Rabu, 10 Julai 2013

PILIHLAH KEBAIKAN BUKAN KEJAHATAN....PILIH BERKATA BETUL BUKAN SEORANG PENIPU...PILIHLAH PEMURAH BUKAN KEDEKUT...PILIHLAH BERSOPAN BUKAN BERSIKAP BIADAP....PILIHLAH JADI ORANG ALIM BUKAN ORANG JAHIL...PILIHLAH MENUNTUT ILMU BUKAN MALAS MENUNTUT ILMU KERANA SIBUK DENGAN DUNIA....PILIHLAH AKHIRAT YANG KEKAL BUKAN DUNIA YANG SEMENTARA

Kerana Jahil

by Abu Nafis
421901_495735013796576_1084746128_n
Kerana JAHIL kita terjerumus kelembah kekufuran..
Kerana JAHIL kita bersengkokol dengan “toghut”..
Kerana JAHIL kita sesat lagi menyesatkan orang…
Kerana JAHIL kita menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah & RasulNYA dan kita mengharamkan apa yg dihalalkan oleh Allah dan RasulNYA..
Kerana kita JAHIL mereka yang jauh dari Allah terus hanyut dengan dunia kegelapan mereka…
Kerana JAHIL non muslim tidak mengenali islam bahkan bahkan ketika mereka menghina islam kita tidak boleh nak membetulkan salah faham mereka terhadap islam,yang kita tahu ketika itu ialah marah..
Kerana JAHIL kita hanya sibuk mengejar duniawi.Sehingga dunia kita jadikan sebagai matlamat..
Kerana JAHIL kita leka dengan keseronokkan..
Sungguh Musuh Utama Kita Hari Ini Ialah KEJAHILAN…
Solusinya…
Luangkanlah masa sertai majlis-majlis ilmu..
Banyakkanlah membaca dan apabila tIdak faham dengan apa yg dibaca rujuklah kepada mereka yang ahli…
Dekatilah dan dampingilah para Ulama…
Perkongsian dari Ustaz Abdullah Bukhari yang saya ambil dari facebook beliau:-
JAHIL PUNCA SEGALA MASALAH!
Kdg2 terkejut mendengar masalah masyarakat..ini semua kisah benar yg pernah dilalui atau didengar,
1) Ustaz! Bgmnlah nasib Nabi Isa di akhirat kelak! Krn dia yg ajar org kristian sembah dia, habis semua org kristian sesat.
2) Ibu marahkan anaknya yg tak berduit walaupun gajinya agak besar..Ibu: Mana perginya gaji kamu yg byk tu?! Duit tak cukup ni byk sebab, kamu bayar tak zakat?! Anak bertanya dgn selamba: MAK ZAKAT TU APA?!
3) Saya bncg dgn jiran ttg agama, saya kata: berbagai ibadah sunat yg blh kita buat pd mlm jumaat, tak hanya baca Yasin. Si isteri mencelah: Hah! Kalau tak baca Yasin apa lg yg nak dibuat?!
4) Anak saya main badminton dgn teman setaman, keluar kisah manusia tidak terlepas dr buat silap. Anak saya mencelah: Cuma Nabi shj yg maksum dan x buat silap! Teman setamannya kata: Eh mana adalah, betul ke Nabi tu maksum?
5) Anak saya terpaksa menumpang di Tadika adiknya. Bersamanya ada jg seorang budak lelaki (darjah 4) turut menumpang). Bila sampai waktu solat anak saya ajak budak tu darjah..dia geleng kepala. Anak saya tanya: Eh kau tak takut masuk neraka ke?! Budak tu menjawab: NERAKA TU APA?!
Itu adalah sedikit pglmn yg dilalui. Ia berlaku kerana kesibukan berkerja (diri sendiri atau ibu bapa) shg lupa meluang masa menuntut ilmu walaupun ilmu yg wajib diketahui sbg Muslim..
Byk lg kerja kita sbg pendakwah!! Adakah masih cukup masa utk kita BERGADUH?!
أَمِ اتَّخَذوا مِن دونِهِ ءالِهَةً ۖ قُل هاتوا بُرهٰنَكُم ۖ هٰذا ذِكرُ مَن مَعِىَ وَذِكرُ مَن قَبلى ۗ بَل أَكثَرُهُم لا يَعلَمونَ الحَقَّ ۖ فَهُم مُعرِضونَ
Patutkah mereka menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): Bawalah keterangan dan bukti kamu; kandungan Al-Quran ini menjadi peringatan dan bukti tauhid umatku, juga peringatan dan bukti tauhid umat-umat yang dahulu daripadaku.
(Kaum musyrik tidak mempunyai sebarang keterangan) BAHKAN KEBANYAKAN MEREKA TIDAK MENGETAHUI MANA YANG BENAR DAN MANA YANG SALAH, DGN SEBAB ITULAH MAKA MEREKA BERPALING ENGKAR (al-Anbiya’[21:24]).

Fakta Tentang Iblis

by Abu Nafis
Iblis
Fakta Pertama:
Tahukah anda bahawa Iblis laknatullahi ‘alaih sejak di dalam Syurga telah membuat kajian tentang Adam a.s?.Dan dia telah pun tahu apa kelemahan manusia sebelum jasad Adam ditiupkan roh lagi…
Dalil:
Disebutkan di dalam hadis sohih Muslim : “Apabila Allah telah membentuk penciptaan Adam dalam Syurga,kemudian meninggalkannya untuk suatu tempoh masa yang dikehendakinya..Iblis lalu datang mengelilingi jasad Adam untuk mengetahui keadaanya..Apabila Iblis melihatnya berongga,dia mengetahui bahawa Allah telah mencipta satu makhluk yang tidak mampu mengusai diri….
Maksud “makhluk yg tidak mampu mengusai diri” : Manusia tidak mampu menahan godaan..Bila bernafsu mudah hilang kawalan..bila marah mudah tenggelam punca…
Fakta kedua:
bermuda-triangle-nightmare
Logik juga teori yang menyatakan pusat pemerintahan Iblis adalah di segi tiga Bermuda :
Dalil:
Disebutkan di dalam sohih Muslim : ‘Arash singgah sana (pusat pemerintahan) Iblis berada dilautan..Maka dia mengutus pasukan(syaitan) utk memfitnah (merosakan) manusia..Syaitan yang paling dekat kedudukanya dengan iblis(dpt pangkat besar) ialah yg paling banyak kejahatanya….
Fakta ketiga:
Iblis di dunia tidak mahu mati tetapi di akhirat nanti minta disegerakan mati:
Dalil:
Pemintaan Iblis setelah dilaknat Allah :
قالَ رَبِّ فَأَنظِرنى إِلىٰ يَومِ يُبعَثونَ
قالَ فَإِنَّكَ مِنَ المُنظَرينَ

Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Jika demikian,berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangkitkan (hari kiamat).
Allah berfirman: Dengan permohonanmu itu,maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh; (Sad[38:79-80]).
Pemintaan Iblis ketika diseksa dalam neraka dengan dahsyat :
وَإِذا أُلقوا مِنها مَكانًا ضَيِّقًا مُقَرَّنينَ دَعَوا هُنالِكَ ثُبورًا
Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam Neraka itu,dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu) (al-Furqan[25:13]).
* Menurut Hadith riwayat Imam Ahmad & Tafsir Tabari ahli neraka yang meraung meminta segera dimatikan ini adalah Iblis & pengikutnya…
Pesanan:Tingkatkanlah ketakwaan kita kepada Allah agar dengan takwa itu boleh menjadi benteng yang kukuh dari godaan dan kejahatan Iblis bersama bala tenteranya..Jangan jadi Syaitan Manusia yang sama meraung di dalam Neraka bersama Iblis laknatullah..

7 Strategi Syaitan Menyesatkan Manusia

by Abu Nafis
syaitan
7 Strategi Syaitan Menyesatkan Manusia
Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah telah menyatakan terdapat tujuh strategi syaitan untuk menyesatkan manusia ke lembah nista yang akan mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT..
Strategi tersebut adalah seperti berikut :
PERTAMA : Syaitan menawarkan kekufuran.
KEDUA: Syaitan menawarkan segala hal yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.
KETIGA: Syaitan menawarkan dosa-dosa kecil.
KEEMPAT: Syaitan menawarkan hal-hal yang melalaikan sehingga manusia terlalai dengan sifat-sifat yang wajib.
KELIMA: Syaitan menawarkan dosa besar seperti syirik,rasuah,zina,derhaka pada orang tua,fitnah,minum arak dan dosa besar yang lain.
KEENAM: Syaitan menawarkan ibadat yang dianggap utama sehingga ibadat yang lain lebih utama sampai dilupakan.
KETUJUH: Syaitan membawa bala tentera yang terdiri daripada jin dan pengikut manusia yang lainnya.والعياذ بالله

Kenal Pasti Siapakah Musuh-Musuh Iblis

by Abu Nafis
syaitan
Musuh-Musuh Iblis itu ada 15 orang :
1. Rasulullah S.A.W
2. Pemerintah yang ADIL
3. Orang kaya yang merendah diri
4. Peniaga yang jujur (benar)
5. Orang alim yang khusyuk
6. Orang mukmin yang suka menasihati
7. Orang mukmin yang murah hati (belas kasih)
8. Orang yang bertaubat dan tetap pada taubatnya
9. Orang yang menjauhkan dari segala yang HARAM
10. Orang yang tetap berwudhuk
11. Orang mukmin yang banyak sedekah
12. Orang mukmin yang baik akhlaknya
13. Orang mukmin yang berjasa pada manusia
14. Orang yang membawa al-Quran dan selalu membacanya
15. Orang yang selalu sembahyang Tahajud.

Sihir Dalam Masyarakat Melayu

by Abu Nafis
bomoh
Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
Polong : Bagi menghisap darah mangsa
Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.
Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.
Jenis-Jenis Sihir:
PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.
SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir
TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.
TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’farandan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.
Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.
Cara Mengatasi Gejala Sihir
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.
Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
Saka ( Keturunan )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.
Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.
Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.
1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )
Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….
Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagian tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya…..
Sumber: Rawatan Islam Tapediri65

Misteri Saka

by Abu Nafis
SAKA
Apa itu saka?
Saka ialah sejenis jin yang mendampingi manusia akibat kontrak yang berlaku di antara nenek moyang(munusia) dengan jin untuk mendapatkan kecantikan atau perlindungan atau pertolongan atau kekuatan dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.
Tanda-Tanda Orang Yang Mewarisi Saka:
1.Sering bermimpi menyusukan bayi(mendukung atau melihat juga petanda yang sama)
2.Sering mimpi rumah lama
3.Mimpi dikelilingi kanak-kanak
4.Mimpi ahli keluarga yang telah lama meninggal dunia
5.Boleh melihat makhluk halus
6.Boleh mengurut\bidan secara tradisional tanpa perlu belajar(salasilah keturunan ada yang pandai mengurut)
7.Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang
8.Sering ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur
9.Rumah tangga sering bermasalah(berbalah dalam perkara yang kecil\anak-anak terlalu degil)
10.Berdebar-debar tanpa sebab
11.Sakit-sakit pada sendi,pinggang dan buku lali
12.Pengsan bila menziarahi orang meninggal dunia
13.Mendakwa tahu sesuatu perkara yang belum terjadi
14.Sering Sakit(bila jumpa Doktor, Doktor kata anda tidak sakit apa-apa)Biasanya dalam kes begini kalau tidak kerana saka..bermakna anda telah disihir
15.Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi
16.Selalu bermimpi berada di awangan
17.Sering mimpi dikejar binatang atau dipatuk ular(kemungkinan juga disihir)
Saka Boleh Berpindah Dari Tuannya Kepada Orang Lain Dengan Cara:
1.Anak atau cucu yang rapat dengan Tuan saka
2.Menyimpan\memiliki barang-barang lama seperti keris dan cincin milik Tuan saka yang telah meninggal dunia
3.Menerima ilmu dari Tuan saka dengan dperturunkan jampi-jampi tertentu yang perlu diamalkan oleh si penerima ilmu..Bisanya untuk kekuatan atau kecantikan..Bila si penerima ilmu mula mengamalkan jampi-jampi tersebut maka saka telah pun berpindah Tuan sama ada dia tahu atau tidak tahu..suka atau tidak suka Saka telah pun mendampinginya..
Kesan Saka:
1.Mendapat Penyakit Fizikal
2.Menyebabkan terkena sakit mental
3.Menyebabkan pergaduhan suami isteri
4.Menyebabkan manusia tidak bekerja
5.Menyebabkan manusia melakukan aktiviti-aktiviti yang bercanggah
dengan Islam..
6.Mengganggu ketika sakaratul maut
7.Mengganggu anak-anak dan keturunan
8.Anak-anak jadi degil
9.Seorang yang baik\lembut\penyabar jadi panas baran
Jika Anda Telah Mewarisi Saka..Apa yang anda perlu lakukan?
-Anda perlu segera berjumpa dengan pengamal-pengamal perubatan Islam yang bertauliah
P\S:Jangan sesekali berjumpa Bomoh\Dukun\Pawang
-Dekatkan diri dengan Allah dengan melaksanakan ibadat-ibadat wajib dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti solat tahajjud,membaca al-Quran dan berzikir
-Amalkan doa-doa berikut selepas solat subuh dan maghrib(sebaiknya setiap waktu solat):-
1.Doa Nabi Yunus
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“LAA ILAAHA ILLAA ANTA SUBHAANAKA INNII KUNTU MINAZH ZHOOLIMIIN.”
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau.Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang lalim.”(surah al anbiya’ ayat 87)
Amalkan 5\7 kali selepas solat
2.Isti’azah
ﺍﻋﻮﺬ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻄﻥ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ
“A’uzubillahi minasy syaitonir rajiim”
Amalkan 100 kali selepas solat
3.al Mukminun ayat 115-118
-Sekiranya anda gagal mengeluarkan saka dari hidup anda jangan berputus asa..Teruskan berusaha,berdoa dan bertawakal kepada Allah..

 

Kisah Ulama Dan Jin

by Abu Nafis
jin

Setelah diberi pilihan sama ada mahu keluar atau dipukul dengan terompah imam Ahmad..
Kata Jin yang merasuk gundik Khalifah al Mutawakil itu: “Baiklah aku akan keluar..Kalaulah imam Ahmad perintahkan aku keluar dari Baghdad sekali pun aku akan taat…
Kerana dia(imam Ahmad)seorang yangg taatkan Allah dan
SIAPA YANG TAATKAN ALLAH NESCAYA IA DAPAT MENUNDUKKAN SEGALA-GALANYA….”
Teringat pula kisah ini…
Seorang wanita hamil kerasukan kerana diganggu jin Bidan kampung…
Kejadian berlaku di sebuah perkampungan di Kelantan…
Tujaan jin Bidan mengganggu wanita itu adalah kerana nak mendapatkan bayi sulong dari wanita tersebut..
Suami wanita tersebut menghubungai bapa mertuanya yang merupakan seorang Ulama soleh yang sangat terkenal di Malaysia..
Bila bapa wanita tersebut sampai sahaja di rumahnya..
Kata jin yang sedang merasuk dalam badan wanita tu..
“KALAU AKU TAHU DIA NI ANAK ENGKAU..AKU TAK KAN KACAU DIA”
Pastu bapa wanita itu pun kasi “sekolah” lah sama itu jin…:))
Bapa wanita itu ialah Prof Tuan Guru Dato Dr Haron Din…hehehe
Jin pun kenal Dr Haron Din…
Betapa powernyee roh dan aura Ulama kita….
Ingat apa kata Jin yang merasuk hamba Khalifah al Mutawakil tentang Imam Ahmad Bin Hanbal..
“SIAPA YANG TAATKAN ALLAH NESCAYA IA DAPAT MENUNDUKKAN SEGALA-GALANYA”
Mari kita pertingkatkan ketakwaan kita kepada Allah..

Jin Asyik

by Abu Nafis
Tolong! Awek Aku Pontianak foto
Pernah dengar tak gangguan jin asyik?
Jin asyik ialah jin yang jatuh cinta dengan manusia..Bila jin sudah jatuh cinta dia akan selalu bersama dengan orang itu lebih-lebih lagi waktu orang tu sedang tidur diwaktu petang dan malam..Kadang-kadang ada juga jin asyik yang tinggal di dalam tubuh orang yang dia cinta tu..yelah dah sayang sangat macam manusia bercinta lah asyik nak bersama je macam belangkas..Menurut perawat-perawat islam jin asyik adalah antara gangguan jin yang paling bahaya,susah dan ganas..Cuba cinta kita terhalang mesti kita memberontakkan..macam tu la juga dengan jin..Gangguan jin asyik ni bukan hanya berlaku kepada orngg bujang,tapi yang dah berkahwin juga tidak terkecuali.Mangsa biasanya perempuan,tapi lelaki pun ada ada juga yang kena.Teringat pula dahulu kawan saya pernah kene raba ketika sedang tidur..hehehe
Jangan tak tahu Jin juga bernafsu dengan manusia tau..Sebab itu dalam feqh ada dibincangkan hukum manusia berkahwin dengan jin.Kalau kita rujuk kepada perawat-perawat islam banyak kes jin merogol menusia..
Antara Faktor-Faktor Terkena Jin asyik:
1.Tidur Di Waktu Petang
Pernah tak bila anda bangun tidur ada kesan gigitan dipeha?
Siapa yang gigit?
kes begini banyak belaku ke atas wanita dan biasanya terjadi bila tidur waktu petang.
Bagi anda yang kerap digigit ketika tidur lakukan dua perkara ini:
Pertama:Jangan tidur selepas asar
Kedua:Rawat diri anda agar tidak lagi terkena gigitan ketika tidur.
Cara merawat:
1.sediakan air sebaldi
2.perah limau 3 biji
3.Baca al fatihah 7 kali dan hembus ke dalam air
4.Ratakan air tersebut ke seluruh badan
2.Suka Mandi Di Waktu Maghrib
Waktu maghrib adalah waktu Jin sedang berkeliaran..Waktu senja kita ibarat waktu pagi jin,dan waktu pagi kita adalah waktu senja jin..Tengah malam kita ibarat tengah hari jin dan begitulah sebaliknya!
Bilik air bukankah tempat yang disukai syaitan(jin kafir)..Sebab itulah elakkanlah dari mandi pada waktu senja.
3.Bertelanjang ketika berseorangan di rumah atau ketika mandi
Bila jin ternampak anda bertelanjang jin akan suka..macam orang jugalah..Bila sekali dia dah tengok dan suka,dia akan datang lagi tengok waktu anda berbogel.Oleh itu bila mandi pakailah kain basahan.
“sesungguhnye ia(jin)dan pengikut-pengikutnye melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka”
(surah Al-A’raf QS 7:27)
4.Bila nak tanggal pakaian dan nak masuk bilir air bacalah isti’azah atau basmalah dahulu
Nabi s.a.w bersabda:

” ستر ما بين أعين الجن وعورات بني آدم. إذا دخل أحدهم الخلاء قول: بسم الله “


Penutup antara mata-mata jin dan aurat anak Adam apabila salah seorang dari mereka memasuki bilik air ialah perkataan”bismillah”
(Sahih Al-Jami’ As-Shaghir 1/675)
5.Tidak baca doa sebelum bersama suami-isteri
Ketika nak bersetubuh dengan isteri baca dahulu doa yang pernah Nabi ajarkan,jangan main masuk je..kesan tak baca doa tersebut jin boleh “syok” dengan isteri anda dan jika Allah rezekikan anda mendapat anak hasil dari persetubuahan kemungkinan anak anda nanti akan bermasalah.Perangai macam syaitan..Na’uzubilli min zalik..Semoga Allah merezekikan kita zuriat-zuriat yang soleh dan solehah..
6.Selalu tidur berseorangan.Contoh orang bujang tinggal seorang diri di rumah.
Bagi yang bujang terutamanya wanita kalau boleh usahakanlah untuk tinggal dengan kawan-kawan..jangan menyewa seorang..
Antara Kesan Gangguan Jin Asyik
-Boleh menyebabkan berat jodoh..Sentiasa ada halangan didalam perhubungan cinta..Ada saja halangan untuk berkahwin..Dipinang orang tapi selalu tak jadi,semua ini disebabkan jin asyik berusaha menghalang perkahwinan atau berkahwin tapi anak jadi sangat degil..
-kerap memarahi dan membenci pasangan
-Kerap mimpi bersetubuh
-Kerap mimpi melahirkan anak
-Selalu bercakap seorang-seorang
-Sering terdapat kesan gigitan di peha terutamanya tidur diwaktu petang(lepas asar)
Benteng Diri Dari Gangguan Jin Asyik
1.Amalkan ayat 21 surah ar-Rum

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚإِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
2.Amalkan doa penggerak :

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى اْلأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Tiada ulasan: