Serang tentera Mesir: Morsi lawat Sinai lagi
Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, | 12 Ogs 2012 |
Dalam lawatannya Jumaat lalu, Presiden berjanji akan ‘malakukan apa sahaja’ untuk menghentikan jenayah-jenayah tersebut.
“Kita tidak akan berehat sehinggalah misi ini diselesaikan,” laung Morsi kepada khalayak yang bersorak, merujuk kepada operasi ketenteraan besar-besaran Mesir di Semenjanjung Sinai sebagai tindak balas terhadap serangan tersebut, yang bertujuan untuk menghapuskan kumpulan – kumpulan musuh.
Morsi yang baru dilantik dan Menteri Pertahanan yang telah berkhidmat, Masryal Hussein Tantawo berbuka puasa bersama-sama tentera di utara Sinai sebagai tanda simbolik.
Menurut seorang pegawai keselamatan, tentera Mesir dan pihak keselamatan telah menahan beberapa suspek ‘pengganas’ di kawasan yang dipercayai menjadi dalang bagi serangan tersebut.
Sekurang-kurangnya enam orang ditahan di utara Sinai, lapor agensi berita nasional MENA. Mereka ditahan ketika patrol bersama polis dan tentera yang mencari penjenayah di wilayah tersebut, lapor agensi itu.
Penangkapan itu adalah respon kepada serangan Ahad lalu, di mana satu kumpulan bersenjata api menyerbu titik semakan tentera di sempadan Gaza dan Israel, dan membunuh 16 tentera selepas mereka berbuka puasa.
Penyerang-penyerang itu kemudian merampas kereta perisai, yang mana kemudiannya digunakan untuk menyerbu masuk sempadan Israel di mana mereka diserang oleh satu serangan udara Israel yang membunuh enam penyerang.
Cerita asal di
http://www.aljazeera.com/news/middleeast/2012/08/201281152216581940.html
Gambar diubah perkataan asal terhangat
azmi, | 12 Ogs 2012 |
Di tangga kedua, ialah artikel blog http://tukanglawan.blogspot.com yang menceritakan rekod kereta paling laju pernah dipandu dan disaman di Malaysia.
Gambar kesederhanaan Sultan Kelantan yang dipaparkan blog http://aiyangdisayang.blogspot.com pula menduduki tangga ketiga.
Berita pelbagai bangsa dan agama naik ke pentas anjuran PAS DUN Pasir Panjang dan mengibarkan bendera PAS pula menduduki tangga keempat.
Di tangga kelima, ialah artikel blog http://shalehudin.blogspot.com mengenai tullisan bekas mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin mengenai Kisah Ibn Taimiyyah bertemu Raja Tartar yang seolah-olah sedang membidas hipokrasi pihak yang zalim dalam mengaku mereka Islam di Malaysia.
Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 5 Ogos hingga 11 Ogos, 2012.
1Ini memang betul-betul punya kantoi (gambar)
2Kereta paling laju di Malaysia disaman
3Tersentuh hati tengok gambar-gambar ni...
4Lihatlah siapa yang kibarkan bendera ini
5Dr Asri tibai siapa pulak dah neh... [baca]
6Noryn Aziz pula berhijrah
7Lucu! 9 NGO pro Umno malukan Barisan Nasional
8Saya sokong Islam - Farah Asyikin
9'Mula-mula pulangkan, sekarang beratur paling awal'
10Tampal sticker Ustaz Azhar Idrus merupakan satu kesalahan
Lampu hijau 'bunuh' ahli DAP?
Dr Marslee Malik, | 12 Ogs 2012 |
Salam,
Saya ingin merujuk kepada kenyataan Abdullah Samaah yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia berkaitan haram menyokong DAP kerana mereka merupakan kafir harbi.
Istilah kafir harbi merupakan istilah fiqh yang membawa konotasi suasana zaman perang di antara wilayah Islam di zaman dahulu dengan negara musuh.
Kafir harbi adalah merujuk kepada negara musuh yang berperang dengan Muslim di mana darah mereka adalah halal ditumpahkan kerana ianya di dalam suasana perang, di mana kafir Harbi itu sendiri berusaha membunuh umat Islam. Kafir harbi adalah wajib diperangi di peribgkat negara di atas dasar peperangan.
Di zaman ini, warga atau rakyat non-Muslim tang tinggal bersama umat Islam tidak dikira sebagai kafir harbi.
Malah pengklafikasian harbi atau dhimmi yang digunakan oleh ulama klasik telah diperbaiki oleh ulama moden, memandangkan negara-negara moden mempunyai konsep kewargenegaraan yang memberikan hak dan tanggungjawab yang saksama di antara Muslim dan non-Muslim.
Pengklafikasian Abdullah Samaah bahawa DAP adalah kafir Harbi adalah tidak tepat sama sekali, malah membahayakan.
Beliau seolah-olah memberikan lampu hijau untuk umat Islam memerangi parti DAP dan membunuh ahli-ahli dan kepimpinannya.
Bahkan di dalam DAP terdapat juga di kalangan pemimpin dan juga ahli mereka yang Muslim.
'Fatwa' Abdullah yang direstui oleh Utusan itu juga memberikan konotasi bahawa umat Islam di Malaysia sekarang hidup dalam suasana peperangan dan permusuhan dengan rakyat bukan Islam.
'Fatwa' liar dan membahayakan seperti ini perlu dibendung. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu berani menegur beliau dan juga Utusan kerana mencetuskan provokasi yang berkemungkinan akan membuka jalan bagi para ekstrimis bangsa dan golongan subversif untuk menumpahkan darah ahli-ahli DAP.
Saya menggesa agar pihak keselamatan segera menahan Abdullah dan membuat siasatan terhadap kenyataannya yang berbau ekstrimisme dan boleh menyemarakkan api perkauman sekaligus menggerakkan para penggganas di atas nama Islam untuk bangkit melancarkan jihad membunuh ahli-ahli DAP.
Sudah tentu kita tidak mahukan pertumpahan darah berlaku di antara kaum di Malaysia. Tindakan perlu diambil keatas Abdullah.
Pihak media, terutamanya Utusan Malaysia sepatutnya lebih peka dengan laporan mereka. Mereka hendaklah tidak menjadi agen kekacauan dan ketegangan kaum, sebaliknya sepatutnya menjadi agen keharmonian dan perpaduan kaum.
Mengeluarkan tajuk berita utama di muka hadapan seperti yang telah berlaku hanya akan membuka ruang kepada pelampau perkauman untuk menghalalkan darah ahli-ahli DAP di atas nama jihad. Ini perlu dielakkan demi menjaga kesejahteraan negara Malaysia yang kita cintai bersama.
Dr Maszlee Malik
UIAM.
PAS: DAP tak pernah bawa hudud ke mahkamah
Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tindakan pengerusi DAP Karpal Singh
menolak pelaksanaan hukum hudud bukanlah satu perkara yang
menghairankan. Akhbar Sinar Harian memetik Abdul Hadi sebagai berkata, Karpal dan pemimpin DAP juga berhak untuk tidak mempersetujui pelaksanaan itu memandangkan kalangan itu bukan beragama Islam.
Bagaimanapun, DAP tidak pernah membawa hukum hudud ke mahkamah, seperti yang dilakukan Umno ke atas kerajaan negeri Kelantan, kata Abdul Hadi.
"Kerajaan pusat pernah hantar surat kepada kerajaan Kelantan, jika Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan bertindak.
"Selepas itu, kes (hudud) pernah dibawa ke mahkamah. DAP belum pernah bahawa hudud ke mahkamah.
"Umno tolak hudud sebelum PAS berpakat dengan DAP lagi," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Isu tersebut timbul ekoran laporan Utusan secara berturut-turut minggu lalu yang mendakwa haram bagi orang Islam menyokong DAP.
Laporan itu antara lainnya menyatakan bahawa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."
Laporan yang memetik kenyataan seorang guru pondok itu ditangkis pemimpin Pakatan, antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya sebagai satu bentuk kempen pelampau agama.
Anwar juga berkata, akhbar tersebut tidak melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mantan perdana menteri juga tidak menyokong hukum hudud.
Kenyataan itu disambut Mahathir yang berkata, pendiriannya tidak bersetuju dengan hudud yang dituntut PAS tidak boleh disamakan dengan DAP kerana Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam ketika zaman pentadbirannya.
Justeru, bekas perdana menteri itu menafikan dakwaan beliau anti-Islam kerana tidak melaksanakan hukuman hudud semasa pemerintahannya.
Timbalan menteri: Tak perlu isytihar haram sokong DAP
Tidak
perlu mengisytiharkan haram kepada umat Islam untuk menyokong DAP
kerana ia hanya berkaitan perbezaan pandangan dalam politik, kata
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.Katanya, ia hanya persoalan politik dan bukan berkaitan soal apa yang boleh atau tidak seperti dalam bidang kesalahan jenayah.
Bercakap kepada pemberita hari ini, anggota parlimen Temerloh itu juga berkata, jika tidak bersetuju dengan pandangan parti lain, mereka sentiasa boleh menyangkal atau mengetengahkan ideanya sendiri.
Utusan Malaysia pada 8 Ogos melaporkan di muka depan, seorang guru pondok berpendapat haram bagi umat Islam menyokong DAP.
Pengasas pondok Geting, Tumpat Abdullah Sa'amah dilaporkan berkata, ini kerana DAP secara terang menentang negara Islam dan pelaksanaan hudud.
Beliau bagaimanapun menyifatkan MCA yang lantang menentang hukum itu "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya."
Kit Siang: Tajuk Utusan galak curiga antara agama
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata tindakan Utusan Malaysia menyiarkan pandangan seorang guru pondok yang mendakwa "haram sokong DAP" hanya menggalakkan perasaan curiga di kalangan agama.Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata akhbar milik Umno itu juga "menghasut konflik agama" dengan membesar-besarkan isu di muka hadapan seperti itu.
Lim berkata, sebagai akhbar nasional, Utusan perlu lebih bertanggungjawab dan tidak memilih tajuk yang bertentangan dengan dasar 1Malaysia perdana menteri.
Beliau mendakwa akhbar itu hanya dibenarkan untuk melakukan perkara "tidak bertanggungjawab" itu dengan menyerang DAP dan bukannya parti komponen BN MCA, MIC atau Umno.
"(Jika ia menyerang parti BN) Kementerian Dalam Negeri tentu telah bertindak cepat untuk mengharamkah akhbar itu.
"Namun di sini kita lihat perdana menteri, menteri dalam negeri dan (BN) membiarkan, jika tidak menyokong penerbitan yang tidak bertanggungjawab, bersifat keji dan menghasut," katanya.
Beliau mengulas laporan Utusan hari ini yang memetik kenyataan pengasas pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah yang mendakwa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."
Bagaimanapun, MCA yang lantang menentang hukum hudud disifatkan Abdullah sebagai "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya".
MCA malah pernah mengugut untuk meninggalkan BN sekiranya Umno cuba melaksanakan hukum hudud - rancangan yang disifatkan MCA sebagai cadangan yang "hilang akal".
Fauzi: Hubungan PAS-DAP redakan ketegangan kaum
WAWANCARA Bekas
pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari
berkata, persefahaman PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat mencetuskan
suasana politik lebih sihat, berbanding sebelum mereka bersama dalam
gabungan itu.Fauzi berkata, berdasarkan pemerhatian beliau, keadaan semasa berbeza dengan sebelum ini apabila kedua-dua parti itu dianggap "macam anjing dan kucing" ekoran perbezaan ideologi.
"Kalau dulu kita lihat PAS dan DAP memang macam anjing
dengan kucing. Langsung tidak boleh (bersama). Tapi (selepas) ada faktor jalinan ini, kita lihat satu keharmonian dalam masyarakat Malaysia ini.
"Kalau dulu kita lihat, ada banyak syak wasangka. Tapi sekarang (apabila) saya meninjau dari segi kedudukan hubungan antara kaum, walaupun masih ada kebimbangan, ada rasa perkauman, tapi saya nampak darjah perbezaan yang ketara.
"Dulu kita nampak ada unsur-unsur perkauman tetapi sekarang (ini) tenteram, aman, tak banyak syak wasangka. Ini saya nampak memberi suasana baru di Malaysia," katanya.
Ketika diwawancara Malaysiakini, Fauzi - yang menyertai PAS Mei lalu – berkata, jalinan keharmonian antara PAS dan DAP melalui usaha Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi faktor yang mengikat mereka.
"Jalinan ini kita nampak cukup berkesan, dan rakyat boleh terima secara baik, apatah lagi bukti-bukti sekarang ini, orang kata, keharmonian begini menambahkan lagi suasana aman, dan ini menyebabkan rakyat mudah membuat pilihan," katanya.
Mengimbau pertembungan kedua-dua parti itu, Fauzi berkata ia berlaku apabila kedua-dua parti itu sebelum ini saling menggelar dan mengecam, khususnya melibatkan isu hukum hudud.
'Apa beza hudud dan Kanun Keseksanan?'
Bagaimanapun, tidak seperti ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh, Fauzi berkata, ketika ini rata-rata pemimpin DAP – seperti Setiausaha Agung Lim Guan Eng dan ketua parlimennya Lim Kit Siang – semakin memahami isu hudud.
"Maknanya, dia (Guan Eng dan Kit Siang) tak boleh nak kata tak boleh (laksana hudud). Sebab dia semakin faham. Dia menerima satu hakikat bahawa, kita tak takut sangat kalau hudud ini (dilaksana). Ia (hanya merangkumi) dua tiga hal sahaja hukum yang ditetapkan oleh Tuhan," kata Fauzi.
Mengulas mengenai penentangan Karpal terhadap hukum Islam itu, Fauzi - yang berkhidmat dalam polis selama 32 tahun - menganjurkan supaya semua pihak "berlapang dada" dan meninggalkan "aliran pemikiran lama".
Fauzi juga mempersoalkan penolakan “hudud Allah” oleh sebahagian rakyat Malaysia sedangkan mereka boleh menerima undang-undang sivil seperti Kanun Keseksaan yang diwarisi daripada British.
“Apa beza (hudud) dengan Kanun Keseksanan? Ia (Kanun Keseksaan) bukan kamu tulis. Ia berasal daripada British,” katanya lagi.
Fauzi menegaskan, hukum hudud juga tidak boleh dilaksana selagi PAS gagal meyakinkan rakan gabungan yang lain.
Menyentuh hubungan dalam Pakatan, Fauzi juga berkata “salah faham” yang timbul sebelum ini ekoran tidak ada interaksi untuk saling memahami.
Justeru, beliau menegaskan pentingnya kesepaduan antara parti-parti pembangkang - yang mempunyai ideologi politik yang berbeza - memudahkan rakyat membuat pilihan untuk bersaing dengan BN.
Fauzi diwawancara oleh Kuek Ser Kuang Keng, Abdul Rahim Sabri dan Koh Jun Lin.
'Abdullah Sa'amah mahu senangkan hati Umno'
PAS
hari ini membidas kenyataan Pengasas Pondok Geting, Tumpat Abdullah
Sa'amah yang mendakwa bahawa hukum menyokong parti DAP adalah haram.
Ketua penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kenyataan Abdullah itu tidak berdasarkan fakta yang tepat dan beliau tidak boleh mengeluarkan hukum di luar bidang kuasanya.
Sambil membawa kisah Khalifah Umar al-Khattab dalam sejarah Islam yang pernah 'dinasihati' seorang individu kerana "mahu menyenangkan hati Khalifah", Tuan Ibrahim turut menyamakan tindakan Abdullah dalam kisah itu.
"Kenyataan itu saya lihat sama (dengan kisah). Beliau tidak menasihati mengikut hukum, tetapi lebih kepada mahu senangkan pemimpin Umno.
"Sepatutnya (keluar hukum itu) bawah Majlis Fatwa Kebangsaan. Kenyataan beliau tidak berdasarkan maklumat yang tepat, hanya (berdasarkan) satu pihak sahaja untuk mengeluarkan hukum.
"Kalau kata lihat, penentangan MCA tentang hudud lebih hebat daripada DAP sehingga beri amaran kepada Umno (jika menyokong hudud)," katanya.
Laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini memetik Abdullah sebagai mendakwa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."
Bagaimanapun, Abdullah mendakwa MCA yang lantang menentang hukum hudud disifatkan sebagai "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya".
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang menganggap kenyataan Abdullah itu tidak bermaklumat serta tidak sahih, dan PAS tidak perlu melayaninya.
"Orang awam juga dapat membezakan sama ada kenyataan itu dibuat dengan ilmu atau mengikut parti pemerintah," katanya sambil mendakwa rakyat di Kelantan 'mengenali' guru pondok itu.
Sementara itu Setiausaha Politik ketua menteri Pulang Pinang Zairil Khir Johari berkata pihak tidak perlu mengulas kenyataan Abdullah itu.
"Kita rasa tak payah beri komen apa-apa," katanya sambil menambah rakyat mampu menilai perkara yang benar atau yang salah.
Utusan: Guru pondok kata haram sokong DAP
Ketua penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kenyataan Abdullah itu tidak berdasarkan fakta yang tepat dan beliau tidak boleh mengeluarkan hukum di luar bidang kuasanya.
Sambil membawa kisah Khalifah Umar al-Khattab dalam sejarah Islam yang pernah 'dinasihati' seorang individu kerana "mahu menyenangkan hati Khalifah", Tuan Ibrahim turut menyamakan tindakan Abdullah dalam kisah itu.
"Kenyataan itu saya lihat sama (dengan kisah). Beliau tidak menasihati mengikut hukum, tetapi lebih kepada mahu senangkan pemimpin Umno.
"Sepatutnya (keluar hukum itu) bawah Majlis Fatwa Kebangsaan. Kenyataan beliau tidak berdasarkan maklumat yang tepat, hanya (berdasarkan) satu pihak sahaja untuk mengeluarkan hukum.
"Kalau kata lihat, penentangan MCA tentang hudud lebih hebat daripada DAP sehingga beri amaran kepada Umno (jika menyokong hudud)," katanya.
Laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini memetik Abdullah sebagai mendakwa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."
Bagaimanapun, Abdullah mendakwa MCA yang lantang menentang hukum hudud disifatkan sebagai "bukan kafir harbi kerana tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umatnya".
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang menganggap kenyataan Abdullah itu tidak bermaklumat serta tidak sahih, dan PAS tidak perlu melayaninya.
"Orang awam juga dapat membezakan sama ada kenyataan itu dibuat dengan ilmu atau mengikut parti pemerintah," katanya sambil mendakwa rakyat di Kelantan 'mengenali' guru pondok itu.
Sementara itu Setiausaha Politik ketua menteri Pulang Pinang Zairil Khir Johari berkata pihak tidak perlu mengulas kenyataan Abdullah itu.
"Kita rasa tak payah beri komen apa-apa," katanya sambil menambah rakyat mampu menilai perkara yang benar atau yang salah.
Utusan: Guru pondok kata haram sokong DAP
Kafir Dzimmi Dan Kafir Harbi
Posted 22 January 2010
By pendita
Dalam konteks kehidupan beragama di negara ini penduduknya terdiri
daripada Islam dan bukan Islam. Menurut syariat Islam, pada dasarnya
terdapat dua jenis status orang bukan Islam atau Non-muslim iaitu Kafir
Harbi dan Kafir Dzimmi. Secara ringkasnya Kafir Harbi adalah merujuk kepada orang bukan Islam yang terlibat dalam peperangan membunuh orang Islam di dalam wilayah yang bergolak. Pada masa ini, mimbar amat meyakini terdapat ejen-ejen kafir harbi yang bergerak secara senyap menimbulkan perpecahan atau pun menggunakan isu-isu agama di negara Islam. Contoh jelas ialah apa yang berlaku di beberapa negara Asia Barat.
Manakala orang Kafir Dzimmi pula merujuk kepada orang bukan Islam yang menetap dalam negara Islam, mendapat kerakyatan, membayar cukai yang ditetapkan dan mendapat jaminan keamanan daripada pemerintah Islam berdasarkan perjanjian yang dipersetujui.
Persoalan besar timbul ialah apakah jenis status orang bukan Islam yang terdapat di negara kita samada digolongkan sebagai Kafir Harbi atau Kafir Dzimmi. Berdasarkan pemerhatian, status orang bukan Islam di negara ini digolongkan sebagai ahli Dzimmi kerana pada prinsipnya mereka mentaati dan mengakui untuk tunduk kepada perjanjian kontrak sosial yang diwujudkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Salah satu persetujuan penting dalam perlembagaan itu ialah mengakui Islam adalah agama Persekutuan yang membuka jalan Islam menjadi agama yang berkuasa di negara ini. Pada masa yang sama Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sekaligus menjadi Ketua Agama Islam dan pelindung memartabatkan Islam di negeri-negeri yang berkaitan. Selari dengan kontrak sosial itu mereka tinggal aman damai, tinggal bersama dalam masyarakat Islam sebagai jiran tetangga, menjadi rakan sekerja, rakan kongsi berpolitik, rakan sepermainan dan menjadi rakan sekolah. Malah mereka diberi peluang pula berkongsi menyumbangkan tenaga memerintah negara ini.
Mesyuarat Jemaah Menteri juga memain peranan besar dalam menentukan ketinggian Islam dalam perlembagaan. Pada 16 Mei 1986 Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan kalimah Allah adalah termasuk antara beberapa kalimah yang dilarang penggunaannya oleh mereka bukan beragama Islam. Malah pada 3 Jan 2008 Jemaah Menteri sekali lagi mengulangi bahawa orang bukan Islam dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan agama mereka. Malah sepuluh buah negeri telah menguatkuasakan Enakmen Kawalan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang bertujuan melarang orang bukan Islam menggunakan secara bertulis atau lisan atas perkataan yang dilarang. Semua peraturan ini dibuat bagi menjamin keharmonian hidup beragama dan perlu ditaati oleh pihak berkaitan.
Menurut prinsip hukum Islam, memberi perlindungan dan layanan baik kepada ahli Dzimmi adalah wajib. Firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8, Maksudnya:
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil”.
Menurut al-Quran, orang Islam dikehendaki mengadakan hubungan mesra dan baik dengan ahli Dzimmi serta bersikap adil selagi mereka tidak menentang dan menindas orang Islam atau menghalang penyebaran Islam.
Isam adalah agama yang membawa rahmat kepada manusia sejagat. Saidina Abu Bakar As- Siddiq pernah berpesan kepada kaum muslimin sebelum berangkat ke medan perang dengan mengingatkan tenteranya supaya jangan berbuat khianat, membunuh bayi, membunuh orang tua, membunuh kaum wanita, menyembelih binatang ternakan, menebang pokok, menghancurkan rumah penduduk, membakar ladang pertanian, mengganggu orang beribadat , merosakkan rumah ibadat, dan menyerang mereka pada waktu subuh untuk mengelak kaum wanita dan kanak-kanak menjadi panik. Kisah Saidina Umar Al-Khatab yang memasuki gereja Yahudi ketika Baitulmaqdis ditawan juga tidak menyuruh tenteranya membakar gereja, buku bible dan salib bahkan membiarkannya sahaja.
Berdasarkan ajaran al-Quran dan tindakan bijak pemimpin Islam di zaman Rasulullah SAW jelas kepada kita bahawa menzalimi dan memusuhi orang bukan Islam adalah bukan ajaran Islam. Dengan demikian perbuatan membakar gereja dan rumah ibadat orang bukan Islam menyalahi bercanggah dengan hukum Islam. Islam juga mengajar kita jangan terikut-ikut dengan emosi liar.
Bagaimana pun diingatkan kepada umat Islam sekalian bahawa mengadakan hubungan baik dengan orang bukan Islam bukanlah bermakna kita lupa tanggungjawab kita kepada Islam. Islam menetapkan bahawa persoalan iman dan ibadat tidak ada toleransi. Oleh itu apabila masuk waktu solat ketika melaksanakan program bersama dengan orang bukan Islam, kita utamakan bersolat, apabila kita makan pastikan apa yang kita makan itu adalah halal. Jika terdapat aktiviti yang bercampur halal dengan haram maka kita hendaklah jauhi. Apa yang lebih malang lagi dalam menjayakan toleransi itu kadang kala kelihatan penampilan akhlak orang Islam itu sama dengan tabiat orang bukan Islam.
Perlu diingatkan bahawa apabila kita ditekan dan dituntut oleh pihak tertentu untuk memenuhi tuntutan mereka, maka hendaklah kita terus berpegang kepada ajaran Islam supaya kita tidak mudah hilang pedoman. Firman Allah SWT dalam Surah al-An’aam ayat 153, Maksudnya:
”Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”
Diseru semua umat Islam sekalian agar berwaspada dengan muslihat ejen-ejen kafir harbi ini dan jangan sekali-kali kita menggadai akidah, menggadai jati diri muslim, menggadai integriti demi untuk menjaga ketinggian agama Islam di negara ini.
Maksudnya : “Katakanlah wahai Muhammad: Hai orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.” (Surah Al-Kaafirun: 1-6)
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
1Malaysia tak menyatukan negara
Subky Abdul Latif, | 10 Ogs 2012 |
Tema 55 Tahun Merdeka ‘Janji Ditepati’ tidak dapat diterima oleh Pakatan Rakyat yang memerintah empat buah kerajaan negeri iaitu Kelantan, Kedah, PUlau Pinang dan Selangor.
Justeru kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Najib tidak sedia menukar tema itu, maka kerajaan Pakatan Rakyat bersetuju menggunakan tema lain seperti yang setuju setakat ini iaitu Sebangsa Senegara Sejiwa.
Bukan Pakatan sekadar mahu berlainan dengan yang ditetapkan kerajaan pusat, tetapi Janji Ditepati didapat mengandungi niat politik bagi dimanfaatkan oleh BN dalam PRU yang sudah diambang itu.
Bukan kerana dekatnya pilihan raya maka tema itu tidak disetujui, tetapi tema itu tidak membawa samagat perpaduan dan patriotik. Ia tidak lebih dari satu slogan politik pilihan raya.
Najib muncul sebagai Perdana Menteri lebih tiga tahun lalu menyedari betapa Negara yang sudah lebih 50 tahun mereka itu berpecah dalam serba serbi – berpecah antara kaum, berpecah sesama kaum dan sesama agama.
Maka dia memperkenalkan satu formula penyatuan Negara melalui transformasi 1Malaysia. Di bawah 1Malaysia itu ada berbagai-bagai transformasi.
Maka 1Malaysia itu dikira diterima oleh semua. Sesudah kerajaan di bawah lima Perdana Menteri sebelumnya, inilah satu pendekatan dan percubaan yang paling berupaya bagi meredakan perbedaan.
Jika ia tidak diterima, maka sampai bila Malaysia ini terus berada dalam alam perkauman dan perpecahan. Ia satu percubaan yang baik. Maka peluang perlu diberi kepadanya.
Pada ketika penyatuan belum benar-benar dapat dipatri, perkauman dan kebencian belum dapat diredakan, Najib keluar dengan tema hari kemerdekaan yang tidak menyatukan semua pihak.
Bukan Pakatan sengaja hendak memalu dan menyulitkan Perdana Menteri, tetapi Perdana Menteri sendiri menempah malang memecahkan kebulatan muafakat melalui kemerdekaan dengan mengadakan tema yang tiada falsafah penyatuan.
Sambutan kemerdekaan yang ke-55 ini bukan kali pertama yang Pakatan dan BN akan lalui bersama. Kali ini yang kelima-lima kerajaan negeri myambutnya. Ia tidak mengadakan tema yang berlainan. Ia terima apa yang kerajaan pusat sediakan untuk empat kali sambutan yang lalu.
Malah tidak pernah sejak 55 tahun lalu ada sesiapa yang mengkritik tema yang disediakan oleh kerajaan. Lagu tema yang digunakan diterima semua.
Soal dulu pembangkang lemah atau kuat tidak berbangkit. Mungkin benar pembangkang mempertikai apa jua yang kerajaan buat dari dulu hingga sekarang. Tentangan sesetengah rakyat terhadap parti yang memerintah bukan baru sekarang saja. Sejak Perikatan dulu sudah ditentang. Tetapi tema sambutan kemerdekaan tidak pernah diusik.
Bukan kerana Pakatan terasa ia sudah hampir tiba ke Putrajaya, maka ia mahu adakan tema yang berlainan, tetapi Najib dan penasihatnya menempah tapak supaya dia dipertikai.
Memang pimpinannya dikira yang terlemah dari sekalian yang sebelumnya. Dulu orang merasakan pimpinan Tun Abdullah Badawi yang teruzur, rupanya Najib lebih uzur. Dalam serba keuzurannya dia menempah tema Janji Ditepati untuk dimanfaatkan sama bagi PRU13.
Dengan penggunaan itu, janji transformasi 1Malaysia tidak ditepati. Malaysia tidak sekadar berpecah menjelang pilihan raya dan semasa pilihan raya, tetapi kali pertama berpecah menyambut hari kemerdekaan. Yang malangnya perpecahan disebabkan oleh kelemahan penncipta 1Malaysia. Dia sendiri gagal menghayati semangat 1Malaysia. 1Malaysia tidak membawa satu penyatuan tetapi ia berakhir dengan pemecahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan