Rabu, 22 Ogos 2012

ELOK KITA BERKATA APA KITA KETAHUI@KITA PELAJARI....BERTOLAK ANSUR AMAT DIPERLUKAN...KITA LAKSANAKAN HUDUD KERANA TAQWA BUKAN KERANA INGIN SOKONGAN

Isu FB: Kami sedia didakwa, KJ jawab DAP
Raziatul Hanum A Rajak
21 Ogos 2012
Akaun fan page Facebook yang didaftarkan atas nama Pemuda Umno Pusat.
Akaun fan page Facebook yang didaftarkan atas nama Pemuda Umno Pusat.
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menyahut cabaran Lim Guan Eng dengan berkata, Peguam Negara boleh mendakwa Pemuda Umno dan pihaknya bersedia untuk membuktikan siapa yang betul dalam isu laman sosial Facebook yang kontroversi.
Menjawab kenyataan Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, Khairy berkata, "Guan Eng nak main politik, kata Pemuda (Umno) hasut."
"Kami sedia didakwa. Bawa ke mahkamah. Tengok siapa betul," kata beliau menerusi Twitter kira-kira 7 petang tadi.
Khairy membuat respons ini ekoran kenyataan Guan Eng di Georgetown awal hari ini, antara lain menggesa Peguam Negara supaya mendakwa Pemuda Umno berhubung poster provokasi yang dibawa oleh sebuah laman Facebook atas nama pergerakan itu hujung minggu lalu.
Sejam sebelum itu Khairy juga menulis: "Guan Eng yang terdesak mencabar (Peguam Negara) AG agar mendakwa Pemuda Umno atas penyebaran poster yang menyinggung, di mana saya sudah katakan ia bukan perbuatan kami."
Khairy juga menambah: "Saya mahu AG teruskan (langkah) dan mendakwa Pemuda Umno dan saya sebagai ketua."
"Walaupun tanpa (Seksyen) 114A (Akta Keterangan) saya yakin dapat membuktikan bahawa kami tidak bertanggungjawab (atas isu tersebut)," kata beliau merujuk kepada seksyen yang turut muncul sebagai perkara kontroversi itu baru-baru ini.
Khairy merupakan antara pemimpin BN yang mahu seksyen itu dikaji semula. Pakatan Rakyat juga mendesak ia disemak balik.
Menerusi Twitter hari ini, Khairy mengaitkan gesaan Guan Eng itu sebagai mainan politik dan menegaskan beliau sedia untuk didakwa di mahkamah.
Khairy menulis: "Guan Eng nak main politik, kata Pemuda hasut. Kami sedia didakwa. Bawa ke mahkamah. Tengok siapa betul."
Pada sidang media di Pulau Pinang, Guan Eng menggesa Peguam Negara mendakwa Pemuda Umno kerana cuba menyemarakkan kebencian kaum dan agama demi membuktikan mereka adil dalam menguatkuasakan Seksyen 114A.
"Jika AG tidak mendakwa Pemuda Umno, ini menunjukkan wujudnya 'double standard'," katanya.
DAP sebelum ini pernah menjadi sasaran dengan isu yang sama awal tahun lalu. Siasatan pihak berkuasa menunjukkan laporan yang dibawa sebuah akhbar tidak benar.
Awal hari ini, Sinar Harian Online membawa laporan, juga memetik mesej Twitter Khairy menegaskan, pihaknya akan membuktikan laman sosial Facebook kontroversi, yang didakwa membawa mesej berbaur hasutan, bukan dikendalikan oleh pihaknya.
Buat hari kedua berturut-turut semalam, Khairy yang juga Ketua Pemuda BN menegaskan, akaun yang menjadi tumpuan ramai tidak dikendali atau diuruskan oleh sayap muda Umno itu.
Pemuda Umno Pusat telah pun menafikan bahawa akaun 'fan page' yang didaftarkan atas nama Pemuda Umno Malaysia itu dikendalikan pergerakan tersebut.
Akaun itu masih aktif tetapi poster berkenaan telah dialihkan Ahad lalu selepas dikecam beberapa pihak termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
KJ: 'Kami akan bukti FB bukan Pemuda Umno kendali'
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
21 Ogos 2012
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menegaskan, pihaknya akan membuktikan laman sosial Facebook kontroversi, yang didakwa membawa mesej berbaur hasutan, bukan dikendalikan oleh pihaknya.
Menjawab siri pertanyaan dan respons daripada pengikut Twitternya, Khairy berkata, pihaknya juga akan menyiasat sama ada wujud unsur sabotaj.
Buat hari kedua berturut-turut semalam, Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) menegaskan, akaun yang menjadi tumpuan ramai tidak dikendali atau diuruskan oleh sayap muda Umno itu.
Sebelum ini, Pemuda Umno Pusat menafikan bahawa akaun 'fan page' yang didaftarkan atas nama Pemuda Umno Malaysia itu dikendalikan pergerakan tersebut.
Seorang pengikut, Geminianeyes berkata:  "It's hard to buy 'unsanctioned' page excuse when FB link on your official site points to profile that likes said page."
Khairy menjawab: "Laman FB ini tidak disekat dan tidak ditadbir oleh Pemuda Umno."
Kemudian Geminianeyes mempersoalkan: "Jika ia bukan sesuatu yang dibenarkan, mengapa ia dipaut 'Liked' menerusi profil FB dari laman anda? Melainkan  http://www.pemudaumno.org.my/ bukan milik anda," katanya.
Seorang pengikut yang lain, Dinesh Nair mengaitkan dengan isu Seksyen Akta Keterangan, dengan antara lain mengatakan bahawa, "di bawah (Seksyen) 114A, beban adalah pada Pemuda.
Langkah baik anda melahirkan bantahan ke atasnya."
Khairy, Ahli Parlimen Rembau, sebelum ini telah meminta agar kerajaan mengkaji semula Seksyen 114A, yang diluluskan oleh Parlimen April lalu.
Khairy berkata, susulan laporan polis yang sudah dibuat petang semalam, tiada masalah bagi Pemuda Umno dan BN untuk membuktikan perkara berkenaan bukan dilakukan oleh pihaknya.
Sekali lagi Dinesh Nair menimbulkan persoalan kemungkinan ia perbuatan sabotaj dalaman.
Khairy membalas respons dengan mengatakan bahawa perkara itu akan disiasat tetapi beliau percaya tiada seorang pun di Pemuda Umno Pusat yang mengendalikan akaun Facebook tersebut.
Semalam Sinar Harian melaporkan Pemuda Umno Pusat mahu pihak polis menyiasat kewujudan satu akaun laman sosial Facebook kontroversi, yang membawa mesej undi kepada Pakatan
Rakyat (PR) bermakna sokongan kepada usaha menjadikan Kristian sebagai agama persekutuan, "seolah-olah" dikendalikan oleh pergerakan itu.
Laporan dibuat oleh Setiausaha Kerja Pemuda BN, Ibdillah Ishak di Balai Polis Tun H S Lee.
Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti pemimpin-pemimpin Umno khususnya dari Selangor.
Poster yang kontroversi itu membawa mesej bahawa “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son’ (Tuhan berkatimu, anakKu).”
Akaun itu masih aktif tetapi poster berkenaan telah dialihkan Ahad lalu.
Royalti: Musa yakin PM 'sedia dengar suara Sabah'
Wartawan Sinar Harian
21 Ogos 2012
Musa Aman
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman
PAPAR (SABAH) - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman percaya isu penyemakan semula royalti minyak sebanyak lima peratus yang dibayar kepada Sabah adalah terbuka untuk dibincangkan antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat secara baik.
Dipetik Bernama, Musa berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang pemimpin yang amat prihatin dan sedia mendengar suara dan keperluan rakyat.
Beliau yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata, hubungan baik antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan juga terbukti memberi manfaat kepada rakyat Sabah melalui pemberian peruntukan yang besar yang banyak membantu menjana sosioekonomi selain memacu kemajuan negeri ini.
"Oleh itu, saya percaya isu (royalti minyak) terbuka untuk dibincangkan dan apa yang penting ialah kita bincang dengan membuat kajian untuk kita perhalusi dan seterusnya mengambil keputusan yang terbaik demi kepentingan semua pihak yang terlibat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka bahagian Umno Papar yang dihoskan bersama Anggota Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan dan Adun Pantai Manis Datuk Rahim Ismail di Dewan Masyarakat Papar, di sini, hari ini.
Semalam, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dipetik sebagai berkata bahawa kerajaan negeri itu akan berbincang dengan Kerajaan Pusat mengenai keperluan untuk menyemak semula kadar semasa lima peratus royalti petroleum yang dibayar kepada Sarawak berdasarkan hubungan rapat sedia ada antara kedua-dua pihak.
Sambil bersetuju bahawa pemimpin negeri daripada pihak kerajaan dan pembangkang di negeri itu mencapai kesepakatan berhubung isu itu, Taib berkata, kedua-dua pihak perlu duduk berbincang mengenainya.
Awal bulan ini, Najib mengumumkan bahawa sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan jawatankuasa itu diberi enam bulan untuk mengkaji perkara itu sebelum membuat cadangan kepada kerajaan pusat, yang akan menamatkan segala persoalan yang menyelubungi isu pembayaran royalti.
PKR: Isu Karpal-Nasha perkara kecil
Jamilah Hamzah
21 Ogos 2012
Fuziah Salleh
Fuziah Salleh
SHAH ALAM - PKR perpendirian bahawa isu membabitkan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai perkara kecil, yang tidak akan mendatangkan apa-apa keburukan kepada Pakatan Rakyat (PR).

Naib Presidennya, Fuziah Salleh berkata, isu antara kedua-dua pemimpin itu bukan perkara yang besar, sebaliknya media yang telah menggembar-gemburkan supaya nampak rumit dan menimbulkan pelbagai spekulasi liar terutama oleh Umno-Barisan Nasional (BN).
Beliau yakin perkara membabitkan Karpal dan Nasharudin akan berakhir tanpa sebarang tindakan mahkamah kerana ia hanya tindakan spontan Pengerusi DAP tersebut apabila dilabel anti-Islam oleh bekas Timbalan Presiden Pas.
"Kita tak nampak isu antara Karpal dan Nasharudin itu akan berlarutan sehingga ada tindakan mahkamah. Isu itu hanya diperbesarkan oleh pihak media.
"Saya yakin kenyataan Karpal baru-baru ini hanyalah kenyataan spontan apabila mendapat tahu ada yang mengandainya sebegitu," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
Pada Jumaat lalu, Karpal memberitahu bahawa beliau telah mengambil keputusan untuk memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin berhubung kenyataan yang melabelnya sebagai anti-Islam.
Sehubungan itu, Sabtu lalu, Nasharudin berkata beliau bersedia untuk bertemu di mahkamah jika  Karpal mahu memfailkan kes fitnah ke atasnya berhubung satu kenyataan berkenaan dengan isu hudud dan negara Islam.
Justeru, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, bagaimanapun isu yang melibatkan sensitiviti seperti keagamaan telah dibincangkan oleh semua pemimpin PR supaya lebih berwaspada dalam membahasnya untuk mengelakkan kesan yang tidak diingini.
"Kita memang ada memberi nasihat dan membincangkan soal yang melibatkan sensitiviti masyarakat ini supaya tidak terlalu diperbahaskan sesuka hati.
"Tapi jangan anggap perkara ini boleh melemahkan PR. BN sendiri ada perbalahan antara pemimpinnya dan yang pasti lagi teruk daripada PR," katanya lagi.
Ketika ditanya sama ada PKR akan bertindak sebagai orang tengah dalam isu Karpal-Nasharudin, Fuziah berkata, "isu ini kecil, tak perlu dibesar-besarkan."
Seng Giaw nasihat pemimpin PR hormat satu sama lain
Jamilah Hamzah
21 Ogos 2012
Dr Tan Seng Giaw
Timbalan Pengerusi DAPKebangsaan, Dr Tan Seng Giaw
SHAH ALAM - Seorang pemimpin kanan DAP berpendirian bahawa jika setiap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menghormati antara satu sama lain, situasi membabitkan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dapat dielakkan.
Timbalan Pengerusi DAPKebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, pemimpin-pemimpin politik sewajarnya peka dengan sensitiviti agama supaya tidak menimbulkan perasaan tidak selesa di kalangan rakyat berbeza agama dan kaum.
Menurutnya, isu berkaitan dengan agama setiap kaum tidak perlu dicampur oleh kaum lain dan sebolehnya biar penganut itu sendiri menyelesaikannya.
“Kita tak perlu nak masuk campur dalam isu agama lain yang akan beri kesan… sensitiviti pada kaum itu.
“Saya sendiri tak mahu sentuh isu seperti hudud kerana saya tahu itu akan menimbulkan rasa tidak senang kepada kaum lain,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.
Semalam, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar beranggapan bahawa Karpal tidak akan meneruskan hasrat mengambil tindakan perundangan ke atas Nasharudin atas alasan ia hanya akan membuka ruang kepada parti pesaing membuat provokasi dan mengambil kesempatan.
Katanya, beliau juga percaya pemimpin-pemimpin DAP juga mempunyai pandangan yang sama.
Jumaat lalu, Karpal memberitahu bahawa beliau telah mengambil keputusan untuk memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin berhubung kenyataannya melabelnya sebagai anti-Islam.
Justeru, Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong, menasihati semua pemimpin dalam perikatan itu supaya menghormati agama lain untuk menjamin keharmonian dan mengelakkan provokasipihak luar.
MCA Kedah setuju hudud
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
21 Ogos 2012
Datuk Chong Itt Chew
Datuk Chong Itt Chew
ALOR SETAR - Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Di sebalik kelantangan pucuk pimpinannya membantah sebarang cadangan untuk melaksanakan hudud di negara ini, MCA Kedah tiba-tiba sahaja membuat kenyataan yang menongkah arus - bersetuju - dengan undang-undang Islam itu.
Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, rasionalnya mudah, hudud tidak melibatkan orang bukan Islam.
"Sekiranya pelaksanaan undang-undang itu (hudud) membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, ia tidak akan jadi masalah termasuk kepada orang bukan Islam. DAP juga tidak patut membantah," katanya di sini, semalam.
Itt Chew berkata, dalam keadaan sekarang, Pas yang memperjuangkan pelaksanaan hudud sejak penubuhannya, harus menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu berterusan menolak hudud.
"Pas mesti buat keputusan yang lebih baik dengan meninggalkan PR.
Selagi bersama PR, Pas tidak akan berjaya melaksanakan hudud," katanya.

Dalam situasi begini, kata Itt Chew, Pas harus menyertai Umno dan BN untuk membina sebuah negara Islam yang lengkap.
"MCA Kedah akan setuju jika Pas ingin menjalin kerjasama dengan Umno untuk meneruskan perjuangan Pas. Pas harus menerima setiap polisi yang ditetapkan parti dan tidak meletakkan sebarang syarat.
"Saya melihat gabungan Umno dan Pas adalah satu tindakan yang baik demi masa depan rakyat dan negara," katanya.
Beberapa hari lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno boleh melaksanakan hudud jika Pas sedia bergandingan dengan parti itu untuk membangunkan sebuah negara Islam.
Menurutnya, Umno amat mengalu-alukan kerjasama Pas jika ia berpisah dari PR.
"Pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam," katanya.
Sebelum itu, anggota Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa menyatakan sudah sampai masa bagi parti itu menimbang kedudukannya dalam PR berikutan penolakan berterusan oleh DAP terutama
pengerusinya, Karpal Singh terhadap undang-undang hudud
Isu hudud: Sidang media khas MCA Kedah esok
ROSLINDA HASHIM
21 Ogos 2012
Chong Itt Chew
Chong Itt Chew
ALOR SETAR - Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew akan membuat penjelasan berhubung kenyataan beliau dalam Sinar Harian, yang disiarkan hari ini, berkaitan dengan hukum hudud.
Sidang media khas bagi memperjelas kekeliruan yang timbul itu akan diadakan di pejabat MCA Alor Setar, esok.
Menurut kenyataan dikeluarkanoleh Bahagian MCA Alor Setar, sidang media itu dijadual berlangsung jam 11 pagi ekoran kenyataan Itt Chew, yang dilihat berbeza seperti dilaporkan Sinar Harian dan laporan sebuah portalberita.
Itt Chew gagal dihubungi bagi mendapatkan kenyataan susulan berhubung isu berkenaan.
Hari ini, Sinar Harian melaporkan MCA Kedah menyokong hudud ekoran pelaksanaannya tidak melibatkan orang Islam, selain menyarankan agar Pas menyertai Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud.
Sebuah portal berita melaporkan, Itt Chew menafikan beliau membuat kenyataan seumpama itu dan menyifatkan ia telah disalah tafsir.
Pas Kelantan: Dr M tak konsisten dalam isu hudud
NURRUL HUDA AHMAD LUTFI
22 Ogos 2012
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
KOTA BHARU- Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menempelak sikap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat tidak konsisten berhubung pelaksanaan hukum hudud di negara ini.

Mohd Amar berkata, ketika zaman pemerintahan Dr Mahathir, beliau yang bersungguh-sungguh menolak undang-undang Islam itu dilaksanakan.

“Semasa Dr Mahathir jadi Perdana Menteri beliau sendiri bagi amaran keras kepada Kelantan menerusi satu surat yang sehingga kini masih ada dalam simpanan Kerajaan Negeri .

“Menerusi surat itu, beliau (Dr Mahathir) ada kata kalau Kelantan tetap meneruskan hukum hudud, tindakan tegas akan dikenakan kepada Kerajaan Negeri. Tetapi sekarang ini beliau cakap lain pula,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sabtu lalu, Sinar Harian melaporkan Dr Mahathir menyarankan Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan perundangan Islam.

Dalam laporan tersebut, Dr Mahathir ada menyebut Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati menyertai Umno dan mengalu-alukan Pas ke dalam parti tersebut sekiranya ia berpisah daripada Pakatan Rakyat (PR).

Sehubungan itu, Mohd Amar menyifatkan kenyataan Dr Mahathir itu seperti orang ‘nyanyuk’ yang cakap tidak serupa bikin.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah berkata, Pas tidak perlu menyertai Umno untuk merealisasikan hudud kerana biarpun berada dalam PR, Pas tetap berpegang teguh memperjuangkan hudud termasuk syariat Islam.

“(Dr Mahathir) dulu cakap lain, sekarang cakap lain. Kita tidak perlu sertai Umno jika hendak laksanakan hudud sedangkan Umno sendiri pun tolak hudud,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar menganggap tindakan MCA Kedah menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan hudud hanya sekadar kenyataan politik untuk membersihkan imej MCA.

Beliau berkata, sebelum ini MCA menerusi Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang lantang bersuara menolak hudud dengan keras.

“Soi Lek sebelum ini jelas dengan pendiriannya tidak mahu hukum hudud menerusi kenyataannya dalam media dan pernah kata hudud ketinggalan zaman dan menakutkan pelabur yang sekali gus membuatkan pelabur akan lari,” katanya.

Mohd Amar berkata, kenyataan MCA Kedah itu bercanggah dengan Presiden sendiri dan menyifatkan berkemungkinan tidak sedar akan pendirian ketua mereka.
Laksana hudud tidak perlu syarat
Wartawan Sinar Harian
21 Ogos 2012
 Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM- Saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hudud adalah pandangan tidak ikhlas dan merendah-rendahkan hukum Islam itu.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan berkata, kenyataan Dr Mahathir tidak memberikan kesan merealisasikan pelaksanaan hudud kerana beliau bukan lagi Perdana  Menteri.
“Sekiranya hudud dilaksanakan, ia tidak perlu apa-apa alasan dan syarat kerana ia mesti dilaksanakan seutuh dan setulennya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) dengan membangunkan sebuah negara Islam.
Menurutnya, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.
“Pelawaan tersebut bukan dari pemimpin Umno tetapi daripada bekas pemimpin Umno. Pas tak perlu menghiraukannya,” katanya.
Hudud boleh dilaksana jika Pas sertai Umno
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
17 Ogos 2012
Mahathir Mohamad
Tun Mahathir Mohamad (dua, kiri) menyampaikan duit raya kepada penduduk di bahagian Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam.
JERLUN - Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

“Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam.

“Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

“Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini.

“Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan,” katanya.

Menurutnya, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi ia tidak dapat melaksanakan hudud kerana Malaysia mempunyai kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno.

“Negara Islam lain juga menaruh harapan kepada Malaysia, namun masih ada orang yang cuba memecahbelahkan orang Islam. Oleh kerana itu hajat kita tidak tercapai.

“Untuk membina sebuah negara Islam, orang Melayu harus bersatu dalam satu pakatan dan membangunkannya secara lengkap.

“Kita tidak usah mempedulikan orang yang memperjuangkan hanya untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud,” katanya.
Hudud: Kenyataan Mahathir hanya gimik politik, kata Pas
Wartawan Sinar Harian
18 Ogos 2012
tuan-ibrahim-tuan-man
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Pas menyindir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan "gimik politik" sedangkan beliau sendiri telah menghalang parti itu daripada melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu.
Selain mendakwa Dr Mahathir tiada autoriti kerana bukan lagi Perdana Menteri, kenyataan dibuat oleh beliau kelmarin memperlihatkan ketidakikhlasannya, kata Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Sinar Harian Online.
"Beliau tidak ada autoriti kerana beliau bukan Perdana Menteri lagi. Apa yang beliau kata hanya pandangan peribadi, idea beliau sahaja... bukan keputusan Perdana Menteri, bukan keputusan Kabinet," kata beliau sambil merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri tidak memperlihatkan pendiriannya dalam isu pelaksanaan hukum hudud.
"Sedangkan semasa beliau jadi Perdana Menteri, Dr Mahathir sendiri telah menghantar surat menggugut Pas yang memerintah Kerajaan Negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud, semasa memerintah Terengganu, mereka halang lagi," kata beliau.
Justeru katanaya, "mengapa tiba-tiba mengajak kami, Pas menyertai Umno untuk melaksanakan hukum hudud?"
Sehubungan itu, katanya, perkembangan terbaru ini hanya satu lagi gimik politik Dr Mahathir untuk menarik sokongan pengundi-pengundi atas pagar dengan melabel kononnya Pas tidak mahu kerjasama dengan Umno.
"Itu sahaja. Ini gimik menjelang pilihan raya. (Dr Mahathir) Dia tidak ikhlas," kata beliau lagi.
Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan memetik Dr Mahathir antara lain berkata, Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno berkata, komponen BN itu amat mengalukan-alukan penyertaan Pas jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.
Tuan Ibrahim seterusnya berkata, sekiranya Umno ikhlas, Barisan Nasional (BN) seharusnya memperkenalkan hukum ini sekarang tanpa mempelawa agar Pas menyertai parti itu.
"Umno boleh laksanakan di Johor, sebab sudah ada wakil rakyat Umno, Adun Kemelah di Johor yang mahu hudud dilaksanakan, ramai orang Umno mahu undang-undang ini diperkenalkan.
"Jika tidak, Umno juga boleh laksanakan di Pahang, sebab BN ada kerusi majoriti, cuma ada empat pembangkang di Dun," kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.
Mendapat hidayah semasa 'mati'
Nik Amirulmu’Min Nik Min
21 Ogos 2012
Mendapat hidayah semasa mati
Mohd Fadhil menceritakan kisah ‘luar biasa’ yang membawa kepada pengislamannya sejak 12 tahun lalu.
KUANTAN - “Saya benar-benar terkejut apabila ahli keluarga memberitahu bahawa saya ‘sudah mati’ malah rekod perubatan tertera pengesahan itu,” kata Chow King Kong atau Mohd Fadil Chow Abdullah, 38, salah seorang mangsa kemalangan maut yang meragut tiga nyawa di kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini, 14 tahun lalu.
Katanya, ALLAH Maha Berkuasa, ketika persiapanmenuntut dan membawa pulang mayatnya sudah dilakukan keluarga, tiba-tiba mereka dikejutkan kejadian luar biasa apabila mayat terbaring kaku itu kembali bernyawa.
“Saya disahkan ‘kembali sedar’ dan ambil masa kira-kira lima tahun untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan akibat kemalangan itu,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis anjuran Yayasan Pahang bersama Persatuan Cina Muslim Pahang (MACMA) dan Pusat Perkembangan Tamadun Masyarakat Asli (Petama) di sini, kelmarin.
Mohd Fadhil berkata, dia bersyukur kerana mendapat peluang kedua bagi membolehkan dia memperbetulkan perjalanan hidupnya.
“Ternyata ada rahmat di sebalik kemalangan yang ‘meragut’ nyawa saya itu kerana di sebalik dugaan itulah ALLAH memilih King Kong menerima hidayah-Nya,” kata bapa kepada empat anak ini.
Mohd Fadhil mengakui, di saat nyawanya berada di penghujung, seorang lelaki berjubah dan bersongkok putih dengan bau harum mendampinginya sambil perdengarkan bacaan ayat suci al-Quran di telinga.
“Kehadiran ‘lelaki’ itu beri satu perasaan yang sukar digambarkan dengan kata-kata kerana saya bukan Islam dan peristiwa itu berlaku ketika saya 'koma',” katanya.
Menurutnya, kejadian itu buka pintu hatinya memahami Islam dan seterusnya ambil keputusan ‘berhijrah’ sebagai Islam dua tahun selepas peristiwa itu pada usia 26 tahun.
“Selepas memeluk Islam, jiwa dan hati saya semakin tenteram. Saya banyak belajar daripada isteri, Salamah Mahmud, 32, yang sentiasa beri perangsang dan nasihat bagi bina semula  kekuatan.
Kenyataan Nasharudin ‘kejam’, Karpal mahu saman

17 Ogos 2012
Karpal Singh
Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh
KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin Mat Isa ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas itu semalam berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.

"Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dipetik Bernama hari ini, Nasharudin mempersoal pakatan politik Pas dengan pihak yang 'menentang Islam'.

Artikel itu memetik beliau sebagai berkata, "Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam".

Dalam reaksinya, Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Nasharudin bahawa beliau menentang Islam, tidak mendapat sokongan Pas.

Nasharudin, katanya, kini hanyalah 'ikan bilis' dalam Pas dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu.

"Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin," katanya.
Jumpa di mahkamah, Nasharudin jawab Karpal

18 Ogos 2012
Nasharudin Mat Isa
Nasharudin Mat Isa melambai tangan ke arah jurugambar sebelum meninggalkan pekarangan KLIA setelah tiba dari Makkah, kelmarin. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa bersedia untuk bertemu di mahkamah jika Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mahu memfailkan kes fitnah ke atasnya berhubung satu kenyataan berkenaan dengan isu hudud dan negara Islam.
Sambil menegaskan, menolak sebahagian Islam bermakna menolak Islam, Nasharudin berkata, beliau kekal dengan pendirian bahawa Karpal seorang yang anti-Islam.
"Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam. Saya kekal  dengan pendirian saya bahawa Karpal Singh adalah anti-Islam dan bersedia untuk bertemu beliau di mahkamah," kata beliau dalam kenyataan ringkas hari ini.
Dalam satu kenyataan semalam, Karpal berkata, beliau telah memulakan prosiding mahkamah ke atas Ahli Parlimen Bachok itu.
Karpal berkata beliau memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas itu semalam berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.
"Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam," katanya.
Nasharudin mempersoal pakatan politik Pas dengan pihak yang 'menentang Islam'.
Artikel itu memetik beliau sebagai berkata, "Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam".
Dalam reaksinya, Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Nasharudin bahawa beliau menentang Islam, tidak mendapat sokongan Pas.
Nasharudin, katanya, kini hanyalah 'ikan bilis' dalam Pas dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu.
"Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin," katanya.
Dalam kenyataannya, Nasharudin berkata, "saya dididik di dalam Pas bahawa ajaran Islam itu adalah syumul merangkumi setiap aspek kehidupan."
"Di dalamnya ada akidah, perundangan dan akhlak. Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam," katanya lagi.

Tiada ulasan: