PAS guna penebuk khas tanda tag perwakilan
Muhammad Faizal, | 09 Nov 2013 |
Berkata pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat bagi sesi 2013-2015, Asmuni Awi memberitahu pihaknya tidak berhasrat menggunakan dakwat kekal.
"Dakwat kekal kita tak guna sebab ia bukannya kekal pun, kita akan menggunakan penebuk khas dan setiap tag yang dipakai oleh perwakilan akan ditebuk pada waktu pemilihan nanti.
"Ini bagi mengenal pasti mereka telah mengundi, untuk berlaku pengundian dua kali itu mustahil sebab tag dikeluarkan oleh PAS Pusat dan ia tidak akan berlaku," katanya.
Beliau yakin PAS mampu melaksanakan pemilihan dengan cara yang lebih berhemah serta tidak akan wujud penipuan pada pemilihan di Muktamar Tahunan PAS ke-59 yang akan diadakan pada 22 November di Shah Alam nanti.
"Kita yakin para perwakilan akan membuat pemilihan secara berhemah sepertimana yang kita amalkan sebelum ini.
"Pemilihan secara sihat tidak ada penipuan akan berlaku ataupun pengundian dua kali," sambung beliau.
Dianggarkan hampir 1,300 perwakilan dari seluruh negara akan menyertai muktamar kali ini dan menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih bagi membentuk barisan kepimpinan baru Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan juga ketiga-tiga dewan Ulamak, Pemuda serta Muslimat bagi sesi 2013-2015.
Calon muktamad, perlu lepasi tapisan insolvensi
Muhammad Faizal, | 09 Nov 2013 |
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan PAS bagi sesi
2013-2015 hari ini mengumumkan secara rasmi senarai nama-nama calon yang
akan bertanding bagi mengisi jawatan peringkat pusat parti itu.
Bagaimanapun jelas Pengerusinya Asmuni Awi, senarai itu tetap bergantung kepada laporan dari Jabatan Insolvensi bagi memastikan nama-nama calon yang bertanding bebas dari bankrapsi sebelum layak bertanding.
"Senarai nama yang kita umumkan hari ini telah dimuktamadkan dan ke semua mereka akan bertanding pada pemilihan di Muktamar Tahunan PAS ke-59 yang akan diadakan pada 22 November nanti.
"Namun pihak Jawatankuasa Pemilihan akan membuat semakan di Jabatan Insolvensi bagi mengenal pasti ke semua mereka bebas dari bankrup dan jika ada antara mereka tersenarai, kita akan mengeluarkan nama-nama dalam senarai yang dicalonkan," jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.
Katanya lagi, mereka yang telah disenaraikan masih boleh menarik diri tetapi nama akan tetap disenaraikan dalam borang pencalonan nanti.
"Tetapi kepada mereka yang terlibat dengan Insolvensi akan dimaklumkan dan nama-nama dikeluarkan dari senarai borang pencalonan nanti.
"Kami yakin ke semua mereka bersih dari senarai-senarai bankrup dan layak untuk bertanding pada 22 November nanti," sambung beliau.
PAS hari ini mengumumkan ke semua nama-nama calon yang bertanding bagi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan Ulamak PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat bagi sesi 2013-2015.
Pemilihan akan diadakan ada 22 November dan keputusan pengundian bagi ketiga-tiga dewan akan diumumkan pada hari yang sama, manakala keputusan pemilihan bagi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan diumumkan pada keesokan hari, 23 November selewatnya jam 10 pagi.
Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Timbalan Jawatankuasa Pemilihan Parti PAS Pusat bagi sesi 2013-2015, Datuk Takiyuddin Hassan.
Sekali lagi isu Petronas tidak membantu bahkan meminggirkan
syarikat-syarikat Melayu terpapar di muka depan dada akhbar. Kali ini
yang membuat kenyataan itu tidak lain dari Penasihat Petronas sendiri
Tun Mahathir. Sangat pelik tetapi benar. Aduan dibuat oleh Majlis
Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), pemilik syarikat vendor bumiputera dan
pengusaha stesen minyak Petronas.
Ini bukan kali pertama kali aduan dan gesaan dibuat oleh MTEM dan pihak-pihak yang didakwa. Untuk tahun ini sahaja sudah tiga kali. Bermula bulan Februari dan berlanjutan ke bulan Mac.
Menjadi lebih pelik dan sedikit mengaibkan ialah yang membuat gesaan dan kritikan itu adalah Penasihat Petronas sendiri. Sukar membaca maksud di sebalik laporan seperti ini. Apakah Tun sudah tidak punya ‘aura’ atau ‘pengaruh’ dalam Petronas lagi ataukah Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO baru ini memang jenis tak layan gesaan atau ‘ugutan’ seperti yang dilaporkan di sini.
Maka bukan kerana Tun sudah tidak ada pengaruh tetapi memang CEO atas isu-isu seperti ini, bukan kata Penasihat, kalau Perdana Menteri sendiri campur-tangan sekali pun dia memang bertegas ‘bo layan’ atau tak peduli campur-tangan ‘orang politik’. Apakah begitu hakikatnya? Sukar juga untuk membuat penilaian yang tepat dan adil.
Apa pun, tanpa memihak dan untuk menulis secara objektif, saya selaku Pengarah Pusat Penyelidikan telah pun membuat beberapa gesaan secara terbuka kepada Petronas. Saya masih ingat bulan Mei (29hb) penulisan kami terbit di dua portal news The Malaysian Insiders dan Harakahdaily dan dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan lain. CEO Petronas Tan Sri Shamsul Azhar menjawab sendiri.
Buat peringatan umum, Petronas diperbadankan pada 17 Ogos, 1974 sebagai syarikat minyak nasional Malaysia, mendapat hak keseluruhan pemilikan dan kawalan sumber petroleum di negara ini. Ia telah berkembang daripada hanya menjadi pengurus dan pengawal selia sektor huluan Malaysia kepada syarikat minyak dan gas bersepadu sepenuhnya dan dalam senarai Fortune Global 500 syarikat terbesar di dunia.
Petronas didakwa oleh Penasihatnya semacam 'tersepit' dan ‘serba salah’ dan antara memperjuangkan objektif asasnya untuk meningkatkan komuniti perniagaan Bumiputera dengan membuka perniagaan bagi penyertaan asing sejajar dengan pelan globalisasi perniagaannya.
Dalam pusingan pertikaian kali ini, PAS sekali lagi mengingatkan semua pihak khasnya Petronas dan juga Penasihat Petronas supaya benar-benar menjalankan tadbir-urus yang cekap dan berkeamanahan. Isunya bukanlah sangat dilema antara nak tolong syarikat-syarikat Melayu atau nak menjalankan pelan globalisasinya.
Sebaliknya kami berpandangan isu utama dan pertama penting ialah sama ada Petronas benar-benar komited untuk mempastikan beroperasi perniagaan dengan cara yang paling berkesan. Petronas mesti sentiasa membandingkan kecekapan dan prestasi mereka dengan rakan-rakan seperti Norway Statoil, atau Brazil Petrobras?
Sebab itu kami menggesa Putrajaya ketika itu untuk menjalankan audit ke atas Petronas selepas satu laporan di Laman Web Revenue Watch Institute (RWI) menunjukkan kedudukan Malaysia dalam hasil ketelusan pengurusan jatuh ke tempat ke-34 tahun ini 2013, dari kedudukan 22 pada tahun 2010, jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Timor Leste dan Filipina yang menduduki tempat ke-13 dan masing-masing 23. Perkara ini telah kami huraikan secara terperinci dalam penulisan tersebut dan perlu diulangi di sini. Mungkin Petronas punya banyak sebab untuk menolak dapatan RWI.
Nah, persoalan dan isu kedua ialah sejauhmana Petronas telah berjaya atau tidak berjaya bangunkan syarikat-syarikat tempatan yang memungkinkan mereka menjadi juara global. Ini yang menjadi kunci pertikaian mutakhir ini.
Ahli ekonomi pembangkang menunjukkan bagaimana kontrak minyak telah diedarkan hanya di kalangan syarikat-syarikat "kroni" seperti SapuraKecana, Dialog, Petra dan Scomi mendedahkan kriteria penilaian yang digunakan dalam semua amalanpemberian kontrak yang menyebabkan dan membenarkan syarikat yang sama memenangi semua bidaan kontrak. Ini termasuk pertikaian kami tentang pemberian kontrak eksplorasi bidang marginalnya (juga dikenali sebagai Kontrak Perkhidmatan Risiko, RSC) kepada syarikat-syarikat tertentu.
Kesemua mereka yang dapat kontrak dan projek, didakwa sebagai mempunyai hubungan intim dengan penguasa politik dan ini telah menghalang pertumbuhan kontraktor tempatan khasnya Bumiputera yang genuine dan punya merit dan kredibiliti tetapi jelas tidak dapat bersaing di atas padang yang sama rata.
Petronas bertanggungjawab membina dan melatih ‘enterpreneurs bumiputera yang tulen’ dalam program ‘Vendor Development’. Ini adalah tanggungjawab 'national service' Petronas selaku 'pemilik tunggal minyak negara'.
Apa telah terjadi dengan program yang baik seperti ini? Saya kira MTEM berhak tahu bahkan semua rakyat sebagai ‘stakeholder’ prihatin Petronas juga ingin tahu? Sejauhmana kejayaannya dan kalau gagal kenapa gagal?
Apa sebab gagal dan siapa petualang yang menyekat pembangunan syarikat-syarikat tempatan ini? Ataukah telah dimansuhkan program Pembangunan Vendor ini yang sepatut Petronas membimbing semacam ‘hand-holding’ syarikat-syarikat baru yang memerlukan dokongan Petronas?
Maka kesimpulannya, Petronas dan penasihatnya perlu mentakrifkan apakah masalah sebenarnya ini. Dua objektif ini tidak wajar dilihat sebagai ‘mutually exclusive’ atau saling bertentangan seperti didakwa Tun Mahathir
Petronas dan penasihatnya wajar menerima apakah di sebaliknya semua pertikaian ini adalah amalan kronisme yang tidak kunjung berkesudahan, sekali gus mencekik usahawan tulen Bumiputera khasnya dan entiti tempatan yang lain amnya?
Dr Dzulkefly Ahmad, Pusat Penyelidikan PAS Pusat.
KUALA LUMPUR: Muktamar Tahunan PAS ke-59 akan
menyaksikan pemilihan untuk jawatan tertinggi di peringkat pusat dan
dewan-dewan bagi penggal 2013-2015, kata Pengerusi Jawatankuasa
Pemilihan, Asmuni Awi.
Bagi jawatan Timbalan Presiden, menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon bertahan, Mohamad Sabu yang akan dicabar Datuk Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.
Sementara itu, kerusi Naib Presiden pula menggamit pertandingan lima penjuru. Tiga yang mempertahankan jawatan masing-masing iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub akan berdepan dengan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Datuk Ustaz Abu Bakar Chik.
Seramai 61 orang akan bertanding untuk kerusi AJK PAS Pusat.
Bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pula, tiga pencalonan disahkan iaitu Suhaizan Kaiat, Kamarulzaman Mohamad dan Zulhazmi Sharif. Ia ekoran ketua pemuda sekarang, Ustaz Nasrudin Hassan mengundur diri daripada jawatan itu.
Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi dan Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob pula bertanding bagi mengisi kerusi timbalan ketua yang dikosongkan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Kerusi Naib Ketua Pemuda juga menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Ir Mohd Khairul Nizam Khairuddin. Ia dikosongkan oleh Dr Raja Ahmad Iskandar yang bertanding timbalan ketua.
Seramai 26 orang akan bertanding untuk mengisi kerusi AJK Dewan Pemuda.
Bagi Dewan Muslimat PAS, jawatan Pengerusi Tetap menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Norhashimah Deraman, Nor Azlin Md Samsudin dan Saadiah Abu Bakar manakala jawatan Timbalan Pengerusi Tetap akan diputuskan di dalam muktamar.
Ketua Dewan Muslimat pula memperlihatkan pertandingan antara Ustazah Nuridah Salleh dan penyandang, Siti Zailah Mohd Yusof.
Sementara jawatan Timbalan Ketua Muslimat yang kini disandang Dr Siti Mariah Mahmud akan dicabar oleh Dr Najihatussalehah Ahmad.
Calon bertahan bagi kerusi Naib Ketua, Mumtaz Mohd Nawi pula akan dicabar oleh Dr Rosni Adam manakala 23 calon bertanding untuk mengisi AJK Dewan Muslimat.
Tiga jawatan utama Dewan Ulama PAS Pusat telah dimenangi tanpa bertanding. Mereka ialah Ketua, Datuk Ustaz Harun Taib, Timbalan Ketua, Datuk Ustaz Ahmad Yakob dan Naib Ketua, Datuk Dr Mahfodz Mohamad.
Ustaz Hamdan Mohamad dipilih sebagai Pengerusi Tetap manakala pelantikan Timbalan Pengerusi Tetap akan diputuskan dalam muktamar.
Hampir 1,300 perwakilan dari seluruh negara akan menyertai muktamar ini yang akan diadakan di Shah Alam bermula 20 November ini.
Wahai anakku,
Pernah satu ketika Abu Zhar meminta jawatan daripada Rasulullah dan Rasulullah tidak mengendahkannya.
“Ya Rasulullah mengapa engkau tidak memilih saya?" tanya Abu Zhar.
"Hai Abu Zhar engkau seorang yang lemah, sedangkan itu sebagai amanah pada hari kiamat hanya akan menjadi penyesalan dan kehinaan. Kecuali orang yang dapat menunaikan hak kewajipannya dan memenuhi tanggungjawabnya,” begitulah jawapan Rasulullah pada Abu Zhar.
Wahai anakku,
Hadis ini memperingatkan kita yang bergelar manusia bahawa amanah menuntut dan menghendaki kita memilih orang-orang yang lebih baik untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan.
Jika kita cenderung memilih yang lain secara tidak berhati-hati, kerana mengamalkan sikap pilih kasih, bermakna kita telah melakukan pengkhianatan yang berat, kerana menyingkirkan orang yang ahli (mampu) dan mengangkat orang yang bukan ahli.
Wahai anak kesayanganku, begitu juga di dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta, di mana kuasa dan tanggungjawab adalah luas dan besar. Kamu harus beringat semua ini tidak mungkin dipikul oleh seorang.
Kerana itu kuasa dan tanggungjawab perlu diagih-agihkan dan dibahagi-bahagikan. Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dijalankan.
Untuk menjadikan kuasa berkesan dan tanggungjawab disempurnakan, kedua-duanya hendaklah dibahagikan atau diamanahkan kepada mereka yang layak dan beramanah. Apabila kuasa menjadi luas dan tanggungjawab menjadi lebih besar, pembahagian kuasa tidak dapat dielakkan untuk melahirkan perkhidmatan yang berkesan, beramanah dan bertanggungjawab.
Oleh itu, wahai anakku, sesuatu jawatan dan tugas itu diberikan hanya kepada orang yang layak dan berkebolehan menerimanya sahaja bersandarkan nilai-nilai Islam.
Lantaran itu, pemilihan seseorang untuk diberikan tanggungjawab bagi memenuhi tuntutan amanah Allah S.W.T. dan rakyat yang memilih sesuatu golongan untuk berkuasa, hendaklah dibuat berasaskan kelayakan dan kebolehan iaitu dengan memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketaqwaan.
Senyum
Bagaimanapun jelas Pengerusinya Asmuni Awi, senarai itu tetap bergantung kepada laporan dari Jabatan Insolvensi bagi memastikan nama-nama calon yang bertanding bebas dari bankrapsi sebelum layak bertanding.
"Senarai nama yang kita umumkan hari ini telah dimuktamadkan dan ke semua mereka akan bertanding pada pemilihan di Muktamar Tahunan PAS ke-59 yang akan diadakan pada 22 November nanti.
"Namun pihak Jawatankuasa Pemilihan akan membuat semakan di Jabatan Insolvensi bagi mengenal pasti ke semua mereka bebas dari bankrup dan jika ada antara mereka tersenarai, kita akan mengeluarkan nama-nama dalam senarai yang dicalonkan," jelas beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS pagi ini.
Katanya lagi, mereka yang telah disenaraikan masih boleh menarik diri tetapi nama akan tetap disenaraikan dalam borang pencalonan nanti.
"Tetapi kepada mereka yang terlibat dengan Insolvensi akan dimaklumkan dan nama-nama dikeluarkan dari senarai borang pencalonan nanti.
"Kami yakin ke semua mereka bersih dari senarai-senarai bankrup dan layak untuk bertanding pada 22 November nanti," sambung beliau.
PAS hari ini mengumumkan ke semua nama-nama calon yang bertanding bagi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan Ulamak PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat bagi sesi 2013-2015.
Pemilihan akan diadakan ada 22 November dan keputusan pengundian bagi ketiga-tiga dewan akan diumumkan pada hari yang sama, manakala keputusan pemilihan bagi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan diumumkan pada keesokan hari, 23 November selewatnya jam 10 pagi.
Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Timbalan Jawatankuasa Pemilihan Parti PAS Pusat bagi sesi 2013-2015, Datuk Takiyuddin Hassan.
Apa masalah Petronas dengan orang Melayu, wahai Tun Mahathir?
Dr Dzulkefly Ahmad, | 09 Nov 2013 |
Ini bukan kali pertama kali aduan dan gesaan dibuat oleh MTEM dan pihak-pihak yang didakwa. Untuk tahun ini sahaja sudah tiga kali. Bermula bulan Februari dan berlanjutan ke bulan Mac.
Menjadi lebih pelik dan sedikit mengaibkan ialah yang membuat gesaan dan kritikan itu adalah Penasihat Petronas sendiri. Sukar membaca maksud di sebalik laporan seperti ini. Apakah Tun sudah tidak punya ‘aura’ atau ‘pengaruh’ dalam Petronas lagi ataukah Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO baru ini memang jenis tak layan gesaan atau ‘ugutan’ seperti yang dilaporkan di sini.
Maka bukan kerana Tun sudah tidak ada pengaruh tetapi memang CEO atas isu-isu seperti ini, bukan kata Penasihat, kalau Perdana Menteri sendiri campur-tangan sekali pun dia memang bertegas ‘bo layan’ atau tak peduli campur-tangan ‘orang politik’. Apakah begitu hakikatnya? Sukar juga untuk membuat penilaian yang tepat dan adil.
Apa pun, tanpa memihak dan untuk menulis secara objektif, saya selaku Pengarah Pusat Penyelidikan telah pun membuat beberapa gesaan secara terbuka kepada Petronas. Saya masih ingat bulan Mei (29hb) penulisan kami terbit di dua portal news The Malaysian Insiders dan Harakahdaily dan dilaporkan oleh beberapa akhbar tempatan lain. CEO Petronas Tan Sri Shamsul Azhar menjawab sendiri.
Buat peringatan umum, Petronas diperbadankan pada 17 Ogos, 1974 sebagai syarikat minyak nasional Malaysia, mendapat hak keseluruhan pemilikan dan kawalan sumber petroleum di negara ini. Ia telah berkembang daripada hanya menjadi pengurus dan pengawal selia sektor huluan Malaysia kepada syarikat minyak dan gas bersepadu sepenuhnya dan dalam senarai Fortune Global 500 syarikat terbesar di dunia.
Petronas didakwa oleh Penasihatnya semacam 'tersepit' dan ‘serba salah’ dan antara memperjuangkan objektif asasnya untuk meningkatkan komuniti perniagaan Bumiputera dengan membuka perniagaan bagi penyertaan asing sejajar dengan pelan globalisasi perniagaannya.
Dalam pusingan pertikaian kali ini, PAS sekali lagi mengingatkan semua pihak khasnya Petronas dan juga Penasihat Petronas supaya benar-benar menjalankan tadbir-urus yang cekap dan berkeamanahan. Isunya bukanlah sangat dilema antara nak tolong syarikat-syarikat Melayu atau nak menjalankan pelan globalisasinya.
Sebaliknya kami berpandangan isu utama dan pertama penting ialah sama ada Petronas benar-benar komited untuk mempastikan beroperasi perniagaan dengan cara yang paling berkesan. Petronas mesti sentiasa membandingkan kecekapan dan prestasi mereka dengan rakan-rakan seperti Norway Statoil, atau Brazil Petrobras?
Sebab itu kami menggesa Putrajaya ketika itu untuk menjalankan audit ke atas Petronas selepas satu laporan di Laman Web Revenue Watch Institute (RWI) menunjukkan kedudukan Malaysia dalam hasil ketelusan pengurusan jatuh ke tempat ke-34 tahun ini 2013, dari kedudukan 22 pada tahun 2010, jauh lebih rendah daripada negara-negara seperti Timor Leste dan Filipina yang menduduki tempat ke-13 dan masing-masing 23. Perkara ini telah kami huraikan secara terperinci dalam penulisan tersebut dan perlu diulangi di sini. Mungkin Petronas punya banyak sebab untuk menolak dapatan RWI.
Nah, persoalan dan isu kedua ialah sejauhmana Petronas telah berjaya atau tidak berjaya bangunkan syarikat-syarikat tempatan yang memungkinkan mereka menjadi juara global. Ini yang menjadi kunci pertikaian mutakhir ini.
Ahli ekonomi pembangkang menunjukkan bagaimana kontrak minyak telah diedarkan hanya di kalangan syarikat-syarikat "kroni" seperti SapuraKecana, Dialog, Petra dan Scomi mendedahkan kriteria penilaian yang digunakan dalam semua amalanpemberian kontrak yang menyebabkan dan membenarkan syarikat yang sama memenangi semua bidaan kontrak. Ini termasuk pertikaian kami tentang pemberian kontrak eksplorasi bidang marginalnya (juga dikenali sebagai Kontrak Perkhidmatan Risiko, RSC) kepada syarikat-syarikat tertentu.
Kesemua mereka yang dapat kontrak dan projek, didakwa sebagai mempunyai hubungan intim dengan penguasa politik dan ini telah menghalang pertumbuhan kontraktor tempatan khasnya Bumiputera yang genuine dan punya merit dan kredibiliti tetapi jelas tidak dapat bersaing di atas padang yang sama rata.
Petronas bertanggungjawab membina dan melatih ‘enterpreneurs bumiputera yang tulen’ dalam program ‘Vendor Development’. Ini adalah tanggungjawab 'national service' Petronas selaku 'pemilik tunggal minyak negara'.
Apa telah terjadi dengan program yang baik seperti ini? Saya kira MTEM berhak tahu bahkan semua rakyat sebagai ‘stakeholder’ prihatin Petronas juga ingin tahu? Sejauhmana kejayaannya dan kalau gagal kenapa gagal?
Apa sebab gagal dan siapa petualang yang menyekat pembangunan syarikat-syarikat tempatan ini? Ataukah telah dimansuhkan program Pembangunan Vendor ini yang sepatut Petronas membimbing semacam ‘hand-holding’ syarikat-syarikat baru yang memerlukan dokongan Petronas?
Maka kesimpulannya, Petronas dan penasihatnya perlu mentakrifkan apakah masalah sebenarnya ini. Dua objektif ini tidak wajar dilihat sebagai ‘mutually exclusive’ atau saling bertentangan seperti didakwa Tun Mahathir
Petronas dan penasihatnya wajar menerima apakah di sebaliknya semua pertikaian ini adalah amalan kronisme yang tidak kunjung berkesudahan, sekali gus mencekik usahawan tulen Bumiputera khasnya dan entiti tempatan yang lain amnya?
Dr Dzulkefly Ahmad, Pusat Penyelidikan PAS Pusat.
Saingan sengit isi kerusi Timbalan, Naib Presiden
Arif Atan, | 09 Nov 2013 |
Bagi jawatan Timbalan Presiden, menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon bertahan, Mohamad Sabu yang akan dicabar Datuk Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan.
Sementara itu, kerusi Naib Presiden pula menggamit pertandingan lima penjuru. Tiga yang mempertahankan jawatan masing-masing iaitu Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub akan berdepan dengan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Datuk Ustaz Abu Bakar Chik.
Seramai 61 orang akan bertanding untuk kerusi AJK PAS Pusat.
Bagi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pula, tiga pencalonan disahkan iaitu Suhaizan Kaiat, Kamarulzaman Mohamad dan Zulhazmi Sharif. Ia ekoran ketua pemuda sekarang, Ustaz Nasrudin Hassan mengundur diri daripada jawatan itu.
Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi dan Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob pula bertanding bagi mengisi kerusi timbalan ketua yang dikosongkan oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Kerusi Naib Ketua Pemuda juga menyaksikan pertandingan dua penjuru antara Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dan Ir Mohd Khairul Nizam Khairuddin. Ia dikosongkan oleh Dr Raja Ahmad Iskandar yang bertanding timbalan ketua.
Seramai 26 orang akan bertanding untuk mengisi kerusi AJK Dewan Pemuda.
Bagi Dewan Muslimat PAS, jawatan Pengerusi Tetap menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Norhashimah Deraman, Nor Azlin Md Samsudin dan Saadiah Abu Bakar manakala jawatan Timbalan Pengerusi Tetap akan diputuskan di dalam muktamar.
Ketua Dewan Muslimat pula memperlihatkan pertandingan antara Ustazah Nuridah Salleh dan penyandang, Siti Zailah Mohd Yusof.
Sementara jawatan Timbalan Ketua Muslimat yang kini disandang Dr Siti Mariah Mahmud akan dicabar oleh Dr Najihatussalehah Ahmad.
Calon bertahan bagi kerusi Naib Ketua, Mumtaz Mohd Nawi pula akan dicabar oleh Dr Rosni Adam manakala 23 calon bertanding untuk mengisi AJK Dewan Muslimat.
Tiga jawatan utama Dewan Ulama PAS Pusat telah dimenangi tanpa bertanding. Mereka ialah Ketua, Datuk Ustaz Harun Taib, Timbalan Ketua, Datuk Ustaz Ahmad Yakob dan Naib Ketua, Datuk Dr Mahfodz Mohamad.
Ustaz Hamdan Mohamad dipilih sebagai Pengerusi Tetap manakala pelantikan Timbalan Pengerusi Tetap akan diputuskan dalam muktamar.
Hampir 1,300 perwakilan dari seluruh negara akan menyertai muktamar ini yang akan diadakan di Shah Alam bermula 20 November ini.
Ya Rasulullah, mengapa engkau tidak memilih saya
Tuan Ibrahim Tuan Man, | 08 Nov 2013 |
Wahai anakku,
Pernah satu ketika Abu Zhar meminta jawatan daripada Rasulullah dan Rasulullah tidak mengendahkannya.
“Ya Rasulullah mengapa engkau tidak memilih saya?" tanya Abu Zhar.
"Hai Abu Zhar engkau seorang yang lemah, sedangkan itu sebagai amanah pada hari kiamat hanya akan menjadi penyesalan dan kehinaan. Kecuali orang yang dapat menunaikan hak kewajipannya dan memenuhi tanggungjawabnya,” begitulah jawapan Rasulullah pada Abu Zhar.
Wahai anakku,
Hadis ini memperingatkan kita yang bergelar manusia bahawa amanah menuntut dan menghendaki kita memilih orang-orang yang lebih baik untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan.
Jika kita cenderung memilih yang lain secara tidak berhati-hati, kerana mengamalkan sikap pilih kasih, bermakna kita telah melakukan pengkhianatan yang berat, kerana menyingkirkan orang yang ahli (mampu) dan mengangkat orang yang bukan ahli.
Wahai anak kesayanganku, begitu juga di dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta, di mana kuasa dan tanggungjawab adalah luas dan besar. Kamu harus beringat semua ini tidak mungkin dipikul oleh seorang.
Kerana itu kuasa dan tanggungjawab perlu diagih-agihkan dan dibahagi-bahagikan. Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dijalankan.
Untuk menjadikan kuasa berkesan dan tanggungjawab disempurnakan, kedua-duanya hendaklah dibahagikan atau diamanahkan kepada mereka yang layak dan beramanah. Apabila kuasa menjadi luas dan tanggungjawab menjadi lebih besar, pembahagian kuasa tidak dapat dielakkan untuk melahirkan perkhidmatan yang berkesan, beramanah dan bertanggungjawab.
Oleh itu, wahai anakku, sesuatu jawatan dan tugas itu diberikan hanya kepada orang yang layak dan berkebolehan menerimanya sahaja bersandarkan nilai-nilai Islam.
Lantaran itu, pemilihan seseorang untuk diberikan tanggungjawab bagi memenuhi tuntutan amanah Allah S.W.T. dan rakyat yang memilih sesuatu golongan untuk berkuasa, hendaklah dibuat berasaskan kelayakan dan kebolehan iaitu dengan memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketaqwaan.
Senyum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan