Sabtu, 9 November 2013

ADA ATAU TAK PENGUNDI HANTU....AKHIRAT SEMUANYA AKAN TERBONGKAR....KAUORANG JAWABLAH

Norazita pesan anak tekun belajar sebelum ditembak

Asri Sapfie Selangorku, 08 Nov 2013


SHAH ALAM: “Mama pesan belajar rajin-rajin dekat saya dan adik,” kata anak sulung arwah pegawai bank, Norazita Abu Talib yang ditembak pengawal keselamatan, di Ambank USJ, pada 23 Oktober lalu.

Nurisa Nabilah Irwan, 12, berkata pesan arwah ibunya masih kekal dalam ingatan dia dan adiknya, Muhammad Hazimi Irwan, 8, dan akan terus dijadikan semangat untuk cemerlang dalam pelajaran.

Nurisa yang baru sahaja tamat menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), berkata kehilangan Norazita adalah satu tamparan hebat buatnya dan Hazim, namun sokongan ayah mereka, Irwan Kamaruddin, membuat mereka tabah.

Sementara itu, Irwan, 37, yang juga bekerja sebagai pemandu peribadi turut melahirkan rasa syukur atas sumbangan dan keprihatinan kerajaan negeri yang cuba membantu meringankan beban keluarga mereka.

“Segala tugasan yang selama ini dipikul arwah isteri, kini menjadi tanggungjawab saya. Kini, saya memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada anak saya.

“Saya berharap pihak polis segera menyelesaikan kes ini dan mencari penyelesaian supaya tidak berulang dan tidak ada lagi keluarga lain menghadapi situasi ini,” katanya.

Irwan berkata demikian ketika ditemui Selangor Kini sempena sesi penyerahan sumbangan kerajaan negeri bernilai RM5,000 yang disampaikan Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan Haniza Talhah, di kediamannya, di sini, semalam.

Rodziah berkata, kerajaan negeri sedia membantu dalam bentuk guaman jika Irwan ingin membawa perkara terbabit ke mahkamah bagi tujuan saman.

“Saman ini bukan bertujuan untuk membalas dendam tetapi lebih kepada memastikan bahawa semua pihak, terutama pengurusan sesebuah syarikat lebih peka dalam pemilihan anggota keselamatan supaya kejadian seperti sama tidak berulang.

“Kita juga akan memberi bantuan dalam bentuk nasihat guaman dan peguam supaya pihak Irwan dapat penjelasan menyeluruh berkenaan kes ini,” kata Rodziah.

Nor Azman Ketua Pemuda PAS N9 yang baru

Harakahdaily, 08 Nov 2013
JEMPOL: Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan menerima teraju baru apabila Ustaz Nor Azman Mohamad dipilih sebagai ketua dewan itu pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan kali ke-28  baru-baru ini.

Muktamar pemilihan itu berlangsung di Muassasah Darus Syarif, di sini di mana menyaksikan Nor Azman telah menang tanpa bertanding sekaligus menggantikan Mohd. Khairil Anuar Mohd. Wafa yang tidak mempertahan jawatan.

Beliau juga sebelum ini adalah bekas Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan.

Dalam ucapan penangguhan beliau, Nor Azman berkata pemuda harus berusaha dalam membina jaringan bagi melebarluaskan keterlibatan dalam masyarakat.

“Organisasi pemuda perlu diperkukuhkan, kurangkan kontroversi dan fokus kepada gerak kerja yang strategik.”

“Pemuda hendaklah bertindak dengan matang dan bijak dalam membina jaringan. Saya sarankan usaha untuk mengukuhkan rangkaian bersama agensi kerajaan dan juga NGO perlu diambil perhatian yang sewajarnya.” tegas beliau

Beliau juga menyarankan agar aktiviti bersama anak muda perlu diperhebatkan sama ada dalam bentuk sukan, wacana ilmiah mahupun kebudayaan.

Dalam keputusan pemilihan itu juga, Yusry Mohamad dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS negri manakala Mohd Azlan Zainal sebagai Naib Ketua Pemuda.

Muktamar itu dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Pusat Dr. Raja Iskandar Al-Hiss.

Idris Ahmad tolak tanding Naib Presiden PAS

Anis Nazri, 08 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad memutuskan untuk tidak bertanding jawatan Naib Presiden PAS pada pemilihan parti bagi sesi 2013-2015, sebaliknya hanya menerima untuk bertanding di peringkat Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.

Ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu berkata keputusan yang dibuatnya itu tidak dipengaruhi mana-mana pihak, sebaliknya telah diperhalusi beliau sendiri.

"Saya fikir, cukuplah untuk AJK.  Belum masanya untuk saya bertanding untuk jawatan naib presiden.  Apa yang penting, bagi saya untuk memastikan parti dalam perjuangan yang diterima masyarakat, yang boleh menjadi amal soleh apabila kita mati kelak," tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kawasan yang mencalonkan beliau untuk kedua-dua jawatan tersebut, bagaimanapun memohon maaf kerana menolak pencalonan untuk bertanding jawatan naib presiden

Ustaz Idris telah menyerahkan surat pengesahan untuk bertanding kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti semalam, sebelum ia ditutup petang ini.

Selain Ustaz Idris, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan telah menarik diri untuk bertanding jawatan ini.


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Abu Bakar Chik yang turut tercalon juga telah mengesahkan bertanding bagi jawatan ini.

Tiga penyandang jawatan ini termasuk Salahudin Ayub telah menyatakan kesediaan untuk mempertahan jawatan ini manakala Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa belum menyatakan pendirian.

Selain Mahfuz dan Husam, dua lagi yang belum membuat keputusan adalah Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Mujahid Yusof Rawa.

SMS 'undi PAS masuk syurga' dari BN?

Harakahdaily, 08 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), mendedahkan bahawa sistem pesanan ringkas kononnya 'mengundi PAS masuk syurga' yang disebar menjelang PRU13 pada Mei lalu didakwa dari jentera Umno BN.

Penyelarasnya, Badrul Hisham Shaharin berkata, perkara itu disedari apabila satu lagi mesej sempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini dihantar melalui nombor yang sama yang menyebut ianya dari BN.

Mesej pertama yang diterima Mei lalu, berbunyi, “Ingatlah syurga neraka apabila mengundi. Undi PAS ke syurga, undi Umno ke neraka. PAS parti Allah (hizbullah), Umno parti syaitan”.

Mesej kedua yang diterima sebelum Maal Hijrah pula berbunyi “Salam. Selamat menyambut Maal Hijrah 1435H daripada Barisan Nasional “Bersatu Bersama Bergerak Ke Hadapan”.

“Mesej pertama diterima ketika kempen PRU13 lalu dan saya percaya mereka terlupa atau menyangka tidak ada yang perasan penghantaran mesej kedua sebelum Maal Hijrah, baru-baru ini.

“Bagi telefon bimbit yang menggunakan sistem Android, setiap sms yang diterima akan menyebabkan mesej lama turut dipaparkan jika belum dipadam. Inilah yang dikatakan sepandai-pandai tupai melompat,” kata Badrul Hisham dipetik Selangor Kini.

Taktik menggunakan SMS sebagai senjata perang psikologi menjadi trend sejak akhir-akhir ini khususnya menjelang pilihan raya umum dan juga pilihan raya kecil.

Terbaru, taktik serupa malah lebih licik berlaku pada Pilihan Raya Kecil Sungai Limau baru-baru ini apabila nombor telefon beberapa pemimpin PAS dipintas untuk digunakan menyebar SMS palsu yang bersifat fitnah dan provokasi.

Antara yang menjadi mangsa termasuklah Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar, Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah, Adun Pangkalan Kundur Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan bekas Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar.

Pengundi hantu: SPR nafi dakwaan Shahidan

Harakahdaily, 08 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menafikan dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim bahawa wujud pengundi hantu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Katanya, dakwaan Shahidan itu hanyalah salah tanggapan semata-mata.

“… apa yang berlaku sebenarnya ialah pengundi tersebut mendaftar sebagai pengundi di Dun Sungai Limau, namun pengundi tersebut telah berpindah tetapi tidak memaklumkan hal tersebut kepada SPR,” katanya dipetik Sinar Harian Online semalam.

Shahidan semalam mendakwa pada PRK Sungai Limau 4 November lalu, terdapat pengundi yang tidak dapat dikesan kerana alamat tidak sama dengan tempat pembuangan undi.

Antara kawasan yang dikenalpasti wujudnya 'pengundi hantu' itu dakwanya adalah di Bukit Besar yang rata-ratanya pengaji pondok agama di kawasan itu.

Malah beliau turut menyifatkan pembangkang seperti "penyamun, yang kemudian menuduh orang lain sebagai penyamun", seperti dalam cerita P Ramlee.

Dalam pada itu, Pengarah Jawatankuasa Induk PAS bagi PRK Sungai Limau Datuk Mahfuz Omar ketika mengulas dakwaan itu semalam berkata, Shahidan sewajarnya menggunakan saluran yang betul termasuk mengemukakan petisyen jika tidak berpuas hati dengan keputusan PRK itu.

"Dulu (bila PAS bangkit soal pengundi hantu), dia kata mana ada pengundi hantu. Sekarang bila dia kalah, dia kata ada (pengundi hantu).

"Saya mintak dia tak payah spin la," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada media di lobi parlimen semalam.

Penulis buku La Tahzan tegur umat Islam

Harakahdaily , 08 Nov 2013
Dr Aidh Abdullah al-Qarni ialah seorang ulama Arab Saudi juga penulis motivasi Islam terkenal di dunia masa kini.

Antara karyanya yang paling terkenal ialah La Tahzan (Jangan Bersedih) yang mula ditulis ketika di dalam penjara. Buku ini sudah diterjemahkan ke dalam 29 bahasa dunia termasuk Indonesia dan Malaysia. Di Arab Saudi sahaja, buku ini sudah dicetak lebih kurang 1.5 juta naskah.

Semasa mendapatkan rawatan di Paris, beliau telah menukilkan suatu artikel yang menegur sifat-sifat umat Islam dan membandingkannya dengan sifat masyarakat yangditemuinya ketika di Paris.

Antara nukilannya yang menarik ialah “(Di Paris) Ku lihat banyak hadis-hadis Nabi SAW diamalkan dan direalisasikan. Erti dan kehormatan yang berbalas, bahasa yang sopan dan gaya hidup bertamaddun khasnya dalam aspek pergaulan dan perhubungan sesama manusia.”

Tulisnya lagi;

“Sedangkan jika ingin dibandingkan dengan warga tanah Arab, ternyata berbeza. Jika sedang marah, pasti akan diselangi dengan kata-kata laknat, caci-maki, cercaan dan hinaan. Ke mana hilangnya manhaj al-Quran yang mengajar kita...”

Terjemahan tulisan penuh beliau boleh dibaca di laman web ini;

Sila baca

Jamil Khir, mengaku sajalah jualan murah kempen BN

Harakahdaily, 07 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Kenapa susah sangat Jamil Khir mengaku bahawa jualan murah itu memang sebahagian daripada acara kempen pilihan raya BN?

“Mengaku sahajalah, kalau memang itu hakikatnya,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.

Menurutnya, memang benar jualan murah ada di mana-mana dan pasaraya juga kerap melakukannya tetapi belum pernah rasanya gula dan beras turut dijual murah.

Bagi beliau, biasanya jualan murah di kampung-kampung dan di mana saja hanya  melibatkan pakaian, barangan plastik, pinggan mangkuk dan sebagainya.

Katanya, sejak lebih 56 tahun merdeka, belum pernah ada jualan murah gula dan beras kecuali di Sungai Limau.

“Murahnya pula bukan kepalang. Gula hanya dijual RM1 sedangkan harga biasanya RM2.84 manakala beras pula hanya RM5 sedangkan harga biasanya RM13,” tulisnya lagi.

Menurut Shahbudin lagi, sudah tentu kalau bukan kerana pilihanraya dan maksud membeli undi, tiada siapa sanggup menjual harga semurah itu.
Baca lagi

Cadangan kepada AJK masjid

Hambali Akram,
Masjid merupakan institusi penting dalam kehidupan umat Islam. Peranannya tidak terhad kepada ibadat khusus sahaja seperti solat. Sejak zaman Nabi SAW, masjid berperanan sebagai pusat pentadbiran sesebuah negara atau masyarakat. Hanya pada zaman kejatuhan empayar Islam peranan masjid tertumpu bagi kegiatan ibadat khusus.

Kini, Islam kembali berkembang dan masjid perlahan-lahan mengembalikan fungsinya seperti keadaan asalnya. Namun, perkara itu bukan mudah dan memerlukan banyak pengorbanan kesungguhan dan kebijaksanaan (kreativiti).

Jika kita merenung sedikit sejarah perkembangan Islam, bagaimana Rasulullah menyebarkan agama ini – kita akan dapati antara kaedah dakwah yang digunakan ialah mengutus surat ke serta tempat dan kerajaan dan mengajak mereka kepada Islam. Nabi SAW tidak hanya duduk di Madinah menunggu orang datang kepadanya untuk mendengar dakwahnya.

Di sesetengah masjid, pelbagai aktiviti dianjurkan bermula dengan kuliah agama, pameran, kursus haji, kelas bahasa arab dan sebagainya. Namun, kadang kala sambutan yang diterima agak kurang.

Salah satu punca yang dikenalpasti ialah sebahagian masyarakat setempat tidak tahu pun akan program dan aktiviti yang dilakukan di masjid. Memang benar ramai yang agak pasif dengan masjid namun apakah cukup dengan memasang kain rentang atau pengumuman ketika solat Jumaat?

Oleh itu, suka saya mencadangkan agar kita khususnya AJK masjid menggunakan kaedah yang hampir sama dengan kaedah dakwah baginda SAW. Mereka boleh membuat pamphlet atau risalah kecil dan diedar ke setiap rumah orang Islam tentang jadual bulanan atau mingguan program yang bakal berlangsung.

Betul, memang banyak kerja yang perlu dibuat. Tetapi itulah yang Rasulullah buat, cuma kita hanya menjemput orang ramai ke masjid sementara baginda mengajak orang masuk Islam!

Saya percaya, melalui cara ini masyarakat setempat akan lebih peka dengan program masjid dan selepas mempunyai jadual tentunya mereka juga boleh merancang labih awal untuk hadir ke mana-mana program. Tentunya, untuk melihat perubahan secara drastik tentulah sukar tetapi lambat laun akan ada hasilnya.

Tiada ulasan: