Isnin, 6 Ogos 2012

SOKONG ISLAM ITU WAJIB...MENENTANGNYA ROSAK IMAN@KAFIR....BILA SUKA BUAT FITNAH...BUAT MUNGKAR...AMBIK2@BUAT YANG HARAM2...MEREKA TAK PENDULI DOSA PAHALA...DAN TAK TAKUT NERAKA...IMAN MEREKA LEMAH


PERISTIWA-PERISTIWA DALAM BULAN RAMADAN


1. Perang Badar Al-Qubra

Perang Badar terjadi pada tahun ke-2 setelah hijrah di bulan Ramadhan. Bagi kaum muslimin, perang Badar mempunyai arti sejarah tersendiri, sebagai tonggak sejarah terpisahnya kubu Al-Haq dan kubu Al-Bathil. Perang itu tepatnya terjadi tanggal 17 Ramadhan.

2. Peristiwa Nuzul Al-Quran

Peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


3. Persiapan tentera Islam menghadapi Perang Khandaq/Ahzab

Rasulullah saw meminta pandangan para sahabatnya dalam menghadapi peperangan ini. Salman al-Farisi mengusulkan supaya digali parit di sekitar kota Madinah. Kemudian bersama Rasulullah saw kaum Muslimin keluar dari kota Madinah dan berkemah di lereng Gunung Sila dengan membelakanginya. Mereka mulai menggali parit yang memisahkan mereka dengan musuh mereka. Waktu itu jumlah kaum Muslimin sebanyak tiga ribu sedangkan kaum Quraisy bersama kabilah-kabilah lain berjumlah sepuluh ribu.

4. Perang Tabuk

Dalam sejarah Islam, peperangan ini merupakan peperangan terakhir bagi Nabi Muhammad s.a.w. Perang ini telah berlaku pada bulan Rejab ketika tahun ke-9 Hijrah (Oktober 631 M). Keadaan cuaca pada ketika itu adalah terlalu panas terik dan tempat berlakunya peperangan itu, Tabuk merupakan destinasi padang pasir yang terlalu jauh menyukar para musafir. Setelah segala-galanya selesai tentera Islam berjalan pulang ke Madinah di bulan Ramadan dengan selamatnya tanpa seorang pun yang terkorban nyawa.


5. Pembukaan kota Mekah

Berikutan dengan perlanggaran perjanjian Hudaibiyah oleh kaum musyrikin Mekah, Nabi Muhammad SAW dan umat islam mengambil keputusan untuk menyerang dan memasuki Kota Mekah.

6. Tertawannya Garis Bar Lev, Israel

Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa tidak dapat ditawan kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel.

7. Perang Ain Jalut

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

8. Kekalahan Tentera Salib

Perang Hittin, salah satu perang besar dalam sejarah dunia, yang dimenangi pasukan Islam. Guy dan Reynald ditawan dan dihadapkan ke hadapan Salahudin. Reynald dibunuh oleh Salahudin dan Guy diseret Salahudin ke Jerusalem. Pasukan Islam memenangi pertempuran di Arce lima hari selepasnya. Wilayah dari Gaza hingga Jubayl dikuasai Salahudin pada awal September. Pada hari Jumaat, 2 Oktober 1187, Salahudin berjaya menawan Jerusalem. Jatuhnya Jerusalem ke tangan umat Islam adalah puncak kejayaan Salahudin dalam memimpin umat Islam semasa Perang Salib. Merebut Jerusalem dari tangan kaum Frank adalah cita-cita terbesar Salahudin dan Perang Salib Kedua berakhir dengan kemenangan umat Islam.

9. Perluasan negara Islam di Andalus.
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

10. Pembebasan Sinai
Tentera Mesir dan Syria menyerang Israel serentak pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur. Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Sinai sementara Syria menyerang kubu di Bukit Golan dan Israel mengalami kerosakan teruk. Walaubagaimanapun, Mesir gagal menembusi kubu pasir Bar Lev walaupun menggunakan teknologi ketenteraan yang mahal. Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Israel selepas tiga minggu peperangan dan mereka berjaya mengundurkan tentera Arab dan merampas kembali Sinai dan Bukit Golan.



Selangor belum putus bubar Dun serentak - MB

Harakahdaily, 06 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor hanya akan membuat keputusan sama ada membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) serentak atau berasingan dengan Kerajaan Persekutuan, selepas menilai keberkesanan Program Pengukuhan Demokrasi yang dijalankan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Program Pengukuhan Demokrasi itu kini masih berjalan di seluruh Dun di negeri ini dan sebahagiannya telah selesai.

“Sebab utama kita belum buat keputusan (bubar DUN serentak atau tidak) kerana kita mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih SPR benar-benar bersih dan sebab itu juga kita wujudkan Program Pengukuhan Demokrasi ini,” ujarnya.

“Setakat ini 29 daripada 56 DUN sudah kita terima maklumat selepas terlibat dengan Program Pengukuhan Demokrasi, manakala bakinya belum lagi," katanya kepada Keadilandaily.

Sehubungan itu kata Khalid, mesyuarat khas mengenainya akan diadakan pada 17 Ogos ini bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan kumpulan berkaitan.

Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.

Selangor sebelum ini mengesan pertambahan pengundi baru dengan jumlah yang sangat luar biasa dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu merampas negeri itu pada PRU-13 akan datang.

Kerajaan negeri juga sebelum ini melancarkan program Selangorku Bersih dalam usaha menjejak pengundi baru tersebut dan masih berjalan sehingga hari ini.

“Kita juga sedang meneliti dengan penuh minat penambahan dan pendaftaran pengundi baru seramai 490,000 orang di negeri ini,” kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak..

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya mengulas mengenai kemungkinan Parlimen dibubar antara September hingga November tahun ini.

Kes NFC bermula, Shahrizat beri keterangan

Muhammad Faizal, 06 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mula mendengar kes saman bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

(Rafizi dan Zuraidah ketika bercakap kepada media selepas perbicaraan)


Perbicaraan yang bermula hari ini telah mendengar keterangan dari Shahrizat berhubung dakwaan kontroversi beliau dalam projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Shahrizat dalam keterangannya sebagai saksi utama berkata beliau tidak mempunyai sebarang jawatan dalam NFC Holding dan tidak tahupun suaminya membida projek itu.

Hakim, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan pada 10 Ogos ini bagi sambungan perbicaraan setelah mendengar keterangan dari Shahrizat berhubungan dakwaan pembabitan beliau dalam skandal NFC.

Kes saman RM100 juta ini dikemukakan oleh Shahrizat berhubung penyelewengan projek kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang telah didedahkan oleh kedua-dua pemimpin dari PKR itu.

Sementara itu, Rafizi yang ditemui selepas perbicaraan menyatakan keterangan yang dilakukan oleh Shahrizat hari ini sudah dijangkakan dan tidak mengejutkan beliau.

"Kita telah nenjangkakan keterangan yang beliau berikan hari dan ia tidak mengejutkan kita.

"Kita tunggu pada Jumaat ini bagi memulakan soal balas dari pihak peguam berhubung keterangan yang dilakukan nanti," jelasnya.

Tambah Rafizi lagi, kenyataan yang diberikan oleh Shahrizat hari ini menunjukkan beliau dan Zuraida adalah pemilik kepada media di negara ini yang boleh mempengaruhi seluruh rakyat Malaysia.

"Gambaran yang diberikan olehnya menunjukkan kami berdua telah berjaya mempengaruhi rakyat di negara ini melalui sebaran media.

"Seolah-olah kami ini pemilik Utusan Malaysia ataupun TV3, begitu jauh andaian yang diberikan olehnya," sambungnya.

Dalam pada itu, Zuraida memberitahu keterangan Shahrizat hari ini lebih kepada latar belakang beliau bagi menunjukkan beliau adalah seorang pemimpin yang baik.

"Penceritaan latar belakang yang kemas dan apa yang kita harapkan penceritaan yang kemas ini mempunyai keputusan sebaliknya," kata Zuraida.

Pihak defenden, Rafizi diwakili Peguam, Ranjit Singh manakala Zuraida pula diwakili oleh Razlan Hadri.

Shafie Abdullah pula bertindak sebagai peguam yang mewakili Shahrizat sebagai plantif.

Sebelum itu pada 19 Januari yang lalu Shahrizat telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendakwa, Zuraida dan Rafizi telah memfitnah dan memburuk-burukkan beliau berhubung projek NFC.

Namun pada 9 Mac pula, Rafizi dan Zuraida telah memfailkan saman balas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung satu ucapan didakwa "berbau fitnah" yang diujarkan bekas menteri tersebut.

Sementara itu turut hadir memberi sokongan adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan juga beberapa exco Kerajaan Negeri Selangor.

Kamar mahkamah hari ini dipenuhi dengan penyokong PKR yang turut hadir dalam memberi sokongan.

Menteri kempen politik guna pos kerajaan

Khairil Abdul Rahim, 06 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Sebuah blog mendedahkan Menteri Pengajian Tinggi (KPT) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah menggunakan dana kerajaan untuk tujuan kempen politik dengan mensasarkan pengundi di parlimennya.

(Sampul surat yang digunakan Khaled untuk kempen)

Blog Era Pasca mendakwa Ahli Parlimen Pasir Gudang itu telah menggunakan sampul surat rasmi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang dibayar kerajaan dengan setem RM0.70 untuk menghantar surat rayuan kepada graduan yang bakal mengundi di Parlimen Pasir Gudang.

Graduan-graduan tersebut adalah pengundi baru yang telah didaftarkan di Kawasan Parlimen Pasir Gudang.

Dalam surat rayuannya itu Khaled telah merayu pengundi pertama kali itu agar mengundi BN pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang ini dengan propaganda hanya BN boleh membawa negara ke tahap tertinggi.

Tidak cukup dengan itu, surat berstatus ‘Seri Paduka Baginda’ yang dipos dari pejabat menteri tersebut di Johor Bahru itu dilampirkan dengan risalah sebagai tarikan untuk mereka datang ke Karnival Kerjaya Pemuda BN 2012 yang akan diadakan di Pasir Gudang.

(Surat Khaled untuk pengundi kali pertama di kawasannya menggunakan stem kerajaan)

Blog tersebut menyebut, dari segi logik akal graduan-graduan terbabit akan datang ke karnival berkenaan bukan kerana menyokong BN tetapi untuk memantau peluang dan prospek kerjaya yang dipamerkan.

Serentak dengan itu Umno didakwa dalam keadaan amat terdesak sehingga terpaksa menggunakan pelbagai cara bagi tujuan kempen masing-masing.

Apa yang dikhuatirkan ialah pemimpin Umno daripada pelbagai peringkat sentiasa menganggap harta kerajaan sebagai harta milik Umno sedangkan tindakan tersebut merupakan penyalahgunaan hak awam dan boleh menjadi ikutan pemimpin parti itu di peringkat bawahan

Selepas zalimi pelajar, Umno tabur pula fitnah

Buletinonline.net, 06 Ogs 2012


(Nasrudin dengan ditemani Mohd Nor memberikan sumbangan)

KUALA TERENGGANU: Setelah menamatkan pinjaman sembilan orang mahasiswa Mesir dengan zalim, Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu didakwa menabur fitnah dan mengelirukan rakyat.

Pada 18 Mac, sebuah akhbar tempatan melaporkan kerajaan Negeri membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam mahasiswa lelaki yang ‘kononnya’ didapati bersalah kerana terlibat dalam demostrasi.

Keenam-enam mahasiswa yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu dijatuhkan hukuman bersalah hanya kerana beberapa keping gambar memakai baju Bersih, ‘tanpa dipanggil untuk dibicarakan dan diberi peluang untuk membela diri’.

Tindakan menghukum pelajar tersebut ekoran perisytiharan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mengharam kan Bersih.

Sebaliknya mahkamah pada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang mengatakan Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) sebagai sebuah pertubuhan haram.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya berkata kenyataan Menteri Dalam Negeri itu tidak masuk akal kerana setelah menggelarkan gabungan itu sebagai pertubuhan haram pada 1 Julai tahun lalu, kemudiannya membiarkan pertubuhan itu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai tahun sama.

Justeru sepatutnya penamatan pinjaman yang diputuskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Terengganu  ‘terbatal’ kerana demonstrasi BERSIH adalah tidak salah di sisi undang-undang.

Sehubungan itu, pada 30 Julai lalu, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah  telah menggesa Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said, Kerajaan negeri dan Yayasan Terengganu supaya menyambung semula pinjaman pelajaran yang telah ditamatkan ke atas sembilan orang mahasiswa yang sedang menuntut di negara Mesir

Beliau berkata, keputusan kerajaan menamatkan pinjaman tersebut adalah berdasarkan gambar yang menunjukkan mahasiswa itu terbabit dengan Himpunan Aman Bersih yang dituduh  sebagai 'haram dan kotor’.

Namun begitu, Umno-BN Terengganu telah ‘menangguk di air yang keruh’ dengan mempolitikkan tindakan salah seorang mahasiswa, Muhamad Hasyim yang membuat rayuan bagi mendapatkan semula hak beliau yang telah dinafikan Yayasan Terengganu.

Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dalam kenyaataannya semalam telah melahirkan sekali lagi rasa simpati kepada sembilan mahasiswa yang menjadi mangsa penamatan pinjaman oleh Yayasan Terengganu itu.

Sejak dari awal kes penamatan pinjaman tersebut, PAS berusaha pelbagai cara bagi mengembali kan hak mahasiswa terbabit untuk melanjutkan pelajaran.

Menurut Setiausaha DPPNT, Zaidan Abdullah, PAS tidak pernah menghalang mana-mana dari sembilan mahasiswa tersebut untuk membuat rayuan kepada pihak yang menamatkan pinjaman itu.

[Gambar - beberapa majlis yang diadakan oleh DPPNT menyampaikan sumbangan kepada bapa pelajar mangsa kezaliman Umno-BN Terengganu yang diadakan sejak program Pintas Pemuda di Manir pada Mac 2012]


Bahkan kata Zaidan, dalam beberapa perjumpaan dan pemberian sumbangan kepada bapa mahasiswa yang menjadi mangsa kezaliman Umno-BN Terengganu, bapa Muhamad Hasyim, Che Ngah telah memaklumkan bahawa beliau akan meminta anaknya membuat rayuan.

Bayangkanlah, dimanakah seorang bapa seperti Che Ngah berupaya mendapatkan baki lebih RM100,000 bagi mengongkosi perbelanjaan Muhamad Hasyim yang menuntut dalam jurusan perubatan.

Menurut laporan, sebanyak RM170,000 daripada RM RM301,144 telah dibelanjakan bagi Muhamad Hasyim menamatkan pengajian perubatannya.

Namun begitu, tanpa rasa kemanusiaan dan belas kasihan, Umno-BN memanipulasikan perjumpaan Muhamad Hasyim Che Ngah dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada 3 Ogos lalu.

Akhbar-akhbar dan media Umno-BN tidak segan silu menjadikan ‘kesukaran dan kepayahan’ Muhamad Hasyim sebagai modal politik menyokong tindakan zalim Umno-BN.

Tidak cukup sekadar itu, secepat kilat pula ‘blog-blog’ upahan Umno-BN membuat fitnah, kononnya PAS tidak menyampaikan derma sumbangan orang ramai kepada mahasiswa terbabit.

Sedangkan menurut Zaidan, sumbangan sebanyak RM3,500 kepada setiap mahasiswa telah pun diserahkan melalui keluarga masing-masing secara berperingkat.

“Muhamad Hasyim tidak tahu, ayahnya Che Ngah tidak memberitahu beliau kerana Muhamad Hasyim berada di Mesir,”kata Zaidan.

Menurutnya, DPPNT masih terus berusaha bagi mendapatkan sumbangan pelbagai pihak bagi disalurkan kepada pelajar-pelajar terbabit. InsyaAllah, di hujung Ramadhan ini sebanyak RM1000 lagi akan diserahkan bagi meringankan beban mereka.

Justeru, katanya, sumbangan terhadap pelajar terbabit boleh dilakukan melalui akaun MAYBANK ISLAMIC bernombor 5630 6411 3873 atas nama DANA TA'AWUN DPPNT.

4 cendekiawan Yaman kunjungi Presiden PAS

Buletinonline.net, 06 Ogs 2012

[Gambar dari kiri; Dr. Ahmad Hassan, Dr. Amin al-Muqbil, Dr. Mutahhar  Ahmad dan Yasser Abduh Saleh. Paling kanan Presiden PAS, melayani para tetamu dari negara Yaman itu]

MARANG: Empat cendekiawan dari negara Yaman mengunjungi Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya, di Rusila dekat sini petang Sabtu 4 Ogos bersamaan 15 Ramadhan.

Mereka adalah As-Syeikh Dr. Amin Ali Muqbil al-Masyri, As-Syeikh Dr. Ahmad Hassan Soleh al-Faqeh, As-Syeikh Dr. Mutahhar Ahmad Muhammad Mahmud dan Yasser Abduh Saleh Abdul Rabb dari dua buah universiti terkemuka negara Yaman.

Dr. Amin Ali adalah Dekan Kuliah Syari’ah Universiti Al-Iman yang mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang Fiqh Perbandingan.

Dr. Ahmad Hassan adalah Pembantu Timbalan Rektor (Presiden) Universiti Al-Iman Shu’un ‘Ilmi yang mempunyai Ijazah kedotoran dalam bidangTafsir

Manakala Dr. Mutahhar Ahmad merupakan Ketua Lembaga Akademik Universiti Al-Iman yang mempunyai kepakaran dalam bidang Hadith dan Syeikh Yasser Abduh Saleh Abdul Rabb memiliki Master dalam bidang Fiqh Islami.

Buletinonline di maklumkan para ulama Yaman tersebut menziarahi Ustaz Hadi dalam rangka lawatan kerja mereka ke negara ini di bawah anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Yaman.

Mereka yang telah berada di tanah air sejak pertengahan Julai sebelum ini menyampaikan beberapa kuliah di Masjid Wilayah Persekutuan dan Universiti Islam Antarabangsa.

Antara tajuk-tajuk yang dibentangkan oleh ke empat-empat ulamak Yaman tersebut dalam program Dawrah dan Ziyarah 2012 bermula 17 hingga 27 Julai lalu ialah kuliah hadith dan syarah kitab Matan al-Arba'in,  Siyasah Syar'iyah; Syura, Demokrasi & Oligarki serta Adab pemerintah Ahlus Sunnah terhadap rakyat.

Saya sokong Islam - Farah Asyikin

Salmiyah Harun, 06 Ogs 2012

GOMBAK: Sejak akhir-akhir ini kisah penghijrahan artis menjadi topik hangat di kalangan masyarakat.

Hal ini kerana, hampir setiap bulan timbulnya kisah-kisah artis yang melakukan penghijrahan ini.

Bagaimanapun, penghjirahan artis pada hari ini disalahertikan oleh sesetengah pihak apabila mula memberi persepsi, mereka cenderung ke arah parti politik.

Sehinggakan, soalan yang pertama diajukan kepada artis yang pernah merangkul anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008, Farah Asyikin (gambar), "sokong apa?" apabila melihat beliau sudah berhijab.

Farah Asyikin yang mendapat hidayah di usia yang masih muda, 33, pantas menjawab "saya sokong Islam" apabila diajukan soalan sedemikian.

"Cukuplah saya katakan saya sokong Islam, saya tolak 100 peratus yang tidak sokong Islam," katanya dalam wacana Hiburan Anak Muda di Seminar Prof Zulkifli Mohammad Membangun Negara Berkebajikan, KUIZM Taman Melewar semalam.

Farah yang pertama kali menyertai progam anjuran PAS pada hari itu begitu teruja dan tidak menolak akan memenuhi pogram-program seperti itu lagi selepas ini.

Ketika ditanya, tidakkah Farah bimbang dengan penghijrahanya itu akan mengundang persepsi beliau pula menyokong PAS?

"Mereka yang nak 'join' parti, terpulang pada mereka, paling kurang parti yang baik. Itu kehendak mereka. Hak individu. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, saya masih baru.  Bagi saya, saya suka Islam,"ujarnya pula ketika ditemui di akhir program itu.

Bagaimanapun, beliau dengan rasa rendah diri mengakui masih bertatih dan sedang memperkukuhkan penghijrahannya dengan menimba ilmu-ilmu keagamaan daripada beberapa ustaz terkenal termasuklah Azhar Idrus.


Detik-detik penghijrahan


Menceritakan detik-detik bagaimana beliau memilih destinasi sebagaimana hari ini ianya memberi pengalaman dan pengajaran yang mungkin tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

11 tahun keluar masuk dalam dunia hiburan bermula di awal usia 19 tahun Farah tidak pernah terfikir kesan baik buruk penglibatannya dalam dunia hiburan.

Rupa-rupanya, Farah baru menyedari apabila mula terlibat dalam dunia hiburan bukan banyak ke arah kebaikan sebaliknya ia banyak melalaikan dan
menghanyutkan dirinya.

"Walaupun, Farah mempunyai latar belakang keluarga yang kukuh ajaran Islam tetapi terabai juga," katanya.

Malah beliau pernah diboikot di kalangan rakan artis apabila beliau bersolat dan melambat-lambatkan 'make-up' ketika pertandingan Malaysian Idol musim ke-2.

Tanggal 12.2.2012 satu tarikh yang masih tersemat di dalam jiwa Farah apabila beliau seperti diberi 'magic' dari Allah SWT.

"Waktu itu saya tengah memandu, di cemin depan saya nampak imbasan dan balasan-balasan dosa lampau yang cukup menginsafkan. Gambaran itu datang sepintas lalu.

"Saya mula mengigil dan menangis. Saya ingat saya nak mati, pada masa itu juga saya minta ampun daripada Allah supaya memberi peluang untuk saya betulkan iman dalam jiwa saya. Akhirnya saya nekad melakukan taubat nasuha," ujarnya dengan linangan air mata.

Peristiwa itu tidak berhenti disitu, beliau diuji lagi dengan kebesaran dan kekuasaan Allah apabila ketika mula menadah tangan memohon keampunan hujan selebat-lebatnya turun, tetapi berhenti sebaik sahaja beliau mengaminkan doa.

"Saya menangis ketakutan ketika menunaikan solat sunat taubat. Takut dengan azab Allah dan diri sendiri yang hina, kerdil di sisi Allah. Betapa selama 33 tahun saya tidak menjalani kehidupan yang sebenar dituntut Islam," katanya.

Sebelum kejadian itu, beliau sudah mendapat petanda dan membuatkan beliau tertanya-tanya apa akan terjadi padanya, adakah sudah sampai ajalnya.

Farah turut melihat gambaran beliau berada di dalam api yang marak dan rambutnya dibakar di cermin, ketika beliau hendak menyarungkan 'skirt' pendek untuk menghadiri satu majlis.

Bagaimanapun, Farah bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana  diberi hidayah sewaktu usia muda. Kurniaan itu boleh umpama perkara ajaib yang membuatkan hidupnya begitu tenang.

"Saya juga tak menyesal korbankan apa saja milik saya di dunia kepada Maha Pencipta. Saya yakin bahawa pengorbanan yang tak seberapa itu pasti dibalas dengan rezeki berlipat kali ganda," katanya.

Kini, beliau bergelar guru perbahasan dan drama di Sekolah Sri Cempaka, Bukit Damansara Kuala Lumpur sejak 17 Mac lalu adalah satu tanggungjawab baru buat dirinya.

Penyanyi lagu 'Berpisah Untuk Setia' ini juga cukup teruja bercerita tentang keletah anak murid yang semakin manja dengannya setelah mengetahui dia adalah penyanyi tempatan.

Air: Pusat utamakan rakyat atau kroni?

Harakahdaily, 06 Ogs 2012


(Tan Sri Khalid bercakap kepada pemberita)

SEPANG: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru Kerajaan Pusat mengutamakan kepentingan dan keperluan rakyat dalam isu air Selangor.

Jelasnya, jika Kerajaan Pusat terus enggan membenarkan penstrukturan semula air seperti yang dicadangkan Kerajaan Negeri, ini bermakna mereka mengutamakan kepentingan individu berbanding rakyat.

“Itu adalah pilihan Kerajaan Pusat samada membuat keputusan untuk keutamaan rakyat atau terus berkeras meneruskan Langat 2 demi mengkayakan kroni mereka dan membebankan rakyat.

“Daripada keputusan itu juga, rakyat sudah tentu dapat menilai siapa yang lebih utama di mata Kerajaan Pusat,” jelasnya dalam satu sidang media selepas Majlis Pemberian Hak Milik Individu kepada penduduk Taman Murni di sini pagi tadi sebagaimana yang dilaporkan media Selangorku.

Sebelum ini, Kerajaan Pusat menerusi menteri kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Datuk Seri Noh Omar mendakwa Selangor akan berhadapan dengan krisis air jika projek pemindahan air Langat 2 tidak diteruskan di Selangor.

(Gambaran kartunis AMN terhadap isu Langat 2)

Akan tetapi Kerajaan Selangor berpendirian bahawa masalah bekalan air terawat adalah berpunca daripada kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menguruskan pembekalan dan pengagihan.

Kerajaan Negeri hanya akan meluluskan Langat 2 jika ia dapat mengambil alih operasi air terawat daripada Syabas.

Tetapi ini ditentang oleh Kerajaan Pusat yang mahukan Langat 2 walaupun ia akan menelan belanja RM 6 bilion.

Abdul Khalid juga mempelawa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Peter Chin Kah Fui kepada forum air Selangor bagi mendengar penerangan berkenaan status bekalan air.

“Saya menjemput Datuk Seri Peter Chin untuk memberi penerangan di dalam forum air yang Kerajaan Negeri anjurkan nanti.

“Kita sudah menghantar surat jemputan tapi setakat ini tiada sebarang balasan daripadanya dan itu memang itu sudah biasa berlaku,” sindir beliau.

Kerajaan Negeri akan mengadakan forum di seluruh peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bermula Selasa ini khusus bagi menjelaskan kepada rakyat Selangor tentang isu air.--Selangorku.

Pemimpin gelojoh hambur wang negara jadi muflis

Mohd Azmi Abdul Hamid, 06 Ogs 2012
Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menuntut kerajaan segera laksana sistem ekonomi Islam yang menekankan persoalan keadilan sosial dan perbelanjaan yang berhemat.
Dengan meneliti pelbagai ketirisan wang nergara yang sangat tinggi melalui amalan rasuah, mengelak membayar cukai, perbelanjaan kepada projek mega yang tidak perlu dan bukan keperluan sebenar, kaedah perbelanjaaan yang sering tidak mengikut tatacara kewangan negara, anugerah tender yang tidak telus dan tidak memenuhi syarat yang sepatutnya, menuntut suatu pengurusan sistem ekonomi yang lebih terkawal, berhemat dan mengutamakan perbelanjaaan yang perlu sahaja dilaksanakan di negara ini.

Jelas kerajaan sekarang bukan lagi menjadi pengurus  wang negara yang baik bila tahap hutang negara  yang melonjak tinggi kepada lebih RM456 bilion manakala  pengaliran wang haram mencecah RM1 trilion.

Peningkatan hutang kerajaan Persekutuan menunjukkan bahawa amalan pengurusan kewangan mengikut sistem ekonomi sekarang sangat tidak mapan malah bergerak ke arah krisis yang merbahaya.

Kebergantungan perbelanjaan negara kepada wang petroleum Petronas juga sangat tidak mapan kerana ia akan menyebabkan kewangan negara akan sentiasa bergantung kepada sumber yang tidak kekal dan tidak berkelanjutan.

Anehnya pendapatan negara hanya meningkat pada kadar yang rendah walaupun wang petroleum diguna semaksimanya.

Kini didapati Perdana Menteri ghairah mengumumkan peruntukan di hampir semua acara Perhimpunan Rakyat. Setiap kali beliau berucap jutaan peruntukkan diumumkan. Apakah perbelanjaaan itu munasabah dan memenuhi keperluan yang sebenar, tidak dipedulikan.

Sistem ekonomi Islam adalah satu-satunya jalan alternatif yang mempunyai sistem yang mempunyai prinsip dan kaedah pengurusan kewangan yang cukup berdisiplin sekaligus pendidikan gaya hidup yang mapan di kalangan dirakyat.

Sistem ekonomi yang ada sekarang sangat rapuh kerana ia tidak memberi perhatian kepada elemen keadilan sosial dalam erti kata sebenar dan menggalakkan budaya perbelanjaaan membazir.  Sistem yang dilaksana sekarang jauh dari mengutamakan perbelanjaaan yang memelihara keutuhan kerohanian rakyat.

Malah sistem ekonomi yang ada sekarang amat esploitatif dan tidak mengendahkan keperluan masa depan.

Mapim berpendapat aspek kepimpinan ekonomi yang ada sekarang menjadi faktor utama kepada ssitem ekonomi menjurus kepada kebankrapan.

Kerajaan sekarang  hanya memikirkan wang yang perlu dibelanjakan semaksima mungkin asalkan sokongan undi rakyat diperolehi. Kegelojohan pemimpin kerajaan menghamburkan wang tanpa melihat implikasi jangka panjang akan benar-benar mendedahkan negara kepada keadaan muflis.

Namun dalam proses itu ketirisan tetap berlaku bila wang yang sebegitu tinggi mengalir kepada kroni yang membolot kekayaan dengan lumayan.

Pengurusan kewangan dalam ekonomi yang dilaksanakan selama ini mendedahkan negara kepada krisis ekonomi yang parah bila etika dan tatacara perbelanjaan kewangan yang betul tidak dipelihara.

Sesungguhnya Mapim meneliti bahawa kerajaan yang ada sekarang tidak mempunyai disiplin perbelanjaan yang dapat menyelamatkan negara dari menuju kepada krisis seperti yang berlaku di Eropah.

Sangat jelas semua tanda perbelanjaan negara kini sudah tidak memperdulikan kesan jangka panjang yang akan ditanggung oleh rakyat. Dengan negara menduduki tangga ke 5 dalam isu pengaliran wang haram di dunia, dengan mengekalkan sistem ekonomi yang ada, pastikan akan meletakkan negara sebagai negara yang bakal berhadapan dengan isu muflis.

Mapim menyarankan agar sistem ekonomi Islam berdasarkan syariat dilaksanakan secara menyeluruh bukan sahaja dalam sistem kewangan dan perbankan tetapi dalam seluruh dasar negara.

Penerapan disiplin kewangan dalam Islam hendaklah dilaksanakan dalam semua tatacara perbelanjaan agensi kerajaan, manakala Islamisasi ekonomi mikro dan makro perlu segera dilaksanakan.

Penulis ialah Setiausaha Agung Mapim.

Bulan Ramadhan bulan al-Quran

Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz, 06 Ogs 2012
Allah, saat memfardhukan ke atas hamba-Nya puasa pada bulan Ramadhan, terus saja memahamkan mereka akan kelebihan bulan tersebut. Bulan Ramadhan dipilih untuk menjadi sebuah taman iman buat para hamba-Nya kerana mengandungi satu peristiwa besar yang tidak sayugia dilupakan dan dialpakan oleh setiap yang beriman.

Peristiwa itu adalah penurunan kurniaan nikmat Allah yang paling agung iaitu al-Quran sebagai petunjuk ke atas seluruh manusia yang dipenuhi keterangan-keterangan yang jelas yang mengandungi hidayat dan pembeza kebenaran daripada kebatilan.

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدىً لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ .

Maksudnya: “Bulan Ramadhan adalah bulan diturunkan padanya al-Quran, menjadi petujuk buat manusia dan dipenuhi keterangan-keterangan yang jelas daripada petunjuk dan al-furqan (pemisah kebenaran daripada kebatilan). – al Baqarah: 185

Nikmat Allah ke atas manusia tidak terkira. Sama ada manusia itu bersyukur di atas nikmatNya itu atau sebaliknya, Allah dengam sifat rahman-Nya itu terus menebarkan  kasih sayang-Nya ke atas seluruh makhluk-Nya di dunia ini, sebelum mengkhususkannya hanya untuk mereka yang beriman sahaja di akhirat nanti. Adapun orang-orang yang kufur, nikmat dan rahmat-Nya akan terhenti di dunia sahaja.

Bagaimana nikmat itu terhenti dan putus? Dan bagaimana pula nikmat itu terus bersambungan sehingga ke akhirat? Ya, ia tergadai dan terikat dengan nikmat al-Quran tersebut. Barang siapa yang beriman dengan al-Quran dan hidup berpetunjukkan al-Quran, maka al-Quran hadir di sisinya saat ia kembali ke alam baqa’. Al-Quran menjadi pelindung dan hujah buatnya menagih kasih sayang dan rahmat Allah di sana nanti.

Adapun sebaliknya ke atas mereka yang kufur, segala nikmat di dunia akan terhenti sebaik kematian menyentapnya nanti. Tanpa al-Quran disisinya nanti, segala-galanya adalah kegelapan dan malapetaka buatnya di akhirat nanti. Saat itu, tiada lagi erti segala nikmat yang diperolehnya di dunia dulu. Ia seperti kosong yang penuh tipudaya syaitan.

Justeru sayugialah nikmat penurunan al-Quran sebagai petunjuk menuju akhirat itu tidak dilupai oleh manusia. Ia mesti disyukuri dengan sesungguhnya.

Malangnya manusia, kebanyakan mereka tidak mensyukuri nikamt al-Quran, malah mereka menolaknya dan melemparkannya ke belakang mereka.

وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُورًا

Maksudnya: “Dan berkata al-Rasul; Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah meninggakan al-Quran.” – al Furqan: 30

Saat manusia menolak kehadiran nikmat teragung ini, siapakah kalangan hamba-Nya yang menyambut al-Quran dengan penuh kegembiraaan dan kesungguhan?

Ya, walaupun al Quran ditolak oleh kebanyakan manusia yang bermula daripada keluarga Rasulullah SAW sendiri di kota Makkah pada peringkat awalnya, Allah tetap dengan rahmat dan kasih sayang-Nya ke atas umat baginda. Allah telah memilih segolongan manusia untuk menerima, mencintai dan menjunjung al-Quran al-karim.

Golongan itu adalah mereka yang memiliki sifat taqwa di dalam hatinya atau digelar al muttaqin.

الم .ذلك الكتاب لا ريب فيه .هدى للمتقين

Maksudnya; “Itulah al kitab (al Quran) yang tiada ragu-ragu padanya (ia daripada Allah) yang menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa.” – al Baqarah; 1-3

Golongan inilah yang bermula daripada para sahabat baginda sendiri رضوان الله عليهم telah menjadikan al Quran sebagai petunjuk kehidupan. Mereka telah membina diri, keluarga, masyarakat bahkan tamadun kemanusiaan dengan mengambil isi dan inspirasi al-Quran.

Justeru, khulasahnya, tiadalah persediaan dan bekalan terbaik untuk menyambut al-Quran dan menerimanya sebagai teman kehidupan selain memiliki sifat taqwa. Dengan sifat yang mulia ini, al-Quran akan menerima dirinya untuk bertakhta di dalam dirinya. Beruntunglah mereka yang diterima al-Quran sebagai temannya.

Apabila anda memahami ini, maka lihatlah bagaimana Allah, selain menerangkan kebesaran dan peranan al-Quran, Dia juga menunjuki kita bagaimana untuk memperolehi nikmat berdampingan dengan al-Quran dan menjadi kekasih al-Quran. Ia adalah dengan memiliki sifat taqwa.

Bagaimana memiliki sifat mulia ini? Bukankah ia suatu yang sukar dan memerlukan mujahadah yang besar dan istiqamah yang tinggi?

Ya, tetapi Allah telah memudahkannya dengan memperkenalkan satu kaedah yang mampu dilaksanakan oleh setiap manusia. Kaedah itu adalah dengan ibadah berpuasa yang memuncak dengan kefardhuannya di sepanjang bulan Ramadhan. Setahun sekali sebagai satu riadah intensif yang akan mencambah sifat taqwa secara cepat dan paling berkesan.

Puasa adalah pengekangan terhadap kekuasaan nafsu ke atas diri manusia dan pendidikan terhadap nafsu agar tidak melampaui batasan iman. Ia hakikatnya adalah menjadi penghalang besar manusia menuju Allah dan menyembah-Nya. Apabila nafsu dibiarkan menguasai tubuh, maka ruh dan taqwanya akan tenggelam dan terlindung. Kerana itulah manusia akhirnya gagal memahami keagungan al-Quran al karim.

Maka di bulan Ramadahan yang mulia ini, terhasillah satu pembinaan yang hebat dan satu perayaan yang cukup membahagiakan.

Perhatikan, Ramadhan dimuliakan kerana penurunan al-Quran di dalamnya. Kemudian disyariatkan ibadah puasa di dalamnya agar bercambahlah sifat taqwa di dalam diri manusia. Taqwa pula adalah satu-satunya cara untuk mendampingi al-Quran dan menjadi temannya. Maka terhasillah pada bulan yang mulia ini satu perayaan buat kekasih al-Quran.

Berjayalah orang-orang yang mengambil al-Quran sebagai sumber utama kehidupan mereka. Selamat menjunjung al-Quran di bulan Ramadhan yang mulia ini.

http://nikabduh.com/

Tiada ulasan: