Selasa, 14 Ogos 2012

SESEORANG ISLAM TENTU ADA JIWA ISLAM JUGA...JIKA ISLAM MENENTANG ISLAM SUSAH NAK JAWAB...TAHU SAMA TAHU DAH LA...

Program ‘Borak Bersama Anwar’, mungkin tidak dapat dilayari
Posted on Monday, August 13 @ 12:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: setisab

"Sempena program ‘Borak Bersama Anwar’, melalui Google Hangout pada 17hb Ogos 2012, jam 10.30 malam. jangan terkejut jika tetiba rakyat Malaysia mengalami gangguan talian internet. Perkabaran terbaru dikalangan UMNO katanya sedang berusaha mendesak internet sistem provider untuk memperlahankan sistem tersebut!!!

Google Hangout ini merupakan program yang membolehkan Anwar bersama 9 lagi panel beinteraksi melalui Youtube dan disaksikan penonton seluruh dunia,” kata Najwan ketika dihubungi.

Orang ramai digalakkan untuk menghantar soalan video mereka melalui YouTube dan berkongsi pautan pada facebook atau laman acara Google Plus.

Google Plus 'Borak bersama Anwar'

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik Malaysia yang pertama menjadi tuan rumah kepada Google Hangout selepas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama melalui program 'Borak ...

Anwar Ibrahim Seorang Pemimpin Berjiwa Besar

KUALA TERENGGANU – Penolong Setiausaha Agung Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi membela Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyifatkan kenyataan mutakhir pemimpin itu mahu berundur jika gagal dalam misi pilihan raya bukan gimik politik. Sebaliknya, beliau melihat Anwar sebagai seorang pemimpin yang ...

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/"


 Bersediakah Anwar Kembalikan Pengiliran Ketua Menteri Sabah PRU13
Posted on Monday, August 13 @ 11:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: kudeed

"Negeri Sabah mula meyakinkan untuk melakukan perubahan dalam pucuk pimpinan baru atas dasar bersedia untuk bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam mengharungi PRU13 sebagai landasan ke Putrajaya.

Keluarnya dan patah hati YB Datuk Lajim Okin dan Yb Datuk Wilfred Bumburing kepada BN serta UMNO apabila tidak mahu mendengar dan peduli tuntutan yang menjadi duri dalam daging BN apabila isu PTI yang dengan mudah memperolehi kewarganegaraan tidak dilayan malah membentuk RCI sengaja dilambat-lambatkan telah membentuk momentum yang sangat kuat ketika ini.

Saya penuh yakin dan percaya akan adalah lagi yang akan bersedia melepaskan keistemawaan seperti YB Senator Maijol Mahap untuk menyakinkan bahwa rakyat Sabah dewasa ini inginkan perubahan berlandaskan tuntutan kontrak sosial dan perjanjian 20 perkara termasuklah terkait loyati minyak yang seharusnya dikaji semula.

Keyakinan ini sebenarnya telah terbukti apabila kerajaan Selangor,Pulau Pinang,Kelantan dan Kedah di bawah PR telah berhasil membawa negeri ini diambang kemuncak kejayaan dan kemakmuran atas dasar prinsip dan keadilan sejagat yang dibawa oleh Ketua pembangkang Sdra Anwar Ibrahim.Pimpinan Sabah melihat ini adalah ruang terbaik untuk membawa Sabah keluar dari ke miskinan setelah hasil buminya dikaut oleh juak-juak BN dan UMNO selama ini untuk memperkayakan kroni mereka sendiri sedang anak tempatan khasnya di kawasan pendalaman hanyut dibuai mimpi ngeri dan kekal dengan miskin tegarnya.

Kelemahan dan kerakusan Ketua Menteri Sabah untuk mengekalkan kuasanya di kerusi ampuk juga membawa padah,apa yang jelas kuasa pengiliran Ketua Menteri sepatutnya masih berlaku .Ini kalau dilihat bermula 2003 dari PRU 2004 dan PRU 2008 sistem pengiliran Ketua Menteri terhapus dengan sendirinya tanpa ada persetujuan secara konkrit di waktu itu Tun Abdullah Badawi adalah PM ketika itu sehinggakan SAPP keluar BN.

Saya percaya antara tawaran yang menarik dari Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada wira Sabah ini(Datuk Lajim dan Datuk Wilfred ) adalah berkait juga isu pengiliran Ketua Menteri yang sengaja ditenggalamkan oleh UMNO.Harus diingat Sabah adalah sebuah negeri yang bebilang etnik dan inilah harus diambil kira jika ingin mengekalkan kuasa pemerentahan.

Jika beberapa formula menarik dan menyakinkan di utarakan oleh sdra Anwar kepada pimpinan jati Sabah sudah tentu momentum dengan gelombang besar akan melanda Negeri Sabah."


 @NajibRazak menipu dan tertipu
Posted on Monday, August 13 @ 14:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: setisab

"

Laporan yang diterbitkan oleh Burson-Marsteller dikenali sebagai Twiplomacy yang mengkaji populariti akaun Twitter pemimpin-pemimpin di peringkat global tidak menggambarkan populariti sebenar seseorang pemimpin.

Laporan Burson-Marsteller itu meletakkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai pemimpin dunia yang perkembangannya paling banyak diikuti di Twitter manakala akaun Najib sebagai nombor 2 di Asia dan nombor 17 di dunia daripada 254 ketua kerajaan dan negara dan institusi mereka.

Malangnya apa dan siapa sebenarnya yang melayari Twitter @NajibRazak?. Lihat di sini.

Statuspeople ialah laman sesawang yang membenarkan anda menyemak sama ada pengikut anda di twitter adalah manusia betul atau hanya sebuah bot. Kerana perasaan ingin tahu kami yang tinggi, kami melakukan ujian dibawah terhadap akaun Perdana Menteri kita Dato Seri Najib Razak iaitu@NajibRazak.

Umum kita ketahui Perdana Menteri kita mempunyai lebih dari 800 000 pengikut twitter dan telah disenaraikan sebagai antara 25 pemimpin negara yang paling ramai pengikut. Tetapi..... lihat sahajalah apa terjadi apabila akaun @NajibRazak dianalis menggunakan Fakers.StatusPeople.com


OH NOES!


Bagaimana pula dengan pemimpin lain seperti @BarackObama ? Beliau disenarikan sebagai ahli politik yang mempunyai bilangan pengikut twitter paling ramai dengan klebih 18 JUTA pengikut






Dan jangan lupa nemesis kepada Pak Najib sendiri iaitu @AnwarIbrahim (182 575 followers)dan anak beliau Nuruzl Izzah @n_Izzah (64 289 followers)


Bagaimana pula dengan dua orang kuat geng Cyber Barisan nasional iaitu @TunFaisal (84 936 followers) dan Menteri Dalam Negei Hishammudin Tun Hussein @HishamuddinH20 ? (145 814 Followers)


Najib ni abis semua dia nak kelentong. Sumber

Najib antara 25 pemimpin paling aktif di Twitter

Laporan itu meletakkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sebagai pemimpin dunia yang perkembangannya paling banyak diikuti di Twitter manakala akaun Najib sebagai nombor 2 di Asia dan nombor 17 di dunia ...

Tak yakin dengan Najib punca Senator BN Sabah ...

KOTA MARUDU: Senator Datuk Maijol Mahap tidak yakin terhadap kewibawaan Suruhanjaya Diraja (RCI) yang diumum Datuk Seri Najib Razak, pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13. Bercakap di perhimpunan Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Kota Marudu, beliau berkata, rakyat Sabah ... Share to TwitterShare to Facebook. Labels: anwar, BN, najib, Pakatan, PKR, Sabah. Tak yakin dengan Najib punca Senator BN Sabah sertai ...

Fatwa Tuan Haji Datuk Seri Najib Tun Razak Al ...

KUALA TERENGGANU: Tema sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia tahun ini, Janji Ditepati, bukan satu retorik politik, tetapi berdasarkan pada tuntutan agama, demikian menurut Perdana Menterinya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau dipetik oleh agensi berita rasmi Bernama sebagai berkata tema tersebut adalah bukti bahawa ... Share to TwitterShare to Facebook. Labels: Analisa, haprak, najib, Sosial. Fatwa Tuan Haji Datuk Seri Najib Tun Razak Al-Rosmawi ...

Brazil tycoon to invest $7.5 billion in Malaysia

EBX group chairman Eike Batista made the pledge during a visit with Malaysian Prime Minister Najib Razak earlier in the day, the premier's office said in a statement. "We are impressed ... Share to TwitterShare to Facebook ...

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/"


 Gambaq Najib ngan Rosmah pi umrah
Posted on Monday, August 13 @ 13:00:00 PDT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: paklongdin

"

Salam semua...

Menarik gambaq neh dan penuh bermakna... Dihujung hujung posa, dekat ngan pilihanraya...

Najib dan isterinya sewaktu keluar dari Masjidil Haram selepas menunaikan ibadat umrah di Makkah, hari ini. Beliau berada di Arab Saudi sempena Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)


Turut sama ialah Menteri jaga agama Jamil Khir Baharom (kiri)

Sebagai orang besaq negara neh, memang gerak geri Najib sentiasa menjadi tumpuan. Setiap apa yang dia buat, akan jadi intaian dan kritikan...

Hakikatnya, orang-orang yang selalu dok kritik kita sebenaqnya adalah pengawal bagi jiwa kita, yang bekerja tanpa bayaran... Baguih apa lagu tuh... hehe...

Wassalam...

http://paklongonline.blogspot.com/"


 Yayasan Bukhary atau RHB yang sumbang Masjid Seremban 2?
Posted on Monday, August 13 @ 01:04:21 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"

Satu laporan menyebut Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menyumbang RM7.5 juta untuk pembinaan Masjid Seremban 2, manakala laporan lain pula menyebut Tan Sri Rashid Hussain, Pengerusi RHB Bank bersetuju membangunkan serta mewakafkan tanah dan Masjid Seremban 2 yang bernilai RM10 juta.


 

Apakah tanah untuk mendirikan Masjid Seremban 2 adalah milik Tan Sri Rashid Hussain sebelum ini dan kos pembinaan Masjid tersebut adalah usahasama Tan Sri Rashid Hussain dan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dengan jumlah keseluruhan projek RM17.5 juta?
SEREMBAN : 16 Ogos 2011 –  Di majlis ini juga, Majlis perjanjian pembinaan Masjid di Seremban 2 telah berlangsung yang mana Tan Sri Rashid Hussain, Pengerusi RHB Bank telah dengan mulia hati bersetuju membangunkan serta mewakafkan tanah dan Masjid tersebut yang bernilai RM10 juta dan diserahkan kepada MAINS menguruskannya kelak.
 
BINA 7 MASJID BARU DI NEGERI SEMBILAN
Khamis September 10, 2009
Umat Islam di Negeri Sembilan akan memiliki tujuh masjid baru tidak lama lagi hasil sumbangan Yayasan Albukhary, milik ahli perniagaan tersohor ini. Tujuh masjid itu akan dibina di Rantau; Seremban 2; Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir. Masjid Seremban 2 pula berharga kira-kira RM7.5 juta dan mampu menampung 3,000 jemaah akan dibina menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

 Bekas Imam Masjid Al Aqsa dihalang ceramah di Sabah?
Posted on Monday, August 13 @ 01:03:16 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"
Diberitakan Syaikh Mahmud Siyam (Mantan Imam Masjid Al Aqsa) dalam misi memberi penerangan mengenai penderitaan rakyat Palestin di masjid di Sabah, namun Syaikh Mahmud Siyam telah dihalang oleh pihak tertentu daripada memberikan ceramah. Benarkah berita tersebut?



 Berita Bergambar : Terharu dan Pilu lawatan Isteri PM Turki Ke Miyanmar
Posted on Monday, August 13 @ 01:02:14 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: abuluqman

"
Ermini Erdoğan menangis semasa melawat umat Islam Rohingya di pinggir negeri Rakhine, Myanmar 


nukilan ABu Luqman


 Eksklusif! Isteri Perdana Menteri lawat Kem Pelarian Rohingya di sempadan Burma
Posted on Sunday, August 12 @ 15:38:41 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: AnakSgDerhaka

"

Diakhir laporan ini anda akan menyaksikan satu video yang memaparkan tangisan dan pelukan isteri seorang Perdana Menteri yang benar-benar meruntun jiwa..

Jumaat lalu Isteri Perdana Menteri yang ditemani oleh Menteri Luar telah melawat ummat Islam Rohingya yang menjadi pelarian dan kini tinggal di Kem Pelarian Banduba di pinggir negeri Rakhine, Myanmar.

Sehingga kini dilaporkan terdapat seramai 8,532 orang pelarian yang berlindung dalam 801 khemah yang disediakan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah di Kem tersebut.

Selain dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ini adalah bantuan negara asing pertama yang diedarkan kepada pelarian yang memerlukan di sini..

Opps.. aku tak tulis rupanya Isteri Perdana Menteri itu ialah Isteri Perdana Menteri Turki, Emine Erdoğan bukannya Rosmah Masor Isteri Perdana Menteri Malaysia..

Dan Menteri Luar pula adalah Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoğlu bukannya Menteri Luar Malaysia..

Ini laporannya..

Turkish Foreign Minister Ahmet Davutoğlu and PM's wife, Davutoğlu deliver Turkish aid to Rohingya Muslims


 Turkish Foreign Minister Ahmet Davutoğlu and Emine Erdoğan, the Turkish prime minister's wife, on Friday visited Rohingya Muslims staying in the Banduba refugee camp in the Myanmar coastal state of Rakhine.

Apart from the United Nations, this is the first instance of foreign aid being distributed to refugees in need in the region by another nation. The Turkish Red Crescent briefed Davutoğlu and Erdoğan about conditions at the camp during their visit.

Turkish Red Crescent staff stated that there are 8,532 people sheltered in the camp and that there are currently 801 tents.

The Turkish Red Crescent is delivering boxes of food. When Erdoğan asked what the refugees' biggest problem was, Turkish Red Crescent officials said those in the camp struggle with finding suitable accommodations and suffer from malnutrition.

Later, Davutoğlu and Erdoğan headed to a Buddhist camp and distributed more aid packages there as well. Upon learning of the difficulties faced by Buddhists as well, Davutoğlu stated people all have equal rights and that he would like to see Muslims and Buddhists living together in peace.

Davutoğlu also conveyed the best wishes of the Turkish people to the people of Myanmar and stressed that the Turkish Red Crescent came to help everyone and will continue delivering aid to the community.

According to official data, the population of Myanmar is 55 million, of which 90 percent are Buddhists and 10 percent are Muslims. Meanwhile, the Turkish Prime Ministry Disaster & Emergency

Management Directorate (AFAD) has stated that so far they have collected TL 3.4 million in their aid campaign for Muslims in Myanmar.

The AFAD thanked Turkish citizens for their support of their Muslim brothers and sisters suffering from civil war, ethnic massacre and poverty in Arakan region of Myanmar.

Buddhists intensified killing of Muslims after news of Turks visit There are claims that the massacre of the Muslim population in Myanmar increased directly after news of the visit by Ms. Erdoğan and Davutoğlu was released across the country, the Turkish Vatan daily reported on Friday.

Official statistics say more than 1,000 Rohingya Muslims living in Myanmar have been killed and more than 90,000 have been left homeless due to the violent events that Rohingya Muslims have been facing since June. According to the Vatan daily, the slaughter of Muslims intensified just before the high-level Turkish delegation visit to Myanmar on early Thursday.

American Salem News reported about a Myanmarese activist's letter which stated: “After hearing about the visit of the Turkish delegation here [to Myanmar], Buddhists ravaged the houses of local Muslims and killed dozens of people. We have never seen such horrors. Even the most talented directors cannot shoot this kind of [horror] scenes.”

With the massacres carried out in Myanmar over the past few weeks, a state of emergency was declared in nine regions and a night curfew was enforced from 7 p.m. to 5 a.m. in certain parts of the country with a large population of Muslims.

Following the bloody ethnic massacre, Muslims in the Arakan region have fled across the river between Myanmar and Bangladesh although Bangladesh authorities have refused to accept any more refugees into its territory because the country is not able to cope with a further influx of refugees - Rohingyablogger

Ini adalah videonya... sila lihat di SINI"


 Politik Gila Di Malaysia - Akibat Mengangkat Orang Gila Jadikan Tok Guru!
Posted on Sunday, August 12 @ 15:56:38 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Dr Maszlee Malik

Lampu hijau 'bunuh' ahli DAP?

Salam, Saya ingin merujuk kepada kenyataan Abdullah Samaah yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia berkaitan haram menyokong DAP kerana mereka merupakan kafir harbi.

Istilah kafir harbi merupakan istilah fiqh yang membawa konotasi suasana zaman perang di antara wilayah Islam di zaman dahulu dengan negara musuh.


Kafir harbi adalah merujuk kepada negara musuh yang berperang dengan Muslim di mana darah mereka adalah halal ditumpahkan kerana ianya di dalam suasana perang, di mana kafir Harbi itu sendiri berusaha membunuh umat Islam. Kafir harbi adalah wajib diperangi di peribgkat negara di atas dasar peperangan.

Di zaman ini, warga atau rakyat non-Muslim yang tinggal bersama umat Islam tidak dikira sebagai kafir harbi.

Malah pengklafikasian harbi atau dhimmi yang digunakan oleh ulama klasik telah diperbaiki oleh ulama moden, memandangkan negara-negara moden mempunyai konsep kewargenegaraan yang memberikan hak dan tanggungjawab yang saksama di antara Muslim dan non-Muslim.

Pengklafikasian Abdullah Samaah bahawa DAP adalah kafir Harbi adalah tidak tepat sama sekali, malah membahayakan.

Beliau seolah-olah memberikan lampu hijau untuk umat Islam memerangi parti DAP dan membunuh ahli-ahli dan kepimpinannya.

Bahkan di dalam DAP terdapat juga di kalangan pemimpin dan juga ahli mereka yang Muslim.

'Fatwa' Abdullah yang direstui oleh Utusan itu juga memberikan konotasi bahawa umat Islam di Malaysia sekarang hidup dalam suasana peperangan dan permusuhan dengan rakyat bukan Islam.

'Fatwa' liar dan membahayakan seperti ini perlu dibendung. Majlis Fatwa Kebangsaan perlu berani menegur beliau dan juga Utusan kerana mencetuskan provokasi yang berkemungkinan akan membuka jalan bagi para ekstrimis bangsa dan golongan subversif untuk menumpahkan darah ahli-ahli DAP.

Saya menggesa agar pihak keselamatan segera menahan Abdullah dan membuat siasatan terhadap kenyataannya yang berbau ekstrimisme dan boleh menyemarakkan api perkauman sekaligus menggerakkan para penggganas di atas nama Islam untuk bangkit melancarkan jihad membunuh ahli-ahli DAP.

Sudah tentu kita tidak mahukan pertumpahan darah berlaku di antara kaum di Malaysia. Tindakan perlu diambil keatas Abdullah.

Pihak media, terutamanya Utusan Malaysia sepatutnya lebih peka dengan laporan mereka. Mereka hendaklah tidak menjadi agen kekacauan dan ketegangan kaum, sebaliknya sepatutnya menjadi agen keharmonian dan perpaduan kaum.

Mengeluarkan tajuk berita utama di muka hadapan seperti yang telah berlaku hanya akan membuka ruang kepada pelampau perkauman untuk menghalalkan darah ahli-ahli DAP di atas nama jihad. Ini perlu dielakkan demi menjaga kesejahteraan negara Malaysia yang kita cintai bersama.


Dr Maszlee Malik
UIAM.



 DAP menentang Malaysia jadi sebuah Negara Islam
Posted on Monday, August 13 @ 00:55:27 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"Memang betul DAP tidak pernah bawah hudud ke mahkamah sepertimana kata presiden PAS, Datuk Seri Tuan Haji Abdul Hadi Awang . Sebaliknya Umno Jelas telah membawah hudud ke mahkamah.

Tetapi kita kena ingat DAP menentang perlaksanaan hudud  dan penubuhan Negara islam. Kita juga kena bahawa “kuasa rakyat” mennentukan dasar kerajaan menerusi pilihanraya umum lima tahun sekali.
Jika rakyat pilih PAS dan jadi kerajaan Malaysia sudah tentu tiada masalah untuk perlaksanaan undang undang Islam. Malahan Negara ini akan diisytiharkan sebuah Negara Islam sepertimana dilakukan pada negeri Terengganu dahulu.
Akan tetapi bagaimana pakatan rakyat (PR) yang jadi kerajaan sudah tentu tidak boleh sama sekali, kerana DAP menentang wujudnya sebuah Negara Islam.
Kenapa? Semua sedia maklum, kerana itulah pendirian DAP yang tak pernah cair dengan agama islam miskipun ada pucuk kepiminannya yang dikatakan mahu kepada Islam.
Bukan setakat itu saj,a malah ada sesetengah pemimpin DAP yang berceramah diatas pentas PAS sering berkata, pelik ,orang Melayu tak mahu Islam, sedangkan orang china mahu pada islam.
Sejauh mana cakap cakap itu jadi kenyataan kita tak tahu. Tapi penulis nak nyatakan sikit sebagai bukti yang DAP tak mahu pada Islam apabila PAS cuba melarang penjualan arak dikawasan majority penduduk Melayu di Bangsal, Selangor.
Apa sudah jadi dengan usaha PAS menghalang penjualan arak di kawasan ramai penduduk Melayu berbanding bukan islam.
Perlaksanaan tersebut ditentang sekeras kerasanya oleh DAP. Manakala kerajaan Pakatan rakyat Selangor tak boleh berbuah apa apa.
Bukan itu saja malah pucuk kepimpinan PAS pusat tak boleh buat apa apa pun, sedangkan perlaksanaan itu wajar dilaksanakan, kerana arak ibu segala macam kejahatan.
Ini suatu yang sangat kecil berbanding perlaksanaan hukum hudud yang merangkumi dasar perlaksanaan undang undang islam sebagai penyelesaian permasalahan masyarakat.
Baru baru ini seorang ahli parti keadialan rakyat berbangsa Melayu berkata hudud  tak boleh menyelesaian permasalahan rakyat.
Ini menunjukkan orang parti keadilan tak yakin dengan hudud, macam juga orang umno yang tetap berpendirian hudud tak boleh dilaksanakan kerana tidak sesuai lagi pada zaman ini.
Yang peliknya bagaimana orang PAS mudah percaya dengan orang DAP yang jelas menentang penubuhan Negara Islam di Malaysia sepertimana dijelaskan oleh Karpal Singh yang berkata bahawa penolakan hudud adalah pendirian DAP bukan pendiriannya.
Saya sangat bimbang suatu masa nanti ada yang akan berkata kita tidak berdosa kerana tidak ada kuasa dalam kerajaan yang memerintah sekarang.
Atau sama macam Pas Kelantan yang menegaskan hanya rakyat berkuasa menentukan dasar kerajaan termasuk pelaksanaan undang-undang Islam.Jika rakyat tak mahu nak buat macam mana situasi itu berlaku melalui sistem demokrasi  khususnya pilihan raya.Memang tak boleh buat apa apa lagi.


 Pembinaan Masjid Seremban 2 dibatalkan?
Posted on Monday, August 13 @ 01:01:51 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"
Jika kita buat carian di Google mengenai Masjid Seremban 2, apabila ditaip Pembatalan Masjid Seremban 2 akan keluar paparan berikut ; “Membina Dan Menyiapkan Masjid Seremban 2 …. Pembatalan perlaksanaan projek yang telah dimaklumkan oleh ICU JPM”. Pautannya adalah dilaman web JKR , tetapi apabila diklik pautannya, ianya tidak dapat diakses.


Ada sesiapa yang mengetahui status sebenar Projek Pembinaan Masjid Seremban 2 ini? Siapa kontraktor yang telah dilantik untuk membina masjid ini, jika tender sebelum ini telah dikeluarkan?
 
**************
Masjid Seremban 2 terbengkalai bahan kempen pembangkang
Berita Harian 13 Mei 2009
 
KETIKA kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan melakukan upacara pecah tanah projek pembinaan masjid untuk kegunaan masyarakat Islam yang tinggal di sekitar Seremban 2.
 
Bagaimanapun, sehingga kini pembinaannya belum menjadi kenyataan sehingga dijadikan isu bualan serta bahan kempen parti pembangkang.
 
Bagi saya, pembinaan masjid berkenaan perlu disegerakan.
 
Ia akan memudahkan penduduk yang tinggal di taman perumahan di sekitar Seremban 2 seperti Taman Oakland, Taman Megah, Bukit Kepayang dan taman lain dapat menunaikan sembahyang dengan selesa terutama solat Jumaat.
 
Untuk makluman, Taman Oakland, Taman Megah, Bukit Kepayang tidak mempunyai masjid.
 
Sembahyang Jumaat kini diadakan di sebuah surau Seremban 2 yang tidak dapat lagi menampung peningkatan jumlah jemaah.
 
Ia bukan saja menjadi tumpuan penduduk yang bermastautin di Seremban 2 tetapi juga kakitangan kerajaan yang bekerja seperti di Pejabat Tanah Daerah, Polis, bomba dan swasta, pekerja kilang, kakitangan pusat perniagaan Tesco dan Jusco di kawasan itu.
 
Kesesakan itu menimbulkan keadaan tidak selesa kepada jemaah.
 
Adalah menjadi harapan saya dan penduduk lain agar pembinaan masjid itu dapat disegerakan demi faedah penduduk yang bermastautin di sekitar kawasan Seremban 2 untuk menunaikan tuntutan agama.
 
JEMAAH SURAU,
Seremban, Negeri Sembilan.
   
Umat Islam di Negeri Sembilan akan memiliki tujuh masjid baru tidak lama lagi hasil sumbangan Yayasan Albukhary, milik ahli perniagaan tersohor ini.
 
Tujuh masjid itu akan dibina di Rantau; Seremban 2; Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir.
 
Beliau berkata, pembinaan masjid di Rantau berharga kira-kira RM7.9 juta yang boleh menampung 2,500 jemaah akan dibina menerusi derma dan sumbangan Yayasan Albukhary di Taman Ekar.
 
Masjid Seremban 2 pula berharga kira-kira RM7.5 juta dan mampu menampung 3,000 jemaah akan dibina menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
   
Kempunan masjid
 
Penduduk Seremban 2 kecewa tiada petunjuk projek akan dimulakan selepas majlis peletakan batu asas dua tahun lalu
 
SEREMBAN 2: Walaupun sudah lebih dua tahun majlis peletakan batu asas Masjid Seremban 2, di sini berlangsung, hingga kini hanya papan tanda projek kelihatan tanpa sebarang petunjuk projek itu akan dimulakan dalam masa terdekat. Tinjauan
 
Berita Harian ke tapak itu di belakang Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 mendapati, lalang dan pokok liar memenuhi kawasan yang sudah diratakan tanpa kewujudan sebarang cerucuk atau mesin.
 
Penduduk mendakwa, keadaan tapak terbiar itu seolah-olah memberi gambaran projek pembinaan masjid yang sebelum ini dikhabarkan bernilai RM7.5 juta tidak akan dimulakan dalam waktu terdekat.
 
Mereka kesal kerana walaupun Seremban 2 kini berkembang pesat dengan banyak kawasan perumahan baru serta pejabat dibuka dan bilangan penduduk dianggarkan puluhan ribuan orang, kemudahan masjid masih terabai.
 
Lebih dikesalkan, penduduk mendakwa mereka sebelum ini diberitahu peruntukan pembinaan satu-satunya masjid yang dikatakan mampu menempatkan 3,000 jemaah pada satu masa di Seremban 2 itu sudah diluluskan Jabatan Perdana Menteri.
 
Berikutan ketiadaan masjid itu, penduduk dan pekerja di Seremban 2 serta beberapa kawasan sekitar, termasuk buruh binaan warga asing, terpaksa menggunakan Surau Al-Ikhlas di Garden Homes yang kecil untuk menunaikan solat Jumaat atau pergi ke masjid yang lebih jauh di Mambau atau Taman Bukit Chedang.
 
Norazam Nayan, 44, berkata penduduk kawasan itu sangat memerlukan sebuah masjid yang selesa untuk menjadi pusat kegiatan komuniti masyarakat Islam yang bersepadu.
 
"Buat masa ini, tiada satu pun tempat di Seremban 2 yang boleh menjadi pusat kepada semua aktiviti keagamaan atau masyarakat Islam, menyebabkan setiap surau di kawasan perumahan hanya menjalankan aktiviti peringkat taman.
 
"Bukan kita tidak mahu bersatu padu, tetapi bagaimana hendak bersatu menganjurkan atau bekerjasama dalam aktiviti lebih besar yang dapat merapatkan silaturahim masyarakat Islam di sini jika kita tidak mempunyai masjid," katanya.
 
Beliau yang menyokong visi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang mahu menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan komuniti lengkap dengan kedai dan klinik, merayu kerajaan segera menjadikan impian masyarakat Islam di kawasan itu satu kenyataan.
 
Bagi Nor Rahmat Sulaiman, 47, keadaan di Seremban 2 sebenarnya agak janggal kerana amat jarang bagi sesebuah kawasan yang mempunyai ramai masyarakat Islam tidak mempunyai masjid.
 
"Jika kita pergi ke mana-mana sekali pun, terutama kawasan bandar baru seperti ini (Seremban 2), pasti akan menemui masjid. Bagaimanapun, keadaan di sini amat berbeza kerana tiada masjid walaupun dilengkapi segala kemudahan lain termasuk beberapa sekolah dan pasar raya," katanya.
 
Mahmood Shariff, 57, yakin kerajaan mempunyai rancangan untuk mendirikan masjid di kawasan itu tetapi tidak pasti faktor yang menjadi penghalang kepada pembinaannya.
 
"Dua tahun lalu, kita dijanjikan pembinaannya dengan batu asas serta majlis pecah tanah sudah dilakukan. Itu bermakna kerajaan memang ada perancangan dan tidak meminggirkan keperluan utama masyarakat Islam di sini.
 
"Namun, projek itu kemudian senyap dan tapak berkenaan langsung tidak terusik, menyebabkan kita tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku. Apa pun, kita tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan berharap kerajaan menyegerakan pembinaannya demi kepentingan bersama," katanya.
 
Sementara itu, seorang pegawai kerajaan yang enggan namanya disiarkan, berkata projek itu sudah diluluskan pada 2008, tetapi peruntukan pembinaan ditangguhkan atas sebab tertentu.
 
"Buat masa ini, permohonan untuk mendapatkan peruntukan yang dijanjikan sebelum ini sedang giat diusahakan kerana kita menyedari keperluan yang mendesak," katanya.
 
"

Tiada ulasan: