Kickdefella mohon maaf kepada Ladang Rakyat
Aslani M, | 12 Ogs 2012 |
Beliau yang juga pemilik blog Kickdefella turut bersetuju membayar sejumlah kos kepada plaintif.
Permohonan maaf tersebut dibuat di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam kamar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.
Ladang Rakyat diwakili peguam Azahir Surainie dan Azizan Ariff, manakala Aisha Mubarak mewakili defendan pertama. Pada prosiding hari ini Hafizulamin hadir bagi pihak plaintif.
Defendan kedua kes terbabit Wadah Bakat Sdn Bhd sebagai penerbit buku berkenaan.
Ladang Rakyat sebelum ini menyaman Syed Azidi dan Wadah Bakat Sdn Bhd kerana memaparkan fakta tidak tepat terhadap agensi berkenaan.
Sebelum ini isu berkaitan Ladang Rakyat sering diketengahkan media dan blogger pro Umno bagi menghodohkan kerajaan negeri.
Pernyataan mohon maaf itu antara lain menyebut kami, Syed Azidi Syed Abdul Aziz dan Wadah Bakat Sdn Bhd secara rela hati dan terbuka memohon maaf kepada Perbadanan Ladang Rakyat di atas kesilapan fakta dalam buku "ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat".
“Kami menyedari terdapat beberapa elemen yang tidak mempunyai fakta-fakta tepat terhadap Ladang Rakyat dalam buku tersebut. Dan segala kehakiman di dalam buku tersebut amatlah dikesali.
“Dengan ini kami bersetuju menghentikan pengedaran buku berkenaan dan sesungguhnya menyatakan maaf di atas fakta-fakta yang silap dalam buku tersebut yang telah menjatuhkan reputasi plaintif sebagai sebuah perbadanan milik kerajaan negeri,” katanya.
Blogger terbabit dan Wadah Bakat Sdn Bhd juga memohon maaf kepada Ladang Rakyat di atas segala kesulitan yang timbul akibat penulisan dan penerbitan buku "Ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat".
Peguam Hafizulamin berkata, atas persetujuan tersebut, saman yang dikenakan terhadap kedua-dua defendan ditarik balik.
Ramadan, al-Quran dan kita
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, | 12 Ogs 2012 |
Para sarjana tidak berbeza pendapat bahawa al-Quran turun (Nuzul al-Quran) dalam bulan Ramadan. Ini kerana Allah sendiri yang menjelaskan bahawa al-Quran itu turun dalam bulan Ramadan. Firman Allah: (maksudnya)
“Bulan Ramadan yang Kami turunkan dalamnya al-Quran yang menjadi pertunjuk untuk manusia” (Surah al-Baqarah, 185).
Namun begitu sarjana berbeza pendapat tentang berapa haribulankah Ramadan penurunan itu berlaku? Ada yang berpendapat ia diturunkan pada 21hb Ramadan. Pendapat ini dipegang oleh beberapa orang ulama, antaranya tokoh Sirah yang terkenal al-Syeikh Safiyy ar-Rahman al-Mubarakfuri seperti yang beliau sebut dalam karyanya Rahiq al-Makhtum. Ada juga yang berpendapat 24hb Ramadan kerana bersandarkan hadis riwayat al-Imam Ahmad yang menyebut: “…Allah turunkan al-Quran pada 24hb Ramadan”. Hadis ini disahihkan oleh sebahagian ulama, dihasankan oleh sebahagian yang lain. Terdapat juga sarjana yang mendaifkannya disebabkan kritikan terhadap salah seorang rawi iaitu Imran bin al-Qattan. Namun ada riwayat lain daripada Ibn ‘Abbas yang boleh menyokong riwayat ini. Di sana ada lain-lain pendapat tentang haribulan Nuzul al-Quran ini.
Di tempat kita biasanya kita mendengar tarikh Nuzul al-Quran pada 17hb Ramadan. Ini juga salah satu pendapat yang telah sesetengah sarjana kemukakan. Pun begitu pendapat ini mendapat kritikan sebahagian sarjana yang lain atas beberapa alasan. Antaranya, al-Quran sendiri menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan pada Malam al-Qadr (Lailatul Qadar). Ini seperti yang Allah sebut dalam Surah al-Qadr: (maksudnya)
“Sesungguhnya Kami telah turunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr” (ayat 1).
Hadis-hadis Nabi SAW pula banyak yang menjelaskan bahawa Malam al-Qadr itu berlaku pada salah satu dari sepuluh malam yang akhir bulan Ramadan. Maka, sepatutnya penurunan al-Quran (Nuzul al-Quran) dalam lingkungan sepuluh yang akhir. Tokoh ilmu al-Quran yang terkenal al-Imam al-Zarqani menyebut dalam karyanya Manahil al-‘Urfan:
“Kemudian di sana ada pendapat yang menyatakan bahawa pemulaan Nuzul al-Quran itu pada 17hb Ramadan. Itulah merupakan Malam al-Qadr menurut sebahagian pendapat. Namun pandangan itu menyanggahi pendapat yang masyhur yang disokong oleh hadis sahih”. (1/52, Beirut: Dar al-Fikr).
Apapun perbezaan pendapat yang ada, kesemua umat akur bahawa al-Quran itu turun pada bulan Ramadan. Sarjana hanya berbeza pendapat tentang haribulannya sahaja. Masing-masing telah mengemukakan alasan mereka.
Penghayatan
Lebih penting dari itu semua, kita hendaklah menghayati tujuan al-Quran itu diturunkan kepada manusia. Ia bukan sebuah kitab sekadar untuk dibaca dan diperlagukan tanpa memahami tujuan ia diturunkan. Jika ramai orang boleh membaca al-Quran, melagukannya, menghiasinya dengan ukiran dan solekan yang indah namun enggan mendalami dan menghayati tujuan penurunannya, maka al-Quran tidak akan berfungsi dalam kehidupan manusia. Ia seakan seorang pesakit yang membaca jadual ubatnya, menulisnya dengan indah dan cantik tetapi tidak memakannya. Firman Allah: (maksudnya):
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”. (Surah al-Baqarah, 185).
Itulah tujuan penurunan al-Quran. Ia menjadi petunjuk, menjelaskan petunjuk tersebut serta memampukan pembacanya membezakan antara yang benar dan yang salah. Antara haq dan batil. Itulah cahaya insan dalam menerangi cabaran kehidupan di dunia ini. Hal ini tidak mungkin diperolehi jika kita sekadar berlagu dan menggantungnya di dinding rumah dan pejabat tanpa melakukan tadabbur (penelitian kandungan). Allah menyebut dalam Surah al-Israa: (maksudnya)
“Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul, dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya”. (ayat 9-10)
Kita semua ada kelemahan, kita juga mungkin tidak berjaya menjadi insan yang melaksanakan seratus peratus isi kandungan al-Quran tetapi kita sentiasa wajib beriman bahawa jalam hidup ini ialah mengikuti isi kandungan al-Quran, bergerak dan berusaha menghayatinya dari masa ke semasa adalah tanggungjawab seorang yang beriman. Kejayaan kita ialah dengan memahami dalam melaksanakan isi kandungan al-Quran. Kita hendaklah membaca al-Quran sehingga dapat membezakan antara yang benar dan yang salah. Antara yang ikhlas dan yang pura-pura. Antara yang membela kebenaran dan yang memperjudikan kebenaran. Ini amat penting sepanjang masa, apatahlagi di zaman dunia yang penuh kekaburan dan kekeliruan. Tidak berpada sekadar melagukan, bertanding dan menggantung di dinding-dinding tanpa memperdulikan isi yang tersurat dan tersirat di sebalik tulisan yang tersemat.
Jangan juga kita lupa bahawa pada zaman ini akan ada yang menggunakan al-Quran untuk mendapatkan wang ataupun harta dunia dari manusia. Sabda Nabi
“Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, bertaraf hasan).
Jangan hairan jika kita bertemu dengan mereka yang meminta wang bacaan al-Quran kononnya sebagai bayaran pahala kepada si mati, ataupun membaca al-Quran dengan segala lenggangan lagunya hanya semata-mata untuk mendapatkan wang. Bukan itu tujuan al-Quran diturunkan!
http://drmaza.com/
Arakan ibarat 'Gaza Kedua'
Harakahdaily, | 12 Ogs 2012 |
Himpunan aman tersebut menampilkan pidato-pidato khas oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Kamaruzzaman Muhammad, Professor dari Institut Pemikiran Rantau Asia Barat Dr. Kamaruzzaman Yusuf, Presiden Union of World Rohingya Organization Rashid Roslan dan Setiausaha Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.
Himpunan yang dihadiri lebih 200 mahasiswa dari pelbagai kampus di seluruh pelusuk tanah air kelmarin sebulat suara mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan yang dilakukan terhadap umat Islam di Rohingya serta mendesak pihak kerajaan dan organisasi antarabangsa PBB, ASEAN dan OIC agar segera bertindak menghentikan pergolakan yang berlaku di negara Myanmar.
Bercakap dalam pidato perasmian, Akram Ikrami Taib Azamuddin selaku Presiden GAMIS, mahasiswa akan terus konsisten memperjuangkan nasib mangsa kekejaman di Myanmar dan memberi penerangan kepada masyarakat serta mendesak pihak-pihak bertanggungjawab agar segera bertindak bagi menghentikan kekejaman yang berterusan.
Turut sama Exco Pemuda PAS, Kamaruzzaman Muhammad dalam pidato beliau mengemukakan tiga desakan di peringkat PAS iaitu supaya diberi hak kerakyatan kepada etnik Rohingya, ditubuhkan institusi umat Islam di Myanmar bagi membenarkan bantuan ke bumi Arakan, serta diambil tindakan oleh ASEAN terhadap pihak Arakan yang terus menerus melakukan kekejaman.
Tidak terkecuali pidato oleh Nurul Izzah Anwar yang melahirkan rasa kekecewaan beliau terhadap pihak kerajaan Malaysia khususnya Menteri Luar Negeri yang mengambil sikap membisu dalam isu yang melibatkan pembunuhan lebih 300,000 umat Islam tidak berdosa di negara jiran.
“Ke mana hilangnya Tun Dr. Mahathir yang dahulunya mengemukakan cadangan idea untuk menggabungkan Myanmar ke dalam ASEAN?” ujar beliau dalam pidatonya.
Pidato kemuncak oleh Setiausaha MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan betapa situasi kekejaman terhadap umat Islam Rohingya telah berterusan lebih 60 tahun tanpa apa-apa tindakan agresif terhadap penjenayah-penjenayah terbabit oleh mana-mana organisasi besar di seluruh dunia.
Beliau menyifatkan Myanmar sebagai “Gaza Kedua" dengan menjelaskan bahawa Arakan sebagai “Under Siege” yakni disekat perhubungan dari luar dan dalam untuk saluran bantuan kemanusiaan.
“Kami akan melancarkan Flotilla ke-2 dalam masa terdekat, yang akan diwakili oleh masyarakat dari seluruh pelusuk dunia, wakil-wakil NGO, mahasiswa dan parti-parti politik,” tegas beliau dalam pidatonya yang disambut dengan laungan takbir dari hadirin.
Majlis bermula dengan solat tarawikh dan solat hajat berjamaah yang disertai dengan bacaan qunut nazilah yang diimami oleh Rashid Roslan, Presiden Union of World Rohingya Organization. Wakil Umno dan ILMU tidak dapat hadir bersama-sama dalam majlis kelmarin. Himpunan aman berakhir dengan tandatangan wakil-wakil jemputan pada sepanduk putih sebagai simbolik solidariti bantahan dan kesatuan dalam memperjuangkan isu kekejaman terhadap umat Islam Rohingya
AS, Turki rancang hadapi 'senario terburuk Syria'
Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, | 12 Ogs 2012 |
(Sidang media bersama Clinton dan Menteri Luar Turki)
ISTANBUL: Hillary Clinton, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, berkata negaranya sedang menubuhkan satu kumpulan yang akan bekerjasama dengan Turki untuk merancang bagaimana untuk berhadapan dengan ‘senario terburuk Syria, termasuklah kebarangkalian serangan senjata kimia ke atas pihak penentang kerajaan.
Dalam sidang media bersama di Istanbul dengan Ahmet Davutoglu, Menteri Luar Turki, Clinton berkata bahawa kumpulan itu akan menyelaraskan tindak balas tentera, perisikan dan politik kepada apa-apa potensi kesan sampingan di Syria.
Amerika Syarikat dan Turki bersetuju mengenai keperluan untuk merancang situasi berhadapan "insiden dahsyat melibatkan penggunaan senjata kimia," kata Clinton Sabtu lalu.
"Kita akan merancang tindak balas, bantuan kemanusiaan dan perubatan kecemasan dan, sudah tentu, apa yang perlu dilakukan untuk menghalang senjata kimia itu daripada digunakan atau jatuh ke tangan yang salah."
Pada bulan Julai, jurucakap Kementerian Luar Syria, Jihad Makdissi menolak penggunaan senjata kimia ke atas Syria, berkata mereka hanya akan menggunakan senjata kimia sekiranya campur tangan tentera asing di Syria.
Clinton mengumumkan bantuan tambahan sebanyak 5 juta USD bagi mereka yang melarikan diri daripada pergolakan di Syria, yang telah mengorbankan lebih 21,000 nyawa menurut laporan kumpulan-kumpulan pemerhati.
Pengumuman itu menjadikan jumlah keseluruhan bantuan Amerika Syarikat kepada lebih daripada 80 juta USD, wartawan Al Jazeera, Andrem Simmons melaporkan dari Istanbul.
"Tidak kira berapa banyak wang yang anda bagi untuk situasi ini, memastikan ia sampai kepada pelarian adalah satu perkara yang berbeza.”
Persoalan itu dikemukakan kepada Clinton [sama ada] beliau ada mempertimbangkan zon larangan terbang.
Beliau tidak menjawab secara pasti, tetapi dia mengesahkan bahawa idea itu pernah dibincangkan...tetapi tiada keputusan telah diambil.
"Sekarang ia boleh menjadi satu-satunya cara untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat dan untuk membantu kumpulan pembangkang."
Menteri-menteri luar Arab, sementara itu, telah merancang untuk mengadakan satu mesyuarat tergempar di Arab Saudi pada hari Ahad untuk membincangkan krisis Syria.
Pertempuran di Damsyik
Perkembangan diplomatik itu diwarwakan apabila pasukan tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad bertempur Sabtu lalu dengan kumpulan penentang di tengah-tengah ibukota, Damsyik, berhampiran bank negara, lapor penduduk dan sebuah televisyen nasional.
Letupan diikuti dengan pertempuran yang mulai merebak, kata seorang penduduk, yang meminta untuk tidak disebutkan namanya kerana takut ditangkap.
'Letupan itu amat besar. Telah berlaku pertempuran untuk setengah jam yang lepas di sepanjang Jalan Pakistan.
Saya sangat dekat dengan tempat kejadian. Anda dapat dengar bunyi itu? " Tanya beliau, berkenaan bunyi letupan kuat yang baru berlaku.
Televisyen nasional melaporkan bahawa "pengganas" telah meletupkan bom di Merjeh, sebuah kawasan berhampiran bank negara.
Ia berkata “pengganas” ini telah "menembak secara rawak untuk mencetuskan panik di kalangan rakyat dan pihak berkuasa memburu kumpulan pengganas".
Pertempuran juga telah dilaporkan oleh kumpulan anti-kerajaan di daerah-daerah lain, termasuk Tadamun, Qaboon dan Qadam.
Tentera Syria berkata mereka telah menyingkirkan pemberontak dari ibu negara selepas pertempuran sengit selama seminggu bulan lepas. Tetapi pemberontak terus membuat serangan ‘serang dan lari’ dan aktif di kawasan pinggir bandar.
Subhanallah, 7 keajaiban Islam
http://detikislam.blogspot.com, | 12 Ogs 2012 |
Menara
Pisa, Tembok Cina, Candi Borobudur, Taaj Mahal, Ka'bah, Menara Eiffel,
dan Piramid di mesir, inilah semua keajaiban dunia yang kita kenal.
Namun sebenarnya semua itu belum terlalu ajaib, kerana di sana masih ada
tujuh keajaiban dunia yang lebih ajaib lagi. Mungkin sobat-sobat
bertanya-tanya, keajaiban apakah itu?
Haiwan Berbicara di Akhir Zaman
Maha
suci Allah yang telah membuat segala sesuatunya berbicara sesuai dengan
yang Ia kehendaki. Termasuk dari tanda-tanda kekuasaanya adalah ketika
terjadi hari kiamat akan muncul haiwan melata yang akan berbicara kepada
manusia sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Qur'an, surah An-Naml ayat
82,
"Dan
apabila perkataan Telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis
binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa
Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami".
Mufassir
Negeri Syam, Abul Fida 'Ibnu Katsir Ad-Dimasyqiy berkomentar tentang
ayat di atas, "Haiwan ini akan keluar di akhir zaman ketika rosaknya
manusia, dan mulai meninggalkan perintah-perintah Allah, dan ketika
mereka telah mengganti agama Allah. Maka Allah mengeluarkan ke hadapan
mereka haiwan bumi. Konon khabarnya, dari Makkah, atau yang lain
sebagaimana akan datang perinciannya. Haiwan ini akan berbicara dengan
manusia tentang hal itu ". [Lihat Tafsir Ibnu Katsir (3/49]
Haiwan
aneh yang berbicara ini akan keluar di akhir zaman sebagai tanda akan
datangnya kiamat dalam waktu yang dekat. Nabi-Shallallahu 'alaihi wa
sallam-bersabda,
"Sesungguhnya
tak akan tegak hari kiamat, sehingga kamu akan melihat sebelumnya 10
tanda-tanda kiamat: Gempa di Timur, gempa di barat, gempa di Jazirah
Arab, Asap, Dajjal, haiwan bumi, Ya'juj & Ma'juj, terbit matahari
dari arah barat, dan api yang keluar dari jurang Aden, akan menggiring
manusia ". [HR. Muslim dalam Shohih-nya (2901), Abu Daud dalam Sunan-nya
(4311), At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (2183), dan Ibnu Majah dalam
Sunan-nya (4041)]
Pohon Kurma yang Menangis
Adanya
pohon kurma yang menangis ini terjadi di zaman Rasulullah-Shollallahu
'alaihi wasallam-, mengapa sampai pokok ini menangis? Kisahnya, Jabir
bin Abdillah-radhiyallahu 'anhu-berkata,
"Jabir
bin Abdillah-radhiyallahu 'anhu-berkata:" Adalah dahulu
Rasulullah-Shollallahu' alaihi wasallam-berdiri (berkhutbah) di atas
sebatang kurma, maka tatkala diletakkan mimbar baginya, kami mendengar
sebuah suara seperti suara unta dari pohon kurma tersebut hingga
Rasulullah - shollallahu 'alaihi wasallam-turun kemudian beliau
meletakkan tangannya di atas batang pohon kurma tersebut ".
[HR.Al-Bukhariy dalam Shohih-nya (876)]
Ibnu Umar-radhiyallahu 'anhu-berkata:
"Dulu
Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-berkhuthbah pada batang kurma.
Tatkala beliau telah membuat mimbar, maka beliau berpindah ke mimbar
itu. Batang kurma itu pun merintih. Maka Nabi-Shollallahu 'alaihi
wasallam-mendatanginya sambil mengeluskan tangannya pada batang kurma
itu (untuk menenangkannya) ". [HR. Al-Bukhari dalam Shohih-nya (3390),
dan At-Tirmidziy dalam Sunan-nya (505)]
Batu mengucap salam
Mungkin
kalau seekor burung yang pandai mengucapkan salam adalah perkara yang
sering kita jumpai. Tapi bagaimana jika sebuah batu yang mengucapkan
salam. Sebagai seorang hamba Allah yang mengimani Rasul-Nya, tentunya
dia akan membenarkan seluruh apa yang disampaikan oleh Rasul-Nya,
seperti pemberitahuan beliau kepada para sahabatnya bahwa ada sebuah
batu di Mekah yang pernah mengucapkan salam kepada beliau sebagaimana
dalam sabdanya,
Dari
Jabir bin Samurah dia berkata, Rasulullah-Shollallahu 'alaihi
wasallam-bersabda, "Sesungguhnya aku mengetahui sebuah batu di Mekah
yang mengucapkan salam kepadaku sebelum aku diutus, sesungguhnya aku
mengetahuinya sekarang". [HR.Muslim dalam Shohih-nya (1782)] .
Pengaduan Seekor unta
Manusia
adalah makhluk yang mempunyai perasaan. Dari perasaan itu timbullah
rasa cinta dan kasih sayang di antara mereka. Akan tetapi ketahuilah,
bukan hanya manusia saja yang memiliki perasaan, bahkan haiwan pun
memilikinya. Oleh kerana itu sangat disesalkan jika ada manusia yang
tidak memiliki perasaan yang membuat dirinya lebih rendah daripada
haiwan. Pernah ada seekor unta yang mengadu kepada
Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-mengungkapkan perasaannya.
Abdullah
bin Ja'far-radhiyallahu 'anhu-berkata, "Pada suatu hari
Rasulullah-Shallallahu' alaihi wasallam-pernah supaya aku membonceng
dibelakangnya, kemudian beliau membisikkan tentang sesuatu yang tidak
akan kuceritakan kepada seseorang di antara manusia. Sesuatu yang paling
beliau senangi untuk dijadikan pelindung untuk buang hajatnya adalah
gundukan tanah atau kumpulan batang kurma. lalu beliau masuk ke dalam
kebun laki-laki Ansar. Tiba tiba ada seekor unta. Tatkala
Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-melihatnya, maka unta itu merintih dan
bercucuran air matanya. Lalu Nabi-Shallallahu 'alaihi
wasallam-mendatanginya seraya mengusap dari perutnya sampai ke pundaknya
dan tulang telinganya, maka tenanglah unta itu. Kemudian beliau
bersabda, "Siapakah pemilik unta ini, unta ini milik siapa?" Lalu
datanglah seorang pemuda Anshar seraya berkata, "unta itu milikku, wahai
Rasulullah".
Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wasallam-bersabda:
"Tidakkah
engkau bertakwa kepada Allah dalam binatang ini, yang telah dijadikan
sebagai milikmu oleh Allah, kerana ia (binatang ini) telah mengadu
kepadaku bahawa engkau telah membuatnya letih dan lapar". [HR. Abu Daud
dalam As-Sunan (1/400), Al-Hakim dalam Al-Mustadrak (2/99-100), Ahmad
dalam Al-Musnad (1/204-205), Abu Ya'la dalam Al-Musnad (3 / 8/1),
Al-Baihaqiy dalam Ad-Dala'il (6/26), dan Ibnu Asakir dalam Tarikh
Dimasyqa (9/28/1). Lihat Ash-Shahihah (20)]
Kesaksian Kambing Panggang
Kalau
binatang yang masih hidup boleh berbicara adalah perkara yang ajaib,
maka tentunya lebih ajaib lagi kalau ada seekor kambing panggang yang
berbicara. Ini memang aneh, akan tetapi nyata. Kisah kambing panggang
yang berbicara ini terdapat dalam hadis berikut:
Abu Hurairah-radhiyallahu 'anhu-berkata:
"Rasulullah-Shollallahu
'alaihi wasallam-menerima hadiah, dan tak mau makan shodaqoh. Maka ada
seorang wanita Yahudi di Khoibar yang menghadiahkan kepada beliau
kambing panggang yang telah diberi racun. Lalu Rasulullah-Shallallahu
'alaihi wa sallam-pun memakan sebahagian kambing itu, dan kaum (sahabat)
juga makan. Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda,
"Angkatlah tangan kalian, kerana kambing panggang ini mengkhabarkan
kepadaku bahawa dia beracun". Lalu meninggallah Bisyr bin Al-Baro 'bin
Ma'rur Al-Anshoriy. Maka Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-menghantar
(utusan membawa surat), "Apa yang mendorongmu untuk melakukan hal itu?"
Wanita itu menjawab, "Jika engkau adalah seorang nabi, maka apa yang aku
telah lakukan tak akan membahayakan dirimu. Jika engkau adalah seorang
raja, maka aku telah melepaskan manusia darimu ". Kemudian
Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-memerintahkan untuk membunuh
wanita itu, maka ia pun dibunuh. Nabi-Shallallahu 'alaihi wa
sallam-bersabda ketika beliau sakit yang menyebabkan kematian beliau,
"Senantiasa aku merasakan sakit akibat makanan yang telah aku makan
ketika di Khoibar. Inilah saatnya urat nadi leherku terputus ". [HR. Abu
Daud dalam Sunan-nya (4512). Di-shohih-kan Al-Albaniy dalam Shohih
Sunan Abi Dawud (hal.813), dengan tahqiq Masyhur Hasan Salman]
Batu yang Berbicara
Setelah kita mengetahui
adanya batu yang mengucapkan salam, maka keajaiban selanjutnya adalah
adanya batu yang berbicara di akhir zaman. Jika kita fikirkan, maka
terasa aneh, tapi demikianlah seorang muslim harus mengimani seluruh
berita yang disampaikan oleh Rasulullah-Shollallahu 'alaihi wasallam-,
baik yang masuk akal, atau tidak. Kerana Nabi-Shallallahu 'alaihi wa
sallam-tidaklah pernah berbicara sesuai hawa nafsunya, bahkan beliau
berbicara sesuai tuntunan wahyu dari Allah Yang Mengetahui segala
perkara ghaib.
Rasulullah-Shallallahu 'alaihi wa sallam-bersabda:
"Kamu
akan memerangi orang-orang Yahudi sehingga seorang di antara mereka
bersembunyi di balik batu. Maka batu itu berkata, "Wahai hamba Allah,
Inilah si Yahudi di belakangku, maka bunuhlah ia". [HR. Al-Bukhari dalam
Shohih-nya (2767), dan Muslim dalam Shohih-nya (2922)]
Al-Hafizh
Ibnu Hajar-rahimahullah-berkata, "Dalam hadis ini terdapat tanda-tanda
dekatnya hari kiamat, berupa berbicaranya benda-benda mati, pohon, dan
batu. Lahiriahnya hadis ini (menunjukkan) bahawa benda-benda itu
berbicara secara hakikat ". [Lihat Fathul Bari (6/610)]
Semut Memberi Arahan
Mungkin
kita pernah mendengar cerita fiktif tentang haiwan-haiwan yang
berbicara dengan haiwan yang lain. Semua itu hanyalah cerita rekaan
belaka dan omong kosong. Tapi ketahuilah wahai para pembaca,
sesungguhnya adanya haiwan yang berbicara kepada haiwan yang lain,
bahkan memberi arahan, seperti seorang komander pasukan yang memberikan
perintah. Haiwan yang memberi arahan tersebut adalah semut. Kisah ini
sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Qur'an,
"Dan
Sulaiman Telah mewarisi Daud, dan dia berkata:" Hai manusia, kami Telah
diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu.
Sesungguhnya (semua) Ini benar-benar suatu kurnia yang nyata ". Dan
dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung lalu
mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan). Hingga apabila mereka
sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut,
masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman
dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyadari.Maka dia (Sulaiman)
tersenyum dengan tertawa kerana (mendengar) kata-kata semut itu. dan dia
berdoa: "Ya Tuhanku berilah Aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat mu
yang Telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku
dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah Aku
dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh ".
(QS.An-Naml: 16-19).
Inilah
beberapa perkara yang lebih layak dijadikan "Tujuh Keajaiban Dunia"
yang menghebohkan, dan mencengangkan seluruh manusia. Orang-orang
beriman telah lama meyakini dan mengimani perkara-perkara ini sejak
zaman Nabi-Shallallahu 'alaihi wa sallam-sampai sekarang. Namun memang
kebanyakan manusia tidak mengetahui perkara-perkara itu. Oleh kerana
itu, kami mengangkat hal itu untuk mengingatkan kembali, dan menanamkan
aqidah yang kukuh di hati kaum muslimin
Sudah nak berak baru menggali lubang
Aspan Alias, | 12 Ogs 2012 |
Pepatah
Melayu ada berkata. ‘dah nak berak baru gali lubang’. Itulah hakikatnya
dalam isu pernubuhan RCI berhubung dengan isu kebanjiran pendatang
haram di Sabah yang telah menjadikan BN ibarat telor di hujung tanduk.
Semalam Najib telah menubuhkan Suruhanjaya di Raja (RCI) berhubung
dengan kedatangan ratusan ribu pendatang tanpa izin yang telah menjadi
masalah besar kepada negeri Sabah.
Suruhanjaya ini (RCI) jika benar-benar menjadi kenyataan dan dilaksanakan dengan seratus peratus ketelusan, ia akan menjadi igauan kepada BN. Tetapi dalam pengumuman Najib semalam beliau tidak menyentuh satu pun dari lapan ‘term of reference’ yang telah dipersetujui itu. Apa yang terpenting di dalam penyiasatan RCI ini nanti ialah siapa yang bertanggungjawab terhadap pemberian kad-kad pengenalan itu serta pemberian kerakyatan kepada pendatang tanpa izin dengan begitu banyak itu.
RCI itu juga berwajib untuk mengutamakan motif dan tujuan pemberian sijil-sijil kerakyatan dan kad-kad pengenalan itu. Kedua-dua isu ini merupakan isu yang tersangat penting yang rakyat ingin tahu. Apa kah asas pemberian dengan pengeluaran sijil-sijil kerakyatan yang diberikan kepada pendatang itu? Pemberian itu semestinya bersebab sehinggakan pembajiran pendatang ke Sabah sejak sekian lama telah menjejaskan keadaan sosial, ekonomi dan berbagai-bagai lagi masalah yang terpaksa dihadapi oleh rakyat tempatan Sabah.
Jika usaha memberikan sijil-sijil kerakyatan ini tidak mempunyai asas yang kukuh, maka tindakan itu adalah satu tindakan ‘treason’ yang begitu aib nilainya dan mereka yang bertanggungjawab mesti dihadapkan ke mahkamah tanpa memilih bulu. Yang kita hendak jaga dengan rapi ini ialah sebuah negara yang berdaulat. Jika tindakan itu tidak mempunyai sebab, maka ia adalah tindakan yang mencemarkan kedaulatan negara kita.
Nyata sekarang tindakan pembentukan RCI ini merupakan tindakan yang telah lama di tunggu-tunggu dan desakan pemimpin-pemimpin Sabah sejak puluhan tahun dahulu baru sahaja hendak di dengar. Itu pun setelah BN sendiri merasakan yang sokongan rakyat Sabah sudah merudum terhadap pimpinan BN di sana.
Kita tidak wajar menafikan hakikat yang penubuhan RCI ini dilakukan kerana terpaksa memandangkan pimpinan dan rakyat Sabah sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi selain dari membenamkan kerajaan BN yang memerintah selama ini yang menjadi penyebab pembanjiran pendatang haram dengan begitu ramai.
Penubuhan ini dilakukan dengan serta merta dalam keadaan terdesak dan kita sendiri menyaksikan yang pembentukan RCI ini ibarat ‘sudah nak berak sangat baru gali lubang’ Keputusan kepada RCI ini wajar di ketahui umum sebelum PRU ini dan tidak boleh diambil enteng lagi oleh kerajaan dan jabatan yang bertanggungjawab di peringkat persekutuan ini.
Dr Mahathir menentang penubuhan RCI ini dan kita tidak terperanjat dengan pendirian beliau itu. Tidak payah kita membuat apa-apa spekulasi terhadap beliau kerana beliau sememangnya mengetahui perkara itu berlaku dan ini merupakan isu yang sangat hangat yang diperbincangkan oleh rakyat ramai di bawah ini. Jika dengar sangat nasihat Dr Mahathir ini ia akan menjadi laibiliti sepanjang zaman kepada kerajaan hari ini.
Hanya kita mengharapkan agar keputusan RCI ini dibuat dengan telus dan jika terpaksa mengadapkan sesiapa di mahkamah ia perlu dilakukan. Jangan pula menjadi RCI terhadap isu Lingam dahulu. Tidak ada apa-apa tindakan yang di ambil terhadap sesiapa yang bertanggungjawab itu. Kita sememangnya menunggu cadangan-cadangan yang akan dibentangkan oleh RCI sesudah selesai melaksanakan tanggungjawab penting terhadap negara ini.
Tetapi yang paling mudah untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab dan motif pesalah laku dalam isu ini ialah untuk rakyat bersatu dengan mengubah kepimpinan negara dan di Sabah.
Jika perubahan dilakukan di Sabah, bukan sahaja isu pendatang izin boleh diselesaikan, banyak isu lain yang menghantui Sabah dan negara keseluruhan akan dapat diselesaikan dan diatasi dengan mudah.
Sesungguhnya RCI yang dianggotai oleh rakyat merupakan RCI yang paling mustajab untuk menyelesaiannya. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Air S'gor: NGO demo bantah Syabas
Salmiyah Harun, | 12 Ogs 2012 |
Penyelaras Jerit, Parameswari berkata, Syabas di bawah pengurusan swasta dengan jelas tidak mengutamakan keperluan dan kebajikan rakyat sebaliknya mengutamakan keuntungan.
Beliau yang ditemui ketika mengadakan himpunan aman menolak Syabas di depan pejabat syarikat itu di sini hari ini berkata, air adalah sumber alam yang penting tidak sepatutnya digunakan dalam permainan politik mahupun komoditi untuk dijual beli.
"Menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membekalkannya dan bukan syarikat swasta. Kerajaan Selangor mesti ambil alih kerana hak air perlu dikembalikan kepada rakyat.
"Malah kerajaan pernah berjanji rakyat negeri itu tidak perlu menanggung hutang dan kerugian syarikat konsesi," katanya.
Tambahnya, sejak bekalan air diswastakan rakyat Selangor sering mengalami banyak masalah seperti air tidak bersih, catuan dan gangguan bekalan air.
Bahkan katanya, pihak Syabas mengambil sikap sambil lewa dalam menghantar lori air terutama di kawasan luar bandar apabila terdapat gangguan air.
"Pihak kami banyak mengandalikan kes seperti ini, apabila bekalan air dipotong terutama membabitkan keluarga miskin. Menafikan bekalan air kepada golongan ini atas dasar keuntungan adalah pencabulan hak asasi," katanya.
Beliau percaya, masalah air di Selangor sengaja ditimbulkan untuk membangkitkan kemarahan rakyat.
"Ini taktik kotor Syabas dan kerajaan Pusat untuk tumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor," katanya.
Akibat tekanan dari kerajaan Pusat, menurut seorang lagi penyelaras Jerit Simon, Syabas hendak meneruskan projek Langat 2 walaupun ia bukan keperluan mendesak akibatnya tarif air akan meningkat,
Jelas Simon, apabila kerajaan Selangor terus menghalang projek berkenaan dan menyatakan mahu mengambil alih Syabas, CEO yang bersekongkol dengan kerajaan pusat mengugut akan membuat catuan air.
"Tindakan itu untuk menggambarkan Selangor sedang menghadapi krisis air. Jelas sekali tindakan ini adalah untuk membuatkan rakyat merana kerana tidak memilih BN sebagai kerajaan negeri," katanya.
Sebelum ini, Langat 1 telah dibina untuk menyelesaikan krisis air di Selangor pada 2009.
Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan mendesak Kerajaan Selangor untuk membina Langat 2 bagi mengatasi masalah air, namun bagi Selangor tidak ada keperluan untuk Langat 2 kerana bekalan air di tujuh buah empangan di Selangor mencukupi.
Protes anti kerajaan di Maghribi
Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, | 12 Ogs 2012 |
(Sebahagian daripada penunjuk perasaan terhadap kos sara hidup yang tinggi dan lain-lain faktor ketidakpuasan hati masyarakat di ibu negara Rabat [AFP])
CASABLANCA: Beratus-ratus aktivis berarak di bandar-bandar utama Maghribi untuk membantah rasuah, kos sara hidup yang tinggi dan lain-lain sebab ketidakpuasan hati masyarakat.
Kumpulan hak manusia, kesatuan sekerja dan pergerakan protes 20 Februari telah merancang demonstrasi itu di tengah-tengah kekecewaan rakyat di atas kegagalan kerajaan untuk menunaikan manifesto pilihan raya.
Di Casablanca, bandar terbesar Maghribi, hampir 1,000 orang berkumpul, melaungkan slogan anti-rasuah, mengecam kenaikan harga barang, dan meminta pembebasan aktivis-aktivis yang dipenjarakan, kata seorang saksi.
Kira-kira 300 orang berkumpul berhampiran jalan utama di ibu negara, Rabat, melaungkan slogan mengkritik Perdana Menteri Abdelilah Benkirane,, dan mengibarkan sepanduk anti-kerajaan, lapor koresponden AFP.
"Bebaskan aktivis! Hentikan penindasan rakyat!” tulisan yang terpapar di sebuah sepanduk.
Ahli-ahli pergerakan pro-reformasi 20 Februari telah dipenjarakan dalam beberapa bulan lalu kerana mengambil bahagian dalam protes haram.
Demonstrasi lain, yang menjangkau sehingga 200 orang, juga telah dilaporkan di bandar Marrakesh dan di Tangier, bandar pelabuhan di utara pantai Maghribi, kata saksi.
Lonjakan kos sara hidup
Aktivis menyalahkan parti pemerintah, Parti Pembangunan dan Keadilan (Justice and Develoment Party) bagi kenaikan harga minyak petrol – harga petrol melonjak sebanyak 20 peratus dalam bulan Jun apabila kerajaan membuat keputusan memotong subsidi – yang merupakan faktor yang mendorong kenaikan kos makanan dan barang-barang asas yang lain.
Mereka juga menuduh Benkirane yang telah dilantik sebagai Perdana Menteri pada bulan Januari lalu sebagai tidak memenuhi janji kempen pilihanrayanya untuk menangani rungutan sosial dan memerangi rasuah.
Bagaimanapun Pergerakan 20 Februari, yang ditubuhkan tahun lepas apablia kebangkitan Arab Spring melanda negara-negara lain di rantau ini, telah kehilangan banyak sokongan sejak Parti Pembangunan dan Keadilan memenangi banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya pada November tahun lepas.
Demonstrasi Sabtu lalu itu bagaimapun gagal menarik bilangan peserti seperti demonstrasi dalam bulan Mei, apabila berpuluh-puluh ribu orang turun berdemonstrasi di jalan Casablanca mengadu tentang masalah pengangguran dan masalah sosial yang lain.
Menurut satu laporan terbaru yang diterbitkan oleh Bank Dunia, kira-kira 30 peratus orang muda Maghribi berumur 15 dan 29 tahun – iaitu 44 peratus dari populasi umur layak bekerja - tidak mempunyai pekerjaan.
Penerbangan terus Firefly KB-Singapura
Salmah Mat Husain, | 12 Ogs 2012 |
(Sebahagian penumpang yang menaiki Firefly dari Singapura terus ke Kota Bharu)
KOTA BHARU: Selepas permintaan penerbangan Firefly terus dari Kota Bharu ke Johor Bharu mendapat sambutan menggalakkan, kini syarikat itu memulakan pula penerbangan terus dari Kota Bharu ke Singapura dan sebaliknya.
Bermula 10 Julai lalu, orang ramai berpeluang menggunakan khidmat firefly menerusi penerbangan terus itu serentak sama ada di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra atau dari Singapura bermula jam 9.50 pagi.
Bukan itu sahaja, penerbangan tiga kali seminggu dari Kota Bharu ke Johor Bharu dan sebaliknya sebelum ini yang telah diperkenalkan pada 26 April lalu, telah diadakan setiap hari.
Pengurus Agen Jualan Pantai Timur, Mansur Mohammad, berkata penerbangan terus Kota Bharu-Singapura, Singapura-Kota Bharu akan diadakan empat kali seminggu denan satu penerbangan.
“Ianya bermula pukul 9,.50 pagi dan akan tiba kira-kira 12.00 tengahari serentak sama ada di Lapangan Terbang Kota Bharu atau di Singapura,”ujarnya.
Katanya, pihaknya yakin orang ramai tidak akan melepaskan peluang untuk menggunakan penerbangan firefly khususnya mereka yang ingin menyingkatkan perjalanan masing-masing.
Beliau berkata demikian ketika di temui sempena hari pelancaran itu.
Seramai 30 orang delegasi dari Singapura yang terdiri dari travel agensi, media termasuk dari majalah pelancongan serta individu menaiki penerbangan pertama itu.
Kedatangan anggota rombongan itu disambut oleh Pengarah Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan, (TIC), Nik Mohd Hasanudin Nik Hussin.
Turut serta, pegawai kanan SUK, Mohd Ariff Mohd Nor dan lain-lain kakitangan TIC dan Firefly.
Mansor berkata, tidak mustahil pihaknya akan mengadakan penerbangan terus setiap hari Kota Bharu-Singapura dan Singapura-Johor Bharu sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan.
Insiden Rafah: Hanya Ikhwan yang lebih mengetahui
Foreignpolicy terjemahan Mohamad Yahya, | 12 Ogs 2012 |
(Peristiwa 5 Ogos yang membunuh 16 tentera Mesir)
GAZA: Tidak lama selepas pembunuhan 5 Ogos dimana 16 anggota tentera Mesir berhampiran sempadan Mesir dan Gaza, pegawai-pegawai Mesir, Israel dan Amerika Syarikat menentukan bahawa penyerang-penyerang itu adalah sebahagian daripada "kumpulan pelampau" – yang masih belum dapat dikenal pasti.
Menurut maklumat rasmi, penyerang-penyerang itu menembak AK-47 ke arah askar kerahan dan pegawai tentera ketika mereka sedang bersedia untuk berbuka puasa.
Lapan dari penyerang itu terbunuh dalam pertempuran berikutnya, di mana sebelum itu mereka merampas kereta perisai pihak tentera dan gagal dalam cubaan menyeberangi sempadan Mesir-Israel.
Bagaimanapun, untuk para pemerhati, kenyataan rasmi itu nampaknya terlalu kemas.
Kerajaan Mesir jarang membuat kesimpulan yang cepat mengenai apa-apa perkara melainkan apabila pemimpinnya hendak menyembunyikan sesuatu, yang biasanya berakhir dengan cerita separuh masak yang ramai orang cenderung untuk tidak mempercayainya.
Kisah tentang satu kumpulan militan adalah sesuatu cerita yang sesuai dimainkan, meninggalkan wartawan, pengulas, dan rakyat Mesir yang skeptikal dengan dua teori: sama ada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (Supreme Council of Armed Force) dan perisikan Mesir merancang operasi tersebut untuk memalukan presiden baru Mesir, Mohamed Morsi.
Atau kedua, Mossad Israel sendiri melakukannya - dakwaan tidak berasas yang diajukan oleh Ikhwanul Muslimin sendiri.
Namun, apa yang tidak jelas dalam semua spekulasi ini adalah, kesan politik yang penting tetapi tak terjangka-jangka.
Apa yang membuatkan insiden Rafah lebih menarik daripada serangan sebelum ini di Sinai - yang telah banyak kali berlaku – adalah potensinya untuk memecahkan jalan mati politik Mesir.
Pada mulanya, kelihatan seolah-olah Morsi akan menanggung kesalahan serangan itu walaupun dia memberi retorik yang sukar pada awalnya.
Malah, beliau tidak menghadirkan diri untuk pengebumian anggota tentera yang terkorban, mendakwa bahawa kawalan keselamatan untuk dirinya akan menggangu proses perkabungan itu.
Penunjuk perasaan pula mengejar Hisham Qandil, Perdana Menteri yang dilantik Morsi, dari upacara perkabungan dengan membaling kasut.
Selasa lalu, ramai beranggapan bahawa karier politik Morsi telah berakhir. Namun, 24 jam selepas itu segalanya telah berubah.
Ia mungkin sesuatu yang tidak dapat dielakkan apabila pelbagai parti politik, puak dan kumpulan di Mesir, akan cuba untuk memanfaatkan keganasan di Rafah sebagai kelebihan politik mereka.
Pergerakan 6 April, Kefaya, dan kumpulan-kumpulan lain yang kurang terkenal mengambil peluang ini untuk menggilap kembali imej politik mereka yang semakin pudar.
Mereka menganjurkan satu bantahan namun ternyata bantahan itu tidak mendapat sambutan.
Mereka berarak berhampiran kediaman duta Israel, mendakwa Mossad bertanggungjawab atas serangan tersebut, tampak sungguh ironi melaungkan perpaduan kepada pasukan keselamatan yang digelar umum sebagai syaitan.
Walau bagaimanapun, pada akhirnya, bantahan ini hanyalah persembahan sampingan untuk drama utama politik Mesir, pertembungan antara Majlis Tertinggi Angkatan Tentera dan Ikhwan Muslimin.
Selepas berbulan-bulan, kelihatan bahawa pertembungan ini tidak mempunyai pengakhirannya.
Ikhwan masih mengekalkan idea-idea tentang masyarakat yang masih bergema di minda rata-rata rakyat Mesir tetapi sangat sedikit cara-cara praktikal untuk mengubah idea-idea ini menjadi kenyataan.
Tentera pula adalah imej berlawanan kepada Ikhwan. Pegawai-pegawai tentera tidak mempunyai pandangan sedunia yang koheren dan menarik, tetapi mereka mempunyai keupayaan untuk mencegah mereka yang mempunyai pandagan tersebut dari mengumpul sokongan dan mengubah sistem politik.
Hasilnya ialah Mesir menemui jalan buntu, yang dibayangi dengan siri tawaran taktikal politik yang akan bertahan sehinggalah keadaan mendesak Ikhwan dan Majlis Tertinggi Angkatan Tentera mencari kata putus.
Tetapi pembunuhan Rafah mungkin kurang berjaya dalam agenda sebenarnya. Sejauh mana pun kedudukan Morsi kelihatan lemah, beliau mempunyai dua kelebihan yang berbeza yang membolehkan beliau menukar pembunuhan Rafah kepada kelebihan politik beliau:
Pertama, ketidakcekapan Mejar Jeneral Murad Muwafi, ketua Perkhidmatan Perisikan Am, dan kedua, hakikat bahawa Morsi adalah adalah presiden hasil lantikan popular warga Mesir.
Penahanan 50 pejuang Islam gugat dasar Amerika
Simon Henderson terjemahan Mohamad Yahya, | 12 Ogs 2012 |
Sejak
beberapa bulan yang lalu, lebih daripada 50 pejuang Islam telah
ditangkap di seluruh Emiriah Arab Bersatu (United Arab Emirates), negara
pengeluar minyak dan sekutu utama Amerika Syarikat.
Peguam Negara UAE menyatakan minggu ini bahawa tahanan, yang kesemuanya adalah warganegara UAE, telah "mendedahkan rancangan untuk menjejaskan keselamatan negara" dan telah dikaitkan dengan "pihak-pihak dan organisasi pihak asing yang mencurigakan."
Dengan kata lain, mereka ditahan kerana menuntut pembaharuan politik dan kerana menerima sokongan dari Ikhwanul Muslimin Mesir.
Malah, ketua polis di Dubai, hab komersial di negara ini, lebih berterus terang tentang isu bulan lepas, menerangkan "terdapat sejumlah besar Ikhwanul Muslimin di negara-negara Teluk" dan memberi amaran untuk "berwaspada dan sentiasa berjaga-jaga…kerana akan timbulnya masalah."
Washington setakat ini berdiam diri tentang penahanan tersebut. Walaupun begitu, UAE telah terkejut dengan reaksi media antarabangsa dan kelihatan begitu jengkel bahawa pejuang Islam itu - anggota kumpulan yang dikenali sebagai "al-Islah," bermaksud "reformasi" - digambarkan sebagai aktivis demokrasi.
Kerajaan UAE menganggap dirinya sebagai progresif walaupun ia tiada sistem parlimen (Majlis Kebangsaan Persekutuan, sebuah badan penasihat, dipilih oleh 129,000 pengundi yang telah dipilih secara rapi).
UAE juga berbangga dengan sikap keterbukaannya kepada warganegara asing, yang membentuk kira-kira 80 peratus daripada 5 juta penduduk UAE.
Kebanyakan ekspatriat menganggap Dubai dan Abu Dhabi, ibu kotanya, sebagai antara tempat yang paling selesa untuk didiami di rantau ini, walaupun keadaan untuk pekerja buruh asing dilaporkan amat teruk.
Penangkapan itu menunjukkan peningkatan dalam penentangan politik di UAE, mencerminkan pengaruh perubahan yang berlaku di Tunisia, Mesir dan Libya.
Tahun lepas, beberapa aktivis sekular telah dipenjara selama beberapa bulan selepas menandatangani sebuah petisyen yang memanggil untuk kewujudan sebuah ‘badan perundangan yang dipilih’, satu permintaan yang dianggap sebagai ‘menghina pemerintah’.
Selain dari hukuman penjara, cara tradisional UAE berurusan dengan kes aktivis seperti itu termasuklah hukuman buang negeri dan penyerahan kewarganegaraan.
Sebagai contoh, beberapa aktivis telah dipaksa untuk menjadi warganegara Kepulauan Comoros, kepulauan kecil di luar pantai timur Afrika yang merupakan salah satu daripada negara terkecil dan termiskin Liga Arab.
Walaupun kerajaan UAE pastinya lebih menyukai perbincangan yang minimal dari orang awam berkenaan penangkapan ini, keadaan yang berlaku adalah sebaliknya.
Semalam, pemerintah satu emiriyah Ras al-Khaimah, yang bergantung kepada Abu Dhabi untuk sokongan belanjawan – mengkritik sekeras-kerasnya al-Islah kerana cuba untuk "memusnahkan dan menyinggung perasaan" negara ini.
"Pembaharuan bermakna membina negara ini, bukan memusnahkannya," ujar beliau.
Menariknya, salah seorang saudara beliau sendiri adalah antara aktivis Islam yang kini di bawah tahanan rumah selepas menyeru keterbukaan politik.
Sementara itu, pemerintah emiriyah Sharjah memberi komen dengan nada yang lebih mententeramkan, ketika berkata dalam satu siaran televisyen, ia adalah "persoalan bagaimana kita berurusan dengan sesuatu situasi, dan bukannya soal memberi hukuman."
Dalam keterangannya di hadapan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Tom Lantos di Washington minggu lalu, Michael Posner, penolong setiausaha negara, ketua untuk Biro Demokrasi, Hak Manusia, dan Buruh (The Bureau of Democracy, Human Rights and Labor) menyentuh mengenai Bahrain, jiran UAE.
"Presiden Obama telah berkata bahawa masyarakat yang stabil dan demokratik adalah rakan dan sekutu terbaik," katanya.
Namun kini Washington mendapati dirinya bekerja rapat dengan pentadbiran baru Mesir yang dianggap UAE sebagai satu kuasa jahat.
Dengan keadaan tegang yang berlarutan disebabkan isu nuklear Iran, Amerika Syarikat memerlukan akses terus kepada Pangkalan Udara al-Dhafra dan pelabuhan Jebel Ali milik kerajaan UAE untuk menguatkan rondaan di Selat Hormuz.
Dalam keadaan ini, diplomasi senyap mungkin adalah cara terbaik untuk meredakan ketegangan dalam hubungan Amerika Syarikat-UAE.
Tetapi percanggahan antara keduanya makin meningkat – terbukti bahawa negara-negara Teluk yang konservatif pun tidak dapat lari dari gelombang politik yang melanda seluruh dunia Arab.
-------------------------------------------------------------
Simon Henderson adalah ahli Baker dan Pengarah bagi Program Polisi Teluk dan Tenaga (Gulf and Energy Policy Program) di The Washington Institute.
Tulisan asal di http://www.washingtoninstitute.org/policy-analysis/view/uae-arrests-highlight-challenges-to-u.s.-middle-east-policy

Tiada ulasan:
Catat Ulasan