Rabu, 6 November 2013

YAKINLAH...ALLAH ITU BENAR....ISLAM ITU BENAR....ALAM KUBUR ITU BENAR....PADANG MAHSYAR@AKHIRAT ITU BENAR....SYURGA NERAKA ITU BENAR...ALQURAN ITU QALAM ALLAH....MAKA BERTAQWALAH






سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)
Surah Al-Fatiha
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7) Presiden Mursi telah dihadapkan ke mahkamah kudeta pada 4/11/2013
Posted on Tuesday, November 05 @ 16:14:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"Tujuh Perkara yang Disampaikan Presiden Mursi dalam Persidangan Dalam Persidangan hari kemarin, Ketika Presiden Mursi memasuki mahkamah, Mursi enggan menanggalkan sut yang dipakainya dan menolak untuk memakai pakaian seragam penjara.

Beliau nampak tenang dan teguh dalam mempertahankan sikapnya.

Dalam kesempatan di persidangan tersebut , Presiden Mursi sempat menyampaikan tujuh perkara. Seperti dimaklumkan oleh sumber maklumat yang berkesempatan masuk ke bilik dan menghadiri sidang Isnin (4/11/2013) kemarin.

Pertama, Presiden Mursi menunjukkan simbol R4BIA. Beliau lalu berkata kepada hakim yang memimpin sidang , "Aku adalah Dr. Muhammad Mursi Ayyath. Akulah presiden Mesir yang sah. Sedangkan engkau tidak sah ( menjadi hakim). "

Kedua, "Apa yang terjadi pada tarikh 3 Julai adalah rampasan kuasa. Itu adalah sebuah pengkhianatan. "

Ketiga, " Aku menuntut mahkamah menghentikan jenaka ini. "

Keempat, "Aku berada di sini kerana dipaksa, tanpa kehendakku. Aku berharap kehakiman Mesir tidak terlibat dalam rampasan kuasa tentera ini. "

Kelima, "Keputusan melimpahkan kes ku ke mahkamah dikeluarkan oleh pihak yang tidak berkuasa. Berasal dari pendakwa yang ditunjuk oleh penguasa kudeta. "

Keenam, " Aku menolak semua tuduhan yang ditujukan kepadaku. Kerana semua tuduhan itu berasal dari pengkudeta. "

Ketujuh , "Kalian (para hakim) akan dimintai pertanggungjawabannya kerana tidak membiarkanku keluar dari bilik ini untuk melaksanakan tugasku sebagai presiden Mesir. "

Beberapa sumber maklumat juga menekankan bahawa 14 orang suspek dalam kes ini menolak untuk tunduk dan menerima kesahihan persidangan kes ini.

Bahkan Muhammad Beltagi berkata kepada hakim , "Aku punya 10 alasan fakta dan perlembagaan yang meniscayakan ketidak kesahihan persidangan ini. " Namun 10 alasan ini belum sempat disampaikan , beliau mengatakan" Jatuh- jatuh pemerintahan tentera. "

Kemudian Dr. Salim Awwa dan anggota pasukan pembela juga mengatakan " Rakyat ingin membela Presiden , " " Rakyat ingin perlembagaan Presiden. "

Ketika suasana sudah gaduh, majlis hakim memutuskan untuk menutup persidangan, dan menundanya hingga bulan Januari tahun mendatang.

Presiden Mursi duduk di dalam kurungan suspek, dikelilingi oleh 14 orang lain yang berdiri.

http://silverheritage.blogspot.com/

Artikel Lain yg menarik:
1. Kebenaran Al Quran: ombak-di-bawah-laut-lebih.
2. Strategi Peperangan Ahzab"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
kamal_hasan
Posted on Tuesday, November 05 @ 16:14:08 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Rupa Air Zamzam Berwarna Hitam Ketika Melalui X-Ray [SAKSIKAN...]
Posted on Tuesday, November 05 @ 16:04:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



"

Air zamzam berbeza dengan air biasa. Air dari tanah suci Makkah yang sering di bawa pulang dari mengerjakan haji ini bila dilihat dari X- Ray kelihatan lebih pekat.

Seperti yang dipetik dari sumber indonesia, di Madinatul Hujaj, Jeddah, Arab Saudi, di tempat bagasi jemaah haji yang terbang dengan Garuda Indonesia.

melalui mesin X- Ray dikata air zamzam berwarna pekat dan kelihatan hitam. Sedang air biasa kelihatan biasa saja.

"Air zamzam berbeza, jadi mudah dikenali melalui X- Ray ," jelas petugas X- Ray Garuda, Zainul kepada wartawan.

Di Hujaj ini, pasukan X- Ray Garuda melakukan pemeriksaan. Jamaah haji memang dilarang membawa air zamzam berkaitan keselamatan penerbangan.

Setiap jamaah haji akan mendapatkan zamzam sebanyak 5 liter perorang. Air Zamzam itu diberikan Garuda dalam bungkusan khas yang lebih selamat.

[Baca Seterusnya...] "


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
matuse68
Posted on Tuesday, November 05 @ 16:04:29 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


 Ucapan Daripada Ketua DPPM Sempena Kemenangan PRK N20 Sg. Limau
Posted on Tuesday, November 05 @ 15:51:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo





Yb. Ustaz Mohd Azam Bin Abdul Samad.

1. Alfun Mabruk buat Yb. Ustaz Mohd Azam Abd Samad diatas kemenangan dalam pilihanraya kecil N20 bagi menggalas amanah jamaah dan rakyat di DUN Sungai Limau.

2. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat berbesar hati atas kepercayaan parti kepada calon anak muda dan kini ia menjadi pilihan yang telah dimuktamadkan oleh rakyat DUN Sungai Limau untuk menobatkan Yb. Ustaz Mohd Azam Abdul Samad sebagai ADUN yang menyambung legasi Al Marhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak.

3. Yb. Ustaz Mohd Azam Abdul Samad juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jerai dan Pengarah PASTI Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dilihat mampu menggalas amanah yang diberi dengan baik dan cemerlang.

4. Saya juga mengucapkan setinggi - tinggi tahniah dan terima kasih kepada semua jentera pemuda yang datang dari segenap pelusuk tanahair membantu jamaah membawa pulang kemenangan ini. Tahniah juga buat seluruh saf pimpinan jamaah yang pastinya banyak berkorban masa, tenaga dan harta.

5. Saya menganggap ia adalah hadiah Tahun Baru 1435 Hijriah buat seluruh rakyat Sungai Limau khasnya dan kepada jamaah amnya.



Nasrudin Hassan

Ketua DPPM

Facebook Ustaz Nasrudin Hassan


 Kami Mengutuk Sekeras-kerasnya Cubaan Memburuk-burukkan Negeri Kelantan.
Posted on Tuesday, November 05 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



FB Hanya Di Kelate

BOIKOT AKHBAR KOSMO..!!!

Pistol dijumpai didalam tandas di Stadium Shah Alam... kenapa dikaitkan dengan Kelantan??

apakah penyokong kelantan dikhaskan boleh membawa masuk pistol?? bukan kata pistol, pemetik api pun diperiksa oleh pegawal keselamatan iaitu polis diraja malaysia sebelum memasuki stadium...

Adakah kosmo! Ada bukti yang mengaitkan pistol ini dengan penyokong Kelantan??

Polis baru hendak melakukan siasatan tetapi kosmo! Telah menuduh penyokong Kelantan.

Kami rakyat Kelantan mengutuk sekeras-kerasnya tuduhan ini..!!! Kosmo akhbar biadap..!!!!!

KOSMO!! SILA MINTA MAAF KEPADA SELURUH PENYOKONG KELANTAN...!!!

BOIKOT AKHBAR KOSMO..!!!

Facebook Hanya Di Kelate


 Ucapan Sulung YB Ustaz Mohd Azam Sejurus Menang Di Sg. Limau
Posted on Tuesday, November 05 @ 15:37:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Oleh Addin



Kemenangan PAS di PRK Sungai Limau perlu dijadikan asas untuk merampas semula Kedah yang terlepas ke tangan BN semasa pilihanraya umum yang lalu, demikian dinyatakan oleh Ustaz Mohd Azam Abd Samat di dalam ucapan sulungnya sebaik saja keputusan kemenangannya diumumkan.

Beliau telah berucap di hadapan beribu-ribu penyokong Pakatan Rakyat yang telah berkumpul semenjak dari awal keputusan PRK Sungai Limau hendak diumumkan malam tadi.

Mohd Azam berikrar untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan berkesan.

Menurut Mohd Azam, kemenangannya juga merupakan kejayaan kepada rakyat yang mahu PAS kekal mewakili mereka di DUN Sungai Limau, mstar dipetik.

"Ini merupakan satu kemenangan kepada Pakatan Rakyat untuk memartabatkan hak rakyat.

"InsyaAllah saya akan melaksanakan amanah ini dengan berkesan dan beri kebajikan kepada rakyat di Sungai Limau," katanya kepada pemberita selepas diisytiharkan menang pada Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau pada Isnin malam.

Sementara itu Sinar Harian melaporkan lebih 5,000 penyokong termasuk pemimpin parti Pas pelbagai peringkat berkumpul di pusat penjumlahan undi yang berlangsung di SMA Yan, di sini, malam tadi.

Kehadiran mereka yang ternyata gembira sekali gus meraikan kemenangan calon Pas, Mohd Azam yang menewaskan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim pada PRK Dun Sungai Limau.

Sejurus keputusan diumumkan kira-kira jam 9 malam oleh Pengurus Pilihan Raya Negeri, penyokong yang hadir melaungkan kalimah takbir "Allahuakhbar".

Menerusi saingan satu lawan satu itu menyaksikan Mohd Azam menang ke atas calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 undi.

Mohd Azam mendapat 12,069 undi manakala Ahmad Sohaimi memperoleh 10,985 undi.

Mengulas lanjut mengenai kemenangannya, Mohd Azam mengucapkan terima kasih kepada pengundi dan jentera parti itu yang bekerja keras membantu kemenangannya itu.

"Terima kasih kepada pengundi yang beri kepercayaan kepada saya untuk memimpin mereka.

"Terima kasih juga kepada seluruh jentera yang bekerja kuat sejak dua minggu lalu," katanya.-addin77

Tiada ulasan: