Selasa, 14 Ogos 2012

ANCAMLAH...HAK MASING2...MUNGKIN RASA KUAT...BAGAIMANA ANCAM ALLAH..ORANG SOLAT...MINUM ARAK...BUAT MAKSIAT...KAKI ZINA...KAKI ROMPAK...KAKI KEBAS....KAKI TIPU...TAGHUT...MENOLAK HUKUM ALLAH..DLL...NERAKA TEMPATNYA...TAK TAKUT KE...TAK KISAH KE...YANG CAKAP TU PUN TAK KUAT MANA LAGI DAH...BN PUN DAH TAK NAK...BN PUN MUNGKIN NAK TOLAK DAH....

NGO ancam tindakan agresif ke atas Janji BERSIH
11:02AM Ogos 13 2012
Kumpulan anti-BERSIH, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) mengancam untuk bertindak agresif ke atas Himpunan Janji BERSIH yang merancang untuk berhimpun ketika sambutan ambang kemerdekaan pada 30 Ogos.

NONELaporan Berita Harian hari ini memetik kenyataan pengerusi MTPKL, Datuk Jamal Md Yunus yang "bosan dengan permainan politik" yang didakwa "banyak merugikan peniaga dan menyusahkan orang ramai".

"Kali ini kita akan bertindak agresif serta tidak membenarkan perkara ini berlaku dan mereka tidak dapat menjangka tindakan yang diambil.

"Kita yang mempunyai 98,000 ahli akan membincangkannya pada perhimpunan ketika Aidilfitri. Mereka berniat mencemarkan sambutan ambang Hari Kemerdekaan," kata pemilik rangkaian restoran Sekinchan Ikan Bakar itu dalam laporan tersebut.

Katanya lagi, 26 NGO dipimpin Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang merancang perhimpunan itu perlu menimbang semula perhimpunan berkenaan "bagi mengelakkan ia menjadi medan pertempuran pada malam itu".
Sementara itu, A Samad ketika dihubungi Malaysiakini bagaimanapun enggan mengulas mengenai ancaman berkenaan.
NONEKatanya, gabungan NGO tersebut akan mengadakan satu mesyuarat pada malam ini - yang dijangka akan membincangkan mengenai ugutan berkenaan.
A Samad Said sebelum ini berkata, perhimpunan berpakaian kuning pada malam 30 Ogos di Dataran Merdeka dirancang untuk mengingatkan kerajaan persekutuan berhubung janji-janji bagi memastikan wujudnya pilihan raya bersih dan adil.
Samad bagaimanapun menegaskan, acara itu tidak dianjurkan oleh BERSIH kerana hanya 26 daripada 80 badan gabungan menyertai acara itu. Kumpulan lain dijangka menyertainya kemudian.
Kumpulan MTPKL pula sebelum ini mencuri perhatian apabila mengadakan perhimpunan "BERSIH 4.0 Cintakan Negara" di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Kuala Lumpur pada Jun lalu.

Mereka pada awalnya merancang untuk membuka gerai jualan semasa perhimpunan tersebut, namun dihalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akhirnya hanya berhimpun dan membawa sepanduk.

Jamal juga mencetuskan sensasi media apabila menawarkan pelbagai hadiah mewah, termasuk Lamborghini dan BMW sekiranya laman Facebook mereka mencapai jumlah sasarah peminat tertentu.

Bagaimanapun, Jamal kemudiannya mendakwa kempen itu menghadapi masalah apabila laman Facebook itu telah digodam.

JAUHILAH TAGHUT

Firman Allah s.w.t: 

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اُعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ


Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.
(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)

Ku Nan: P'raya waktu haji akan banyak masalah
4:06PM Ogos 13 2012
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi bayangan bahawa pilihan raya umum akan datang kemungkinan tidak akan diadakan pada Oktober.

Beliau berkata akan timbul banyak masalah jika pilihan raya diadakan pada masa itu kerana bulan tersebut adalah bulan untuk umat Islam menunaikan haji.

NONE"Kalau kita buat juga pilihan raya pada masa itu nanti akan timbul tuduhan kata kerajaan tidak peka dengan hal-hal agama Islam. Saya tidak yakin pilihan raya akan diadakan pada Oktober," katanya kepada pemberita di Putrajaya.

Pada Jun lepas Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan meminta semua anggota parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya agar menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi pilihan raya umum.

Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan berkata mesyuarat perwakilan Umno bahagian Putrajaya akan diadakan pada 1 September depan serentak dengan majlis sambutan hari raya Aidilfitri dan dijadual dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

- Bernama
'Hudud terus, tapi Negara Berkebajikan dulu'
1:48PM Ogos 13 2012
Hudud masih menjadi sebahagian daripada perjuangan PAS tetapi konsep 'Negara Berkebajikan' akan menjadi fokus dalam pilihan raya umum akan datang, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi berkata, hudud sentiasa menjadi sebahagian daripada ideologi PAS, lapor Oriental Daily News hari ini.

NONEMenyentuh rintangan kuat terhadap hukum itu, pertikaian itu akan disentuh melalui dialog dan beliau berharap parti sekular yang didominasi masyarakat Cina akan menerimanya.

"PAS dan DAP masih mempunyai perbezaan pandangan yang besar berhubung isu hudud, tetapi kedua-dua pihak akan sering terlibat dalam dialog.

"Perbezaan ini tidak akan menjejaskan hubungan kami," katanya sambil menjelaskan kedua-dua pihak salin menghormati antara satu sama lain.

Bawah semangat perlembagaan, kata anggota parlimen Marang itu, PAS bercita-cita melaksanakan hudud di Kelantan dan Terengganu (semasa pemerintahannya) memandangkan hukum itu tertakluk bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Usaha itu bagaimanapun dihalang oleh kerajaan persekutuan pimpinan BN.
PAS mahu majlis fatwa nilai dakwaan 'haram sokong DAP'
1:54PM Ogos 13 2012
PAS menggesa supaya Majlis Fatwa Kebangsaan bersidang untuk menilai kenyataan guru pondok, Abdullah Sa'amah yang antara lainnya menyifatkan DAP sebagai "kafir harbi" dan haram disokong oleh pengundi beragama Islam.

NONEKetua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata majlis berkenaan perlu melihat kenyataan tersebut secara menyeluruh kerana ia melibatkan implikasi besar di sisi Islam.

"Ia melibatkan pelbagai muamalah antara umat Islam dengan golongan tersebut, termasuklah haram bermuamalah, berurusniaga, bahkan boleh memerangi mereka.

"Ini perlukan penjelasan dan kenyataan segera dari majlis fatwa sebelum sesuatu yang buruk berlaku di atas kejahilan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, PAS juga kecewa dengan kenyataan mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang sebelum ini menyatakan bahawa majlis fatwa tidak akan membuat teguran kepada Abdullah Sa'amah atas kenyataan yang dilaporkan sebagai tajuk utama Utusan Malaysia minggu lalu.

NONEDalam laporan itu, Abdullah dipetik sebagai berkata bahawa DAP "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata kenyataan Harussani bahawa majlis fatwa tidak akan membuat teguran atas kenyataan tersebut bakal menimbulkan persoalan memandangkan Umno juga menolak hukum hudud.
Katanya, perkara itu sendiri ditegaskan perdana menteri yang juga presiden Umno pada 24 September lalu.
"Ini bermakna rakyat juga diingatkan bahawa haram mengundi Umno kerana menolak hukum Allah.
"Majlis Fatwa haruslah menggunakan pembaris yang sama untuk menilai semua isu secara objektif. Haram sama sekali untuk menggunakan pembaris yang tidak sama untuk Umno dan pihak yang lain," katanya lagi.
NONESementara itu ketua penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty turut menyatakan kekecewaan terhadap Umno yang menyiarkan pandangan guru pondok tersebut sebagai propaganda politik.

"Adalah amat mengaibkan, selepas diamanahkan mengurus negara selama 54 tahun, demi mengekalkan kuasa, Umno terpaksa menggunakan pendekatan lapuk ini dengan menjadikan orang Melayu berada dalam keadaan cemas dan keliru.

"Sikap ini juga akan menjadikan masyarakat bukan Islam menjadi tersepit dan cemas. Akibatnya, perhubungan diantara rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dan agama ini akan menjadi tegang.

"Sesungguhnya, sekiranya pendekatan ini diteruskan Negara yang dicintai ini akan berada di ambang krisis yang besar," katanya lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menyeru supaya polemik berhubung "kafir harbi" dan "kafir zimmi" itu ditanggap dengan merujuk definisi oleh pemimpin di negara Islam lain.
Hadi: Saya tiada hasrat jadi perdana menteri
12:02PM Ogos 13 2012
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bahawa beliau tiada hasrat menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Walaupun layak untuk jawatan itu, terdapat perkara lain yang mesti diberikan perhatian, jelasnya dalam wawancara bersama Oriental Daily News.

NONEHadi dilapor berkata, calon untuk menjadi perdana menteri mestilah memenuhi dua kriteria, iaitu seorang Islam dan mendapat sokongan majoriti rakyat.

Atas dasar itu, tambahnya, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim antara yang layak mengisi jawatan itu.

"Kita terima Anwar sebagai calon PM, tetapi kita juga menerima pemimpin lain yang mendapat sokongan majoriti (rakyat Malaysia)," beliau dipetik sebagai berkata.

Berhubung isu perdana menteri mesti mendapat sokongan majoriti orang Islam, Hadi berkata, realiti politik menunjukkan Melayu-Islam menjadi tulang belakang kepada populasi pengundi.
PKR sedia 40,000 pelekat 'Turunkan Harga Kereta'

  • Abdul Rahim Sabri
  • 2:21PM Ogos 13 2012
PKR meneruskan kempen menurunkan harga kereta dengan mengedar pelekat kenderaan kepada pengguna jalan raya yang pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata sebanyak 40,000 pelekat itu telah siap dicetak dan bakal diedar pada pengguna jalan raya dalam kempen itu.
NONEKatanya, pelekat dengan slogan "Turunkan Harga Kereta" itu akan diedarkan oleh pemimpin PKR Selangor dan Wilayah Persekutuan di tiga pintu keluar utama di ibu negara - plaza tol Sungai Besi, Gombak dan Jalan Duta.
"Kita berharap apabila kita mengagih-agihkan kepada orang yang pulang ke kampung. Mungkin cuti hari raya ini, kempen turun harga kereta ini tersebar ke seluruh negara," katanya kepada Malaysiaini hari ini.
Katanya, beliau sendiri akan melancarkan kempen tersebut bersama ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Sin pada Rabu ini di ibu pejabat PKR.

Pada majlis pelancaran itu, mereka akan meletakkan pelekat tersebut pada sebuah "kereta maskot" model Proton Tiara berusia 15 tahun sebagai satu gimik kempen, tambahnya.

proton tiara 160205"Kita juga melancarkan kereta (maskot) kempen ini. Kita juga akan gunakan untuk turun bersama-sama ke kawasan tertentu untuk mengedar risalah dan pelekat itu," katanya.

Rafizi berkata kereta itu masih berada di dalam bengkel untuk proses mengecat dan baik pulih dan dijangka siap Rabu ini.
Pakatan Rakyat sebelum ini mengumumkan bahawa rancangan untuk menurunkan harga kereta itu akan dijadikan sebahagian daripada manifesto gabungan itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Rancangan itu mengundang pelbagai reaksi termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin antara lain mendakwa ia akan memberi kesan negatif kepada pembuat kereta nasional Proton dan juga pendapatan kerajaan.
Arowana Emas presiden SPDP dicuri di pejabat
2:58PM Ogos 13 2012
Seekor ikan Arowana Emas antara barang yang dilapor dicuri dari ibu pejabat Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Jalan Badruddin di Kuching hari ini.

Ia milik presiden parti itu Tan Sri William Mawan, yang dipelihara di dalam sebuah akuarium di biliknya di tingkat pertama bangunan empat tingkat itu.

Yang turut hilang dalam kejadian pecah masuk yang disedari kira-kira 8 pagi itu ialah beberapa unit komputer desktop dan sejumlah wang.

Seorang pekerja parti yang menyedari kejadian itu telah membuat laporan polis yang kemudiannya datang menyiasat.

Mawan yang juga Menteri Pembangunan Sosial Sarawak dikatakan sedang berada di Johor.

- Bernama
Khairy: 'Pembelotan pemimpin berpengaruh hanya gimik pembangkang'

  • Bernama
  • 9:19AM Ogos 13 2012
Pembelotan beberapa pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang disifatkan sebagai oleh pembangkang sebagai "pembelotan pemimpin berpengaruh" hanya gimik pembangkang untuk "mengaburi mata rakyat", kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin .
  
Beliau berkata ini kerana pemimpin tersebut sudah tidak lagi dikehendaki oleh parti komponen BN.
  
tamrin ghafar join pas 120812Memberikan contoh kes Tamrin Tun Ghafar yang keluar Umno untuk menyertai PAS malam semalam, Khairy berkata ia merupakan taktik pembangkang kerana Tamrin sendiri sudah lama tidak aktif dalam politik Umno, dan ini merupakan satu cara untuk beliau "kembali berkecimpung dalam politik".
  
"Saya fikir media yang pro-pembangkang menonjolkan berita pembelotan ini untuk menjadikannya tampak besar dan teruk, tetapi sebenarnya tidak. Seperti (Datuk Seri) Wilfred Bumburing, beliau tidak lagi dikehendaki oleh penduduk Tuaran sebagai calon mereka dan Lajim (Datuk Seri Lajim Ukin) juga tidak lagi menjadi pengaruh kuat parti.
  
"Tetapi (Ketua Pembangkang) Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) apabila orang dari pihak kami menyertai pihaknya, beliau berkata mereka tidak lagi sukakan kami dan ia demi rakyat, tetapi orang dari pihaknya tukar parti (ke BN), beliau kata ianya kerana kami berikan wang. Saya sudah jelak mendengar semua pembohongan ini. Jangan perkecilkan kebijaksanaan rakyat," katanya kepada pemberita di ibu negara semalam.
Terdahulu, beliau dan pemimpin Pergerakan Pemuda BN mengiringi dan membantu 40 kanak-kanak berumur antara lima hingga 12 tahun dari Pusat Aktiviti Kanak-kanak Chow Kit, membeli barangan keperluan untuk menyambut Aidilfitri di sebuah pusat beli-belah di sini.
  
NONEKhairy juga berkata Umno sudah menjangkakan Senator Datuk Maijol Mahap dari Sabah akan keluar daripada BN dan melepaskan jawatan dalam Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) beberapa minggu lalu.
  
"Anwar melakonkan seperti ia satu kejutan kepada rakyat," katanya.
  
Maijol, yang merupakan naib presiden UPKO, secara rasmi mengumumkan keputusan untuk keluar BN pada satu majlis di rumahnya di Kampung Kokobuan, Kota Marudu, Sabah, petang semalam.
  
Khairy berkata beliau berharap Parlimen akan menggubal undang-undang anti-lompat parti supaya anggota Parlimen perlu mengosongkan kerusi mereka sebelum mereka "menyertai parti lain".
  
Sementara itu, mengenai saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (foto bawah) supaya parti serpihan Umno kembali bersatu di bawah payung parti utama orang Melayu itu, katanya penyatuan kembali parti serpihan Umno tidak akan berlaku selagi Parti Keadilan Rakyat (PKR)  memegang sikap politik kepartian yang keterlaluan tanpa memikirkan masa depan rakyat khususnya bangsa Melayu.
  
NONE"Saya percaya PKR tidak dapat ketepikan politik kepartian mereka sehingga sanggup mempertaruhkan nasib rakyat demi politik kepartian ini. Namun Umno sebaliknya, rakyat yang didahulukan jadi inilah titik timbul kesukaran ini.
  
"Pada satu ketika saya percaya Melayu mampu duduk bawah satu parti tetapi semakin lama mengharung arus politik ini saya melihat ia bagaikan 'mimpi di siang hari'," katanya.
  
Beliau berkata seruan Dr Mahathir itu suatu yang amat baik bagi orang Melayu sekiranya terlaksana, namun sebagai seorang yang terlibat dalam kancah politik semasa, beliau berpendapat ianya sesuatu mimpi yang terlalu idealistik.
  
Ditanya tentang perlunya Umno menarik golongan muda dan profesional dalam PKR menyertai Umno bagi memperkuatkan parti itu, Khairy berkata Pemuda Umno sentiasa mengalu-alukan golongan itu menyertainya.
  
"Tetapi saya ingin ingatkan kita tidak terlalu terdesak sehingga terpaksa tarik golongan ini bagi memperkuatkan kita, kita sendiri ada golongan muda dan profesional dalam Umno yang mampu memperkuatkan parti," katanya.
  
- Bernama
KJ: Wakil rakyat belot ditolak BN

  • Bernama
  • 10:05PM Ogos 12 2012
Pembelotan beberapa pemimpin Umno dan BN yang disifatkan sebagai oleh pembangkang sebagai "pembelotan pemimpin berpengaruh" hanya gimik pembangkang untuk "mengaburi mata rakyat", kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ini kerana pemimpin tersebut sudah tidak lagi dikehendaki oleh parti komponen BN.

Memberikan contoh kes Tamrin Tun Ghafar yang keluar Umno untuk menyertai PAS malam semalam, Khairy berkata ia merupakan taktik pembangkang kerana Tamrin sendiri sudah lama tidak aktif dalam politik Umno, dan ini merupakan satu cara untuk beliau "kembali berkecimpung dalam politik".

"Saya fikir media yang pro-pembangkang menonjolkan berita pembelotan ini untuk menjadikannya tampak besar dan teruk, tetapi sebenarnya tidak. Seperti  (Datuk Seri) Wilfred Bumburing, beliau tidak lagi dikehendaki oleh penduduk Tuaran sebagai calon mereka dan Lajim (Datuk Seri Lajim Ukin) juga tidak lagi menjadi pengaruh kuat parti.

"Tetapi (Ketua Pembangkang) Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) apabila orang dari pihak kami menyertai pihaknya, beliau berkata mereka tidak lagi sukakan kami dan ia demi rakyat, tetapi orang dari pihaknya tukar parti (ke BN), beliau kata ianya kerana kami berikan wang. Saya sudah jelak mendengar semua pembohongan ini. Jangan perkecilkan kebijaksanaan rakyat," katanya kepada
pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, beliau dan pemimpin Pergerakan Pemuda BN mengiringi dan membantu 40 kanak-kanak berumur antara lima hingga 12 tahun dari Pusat Aktiviti Kanak-kanak Chow Kit, membeli barangan keperluan untuk menyambut Aidilfitri di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.

Khairy berkata beliau berharap Parlimen akan menggubal undang-undang anti lompat parti supaya anggota Parlimen perlu mengosongkan kerusi mereka sebelum mereka "menyertai parti lain".

Sementara itu, mengenai saranan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya parti serpihan Umno kembali bersatu di bawah payung parti utama orang Melayu itu, katanya penyatuan kembali parti serpihan Umno tidak akan berlaku selagi PKR memegang sikap politik kepartian yang keterlaluan tanpa memikirkan masa depan rakyat khususnya bangsa Melayu.

"Saya percaya PKR tidak dapat ketepikan politik kepartian mereka sehingga sanggup mempertaruhkan nasib rakyat demi politik kepartian ini. Namun Umno sebaliknya, rakyat yang didahulukan jadi inilah titik timbul kesukaran ini.

"Pada satu ketika saya percaya Melayu mampu duduk bawah satu parti tetapi semakin lama mengharung arus politik ini saya melihat ia bagaikan 'mimpi di siang hari'," katanya.

Beliau berkata seruan Dr Mahathir itu suatu yang amat baik bagi orang Melayu sekiranya terlaksana, namun sebagai seorang yang terlibat dalam kancah politik semasa, beliau berpendapat ianya sesuatu mimpi yang terlalu idealistik.

Ditanya tentang perlunya Umno menarik golongan muda dan profesional dalam PKR menyertai Umno bagi memperkuatkan parti itu, Khairy berkata Pemuda Umno sentiasa mengalu-alukan golongan itu menyertainya.

"Tetapi saya ingin ingatkan kita tidak terlalu terdesak sehingga terpaksa tarik golongan ini bagi memperkuatkan kita, kita sendiri ada golongan muda dan profesional dalam Umno yang mampu memperkuatkan parti," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: