Nasharudin: Majlis Syura bincang dalam agenda lain2 hal
Harakahdaily, | 26 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama hanya akan membincangkan isu kenyataan Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam agenda lain-lain hal sahaja dalam mesyuaratnya 9 September ini.
"Itupun kalau sempat kerana kita ada fokus lain dalam mesyuarat kali ini," kata Setiausahanya, Ustaz Nik Zawawi Salleh (gambar) kepada Harakahdaily hari ini.
Menurut beliau, agenda utama mesyuarat badan tertinggi dalam PAS itu akan datang adalah memperkasakan Pakatan Rakyat terutama dalam menghadapi isu hudud.
Beliau mengulas laporan media bahawa Majlis Syura akan membincangkan isu bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin yang membuat kenyataan agar PAS menilai kembali kedudukannya dalam Pakatan Rakyat ekoran penentangan DAP terhadap pelaksanaan Hudud.
Pengerusi Majlis Syura adalah Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala timbalannya adalah Datuk Dr Haron Din. Anggotanya terdiri dari para ulama yang kanan dalam PAS.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, Majlis Syura akan membincangkan kedudukan Nasharudin kerana dia ahli Majlis Syura Ulama PAS itu.
"Majlis Syura akan memperincikan isu hudud ini agar ia tidak menjadi titik perbezaan pendapat dalam Pakatan kerana ia agenda PAS bukan Pakatan.
"DAP sepatutnya tidak menyentuh hal ini kerana ia bukan bidang mereka," katanya.
Mesyuarat Lajnah Politik PAS semalam mengambil ketetapan, PAS akan terus memperjuangkan pelaksanaan syariat Islam termasuk Hudud dalam konteks demokrasi di negara ini.
Sebelum ini, pimpinan PAS bertegas, tidak ada masalah penentangan DAP terhadap Hudud kerana pemimpin mereka kebanyakannya bukan Islam.
Yang menjadi isu adalah apabila Umno yang mengaku Islam sejak dari dahulu menentangnya termasuk surat amaran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz agar jangan melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II yang diluluskan oleh DUN Kelantan.
Selain itu, wakil Umno pernah mencabar undang-undang itu di mahkamah namun kemudiannya permohonan itu ditarik balik.
Khutbah: Jangan cemarkan Maik
Mohd Sayuti Omar, | 26 Ogs 2012 |
Mulanya
saya tidak mahu menyentuh fasal khutbah raya Aidifitri 1433 yang
dibekalkan kepada imam-imam di Kelantan yang mana ada imam membaca dan
mengubahsuainya kerana isu itu tidak berapa menarik minat. Khutbah raya
Aidifitri Kelantan menjadi isu disebabkan ada butir-butiran dalam
khutbah itu menyekit jiwa.
Awal-awal lagi saya sudah meneliti teks khutbah berkenaan memang ia mempunyai unsur-unsur tidak sihat dan tidak sesuai ianya dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan (Maik). Maik sepatutnya tidak begitu jauh membawa sentimen politik di dalam khutbahnya. Maik seharusnya jilah dan bersih dari elemen politik keakuan.
Keseluruhan khutbah itu baik kerana memberi peringatan ke arah perpaduan dan bekerjasama serta mempertingkatkan daya keimanan kaum muslimim. Hampir 70% isi kandungan sempurna. Tetapi apabila ia diselit dengan agenda politik kerpartian menyebabkan khutbah yang baik itu tidak menjadi baik. Ia bak setitik nila merosakkan susu sebelanga.
Saya menelitinya menerusi laman web Maik yang memasukkan teks khutbah berkenaan beberapa hari sebelum raya. Saya sudah menduga ia akan dipertikaikan oleh makmum yang tidak senang dengan penyelitan unsur-unsur kepartian itu. Seorang ustaz muda yang balik ke Kelantan ketika bertemu saya malam kelmarin menceritakan apa yang saya bimbangkan itu.
Menurut ustaz itu yang rajin mengikuti khutbah dan kuliah agama berbagai jenis ustaz, khutabah dikeluarkan Maik bukan kali ini saja menghentam kerajaan Kelantan dan cuba mempengaruhi rakyat agar menyokong kerajaan Persekutuan (UBN) tetapi katanya sudah acap kali.
"Iya sudah melampau sangat abang Ti, tidak kena kalau majlis bersikap demikian kerana masjid adalah hak semua orang. Peliknya walaupun Kelantan diperintah Pas tidak ada pula khutbah yang memainkan sentimen kerajaan Kelantan," begitulah kata ustaz itu.
Ustaz berkenaan lalu mendakwa dia tahu siapa yang menjadi dalang di sebalik khutbah itu. Menurutnya dia sendiri pernah melihat salah seorang orang penting Maik berada dalam majlis Umno. Manakala menurut maklumat lain orang penting dalam Maik pernah menyebut secara terang-terang kepada ustaz yang kini berada di sebuah agensi kerajaan, yang dia benci dengan Pas?
Saya hanya mendiamkan dan mengangguk bodoh apa yang ustaz itu ceritakan. Sebenarnya seperti saya kata ianya sudah saya ketahui awal-awal lagi.
Jadi hari ini apabila makin banyak orang memperkatakan mengenai khutbah itu dan ada pula si bengong yang lancang menuduh ulamak Pas terlibat menyediakannya, menyebabkan teringin saya memperkatakannya. Yang saya nak jelaskan di sini ialah tanggapan manusia yang tidak tahu 'buka intenet' yang menuduh ulamak Pas yang menyediakan khutbah berkenaan. Kalau dia tahu buka internet dia akan tahu siapa yang menyedia dan menyiapkan khutbah tersebut.
Saya tidak tahu apakah orang ini menangkap sesuatu itu dengan telinga ataupun dengan siku? Saya juga tidak tahu apakah dia faham mengenai tugas Maik dan apa dia peranaan para ulamak Pas. Malanglah kalau ada media massa memetik pandangan dan teguran orang ini yang maklumatnya dikutip di kaki lima?
Kalau pun ada ulamak yang menyokong Pas di dalam Maik ia bukan boleh hendak dituduh khutbah itu disediakan oleh mereka. Khutbah itu seperti mana dikredit di hujung teks di laman web itu disediakan oleh panel khutbah Maik. Yang jelasnya siapa pengerusi panel itu, tentu Datuk Mufti Kelantan.
Sementelahan pula isi khutbah itu bukan berpihak kepada Pas tetapi berpihak kepada kerajaan UBN, apabila isinya menyindir mengenai himpunan Bersih dan juga aktiviti ibadat anjuran kerajaan Pas seperti mendirikan solat terawih di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV?
"Kita turut menyatakan kesyukuran kerana dapat berhimpun dalam masjid, dalam rumah Allah, bukan di medan-medan, di padang-padang atau di jalanan untuk menimbulkan keadaan keresahan dan mencetuskan perbalahan dan pergaduhan". Itu antara sebaris isi khutbah yang memedihkan. Untuk apa kata-kata ini diselit kalau bukan atas niat hendak menyakitkan hati? Penganut politik yang peka mudah menangkap maksud di sebaliknya.
Melihat polemik mengenai khutbah raya ini saya nampak yang perlu bertanggungjawab ialah panel yang menyediakan teks berkenaan. Dalam hal ini Mufti lah yang bertanggungjawab sebab beliau adalah ketua panel berkenaan. Seharusnya Mufti lebih bertanggungjawab dan tidak menggunakan sewenang-wenangnya kuasa yang diberikan kepadanya.
Datuk Mufti kena pantau dan semak betul-betul isu khutbah berkenaan atau mana-mana khutbah yang dikeluarkan oleh Maik agar ia tidak menimbul masalah. Kita tidak mahu peranan dan fungsi Maik yang suci dan tidak berpihak itu dianggap sebagai alat kepada pihak tertentu.
Mufti bersama ahli Maik patut mengawal demi menjaga nama baik majlis itu dan juga Yang Dipertuanya iaitu Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Jangan pula kerana asyik bermain dengan sentimen politik akhirnya arang akan tercoreng ke muka Tengku Mahkota. Seharusnya amanah menerusi jawatan itu dipikul dengan baik dan kalau ada mana-mana pihak yang tidak dapat menahan nafsu politik baik maklumkan kepada baginda dan tinggal Maik.
Tidak kira mereka penyokong dan ahli mana-mana parti kalau tidak boleh menahan diri menjadi seorang pegawai Maik yang adil, saksama dan benar-benar memperjuangkan yang haq perlu keluar atau tinggalkan majlis berkenaan. Majlis itu bukan wajar dijadikan ruang untuk mana-mana menyelitkan ideologi politik keduniaan. - http://www.msomelayu.blogspot.com/

Karpal kemuka 'bukti' kenyataan Dr M
Pengerusi
DAP Karpal Singh hari ini mengemukakan petikan daripada hansard
Parlimen yang didakwanya sebagai bukti bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad
membuat kenyataan menghasut ke atas Raja-Raja semasa perbahasan di
Parlimen yang membawa kepada pindaan perlembagaan 1993 ke atas kekebalan
Raja-Raja.
Katanya, Mahathir menyatakan perkara itu ketika membentangkan usul bagi pindaan terbabit, berhubung penubuhan Mahkamah Khas bagi menghapus kekebalan Raja-Raja daripada proses perundangan.
Beliau seterusnya menggesa Mahathir supaya hadir ke perbicaraan yang sedang berlangsung ke atasnya.
Perbicaraan berkenaan adalah berhubung kenyataan MP Bukit Gelugor itu dalam satu sidang media pada 6 Februari 2009, bahawa tindakan undang-undang boleh diambil ke atas Sultan Perak atas peranan dalam krisis perlembagaan di negeri itu pada tahun berkenaan.
"Saya cabar Mahathir supaya datang ke mahkamah secara sukarela di perbicaraan saya dan mengakui serta menjelaskan apa yang dinyatakan di Parlimen pada 18 Januari 1993.
"Saya harap dia tidak akan lari daripada cabaran ini," kata Karpal dalam satu kenyataan.
Mahathir semalam mencabar Karpal supaya mengemukakan petikan berkenaan.
Berikut adalah petikan yang dikemukakan Karpal daripada hansard bagi persidangan Dewan Rakyat pada 18 Januari 1993:
"Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan." [Tepuk]’ [Hansard 18 Januari, 1993, halaman 16]
"Sebenarnya ketiga-tiga Perdana Menteri dahulu, sebagai Penasihat kepada Raja-Raja, telahpun menegur Raja-Raja berkali-kali semasa mereka berkhidmat. Saya tahu teguran ini dibuat kerana perkara ini telah dilaporkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Majlis Tertinggi UMNO berkali-kali.
"Allahyarham Tun Hussein Onn semasa menjadi Perdana Menteri pernah dalam ucapan bertulis di suatu Mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang dihadiri hanya oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia atau wakil-wakil mereka sahaja, menegur dengan kerasnya perbuatan Raja-Raja yang tidak harus dilakukan.
"Tetapi teguran ini tidak berkesan. Pekara-perkara yang disentuh terus dilakukan juga, bahkan ditingkatkan. Apa yang tidak pernah dibuat di zaman British dan pada tahun-tahun awalan Malaysia merdeka, dilakukan dengan semakin ketara da meluas." [Hansard, 18 Januari, 1993, halaman 19]…
"Kerajaan memang mendengar dan menyedari akan pandangan dan kemarahan sebilangan rakyat yang mengetahui perbuatan Raja. Demikianlah kemarahan mereka sehingga ada, terutama di kalangan generasi muda, yang menganggap Sistem Beraja sudah ketinggalan zaman.
"Tetapi oleh kerana Akta Hasutan dan larangan terhadap mengkritik Raja, Raja tidak mendengar dan tidak percaya kepada Penasihat mereka apabila maklumat disampaikan berkenaan kegelisahan rakyat. Raja dan keluarga Diraja nampaknya berpendapat bahawa semua ini adalah ciptaan Penasihat-penasihat Raja untuk menakutkan Baginda atau untuk merebut hak Raja.
"Dalam keadaan ini, Raja bukan sahaja akan meneruskan amalan-amalan yang tidak disenangi atau disukai oleh rakyat tetapi juga akan melakukan perkara-perkara yang lebih dibenci oleh rakyat. Jika trend ini tidak disekat, perasaan rakyat terhadap Raja tentu akan meluap dan menjadi begitu buruk sehingga pada suatu masa nanti rakyat mungkin tidak lagi dapat membendung perasaan mereka. Perasaan yang diluahkan dalam surat-surat kepada akhbar sebenarnya sudah lama wujud.
"Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membaca petikan daripada satu rencana yang dihantarkan kepada akhbar The Straits Times pada 1946 oleh seorang tokoh Melayu yang terkemuka, apabila British mencadangkan penubuhan Malayan Union. Tokoh ini kemudian memegang jawatan yang tinggi dalam Kerajaan. Rencana ini tidak disiarkan oleh akhbar Straits Times tetapi ia disampaikan kepada saya baru-baru ini oleh penulis.
"Penulis ini menyatakan, dengan izin “All intelligent Malay leaders ought now seriously to give most profound and careful thought to the question whether the time has not arrived when the Malay Royalty ( I mean the Sultan and Raja) should gracefully withdraw themselves altogether”
"Jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 [Tepuk] jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak diingini?” [Hansard, 18 January, 1993, halaman 20-22]…
"Sebelum ini terdapat banyak insiden dimana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan Negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai" [Hansard, 18 Januari, 1993, halaman 26]
26 Ogos 2012
ANALISIS - Tanggal 9 September! Sudah pasti Pas sekali lagi menjadi tumpuan arena politik negara.
Biro Politik Pas Pusat menyerahkan kepada Majlis Syura untuk membuat keputusan mengenai satu kenyataan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa hampir dua minggu lalu.
Pemerhati politik sudah menjangkakan keputusan itu.
Pertama, Biro Politik dan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat tidak boleh membincangkan sebarang tindakan tatatertib ke atas Nasharudin.
Selepas tewas dalam pemilihan Pas Pusat Jun 2011, Nasharudin dilantik menganggotai biro antarabangsa Pas Pusat. Beliau juga merupakan anggota Majlis Syura.
Kedua, Pas tidak mahu dilihat mengambil tindakan drastik dalam 'mood' sekarang menuju Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Apa yang diperkatakan oleh Nasharudin adalah unsur politik. Jadi Biro Politik membincangkan dan menyerahkan kepad Majlis Syura untuk membuat keputusan," kata seorang wartawan veteran dari lingkungan Pas sendiri.
"Selain tidak boleh bertindak ke atas seorang anggota Majlis Syura, Biro Politik pun tahu bahawa jika bertindak ke atas Nasharudin sekarang, ia seolah-olah membuka ruang kepada Umno dan BN untuk menyerang Pas," katanya.
Jadi, jelas beliau, "Apa yang akan berlaku ialah Majlis Syura akan memanggil atau mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan meminta Pas keluar Pakatan Rakyat jika DAP terus mengkritik hukum hudud."
"Nasharudin akan memberi pandangan dan menjelaskan pendirian dia... Majlis Syura akan memberi nasihat atau memberi amaran... itu yang Majlis Syura akan lakukan," kata beliau.
Malah menurut beliau, Majlis Syura jarang mengambil tindakan disiplin atau memecat mana-mana anggotanya dari Pas. Lebih-lebih jika dia seorang anggota Majlis Syura.
"Kemungkinan menggugurkan sebagai anggota Majlis Syura, itu mungkin, tetapi pecat sebagai ahli Pas, jarang... jadi saya melihat ia akan berakhir setakat itu sahaja," kata beliau.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, kes Nasharudin diserahkan kepada Majlis Syura kerana ia adalah badan tertinggi dalam parti Islam itu.
"Anggota Pusat (Biro Politik dan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat) tidak boleh membuat keputusan sebab Majlis Syura adalah paling tinggi... jadi semua itu diserahkan kepada Majlis Syura," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Mengenai opsyen tindakan yang boleh diambil, Mustafa berkata, "terpulang kepada Majlis Syura... sama ada untuk dipecat atau bagaimana... semua terpulang kepada Majlis Syura."
Majlis Syura diketuai Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan. Nasharudin kini merupakan Ahli Parlimen Bachok.
Nik Aziz dan Nasharudin pernah 'bertembung' pada akhir 2009 - empat bulan selepas pemilihan pusat tahun itu. Pada pemilihan itu Nasharudin mempertahan kerusinya. Di sebalik isu idea kerajaan campuran yang dikaitkan dengan Nasharudin dan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Nik Aziz mengesyorkan agar pemilihan baru diadakan. Awal Januari 2010, kedua-dua pemimpin memperlihatkan pemulihan hubungan.
Ketika diajukan soalan, Setiausaha Majlis Syura, Nik Zawawi Nik Salleh memberitahu Sinar Harian Online bahawa setakat ini, isu Nasharudin bukan agenda utama mesyuarat badan itu pada 9 September.
"Tak, tak... ia bukan perkara besar, hanya akan dibincangkan di bahagian perkara-perkara lain," kata beliau.
"Lagi pun kita belum bersidang lagi, ia hanya akan diketahui selepas mesyuarat 9 September," kata beliau apabila ditanya mengenai opsyen tindakan yang boleh diambil.
Diminta mengulas mengenai opsyen yang ada di pihaknya, katanya, "kita mungkin boleh beri nasihat."
"Kita belum mesyuarat lagi. Saya tidak boleh kata apa-apa," jelas beliau.
Nampaknya, kemungkinan-kemungkinan hasil pertemuan 9 September masih belum jelas.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Biro Politik yang bermesyuarat semalam tidak membincangkan kes Nasharudin, sebaliknya memberi tumpuan ke atas persiapan menghadapi PRU13.
"Cuma apabila wartawan tanya, Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) memberitahu ia akan ditentukan oleh Majlis Syura. Sebab Nasharudin bukan ahli Jawatankuasa kerja Pas Pusat, bukan anggota Biro Politik," kata beliau.
Mengakui bahawa Majlis Syura tidak pernah mengambil tindakan drastik sehingga memecat seseorang, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menjelaskan opsyen yang ada berkata, "opsyen pertama, kami akan mendapatkan penjelasan daripada Ustaz Nasha sendiri berkenaan dengan kenyataan dikeluarkan."
"Berdasarkan penjelasan beliau, Majlis Syura akan menentukan tindakan yang hendak diambil," katanya.
Beliau yang juga salah seorang anggota Majlis Syura berkata, sekiranya apa yang dilakukan oleh Nasharudin serius, selaku "badan yang memandu parti dan ahli", ia akan mengesyorkan kepada mana-mana "organ dalam parti" untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Organ yang dimaksudkan termasuklah Lembaga Disiplin, yang boleh menggantung keahlian, memecat atau memberi amaran.
"Biasanya syor yang diberikan oleh Majlis Syura akan dipatuhi oleh organ parti," kata Pesuruhjaya Pas Pahang ini.
Laporan Sinar Harian hari ini memetik bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau yakin kedudukan Nasharudin dalam parti kekal selamat dan tidak mungkin dipecat.
"Pas tidak akan pecat beliau kerana keadaan politik semasa tidak mengizinkan mereka (Pas)," katanya yang dipecat pada awal Januari lalu.
Berdasarkan senario hari ini, rata-rata Nasharudin, yang dua minggu lalu menegaskan tidak akan keluar Pas untuk menyertai Umno, akan selamat.
Perlembagaan Pas ada menyediakan opsyen tindakan. Tetapi opsyen pada realiti politik semasa nampaknya terhad buat Pas walaupun bertindak drastik ke atas Hasan pada 8 Januari lalu.
26 Ogos 2012
SAMBIL kita tengah sibuk menghayati bulan Ramadan, tercetus pula isu
baru, Ustaz Nasharudin Mat Isa meminta Pas keluar dari Pakatan Rakyat
(PR) dan menuduh Karpal Singh sebagai anti-Islam kerana menolak hudud!
Soal Ustaz Nasha bersama Najib di Makkah dan bertindak sebagi penterjemah hanya menzahirkan betapa Umno ketandusan ulama.
Tiada orang lainkah dalam Umno? Sama ada ia sandiwara atau sebaliknya, kita tidak perlu memikirkannya. Kalau Ustaz Nasha hendak berumrah bersama Rosmah pun tidak menjadi masalah bagi saya.
Hanya yang menjadi pertikaian ialah kenyataan beliau berhubung Pas agar perlu keluar dari PR dan bagaimana Pas tunduk pada DAP.
Lagu dan irama lama, didendangkan kembali untuk menutup peristiwa pergolakan di Sabah. Kalau benar beliau ikhlas, mengapa tidak dibawanya ke dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama dan Pas Pusat? Sebaliknya mendiamkan diri seribu bahasa sambil bergendang di luar di dalam pangkuan Umno/BN.
Bukan lagi menjadai satu rahsia bahawa beliau sudah lama tidak bersama Pas dari segi semangatnya. Semenjak terlibat dalam perundingan Pas Umno pasca-PRU 2008 beliau kelihatan berbeza.
Mungkinkah ada umpan yang terkena dan tidak dapat dilupai rasanyakah? Bertambah pula dengan kekalahannya dalam pertandingan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang digambarkan oleh wartawan ‘The Star’ sebagai kali pertama melihat beliau kehilangan senyuman yang bagaikan sentiasa terpahat di bibirnya, sehingga menurutnya lagi terus tidak hadir pada hari terakhir muktamar Pas pada tahun itu.
Pendedahan Pas Kelantan bahawa beliau tidak lagi disenaraikan sebagai calon sudah pasti diketahui lebih awal oleh dirinya sendiri.
Masa depannya bersama Pas seolah-olah semakin malap dan jalan permaidani merah yang biasa dilaluinya sudah tidak lagi kelihatan.
Maka oleh itu tidak mustahil beliau mencari pilihan yang lain bagi diri dan masa depannya. Mungkin sepertimana Hassan Ali, beliau menganggap dirinya tidak lagi dihargai Pas dan sebaliknya lebih dihargai pihak sebelah sana.
Dalam pada itu, pertelingkahan beliau dengan Karpal pula boleh dianggap agak melucukan. Dituduhnya Karpal ‘anti-Islam’ kerana menolak Hudud! Wooooit! Hudud ditolak oleh Karpal seorang sahajakah?
Untuk makluman semua, Umno/BN sudah lama menolak hudud dan itulah sebabnya ia tidak dilaksanakan di negara kita! Mengapa pula tidak diistihar Umno/BN sebagai anti-Islam? Kerana mungkin itu tidak menepati ‘game-plan’ Umno/BN?
Orang bukan Islam menolak hudud, malahan agama Islam itu sendiri, adalah perkara biasa. Nama pun bukan Islam. Tetapi persoalannya, mengapakah Umno yang mengaku Islam menolak? Tidakkah sepatutnya beliau mengistiharkan yang di sebelahnya dalam gambar di Mekah itu sebagai anti-Islam terlebih dahulu sekiranya penolakan hudud adalah hujjah untuk mengisytiharkan seseorang itu anti-Islam!
* Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat
25 Ogos 2012
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata,
kedudukan kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin kuat di bawah
kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, jika Perdana Menteri memberi sedikit masa sebelum mengumumkan tarikh pilihan raya umum, sokongan ke atas BN akan berjaya dipulihkan.
"Mereka (pembangkang) kata selepas 55 tahun BN memerintah, sudah sampai masa untuk berubah. Kamu perlu berubah untuk menjadi lebih baik tapi kalau berubah jadi buruk?," katanya kepada pemberita semasa jamuan rumah terbuka beliau di The Mines yang dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang termasuk Perdana Menteri sendiri.
Pada masa sekarang, pembangkang sedang menyemai perasaan benci di kalangan orang ramai terhadap kerajaan sebagai salah satu taktik mereka, katanya.
Katanya keutamaan mereka sekarang ini adalah untuk mewujudkan kebencian ke atas kerajaan dan termasuklah serangan-serangan yang dibuat ke atas dirinya sendiri walaupun tidak lagi memegang kuasa.
"Mengapa nak serang saya kerana saya tidak ada kuasa, macam ada kebencian terhadap saya, mereka hidup atas kebencian ini," katanya.
Katanya bagaimana boleh dikatakan kerajaan hari ini gagal kerana BN berjaya mengekalkan prestasi kewangan semasa dunia dilanda kemelut ekonomi dan ketika dunia hari ini dilanda masalah etnik dan perkauman, kerajaan BN masih mampu mengekalkan keharmonian kaum.
"Mengapa mereka (pembangkang) tidak sebutkan hal ini, sudah tentu jika disebut, rakyat tidak akan benci kerajaan," katanya. - Bernama
Katanya, Mahathir menyatakan perkara itu ketika membentangkan usul bagi pindaan terbabit, berhubung penubuhan Mahkamah Khas bagi menghapus kekebalan Raja-Raja daripada proses perundangan.
Beliau seterusnya menggesa Mahathir supaya hadir ke perbicaraan yang sedang berlangsung ke atasnya.
Perbicaraan berkenaan adalah berhubung kenyataan MP Bukit Gelugor itu dalam satu sidang media pada 6 Februari 2009, bahawa tindakan undang-undang boleh diambil ke atas Sultan Perak atas peranan dalam krisis perlembagaan di negeri itu pada tahun berkenaan.
"Saya cabar Mahathir supaya datang ke mahkamah secara sukarela di perbicaraan saya dan mengakui serta menjelaskan apa yang dinyatakan di Parlimen pada 18 Januari 1993.
"Saya harap dia tidak akan lari daripada cabaran ini," kata Karpal dalam satu kenyataan.
Mahathir semalam mencabar Karpal supaya mengemukakan petikan berkenaan.
Berikut adalah petikan yang dikemukakan Karpal daripada hansard bagi persidangan Dewan Rakyat pada 18 Januari 1993:
"Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan." [Tepuk]’ [Hansard 18 Januari, 1993, halaman 16]
"Sebenarnya ketiga-tiga Perdana Menteri dahulu, sebagai Penasihat kepada Raja-Raja, telahpun menegur Raja-Raja berkali-kali semasa mereka berkhidmat. Saya tahu teguran ini dibuat kerana perkara ini telah dilaporkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Majlis Tertinggi UMNO berkali-kali.
"Allahyarham Tun Hussein Onn semasa menjadi Perdana Menteri pernah dalam ucapan bertulis di suatu Mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang dihadiri hanya oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia atau wakil-wakil mereka sahaja, menegur dengan kerasnya perbuatan Raja-Raja yang tidak harus dilakukan.
"Tetapi teguran ini tidak berkesan. Pekara-perkara yang disentuh terus dilakukan juga, bahkan ditingkatkan. Apa yang tidak pernah dibuat di zaman British dan pada tahun-tahun awalan Malaysia merdeka, dilakukan dengan semakin ketara da meluas." [Hansard, 18 Januari, 1993, halaman 19]…
"Kerajaan memang mendengar dan menyedari akan pandangan dan kemarahan sebilangan rakyat yang mengetahui perbuatan Raja. Demikianlah kemarahan mereka sehingga ada, terutama di kalangan generasi muda, yang menganggap Sistem Beraja sudah ketinggalan zaman.
"Tetapi oleh kerana Akta Hasutan dan larangan terhadap mengkritik Raja, Raja tidak mendengar dan tidak percaya kepada Penasihat mereka apabila maklumat disampaikan berkenaan kegelisahan rakyat. Raja dan keluarga Diraja nampaknya berpendapat bahawa semua ini adalah ciptaan Penasihat-penasihat Raja untuk menakutkan Baginda atau untuk merebut hak Raja.
"Dalam keadaan ini, Raja bukan sahaja akan meneruskan amalan-amalan yang tidak disenangi atau disukai oleh rakyat tetapi juga akan melakukan perkara-perkara yang lebih dibenci oleh rakyat. Jika trend ini tidak disekat, perasaan rakyat terhadap Raja tentu akan meluap dan menjadi begitu buruk sehingga pada suatu masa nanti rakyat mungkin tidak lagi dapat membendung perasaan mereka. Perasaan yang diluahkan dalam surat-surat kepada akhbar sebenarnya sudah lama wujud.
"Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membaca petikan daripada satu rencana yang dihantarkan kepada akhbar The Straits Times pada 1946 oleh seorang tokoh Melayu yang terkemuka, apabila British mencadangkan penubuhan Malayan Union. Tokoh ini kemudian memegang jawatan yang tinggi dalam Kerajaan. Rencana ini tidak disiarkan oleh akhbar Straits Times tetapi ia disampaikan kepada saya baru-baru ini oleh penulis.
"Penulis ini menyatakan, dengan izin “All intelligent Malay leaders ought now seriously to give most profound and careful thought to the question whether the time has not arrived when the Malay Royalty ( I mean the Sultan and Raja) should gracefully withdraw themselves altogether”
"Jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 [Tepuk] jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak diingini?” [Hansard, 18 January, 1993, halaman 20-22]…
"Sebelum ini terdapat banyak insiden dimana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan Negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai" [Hansard, 18 Januari, 1993, halaman 26]
Nasib Nasha dan opsyen Majlis Syura
26 Ogos 2012
Biro Politik Pas Pusat menyerahkan kepada Majlis Syura untuk membuat keputusan mengenai satu kenyataan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa hampir dua minggu lalu.
Pemerhati politik sudah menjangkakan keputusan itu.
Pertama, Biro Politik dan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat tidak boleh membincangkan sebarang tindakan tatatertib ke atas Nasharudin.
Selepas tewas dalam pemilihan Pas Pusat Jun 2011, Nasharudin dilantik menganggotai biro antarabangsa Pas Pusat. Beliau juga merupakan anggota Majlis Syura.
Kedua, Pas tidak mahu dilihat mengambil tindakan drastik dalam 'mood' sekarang menuju Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Apa yang diperkatakan oleh Nasharudin adalah unsur politik. Jadi Biro Politik membincangkan dan menyerahkan kepad Majlis Syura untuk membuat keputusan," kata seorang wartawan veteran dari lingkungan Pas sendiri.
"Selain tidak boleh bertindak ke atas seorang anggota Majlis Syura, Biro Politik pun tahu bahawa jika bertindak ke atas Nasharudin sekarang, ia seolah-olah membuka ruang kepada Umno dan BN untuk menyerang Pas," katanya.
Jadi, jelas beliau, "Apa yang akan berlaku ialah Majlis Syura akan memanggil atau mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan meminta Pas keluar Pakatan Rakyat jika DAP terus mengkritik hukum hudud."
"Nasharudin akan memberi pandangan dan menjelaskan pendirian dia... Majlis Syura akan memberi nasihat atau memberi amaran... itu yang Majlis Syura akan lakukan," kata beliau.
Malah menurut beliau, Majlis Syura jarang mengambil tindakan disiplin atau memecat mana-mana anggotanya dari Pas. Lebih-lebih jika dia seorang anggota Majlis Syura.
"Kemungkinan menggugurkan sebagai anggota Majlis Syura, itu mungkin, tetapi pecat sebagai ahli Pas, jarang... jadi saya melihat ia akan berakhir setakat itu sahaja," kata beliau.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, kes Nasharudin diserahkan kepada Majlis Syura kerana ia adalah badan tertinggi dalam parti Islam itu.
"Anggota Pusat (Biro Politik dan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat) tidak boleh membuat keputusan sebab Majlis Syura adalah paling tinggi... jadi semua itu diserahkan kepada Majlis Syura," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Mengenai opsyen tindakan yang boleh diambil, Mustafa berkata, "terpulang kepada Majlis Syura... sama ada untuk dipecat atau bagaimana... semua terpulang kepada Majlis Syura."
Majlis Syura diketuai Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan. Nasharudin kini merupakan Ahli Parlimen Bachok.
Nik Aziz dan Nasharudin pernah 'bertembung' pada akhir 2009 - empat bulan selepas pemilihan pusat tahun itu. Pada pemilihan itu Nasharudin mempertahan kerusinya. Di sebalik isu idea kerajaan campuran yang dikaitkan dengan Nasharudin dan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Nik Aziz mengesyorkan agar pemilihan baru diadakan. Awal Januari 2010, kedua-dua pemimpin memperlihatkan pemulihan hubungan.
Ketika diajukan soalan, Setiausaha Majlis Syura, Nik Zawawi Nik Salleh memberitahu Sinar Harian Online bahawa setakat ini, isu Nasharudin bukan agenda utama mesyuarat badan itu pada 9 September.
"Tak, tak... ia bukan perkara besar, hanya akan dibincangkan di bahagian perkara-perkara lain," kata beliau.
"Lagi pun kita belum bersidang lagi, ia hanya akan diketahui selepas mesyuarat 9 September," kata beliau apabila ditanya mengenai opsyen tindakan yang boleh diambil.
Diminta mengulas mengenai opsyen yang ada di pihaknya, katanya, "kita mungkin boleh beri nasihat."
"Kita belum mesyuarat lagi. Saya tidak boleh kata apa-apa," jelas beliau.
Nampaknya, kemungkinan-kemungkinan hasil pertemuan 9 September masih belum jelas.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Biro Politik yang bermesyuarat semalam tidak membincangkan kes Nasharudin, sebaliknya memberi tumpuan ke atas persiapan menghadapi PRU13.
"Cuma apabila wartawan tanya, Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) memberitahu ia akan ditentukan oleh Majlis Syura. Sebab Nasharudin bukan ahli Jawatankuasa kerja Pas Pusat, bukan anggota Biro Politik," kata beliau.
Mengakui bahawa Majlis Syura tidak pernah mengambil tindakan drastik sehingga memecat seseorang, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menjelaskan opsyen yang ada berkata, "opsyen pertama, kami akan mendapatkan penjelasan daripada Ustaz Nasha sendiri berkenaan dengan kenyataan dikeluarkan."
"Berdasarkan penjelasan beliau, Majlis Syura akan menentukan tindakan yang hendak diambil," katanya.
Beliau yang juga salah seorang anggota Majlis Syura berkata, sekiranya apa yang dilakukan oleh Nasharudin serius, selaku "badan yang memandu parti dan ahli", ia akan mengesyorkan kepada mana-mana "organ dalam parti" untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Organ yang dimaksudkan termasuklah Lembaga Disiplin, yang boleh menggantung keahlian, memecat atau memberi amaran.
"Biasanya syor yang diberikan oleh Majlis Syura akan dipatuhi oleh organ parti," kata Pesuruhjaya Pas Pahang ini.
Laporan Sinar Harian hari ini memetik bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau yakin kedudukan Nasharudin dalam parti kekal selamat dan tidak mungkin dipecat.
"Pas tidak akan pecat beliau kerana keadaan politik semasa tidak mengizinkan mereka (Pas)," katanya yang dipecat pada awal Januari lalu.
Berdasarkan senario hari ini, rata-rata Nasharudin, yang dua minggu lalu menegaskan tidak akan keluar Pas untuk menyertai Umno, akan selamat.
Perlembagaan Pas ada menyediakan opsyen tindakan. Tetapi opsyen pada realiti politik semasa nampaknya terhad buat Pas walaupun bertindak drastik ke atas Hasan pada 8 Januari lalu.
Khalid Samad: Isu Nasharudin dan Karpal
26 Ogos 2012
Soal Ustaz Nasha bersama Najib di Makkah dan bertindak sebagi penterjemah hanya menzahirkan betapa Umno ketandusan ulama.
Tiada orang lainkah dalam Umno? Sama ada ia sandiwara atau sebaliknya, kita tidak perlu memikirkannya. Kalau Ustaz Nasha hendak berumrah bersama Rosmah pun tidak menjadi masalah bagi saya.
Hanya yang menjadi pertikaian ialah kenyataan beliau berhubung Pas agar perlu keluar dari PR dan bagaimana Pas tunduk pada DAP.
Lagu dan irama lama, didendangkan kembali untuk menutup peristiwa pergolakan di Sabah. Kalau benar beliau ikhlas, mengapa tidak dibawanya ke dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama dan Pas Pusat? Sebaliknya mendiamkan diri seribu bahasa sambil bergendang di luar di dalam pangkuan Umno/BN.
Bukan lagi menjadai satu rahsia bahawa beliau sudah lama tidak bersama Pas dari segi semangatnya. Semenjak terlibat dalam perundingan Pas Umno pasca-PRU 2008 beliau kelihatan berbeza.
Mungkinkah ada umpan yang terkena dan tidak dapat dilupai rasanyakah? Bertambah pula dengan kekalahannya dalam pertandingan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang digambarkan oleh wartawan ‘The Star’ sebagai kali pertama melihat beliau kehilangan senyuman yang bagaikan sentiasa terpahat di bibirnya, sehingga menurutnya lagi terus tidak hadir pada hari terakhir muktamar Pas pada tahun itu.
Pendedahan Pas Kelantan bahawa beliau tidak lagi disenaraikan sebagai calon sudah pasti diketahui lebih awal oleh dirinya sendiri.
Masa depannya bersama Pas seolah-olah semakin malap dan jalan permaidani merah yang biasa dilaluinya sudah tidak lagi kelihatan.
Maka oleh itu tidak mustahil beliau mencari pilihan yang lain bagi diri dan masa depannya. Mungkin sepertimana Hassan Ali, beliau menganggap dirinya tidak lagi dihargai Pas dan sebaliknya lebih dihargai pihak sebelah sana.
Dalam pada itu, pertelingkahan beliau dengan Karpal pula boleh dianggap agak melucukan. Dituduhnya Karpal ‘anti-Islam’ kerana menolak Hudud! Wooooit! Hudud ditolak oleh Karpal seorang sahajakah?
Untuk makluman semua, Umno/BN sudah lama menolak hudud dan itulah sebabnya ia tidak dilaksanakan di negara kita! Mengapa pula tidak diistihar Umno/BN sebagai anti-Islam? Kerana mungkin itu tidak menepati ‘game-plan’ Umno/BN?
Orang bukan Islam menolak hudud, malahan agama Islam itu sendiri, adalah perkara biasa. Nama pun bukan Islam. Tetapi persoalannya, mengapakah Umno yang mengaku Islam menolak? Tidakkah sepatutnya beliau mengistiharkan yang di sebelahnya dalam gambar di Mekah itu sebagai anti-Islam terlebih dahulu sekiranya penolakan hudud adalah hujjah untuk mengisytiharkan seseorang itu anti-Islam!
* Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat
Mahathir: BN bertambah kuat di bawah kepimpinan Najib
25 Ogos 2012
Katanya, jika Perdana Menteri memberi sedikit masa sebelum mengumumkan tarikh pilihan raya umum, sokongan ke atas BN akan berjaya dipulihkan.
"Mereka (pembangkang) kata selepas 55 tahun BN memerintah, sudah sampai masa untuk berubah. Kamu perlu berubah untuk menjadi lebih baik tapi kalau berubah jadi buruk?," katanya kepada pemberita semasa jamuan rumah terbuka beliau di The Mines yang dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang termasuk Perdana Menteri sendiri.
Pada masa sekarang, pembangkang sedang menyemai perasaan benci di kalangan orang ramai terhadap kerajaan sebagai salah satu taktik mereka, katanya.
Katanya keutamaan mereka sekarang ini adalah untuk mewujudkan kebencian ke atas kerajaan dan termasuklah serangan-serangan yang dibuat ke atas dirinya sendiri walaupun tidak lagi memegang kuasa.
"Mengapa nak serang saya kerana saya tidak ada kuasa, macam ada kebencian terhadap saya, mereka hidup atas kebencian ini," katanya.
Katanya bagaimana boleh dikatakan kerajaan hari ini gagal kerana BN berjaya mengekalkan prestasi kewangan semasa dunia dilanda kemelut ekonomi dan ketika dunia hari ini dilanda masalah etnik dan perkauman, kerajaan BN masih mampu mengekalkan keharmonian kaum.
"Mengapa mereka (pembangkang) tidak sebutkan hal ini, sudah tentu jika disebut, rakyat tidak akan benci kerajaan," katanya. - Bernama
- Khairul Aimran Md Alimakin kuat temberang..makin kuat ngabiskan duit negara....makin kuat gelabah...warna kuning pun takut.
- Nurliza Abdullah · Top Commenter
- Mohd Zuki · Top Commenterhari tu kata BN semakin lemah bawah penerintahan najib, hari ni lain pulak pandangan nya. tak tahu la aku apa nak kata pd tun ni tentang ingatan akal fikiran nye.
- Abdul Aziz · Executive at PetronasHabis yang PAS bela DAP Karpal YANG TERANG2 MENCABAR ISLAM Tak Syaitan ker? Betul Tun kata UMNO lemah dulu. Ku Li pun kata begitu UMNO akan kalah. Malah Raja Petra Sendiri pun dulu kata mcm tu. But now bukan lagi. Mahathir is correct UMNO bukan lemah lagi mcm sebelum ni. Mcm tu jugak Ku Li dan Raja Petra pun komen mcm tu. Maksudnya orang dah nampak. Anwar Ibrahim sendiri dah awal angkat bendera putih kata kalau tak menang dia akan retire after semua janji Free Thingy yang dia Buat ?
- Isyam Bukhari · Top Commenter · Pengurus at Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysiabiiasalah tun diaorang serang sbb tun daha tak de kuasa , dulu masa tun jadi PM semua dok kipas tun,..
- janimanhogai (signed in using yahoo)Yang kipas dulu pun anak syaitan je,itu pun DR
Mulai sekarang kami dah kenal DR.Mahathir bapa syaitan.Bapa syaitan akan mengguna kan ifrit untuk memenangi pilihan raya 13.Hantu raya akan digunakan
untuk menipu rakyat sambil menghisap darah bila dah menang.Semua orang orang Umno mengucap dua kalimah syahadah dah kemudian lawan balik Syaitan syaitan
yang kamu semua ditipunya.
- Abdul Aziz · Executive at Petronas
- Gunalan Naidu · Subscribe · Top Commenter · Manager at Etiqa Insurance & Takaful · 212 subscriberskalau kuat bubar sajalah why tunggu sampai nex yr....
- Isyam Bukhari · Top Commenter · Pengurus at Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
- aziz_utp (signed in using yahoo)Kalau aku jadi najib pun aku tunggu. Lepas budget. Lepas Mega Sale. Lepas Raya dan Lepas Banjir sebab semua tu akan menonjolkan kedudukan kerajaan di mata rakyat. Economy tgh mantap. Investment masuk sebab Europe tgh problem.Oversea investor jadikan asia sebagai pusat utk investment diorang. Inflasi still terkawal walaupun mega sale and raya. GDP terus naik malah mengatasi sasaran dan jangkaan bank negara dan penganalisis economy. IPO tak payah cakap la we are the best performing IPO market in the world now. Next coming ASTRO. Bursa mencata paras paling tinggi dalam sejarah Malaysia sekarang ni. Tranformation program dan masuk capter mcm announcement bulan julai baru ni. All Raya and megasale akan tambah kuasa beli rakyat and meningkatkan GDP dan mengawal inflasi. Bank terus kekal kecairan dan gabnor bank negara zati pun dah di ...See More
- janimanhogai (signed in using yahoo)Tun Mahathir jelas sudah mula nyanyuk, sila ikuti bicaranya pasti rakyat dapat melihat kenyanyukkannya.TM jangan dipedulikan apa apa yang dinyatakannya lagi kerana kita pula yang jadi sewel macam dia.
- Hillmy Sallam · Top Commenter"kedudukan kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin kuat di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak." kata Tun M. pahtu watpe nak suruh Pas masuk umno lak kalo dah kuat? mcm x kuat jer... seleweng kuat, rasuah kuat, tipu kuat tu ada... Bubar parlimen cepat skit sementara BN kuat skrg x perlu tunggu next year... PRU13 Pas ganti umno. PR ganti bn.
- Abdullah Yew · Top Commenter · Universiti Teknologi MalaysiaBaru hadir rumah terbuka sahabat lama hari ni. Dari pemerhatian yang saya buat, memang orang tak suka PKR di Selangor. Harga rumah melambung2. Generasi yang berumur 25 tahun pada tahun ini, mungkin menjadi generasi terakhir yang mampu memiliki rumah, sebab harga rumah teres di Selangor bawah 400k dah tak boleh dapat dah.
Kawan2 melayu dah mula sedar kesalahan masing2 sebab mereka sudah buka mata yang anak-anak mereka sudah tidak akan mampu lagi memiliki rumah bertanah selepas ini. Padanlah muka, dulu dok seronok dengan peruntukan more dan buka puasa di masjid2. dia lupa, cina kat belakang slow2 amik tanah dia dengan cara menaikkan harga property. Last-last anak2 diorang hidup merempat.
Apa la bingai sangat.
Insyaallah, PR selangor tumbang.- Yang Reti Base · Top Commenter
- Rozak Zaki · Top Commenter · Design Engineer at Electro-Mechanical Engineering TechnologyBekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.
MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.
Tahniah MCA kerana berjaya membuatkan Mahathir gundah gulana... Cita-cita murni Mahathir untuk melaksanakan hudud di Malaysia hancur berkecai dipijak-pijak oleh ulamak-ulamak MCA....
Kahkahkah... - Rozak Zaki · Top Commenter · Design Engineer at Electro-Mechanical Engineering TechnologyBIAR GAMBAR BERBICARA....KERETA MILIK RAKYAT DENGAN KERETA MILIK ANAK PEMIMPIN UMNO! - dipercayai milik anak Mahathir....Mokzani Mahathir.
link : http://omakkau.blogspot.com/2012/ 08/ biar-gambar-berbicarakereta -milik.html. - Cerita Kedai Kopisalute Tun M atas pembelaan melayu kita..
dijamin PERCUMA.. klik sini --> http://bitly.com/NIkQgF. - Seliparkasut Getah · Subscribe · Top Commenter · UKMmemang betul ape tun m kata....aku setuju....najib buat BN bertambah "kuat"...pada aku...sape2 tadbir pon aku tak kisah...sbb masing2 pemimpin dok fikir nak sapu duit rakyat jer.....aku nak tanam kebencian terhadap kesemua pemimpin BN dan PR bole? kite gulingkan kesemua pemimpin2 yang kaki sapu ni semua bole?
buat benda baik ckit nak sebut2 slalu...ape ni? pemimpin akal kat kaki ker? - Mohtar Dahalan · Top Commentermahathir sangat takut kerajaan bertukar tangan..., kerana kekayaannya, kerana kekayaan keluarganya, kerana proksinya, kerana kroninya....kelak semuanya akan tersingkap.
satu persatu....nanti rakyat akan tahu siapa mahathir.... - Tsabit Zaid · Top CommenterKejap kata UMNO dah reput sampai ke usus. La ni kata UMNO ok. Ko dok perasan lagi ke yg ko ni hebat lagi ker? UMNo dah mula lemah dari zaman ko lagi. Lepas itu ko tuduh Pak Lah melemahkan UMNO. Mangkuk ayun punya manusia.
- Cikgu Aznan Shaary · Top Commenter · Works at GuruKepimpinan PM akan lbh bermakna dan diterima jika syiar islam diangkat ke darjat sepatutnya....
- Shea Dakuat tak kuat kita tunggu PRU13 nanti!
- Khairulamir Sulaiman · Top Commenter · Sekolah menengah Datuk Mansur,Bahauindikator "makin kuat' yg mahdey rujuk pastinya merujuk pada prestasi pru 2008 dulu.
maknanya BN skrg tidaklah sekuat mana.pada tahun 2004 paklah berjaya menang pilihanraya hampir 95%.waktu itu adalah zaman kuat bn.zaman mahdey pun tak boleh lawan.
sbb itu mahdey amat dengki dgn paklah dan KJ.kejatuhan BN terus dikaitkan dgn paklah/KJ sedangkan org benci bn sejak zaman dia fitnah anwar lagi. - Citacitarasa Muo Ledang · Top Commenter · Pengarah Urusan at Hanwar & hazali sdn.bhdmemang bn kuat.... tengoklah sapa yang kata, mamak Mahathur yang cakap bn tu kuat..... tabik spring pada mamak Mahathur.... spin masih banyak hendak mencucuk ni.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan