Khamis, 9 Ogos 2012

KENA FIKIR KESAN INI BERLAKU DARI BILA...BUKAN MENUDUH MANA2 PM...SULUH JUGA DIRI....JAGA RASA DIRI TU HEBAT SANGAT...MINTALAH PADA ALLAH BUKAN RAKYAT....RAKYAT TAHU SAPE YANG BOLEH PAKAI SAPE YANG TAK BOLEH PAKAI...TENGOK DIRI DAN SULUH DALAM2 ADAKAH KITA BENAR2 PRAKTIKKAN ISLAM YANG SYUMUL...JANGAN SEMBANG AJE...NANTI ORANG KETAWAKAN KITA...BUKAN SEMUA ORANG BUTA DAN KURANG CERDIK

Kartun Zunar '1 Funny Malaysia' di animasi

Harakahdaily, 09 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkefli Anuar Ulhaq maju setapak lagi ke hadapan apabila menerbitkan kartun beliau dalam bentuk animasi pula.

Animasi pertama ini dibuat berdasarkan karya beliau bertajuk '1 Funny Malaysia'.

"Saya dengan ini mengumumkan sebuah penerbitan clip pendek kartun animasi karya saya bertajuk '1 Funny Malaysia.'

"Klip ini sepanjang 5 minit ini adalah kartun animasi politik pertama seumpamanya di Malaysia," kata Zunar dalam kenyataannya.

Zunar adalah pemenang anugerah "Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011" yang dianugerah oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis Sedunia, Washington DC.

Menurut Zunar, karya ini dihasilkan sebegai memenuhi permintaan ramai selain mengangkat karya beliau ke dimensi lain sesuai dengan kemajuan teknologi.

1 Funny Malaysia adalah satu cerita kartun satira komedi yang mengisahkan seorang mangsa korban C-4 yang juga bekas model, ANTU TUYA yang bangkit dari kubur bersama anaknya yang masih kecil.

Dia kemudian terbang menuju ke sebuah pusat pentadbiran kerajaan - PUTARJAYA.

Beliau menuju di pejabat DATO NAZAK yang sedang mengira duit. Sesampai di sana, Alantuya meminta Dato Nazak supaya TEPATI JANJI dengan memberi sebahagian komisyen kepada beliau.

Terkejut, Dato Nazak segera lari terjun tingkap ke atas seekor lembu berkepala manusia yang mamakai tudung.

Lembu tersebut kemudian meneyelamatkan Dato Nazak dengan membawa beliau lari kelaut.

Di laut, Dato Nazak menaiki kapal selam tetapi di tebing menunggu pula mahkamah Peranchis.
Apa kesudahannya? Ikuti video animasi 1 Funny Malaysia melalui link ini http://zunarcartoonist.com/

"Dengan siapnya clip ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kartunis/artis/animator/editor yang menjayakan produksi ini walau dengan bajet yang sangat rendah.

"Saya bercadang untuk menyambung untuk siri-siri berikutnya, tetapi memandang produksi animasi memerlukan dana, saya berharap peminat dan penyokong dapat menyumbang dana melalui laman web saya 'zunarcartoonist.com'," kata Zunar dalam kenyataannya.
Mahathir: Keluar parti 'risiko' bagi BN
Wartawan Sinar Harian
9 Ogos 2012
Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
SHAH ALAM - Di sebalik spekulasi bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipanggil dalam waktu terdekat, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kekurangan besar yang sedang dilalui Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri ialah beliau mewarisi sebuah kerajaan yang lemah.
"Masalah di sini bukan Najib... beliau pemimpin sebuah kerajaan yang lemah," kata Dr Mahathir yang menyandang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum bersara pada Oktober 2003.
Bercakap kepada Bloomberg, Dr Mahathir berkata, sebarang bentuk berpaling tadah akan menyebabkan "BN kalah dalam pilihan raya akan datang."
BN, perikatan 13 parti memerintah Kerajaan Pusat sejak negara merdeka. Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan ke-55 31 Ogos ini. Ia akan disusuli dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September.
Kajian Merdeka Center bulan lalu menyebut bahawa Najib, Perdana Menteri yang keenam, masih menikmati paras populariti 'stabil' yang positif.
Bulan lalu, dua ahli Parlimen BN dari Sabah mengisytiharkan tindakan memutuskan 'hubungan dengan parti masing-masing. Empat tahun lalu parti komponen BN di Sabah, Sapp telah keluar daripada perikatan tersebut.
Najib mengambil alih jawatan perdana menteri pada April 2009 - setahun selepas PRU12, yang menyaksikan BN hilang majoriit dua pertiga di Parlimen selain kehilangan kuasa kerajaan di empat lagi negeri.
Dalam temu bual itu, Dr Mahathir berkata, rakan Umno dalam BN iaitu MCA, Gerakan dan MIC telah berhadapan dengan masalah kepimpinan sehingga menyebabkan perikatan itu lemah.
Pun begitu menurut beliau, kedudukan BN lebih baik berbanding 2008.
"Najib lebih popular sekarang," kata Dr Mahathir, yang juga bekas Presiden Umno.
"Sebelum ini, rakyat bukan menentang BN, tetapi mereka marah dngan perdana menteri sebelum ini, keluarganya dan menantunya," kata beliau dengan merujuk kepada penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
MB Selangor: Panel khas ditubuh ambil alih konsesi air

9 Ogos 2012
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM - Sebuah jawatankuasa khas yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Muhammad Khusrin Munawi telah diwujudkan untuk memuktamadkan pengambilalihan empat syarikat konsesi air di negeri ini selewat-lewatnya bulan depan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Empat syarikat konsesi air di Selangor itu ialah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) and Konsortium ABASS.
Pengambilalihan itu akan dibuat berdasarkan harga pasaran munasabah, kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan hari ini.
"Sekiranya pemegang  konsesi tidak menerima nilai yang ditawarkan, mereka boleh merujuk kepada badan timbang tara bebas yang akan memutuskan nilai yang sepatutnya.
"Kerajaan Negeri akan mematuhi keputusan yang dibuat oleh badan timbang tara tersebut," katanya.
Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan mengemukakan  cadangan kepada Suruhanjaya Pengurusan Air Negara, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi memastikan proses pemajakan aset air negeri dan pengambilalihan liabiliti industri air diselesaikan serentak.

Pada masa sama, katanya, pemantauan ke atas Syabas akan diteruskan oleh Jawatankuasa Pemantauan bekalan air seperti biasa. - Bernama
Najib: Tema 'Janji Ditepati' berlandas tuntutan Islam, bukan retorik politik

9 Ogos 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA TERENGGANU - Tema Hari Kebangsaan tahun ini 'Janji Ditepati' sama sekali tidak merupakan retorik politik sebaliknya ia berlandaskan kepada tuntutan agama.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tema itu sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) berpegang kepada al-Quran dan Sunnah dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat keseluruhannya.
"Tema ini berpaksikan kepada rukun agama. Kita (BN) berjuang untuk tepati janji kepada rakyat. Kita akan tepati janji kita untuk beri kepercayaan pada rakyat.
Kita mahu membuktikan negara kita adalah negara Islam contoh," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis Berbuka Puasa Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Padang Nenas di sini, hari ini yang dihadiri kira-kira 10,000 orang. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.
Najib berkata dalam Islam jika setiap janji itu tidak dikotakan ia boleh dianggap sebagai munafik.
"Jadi kita sebagai sebuah kerajaan kita janji akan tepati janji itu. Kita bersedia ditolak rakyat kalau janji itu tidak kita tunaikan...kita sesama manusia pun perlu tunaikan janji, nak berniaga pun mahu berurusan dengan yang menepati janji dan kerajaan pun kita mahukan kerajaan yang menepati janji".
Beliau berkata disebabkan itu tidak perlu mana-mana pihak untuk takut kepada tema Hari Kebangsaan itu.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata rakyat perlu bersyukur dengan nikmat berada dalam sebuah negara yang makmur seperti Malaysia.
"Dalam bulan puasa ini kita dapat menjalani ibadah dengan sempurna tidak seperti di negara-negara lain.
"BN telah berjaya membela rakyat melalui pelbagai program dan berharap rakyat akan terus memberikan sokongan kepada BN," katanya.
Najib kemudiannya menyampaikan sumbangan ihsan Ramadan kepada anak yatim, orang kurang upaya, warga emas dan ibu tunggal.
Beliau selepas itu menunaikan solat Maghrib di Masjid Kampung Padang Nenas dan menunaikan solat Isyak dan solat sunat Tarawih di Masjid Wakaf Tembesu
sebelum berlepas pulang ke ibu negara. - Bernama

Finas tangguh tayang Tanda Putera, pengarah akur
SITI JULIANA MOHD JOHAR
9 Ogos 2012
Tanda Putera bukan filem politik
Shumi bersama barisan pelakon yang menjayakan Tanda Putera
SHAH ALAM - Filem Tanda Putera arahan pengarah wanita disegani, Datin Paduka Shuhaimi Baba, yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, telah ditangguhkan tayangan sehingga satu tarikh diberitahu kelak.

Sebelum ini, filem itu dijadualkan bakal menemui penonton 13 September ini.

Beliau yang turut dikenali sebagai Shumi sebelum ini berkata, “sejujurnya, saya dan barisan pelakon tidak sabar menanti tayangan filem ini pada 13 September sempena mood hari merdeka dan Hari Malaysia."

"Walaupun kecewa, saya tiada bantahan dan percaya Finas mempunyai tarikh yang lebih sesuai,” katanya.

Seperti dijelaskan Ketua Pengarah Finas, Mohd Naquib Razak, pihaknya terpaksa menunda tayangan Tanda Putera kerana mahu beri lebih ruang promosi bagi filem sangat berharga ini.

Biarpun sedikit terkilan, pengarah tersohor itu yakin dengan percaturan Finas yang membuat keputusan untuk tidak menayangkan Tanda Putera pada tarikh asal.

Filem itu berkisarkan politik negara tentang Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa 13 Mei 1969.

Filem yang dibintangi aktor Zizan Nin, Rusdi Ramli dan Faezah Elai itu juga rata-rata mendapat pujian daripada pihak media ketika diadakan majlis pratontonnya baru-baru ini.

Ura-ura mengatakan filem ini ditangguhkan tayangannya adalah disebabkan daripada bahang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang bakal tiba tetapi Shumi lantas menafikan khabar angin itu.
PR tolak panel khas, mahu royalti dibayar segera
NURUL AINI MOHAMED ALI
9 Ogos 2012
Logo Isu Royalti
Isu Royalti Minyak
PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penubuhan Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Negeri-negeri Pantai Timur yang diumumkan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak, tidak perlu sebaliknya bayaran perlu diberi secara terus kepada Kelantan dengan segera.

Menurutnya, kerajaan pusat perlu membayar secara tunai kepada Kelantan seperti yang dinikmati oleh Sabah dan Sarawak.

"Saya menuntut agar Najib tidak berdalih lagi berhubung pembayaran royalti minyak kepada Kelantan. Kelulusan bagi pembayaran royalti harus dipercepatkan tanpa melalui jawatankuasa khas," tegasnya.

Anwar mendesak Najib agar dapat mengembalikan semula hak Kelantan yang selama ini dinafikan oleh kerajaan pusat.

Jawatankuasa itu akan dianggotai wakil kerajaan Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan sultan masing-masing. Ia akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa turut menyatakan persetujuan penubuhan jawatankuasa khas tidak diperlukan bagi menyelesaikan isu pemberian royalti minyak kepada Kelantan.

"Ini merupakan komitmen PR bagi mendesak agar Perdana Menteri mampu menyelesaikan perkara ini secepat mungkin," katanya.

Menurut beliau lagi, bayaran royalti perlu dibuat dengan segera kepada Kelantan tanpa sebarang kerenah yang mengambil masa terlalu lama.

"Kajian yang bakal diadakan enam bulan ini tidak perlu kerana ia memakan masa terlalu lama. PR menjangkakan enam bulan ini akan melepasi tarikh pilihan raya, taktik ini sekadar bagi melengah-lengahkan pembayaran royalti," katanya lagi.
Tambahnya, setakat ini belum ada lagi sebarang nama wakil jawatankuasa negeri Kelantan dan tiada sebarang perbincangan dibuat.
Jais kesan sindiket guna pelajar sekolah kutip derma hingga pukul 3 pagi

9 Ogos 2012
SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesan terdapat sindiket yang berselindung di sebalik nama pusat Tahfiz, madrasah dan rumah anak yatim serta menggunakan pelajar sekolah untuk mengutip derma sehingga ke pukul 3 pagi setiap hari.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan Jais Hardi Mohamad Sadali berkata aktiviti sindiket mengutip derma itu terbongkar selepas lapan individu termasuk tiga rakyat asing ditahan dalam operasi kutipan derma tanpa kebenaran di Seksyen 9, 11, 17, 18 dan 19 di sini, hari ini.

Beliau berkata mereka yang ditahan berumur antara 16 dan 50 tahun kerana didapati menjalankan aktiviti mengutip derma tanpa kebenaran Jais dan di kawasan yang tidak dibenarkan.

"Siasatan kami mendapati ada yang berselindung di sebalik sindiket yang menggunakan pelajar sekolah yang dihantar sejak awal pagi hingga ke pukul 3 pagi keesokannya malah ada yang dipercayai dipergunakan oleh sebuah ajaran yang meragukan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hardi berkata operasi yang diketuai Penolong Pengarah Unit Perundangan dan Kesalahan Jais Zaaba Zakaria itu turut merampas beberapa barangan yang dijual oleh mereka yang ditahan seperti cakera padat karaoke, madu dan ubat-ubatan tradisional.

Beliau berkata turut dirampas ialah resit, tabung derma dan surat kebenaran kutipan yang tidak sah.

"Kesemua yang ditahan akan diambil kenyataan untuk tujuan siasatan sebelum tindakan selanjutnya dan dibebaskan," katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) yang memperuntukkan denda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata Jais memang ada mengeluarkan kebenaran untuk mengutip derma tetapi perlu mematuhi syarat yang ditetapkan iaitu tidak dibuat di tempat awam seperti di restoran dan bank.

Ditanya mengenai pembabitan kumpulan ajaran dipercayai sesat dalam sindiket itu, Hardi tidak menolak kemungkinan itu dan berkata perkara itu masih di peringkat siasatan.

"Kami masih menyiasat malah ada mereka yang ditahan memaklumkan mereka mengutip derma untuk aktiviti kumpulan berkenaan dengan menjual produk mereka," katanya. - Bernama
MB ajak rakyat Terengganu pertahan kerajaan BN

9 Ogos 2012
Ahmad Said
$entry.content.caption.value
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ada pada hari ini perlu dipertahankan kerana ia merupakan kerajaan yang mampu membela nasib rakyat, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Beliau berkata banyak jasa dan sumbangan telah diberikan kerajaan BN kepada rakyat selama ini.
"Kita sedia maklum bahawa selama ini parti PAS tidak pernah membuat apa-apa untuk membela nasib rakyat. Mereka hanya suka berjanji tetapi tidak ditepati.
"Saya harap rakyat tidak berbelah-bahagi menyokong kerajaan yang ada sekarang kerana sudah terbukti dengan segala kemudahan yang disediakan kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kira-kira 10,000 rakyat di kawasan
Parlimen Kuala Nerus di sini, hari ini.
Ahmad berkata kerajaan telah merancang pelbagai program seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia, memberi imbuhan kepada peneroka dan sebagainya.
Sementara itu, Anggota Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohamad Nasir Ibrahim Fikri berterima kasih kepada Perdana Menteri yang sudi meluangkan masa menghadiri majlis berbuka puasa itu.

Katanya kedatangan pemimpin nombor satu negara itu menyuntik semangat beliau untuk bekerja lebih kuat bagi menjadikan kawasan Kuala Nerus sebagai satu daerah baharu di Terengganu tidak lama lagi.
Mohamad Nasir berkata kerajaan Persekutuan telah banyak memberi bantuan kepada rakyat di kawasan itu seperti membina rumah melibatkan peruntukan
RM100,000 manakala sebanyak RM170,000 bagi bantuan kepada golongan miskin, ibu tunggal dan orang kelainan upaya.
Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus berjanji akan mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Nerus serta tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan itu iaitu Tepoh, Seberang Takir dan Teluk Pasu.
Di samping itu, beliau berkata Umno dan BN juga akan merampas kembali DUN Bukit Tunggal daripada PAS pada pilihan raya umum akan datang.-Bernama

Tiada ulasan: