Sabtu, 9 November 2013

ADAKAH UNDANG2 MANUSIA LEBIH BAIK DARIPADA UNDANG2 ALLAH

Isu Perobohan Struktur Gerai Tambahan Taman Delima Kajang
Posted on Saturday, November 09 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



PAS Kawasan Hulu Langat ingin memberi penjelasan dan menyatakan pendirian dalam isu perobohan struktur tambahan gerai di Taman Delima Kajang oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) seperti berikut.

① Isu perobohan struktur tambahan gerai yang dibina tanpa kebenaran adalah sepenuhnya di bawah bidang kuasa MPKj yang bertindak berdasarkan peraturan sedia ada. Maka, tindakan pihak-pihak tertentu termasuk media yang menuding jari terhadap wakil rakyat Pakatan Rakyat dalam isu ini adalah tidak bertanggungjawab.


② Pihak PAS Kawasan telah ambil maklum bahawa struktur yang diroboh adalah struktur tambahan yang dibina tanpa kelulusan pihak berwajib dan tindakan pengusaha gerai membina struktur tambahan ini telah menyebabkan aduan dari orang ramai. Adapun gerai asal yang berkonsep jualan bungkus (take away) dikekalkan. Pihak kami juga ambil maklum bahawa pihak MPKj telah memberi amaran terlebih dahulu sebelum tindakan meroboh dilaksanakan.

③ Ahli Parlimen dan ADN dari Pakatan Rakyat beriltizam akan mendokong prinsip tadbir urus yang baik, telus, dan adil dengan tidak campurtangan dalam penguatkuasaan undang-undang oleh Majlis Perbandaran Kajang. Sekiranya ada tindakan penguatkuasa MPKj yang bercanggah dengan undang-undang, pihak PAS akan bertindak membela golongan yang ditindas, tetapi sekiranya tindakan tersebut adalah bagi melaksanakan peraturan yang diamanahkan, maka pihak kami akan menghormati keputusan tersebut.

④ Memandangkan isu ini telah dimanipulasi dan putarbelit oleh pihak tertentu melalui media massa, maka PAS Kawasan Hulu Langat mendesak pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengambil tanggungjawab memberikan maklumbalas dan penjelasan terhadap tindakan mereka kepada orang awam.

⑤ PAS Kawasan Hulu Langat juga mengutuk tindakan pihak tertentu dan media yang cuba menyuntik sentimen perkauman dan kebencian dalam isu penguatkuasaan peraturan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). PAS secara prinsipnya dan amalannya sentiasa mendokong konsep Islam Adil Untuk Semua.

⑥ PAS Hulu Langat juga melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan kenyataan Presiden Pertubuhan Ikatan  Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS), Encik Mohd Ridzuan Abdullah, yang membuat kenyataan melampau melalui media TV3 dengan membuat tuduhan tidak berasas kepada PAS. Apakah menjadi polisi pimpinan IKHLAS untuk menggalakkan ahli-ahlinya meminggirkan peraturan PBT? Sudahkah pihak IKHLAS membuat sedikit kerja rumah memahami latarbelakang isu ini sebelum membuat tuduhan melampau ke atas PAS?

Y.B. Hj. Razaly Bin Hasan
Yang Dipertua
PAS Kawasan Hulu Langat.


 Ops Pekerja Asing : Jadikan Agenda Utama KDN
Posted on Saturday, November 09 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletakkan sasaran dalam usaha memerangi sepenuhnya lambakan pekerja asing khususnya yang datang secara haram ke negara ini. Bagi DPPM, isu lambakan pekerja asing sudah menjadi terlalu serius dan perlu dibanteras semaksimum mungkin sebelum sesuatu perkara yang lebih buruk berlaku terutama terhadap rakyat di negara ini.

Untuk itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid perlu meletakkan suatu sasaran angka yang perlu dicapai serta jangka masa operasi membanteras pekerja asing di negara ini. Sasaran ini mesti dijadikan agenda utama KDN dalam tempoh beberapa bulan dan tahun mendatang agar rakyat melihat keberkesanannya.

Apa yang dikesalkan, isu lambakan pekerja asing mewujudkan kesan yang lebih buruk kepada masyarakat di negara ini. Selain industri pekerjaan yang dibolot oleh pekerja asing, peluang perniagaan turut dikuasai oleh warga tersebut. Malah ada pekerja asing yang mendapat tempat membuat perumahan dan perkampungan sendiri sehingga menghilangkan identiti penduduk asal kawasan terbabit. Kesan lebih besar adalah penguasaan ekonomi serta gejala sosial yang semakin parah. Lebih membimbangkan adalah jenayah yang semakin berleluasa di negara ini serta kedaulatan negara semakin terhakis.
DPPM meminta KDN supaya meminimumkan jumlah pekerja asing dengan meletakkan mereka hanya kepada sektor-sektor yang perlu sahaja seperti sektor perindustrian, perladangan, perkilangan dan lain-lain lagi. Selain itu, KDN perlu bersungguh-sungguh dalam mengawal sindiket pengeluaran Mykad palsu kepada warga asing dengan menggunakan sistem biometrik di segenap tempat dan setiap pekerja diwajibkan menjalani ujian tersebut. Tambahan lagi, sempadan negara perlu diperketatkan dengan pemantauan dan rondaan yang kerap. DPPM yakin, sempadan negara sukar ditembusi sekiranya pasukan keselamatan negara mengawal perairan dan kawasan sempadan dengan baik.

DR RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia 


 Gergaji potong kepala?
Posted on Saturday, November 09 @ 14:38:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Salam..
Siapa di sebalik tko ni.
Patut ke anda siar foto macam ni..

Kiriman: R.M.

Wasalam.
Terima kasih.

Saya berpendapat aduan ini adalah berkaitan dengan artikel TKO "KEJAM!!! 4 Gambar 2 lelaki Dipotong Lehernya Dengan Mesin Gergaji [SAKSIKAN...]"Sebentar tadi saya membuat semakan, artikel berkenaan telah mendapat bacaan sebanyak 12,558 pembaca. Saya pun tak pasti aliran kehendak pembaca TKO tetapi artikel seperti ini selalu mendapat hits.

Untuk makluman penggadu kami ada beberapa orang yang boleh meluluskan artikel yang dihantar. Mereka ini tinggal hampir serata Malaysia dengan latar belakang pekerjaan dan pendidikan yang berbeza.

Saya nampak cara melulus artikel juga ada kelaianan antara pembantu webmaster. Kelaianan ini adalah satu keistimewaan yang ada pada TKO (pendapat saya).

Artikel dinilai dari persepsi penulis dan juga yang melulus terbit. Saya rasa jika ada yang kita tak setuju boleh dikemukan dan pandangan ini saya sebar luaskan dalam laman supaya ada pembaca lain boleh berkongsi pendapat dan pandangan.

Saya sudah letih menjawab email secara peribadi dan sayacuba untuk berkongsikan pandangan setiap teguran yang dihantar kepada saya kepada pembaca lain agar kita sama-sama berkongsi kebaikan dan kelemahan yang ada pada TKO.

Saya masih tak nampak kesalahan besar pada artikel berkenaan. Hanya saya berpendapat penghantar artikel berkenaan adalah seorang yang suka mengkaji mood pembaca dan artikel-artikelnya adalah 'permainan mood' pembaca dan tajuk artikel tersebut memberikan rating artikel menjadi tinggi.

Isu dan emosi adalah satu perkara yang penting dalam menyampaikan masej kepada pembaca. Artikel yang dihantar itu ada emosi yang tinggi tetapi tak ada isu. Kalau ada pun isu tak diperkukuhkan dengan hujah untuk membuatkan pembaca ada kesedaran yang lebih jelas. Itu pandangan saya.

Terima kasih sekali atas teguran berkenaan foto tersebut.


PenjagaKubur
Webmaster
TKO


 Tanpa Undang-undang "653" Akta Jenayah Syariah Bebas Untuk Dilaksanakan
Posted on Saturday, November 09 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur





Menurut kata Datuk Jamil Khir Baharom. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Peguam Negara telah memberi "lampu hijau" kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mempertingkat kuasa undang-undang mahkamah Syariah dan tidak terikat dengan "653" lagi seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal tempatan.


Undang-undang "653" adalah terhad kepada enam sebatan, denda RM5, 000 dan tiga tahun penjara sahaja. Selama ini, Akta Jenayah Syariah terhalang ekoran dari sekatan "653".

Justeru itu, hukuman yang lebih berat tidak boleh digubal untuk memenuhi kehendak perundangan Islam sebenar. Antaranya hukuman bunuh, sebatan yang lebih banyak atau hukuman yang terkandung dalam Hukum Hudud.
Sekiranya kerajaan Pusat belum bersedia untuk melaksanakan perundangan Jenayah Syariah sepenuhnya, maka berilah peluang untuk negeri yang majoriti Islam seperti Kelantan dan Terengganu untuk memulakannya. Contoh terbaik adalah Negara Brunei Darussalam yang telah mewartakan Akta Jenayah Syariah didalamnya termasuk Hukum Hudud, Qisas dan sebagainya sepertimana yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis.
Kalau sudah diberi “lampu hijau” mengapa mesti ditangguhkan lagi, inilah masanya kerajaan Pusat membuktikan yang mereka benar-benar ikhlas ingin melaksanakan hukuman menurut perundangan Syariah yang sebenar. Bagi yang bukan Muslim mereka tidak perlu bimbang kerana mereka masih lagi bebas memilih dan tidak tertakluk dengan perundangan syariah sebab mereka masih boleh menggunakan undang-undang sivil yang sedia ada.
Kita mengesa pihak kerajaan terutama JAKIM diberi peluang seluasnya menerangkan perundangan Jenayah Syariah melalui media massa seperti radio/TV dan juga adakan dialog terbuka agar rakyat lebih faham dan tidak menolak begitu saja, sebab mereka masih jahil dalam bab perundangan Islam. Harapan kita, perlaksanaan perundangan Syriah perlu direalisasikan secara berperingkat seperti mana kerajaan Brunei melaksanakannya.
Sekali lagi kita tegaskan bahawa perundangan Syariah hanya untuk umat Muslim sekiranya yang bukan Muslim mahu menggunakannya tiada larangan terserah dengan pandangan masing-masing. Islam adalah agama yang adil untuk semua. Islam tidak pernah memaksa penganut agama lain memeluk Islam secara paksa tetapi mereka yang ingin memeluk Islam kena ikhlas dengan kerelaan hatinya sendiri.
Dengan adanya Akta Jenayah Syariah, kes-kes jenayah kejam dan ganas dapat dicegah dengan sebaik mungkin sebab hukum Hudud adalah satu cara pencegahan terbaik untuk mereka yang suka melakukan jenayah yang serius. Jenayah seperti pembunuhan, rompakan, rogol dan sebagainya semakin berleluasan berlaku di negara kita, kes-kes jenayah berat ini hanya boleh dicegah dengan adanya Akta Jenayah Syariah. Perundangan Syariah adalah perintah Allah dan sudah tentu Dia Maha Mengetahui yang terbaik untuk setiap manusia tanpa mengira bangsa dan agama.
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak
English version
Without the Law "653" Sharia Criminal Act Free to be implemented?
According to Datuk Jamil Khir Baharom Minister in the Prime Minister, the Attorney General has given a "green light" to the Department of Islamic Development Malaysia (Jakim) to enhance the power of Sharia law court and not bound by the "653" again, as reported by a local portal.
The Law "653" is limited to six strokes of the cane, a fine of RM5, 000 and only three years in prison. During this time, the Islamic Sharia Criminal Act precluded due to the restrictions of "653". Therefore, the harsher sentences cannot be formulated to meet the legal requirements of Islam. Among them sentenced to death, more strokes or punishment that contained in the Hudud law.
If the federal government is not ready to fully implement Sharia Criminal law, give an opportunity to the majority Muslim states such as Kelantan and Terengganu to start. Best example is the Brunei Darussalam has gazette in the Sharia Criminal Act including Hudud, Qisas and so forth as contained in the Quran and Hadith.
So once they are given the "green light" why must be put off again, this is the time the federal government to prove that they are really sincere want to implement the punishment according to real Sharia law. For the non-Muslims they do not have to worry because they are still free to choose and not subject to Sharia law because they can still use existing civil law.
We urge the government especially JAKIM given the ample opportunity explain the Sharia Criminal law through mass media such as radio / TV and also hold an open dialogue so that people would understand and not reject just like that because they are ignorant of Islamic law chapter. We hope legislative implementation Sharia should be realized in stages as the Brunei government implementation.
Once again we emphasize that Sharia law for Muslims only if a non-Muslim wants to use it there is no prohibition is up with their respective views. Islam is a religion of justice for all.
Islam has never forced followers of other religions convert to Islam by force, but those who want to convert to Islam be sincere with his own volition.
With the advent of Sharia Criminal Act, cases of brutal and violent crime can be prevented with the best possible the reason Hudud law is a means of prevention for those who like to do a serious crime. Crimes such as murder, robbery, rape, etc. more and more happening in our country, cases of serious crimes can only be prevented with the Sharia Criminal Act. Sharia Law is the command of Allah and of course He is Cognizant the best for every human being irrespective of race and religion.

Yours faithfully
Jofri Jaraiee
PAS Sarawak Deputy Commissioner iii cum PAS Miri Chief
http://pas-miri.blogspot.com


 Ahli PAS rugi terpaksa memilih calon kurang popular untuk timbalan presiden
Posted on Saturday, November 09 @ 18:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




Pihak paling rugi apabila berlaku pertembungan antara Mohamad Sabu dengan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah untuk jawatan timbalan presiden PAS adalah ahli PAS keseluruhannya.
Ini kerana, pilihan utama mereka Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa tidak menyertai pertandingan itu. Mereka hanya dapat memilih di kalangan kurang popular sahaja padahal mereka perlu menentukan orang nombor dua dalam parti Islam itu.


Tuan Ibrahim dan Husam semalam, menjelang tarikh tutup pengesahan pertandingan parti pada jam 5 petang 8 November,  mengumumkan mereka hanya akan bertanding jawatan naib presiden dan menolak untuk bertanding timbalan presiden.

Semasa pencalonan diterima, Tuan Ibrahim dilaporkan mendapat pencalonan terbanyak iaitu lebih 50% daripada 103 pencalonan yang sah daripada kawasan di seluruh negara.
Husam pula dikatakan mendapat pencalonan kedua terbanyak. Namun sehingga kini ia tidak didedahkan kepada umum. Pihak jawatankuasa pemilihan PAS yang diketuai Asmuni Awi hanya memaklumkan jumlah pencalonan yang diterima kepada calon berkenaan sahaja.
Poll yang dibuat oleh Tranungkite pada 30 Oktober lalu.Poll yang dibuat oleh Tranungkite pada 30 Oktober lalu.Dalam poll yang dibuat sebuah laman pro PAS, Tranungkite.net, Tuan Ibrahim menjadi calon paling popular di kalangan ahli PAS manakala Husam ditempat kedua. Keputusan ini selari dengan peratusan pencalonan yang mereka terima.
Menurut poll itu, Mohamad berada di tempat ketiga manakala Nik Amar tempat keempat selepas seorang lagi calon Salahudin Ayub yang sejak awal mengumumkan hanya bertanding bagi jawatan naib presiden sahaja.
Tuan Ibrahim ketika mengumumkan hanya menerima pencalonan untuk naib presiden berkata, berasa tidak mampu untuk memikul jawatan yang lebih tinggi daripada itu.
Husam pula dalam kenyataannya berkata, pencalonan paling banyak yang beliau terima adalah untuk jawatan naib presiden.
"Saya anggap ia adalah isi hati, pedoman dan pilihan akar umbi PAS jawatan mana yang mereka ingin saya tempatkan diri saya," kata Husam dalam kenyataannya.
Dengan penolakan kedua-duanya, pemilihan yang sukar bagi perwakilan PAS dalam Muktamar PAS ke-59 pada 22 hingga 24 November ini adalah untuk jawatan naib presiden.
Bagi kerusi naib presiden, calon-calon kini adalah Salahudin Ayub, Datuk Abu Bakar Chik, Tuan Ibrahim dan Husam manakala Datuk Mahfuz Omar belum membuat sebarang pengumuman.
"Saya telah memberitahu wartawan sebelum ini, saya mahu Pengerusi Jawatankuasa Pemilih yang memaklumkan keputusan saya," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.
Semalam, Idris Ahmad dan Datuk Mujahid Yusof mengumumkan akan bertanding jawatan AJK PAS Pusat sahaja manakala seorang lagi calon yang layak, Nasrudin Hassan mengumumkannya sejak awal lagi akan bertanding AJK PAS Pusat sahaja.
Perwakilan sekarang terpaksa membuat pilihan antara empat calon utama iaitu tiga penyandang Salahudin Ayub, Husam dan Mahfuz serta dengan kedatangan calon popular, Tuan Ibrahim.
Abu Bakar Chik yang turut bertanding dikatakan calon 'underdog' untuk pertandingan naib presiden ini kerana beliau agak tertinggal daripada pucuk pimpinan utama parti selepas berhenti daripada jawatan Ketua Pemuda PAS sebelum ini.
Salahudin dikatakan mendapat sokongan kedua-dua pihak, ulama dan bukan ulama serta paling popular daripada semua calon yang ada.
Tuan Ibrahim pula dilihat bakal mewarisi pucuk pimpinan utama PAS di masa depan, sudah tentu dia juga bakal menang.
Kini persaingan antara Husam dan Mahfuz. Husam dikatakan mempunyai penyokong tersendiri manakala Mahfuz pula baru membuktikan kemampuannya selepas calon PAS berjaya di pilihan raya kecil Sungai Limau.
Justeru, sudah tentu tugas sukar bagi perwakilan membuat pilihan di samping dilema yang mana calon terbaik sebagai naib presiden PAS musim ini.

Zulkifli Sulong
MALAYSIAN INSIDER


Muktamar Sebagai Medan Memperkukuhkan Tahluf Siasi Pas Bersama Pakatan Rakyat
Posted on Saturday, November 09 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Saya diamanahkan untuk membahas tentang perkara yang berkaitan dengan Tahluf Siasi semasa Konvensyen PAS negeri Johor yang diadakan pada hari Ahad yang lalu. 
2.   Saya telah membentangkan tentang sejarah tahluf siasi yang pernah dilalui oleh PAS Johor sejak ditubuhkan pada 19 Mac 1954. Sepanjang tempoh ini, ada kalanya PAS dilihat tidak mendapat kelebihan dan ada kalanya ia menguntungkan.


3.    Apabila PAS menyertai Parti Perikatan selepas Peristiwa 13 Mei 1969. Ini kerana kerusi Melayu UMNO di dalam Perlimen ketika itu sangat sedikit dan untuk mengekalkan kuasa Melayu PAS telah bersetuju untuk menjadi anggota baru Parti Perikatan dan seterusnya menukar nama kepada Barisan Nasional pada tahun 1974.

4.   Dek kerana Johor adalah kubu UMNO maka PAS Johor tidak meletakkan calon dalam PRU ke 4 iaitu pada tahun 1974 di atas pemuafakatan politik pada ketika itu dan BN terus menguasai pentas politik dan Pilihan Raya di Johor. Keputusan PAS Johor untuk tidak meletakkan calon telah menyebabkan beberapa ahli PAS mengistiharkan diri bertanding sebagai calon bebas.

5.  Apabila PAS ditendang keluar daripada BN pada tahun 1978, barulah PAS Johor kembali mengorak langkah menyertai Pilihanraya dengan bertanding menentang BN di 23 kerusi Dun dan 12 kerusi Parlimen di seluruh Johor.

6.    Perpecahan UMNO pada tahun 1987 sehingga mewujudkan Parti Melayu semangat 46 (S46) memberikan kelebihan kepada PAS secara keseluruhannya sehingga terbentuknya kerajaan APU di Kelantan yang masih utuh sehingga kini namun ia bukanlah khabar gembira untuk PAS Johor. Pilihan Raya Umum ke 10 pada tahun 1990, telah menyaksikan suatu penyatuan di kalangan partai pembangkang apabila PAS bersama Semangat 46 berjaya bergerak di bawah Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) dan Semangat 46 bersama parti-parti lain berjaya membentuk Gagasan Rakyat.

7.    PAS Johor sekali lagi ‘mendapat nasib malang’ PAS Johor hanya dibenarkan untuk meletakkan tiga orang calonnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Endau, Rengit dan Benut kerana ia disebabkan keputusan persepakatan antara PAS dan Semangat 46 dalam Angkatan di mana kuota kerusi telah pun dipersetujui bersama mengikut kekuatan pengaruh sesebuah parti di sesuatu kawasan.

8.    Walaupun peratusan sokongan kepada PAS melepasi 30% di setiap kerusi yang ditandingi namun ia telah mengurangkan pengaruh PAS di kawasan-kawasan lain di seluruh negeri Johor. PAS berterusan mengalami nasib yang sama apabila menghadapi PRU ke 9 dengan jumlah kerusi yang sedikit.

9.    Namun, ia berbeza dengan situasi tahluf siasi apabila PAS bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (PKN), DAP dan PRM pada tahun 1998 setelah Datuk Seri Anwar bin Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu.

10.  Kerjasama di gabungan Barisan Alternatif ini telah memberikan ruang kepada PAS untuk bertanding lebih daripada 20 kerusi DUN dan Parlimen manakala pada tahun 2004 PAS telah meletakkan calon di 36 Dun namun pencapaian PAS secara keseluruhannya lebih rendah jika dibandingkan dengan pencapaian pada tahun 1999. PAS menang satu kerusi iaitu kerusi Dun Senggarang di atas kesilapan teknikal BN. PAS berjaya mendapat sokongan sebanyak 18.3% undi keseluruhannya kerusi yang telah ditandingi.

11. Pilihan Raya Umum kali ke 12 yang diadakan pada tahun 2008 memberikan ruang untuk PAS bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 33 kerusi DUN. PAS buat pertama kalinya telah berjaya menang di kerusi N13 Sungai Abong dan N15 Maharani. Begitu juga peratusan undi yang telah diperoleh PAS daripada 33 kerusi Dun yang ditandingi itu adalah sebanyak 31.63% menunjukkan pencapaian PAS semakin memberangsangkan.

12. Pada Pilihan Raya Umum ke 13, PAS Johor telah bertanding 30 kerusi DUN dan 7 Parlimen tetapi kali ini PAS Johor telah mendapat keputusan yang terbaik dalam sejarah PAS di Johor apabila berjaya menang 4 kerusi DUN dan meningkatkan sokongan kepada 42% daripada jumlah kerusi yang ditandingi. PAS menang di Dun Putri Wangsa dan Dun Parit Yani serta mengekalkan kerusi Dun Maharani dan Dun Sungai Abong.

13. Apa yang dapat saya nyatakan di sini, PAS Johor telah mendapat banyak manfaat di atas keputusan permuafakatan politik ini walaupun pada dua permuafakatan awal telah memberikan kesan negatif kepada perkembangan PAS di Johor sehingga berlakunya perpecahan di dalam PAS.

14.    PAS kawasan Kluang memperakui bahawa Tahluf Siasi PAS telah membantu kepada peningkatan sokongan pengundi kepada PAS di Dun Mahkota, Kluang. PAS Kluang telah mencatatkan keputusan terbaik dalam sejarah penubuhan PAS selama 30 tahun. Bermula dengan pengalaman 'hilang deposit' pada tahun 1986 sehinggalah mencatatkan sokongan 48.5% pengundi di Dun Mahkota.

Tahun
PRU
PAS
BN
Majoriti
Peratus
2004
Kali ke 11
4,107
19,045
14,938
17.7 %
2008
Kali ke 12
9,009
17,489
8,480
34.0%
2013
Kali ke 13
18,323
19,431
1,108
48.5%

15. Apa yang perlu ketika ini adalah penegasan terhadap Tahluf Siasi yang telah dibina sejak tahun 2008 itu diperkuatkan dan diperbaiki segala bentuk kelemahan. Diperakui bahawa terdapat beberapa kelemahan yang berlaku seperti pertindahan kerusi di beberapa tempat tetapi ia bukanlah satu perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan baik.

16. Muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung pada 22 – 24 November 2013 yang akan datang ini di Shah Alam adalah medan terbaik untuk PAS secara keseluruhannya memperhalusi segala bentuk kelemahan yang wujud sepanjang permuafakatan politik ini, mudah-mudahan pergabungan di dalam Pakatan Rakyat akan menjadi lebih utuh untuk menumbangkan BN dan seterusnya membentuk sebuah kerajaan yang lebih adil dan berkebajikan untuk rakyat Malaysia.

Wassalam

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Yang Di Pertua PAS Kawasan Kluang
8 November 2013.
 

 Lelaki Dengan Kekuatan Lengan Yang Luar Biasa
Posted on Saturday, November 09 @ 13:23:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



"

Denis Cyplenkov adalah lelaki gagah dan juara gusti lengan berasal dari Ukraine yang dikenali tidak hanya kerana mempunyai kekuatan yang luar biasa, tetapi juga saiz lengan dan telapak tangan yang luar biasa besar. Ketika melihatnya, anda pasti teringat akan watak fiksyen dalam filem Hulk.

Denis Cyplenkov (31 tahun) lahir di Krivoy Rog, Ukraine, di mana ia telah mengikuti pelbagai kelab sukan sejak  kecil dan remaja. Dia dilatih kettlebell lifting selama beberapa tahun dan mempunyai hasil yang bagus dalam beberapa aktiviti kompetitif, sebelum menjadi salah satu ahli gusti lengan terbaik di dunia.

Beliau telah memenangi Nemiroff World Cup pada tahun 2010 dan 2011, dan memegang beberapa gelaran Russian Arm Wrestling Champion. Pada laman web peribadi, Cyplenkov juga mendakwa ia memegang rekod bisep terbesar di Rusia dan orang terkuat di Rusia.

Dengan tinggi 186 cm dan 140 kg , Denis Cyplenkov mempunyai fizikal yang cukup mengkagumkan. Tetapi aset yang paling luar biasa dari tubuhnya adalah tangan raksasa berukuran abnormal.

Bila dibandingkan dengan kebanyakan lelaki, saiz jari kelingkingnya saja dua kali lebih besar berbanding ibu jari mana-mana lelaki, belum lagi jari yang lain. Pergelangan tangannya juga tak kalah besar dengan saiz 24 cm, yang menjelaskan mengapa kerjaya gusti lenganya boleh berjaya.

Jari Cyplenkov tidak hanya berukuran raksasa tetapi juga sangat kuat. Dengan menggunakan jari-jarinya, Cyplenkov mampu memecahkan buah keras hanya dengan cara menyelipkannya di antara dua jari, seolah-olah buah keras selembut buah anggur.

Dengan hanya melihat foto, kebanyakan orang mungkin berfikir bahawa tubuh Cyplenkov adalah hasil editan photosop. Tapi semua otot dan saiz tangannya yang raksasa adalah asli, ratusan video yang beredar di laman2 web cukup menjadi bukti. - Dunia Macam-Macam




"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
matuse68
Posted on Saturday, November 09 @ 13:23:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Tiada ulasan: