Ragut: Wanita ditetak hampir putus tangan
29 Ogos 2012
Kejadian yang berlaku pada jam 1.30 petang itu berlaku ketika mangsa Rohaini Abdullah, 36, sedang berjalan kaki seorang diri di hadapan pusat jualan berkenaan untuk ke tempat letak keretanya, yang tidak jauh dari situ.
Ketika melalui jalan tersebut, dua peragut menghampiri mangsa dan berlaku pergelutan sehingga menyebabkan salah seorang dari peragut tersebut bertindak menetak mangsa menggunakan objek tajam.
Difahamkan mangsa yang berasal dari Kampung Pintu Geng di sini baru sahaja menamatkan kerja shif siang sebelum kembali semula untuk shif malam.
Ibu kepada dua cahaya mata yang pengsan selepas kejadian itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan.
Saksi kejadian, Hidayah Daud, 21, berkata kejadian itu berlaku di hadapan pusat jualan tudung berkenaan yang merupakan tempat dia bekerja.
“Ketika kejadian saya lihat peragut berkenaan menarik beg tangan mangsa namun tidak berhasil apabila mangsa berjaya menariknya.
“Selepas itu mangsa mula menjerit meminta tolong dan pergelutan di antara mereka kemudian terus berlarutan sehingga ke tepi jalan,” katanya.
Hidayah berkata, menyedari mangsa masih tidak melepaskan beg tangannya, peragut berkenaan seterusnya bertindak ganas dengan menetak pergelangan tangan kiri mangsa.
“Mangsa ditetak lebih tujuh kali sehingga terjatuh dan masa itu darah telah berlumuran pada tangan mangsa. Selepas itu peragut tersebut telah bertindak melarikan diri dengan membonceng motosikal yang ditunggang seorang lagi rakanya yang sudah menunggu apabila menyedari kehadiran orang ramai di tempat kejadian,” katanya.
Menurutnya, peragut tidak sempat melarikan barangan berharga daripada mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan serius iaitu luka sedalam 38 sentimeter dan putus urat pergelangan tangan kiri.
Katanya, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan serta meminta orang ramai tampil membantu siasatan.
Pembela gesa Karpal, Donald Lim tarik balik kenyataan anti-Islam
29 Ogos 2012
Kedua-dua pemimpin itu juga digesa tidak menjadikan isu menyentuh Islam sebagai modal percakaran untuk meraih undi dan sokongan politik.
Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Pembela tidak terpengaruh dengan parti politik yang ghairah memperjuangkan dasar dan manifesto mereka khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan berpendirian mengambil tindakan sekali gus tidak berkompromi terhadap mana-mana pemimpin yang anti-Islam untuk menyentuh kedaulatan Islam di negara ini.
“Laporan polis telah dibuat terhadap Karpal Singh dan Donald Lim dan kami mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan kenyataan mereka yang prejudis dibawah Akta Hasutan 1948 dengan peruntukan undang-undang yang relevan serta mengambil tindakan yang perlu mengikut saluran yang perlu akibat keghairahan mengeluarkan kenyataan provokasi dengan sengaja.
“Saban hari umat Islam menyaksikan kebiadaban pemimpin politik yang secara terang-terangan menghina Islam sekali gus untuk mendapatkan publisiti muahan bagi meraih keuntungan politik yang bersifat sementara sehingga menolak sensitiviti masyarakat Islam di negara ini,” katanya sejurus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, hari ini.
Menurutnya, Karpal juga dilihat bersungguh-sungguh memperjuangkan konsep negara sekular, malah ia menggambarkan bahawa beliau jahil tentang peranan Islam yang telah membina masyarakat Islam yang baik di negara ini walaupun sebelum Perlembagaan Persekutuan diterapkan dalam sejarah penubuhan negara.
“Kita takut perkara ini berlarutan sehingga masyarakat kita akhirnya terpaksa menerima pemikiran sekular yang diterapkan oleh kalangan yang anti-Islam ini," katanya.
Menurutnya, Karpal yang memperjuangkan konsep sekular membuktikan konsep yang jelasnya rapuh, bermasalah dan jelas menghancurkan tamadun lain di dunia, khususnya di barat.
Beliau juga tidak menolak kenyataan Lim adalah sebagai agenda yang ingin menghalang sebuah negara Islam untuk menyumbang keaah pembinaan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Baginya kenyataan Timbalan Menteri kewangan itu bersifat pramatang, menghasut serta mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab dalam menjaga sensitiviti terhadap umat Islam yang menjalankan kehidupan beragama mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berharap tiada mana-mana pihak yang sealiran dengan mereka membiarkan pemikiran ini dipengaruhi unsur-unsur stereotaip dan label media massa musuh-musuh Islam dalam membuat kenyataan mengenai Islam yang jelas tidak berwibawa dan berprasangka jahat terhadap Islam.
Aminuddin menyeru semua Pertubuhan Islam dinegara ini menyertai Pembela dan menzahirkan kegusaran terhadap sikap pimpinan politik Muslim dan bukan-Muslim yang membuat kenyataan jahat yang tidak adil mengenai Islam.
Kesatuan pekerja bantah cadangan ambil alih KTMB
29 Ogos 2012
Presidennya Abdul Razak Md Hassan berkata kerajaan harus membenarkan Presiden KTMB Datuk Elias Kadir yang baharu dilantik menjalankan tugasnya terlebih dahulu sebelum membuka peluang pengambilalihan kepada MMC.
"Mengapa tidak ditunggu dan diberi peluang kepada Elias untuk melaksanakan pelan pembaharuannya," katanya pada sidang media, di sini.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini yang antara lain menyebut MMC telah menyerahkan cadangan pengambilalihan KTMB kepada kerajaan.
Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata persatuan itu bimbang jika KTMB diambil alih MMC, kebajikan pekerja syarikat kereta api negara tersebut akan terjejas.
"Sebanyak 60 peratus kos dilabur untuk kebajikan pekerja KTMB, kalau mahu menukar KTMB menjadi satu entiti yang menguntungkan, syarikat korporat ini terpaksa memotong kos dan separuh daripada pekerja KTMB mungkin terpaksa dibuang," katanya.
Beliau juga menegaskan KTMB menawarkan perkhidmatan berasaskan tanggungjawab sosial, bukan satu entiti bertujuan keuntungan seperti yang mahu dilakukan MMC.
Sehubungan itu, Abdul Razak berkata KPPKTMB) merancang mengadakan perhimpunan bagi membantah cadangan tersebut pada 12 Oktober ini di pekarangan ibu pejabat KTMB di sini. - Bernama
Hudud: Pas dakwa Dr M tak yakin dengan Najib
29 Ogos 2012
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, bekas Perdana Menteri itu seolah-olah tidak percaya urus tadbir kerajaan sekarang sehingga terpaksa buka mulut tentang undang-undang, politik dan ekonomi.
"Saya tetap menghormati hak bersuara beliau kerana ia baik dari segi demokrasi tetapi beliau memberi terlalu banyak sangat komen.
"Perdana Menteri yang lain sebelum ini tidak pernah pun buat begitu kerana mereka yakin dengan pengganti mereka," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.
Dr Mahathir sebelum ini menegaskan bahawa beliau menolak hudud Pas, tetapi menafikan pernah berkata beliau menolak hudud Islam.
Beliau berkata, hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada dalam al-Quran.
Tambah Salahuddin, Dr Mahathir sudah beberapa kali bercakap sebegitu.
"Kalau benar beliau yakin dengan hukuman hudud sebagai perundangan Islam, kenapa beliau tidak buat apa-apa sewaktu memerintah selama 22 tahun lalu.
"Mengapa apabila kerajaan (pimpinan) Pas di Kelantan dan Terengganu meminda enakmen undang-undang jenayah syariah, Pas pula dikatakan melaksanakan 'hudud Pas'?" kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Sumbang mahram pemimpin politik: Polis tunggu keputusan DNA
29 Ogos 2012
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri SAC T. Narenasegaran berkata sampel darah kedua-dua beranak itu telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian paterniti.
"Hasil daripada ujian baru kita akan buat keputusan dan cadangan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan media mengenai penahanan seorang pemimpin kanan parti pembangkang dan anak lelakinya yang berusia 14 tahun bagi membantu siasatan satu kes sumbang mahram.
Media melaporkan dua beranak itu ditahan pada 22 Ogos lepas dan dibebaskan kelmarin dengan jaminan polis.
Tangkapan itu selepas anak perempuannya yang berusia 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Cheras, Selangor. Remaja yang masih bersekolah itu kini ditempatkan di rumah perlindungan di Cheras.
Mengulas lanjut, Narenasegaran mengesahkan individu itu pernah bertanding pada pilihan raya umum lalu sebagai calon parti pembangkang untuk kerusi dewan undangan negeri dalam kawasan Parlimen Jerantut.
Lelaki berusia 59 tahun itu mempunyai dua isteri dan 11 anak berusia antara enam hingga 31`tahun, katanya. -Bernama
Suspek kes sumbang mahram kaji fail saman
Harakahdaily, | 29 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Suspek utama yang dikaitkan dengan isu ‘sumbang mahram’ yang sedang hangat diperkatakan sekarang, Mohd Nor Jaafar (gambar) akan memfailkan tindakan saman terhadap mana-mana media arus perdana dan blog, lapor pahangdaily.blogspot.com.
Ini ekoran pihak berkenaan sewenangnya mengekploitasikan isu kononnya beliau telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan itu terhadap anaknya sendiri hingga melahirkan anak beberapa hari yang lalu.
“Malah ada blog-blog yang sewenangnya mengeluarkan gambar saya dengan dakwaan seolah-olah saya telah didapati bersalah oleh pihak mahkamah.
"Saya hanyalah suspek yang telah dipanggil untuk membantu siasatan pihak polis. Tetapi mereka melayan saya seolah-olah keputusan mahkamah telah dibuat atas kes ini dan saya didapati bersalah. Maruah dan imej saya sebagai pemimpin politik kini tercalar gara-gara penyiaran gambar saya serta ahli keluarga yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sekarang ini. Peguam saya telah melakukan siasatan dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana blog yang didapati cuba menghukum saya dan mendahului mahkamah. Ini tidak adil dan satu hukuman yang jelas untuk menghancurkan masa depan saya,” kata beliau kepada pahangdaily (PDO) sebentar tadi.
Menurut blogger itu, tinjauan pihaknya terhadap kebanyakan blog-blog pro UMNO mengaitkan kes itu dengan pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat (PR), kononnya moral beliau (Mohd Nor) rosak gara-gara terikut-ikut dengan pemimpin yang rosak moral seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, ulasnya lagi laporan yang dibuat oleh media arus perdana juga dilihat sengaja mahu menjatuhkan hukuman terhadap Pakatan Rakyat sedangkan, Mohd Nor sudah lama meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama Datuk Zaid Ibrahim dan kini memimpin parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) peringkat negeri Pahang.
“Tuduhan-tuduhan ini seolah-olah menggambarkan satu usaha terdesak media menyerang pembangkang menjelang PRU-13 ini sebenarnya,” tulis blogger itu lagi.
29 Ogos 2012
PENGURUS pasukan Kelantan, Azman Ibrahim menyerahkan
kepada polis menjalankan siasatan berkenan dengan insiden pergaduhan
melibatkan pemain importnya, Obinna Nwaneri di Shah Alam, kelmarin.
Katanya, oleh kerana perkara berkenaan disiasat polis, ia wajar diserahkan kepada pihak berkuasa.
"Perkara ini sudah dilaporkan ke pihak polis, dan masih dalam siasatan, jadi kita tunggu keputusan selanjutnya," kata Azman ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.
Laporan media menyebut Nwaneri dipanggil polis kelmarin untuk memberi keterangan polis berhubung insiden pergaduhan dengan pengurus syarikat sebuah pasar raya di Plaza Masalam di sini.
Dia dikatakan berang sebelum bertindak kasar terhadap pengurus pasar raya berkenaan.
Pemain itu menyumbangkan gol penyamana kepada Kelantan ketika menentang ATM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) malam tadi.
Kedua-dua pasukan mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri 1-1.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa dan pemain bola sepak sudah dipanggil untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan.
29 Ogos 2012
Pertandingan dua penjuru bagi satu kerusi parlimen dan dua kerusi Dewan
Undangan Negeri (Dun) di Kubang Pasu dalam pilihan raya umum ke-12
(PRU12), menyaksikan perbezaan undi yang ketara terutamanya bagi kerusi
parlimen.
Biarpun Barisan Nasional (BN) tampak selesa dengan kejayaan mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Pasu, kerusi Dun Bukit Kayu Hitam dan Jitra sama seperti PRU11 namun pertarungan sengit bakal calon BN untuk menduduki kerusi Dun Bukit Kayu Hitam berkemungkinan boleh berlaku.
Bagi kerusi berkenaan, ada desas-desus menyatakan bahawa kerusi calon BN, Datuk Ahmad Zaini Japar yang menang dengan majoriti 6,995 dalam PRU12, Ahmad Zaini menerima 13,219 undi menewaskan Che On Yusof dari PKR dengan 6,224 undi mungkin akan digantikan nama lain.
Penyandang sebelumnya juga milik calon BN, Datuk Khalidah Adibah Ayob dengan majoriti 6,972 undi.
Antara senarai nama disebut-sebut seperti setiausaha Umno Kubang Pasu, Samsudin Ahmad serta naib ketua Umno Kubang Pasu iaitu Zulfitri Yaacob yang juga setiausaha sulit kepada Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharum.
Dalam pada itu, nama Zulfitri turut dikatakan berpotensi mengisi kerusi Dun Jitra yang kini disandang calon BN Datuk Saad Man. Namun sama ada kerusi BN Dun ini masih kekal milik Saad Man atau tidak, masih menjadi persoalan banyak pihak.
Pada PRU12 yang lalu, Saad Man menang dengan majoriti 2,258, apabila mendapat 12,065 undi menumpaskan calon Pas, Dr Rohani Abdul Mutalib hanya mendapat 9,807 undi sahaja. Kejayaan ini meneruskan tradisi kecemerlangan BN pada PRU11 apabila turut dimenangi calon BN, Profesor Datuk Dr Othman Ishak dengan majoriti 5,756 undi.
Senario sebaliknya berlaku bagi kerusi Parlimen Kubang Pasu kerana Umno Kedah mungkin akan mengekalkan muka lama untuk menjadi calon dalam PRU nanti kerana yakin akan meneruskan tradisi kegemilangan BN.
Pada PRU12, kerusi Parlimen Kubang Pasu dimenangi calon BN, Datuk Johari Baharum yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dengan majoriti 7,060 apabila mendapat 24,179 undi menewaskan calon Pas, Datuk Dr Abd Isa Ismail dengan 17,119 undi.
Bagaimanapun, bayangan senarai calon dari Pas dan PKR masih belum kelihatan kerana masing-masing masih menunggu keputusan daripada pusat.
Menurut sumber, berdasarkan pemerhatian ketiga-tiga kawasan berkenaan boleh dikatakan kawasan selamat bagi BN berbanding kawasan lain kerana percaya sokongan rakyat akan sentiasa berterusan sama ada calon lama kekal atau tidak.
Pas nekad rampas kerusi Dun Kota Siputeh, Parlimen Jerlun
Pas nekad mahu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Siputeh dan Parlimen Jerlun pada PRU13 bagi memantapkan lagi pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) di Kedah.
Yang Dipertua Pas kawasan Jerlun, Abd Ghani Ahmad berkata, kedua-dua kerusi itu bukan mustahil untuk dimenangi Pas ekoran pendekatan parti itu kini sudah mula diterima masyarakat berbanding PRU12.
Abd Ghani yang juga Exco Penerangan berkata, Pas perlu menambah bilangan kerusi Dun yang dimenangi parti itu untuk berada dalam keadaan lebih selesa, sekiranya berlaku insiden tidak diingini seperti wakil rakyat lompat parti.
“Kita perlu sentiasa berjaga-jaga, tak boleh selesa dengan situasi sekarang. Walaupun Pas Pusat belum muktamadkan senarai calon bertanding untuk Kedah, persediaan harus sempurna,” katanya.
Abd Ghani yang sudah tiga penggal bertanding sejak tahun 1999 di kerusi Dun Ayer Hitam menang dua kali, iaitu pada PRU10 (1999) pada usia 29 tahun dan PRU12.
Beliau tewas pada Datuk Othman Aziz yang merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerlun pada PRU11 (2004).
Berdasarkan rekod Abd Ghani menang dengan majoriti 506 apabila mendapat 10,652 undi menewaskan lawan asalnya semenjak 2004 yang hanya mendapat 10,146 undi sahaja.
BN mungkin kekalkan muka lama
Dari sumber dalaman Barisan Nasional (BN) Kedah, calon lama yang mengisi kerusi Parlimen Jerlun, Dun Kota Siputeh dan Dun Ayer Hitam akan dikekalkan.
Bagaimanapun timbul juga ura-ura bekas pengerusi Tekun Nasional, Datuk Abdul Rahman Ariffin seakan berminat untuk mengisi kerusi Dun Ayer Hitam menggantikan Datuk Othman Aziz.
Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang kenyataan itu mungkin turut disokong dengan rekod cemerlang Datuk Abdul Rahman sendiri yang menang majoriti 2,142 undi semasa berada di kerusi Ahli Parlimen Jerlun pada PRU11.
Siapa tahu, penangan orang lama mungkin berhasil untuk menyekat kemaraan sokongan rakyat terhadap calon lawan.
Mengikut rekod, pada PRU12, calon BN, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menang majoriti 2,205 dengan mendapat 19,424 undi menewaskan calon Pas, Idris Ahmad hanya mendapat 17,219 undi.
Ketika BN sedang membuat persiapan merampas Kedah, tumpuan turut diberikan kepada Mukhriz yang akan mengetuai cabaran mendapatkan kembali negeri ini daripada Pakatan Rakyat.
Malah ada sumber menjangkakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang berusia 48 tahun itu akan bertanding di kerusi Dun pada PRU namun tuan punya badan menyerahkan sepenuhnya keputusan terhadap pucuk pimpinan tertinggi Pusat.
Ketika ini, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Namun bagi kerusi Dun Kota Siputeh kemungkinan sama ada calon BN, Datuk Abu Hassan Sarif kekal atau diganti dengan muka baru, masih belum dapat dipastikan.
Menurut sumber calon yang disebut-sebut layak mewakili BN ialah Naib Ketua Umno Jerlun, Aziz Mahmud.
Berdasarkan tinjauan persepsi pengundi yang dijalankan oleh jentera Umno bahagian itu turut mendapati majoriti pengundi lebih selesa dengan Aziz sebagai calon mereka.
Selain memegang jawatan naib ketua bahagian, Aziz juga seorang ahli perniagaan berkelulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
“Beliau berpotensi untuk menang, seorang pekerja parti yang komited dan pilihan akar umbi di Dun itu,” kata sumber lagi.
Dalam pilihan raya umum yang lalu, calon BN, Datuk Abu Hassan Sarif menang dengan majoriti 495 undi, mengalahkan calon Pas, Ismail Wan Teh. Abu Hassan mendapat 8,160 undi menewaskan Ismail yang memperolehi 7,665.
Kerusi Dun Kota Siputeh diisytihar kosong oleh Speaker Dun Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail ekoran tindakan Abu Hassan tidak hadir dua kali berturut-turut dalam sidang Dun iaitu pada 19 April dan 9 Ogos 2009.
Pada 16 November 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan kerusi Dun Kota Siputeh kosong atas alasan Abu Hassan gagal menghadiri dua mesyuarat Dun pada 2009.
Bagaimanapun, pada 18 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan itu dan Abu Hassan diumumkan kekal menyandang jawatan Adun Kota Siputeh.
29 Ogos 2012
BUKIT MERTAJAM - Satu langkah yang tidak adil dan tidak waras.
Tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjual tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, Georgetown kepada sebuah syarikat untuk membina hospital swasta dengan nilai RM230 kaki persegi dianggap tidak wajar.
Ini kerana tanah yang sama ditawarkan kepada Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang dengan harga RM450 kaki persegi semata-mata untuk membina rumah kos rendah bagi keperluan rakyat berpendapatan rendah.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, memang tidak logik tindakan Guan Eng itu yang dilihat hanya membantu mengkayakan golongan yang sudah kaya.
“Adakah wajar menjual tanah kepada syarikat yang sudah kaya dan mahu membina hospital dan apartmen mewah dengan harga yang lebih rendah berbanding tawaran kepada Pemuda BN yang mahu merealisasikan hasrat membantu orang miskin memiliki atau menyewa rumah kos rendah.
“Inikah yang dikatakan kerajaan berjiwa rakyat dan mahu membela nasib rakyat miskin. Siapa sebenarnya yang membela rakyat golongan miskin. Adakah BN atau Pakatan Rakyat (PR),” katanya kepada media selepas menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Bandar Perda di sini semalam.
Menurutnya, kini rakyat boleh menilai sendiri cakap-cakap atau janji PR, terutama Guan Eng ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) untuk membela nasib orang miskin atau berpendapatan rendah termasuk menyediakan rumah kos rendah
“Masa kempen janji macam-macam tetapi sampai sekarang janji hanya tinggal janji. Memang mudah berjanji kepada pengundi sebelum dapat kuasa. tetapi apabila sudah dapat kuasa, semua janji sukar dikotakan kerana tidak berupaya untuk melaksanakannya.
“Jadi biarlah rakyat menjadi hakim dan menilai sendiri prestasi Kerajaan Negeri PR. Jadi jangan terus salahkan BN atau Umno jika PR gagal melaksanakan janji pilihan raya mereka,” katanya.
Musa yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, berkata BN akan terus mendedahkan kepincangan yang dilakukan oleh Guan Eng dan PR dari semasa ke semasa agar rakyat tahu apa yang dilakukan selama ini sama ada untuk membantu rakyat miskin atau golongan yang sudah kaya menjadi lebih kaya.
28 Ogos 2012
PETALING JAYA – Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Barisan Nasional (BN)
menggunakan sambutan Hari Kemerdekaan di Stadium Nasional Bukit Jalil,
Jumaat ini sebagai pentas politik untuk memancing undi rakyat bagi
menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke berkata, BN akan menggunakan segala jentera kerajaan termasuk pentas Hari Kemerdekaan dan PR sudah pun menjangkakan perkara itu.
“Mereka menjadikan sambutan bersejarah ini sebagai alat berpolitik dan boleh memecahbelahkan rakyat.
“Sambutan kemerdekaan ini sewajarnya menjadi sambutan bersama dan jika mereka benar-benar ikhlas, mengapa tidak ada sebarang jemputan dibuat kepada mana-mana ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Terdahulu beliau menghadiri Mesyuarat Mingguan Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di sini, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka bersama 200,000 di Stadium Nasional pada hari tersebut dan akan menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia yang bertemakan 'Janji Ditepati'.
Sambutan itu menyusul majlis perbarisan dan perarakan di Dataran Merdeka pada sebelah pagi.
Pagi tadi, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika ditemui di Dataran Merdeka turut membidas tindakan pakatan pembangkang yang hanya pandai mempolitikkan sambutan hari kemerdekaan pada kali ini dengan menganggapnya sebagai satu tindakan yang keterlaluan.
"Sepatutnya sempena sambutan hari kemerdekaan pada kali ini mereka (pembangkang) bersama-sama kita meraikannya dan memberikan sedikit bantuan tapi apa boleh buat, itu memang kerja mereka untuk membangkang.
"Tetapi mereka harus ingat sejak negara kita mengecapi kemerdekaan, pembangkang pun turut sama mengecapi apa yang telah dilakukan oleh kerajaan kita dari peringkat sekolah sehingga mereka memperolehi pekerjaan," katanya.
Beliau turut menepis dakwaan beberapa portal pembangkang yang mengatakan sambutan hari kemerdekaan pada kali ini hanya disambut oleh golongan yang prokerajaan sahaja.
"Ada orang mengkritik mengatakan kita tidak menjemput sesetengah orang untuk hadir bersama-sama kita pada malam tersebut, itu semua tidak benar. Kita menyediakan jemputan sebenarnya, kita jemput semua masyarakat tidak kira apa kepercayaan mereka dan latar belakang politik yang didukungi mereka," katanya.
Mengulas isu sama, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut mengakui tidak menerima sebarang jemputan ataupun dimaklumkan mengenai susun atur tempat duduk untuk ahli-ahli Parlimen PR pada sambutan itu.
“Jika dilihat dari tema sambutan itu sahaja sudah bersifat kepartian.
“Oleh sebab itulah PR tampil dengan tema dan logo yang lebih neutral iaitu Sebangsa Senegara Sejiwa bagi menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini kerana inilah masa untuk merayakannya," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat.
Tambah Saifuddin, Majlis Presiden Pakatan Rakyat telah membuat ketepatan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan pidato merdeka pada sambutan Hari Kemerdekaan PR peringkat kebangsaan di Dataran Shah Alam pada Khamis ini.
“Selain itu, pada mesyuarat tadi (hari ini) turut membuat ketepatan satu majlis makan malam anjuran Sekretariat PR akan diadakan pada 29 September nanti untuk kumpul dana.
“Dana ini akan dikumpulkan bagi membiayai semua kegiatan, aktiviti dan program-program yang bakal menyusul.
“Semua ini memerlukan pembiayaan dan kerana itulah kami buat secara bersama,” katanya.
Sementara itu, katanya lagi, sambutan Hari Malaysia pihak PR akan diadakan di Sabah pada 15 September dan 16 September di Sarawak.
Ini ekoran pihak berkenaan sewenangnya mengekploitasikan isu kononnya beliau telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan itu terhadap anaknya sendiri hingga melahirkan anak beberapa hari yang lalu.
“Malah ada blog-blog yang sewenangnya mengeluarkan gambar saya dengan dakwaan seolah-olah saya telah didapati bersalah oleh pihak mahkamah.
"Saya hanyalah suspek yang telah dipanggil untuk membantu siasatan pihak polis. Tetapi mereka melayan saya seolah-olah keputusan mahkamah telah dibuat atas kes ini dan saya didapati bersalah. Maruah dan imej saya sebagai pemimpin politik kini tercalar gara-gara penyiaran gambar saya serta ahli keluarga yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sekarang ini. Peguam saya telah melakukan siasatan dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana blog yang didapati cuba menghukum saya dan mendahului mahkamah. Ini tidak adil dan satu hukuman yang jelas untuk menghancurkan masa depan saya,” kata beliau kepada pahangdaily (PDO) sebentar tadi.
Menurut blogger itu, tinjauan pihaknya terhadap kebanyakan blog-blog pro UMNO mengaitkan kes itu dengan pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat (PR), kononnya moral beliau (Mohd Nor) rosak gara-gara terikut-ikut dengan pemimpin yang rosak moral seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, ulasnya lagi laporan yang dibuat oleh media arus perdana juga dilihat sengaja mahu menjatuhkan hukuman terhadap Pakatan Rakyat sedangkan, Mohd Nor sudah lama meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama Datuk Zaid Ibrahim dan kini memimpin parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) peringkat negeri Pahang.
“Tuduhan-tuduhan ini seolah-olah menggambarkan satu usaha terdesak media menyerang pembangkang menjelang PRU-13 ini sebenarnya,” tulis blogger itu lagi.
Kes Obinna: Pengurus Kelantan serah kepada polis
29 Ogos 2012
Katanya, oleh kerana perkara berkenaan disiasat polis, ia wajar diserahkan kepada pihak berkuasa.
"Perkara ini sudah dilaporkan ke pihak polis, dan masih dalam siasatan, jadi kita tunggu keputusan selanjutnya," kata Azman ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.
Laporan media menyebut Nwaneri dipanggil polis kelmarin untuk memberi keterangan polis berhubung insiden pergaduhan dengan pengurus syarikat sebuah pasar raya di Plaza Masalam di sini.
Dia dikatakan berang sebelum bertindak kasar terhadap pengurus pasar raya berkenaan.
Pemain itu menyumbangkan gol penyamana kepada Kelantan ketika menentang ATM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) malam tadi.
Kedua-dua pasukan mengakhiri perlawanan dengan keputusan seri 1-1.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, mangsa dan pemain bola sepak sudah dipanggil untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan.
BN selesa di Kubang Pasu, Pas nekad rampas Jerlun
29 Ogos 2012
Biarpun Barisan Nasional (BN) tampak selesa dengan kejayaan mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Pasu, kerusi Dun Bukit Kayu Hitam dan Jitra sama seperti PRU11 namun pertarungan sengit bakal calon BN untuk menduduki kerusi Dun Bukit Kayu Hitam berkemungkinan boleh berlaku.
Bagi kerusi berkenaan, ada desas-desus menyatakan bahawa kerusi calon BN, Datuk Ahmad Zaini Japar yang menang dengan majoriti 6,995 dalam PRU12, Ahmad Zaini menerima 13,219 undi menewaskan Che On Yusof dari PKR dengan 6,224 undi mungkin akan digantikan nama lain.
Penyandang sebelumnya juga milik calon BN, Datuk Khalidah Adibah Ayob dengan majoriti 6,972 undi.
Antara senarai nama disebut-sebut seperti setiausaha Umno Kubang Pasu, Samsudin Ahmad serta naib ketua Umno Kubang Pasu iaitu Zulfitri Yaacob yang juga setiausaha sulit kepada Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharum.
Dalam pada itu, nama Zulfitri turut dikatakan berpotensi mengisi kerusi Dun Jitra yang kini disandang calon BN Datuk Saad Man. Namun sama ada kerusi BN Dun ini masih kekal milik Saad Man atau tidak, masih menjadi persoalan banyak pihak.
Pada PRU12 yang lalu, Saad Man menang dengan majoriti 2,258, apabila mendapat 12,065 undi menumpaskan calon Pas, Dr Rohani Abdul Mutalib hanya mendapat 9,807 undi sahaja. Kejayaan ini meneruskan tradisi kecemerlangan BN pada PRU11 apabila turut dimenangi calon BN, Profesor Datuk Dr Othman Ishak dengan majoriti 5,756 undi.
Senario sebaliknya berlaku bagi kerusi Parlimen Kubang Pasu kerana Umno Kedah mungkin akan mengekalkan muka lama untuk menjadi calon dalam PRU nanti kerana yakin akan meneruskan tradisi kegemilangan BN.
Pada PRU12, kerusi Parlimen Kubang Pasu dimenangi calon BN, Datuk Johari Baharum yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dengan majoriti 7,060 apabila mendapat 24,179 undi menewaskan calon Pas, Datuk Dr Abd Isa Ismail dengan 17,119 undi.
Bagaimanapun, bayangan senarai calon dari Pas dan PKR masih belum kelihatan kerana masing-masing masih menunggu keputusan daripada pusat.
Menurut sumber, berdasarkan pemerhatian ketiga-tiga kawasan berkenaan boleh dikatakan kawasan selamat bagi BN berbanding kawasan lain kerana percaya sokongan rakyat akan sentiasa berterusan sama ada calon lama kekal atau tidak.
Pas nekad rampas kerusi Dun Kota Siputeh, Parlimen Jerlun
Pas nekad mahu merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Siputeh dan Parlimen Jerlun pada PRU13 bagi memantapkan lagi pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) di Kedah.
Yang Dipertua Pas kawasan Jerlun, Abd Ghani Ahmad berkata, kedua-dua kerusi itu bukan mustahil untuk dimenangi Pas ekoran pendekatan parti itu kini sudah mula diterima masyarakat berbanding PRU12.
Abd Ghani yang juga Exco Penerangan berkata, Pas perlu menambah bilangan kerusi Dun yang dimenangi parti itu untuk berada dalam keadaan lebih selesa, sekiranya berlaku insiden tidak diingini seperti wakil rakyat lompat parti.
“Kita perlu sentiasa berjaga-jaga, tak boleh selesa dengan situasi sekarang. Walaupun Pas Pusat belum muktamadkan senarai calon bertanding untuk Kedah, persediaan harus sempurna,” katanya.
Abd Ghani yang sudah tiga penggal bertanding sejak tahun 1999 di kerusi Dun Ayer Hitam menang dua kali, iaitu pada PRU10 (1999) pada usia 29 tahun dan PRU12.
Beliau tewas pada Datuk Othman Aziz yang merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerlun pada PRU11 (2004).
Berdasarkan rekod Abd Ghani menang dengan majoriti 506 apabila mendapat 10,652 undi menewaskan lawan asalnya semenjak 2004 yang hanya mendapat 10,146 undi sahaja.
BN mungkin kekalkan muka lama
Dari sumber dalaman Barisan Nasional (BN) Kedah, calon lama yang mengisi kerusi Parlimen Jerlun, Dun Kota Siputeh dan Dun Ayer Hitam akan dikekalkan.
Bagaimanapun timbul juga ura-ura bekas pengerusi Tekun Nasional, Datuk Abdul Rahman Ariffin seakan berminat untuk mengisi kerusi Dun Ayer Hitam menggantikan Datuk Othman Aziz.
Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang kenyataan itu mungkin turut disokong dengan rekod cemerlang Datuk Abdul Rahman sendiri yang menang majoriti 2,142 undi semasa berada di kerusi Ahli Parlimen Jerlun pada PRU11.
Siapa tahu, penangan orang lama mungkin berhasil untuk menyekat kemaraan sokongan rakyat terhadap calon lawan.
Mengikut rekod, pada PRU12, calon BN, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menang majoriti 2,205 dengan mendapat 19,424 undi menewaskan calon Pas, Idris Ahmad hanya mendapat 17,219 undi.
Ketika BN sedang membuat persiapan merampas Kedah, tumpuan turut diberikan kepada Mukhriz yang akan mengetuai cabaran mendapatkan kembali negeri ini daripada Pakatan Rakyat.
Malah ada sumber menjangkakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang berusia 48 tahun itu akan bertanding di kerusi Dun pada PRU namun tuan punya badan menyerahkan sepenuhnya keputusan terhadap pucuk pimpinan tertinggi Pusat.
Ketika ini, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Namun bagi kerusi Dun Kota Siputeh kemungkinan sama ada calon BN, Datuk Abu Hassan Sarif kekal atau diganti dengan muka baru, masih belum dapat dipastikan.
Menurut sumber calon yang disebut-sebut layak mewakili BN ialah Naib Ketua Umno Jerlun, Aziz Mahmud.
Berdasarkan tinjauan persepsi pengundi yang dijalankan oleh jentera Umno bahagian itu turut mendapati majoriti pengundi lebih selesa dengan Aziz sebagai calon mereka.
Selain memegang jawatan naib ketua bahagian, Aziz juga seorang ahli perniagaan berkelulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
“Beliau berpotensi untuk menang, seorang pekerja parti yang komited dan pilihan akar umbi di Dun itu,” kata sumber lagi.
Dalam pilihan raya umum yang lalu, calon BN, Datuk Abu Hassan Sarif menang dengan majoriti 495 undi, mengalahkan calon Pas, Ismail Wan Teh. Abu Hassan mendapat 8,160 undi menewaskan Ismail yang memperolehi 7,665.
Kerusi Dun Kota Siputeh diisytihar kosong oleh Speaker Dun Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail ekoran tindakan Abu Hassan tidak hadir dua kali berturut-turut dalam sidang Dun iaitu pada 19 April dan 9 Ogos 2009.
Pada 16 November 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan kerusi Dun Kota Siputeh kosong atas alasan Abu Hassan gagal menghadiri dua mesyuarat Dun pada 2009.
Bagaimanapun, pada 18 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan itu dan Abu Hassan diumumkan kekal menyandang jawatan Adun Kota Siputeh.
BN dakwa Guan Eng tidak ikhlas bantu rakyat miskin
29 Ogos 2012
Tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjual tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin, Georgetown kepada sebuah syarikat untuk membina hospital swasta dengan nilai RM230 kaki persegi dianggap tidak wajar.
Ini kerana tanah yang sama ditawarkan kepada Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang dengan harga RM450 kaki persegi semata-mata untuk membina rumah kos rendah bagi keperluan rakyat berpendapatan rendah.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, memang tidak logik tindakan Guan Eng itu yang dilihat hanya membantu mengkayakan golongan yang sudah kaya.
“Adakah wajar menjual tanah kepada syarikat yang sudah kaya dan mahu membina hospital dan apartmen mewah dengan harga yang lebih rendah berbanding tawaran kepada Pemuda BN yang mahu merealisasikan hasrat membantu orang miskin memiliki atau menyewa rumah kos rendah.
“Inikah yang dikatakan kerajaan berjiwa rakyat dan mahu membela nasib rakyat miskin. Siapa sebenarnya yang membela rakyat golongan miskin. Adakah BN atau Pakatan Rakyat (PR),” katanya kepada media selepas menghadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di Bandar Perda di sini semalam.
Menurutnya, kini rakyat boleh menilai sendiri cakap-cakap atau janji PR, terutama Guan Eng ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) untuk membela nasib orang miskin atau berpendapatan rendah termasuk menyediakan rumah kos rendah
“Masa kempen janji macam-macam tetapi sampai sekarang janji hanya tinggal janji. Memang mudah berjanji kepada pengundi sebelum dapat kuasa. tetapi apabila sudah dapat kuasa, semua janji sukar dikotakan kerana tidak berupaya untuk melaksanakannya.
“Jadi biarlah rakyat menjadi hakim dan menilai sendiri prestasi Kerajaan Negeri PR. Jadi jangan terus salahkan BN atau Umno jika PR gagal melaksanakan janji pilihan raya mereka,” katanya.
Musa yang juga Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, berkata BN akan terus mendedahkan kepincangan yang dilakukan oleh Guan Eng dan PR dari semasa ke semasa agar rakyat tahu apa yang dilakukan selama ini sama ada untuk membantu rakyat miskin atau golongan yang sudah kaya menjadi lebih kaya.
PR: BN guna sambutan Hari Kemerdekaan pentas politik
28 Ogos 2012
Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke berkata, BN akan menggunakan segala jentera kerajaan termasuk pentas Hari Kemerdekaan dan PR sudah pun menjangkakan perkara itu.
“Mereka menjadikan sambutan bersejarah ini sebagai alat berpolitik dan boleh memecahbelahkan rakyat.
“Sambutan kemerdekaan ini sewajarnya menjadi sambutan bersama dan jika mereka benar-benar ikhlas, mengapa tidak ada sebarang jemputan dibuat kepada mana-mana ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Terdahulu beliau menghadiri Mesyuarat Mingguan Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di sini, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka bersama 200,000 di Stadium Nasional pada hari tersebut dan akan menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia yang bertemakan 'Janji Ditepati'.
Sambutan itu menyusul majlis perbarisan dan perarakan di Dataran Merdeka pada sebelah pagi.
Pagi tadi, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika ditemui di Dataran Merdeka turut membidas tindakan pakatan pembangkang yang hanya pandai mempolitikkan sambutan hari kemerdekaan pada kali ini dengan menganggapnya sebagai satu tindakan yang keterlaluan.
"Sepatutnya sempena sambutan hari kemerdekaan pada kali ini mereka (pembangkang) bersama-sama kita meraikannya dan memberikan sedikit bantuan tapi apa boleh buat, itu memang kerja mereka untuk membangkang.
"Tetapi mereka harus ingat sejak negara kita mengecapi kemerdekaan, pembangkang pun turut sama mengecapi apa yang telah dilakukan oleh kerajaan kita dari peringkat sekolah sehingga mereka memperolehi pekerjaan," katanya.
Beliau turut menepis dakwaan beberapa portal pembangkang yang mengatakan sambutan hari kemerdekaan pada kali ini hanya disambut oleh golongan yang prokerajaan sahaja.
"Ada orang mengkritik mengatakan kita tidak menjemput sesetengah orang untuk hadir bersama-sama kita pada malam tersebut, itu semua tidak benar. Kita menyediakan jemputan sebenarnya, kita jemput semua masyarakat tidak kira apa kepercayaan mereka dan latar belakang politik yang didukungi mereka," katanya.
Mengulas isu sama, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail turut mengakui tidak menerima sebarang jemputan ataupun dimaklumkan mengenai susun atur tempat duduk untuk ahli-ahli Parlimen PR pada sambutan itu.
“Jika dilihat dari tema sambutan itu sahaja sudah bersifat kepartian.
“Oleh sebab itulah PR tampil dengan tema dan logo yang lebih neutral iaitu Sebangsa Senegara Sejiwa bagi menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini kerana inilah masa untuk merayakannya," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat.
Tambah Saifuddin, Majlis Presiden Pakatan Rakyat telah membuat ketepatan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan pidato merdeka pada sambutan Hari Kemerdekaan PR peringkat kebangsaan di Dataran Shah Alam pada Khamis ini.
“Selain itu, pada mesyuarat tadi (hari ini) turut membuat ketepatan satu majlis makan malam anjuran Sekretariat PR akan diadakan pada 29 September nanti untuk kumpul dana.
“Dana ini akan dikumpulkan bagi membiayai semua kegiatan, aktiviti dan program-program yang bakal menyusul.
“Semua ini memerlukan pembiayaan dan kerana itulah kami buat secara bersama,” katanya.
Sementara itu, katanya lagi, sambutan Hari Malaysia pihak PR akan diadakan di Sabah pada 15 September dan 16 September di Sarawak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan