Isnin, 6 Ogos 2012

KITA MAHUKAN DAN MELATIHKAN WIRA2@SRIKANDI2 YANG BERTAQWA...TUNDUK DAN PATUH KEPADA ALLAH...SANGGUP SHAYID KERANA MEMPERJUANGANKAN ISLAM KERANA ALLAH SEMATA2 TIDAK KERANA2 YANG LAIN

P Pinang naik bantuan miskin tegar ke RM600

Mohd Sabri Said, 06 Ogs 2012

(Lim Guan Eng menyerahkan bantuan kepada seorang waris warga emas)

TASEK GELUGOR: Kerajaan negeri Pulau Pinang menaikkan paras miskin tegar di negeri itu ke RM600 berbanding RM500 sebelum ini.

Dengan paras baru ini, kerajaan negeri akan menampung kewangan keluarga berkenaan sehinggalah menjadi RM600 bagi mengeluarkan  mereka dari miskin tegar berbanding RM500 sebelum ini.

"Contohnya keluarga yang mempunyai isi rumah berpendapatan RM400 sebulan, Kerajaan Pakatan Rakyat akan memberikan RM200 lagi sebagai tambahan untuk mengeluarkan mereka daripada paras kemiskinan tegar.

"Mana ada Kerajaan Barisan Nasional (BN) buat bantu melainkan mengaut memenuhi kantong mereka sendiri, " kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian sumbangan kepada warga emas dan ibu tunggal Daerah Seberang Perai Utara di Dewan Besar Sungai Dua baru-baru ini.

Turut hadir dalam program itu tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Lim Hock Seng dan Phee Boon Poh, Adun Bagan Dalam, Tanasekharan, Pegawai Daerah SPU,Haji Jasni Haji Ismail dan semua penyelaras Dun peringkat Seberang Perai Utara.

Dalam ucapannya juga, Lim Guan Eng mempersoalkan apa makna kemerdekaan Malaysia sedangkan rakyat hidup sengsara dicengkam kemiskinan dalam sebuah negara yang kaya hasil buminya.

Menurut beliau, Malaysia sebuah negara yang kaya tidak sepatutnya mempunyai ramai rakyat miskin terutamanya negeri Trengganu yang penuh dengan minyak dan Sarawak yang banyak kayu kayan yang bermutu tinggi.

"Apa maknanya sambutan kemerdekaan bagi rakyat walhal mereka tetap hidup melarat, senggsara dan berada di paras kemiskinan setiap masa sedangkan Malaysia mempunyai kekayaan yang melimpah ruah.  Sebagai rakyat mereka patut sedar di mana perginya keuntungan hasil keluaran harta negara, " tegasnya.

Justeru itu, untuk mengatasi masalah terbut Pulau Pinang berjaya sebagai negeri pertama melaksanakan Program Miskin Tegar demi menyelamatkan golongan yang selama ini berada di paras terlalu miskin.

Kerajaan Pakatan Rakyat ada beberapa cadangan lagi untuk membebaskan rakyat yang selama ini miskin tidak dapat merasai kenikmatan hidup berada dalam sebuah negara maju dan kaya namun cadangan tersebut akan diumumkan tidak lama lagi.

Sewajarnya sambutan kemerdekaan yang ke 55 turut dikongsi bersama rakyat bukan terus menindas dengan pelbagai akta, harga barangan, petrolium dan sebagainya.

Bahkan sampai saat ini sambungnya, Kerajaan Persekutuan masih belum memberikan bantuan kepada Kerajaan Negeri hasil kememangan rakyat pada 2008 sebaliknya menyalurkan kepada wakil Kerajaan Pusat yang ada di negeri ini.

Akibatnya, wujud penyalahgunaan kuasa, projek kroni dan seumpamanya.  Yang mana akhirnya menjahamkan negara sendiri.

"Saya akui amat susah jika tiada bantuan dari Kerajaan Persekutuan untuk memajukan pembangunan.  Tetapi nak buat macamana Kerajaan Persekutuan tidak berikan.

"Maka, sebab itulah Kerajaan Pakatan Rakyat kena cari alterenatif lain untuk memajukan negeri dan meningkatkan sosio ekonomi rakyat agar jauh dari jurang antara kaya dan miskin, " katanya.

Malaysia perlu lahir 100 pemain macam Chong Wei

Muhammad Faizal, 06 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan tahniah kepada pemain badminton perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei atas perjuangan yang ditunjukkan beliau untuk mengharumkan nama negara di temasya Sukan Olimpik 2012.


Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi menyatakan perjuangan yang ditunjukkan oleh Lee Chong Wei malam tadi merupakan satu pengorbanan besar.


"Tahniah kepada Lee Chong Wei atas perlawanan yang ditunjukkan malam tadi.


"Terima kasih pengorbanan beliau demi mengharumkan nama Malaysia di persada dunia terutamanya peringkat Olimpik dalam mengejar pingat emas pertama negara," jelasnya.


Malah menurut beliau lagi, Malaysia perlu melahirkan seratus orang seperti Lee Chong Wei dalam masa 10 tahun dari sekarang demi mengembalikan kecermelangan Malaysia di dalam arena badminton.


"Dalam masa sepuluh tahun yang akan datang mulai sekarang, Malaysia perlu melahirkan seratus orang pemain badminton yang berbakat seperti Lee Chong Wei.


"Ini adalah satu usaha untuk kita terus mengekal kecemerlangan dalam arena badminton serta menghapuskan kemarau pingat emas di persada sukan bertaraf antarabangsa," sambung beliau lagi.


Beliau menyatakan harapan tersebut apabila melihat kenyataan persaraan yang telah dinyatakan oleh pemain utama perseorangan negara itu.


Sementara itu, Lee Chong Wei telah meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua setelah kalah kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam masa 79 minit malam tadi.


Pada Olimpik 2008 di Beijing, China, Chong Wei juga tewas kepada Lin Dan bagi merebut pingat emas.

Beliau dalam satu kenyataan menyatakan tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lepas.


Beliau berkata Sukan Komanwel di Glassgow, Scotland pada 2014 mungkin menjadi temasya terakhirnya.


Malah menyifatkan umurnya sudah 30 tahun sudah tua baginya untuk menghadapi Olimpik Brazil empat tahun akan datang.

Tahniah Chong Wei, anda tetap wira Malaysia

Harakahdaily, 06 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Biarpun sekadar menghadiahkan pingat perak kepada negara, namun semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei sangat wajar dipuji.

Dalam satu kenyataan hari ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata, rakyat negara ini sebenarnya sudah cukup bangga dengan Chong Wei apabila berjaya membawa cabaran negara sampai ke peringkat akhir Sukan Olimpik.

"Kita mengucapkan syabas dan tahniah kepada Chong Wei kerana telah bermain bersungguh-sungguh membawa harapan dirinya dan seluruh rakyat Malaysia.

"Rezeki di tangan tuhan, kalah menang adat perlawanan. Namun kita bangga dengan aksi yang ditunjukkan beliau," kata Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan & Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Malaysia, Abdul Halim Ahmad.

Dalam perlawanan akhir perseorangan badminton lelaki Olimpik 2012 di London malam tadi, Chong Wei tewas kepada musuh tradisinya Lin Dan dari China 21-15, 10-21 dan 19-21.

Kekalahan itu sekaligus melenyapkan impian emas pertama negara dan hanya memberi pingat perak.

Ini merupakan pingat peraknya yang kedua setelah tewas kepada Lin Dan dalam acara sama di Sukan Olimpik Beijing, empat tahun lepas.

Sejurus kekalah itu semalam, Chong Wei turut menghantar mesej "Saya minta maaf. Saya tidak dapat kutip emas " melalui twitternya.

Tak perlu rasa bersalah

Sementara itu, mengulas kenyataan minta maaf Chong Wei itu, Abdul Halim berkata pemain nombor satu negara itu tidak perlu rasa bersalah dan rakyat menerima kekalahan itu sebagai adat pertandingan.

"Kita harap Chong Wei tidak lemah semangat dan berasa kecewa dengan kekalan semalam.

"Kita masih menyandarkan harapan yang sangat tinggi kepada beliau untuk terus menempa kejayaan dalam kejohanan-kejohanan besar lain akan datang," katanya.

Pakatan ada 12 logo hari Merdeka untuk dipilih

Harakahdaily, 05 Ogs 2012

KUALA LUMPUR: Kempen untuk membuat logo alternatif kepada Hari Kemerdekaan ke 55 berjalan rancak dalam media sosial Pakatan Rakyat.

Sekurang-kurangnya 12 logo Hari Kemerdekaan sudah dimasukkan ke laman facebook.com/101cadanganlogo yang dibuat oleh Sekretariat Pakatan Rakyat.

Orang ramai diberikan peluang untuk menilai dan memberikan pandangan terhadap semua logo-logo itu yang nampaknya jauh lebih menarik berbanding logo yang dicipta oleh Datuk Seri Rais Yatim.

Menurut Sekretariat Pakatan Rakyat, Ahmad Shabrimi Sidek, orang ramai boleh terus mencadangkan logo-logo mereka untuk dipilih oleh penal.

"Kita hanya akan membuat pilihan Selasa depan melalui satu penal yang dipengerusikan oleh Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS," kata Shabrimi kepada Harakahdaily.

Berikut adalah logo-logo yang sedang dimasukkan dalam senarai facebook itu untuk dinilai oleh orang ramai.

(Logo ciptaan dari www.ilusenidesign.com)



(Cadangan dari Tommy Hohenheim Evangelista)


(Cadangan logo Merdeka dari Azman bin Mohd Mah Husin)

(Logo Merdeka yang dicadang Hamdan Bin Jasin)

(Logo Merdeka yang dicadangkan Yan)



(Logo cadangan Hafiz)



(Cadangan logo dari Hanafi Ishak)





(Logo merdeka yang dicadangkan Sean)






(Cadangan logo dari Shazni Hanis)

Orang ramai boleh membuat undian dan memberikan komen melalui http://www.facebook.com/101cadanganlogo.


Stesen petrol Buraqoil naikkan taraf kedai di Kelantan

Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir, 06 Ogs 2012
KOTA BHARU: Lapan buah stesyen minyak luar bandar Buraqoil yang terdapat di Kelantan telah dinaikkan taraf stesen masing-masing berikutan peningkatan pelanggan memilih stesyen berkenaan sebagai produk pilihan mereka.

Pengarah Eksekutifnya, Mohd Khilmi Yusof, ketika ditemui memberitahu lima stesyen yang sedia ada telah dinaikkan taraf mengikut pencapaian peringkat masing-masing.

Katanya sebelum ini dua stesyen di negeri itu telah dinaikkan taraf, bagaimanapun dalam tempoh dua bulan ini enam lagi dinaikkan taraf termasuk yang masih dalam pembinaan di Bachok.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis program qaseh dan ziarah Ramadan Buraqoil seta majlis berbuka puasa di Kelantan, di KTC, di sini semalam.

Menurutnya, masyarakat kini semakin mempercayai minyak keluaran Buraqoil kerana ianya bukan sahaja milik bumiputera seratus peratus, sebaliknya bahan cecair itu dibekalkan oleh stesyen minyak terkemuka juga sama ada dari shell atau syarikat lain.

Memandangkan prestasi begitu membanggakan dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini iaitu, sejak syarikat itu ditubuhkan, pihak Buraqoil turut menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Kerana itu, empat buah negeri telah dipilih sebagai ziarah Ramadan, iaitu Kelantan, Kedah, Perak dan Pulau Pinang yang bermula sejak 2 Ogos lalu.

Khilmi berkata, di Kelantan sebanyak RM4,000 duit raya dibelanjakan untuk 400 orang kanak-kanak di tiga jajahan, iaitu Kuala Krai, Gua Musang dan Machang dan Kota Bharu.

“Selain itu, beras 1,000 kampit, 100 hamper, 3,000 kotak kurma untuk diagihkan kepada pelajar tahfiz, penarik beca, golongan yang memerlukan, anak-anak yatim di sini,”ujarnya.

Sebanyak 14 orang rakan media yang mewakili tujuh agensi media elektronik termasuk majalah pelancongan Majalah Santai menyertai konvoi jelajah Qaseh itu.

Sementara itu, Ana Rafali dan Nik Sayyida Fatiha Yaziz atau lebih dikenali Mek Salam Pantai Timur dan Aziz Desa memeriahkan program berkenaan.

Ana Rafali sendiri turut diberi peluang menyampaikan sumbangan (gambar) mewakili Buraqoil termasuk Aziz Desa menyampaikan duit hari raya kepada kanak-kanak yang hadir pada majlis itu.

Aziz Desa tamat kontrak dengan KTC

Rizal Tahir, 06 Ogs 2012
KOTA BHARU: Pengacara Aziz Desa (gambar) telah tamat kontraknya sebagai Pengarah Operasi Kelantan Trade Cantre (KTC) sejak 31 Julai lalu.

Katanya, bermula tarikh itu beliau tidak lagi bertugas di KTC dan jawatan itu akan diisi oleh orang lain.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program qaseh dan ziarah Ramadan bersama Buraqoil serta majlis berbuka puasa, di KTC, di sini semalam.

Menurut Aziz beliau mula berkhidmat di situ bermula 12 Febuari tahun ini dan berakhir 31 Julai lalu.
Aziz memulakan kerier pengacara dengan TV3 sebelum dilantik menjadi Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Junid.
Penyertaannya ke dalam anak syarikat kerajaan negeri Kelantan menjadi kejutan banyak pihak namun ia bukan memeranjatkan keranan Aziz masuk melalui rakan kongsinya yang bukan dikawal kerajaan negeri.
Namun tindakan Aziz menjadi pengacara satu program di TV3 yang menyerang PAS mengejutkan banyak pihak.
“Saya mendoakan semoga KTC terus maju dan berharap ianya semakin cemerlang di bawah pengurusan baru walaupun ada beberapa program yang saya rancang tidak sempat di tunaikan," kata beliau.

Katanya, Kelantan sentiasa menjadi kerinduan para pelancong bukan sahaja tempatan, sebaliknya luar Negara.

Kerana itu, tambahnya Kelantan tercatat antara negeri yang paling dikunjungi pelancong dalam peta pelancongan dunia kerana keistimewaannya.

“Saya tidak bercakap kosong, dari segi lain saya tidak mahu mengulasnya, tetapi Kelantan memang menarik kerana mempunyai kepelbagaian keistimewaan yang boleh dibanggakan,”ujarnya.

Untuk itu, tambahnya rakyat Kelantan diseru menjaga keistimewaan negeri itu yang begitu menarik.

Noryn Aziz pula berhijrah

Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir, 06 Ogs 2012
KOTA BHARU: Artis jelita berlesung pipit, Noryn Aziz memeriahkan majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2012.

(Noryn dengan Datin Tuan Sabariah)


Majlis berkenaan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10, pagi semalam.

Noryn yang hadir bersama suami, Raja Datuk Kamarul Bahrin Ahmad Shah, menjadi tumpuan tetamu jemputan serta penerima sumbangan aidilfitri anjuran Badan Kebajikan Isteri Wakilrakyat dan kakitantan kerajaan Kelantan (Purnama).

Sebanyak RM20,000 peruntukkan dikeluarkan untuk membiayai sumbangan kepada 445 golongan dhaif, armalah, anak yatim di 45 Dun seluruh Kelantan.

Sumbangan berkenaan disampaikan Pengerusi Purnama yang juga isteri Menteri Besar Kelantan,  Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan isteri-isteri wakil rakyat di peringkat Dun.

Hadir sama isteri Timbalan Menteri Besar, Datin Siti Zabidah Abdul Hamid, serta isteri-isteri anggota exco kerajaan negeri.

Tuan Sabariah ketika berucap pada majlis itu menyeru golongan wanita khususnya memperbanyakkan amalan baik sepanjang Ramadhan ini.

Beliau turut mengingatkan mereka supaya tidak leka dengan urusan dunia seperti menyiapkan keperluan berbuka puasa atau hari raya sedangkan lupa tanggungjawab sebenar.

“Apa yang penting kita tidak berbelanja boros,”ujarnya.


Kagum dengan Tok Guru



(Bergambar kenangan dengan AJK Purnama)

Sementara itu, Noryn ketika ditemui selepas majlis itu melahirkan rasa terkejut kerana beliau diundang oleh isteri wakilrakyat dari Kelantan.

“Memang Noryn terkejut dan tak sangka, lepas tu tanya pendapat suami, Alhamdulillah dia setuju menerima jemputan ini.

“Lagipun Noryn memang kagum dengan Tok Guru Nik Aziz, antara salah satu sebab Noryn berhijrah kerana membaca buku agama tulisan Tok Guru, iaitu berkaitan hidayah,”ujarnya.

Terdahulu ketika berucap pada malis itu, beliau menyeru masyarakat di negara ini seluruhnya supaya mendoakan ‘penghijrahannya’.

“Noryn lakukan ini untuk kebaikan diri Noryn sendiri, suami dan keluarga,”ujarnya.

Bekas Pengarah Peladang Perak sertai PAS

Muhammad Faeez Azahar, 06 Ogs 2012
TELUK INTAN: PAS menerima seorang lagi bekas pegawai tinggi kerajaan apabila bekas Pengarah Peladang Perak, Azhar Yunus mengisytiharkan menyertai parti itu semalam.
Pengisytiharan tersebut diadakan di majlis Ceramah Badar Kubra Peringkat Negeri Perak yang dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Kg Bahagia, Teluk Intan.

[Gambar: Azhar (dua dari kiri) bersama Mohamad dan pemimpin PAS Perak.]

Beliau telah menjawat jawatan dalam kerajaan lebih 30 tahun dan kerap ditukarkan tempat berkhidmat.

Anak jati Teluk Intan itu juga pernah menjadi Pengarah Peladang di Negeri Sembilan dan Pahang.

Menurutnya, kemasukannya ke dalam PAS adalah kesedaran diri dan merasakan sudah tidak lagi dalam ‘kongkongan’ kerajaan.

“Kami pegawai kerajaan seolah-olah bayi yang dibedong kerana tidak bebas untuk memilih dan bergiat aktif dalam mana-mana parti serta pergerakan kami sentiasa diawasi,” katanya dalam ucapan sulungnya di atas pentas PAS.

Katanya, ketika menjawat jawatan kerajaan, perkara serta masalah ketara yang dihadapi oleh pemimpin BN ialah membezakan kerajaan dan parti.

Ujarnya, mereka beranggapan kerajaan itu ialah BN dan ini menyebabkan pentadbiran kerajaan dikuasai oleh pemimpin mereka.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, beliau pernah berkhidmat bersama kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang sempat memerintah 11 bulan dahulu dan merasakan kelainan serta kelebihan gabungan parti itu berbanding kerajaan BN.

“Sepanjang saya menjawat jawatan sebagai pengarah, belum pernah lagi solat berjemaah selepas perasmian Ekspo Peladang dan ini telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat Perak yang dipimpin oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

“Saya merasakan kelainannya dan sangat gembira serta bersemangat apabila bekerja di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat,” jelasnya.

Katanya, hasrat kerajaan BN untuk ‘membirukan’ semua kakitangan kerajaan ternyata gagal apabila nama-nama besar telah memilih untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat.

“Mereka yang masuk PAS semuanya berpelajaran tinggi, mereka dapat menilai mana yang baik dan berintegriti dan sudah pasti BN bukan pilihannya,” ujarnya.

Beliau  turut menyatakan kesediaan untuk menerima undangan berceramah di seluruh negara bagi memenangkan Pakatan Rakyat.

"Saya akan bersama-sama membantu dalam misi menawan Putrajaya dan saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," tegasnya.

Pelik, Rafizi didakwa penjenayah masih bebas

Baharuddin, Kuala Lipis,
Pendakwaan Rafizi mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), dan Johari Mohamad mengikut Seksyen 112 (1) (c) Bafia merupakan sesuatu yang pelik.

Hal ini kerana, melalui tindakan berani merekalah perbuatan salah guna kuasa oleh kerajaan Umno-BN terdedah. Jika tidak, rakyat tidak tahu bahawa RM250 juta dana awam telah digunakan sewenang-wenangnya bagi projek National Feedlot Corporation (NFC), yang membabitkan syarikat milik suami Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Wanita Umno merangkap senator dan menteri.

Saya sebagai rakyat sebenarnya tertanya-tanya bagaimana jumlah wang yang sebegitu banyak boleh dipinjamkan kepada sebuah syarikat yang masih mentah dalam perniagaan tersebut. Bahkan pinjaman tersebut tidak menyatakan dengan jelas kaedah pembayaran balik.

Berdasarkan kes ini, tidak mustahil kejadian yang seumpamanya berlaku membabitkan menteri Umno-BN lain. Patutlah kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan OSA yang diperkenalkan. Rupa-rupanya akta tersebut dapat melindungi jenayah mereka dalam merompak duit rakyat.

Pada masa yang sama, mereka akan menangkap dan mendakwa mana-mana pihak yang cuba mendedahkan apa-apa maklumat yang dikelaskan sebagai “sulit”.

Dalam kes NFC ini, Umno-BN menggunakan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Bafia) demi melindungi tindakan tidak bermoral mereka. Rafizi dan Johari sepatutnya diberi ucapan tahniah tetapi akhirnya didakwa kerana mendedahkan dokumen mengenai butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal NFC kepada umum.

Sudah hilangkah rasa malu Umno-BN sehingga sanggup merompak wang rakyat? Saya berharap rakyat bangkit untuk memperbetulkan keadaan ini sebelum Malaysia menjadi muflis.

Tiada ulasan: