang Taman Alamanda.
Cuba-cubalah kita perhatikan jiran-jiran dan saudara mara kita, pasti ada yang memerlukan bantuan. Kehidupan mereka ini kadang-kadang lebih susah dari apa yang dipaparkan dalam rancangan Bersama Mu di TV3.
Itu belum cerita kawan saya yang diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi, hanya bekerja kilang, gaji tak sampai RM1200 sebulan. Buku dan kad bank Jabatan Insolvensi pegang, dia hanya dapat separuh gaji untuk bayar duit rumah, makan minum anak bini. Separuh gaji lagi Jabatan Insolvensi ambil.
Bayangkan macamana nak hidup dengan isteri dan 3 anak dengan duit bersih dapat sebulan sekitar RM500? Lebih beruntung lagi warga asing yang ada Mykad palsu dan kad OKU JKM."
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: rozmal
Posted on Tuesday, November 05 @ 01:43:45 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
TAHNIAH!!! Keputusan Rasmi PRK N20 Sg Limau.. Penat Dan Letih Kami Berbaloi-Baloi.. Jom Terjah!!
Posted on Tuesday, November 05 @ 02:06:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Berucap selepas kemenangan di Markaz Besar Pemuda Di Duanh.. Tahniah
PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti kira-kira 1,084 undi - merosot 1,690 undi daripada majoriti pada PRU13 lalu.
Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat memperolehi 12,069 undi manakala calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi.
Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat memperolehi 12,069 undi manakala calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim mendapat 10,985 undi.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Abdul Rashid Othman di pusat penjumlahan undi di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan.
Seramai 85.5 peratus (23,249) daripada 27,222 pemilih dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.
PAS mempertahankan kerusi tersebut bagi kali keenam berturut-turut. Pilihan raya kecil kali ini diadakan ekoran kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Razak akibat komplikasi penyakit kencing manis.
Dalam PRU13, PAS mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti 2,774 undi. Ketika itu Azizan memperolehi 13,294 undi untuk menewaskan tiga lagi calon termasuk dari BN yang mendapat 10,520 undi.
Ini bermakna undi PAS merosot 1,225 undi manakala undi BN bertambah sebanyak 465 undi.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata kemerosotan majoriti yang diperolehi calon parti itu adalah kerana pilihan raya kecil tersebut diadakan pada hari bekerja.
Ini menurutnya, menyebabkan hanya 2,300 daripada 3,600 pengundi luar yang balik mengundi hari ini.
Manakala Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula berkata wanita di Sungai Limau menunjukkan minat dengan BN, "tetapi memandangkan ada yang berbai'ah dengan suami, mereka takut (untuk undi BN).
sedakasejahtera.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan