Banjir: MPK akan baiki sistem perparitan
Harakahdaily, | 28 Ogs 2012 |
KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menaik taraf sistem perparitan dan longkang sekitar Jalan Muda Off Jalan Meru berikutan banjir yang agak luar biasa melanda kawasan itu baru-baru ini.
Mahkamah membuat keputusan itu dalam perbicaraan hari ini bagi mendengar permohonan Rahim untuk membatalkan saman yang dikemukakan terhadap beliau dan beberapa yang lain.
Saman dikemukakan oleh Tuan Guru Nik Aziz ekoran laporan akhbar New Straits Times (NST) yang bertajuk 'Nik Aziz is father of kafir.'
Tuan Guru Nik Aziz telah memfailkan writ saman ke atas Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara atas tindakan fitnah yang diterbitkan oleh NST pada 8 Mei 2012 pada muka surat 6.
Antara lain akhbar NST melaporkan "Nik Aziz is the father of kafir in the name of religion : Ex-IGP says PAS leader mesleading muslims"
Akibat daripada penerbitan berita tersebut Tuan Guru Nik Aziz pada 31 Mei yang lalu memfailkan writ saman melalui firma Tetuan Hisham Fauzi & Associates.
Selain Tan Sri Rahim, enam yang lain turut dinamakan sebagai respondan termasuklah penerbit dan pencetak akhbar NST tersebut iaitu The New Straits Times Press (M) Bhd.
Tan Sri Rahim kemudiaannya melalui peguamnya Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak telah memfaikan Saman Dalam Kamar bagi membatalkan writ saman plaintif.
Alasannya adalah writ saman tersebut telah gagal mematuhi Aturan 78 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 atas dakwaan kononnya writ saman tersebut tidak mempunyai pengindorsan tentang penerbitan artikel di NST tersebut.
Pendengaran saman Dalam Kamar tersebut didengar di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada pagi ini di Mahkamah terbuka.
Dalam hujah membantah permohonan Tan Sri Rahim Noor tersebut peguam Tuan Guru Nik Aziz, Mohamed Hanipa Maidin berhujah bahawa meskipun defendan membantah kononnya writ saman plaintif adalah cacat (irregular) hakikatnya saman Dalam Kamar Tan Sri Rahim sendiri juga mengandungi kecacatan.
Ini kerana dalam permohonan Tan Sri Rahim tidak dinyatakan secara spesifik di bawah aturan manakah beliau bergantung.
Hanipa juga berhujah jika dilihat kepada saman dalam kamar tersebut juga tidak dinyatakan alasan kenapakah permohonan dibuat.
Hanipa berhujah "jika defendan ingin membantah tentang ketidakpatuhan kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi, defendan juga seharusnya mematuhi secara ketat kaedah-kaedah tersebut terlebih dahulu."
Setelah mendengar hujah lisan kedua-dua peguam plaintif dan defendan, hakim tersebut telah memutuskan menolak permohonan Tan Sri Rahim bagi membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan Tuan Guru Nik Aziz.
Tuan Guru Nik Aziz diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama-sama Hisham Fauzi dan Farah Helmy dan Tan Sri Rahim Noor diwakili oleh Abu Bakar Sidek manakala pihak NST diwakili oleh Cik Claudia Cheah
Ahli majlis, Noor Najhan Mohd Salleh berkata, penduduk memaklumkan kawasan berkenaan tidak pernah dilanda musibah sejak 20 tahun lalu dan kejadian banjir yang berlaku mengejutkan komuniti di situ serta beberapa langkah segera telah diambil untuk menangani kejadian itu.
Menurutnya, hujan selama empat jam itu telah menyebabkan sebahagian rumah dinaiki air dan ia dipercayai berpunca daripada sistem perparitan yang ada di situ.
“Berlaku pertembungan air di kawasan ini dan ia menyebabkan limpahan yang agak mendadak serta mengakibatkan banjir dalam masa yang agak pantas.
“Selain daripada itu,sampah sarap di parit terlibat juga telah menyebabkan air mudah naik dan ini menyebabkan kawasan sekitar dinaiki air dalam jangka masa yang singkat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman, wakil-wakil jabatan dan pemimpin setempat di situ.
Menurutnya, Jabatan Perkhidmatan Persekitaran (JPP) telah membersihkan sampah sarap yang ada dan pada masa yang sama Jabatan Kejuruteraan akan membuat kerja-kerja penambahbaikan parit dan longkang untuk memastikan kejadian banjir itu tidak berulang lagi
Mahkamah tolak saman MB Terengganu
Harakahdaily, | 28 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datin Yeoh Wee Siam membatalkan saman Datuk Seri Haji Ahmad Bin Said (Menteri Besar Terengganu) (gambar) ke atas Dr Syed Azman Syed Ahmad dan 3 yang lain dengan kos sebanyak RM5,000.00.
Ini adalah keputusan kedua selepas kerajaan negeri Terengganu juga dibatalkan sebagai plaintif dalam saman mereka terhadap Dr Syed Azman.
Keputusan ini juga merupakan kemenangan kedua buat peguam Mohamed Hanipa Maidin selepas berjaya menolak permohonan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor untuk membantah saman Tuan Guru Nik Aziz terhadapnya di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pagi tadi.
Ahmad merupakan plaintif kedua saman tersebut selain Kerajaan Negeri Terengganu yang menjadi plaintif pertama dan Mek Hawa binti Abdul Rahman dan Hamie Azreen bin Ami Nordin yang berniaga atas nama Hamie Enterprise sebagai plaintif ketiga.
Hakim yang sama 27 Julai 2012 telah menolak kerajaan negeri Terengganu sebagai plaintif dalam kes ini berdasarkan hak kebebasan bersuara.
Selain Dr Syed Azman yang dijadikan Defendan Pertama dalam saman itu defendan-defendan lain adalah Datuk Haji Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS), Ahmad Lutfi Othman (Ketua Pengarang Harakah) dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd.
Mereka disaman berdasarkan satu tulisan yang dibuat oleh Dr Syed Azman dan disiarkan Harakah, lidah rasmi PAS.
Dalam keputusannya yang dibaca di dalam kamar hakim, hakim tersebut memutuskan demikian berdasarkan Ahmad Said menyaman para defendan dalam kapasitinya sebagai seorang Menteri Besar.
Oleh yang demikian berlandaskan alasan di dalam keputusannya bertarikh 27 Julai 2012 yang mana plaintif pertama iaitu Kerajaan Negeri tidak boleh menyaman seseorang atas kes fitnah memandangkan Kerajaan Negeri dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya, maka ia harus terbuka kepada kritikan yang tidak terhad (uninhibited criticism ).
Jika kerajaan negeri dibenarkan memfailkan saman fitnah ia akan menyekat hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, mahkamah memutuskan bahawa plaintif kedua (Ahmad Said) juga tidak boleh menyaman defendan-defendan dalam kapasitinya sebagai seorang Menteri Besar.
Dr Syed Azman dan tiga defendan yang lain diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin bersama-sama Azhana Mohd Khairudin manakala Datuk Seri Haji Ahmad Bin Said dan dua Plaintif yang lain diwakili oleh Abdullah Omar Bawadi

P'raya Kampus: Mahasiswa adu kepada Bersih
Hazayani Zakaria, | 28 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR:Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menggesa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menilai kualiti dan ketelusan pilihan raya kampus di Malaysia.
Jurucakap Pro Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto berkata, terdapat beberapa perkara yang mencurigakan dan memerlukan Bersih campur tangan dalam isu ini.
Antaranya, 'Opss 2020 yang digunakan Umno BN untuk menyekat mahasiswa dalam pilihan raya kampus.
"Jentera kerajaan seperti Biro Tata Negara (BTN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pentadbiran universiti digunakan untuk melambatkan pilihan raya kampus yang sepatutnya diadakan September depan," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) petang ini.
SMM juga mahu Bersih campur tangan berhubung keengganan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan pentadbiran universiti mengadakan pilihan raya kampus selepas lebih setahun pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
"Tiada alasan kukuh yang dilihat boleh menunda tarikh pilihan raya kampus melainkan terdapat kepentingan tertentu dalam pilihan raya kampus mahasiswa," katanya.
Selain itu, Bersih diminta menilai sistem kempen pilihan raya kampus yang dianggap tidak munasabah.
"Tempoh berkempen hanya tiga hari, sehari kuliah dan dua hari cuti.
"Bagaimana calon-calon mahu berkempen dalam masa sesingkat itu dan pada hari cuti?" soalnya.
Gesaan tersebut terkandung dalam memorandum yang diserahkan SMM kepada Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Datuk A. Samad Said.
Ambiga dalam responsnya berkata, pihaknya akan meneliti memorandum tersebut dan akan berusaha membantu mahasiswa membaiki tahap ketelusan pilihan raya mereka.
"Tuntutan mahasiswa ini sangat munasabah dan mempunyai persamaan dengan tuntutan Bersih yang mahukan pilihan raya yang adil.
"Mahasiswa menunjukkan kuasa mereka dan menunjukkan keprihatinan mereka terhadap demokrasi di kampus dan Bersih menyokong tindakan ini," katanya.
SMM sebelum ini telah menyerahkan memrandum menggesa pilihan raya kampus disegerakan kepada KPT tetapi tiada sebarang tindakan diambil

Fakta buktikan graduan Unisel antara yang terbaik
Selangorku, | 28 Ogs 2012 |
SHAH ALAM: Universiti Selangor (Unisel) berjaya membuktikan keunggulannya apabila berjaya melahirkan graduan berkualiti untuk pasaran pekerjaan negara walau dihimpit pelbagai berita angin.
Naib Cancelor Unisel, Prof Dr Anuar Ahmad berkata, sepanjang tempoh enam majlis konvokesyen diadakan bermula pada tahun 2006 sehingga tahun 2011, Unisel sudah melahirkan 14,626 graduan dari pelbagai bidang pengajian yang ditawarkan.
“Peratusan pelajar Unisel yang bekerja di syarikat-syarikat antarabangsa dan GLC adalah tertinggi jika dibandingkan dengan keseluruhan IPT,” katanya.
Ini dibuktikan berdasarkan statistik yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) apabila hanya 23.3 peratus graduan lepasan Unisel masih belum mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian.
Angka ini adalah yang paling rendah berbanding dengan semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lain.
Antara graduan Unisel yang berjaya mendapat pengiktirtafan badan profesional adalah Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Sufi Habibullah Roslan yang mendapat pengiktirafan pelajar terbaik daripada Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM), di Majlis Anugerah 2012 kali ke-53 IEM baru-baru ini.
Sufi mendapat keputusan Penilaian Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) cemerlang serta kejayaan projek tahun akhir yang melayakkannya menerima pingat emas IEM.
Anuar mengakui, kejayaan ini dipengaruhi oleh peningkatan kemasukan pelajar untuk setiap sesi pengajian kesan daripada beberapa kontroversi yang melanda Unisel.
“Saya beranggapan semua ini ada hikmahnya. Di sebalik semua spekulasi atau dakwaan selama ini membawa kebaikan kepada universiti.
“Tanpa disangka-sangka, jumlah kemasukan pelajar untuk semester pendek Unisel pada April tahun ini berjaya mencatatkan jumlah kemasukan cukup tinggi iaitu 1,400 orang pelajar berbanding kemasukan yang sama pada tahun lepas iaitu hanya 400 orang pelajar,” katanya.
Tambahnya, perkara ini berlaku sebelum keputusan UPU dikeluarkan untuk kemasukkan IPTA.
Jelasnya, keadaan ini membuktikan Unisel merupakan pilihan utama pelajar sekaligus menafikan dakwaan kononnya Unisel merupakan pilihan terakhir pelbagai pihak bagi melanjutkan pengajian selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Masa Assad sudah tamat - Morsi
Haaretz terjemahan Mohamad Yahya, | 28 Ogs 2012 |
(Presiden Mesir, Mohammed Morsi ketika bercakap dengan Reuters di istana Presiden di Kaherah)
KAHERAH: Presiden baru Mesir, tampak sudah bersedia untuk membuat penampilan di pentas diplomasi antarabangsa dengan mula mengambil inisiatif terhadap krisis Syria apabila menyeru Isnin lalu supaya para sekutu Presiden Bashar Assad membantu menjatuhkan pemimpin Syria tersebut.
"Sekarang adalah masa untuk menghentikan pertumpahan darah ini, dan untuk rakyat Syria mendapatkan kembali hak-hak mereka, dan untuk rejim yang membunuh rakyatnya lenyap dari Syria," ujar Mohammed Morsi dalam temuduga pertama beliau dengan organisasi berita antarabangsa.
Morsi, 61 tahun, Presiden Mesir dengan sokongan Ikhwanul Muslimin, sebuah organisasi yang pernah diharamkan, bercakap kepada Reuters sebelum berangkat dalam minggu ini ke China dan Iran, dua negara bersama-sama dengan Rusia, yang setakat ini masih menentang seruan Arab dan Barat untuk mengakhiri pemerintahan Assad.
"Tidak ada ruang perbincangan berkenaan reformasi, tetapi perbincangan adalah berkenaan perubahan," Morsi berkata, sambil menambah Mesir telah berulang kali menyebut, “rakan-rakan rakyat Syria di China dan Rusia dan negeri-negeri lain" perlu untuk menyokong rakyat Syria yang biasa.
Terus diserang
Sementara itu, serangan pesawat pejuang Syria di pinggir bandar timur Damsyik mengorbankan sekurang-kurangnya 60 orang Isnin lalu, lapor seorang aktivis kumpulang pembangkang.
Mereka berkata serangan udara itu menyasarkan kejiranan Zemalka dan pinggir bandar timur Saqba, kawasan di mana pejuang Tentera Pembebasan Syria telah menyerang dan menakluk beberapa sekatan jalan tentera Syria sebelumnya.
Kedua-dua pinggir bandar adalah kawasan miskin dan kebanyakannya adalah Ahlus Sunnah. Ahlus Sunnah telah berjuang selama 17 bulan menentang Assad.
"60 mangsa telah direkodkan sebagai terkorban di Zemalka dan terdapat banyak lagi korban di Saqba tetapi bilangan mereka tidak dapat dipastikan," kata Osama al-Dimashqi, seorang aktivis bercakap dari Zemalka dan memberi nama samara kerana takut diambil tindakan.
"Kebanyakan mereka yang terbunuh adalah orang awam dan Tentera Pembebasan Syria telah menyerang sekatan jalan kemudian meninggalkannya," katanya.
Dimashqi berkata ini adalah serangan udara pertama oleh pesawat pejuang di Damsyik

Bapa kafir: Mahkamah tolak permohonan Rahim Noor
Harakahdaily, | 28 Ogs 2012 |
(Laporan NST yang mendakwa Nik Aziz bapa kafir)
KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak permohonan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan isu bapa kafir.
Mahkamah membuat keputusan itu dalam perbicaraan hari ini bagi mendengar permohonan Rahim untuk membatalkan saman yang dikemukakan terhadap beliau dan beberapa yang lain.
Saman dikemukakan oleh Tuan Guru Nik Aziz ekoran laporan akhbar New Straits Times (NST) yang bertajuk 'Nik Aziz is father of kafir.'
(Para peguam TG Nik Aziz yang diketuai Hanipa Maiden [tengah], Hisham Fauzi [kiri sekali] dan lain-lain...gambar Yusriamin)
Tuan Guru Nik Aziz telah memfailkan writ saman ke atas Tan Sri Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara atas tindakan fitnah yang diterbitkan oleh NST pada 8 Mei 2012 pada muka surat 6.
Antara lain akhbar NST melaporkan "Nik Aziz is the father of kafir in the name of religion : Ex-IGP says PAS leader mesleading muslims"
Akibat daripada penerbitan berita tersebut Tuan Guru Nik Aziz pada 31 Mei yang lalu memfailkan writ saman melalui firma Tetuan Hisham Fauzi & Associates.
Selain Tan Sri Rahim, enam yang lain turut dinamakan sebagai respondan termasuklah penerbit dan pencetak akhbar NST tersebut iaitu The New Straits Times Press (M) Bhd.
Tan Sri Rahim kemudiaannya melalui peguamnya Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak telah memfaikan Saman Dalam Kamar bagi membatalkan writ saman plaintif.
Alasannya adalah writ saman tersebut telah gagal mematuhi Aturan 78 Kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 atas dakwaan kononnya writ saman tersebut tidak mempunyai pengindorsan tentang penerbitan artikel di NST tersebut.
Pendengaran saman Dalam Kamar tersebut didengar di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada pagi ini di Mahkamah terbuka.
Dalam hujah membantah permohonan Tan Sri Rahim Noor tersebut peguam Tuan Guru Nik Aziz, Mohamed Hanipa Maidin berhujah bahawa meskipun defendan membantah kononnya writ saman plaintif adalah cacat (irregular) hakikatnya saman Dalam Kamar Tan Sri Rahim sendiri juga mengandungi kecacatan.
Ini kerana dalam permohonan Tan Sri Rahim tidak dinyatakan secara spesifik di bawah aturan manakah beliau bergantung.
Hanipa juga berhujah jika dilihat kepada saman dalam kamar tersebut juga tidak dinyatakan alasan kenapakah permohonan dibuat.
Hanipa berhujah "jika defendan ingin membantah tentang ketidakpatuhan kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi, defendan juga seharusnya mematuhi secara ketat kaedah-kaedah tersebut terlebih dahulu."
Setelah mendengar hujah lisan kedua-dua peguam plaintif dan defendan, hakim tersebut telah memutuskan menolak permohonan Tan Sri Rahim bagi membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan Tuan Guru Nik Aziz.
Tuan Guru Nik Aziz diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama-sama Hisham Fauzi dan Farah Helmy dan Tan Sri Rahim Noor diwakili oleh Abu Bakar Sidek manakala pihak NST diwakili oleh Cik Claudia Cheah
Gaza tidak dapat didiami menjelang 2020 - PBB
Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, | 28 Ogs 2012 |
(Gaza mengalami kekurangan bahan api dan potongan kuasa letrik paling teruk)
GAZA: Semenanjung Gaza tidak akan menjadi tempat yang dapat didiami menjelang tahun 2020 kecuali tindakan segera diambil untuk meningkatkan bekalan air, kuasa letrik, kesihatan, dan persekolahan, menurut laporan PBB yang paling komprehensif berkenaan wilayah Palestin itu.
"Tindakan perlu diambil sekarang jika Gaza yang dalam keadaan teruk sekarang ini mahu menjadi tempat yang dapat didiami pada tahun 2020," Penyelaras Kemanusiaan PBB, Maxwell Gaylard memberitahu wartawan apabila laporan tersebut dikeluarkan Isnin lalu.
"Penduduk Gaza akan meningkat daripada 1.6 juta orang hari ini kepada 2.1 juta orang pada tahun 2020, mengakibatkan kepadatan lebih daripada 5,800 orang setiap satu kilometer persegi," satu kenyataan PBB yang memetik laporan itu.
Infrastruktur merentasi beberapa sektor - elektrik, air dan sanitasi, dan perkhidmatan perbandaran dan sosial - "tidak bertambah seiring dengan keperluan penduduk yang semakin meningkat," menurut laporan itu.
PBB mengatakan hanya satu perempat daripada air kumbahan Gaza dirawat. Selebihnya, termasuk kumbahan mentah, masuk ke Laut Mediterranean.
Malah kini Gaza, di bawah pelbagai sekatan Israel sejak 2006, sedang mengalami kekurangan bahan api dan potongan kuasa letrik paling teruk, serta tahap pengangguran sekitar 45 peratus.
PBB berkata permintaan untuk air minuman dijangka meningkat sebanyak 60 peratus dalam tempoh lapan tahun akan datang, "Manakala sebarang kerosakan kepada akuifer, sumber air utama, tidak akan dapat dipulihkan jika tiada usaha memulihnya sekarang".
Laporan itu turut menyatakan bahawa lebih daripada 440 sekolah tambahan, 800 katil hospital dan lebih daripada 1,000 doktor diperlukan menjelang 2020.
'Di bawah sekatan'
Israel mula mengenakan sekatan di Gaza pada Jun 2006 selepas pejuang Gaza menculik seorang tentera Israel, yang hanya dibebaskan Oktober lalu sebagai pertukaran untuk 1,027 orang tahanan Palestin.
Sekatan itu telah diperketatkan setahun kemudian selepas pergerakan Hamas merampas kuasa dengan menewaskan tentera yang setia kepada Presiden Palestin yang mendapat sokongan Barat, Mahmoud Abbas.
Sekatan itu telah dikurangkan tetapi kekangan untuk sebarang pergerakan masih dikekalkan.
Penduduk di Gaza hidup dengan bantuan PBB, pembiayaan masyarakat asing dan terowong ekonomi yang menyalurkan makanan, bahan pembinaan, elektronik dan kereta dari Mesir.
Gaylard menggesa penderma antarabangsa untuk meningkatkan bantuan mereka kepada penduduk Gaza yang 80 peratusnya bergantung kepada bantuan.
"Walaupun rakyat Palestin di Gaza bekerja keras, mereka masih memerlukan bantuan," katanya.
"Mereka berada di bawah sekatan. Mereka berada di bawah penjajahan dan mereka memerlukan bantuan kita dari sudut politik dan bantuan infrastruktur."
Beliau berkata Gaza memerlukan keamanan dan keselamatan untuk memperbaiki kehidupan penduduknya.
"Ia (akan dapat dicapai) dengan berakhirnya sekatan, berakhirnya pengasingan dan berakhirnya konflik."
Namun kini masih tiada lagi tanda-tanda akan berakhirnya konflik antara Hamas dan Israel

Hudud bukan isu sebenar menjelang PRU-13
Maszlee Malik*, | 28 Ogs 2012 |
1. Semua parti politik di Malaysia perlu menghentikan polemik mengenai hudud. Samada PAS, UMNO, MCA mahupun DAP perlu berhenti menjadikan isu hudud sebagai ‘punching bag’ mereka menjelang PRU 13.
2. Ditakuti, perbincangan yang tiada kesudahan oleh pihak-pihak yang masih tidak jelas tentang hakikat sebenar hudud ini hanya akan membawa kepada ‘Islamophobia’ di kalangan masyarakat non-Muslim seperti yang disuarakan oleh pihak Angakatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
3. Hakikatnya, isu perlaksanaan hudud memerlukan perbincangan yang lebih panjang dan bukannya sekadar isu politik semata-mata.
Peranan Majlis Raja-Raja yang menjadi ketua agama di negeri masing-masing perlu diambil kira. Begitu juga dengan mekanisme yang berpotensi menjadi pelaksana undang-undang hudud seperti Mahkamah Syariah, Majlis agama di negeri-negeri, peguam-peguam Syariah dan pihak keselamatan juga perlu diambil kira.
Apakah mereka sendiri telah bersedia? Atau apakah mereka juga sudah mempunyai kemampuan untuk menjadi pelaksana kepada undang-undang hudud jika ia dilaksanakan nanti?
4. Hakikatnya juga samada BN atau PR yang menang PRU13, tiada siapa yang akan mampu melaksanakan hudud serta merta, apatah lagi ahli politik veteran yang tidak lagi mempunyai kuasa seperti Tun Dr Mahathir.
5. Apa yang pasti ialah PAS bersendirian sahaja tidak akan dapat memaksakan perlaksanaan hudud tanpa sokongan dua pertiga ahli parlimen untuk pindaan perlembagaan.
Begitu juga pihak UMNO, yang hanya segelintir sahaja ahlinya bersetuju dengan hudud juga tidak akan mampu membuat pindaan perlembagaan.
Hatta jika digabungkan suara PAS dan segelintir ahli UMNO yang pro-hudud sekalipun, mereka tidak akan dapat membentuk majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda perlembagaan untuk perlaksanaan hudud.
6. Realiti yang tidak boleh dinafikan ialah PAS telah sinonim dengan hudud dan telah berusaha sedaya upaya untuk mengotakan janji mereka.
Kedua-dua enakmen hudud di Kelantan dan Terengganu adalah bukti komitmen mereka. Halangan mereka ialah pihak kerajaan persekutuan yang enggan meluluskan di bawah pemerintahan Tun M, dan juga halangan perlembagaan.
Di dalam isu ini, PAS tidak pernah mengkhianati janji mereka dan tidak sekali-kali menggadaikan prinsip mereka berhubung isu hudud. Hal ini patut diterima akur oleh semua pihak, termasuk PAS sendiri.
7. Maka, jika PAS mengambil sikap berulang-ulang melaungkan isu hudud secara defensif tanpa bergerak menawarkan sesuatu yang lebih luas melalui konsep kefahaman ‘Politik Islam’ yang lebih syumul atau komprehensif, ianya bukanlah satu langkah politik yang produktif.
Lebih molek jika PAS berusaha menerangkan konsep ‘Negara Berkebajikan’ mereka kepada rakyat Malaysia yang lebih diterima semua pihak.
Malah konsep tersebut merupakan ijtihad politik Islam kontemporari yang amat bernilai hatta di peringkat antarabangsa sekalipun.
8. Menjelang PRU13 eloknya parti-parti politik dari kedua-dua BN dan PR menumpukan pada isu tatakelola kerajaan, isu polisi, isu dasar, isu rasuah, isu ketirisan, isu dana awam, isu hala tuju negara, isu dasar luar negara yang tidak bermaya, isu ekonomi negara, isu harga barang, isu pendidikan, isu PTPTN, isu alam sekitar, isu royalti minyak di Kelantan, Sabah dan Sarawak, dan juga isu-isu yang lebih melibatkan kehidupan seharian dan yang melibatkan semua rakyat Malaysia tanpa kira bangsa, agama dan latar belakang.
Semua parti-parti politik perlu mengelakkan isu bersifat ‘red herring’ yang hanya akan melarikan rakyat dari isu sebenar yang melibatkan kepentingan bersama semua pihak.
9. Media juga diharapkan agar dapat menjadi medium untuk mendidik rakyat agar bersikap matang, berpolitik secara bertamadun, serta menjadi wahana politik baru yang berdasarkan hujah, fakta dan rasional.
Memanjang isu yang lebih bersikap polemik tanpa membuahkan hasil yang konkrit tidak akan membawa rakyat ke mana-mana.
-----------------------------------------------------------------------
* Dr Maszlee Malik adalah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM

Kelab Umno: Satu lagi kaedah hukum mahasiswa
Harakahdaily, | 28 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: “Tidak ada apa yang baru dan menghairankan. Sebenarnya Umno telah lama campur tangan secara langsung terutamanya setiap kali menjelang pilihanraya kampus,” kata Ketua Pemuda Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar).
Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang akan menubuhkan Kelab Umno atau penyokong Umno di kampus IPT.
Katanya, telah didedahkan sebelum ini penglibatan menteri secara langsung mencatur strategi politik mahasiswa pro Umno (pro Aspirasi) dan melibatkan pihak Hal Ehwal Pelajar/mahasiswa kampus IPTA yang berfungsi sebagai suruhanjaya pilihan raya kampus.
Bahkan, ujar beliau sebahagian daripada siri pertemuan ini diadakan di Menara Datuk Onn, PWTC, yang menempatkan Ibu Pejabat Umno Malaysia.
Terbaru, tambahnya Setiausaha Politik dan Pegawai Khas Perdana Menteri dikatakan diberi tanggungjawab untuk memenangkan Umno dalam pilihan raya kampus 2012.
“Walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat berkaitan komplot ini, Umno hanya buat pekak badak seolah-olah mengiyakan apa yang didakwa,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Pun begitu, katab Nasrudin golongan pro Aspirasi tetap gagal menawan kampus-kampus IPT perdana seperti UM, UKM, UIAM dan sebagainya.
Katanya, ini membuktikan walaupun ditekan hebat oleh HEP dan Umno, golongan mahasiswa tetap menolak calon-calon tajaan Umno kerana muak dengan politik sempit parti itu.
Pihak Pemuda PAS, jelas beliau sejak awal telah berpandangan bahawa mahasiswa dan dunia academia perlu diberi ruang untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dan gerak kerja berasaskan kepada tuntutan ilmu dan kebebasan akademik (academic freedom) termasuk dalam aktiviti berpolitik.
“Selagi ruang yang luas dan segar tidak diwujudkan, Pemuda PAS melihat bahawa penubuhan Kelab Umno kampus adalah satu lagi kaedah menghukum mahasiswa yang tidak bersedia menjadi ahli dan penyokong Kelab Umno tersebut,” ujarnya
Turun harga kereta: PKR alu-alukan sokongan MAA
Nik Nazmi Nik Ahmad, | 28 Ogs 2012 |
Kami mengalu-alukan kenyataan Datuk Aishah Ahmad, Presiden Persatuan Automatif Malaysia (MAA) yang menyokong tuntutan penurunan harga kereta kami melalui kempen Turunkan Harga Kereta.
Kenyataan MAA bahawa harga kereta sepatutnya diturunkan secara berperingkat-peringkat sebenarnya seiring dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai perkara ini. Anwar telah menegaskan bahawa penurunan ini akan dibuat secara berperingkat-peringkat selama lima tahun bagi mengelakkan harga kereta sedia ada dan terpakai merudum.
Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat nanti akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk institusi kewangan, pembuat dan penjual kereta sebelum sebarang penurunan duti eksais di dalam Belanjawan Persekutuan setiap tahun.
KEADILAN melancarkan kempen Turunkan Harga Kereta kerana kami merasakan ini merupakan cara efektif dan segera untuk menaikkan pendapatan isirumah rakyat Malaysia. Angka-angka dari pelbagai sumber termasuk Kajiselidik Pendapatan Isirumah dan Kemudahan Awam 2009 yang diterbitkan Jabatan Statistik mencatatkan beberapa fakta yang merisaukan:
53% daripada isirumah di Malaysia mempunyai pendapatan bawah RM3,000 sebulan;
71.9% daripada isirumah di Malaysia memiliki atau menggunakan kereta;
Nisbah hutang isirumah kepada KDNK di Malaysia telah meningkat 33% pada 1997 kepada 78% pada 2011, tinggi bagi tahap pendapatan per kapita kita;
Kadar hutang isirumah kepada KDNK adalah 140% pada 2011, lebih tinggi dari Singapura (105%), Thailand (53%) dan Indonesia (38%);
Jumlah hutang daripada kereta peribadi merupakan jumlah hutang kedua terbesar selepas rumah kediaman sebanyak RM134.2 bilion pada akhir Mei 2012; dan
Jumlah hutang daripada kereta swasta telah meningkat sebanyak RM16 bilion atau 14% dalam 18 bulan, berbanding RM118 bilion pada November 2010.
Justeru, harga kereta yang lebih rendah bermakna pinjaman kereta yang lebih rendah. Rakyat Malaysia tidak akan menghabiskan begitu banyak pendapatan isirumah mereka untuk membayar pinjaman di mana sebahagian besarnya adalah cukai kerajaan. Sebaliknya, mereka akan mempunyai pendapatan bolehguna yang lebih tinggi yang akan meningkatkan kualiti kehidupan mereka dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat.
Dalam kempen Turunkan Harga Kereta ini, kami akan mengadakan forum-forum bermula September di seluruh negara. Kami turut bercadang menjemput MAA dan berharap mereka dapat hadir bagi berkongsi idea mereka tentang isu penting ini.
------------------------------------------------------------------
Penulis ialah Pengarah Komunikasi
Hari Raya Kedua: Bertemu Tun Musa Hitam
Khalid Samad, | 28 Ogs 2012 |
Pada Hari Raya kedua, seperti kebiasaan saya bersama keluarga beraya di rumah Bapa Saudara saya iaitu Dato Zaidan Othman. Beliau adalah adik lelaki ibu saya. Semua ahli keluarga berkumpul di situ termasuklah abang saya Tan Sri Shahrir bersama bapa serta emak saudara dan sepupu saya. Walaupun hubungan kekeluargaan kami semua adalah baik, seperti biasa, mereka yang pro-PR akan lebih bersama saya dan yang sebaliknya akan lebih bersama dengan abang saya. Hanya kali ini ada sedikit kelainan apabila muncul Tun Musa Hitam dan keluarganya bersama!
Rupa-rupanya Tun Musa Hitam adalah kawan baik Bapa Saudara saya Dato Zaidan. Tun merupakan pengapit semasa Dato’ Zaidan bersanding dan adalah junior setahun kepada beliau. Katanya, semasa kelam kabut pada hari persandingan, Dato Zaidan terlupa mengikat tali kasutnya dan beliau terpaksa melutut untuk mengikatkan tali kasut sahabatnya itu. Malahan, seperti kebiasaan pada masa itu, pengapit terpaksa bermalam bersama dengan bakal pengantin lelaki pada malam sebelum persandingan! Takut pengantin lelaki lari kut?
Tun juga turut bersalaman dengan saya dan duduk di kerusi bersebelahan saya. Dia menceritakan hal dirinya dan menyatakan bagaimana pada tahun 1986 merupakan tahun yang amat mencabar bagi dirinya. Penceraiannya dengan isterinya yang dari berasal dari Peru dan juga tekanan politik yang terpaksa beliau hadapi sungguh hebat. Saya pun terus bertanya, “mengapa Tun berundur dan tidak melawan apabila Dr. Mahathir berusaha menjatuhkan Tun?”. Tun Musa menjawab dengan nada yang selamba, “kalau saya lawan, maka saya pasti akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan seks dengan binatang dan lain-lain. Kamu tidak kenal dia (Dr. M) sepertimana saya. Pada masa itu juga saya tidak ada kekuatan kewangan. Duit semua dipegang oleh Daim.”
Selepas makan dan sebelum Tun ingin meninggalkan rumah bapa saudara saya, beliau menguatkan suaranya dan berkata secara seloka, “saya tidak tahu apa yang akan berlaku dalam pilihan raya yang akan datang, tetapi di Lembah Klang saya ingin melihat kamu menang”, sambil menunjuk ke arah diri saya, “dan di Johor pula, Shahrir seorang sahaja yang menang!” Kami semua yang mendengarnya tergelak. “Shahrir seorang sahaja (dari BN) menang?” tanya saya. “Itu sudah pasti tidak senang didengari oleh Dr. Mahathir!” kata saya lagi. Tun tersenyum dan berkata, “I won’t tell you who I voted for in the last election”.
Zaman berubah seperti juga manusia.
WaLlahu 'Alam - http://

Merdeka: Kenapa kenderaan sukar kibar bendera?
Harakahdaily, | 28 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Apabila sambutan kemerdekaan dijadikan modal politik dan propaganda parti, maka ia telah memberi kesan buruk kepada negara, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.
Tegasnya, kemerdekaan adalah milik semua rakyat, bukan milik mana-mana kelompok.
“Menjelang sambutan kemerdekaan, rakyat menjadi keliru, sama ada menyambut ulang tahun Umno atau ulang tahun kemerdekaan negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Ini, ujarnya kerana gambar yang dipaparkan di media dan papan tanda ialah gambar Presiden Umno, bukan gambar pejuang kemerdekaan negara yang melawan penjajah, sama ada dari puak kanan atau puak kiri.
Beliau berkata, rakyat tertanya-tanya mana tokoh Dr Burhanudin Al-Helmi, Ahmad Boestaman, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan tokoh-tokoh yang lain.
“Sedangkan tokoh-tokoh ini membeli kemerdekaan dengan harga yang mahal, sehingga terpaksa merengkok di dalam penjara, bukan seperti mana pemimpin Umno yang menyambut kemerdekaan dengan dulang emas.
“Kita boleh saksikan saranan kerajaan supaya rakyat mengibar bendera menjadi hambar, seolah-olah tarikh kemerdekaan 31 Ogos menjadi sejuk di paras beku,” ujarnya.
Menurutnya, macam mana rakyat hendak merasakan patriotik, anggapan mereka seolah-olah menyambut ulang tahun kelahiran Umno.
Ini, ujarnya ditambah pula dengan tema Hari Kemerdekaan “Janji Ditepati” yang memang jelas untuk menjadi modal kempen menjelang pilihan raya.
“Dengan tema ini rakyat yang selama ini sudah benci dengan Umno BN, menambahkan lagi kebencian,” katanya lagi.
Akhirnya, kata Idris mereka telah membuat protes secara senyap, iaitu tidak mengibar bendera.
Ini, ujar beliau boleh dilihat sepanjang perjalanan ke lebuh raya selama tiga jam, 100 buah kenderaan yang melaluinya, agak sukar kita melihat sebuah yang mengibar bendera di kenderaan mereka.
“Kenapa terjadi demikian?
“Jawapannya bukan rakyat tidak sayang kepada kemerdekaan negara, tetapi rakyat sudah benci dengan pemimpin yang mengendalikan program sambutan kemerdekaan negara,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan