Kelebihan 465 undi BN bernilai RM15 juta
ANALISIS
Pada masa ini, BN mungkin boleh berpuas hati dengan kemampuan mereka
mengurangkan hampir separuh majoriti PAS dalam pilihan raya kecil Sungai
Limau.
PAS semalam menang dengan majoriti 1,084 undi berbanding 2,774 majoriti undi pada pilihan raya umum dalam bulan Mei yang lalu.
Sungai Limau yang mempunyai 19 daerah mengundi, menyaksikan PAS kehilangan empat daerah mengundi kepada BN - Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka dan Padang Lumat.
Ironinya juga, PAS kini menguasai Sungai Limau dengan hanya menang di sembilan daerah mengundi berbanding BN yang menang di sepuluh daerah mengundi.
Bagaimana pun, analisis menunjukkan BN sebenarnya berbelanja terlalu besar untuk memperolehi peningkatan undi yang terlalu sedikit.
Menurut PAS, BN membelanjakan kira-kira RM15.5 juta dalam kempen mereka di Sungai Limau.
Jumlah itu meliputi RM5.5 juta untuk sekolah menengah agama, RM2.25 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, dan RM1.2 juta untuk sekolah-sekolah lain.
BN juga mengagihkan bantuan sebanyak RM2.8 juta untuk bantuan perumahan dan cermin mata percuma, RM802,700 untuk program Bantuan Azam Tani Mara, RM2.5 juta untuk tukun tiruan dan RM500,000 untuk jeti perikanan.
Selebriti 'gred B'
Ia tidak termasuk RM300,000 untuk Masjid Simpang Empat, RM118,000 untuk guru-guru prasekolah agama Kafa dan 33 masjid, RM30,000 dalam bentuk pinjaman TEKUN serta RM19,700 dalam bentuk zakat dari Agrobank.
Malangnya, hasil daripada perbelanjaan ini hanya berjaya diterjemahkan kepada peningkatan sebanyak 465 undi buat BN- daripada 10,520 undi pada 5 Mei lalu kepada 10,985 undi semalam - jumlah yang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan usaha serta wang yang disalurkan kepada pemilih di kawasan itu.
Dan jika jumlah RM15.5 juta itu dibahagikan dengan tambahan 465 tersebut, BN sebenarnya membelanjakan RM32,258 untuk setiap tambahan undi.
Tambahan 465 undi itu juga sebenarnya hanya satu pertiga daripada jumlah majoriti PAS yang berjaya dikurangkan BN iaitu sebanyak 1,690 undi.
Jadi di mana silapnya BN sehingga mereka masih gagal menawan Sungai Limau walaupun mengerahkan banyak jentera kerajaan untuk membantu kempen?
Sama ada BN sedar atau tidak, kempen yang berorientasikan pembangunan dan kemakmuran hidup tidak cukup untuk memujuk emosi majoriti pemilih di kawasan kubu kuat PAS itu.
Pemilih Sungai Limau tahu jualan murah gula dan tepung pada harga RM1 sekilo, dan jualan 5 kilogram beras pada harga RM5 sewaktu Karnival Luar Bandar Rakyat 1Malaysia sehari sebelum hari mengundi tidak akan berlaku setiap hari walaupun BN menang.
Mereka juga tahu bahawa persembahan barisan selebriti 'gred B' seperti Lan Pet Pet, Zehra Zamri, dan Achong Sweet Child sewaktu Himpunan Berani Hijrah Orang Muda Sungai Limau dua hari sebelum hari mengundi, sekadar hiburan picisan melepaskan batuk di tangga bagi memikat pengundi.
Godaan tawaran keduniaan
Buktinya, golongan muda yang menjadi sasaran program ini tidak juga memberikan kemenangan buat BN.
BN hanya berjaya diterima pemilih muda di kawasan kubu kuat mereka di Dulang Besar dan Dulang Kechil.
PAS, pada masa yang sama walaupun dilabel sebagai konservatif dan kurang memberikan tumpuan kepada pembangunan fizikal, berjaya menarik pengundi muda di banyak pusat mengundi, terutamanya di kubu kuat mereka di Bukit Besar dan Bukit Choras.
Dalam pilihan raya semalam juga, hanya 85.5 peratus (23,249) daripada keseluruhan pemilihan keluar membuang undi.
Soalnya, bagaimanakah 3,973 pengundi itu akan mengundi jika mereka membuang undi semalam?
Menjawab soalan ini, PAS mendakwa sekurang-kurangnya 3,666 orang penyokong mereka tidak mengundi semalam kerana ia jatuh pada hari Isnin yang merupakan hari bekerja.
Namun, BN juga merungut yang pemilihan hari mengundi ini turut mempengaruhi sokongan terhadap mereka dan bukan sahaja PAS.
Buat PAS, walaupun menang, hari-hari mendatang perlu dimanfaatkan sepenuhnya bermuhasabah bagi mencari diri dan mengukuhkan semula pengaruh mereka selepas 'bertahan' habis-habisan dalam pilihan raya kecil ini.
Buat BN pula, pengaruh wang dan janji-janji pembangunan bukanlah strategi yang ampuh untuk menawan kubu kuat PAS yang selalunya tidak tergoda dengan tawaran keduniaan sedemikian.

Kemenangan PAS banyak didorong faktor Azizan
Kemampuan
Barisan Nasional (BN) menguasai 10 daripada 19 daerah mengundi pada
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau
semalam selain mengurangkan majoriti kemenangan PAS, menunjukkan
keberkesanan sentuhan peribadi parti itu semasa berkempen.
Keputusan PRK DUN Sungai Limau semalam menyaksikan BN menawan empat daerah mengundi baharu iaitu iaitu Sungai Limau dengan majoriti 105 undi, Kabu Sepuloh (55), Kampung Titi Batu (951) dan Padang Lumat (50), di samping mengekalkan enam yang dimenangi pada PRU13 dengan majoriti bertambah.
Daerah mengundi yang dikekalkan adalah Sungai Kering dengan majoriti 202 undi berbanding 178 pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Simpang Tiga (48 - 46), Selengkoh (195 - 119), Sungai Daun (293 - 137), Dulang Kechil (939 - 506) dan Dulang Besar (533 - 187).
Kejayaan mengurangkan majoriti PAS sebanyak 61 peratus atau 1,690 undi berbanding yang diperoleh parti itu pada PRU13 Mei lepas, selain undi kepada BN meningkat sebanyak 4.4 peratus atau 465 undi menunjukkan BN semakin mendapat tempat di hati penduduk DUN Sungai Limau.
Kredibiliti Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang baru enam bulan mengambil alih tampuk pentadbiran negeri Kedah juga dilihat membuka mata masyarakat setempat untuk lebih ramai "berhijrah" menyokong BN dan mungkin memerlukan sedikit masa lagi untuk melihat perubahan sokongan kepada BN.
PAS mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau, yang dikuasai mereka sejak 1995 menerusi bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, menerusi Ketua Pemuda Jerai Mohd Azam Abd Samat yang meraih 12,069 undi mengatasi Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, (BN) yang memperoleh 10,985 undi, untuk menang dengan majoriti 1,084 undi.
Bagi penganalisis politik Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, kejayaan BN menguasai lebih banyak daerah mengundi berbanding PAS adalah kerana parti itu dapat memahami demografi penduduk Sungai Limau dengan baik dan menggunakan kelebihan itu untuk berkempen secara sederhana.
"Pendekatan kempen BN yang sihat dilihat sesuai dengan kehendak penduduk yang kuat agama, konservatif dan hidup sederhana. BN tewas (teruk) di Bukit Besar dan Bukit Choras yang memang (kawasan penyokong) tegar PAS, tapi hasil kempen dicerminkan dengan keputusan semalam dan majoriti PAS berkurangan," kata Dekan Fakulti Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) itu kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Untuk rekod PAS berjaya menguasai dua daerah mengundi yang besar dengan pengundi yang ramai iaitu Bukit Choras (menang majoriti 554 undi berbanding 601pada PRU13) dan Bukit Besar (majoriti 1,113 undi berbanding 1,199 pada PRU13 ), yang menjadi penentu kemenangan PAS semalam.
Pengarah Pusat Kajian Institut Raja Malaysia Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Datuk Dr Ramlah Adam pula berkata bukan mudah untuk BN mengalih sepenuhnya sokongan masyarakat Sungai Limau yang telah lebih 18 tahun bersama PAS.
"Saya percaya BN kerja kuat sampai boleh mengurangkan majoriti PAS dan menambah sokongan. Mukhriz sebagai Menteri Besar muda dilihat mempunyai potensi yang meyakinkan untuk merampas Sungai Limau pada masa akan datang," katanya.
Ditanya soal sokongan pengundi muda yang banyak memihak kepada PAS, Mohd Azizuddin berkata pendedahan kepada dunia luar menyumbang kepada perkara itu.
"Penduduk tempatan, walaupun mereka (ramai) penyokong tegar PAS tetapi jelas dilihat sokongan kepada kedua-dua parti bertanding adalah seimbang," katanya.
Ramlah pula berkata di sebalik amalan demokrasi, pengundi harus membuka minda dan tidak bersikap berat sebelah jika mahu melihat negara maju.
"Aspek pendidikan, ekonomi dan modal insan itu amat penting. Jadi, mengundilah untuk pembangunan negara dan bukannya kepentingan politik semata-mata," katanya.
Bagi memastikan kerusi DUN Sungai Limau menjadi milik BN pada pilihan raya umum akan datang, kedua-dua ahli akademik ini berpendapat parti itu harus lebih faham kehendak masyarakat setempat.
Mohd Azizuddin berkata penduduk yang majoritinya golongan petani dan nelayan sudah berpuas hati dengan apa yang dimiliki mereka sekarang ini, namun mengharapkan beberapa nilai tambah untuk meningkatkan hasil keluaran dan taraf hidup masing-masing.
"Mungkin BN boleh melabur dari segi teknologi pertanian dan industri. Selain menjana lebih pendapatan, ia juga dapat menyediakan lebih banyak peluang kerja untuk mesyarakat setempat," tambahnya.
Ramlah pula percaya bayangan Azizan yang dibawa PAS ketika ini akan hilang pada PRU14 dan BN harus membawa pembangunan yang sekata di seluruh negara agar setiap lapisan masyarakat mendapat limpahan hasilnya.
Kemenangan PAS semalam tidak boleh dinafikan banyak disumbangkan oleh faktor Azizan, di mana Mohd Azam dalam kempennya seringkali menggambarkan dirinya sebagai anak didik Azizan dan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Menteri Besar Kedah itu.
- Bernama

Subsidi gula, diabetes dan ketentuan Allah
Saya
masih lagi tidak mendengar kenyataan rasmi daripada ustaz-ustaz
daripada Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) tentang isu pengurangan
subsidi gula (kalimat berhantu menggantikan kenaikan harga gula).
Mungkin isu ini tidak sehebat pengurangan subsidi petrol RON95 yang mendapat respon cepat daripada iLMU lantaran perlunya meredakan kemarahan marhaen terhadap pimpinan tertinggi negara.
Atau mungkin juga boleh saya keluhkan bahawa bingkisan "kenaikan harga ketetapan Allah" itu sebagai kuih penganan sahaja untuk melariskan populariti dalam pemilihan Pemuda Umno 2013 yang lalu.
Oh, berdosakah saya kerana syak wasangka ini?
Saya terkejut apabila mendengar perkara 161 dalam ucapan Bajet 2013. Benarkah itu yang termaktub atau saja-saja memanda perdana menteri menokok?
Oleh kerana tidak berpuas hati, saya menyemak semula teks ucapan bajet 2014. Memang benar, ada ditulis bahawa 2.6 juta rakyat Malaysia berumur 30 tahun ke atas mengidap penyakit diabetes.
Lantas langkah pengurangan subsidi (menaikkan harga) gula akan dilaksanakan serta merta selepas lapan jam pengumuman itu dibuat. Sungguh hebat.
Saya tidak menyangka perkara ini tertulis dalam ucapan bajet. Pasti Perdana Menteri United Kingdom (UK) David Cameron terpaksa dinyahpenyakit Sindrom Angelman selepas mendengar ucapan tersebut sebelum benar-benar bersedia menerima lawatan Datuk Seri Najib Razak, dua hari selepas ucapan Bajet 2014.
Menurut International Diabetes Federation (IDF), jumlah pesakit diabetes di Malaysia pada tahun 2012 seramai 2.1 juta daripada 371 juta pesakit di seluruh dunia.
Diabetes berlaku bukan hanya disebabkan pengambilan gula yang berlebihan tetapi boleh juga disebabkan oleh faktor keturunan dan gaya hidup individu.
Biarlah para cerdik pandai perubatan yang menerangkan punca-punca berlakunya diabetes agar masyarakat awam faham dan mengambil pengajaran awal tentang kesannya yang sangat mengerikan.
Diabetis jadi alasan ampuh
Saya tidak kesali akan penyataan gula penyebab diabetes kerana memang jelas terdapat kaitan yang signifikan antara keduanya.
Namun saya sangat kecewa kerana hal itu menjadi alasan ampuh kerajaan dalam menghalalkan tindakan mereka mengurangkan subsidi (menaikkan harga) gula.
Jika kita menggunakan saluran tidak berhikmah, kita sebagai warga negara Malaysia yang cintakan kesihatan dan antiketirisan boleh sahaja menyoal kerajaan kenapa perlu menggunakan kereta baru Honda Accord 2.4L dan 2.0L sebagai kereta rasmi?
Ini berlaku di saat harga minyak melambung tinggi dan bebanan hutang negara meningkat.
Walhal bukankah dengan menaiki kenderaan awam lebih menjimatkan kos, bukan memberikan alasan bahawa kereta Honda Accord lebih murah kos petrol dan servisnya?
Ataupun bukankah dengan berjalan kaki atau berbasikal boleh menyihatkan badan berbanding hanya duduk di dalam kereta?
Namun kita tidak sekelakar kerajaan dalam membangkitkan alasan. Walaupun kita dididik "hanya duduk diam" dan "kalau tidak setuju keluar sahaja dari Malaysia", kita masih berhikmah dalam menyoal. Apakah alasan ini wajar?
Kembali kepada isu gula, perlu difahami oleh semua warga Malaysia bahawa proses pengeluaran gula di Malaysia bermula daripada peringkat mengimport gula mentah daripada luar negara.
Gula mentah ini ditapis oleh syarikat-syarikat gula seperti MSM dan beberapa syarikat yang dibenarkan kerajaan. Bunyinya seperti oligopoli tetapi ada logiknya kerana kos pengeluaran mampu dikurangkan.
Selepas ditapis, gula ini akan dipasarkan di pasaran domestik melalui peruncit dan pengedar ataupun pemain industri.
Pengguna biasa (baca marhaen) pula akan mendapatkan gula yang ditapis secara langsung melalui peruncit dan pengedar; ataupun menggunakan gula yang ditapis secara tidak langsung melalui produk industri seperti minuman dan makanan ringan dalam pasaran.
Maka benarlah Tony Pua
Tahun 2012 menyaksikan permintaan gula di Malaysia dipelopori oleh sektor perindustrian sebanyak 60 peratus manakala isi rumah pula 40 peratus.
Menurut statistik data Bank Dunia, harga gula global pada Januari 2011 adalah AS$0.297 bagi setiap paun.
Harga ini kemudian turun kepada AS$0.24 bagi setiap paun pada Januari 2012, seterusnya turun lagi kepada AS$0.189 bagi setiap paun pada Januari 2013.
Namun begitu, mantan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Januari 2012 mengumumkan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian jangka panjang (LTC) bersama pengeksport dunia selama tiga tahun bagi mengimport gula mentah dengan harga tetap AS$0.26 bagi setiap paun antara 2012 hingga 2014.
Keyakinan ekoran kejayaan kerajaan menjimatkan RM 2 bilion hasil perjanjian harga gula mentah sebanyak AS$0.175 bagi setiap paun, melalui perjanjian jangka panjang (LTC) 2009-11 dengan pengeksport dunia.
Sekali imbas, ketidaktentuan harga pasaran gula mentah dunia menyebabkan kerajaan bertindak memeterai LTC 2012-14 dengan kadar pembelian tetap sebanyak AS$0.26 per paun.
Hal ini kerana kerajaan bimbang harga gula mentah dunia naik mendadak melebihi paras AS$0.26 per paun.
Dan sekiranya hal ini berlaku, kerajaan akan mendapat manfaat kerana telah membuat perjanjian harga yang tetap dengan pengeksport dunia.
Akan tetapi, hakikatnya kerajaan telah pun diingatkan tentang pengeluaran gula mentah melebihi permintaan yang menyebabkan harga gula mentah turun ke paras kurang daripada AS$0.26 per paun.
Bahkan pada tahun 2012, ahli Parlimen DAP Tony Pua telah membangkitkan rasa tidak puas hati dan bertanyakan apakah rasionalnya penetapan AS$0.26 per paun sedangkan harga gula mentah dunia pada waktu itu hanyalah AS$0.24 setiap paun dan menunjukkan trend menurun.
Telahan Tony Pua itu ternyata benar apabila harga gula mentah dunia turun menurut data Bank Dunia sehinggalah mencapai AS$0.176 pada bulan September 2013.
Kerugian dek ramalan meleset
Untuk memudahkan kefahaman, saya senaraikan harga gula yang telah ditapis/diproses (yang ada dalam pasaran tempatan) dalam dua keadaan, iaitu mengikut harga gula mentah menerusi perjanjian LTC 2012-14 dan mengikut harga sebenar.
Andaikan kos pengeluaran menjadi gula yang ditapis adalah konstan sebanyak AS$0.18 per paun (merujuk kepada kos pengeluaran MSM - 2012).
Oleh itu, harga satu paun gula yang ditapis (mengikut harga mentah LTC) adalah AS$0.44 per paun manakala harga gula yang ditapis jika menurut harga gula mentah semasa pada bulan September 2013 hanyalah sebanyak AS$0.356 per paun.
Jika ditukar mengikut unit Ringgit (katakan AS$1 = RM 3.06) dan unit kilogram (100 paun = 45.3592 kg), maka kita akan mendapati harga gula yang ditapis menurut LTC 2012-14 adalah RM2.96 sekilo atau sekitarnya.
Ini kerana perubahan AS$ ke RM yang tidak konstan sepanjang masa.
Manakala harga gula yang ditapis mengikut harga gula mentah September 2013 pula hanyalah sebanyak RM2.40 sekilo.
Bayangkan betapa besarnya negara kita mengalami kerugian dek kerana ramalan kerajaan yang tidak tepat berkenaan harga gula mentah dunia.
Adakah kita tidak boleh menyalahkan kerajaan, walhal kerajaan (dengan adanya cerdik pandai ekonomi dan industri) sangat mampu menggerakkan satu jabatan yang berfungsi membuat kajian dan pembangunan (R&D) dalam memastikan harga yang paling sesuai sebelum digazetkan dalam perjanjian?
Tambahan lagi, menurut laporan tahunan MSM 2012, MSM sebagai pemain terbesar industri gula di Malaysia berjaya mencapai jumlah pendapatan sebanyak RM2.3 bilion dan keuntungan bersih sebanyak RM202 juta.
MSM mengeluarkan kira-kira 900,620 tan metrik gula halus pada 2012 yang merupakan 57 peratus daripada jumlah pengeluaran gula di Malaysia.
Apakah kerajaan akan mengarahkan MSM mengurangkan pengeluaran (yang mengakibatkan keuntungan pada tahun berikutnya berkurangan) sebagai langkah sokongan kepada kempen antidiabetes dan kempen pengurangan pengambilan gula seperti yang dihikayatkan dalam Bajet 2014?
Sudah tentu tidak. Bahkan MSM sendiri meletakkan sasaran untuk meningkatkan jumlah pengeluaran gula sehingga 36 peratus kepada 1.5 juta tan menjelang 2016.
Penghinaan intelektualisme
Jadi apakah maksud perdana menteri menyatakan penyakit diabetes perlu dibendung dan sehubungan dengan itu kerajaan memansuhkan subsidi gula dalam perutusannya?
Tidak lain tidak bukan hanyalah sekadar satu penghinaan kepada intelektualisme kami rakyat marhaen Malaysia.
Apakah kerajaan berasa sangat mudah menipu kami rakyat jelata? Mungkin pada pandangan kerajaan, rakyat yang lama ditindas tidak pandai mengira harta berjuta-juta kerana hanya ada syiling-syiling lama dan habuk debu sahaja dalam poket.
Namun, warga marhaen mengingatkan kerajaan, mereka mungkin boleh ditindas, tetapi mereka tidak sesekali boleh ditipu dan dipermainkan!
Sangat jelas bahawa punca utama yang menyebabkan pengurangan subsidi (kenaikan harga) gula bukanlah disebabkan kebimbangan serius kerajaan terhadap peningkatan jumlah pengidap diabetes di Malaysia.
Apa yang sebenarnya berlaku lebih kepada mengambil kesempatan ke atas alasan tersebut bagi menutup segala kebodohan dalam mentadbir urus harta kekayaan negara.
Mungkinkah selepas ini harga kereta akan dinaikkan dengan alasan bagi mengurangkan kesesakan yang melimpah di jalan raya? Tidak mustahil ini akan berlaku kerana kerajaan langsung tidak menyebut tentang janjinya mengurangkan harga kereta dalam bajet 2014.
Ya, semuanya boleh berlaku di Malaysia. Andai marhean tidak suka, wajarlah mengambil buku merah dan terbang ke benua lain sebagai penutup segala cerita.
Bagi saya, alasan diabetes adalah pembodohan dan kelakar. Tetapi lebih kelakar lagi, saya tidak dapat melihat taring ulama muda Umno yang pada sangkaan saya sentiasa berjiwa kental memberikan komen.
Saban hari selepas ucapan 25 Oktober 2013, saya menanti respon mereka di hadapan TV3 dengan harapan ada berita yang bertajuk "kenaikan gula ketentuan Allah".
Di manakah mereka tatkala pemimpin mereka mengatakan diabetes disebabkan gula dan penawarnya adalah menaikkan harga?
Sikap berdiam diri ini menyebabkan saya tertanya-tanya, apakah kemenangan dalam pemilihan telah menggadaikan segala prinsip yang selama ini dipegang?
Maafkan saya wahai iLMU, bukan niat ingin menyindir, hanya sekadar terkenangkan "harga naik ketentuan Tuhan".
DANIAL RAZALI seorang calon ijazah doktor falsafah dalam bidang Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

"Jangan Salahkan GULA Lagi!""Kencing Manis (Jenis 2) BUKAN Disebabkan oleh Pengambilan Gula atau Karbohidrat yang Lebih! Ia juga BUKAN Berpunca Daripada Kekurangan Insulin!"
Selama ini kita kerap dengar pesakit
kencing manis kata bahawa doktor nasihat mereka supaya kurangkan makanan
manis, elakkan daripada makan nasi atau makanan yang berkarbohidrat
tinggi.
Ramai yang mengikut arahan tersebut
100%! Tetapi keadaan badan pesakit tersebut tidak nampaknya bertambah
baik. Malahan, badan pesakit cuma menjadi semakin kurus dan dia menjadi
samakin letih dan lemah, dari segi fizikal dan mental.
Apabila keadaan menjadi semakin teruk
di mana fungsi organ-organ seperti buah pinggang dan mata menjadi
semakin merosot, emosi pesakit akan mula tukar menjadi panas baran dan
kerap rasa sedih. Sila bersabar dan cuba fahami dan rasai perasaan
mereka. Perubahan emosi atau personaliti pesakit adalah tanda-tanda dia
sudah mula putus asa dan masa ini merupakan cabaran yang paling susah
bagi keluarga pesakit.
Pernahkah Doktor Anda Ceritakan Ini Kepada Anda?Peringkat - peringkat Perkembangan Kencing Manis yang Sungguh Menyedihkan!
Peringkat perkembangan Kencing Manis (Jenis 2) memang boleh dijangka! Selepas anda ketahui Punca Sebenarnya... Anda akan faham bagaimana semua itu terjadi.Jika perkembangan Kencing Manis ini boleh dijangka, maksudnya memang terdapat aatu Akar Umbi yang boleh dikenalpasti dan dimusnahkan.Maksudnya...Kencing Manis (Jenis 2)Boleh Disembuhkan!!!Semakin Awal Anda Mengambil Tindakan, Semakin Cepat Ia Disembuhkan. Jangan Tangguhkan Sampai Peringkat Yang Terakhir, Masa Itu Memang Terlambat Sudah...
___________________________________________________________
Bagaimana Kencing Manis (Jenis 2) Terjadi?
Sila fahami bahawa terdapat 2 jenis penyakit kencing manis, iaitu Diabetes Type 1 dan Diabetes Type 2. Antara semua pesakit kencing manis, yang menghidap Kencing Manis Jenis 1 cuma terdiri daripada lebih kurang 5%, manakala 95% adalah mangsa yang menghidap Kencing Manis Jenis 2.
Kencing Manis Jenis 1 adalah
berpunca daripada masalah genetik di mana seseorang itu memang dilahir
dengan pankreas yang tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukupi
untuk membantu penggunaan glukosa. Kencing Manis Jenis 1 biasanya boleh
dikesan pada bayi atau budak yang muda.
Kencing Manis Jenis 2 pula adalah jenis kencing manis yang kerap kita jumpa. Ia biasanya berlaku pada orang dewasa yang berumur 40 ke atas.
Tetapi, kajian statistik terbaru menunjukkan penyakit ini menunjukkan
trend yang cenderung ke arah golongan umur yang lebih muda. Kini,
terdapat ramai orang berumur sekitar 30-an sudahpun menunjukkan bacaan
glukosa darah yang tinggi.
Berlainan daripada Kencing Manis Jenis 1, saintis atau para pakar perubatan masih tidak tahu punca sebenar yang
menyebabkan penyakit Kencing Manis Jenis 2. Apa yang mereka
mengenalpasti sekarang adalah bahawa Kencing Manis Jenis 2 adalah
disebabkan oleh masalah Rintangan Insulin.
Apa itu Rintangan Insulin? Sila tengok video ilustrasi di bawah sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut.
Rintangan Insulin
adalah satu keadaan di mana insulin tidak dapat berpaut dengan reseptor
pada permukaan membran sel untuk membuka laluan (Glucose Channel) yang
membenarkan glukosa diangkut ke dalam sel untuk digunakan.
Rajah di atas
menunjukkan keadaan operasi insulin yang normal bagi orang yang sihat.
Selepas kita makan, kandungan gula di dalam darah akan meningkat dan
apabila badan mengesan peningkatan ini, ia akan mengarah pankreas untuk
merembeskan lebih banyak insulin untuk menghantar bekalan glukosa yang
datang tiba-tiba ini ke dalam sel-sel badan untuk menghasilkan tenaga atau disimpan dalam sel adipos dalam bentuk lemak.
Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkan dan ini menyebabkan resepto insulin menjadi kurang sensitif
terhadapa insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan
Glukosa lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk
digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan
kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan Kencing
Manis... Jenis 2!
Adakah Itu Salah Gula/Glukosa?TIDAK!!!
Kerap saya dengar pesakit kencing manis
mengadu bahawa doktor menasihatkan supaya jangan makan nasi atau
makanan yang berkarbohidrat tinggi. Amalan ini membuat mereka sentiasa
rasa lapar dan tidak bertenaga.
Kita orang Asia, kita perlu makan nasi
untuk dapat tenaga! Kalau tiada tenaga, macam mana badan boleh melawan
penyakit lain? Anda tengok sendiri keadaan pesakit kencing manis yang
sudah capai tahap kronik, cuba tanya berapa kilo berat badan sudah
hilang sejak keadaan kencing manis dia menjadi ketara. Anda tentu akan
terkejut dengan jawapannya!
Antara kes ketara yang saya pernah
dengar adalah hilang 10 kilo dalam masa 3 bulan! Malangnya, kehilangan
berat badan ini tidak menjadikanpesakit tersebut rasa lebih ringan dan
bertenaga. Sebaliknya, pesakit tersebut rasa lebih berat dan letih
daripada sebelum ini.
Sila Makan Nasi!
Makan Nasi!!! Tapi perlu bahagikan
waktu makan itu kepada beberapa sekali sehari. Petuanya adalah,
kurangkan quantiti nasi, tambahkan kekerapan. Contohnya, katakan anda
sentiasa makan 1 mangkuk nasi untuk makan tengah hari. Kini andan perlu
bahagi 1 mangkuk nasi itu kepada 3 dan sebarkan pengambilannya kepada
1/3 mangkuk nasi setiap 1 jam. Dengan cara ini, anda boleh elakkan
lonjatan glukosa darah dan bagi masa untuk badan anda memproses sumber
tenaga tersebut.
Anda dicadangkan supaya makan nasi 'Brown Rice' dan
bukannya nasi putih. Ini adalah kerana Brown Rice mempunyai gentian
fiber (lapisan yang berwarna coklat tu), fiber ini boleh memperlahankan
penyerapan glukosa ke dalam darah dan ini akan membuat kekenyangan itu
tahan lebih lama. Saya tahu nasi Brown Rice ada sejenis bau (yang serupa
makanan kering untuk ayam belaan) yang tak seberapa sedap. Anda boleh
cuba letak beberapa cubing bawang putih ke dalam beras Brown Rice itu
semasa anda masaknya, bau wangi bawang putih boleh menutup bau pelik
Brown Rice itu.
Dari segi lauk, anda perlu kurangkan
memakan masakan yang berdaging dan berasa 'berat'. Tukar ala lauk anda
kepada yang lebih 'ringan'. Tambahkan pengambilan sayur-sayuran dan
buah-buahan.
___________________________________________________________
Masalah Perubatan Moden
Setakat ini, tiada
sebarang ubat yang boleh menyembuhkan penyakit kencing manis ini!
Hakikatnya, ubat yang boleh menyembuhkan penyakit Kencing Manis Jenis 2 TIDAK
akan wujud! Ini adalah kerana para saintis dan pakar perubatan masih
menuju pada arah yang sama! Mereka masih melihat masalah ini dari sudut
fikiran yang sama seperti 50 tahun yang lepas.
Ubat! Ubat! Ubat!
Mereka lebih fokus pada
mencipta Ubat daripada mencari punca sebenar penyakit ini. Anda tahukah
siapa yang merupakan penaja utama semua 'kajian' saintifik mengenai
pelbagai penyakit? Syarikat Membuat Ubat yang kaya raya itu!
Berikut adalah senarai ubat-ubat yang biasanya dibagi kepada pesakit Kencing Manis Jenis 2:
Metformin
- Ubat ini mengandungi Biguanid yang mengurangkan penghasilan glukosa
dalam hati dan menjadikan tisu sensitif terhadap insulin. Kesan
sampingan yang biasa dialami adalah masalah cirit birit.
Sulfonilurea - Ubat ini merangsang (paksa) pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin.
Thiazolidinedion - Ubat ini meningkatkan sensitiviti insulin.
Alfa-glukosaidase - Ubat ini merencatkan penyerapan glukosa dalam usus kecil.
Suntikan Insulin -
Menambah bekalan insulin dalam darah dengan harapan supaya lebih banyak
glukosa akan dipaksa masuk ke dalam sel-sel melalui Laluan Glukosa yang
masih berfungsi.
Anda rasa mana satu
antara ubat-ubat ini adalah semula jadi? TIADA satu pun! Ubat perangsang
pankreas cuma memaksa ia berkerja O.T. untuk menghasilkan insulin yang
lebih banyak! Begitu juga dengan ubat yang cuba meningkatkan sensitivi
reseptor insulin pada membran sel. Cuba bayangkan apa yang akan terjadi
apabila anda paksa satu kuda lari berterusan tanpa berhenti atau rehat?
Semua ubat tersebut target pada pengurangan glukosa dalam darah. Tiada satu pun yang cuba untuk mengatasi punca sebenar Rintangan Insulin!
Jika Anda Menanya Soalan yang Salah, Anda Akan Dapat Jawapan yang Salah!
______________________________________
Apakah Punca Sebenar Rintangan Insulin dan Apakah Cara Untuk Menghapuskannya?
Lihat semula pada rajah
sebelum ini, adakah bentuk glukosa dan insulin berubah selepas
seseorang itu mendapat Diabetis Jenis 2? Tidak! Apa yang berubah adalah
struktur membran sel badan di mana terletaknya reseptor insulin. Berikut
adalah apa yang terjadi pada sel-sel badan pesakit Kencing Manis Jenis
2...
Jadi, penyelesai untuk masalah kencing manis adalah SANGAT MUDAH!
Fokusnya adalah bagaimana memulihkan keadaan sel-sel kepada struktur
yang sihat seperti yang terdapat pada bahagian kiri. Bagaimana?
Sebelum anda memcuba
sebarang rawatan atau penawar yang diheboh-hebohkan oleh member-member
MLM atau tokoh perubatan tradisional, anda perlu tahu apa punca yang
menyebabkan kerosakan permukaan membran sel yang menyebabkan Rintangan
Insulin.
Anda perlu faham bahawa setaip sel dalam badan anda adalah dibagaikan seperti direndam dalan satu lautan yang dipanggil Cecair Antara Sel.
Cuba bayangkan satu
akuarium baru di mana anda letakkan beberapa ekor ikan sihat kedalamnya.
Apa akan terjadi kepada ikan-ikan tersebut selepas 1 minggu jika anda
tidak menukar air atau pasang pam penapis air dalam akuarium tersebut.
Permukaan kulit ikan-ikan tersebut akan menjadi semakin pudar dan tidak
berseri dan kalau keadaan seperti berterusan, sisik ikan akan muka
tanggal atau ikan tersebut akan menjadi semakin lemah dan akhirnya mati
satu demi satu.
Sekarang kembali kepada
keadaan dalaman badan anda. Berjuta-juta sel badan teremdam dalam
Cecair Antara Sel badan anda. Jika keadaan Cecair Badan anda adalah
penuh dengan toksik berasid, pH badan akan semakin menurun dan asid-asid
ini akan mula menghakis permukaan sel badan anda. Lama kelama, struktur
membran sel akan bertambah terus sehingga insulin tidak boleh berpaut
dengannya untuk membuka Laluan Glukosa yang membenarkan kemasukan
glukosa kedalam sel.
Punca Utama Adalah... ASID!!!
Berikut adalah fakta yang sangat ringkas dan jelas, 70% daripada badan anda adalah terdiri daripada AIR!
Anda membazirkan banyak masa dan tenaga menghafal apa makanan yang tak
boleh makan, tetapi pernahkan anda meluangkan sedikit masa untuk belajar
apa air yang patut dielakkan?
Anda mungkin tahu bahawa terdapat pelbagai jenis air yang berada di pasaran, seperti Air Mineral, Air Suling, Air R.O., Air Aura, dan macam-macam lagi... Tetapi, adakah anda ketahui yang mana satunya adalah Berasid (TERUK untuk kencing manis), Neutral atau Beralkali?
Air bukannya sekadar H2O sahaja... Khasnya dalam keadaan anda sekarang, anda amat perlu minum Air Alkali Ionik yang boleh melarut dan neutralkan asid urik yang terdapat di dalam badan anda.
Bagaimana Boleh Menghapuskan ASID?Jawapannya adalah...>> Air Alkali Ionik <<
Air Alkali Ionik adalah air minuman
yang telah diaktifkan dengan unsur mineral ionik yang boleh menukarkan
air minuman biasa menjadi bersifat alkali dan anti-oksida yang tinggi.
Terdapat 2 cara untuk menghasilkan Air Alkali Ionik:
Cara 1: Memasang mesin
pengion air di dapur yang boleh mengionkan mineral-mineral di dalam air
paip dan menjadikan ia bersifat alkali dan anti-oksida. Masalah dengan
cara ini adalah kos mesin pengion adalah sangat tinggi, iaitu sekitar RM
3,000 satu unit dan kos penyelenggaraan (maintenance) tahunan adalah
sekitar RM500. Terdapat satu lagi masalah mengenai cara ini adalah
terdapat terlalu banyak syarikat-syarikat MLM di negara ini yang menjual
penapis-penapis air yang mengelirukan. Setiap satu pun katakan bahawa
penapis air mereka adalah terbaik dan mengutuk penapis air jenama lain
adalah kurang bagus ataupun bahaya.
Cara 2: Jika
dibandingkan dengan Cara 1, cara ini adalah lebih ekonomi dan praktikal.
Cara ini adalah dengan menambah unsur mineral aktif ke dalam air
minuman biasa anda ataupun air botol yang dibeli di pasaraya. Unsur
mineral aktif ini telahpun diionikkan atau dicaskan dengan Teknologi
Nano. Unsur mineral aktif tulen ini biasanya diisikan di dalam kapsul
untuk menyenangkan ukuran dan kosnya adalah jauh lebih rendah berbanding
dengan mesin pengion air.
Memperkenalkan...
Ini BUKAN Produk dari Negara CINA.
Kebelakangan ini, ramai orang yang
menanya sama ada MineralCas Jinliyuan ini adalah produk dari negara
Cina. Memandangkan corak rekaan kotak MineralCas Jinliyuan agak kolot
dan terdapat tulisan Bahasa Cina, ramai ingat ia adalah produk tepi
jalan daripada Negara Cina.
Pihak kami faham bahawa ada pelanggan
yang tak berapa selesa dengan rekaan kotak yang sedia ada, tetapi rekaan
kotak ini telahpun digunakan sejak ia diperkenalkan di Malaysia sejak
15 tahun lepas dan rekaan kotak termasuk setiap perkataan pada kotak
telah difailkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia apabila memohon
kelulusan KKM, kami tidak boleh tukar rekaan kotak sesuka hati.
Unsur aktif semulajadi MineralCas adalah 100% diimport dari Taiwan di bawah kawalan kualiti yang ketat.
Ini adalah pengakuan yang jujur dan ikhlas.
*MineralCas Jinliyuan
adalah Pengaktif Mineral di dalam air dan ia TIDAK Boleh dianggap
sebagai gantian kepada ubat-ubat yang anda sedang ambil untuk penyakit
anda
Sila lihat pada video demo berikut yang menerangkan sifat alkali, antioksida dan kebolehan pemecahan lemak Air Alkali Ionik.
Penyedian Air Aktif MineralCas JinliyuanSifat Antioksida Air Aktif Ionik
Sifat Larut Minyak Air Aktif Ionik
Testimoni Terbaru (Updated pada: September 2013)
Berikut adalah Screen Capture SMS
daripada Pn. Noraini dari Butterworth. Suami Pn. Noraini kerap diserang
gout yang berpunca daripada asid urik yang tinggi dalam badan.
Berikut adalah Screen Capture Whatsapp
daripada En. Mutalib. Beliau mengalami masalah komplikasi daripada
kolesterol tinggi dan kencing manis yang mengganggu kualiti hidup
beliau. Beliau boleh rasai perubahan positif yang jelas dalam tempoh
yang singkat.
Berikut adalah Screen Capture SMS daripada En. Khairul dari Alor Setar, Kedah. 100% Sahih dan Benar.
Berikut adalah Screen Capture SMS
daripada En. Amir dari Seremban, Negeri Sembilan. Beliau membuktikan
bahawa anda tidak perlu bergantung kepada ubat atau air MineralCas
Jinliyuan selepas badan sudah kembali ke tahap alkali. 100% Sahih dan
Benar.
Berikut adalah Screen Capture SMS daripada En. Ibrahim berumur 30-an yang pernah menjadi mangsa kanser. 100% Sahih dan Benar.
Berikut adalah Screen Capture SMS
daripada Pn. Zainab selepas mula minum air MineralCas Jinliyuan untuk 1
bulan lebih. 100% Sahih dan Benar.
Berikut adalah Screen Capture SMS
daripada Pn. Siti selepas mula minum air MineralCas Jinliyuan untuk
beberapa hari sahaja. Sebelum temui air MineralCas Jinliyuan, Pn. Siti
sedang pil-pil ubat klinik untuk mengawal keadaan dia. 2 hari selepas
dia mula minum air MineralCas Jinliyuan, dia boleh rasa sisa-sisa kimia
pil-pil yang tersimpan dalam badan mula disingkir melalui air besar. Dan
juga supplement-supplement kesihatan yang dia sedang ambil selama ini
turut mula bertambah 'power'. Kes Pn. Siti ini membuktikan bahawa air
MineralCas Jinliyuan memang mempunyai kuasa larutan yang sangat tinggi.
Ini membolehkan ia membawa khasiat supplement masuk ke dalam sel-sel dan
angkut keluar toksik yang tidak perlu keluar daripada badan dengan
lancar.
Kelulusan Halal Daripada JAKIMNo. Rujukan: JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/1 013-11/2008
* Sijil Halal dalam proses pembaharuan.
Untuk penerangan produk dan kesihatan yang lebih lanjut, sila hubungi:
Untuk tujuan pembelian Cash On Delivery sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selayang, Cheras sila hubungi saudara Harizi:
Sila fahamkan bahawa
saudara Harizi sentiasa bergerak, maka kadang kala beliau berada di luar
kawasan liputan telefon bimbit. Kalau anda tidak dapat hubungi beliau
melalui panggilan, sila hantar satu SMS kepada beliau. Saudara Harizi
akan hubungi anda secepat yang mungkin.
Syarikat kami menawarkan penghantaran atau pengiriman PERCUMA ke seluruh Malaysia. Perkhidmatan 'Cash & Carry' atau 'Bayar selepas Terima' hanya merangkumi kawasan sekitar Kuala Lumpur SAHAJA, sila hubungi Eksekutif Pemasaran En. Harizi (beliau tinggal sekitar Pandan Indah) untuk menentukan masa penghantaran.
Untuk pelanggan dari kawasan yang berada di luar kawasan linkungan, anda boleh dapatkan produk ini melalui pesanan online. Jika anda risau kami tidak hantar produk seperti dijanjikan, anda boleh minta saudara mara yang berada di sekitar Kuala Lumpur untuk tolong dapatkan MineralCas Jinliyuan daripada saudara Harizi. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan