Isnin, 27 Ogos 2012

BOLEH PERCAYA KE CAKAPNYA...ORANG BODOH YANG AKAN PERCAYA...YANG TAHAP TAK CERDIKNYA SAMA...NEGERI PEMBANGKANG JELAS KELOMPOK YANG DIABAIKAN....YANG BOLEH BERSIH NUKLEAR NI ALLAH...KIAMAT ABIS CERITA ATAU PEMIMPIN YANG TAKWA...PERLINDUNGANNYA HANYA ALLAH BUKANNYA SENJATA....YANG BOLEH MENGUBAH NI ALLAH...SEBAB ALLAH LAH YANG PALING BERKUASA

Iran anjur 'bersih dunia dari senjata nuklear'

Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, 27 Ogs 2012
TEHRAN: Ketika Barat mengecamnya kerana didakwa sedang membuat bom atom, Iran membuka tirai sidang kemuncak yang menghimpunkan lebih daripada 120 negara yang menggelar diri mereka ‘berkecuali’, dengan rayuan untuk membersihkan dunia dari senjata nuklear.

Antara yang dijangka akan menghadiri sidang kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (Non Aligned Movement), yang bermula Ahad lalu tetapi secara rasminya bermula bermula pada Khamis depan, termasuklah Ban Ki-moon, Setiausaha Agung PBB, dan Manmohan Singh, Perdana Menteri India.

India kekal sebagai pelanggan minyak Iran dalam situasi Tehran berhadapan sekatan Barat atas tuduhan program nuklearnya.

Iran akan menggunakan perhimpunan selama seminggu ini, termasuk sidang kemuncak dua hari yang dihadiri pemimpin pelbagai negara, sebagai wadah mempamerkan hubungan global negara tersebut dan usaha mereka dalam mencabar pengaruh Barat dan sekutu-sekutunya.

Ali Akbar, Menteri Luar Iran, membuka perhimpunan tersebut dengan menyatakan komitmen kepada matlamat Pergerakan Negara-Negara Berkecuali sebelum ini iaitu untuk menghapuskan senjata nuklear di dunia dalam tempoh 13 tahun.

"Kami percaya bahawa jadual untuk menghapuskan secara mutlak senjata nuklear sebelum tahun 2025, seperti yang telah dicadangkan oleh NAM, hanya dapat direalisasikan jika kita mengikutinya dengan komited," katanya kepada perwakilan.

Iran menegaskan program nuklearnya adalah bertujuan untuk menjana tenaga untuk kegunaan awam, tetapi Amerika Syarikat dan sekutunya takut bahawa pengayaan uranium Tehran akhirnya boleh membawa kepada peringkat senjata peperangan.

Tehran sedang menghadapi kesulitan kerana hukuman berat yang dikenakan ke atas perbankan dan eksport minyak negaranya, langkah-langkah Barat yang diharapkan akan memaksa Iran untuk mengaku bersalah.

Israel, yang berkata ia menghadapi ancaman kewujudan dari Iran, telah membayangkan untuk menggunakan pilihan ketenteraan jika diplomasi dan tekanan ekonomi gagal untuk membendung cita-cita nuklear Tehran.

Salehi mengkritik Israel kerana bertindak di luar perjanjian utama PBB untuk mengawal penyebaran teknologi nuklear.

Israel enggan untuk membincangkan keupayaan ketenteraan mereka, tetapi dipercayai umum bahawa mereka mempunyai senjata nuklear.

Sekutu Iran Korea Utara telah menarik diri dari Perjanjian Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (Nuclear Non-Proliferation Treaty). Menteri Luar Korea Utara Paek Nam Ahd. tiba di Tehran pada Ahad lalu untuk menghadiri persidangan tersebut.

Hamas dikecualikan

Sementara itu, agensi berita Iran berkata sekutu Iran, Perdana Menteri Palestin dari Hamas tidak dijemput untuk mesyuarat itu.

Mehr dan ISNA memetik Mohammad Reza Forqani, jurucakap sidang kemuncak, sebagai berkata bahawa Ismail Haniyeh tidak dijemput untuk persidangan ini.

Tetapi pejabat Haniyeh di Gaza berkata beliau merancang untuk berangkat ke Tehran pada hari Isnin sebagai tetamu Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Laporan yang bercanggah berkenaan rancangan Haniyeh mengambarkan situasi rumit delegasi Palestin ke perhimpunan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata beliau tidak akan hadir jika Haniyeh juga turut hadir ke sidang tersebut.

Hamas, yang disokong Iran menguasai Gaza manakala pentadbiran Abbas menguasai bahagian Tebing Barat.

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, yang mempunyai 120 negara anggota dan 17 negara pemerhati, adalah kumpulan negera-negara yang menggelar diri mereka berkecuali secara rasmi dengan mana-mana blok kuasa utama dunia.

Zunar adakan pameran solo pertama di Malaysia

Harakahdaily, 27 Ogs 2012
SHAH ALAM: Kartunis Zunar akan mengadakan pameran kartun solo yang pertamanya di Malaysia 1 - 9 September ini di Galeri Shah Alam.
(Zunar dengan hasil nukilannya yang bakal dipamerkan)


Pameran kartun solo bertajuk "Zunar" akan bertempat di ruang pameran 1, Galeri Shah Alam dan berlangsung dari 1 hingga 9 September depan.

Ia akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada 1 September jam 11 pagi di tempat yang sama.

"Ini adalah pameran pertama saya di tanahair. Sebelum ini saya membuat dua pameran di Bilbao, Sepanyol dan di London bertema 'Berjuang Melalui Kartun'," kata Zunar atau nama sebenarnya Zulkefly Anuar Ulhaq.

Sebanyak 150 buah karya, kesemuanya mengenai senario politik tanah air yang dihasilkan dari tahun 1999 hingga kini akan dipamerkan.

"Dengan pameran ini, diharapkan peminat dan orang ramai akan dapat melihat lukisan saya dengan lebih dekat dan memahami maksud dan mesej yang disampaikan," kata Zunar dalam kenyataannya kepada media.

Zunar mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Selangor dan Galeri Shah Alam kerana telah memberi sokongan bagi menjayakan pameran ini.

Pameran ini terbuka kepada setiap hari kepada orang ramai dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Himpunan bantah guna sianida di Raub 2 Sept

Khairil Abdul Rahim, 27 Ogs 2012
TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa ahli-ahli dan penyokong PAS serta seluruh pencinta alam sekitar agar menyertai Himpunan Hijau Raub pada 2 September ini di Taman Tasik, Jalan Bukit Koman bermula jam 2 petang.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata, perhimpunan tersebut penting bertujuan menuntut dihentikan penggunaan bahan kimia berbahaya sianida (cyanide) dalam proses perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.

“PAS Pahang turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Daerah Raub kerana memberi kebenaran perhimpunan di samping bersedia mengawal lalu lintas semasa perhimpunan.

“Perhimpunan Hijau yang dianjurkan Pakatan Rakyat bersama beberapa NGO seluruh negara mensasarkan kehadiran 5,000 orang,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang di sini semalam.

Tambahnya, selepas perhimpunan aman itu seramai 8 orang ahli jawatan kuasa bertindak akan bergerak menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak pengurusan lombong emas Bukit Koman.

“PAS berharap pengurusan syarikat lombong emas dan pihak kerajaan akan memberi perhatian serius terhadap isi tuntutan memorandum tersebut itu nanti,” katanya.

Lombong emas Bukit Koman diusahakan oleh Raub Australian Gold Mine (RAGM) telah menggunakan sianida dalam proses pengekstrakan emas yang membahayakan nyawa.

Sejak mula beroperasi pada Februari 2009 dikatakan memberi kesan ke atas lebih 300 penduduk berhampiran jatuh sakit, khususnya Kampung Bukit Koman yang mengadu mengalami masalah kegatalan kulit melampau, kesukaran bernafas dan pelbagai kesan lain ekoran penggunaan bahan kia tersebut.

Namun semua aduan dan rayuan yang dibawa ke pihak berkuasa tidak mendapat perhatian sewajarnya malah kerajaan terus membenarkan kilang tersebut beroperasi 24 jam sehari tanpa henti.

Sementara itu Setiausaha PAS Kawasan Raub Dr Nilam Manaf, meminta orang supaya datang awal kerana PAS Raub akan mengadakan jamuan terbuka Aidilfitri pada sebelah pagi bertempat di Markas Gali Tengah.

Proses migrasi dipercepat jika air di bawah negeri

Harakahdaily, 27 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: “Sekiranya penstrukturan industri air dapat dilaksanakan dan pengagihan bekalan air adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, proses migrasi ini boleh dipercepatkan,” kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar A. Samad.
Jelasnya dalam satu kenyataan, migrasi adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Syabas.

Pada awalnya, kata beliau Syabas memerlukan persetujuan 100 peratus dari pemilik barulah migrasi boleh dijalankan.

Tetapi, ujarnya setelah diadakan perbincangan di antara Kerajaan Negeri dan Syabas, Syabas telah bersetuju agar peratus ini dikurangkan.

Menurutnya, dan ketika Syabas dipanggil ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) awal tahun ini, CEO Syabas, Datuk Lee Miang Koi berjanji kepada Menteri Besar untuk membenarkan 2 sistem di dalam sebuah pangsapuri, satu sistem meter pukal dan satu sistem meter individu.

Kata beliau, ini bermakna bagi pemilik yang tidak memberi kerjasama untuk migrasi akan menggunakan meter pukal dan tidak akan mendapat air percuma 20 meter padu, sementara mereka yang bekerjasama akan menggunakan meter individu dan akan mendapat air percuma.

“Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan 2 program untuk memudahkan penduduk di pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter pukal mendapat air percuma iaitu Program Kupon Air dan Program Lapor Dan Dapat.

“Program Kupon Air ini terlalu rumit dan telah digantikan dengan Program Lapor Dan Dapat pada bulan Mac tahun ini,” jelasnya yang juga Adun Chempaka.

Iskandar menambah, bagi Program Lapor Dan Dapat, penduduk melalui JMB atau MC perlu melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan PBT akan memberitahu Syabas untuk memberi potongan pada bil meter pukal.

Katanya, JMB atau MC kemudian akan membuat potongan 20 meter padu pada bil-bil individu setiap kediaman.

Menurutnya, setelah dilaksanakan Program Lapor Dan Dapat, hanya 12 pangsapuri kos rendah yang belum mendapat air percuma 20 meter padu.

Selepas ini, ujarnya Program Lapor Dan Dapat ini akan diperluaskan ke pangsapuri kos sederhana seperti Mentari Court yang menjadi tumpuan media sekarang.

“Saya menasihatkan penduduk mendesak JMB dan MC mereka supaya mempercepatkan penyertaan mereka ke dalam Program Lapor Dan Dapat dengan mengisi borang yang khas yang disediakan.

“Ia hanya memerlukan seorang AJK JMB atau MC pergi ke pejabat PBT dan mengisi borang tersebut yang hanya mengambil masa 10 minit,” katanya.

Dalam kes Mentari Court itu, ujar beliau proses migrasi adalah dalam peringkat akhir.

Beliau menjelaskan bahawa sebarang ketidakpuasan hati perlulah ditujukan kepada Syabas.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa mengadakan perbincangan dengan Syabas agar proses migrasi ini dipercepatkan.

Justeru, kata beliau sekiranya penstrukturan industri air dapat dilaksanakan dan pengagihan bekalan air adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri, proses migrasi ini boleh dipercepatkan.

“Kerajaan negeri buat masa ini tidak akan membayar tunggakan kepada mereka yang tidak mendapat air percuma. Perkara telah saya jelaskan semasa Sidang Dewan Negeri pada bulan Mac lepas,” ujarnya.
Penganalisis politik Kian Ming sertai DAP
11:52AM Ogos 27 2012  
Penyelidik politik terkenal Ong Kian Ming hari ini mengumumkan keputusannya menyertai DAP, sekali gus memberikan lonjakan kepada pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.
'1M'sia pastikan tiada kelompok terabai'
11:06AM Ogos 27 2012  
Gagasan 1Malaysia cetusan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ternyata memberi banyak faedah kepada rakyat terutama dalam memastikan tidak wujud kelompok masyarakat yang terabai, kata ketua pergerakan wanita Umno bahagian Kudat Datin Aminah Ambrose.

Oleh itu, katanya, cubaan pembangkang untuk menonjolkan kelemahan dan cerita yang tidak tepat mengenai konsep itu selain pelbagai tuduhan terhadap kerajaan, hanya gimik politik semata-mata bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

"Tiada siapa pun yang boleh menafikan bahawa konsep 1Malaysia atau pendekatan yang kita guna selama ini sebenarnya berjaya memupuk semangat kerjasama dan perpaduan nasional.

"Sebaliknya pakatan pembangkang sebenarnya berada dalam keadaan rapuh, tetapi enggan mengakui kelemahan mereka," katanya.

Aminah berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat perwakilan wanita Umno bahagian Kudat dan rumah terbuka Hari Raya pergerakan itu di Dewan Tun Mustapha Kudat, di Kudat semalam.

Beliau berkata gagasan 1Malaysia perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat di negeri ini supaya tidak terpesong dengan dakyah parti pembangkang yang hanya mahu memperalat konsep itu demi kepentingan politik.

Aminah berkata di sebalik gagasan itu terkandung hasrat pucuk pimpinan kerajaan BN untuk mengutamakan kepentingan rakyat di negara ini agar mereka kekal bersatu padu.

Dalam pada itu, wanita Umno Kudat turut menyatakan sokongan padu kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang menerajui kepimpinan kerajaan negeri.

"Kita harus berterima kasih kepada beliau (Musa) atas kepimpinannya dalam mengemudi kerajaan negeri untuk memajukan Sabah.

"Rakyat Sabah perlu memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Barisan Nasional. Tiada negara seperti Malaysia yang berjaya mewujudkan suasana aman dan harmoni kepada rakyatnya," katanya.

- Bernama
Najib minta rakyat jangan buat 'perubahan'
  • Bernama
  • 11:58AM Ogos 26 2012
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat supaya tidak membuat perubahan yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka.

Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya.

"Kita mestilah berpegang kepada sesuatu yang kita tahu, Insya-Allah kita (kerajaan BN) akan membawa kepada keadaan yang lebih baik pada masa akan datang," kata Najib ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar dekat Pekan, hari ini.

Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mudah termakan janji manis pembangkang yang ternyata gagal mentadbir empat buah negeri yang dimenangi selepas pilihan raya umum 2008.

Katanya tidak semua perubahan yang dijanjikan akan memberi kebaikan kepada rakyat namun kerajaan pimpinan BN sejak era Tunku Abdul Rahman telah membawa pelbagai perubahan yang kini dinikmati oleh rakyat.

"Kita tak boleh tukar kerajaan sebab (semata-mata) sudah sampai masa kita (perlu) buat perubahan, tapi (sebaliknya) kita (BN) bukan nak bawa perubahan tapi nak sesuatu yang lebih baik.

"Tidak semestinya (semua) perubahan itu membawa kepada kebaikan ada juga membawa kepada sesuatu yang tidak dijangka malah lebih buruk dari apa yang kita kecapi hari ini," katanya.

Kerajaan BN sekarang meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin-pemimpin sebelum ini dalam usaha menambah nilai dan membina perubahan yang lebih baik untuk mencapai Wawasan 2020.

Beliau berkata negara maju pun jika tidak ditadbir dengan baik dan gagal membina kekayaan baru ia juga akan runtuh dan menyebabkan ekonomi negara mereka gawat seperti yang berlaku di beberapa negara Eropah yang mengalami masalah pengangguran dan kemelesetan ekonomi.

"Hakikatnya kita tak boleh terima bantuan demi bantuan tanpa memikirkan macam mana nak mencipta dan menjana kekayaan...negara yang bagi bantuan tanpa jana pndapatan baru, ekonomi negara akan menghadapi masalah," katanya.

Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah adalah di antara lebih 70,000 tetamu menghadiri majlis rumah terbuka Perdana Menteri itu.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan kepimpinan negeri.

- Bernama

Tiada ulasan: