Tak setuju tak apa tapi jangan hina hukum hudud
Harakahdaily, | 22 Ogs 2012 |
TEMERLOH: PAS
mengingatkan sesiapa yang tidak bersetuju dengan hukum hudud agar
jangan sesekali mengeluarkan kenyataan menghina hukum yang termaktub di
dalam al-Quran itu kerana ia bakal mengundang kemarahan umat Islam tanpa
mengira fahaman politik.
“Hudud bukanlah undang-undang baru. Ia telah dilaksanakan ribuan tahun dan pernah menjadi sistem ratusan negara di dunia Islam dan ia telah terbukti berjaya mencegah peningkatan kadar jenayah di zamannya, sebelum perundangan barat mengambilalih di negara yang dijajah mereka,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi Harakahdaily.
Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa penghinaan kepada asas pegangan suatu agama akan mengundang kemarahan umat Islam tanpa mengira fahaman politik.
Beliau berkata pihak yang tidak bersetuju dengan hudud tidak perlulah mengeluarkan kenyataan menghina hukum itu seperti keberkesanannya dalam menangani jenayah dan sebagainya.
Kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu, penghinaan terhadap hukum hudud, walaupun tidak dilaksanakan lagi di dalam negara boleh mengguris hati umat Islam kerana ia seolah-olah menghina Allah.
Dalam mempertahankan pendirian DAP dalam menolak hukum hudud, Presiden DAP Kebangsaan Karpal Singh baru-baru ini terlajak sehingga cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.
Sebelum ini, Karpal hanya menolak hukum hudud dari sudut perundangan dan perlembagaan negara. Tapi kali ini, Karpal dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah.
Karpal juga memberikan contoh dalam kes rogol, adalah mustahil untuk mendapatkan 4 orang saksi dan kesannya, tidak ada suspek yang akan didapati bersalah.
“Ini masalah Karpal. Dia tak faham bahawa dalam Islam, selain hudud dan qisas ada hukuman takzir iaitu kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman takzir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Quran dan Hadis.
"Tapi beliau tidak beriman pada Allah, jadi tak pelik beliau menolak. Tapi lebih elok senyap daripada mempertikai apa yang beliau tidak arif kerana ia mengundang kemarahan apabila pertikaian itu bersifat menghina,” kata Tuan Ibrahim.
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi pula memberikan amaran bahawa kenyataan Karpal bakal mengundang kemarahan umat Islam.
"Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubung baik sesama (Pakatan Rakyat) PR," kata beliau menerusi Twitter malam tadi.
Nasrudin juga menyatakan kekesalannya terhadap MCA yang juga mempertikai hukum hudud.
“Umno pula membisu, Majlis Fatwa kaku. Untuk semua: Tolong jangan pertikai hukum Allah," katanya lagi.
Untuk kenyataan Karpal, Tuan Ibrahim berkata PAS berharap DAP memahami kesan pada usahanya untuk keluar daripada parti yang dianggap parti Cina dan menyerahkan urusan dalaman ahli DAP kepada kebijaksanaan parti tersebut untuk mengambil tindakan.
“Kita sudah bersetuju untuk tidak bersetuju dalam isu hudud, dan isunya selesai di situ. Tidak perlu mempertikaikan perjuangan PAS yang inginkan hukum hudud. PAS sedar banyak halangan dan banyak tentangan – tapi ini tidak bermakna PAS akan henti berusaha untuk mencapai cita-citanya,” tegas Tuan Ibrahim.
“Penghalang utama PAS melaksanakan hudud selama ini ialah Umno-BN di Kelantan dan Terengganu, ketika itu DAP tidak berkawan dengan PAS dan DAP tidak mempunyai kuasa menghalang sedemikian, walaupun pendirian mereka menentang,” tambah beliau.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berpendapat isu agama tidak perlu dicampuri oleh kaum lain yang tidak mengena dengan agama tersebut.
“Kita tak perlu nak masuk campur dalam isu agama lain yang akan beri kesan… sensitiviti pada kaum itu. Saya sendiri tak mahu sentuh isu seperti hudud kerana saya tahu itu akan menimbulkan rasa tidak senang kepada kaum lain,” kata beliau yang dipetik Sinar Harian Online.
Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula berkata segala kritikan pada Karpal, juga turut sama terpalit pada Tun Dr Mahathir dan Umno.
“Jika Karpal terus menentang, apa bezanya dengan Tun? Bahkan apa bezanya dengan Umno?
Bahkan lagi, selama mana DAP menentang hudud, udara keruh berjerebu itu akan dihirup oleh Umno,” tulisnya di blog sambil menambah penyebab utama lambatnya penerimaan masyarakat terhadap hukum hudud adalah Umno.
Sejak 55 tahun kemerdekaan Malaya/Malaysia, sering kita didendangkan
dengan pelbagai isu sensitif yang menyentuh soal-soal perkauman dan
keagamaan, seolah-olah kita masih belum bersatu padu sebagai warga
negara yang aman lagi prihatin, terutamanya menjelang pilihan raya.
Namun begitu, sepanjang pengamatan saya perkara dasar yang menimbulkan segala kekusutan ini ialah pertentangan di antara yang haq (benar) dan yang batil (palsu). Pertentangan ini berlaku meskipun diperjuangkan oleh para kepimpinan sebangsa lagi seagama, sekaligus akan kelihatan masing-masing pihak cuba mengheret rakan taulan daripada bangsa dan agama lain ke arah agenda mereka.
Fakta sejarah telah membuktikan hal ini dengan tertubuhnya PAS pada tahun 1951, 6 tahun pra-merdeka, akibat keinsafan golongan ulama prihatin dalam Umno. ketika itu Umno yang yang direstui British ini sedikit demi sedikit mulai melencong daripada dasar perjuangan asal -- menuntut kemerdekaan total.
Mungkin dari satu sudut, taktik Umno ketika itu adalah baik dan boleh diterima majoriti, namun, dengan dasar sekularisme yang kemudiannya dijadikan sebagai tonggak perjuangan, seterusnya ditegarkan lagi dengan fahaman asabiyah keterlaluan, menjerumuskan parti ini ke kancah jati diri yang sehingga kini tak terselesai. Malah, ia semakin kalut apabila satu-persatu tembelangnya berderai dipukul gelombang perubahan massa yang semakin terjaga dan celik maklumat.
Kini, permintaan dan cadangan Tun Mahathir agar PAS bersatu kembali dengan Umno dan melaksanakan hudud sudah tidak memberi makna sewajarnya. Saya sendiri pernah mendengar kenyataan tidak bertanggungjawabnya sebagai pemimpin tertinggi negara itu pada salah satu slot Bulletin Perdana TV3 pada Februari, 1996.
Kepada Mahathir dan Umno, andainya diri jahil, lebih baik diam. Dibimbangi sekalian amal kalian yang dirasakan bertimbun banyaknya itu tertolak lagi sia-sia kerana mensyirikkan Allah dan mentakwilkan sesuatu yang bukan haknya, atau dengan ertikata lain, mentafsir agama menurut kepentingan peribadi kalian semata-mata.
Kepada seluruh saf kepimpinan PAS dan PR, saya merayu agar kalian tidak goyah, patah semangat serta bercerai-berai dengan pelbagai taktik jijik ini, sekaligus, saya juga sentiasa mendoakan agar Putrajaya itu nanti dapat kalian tawan dengan penuh hikmah.
KEPALA BATAS:
Kenapa hari ini Al Quran dan umat Islam tidak selari sebaliknya sering
bertentangqn walaupun berhubung perkara kecil, soal Timbalan Presiden
PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar).
Bagi beliau, fenomena itu disebabkan umat Islam tidak istiqamah dan sering berbalah sesama sendiri dan tidak mahu mengambil kaedah penyelesaian mengikut kehendak Al Quran.
"Hari ini kelihatan seolah tiada keserasian antara Al Quran dan umat Islam disebabkan mereka tidak memahami apa isi yang terkandung dalam Al Quran.
"Yang orang tahu hanya melagukanya tanpa meneliti maksud yang terpendam. Natijahnya, ramai yang tinggalkan kitab yang membawa pedoman ke akhirat itu," tegasnya ketika menyampaikan tazkirah di Markaz Tarbiyah PAS di Pongsu Seribu, Kepala Batas.
Umat Islam di dunia paling ramai terlibat dengan rasuah berbanding negara bukan Islam maka reputasi negara Islam merudum dan diperlekehkan oleh negara besar terutamanya blok barat.
Bagi mengembalikan kekuatan bahawa keagungan Islam akan bangkit, umat Islam kena kembali bertaut kepada Islam yang menjadi teras akidah.
"Untuk meninggikan kembali keagungan Islam Umat Islam kena ubah sikap lebih peka kepada persekitaran dengan mengambil iktibar apa yang berlaku pada sejarah lampau yang mengaitkan golongan yang tidak patuh pada seruan Ilahi," ujarnya dalam program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu.
Contoh lain yang paling ketara kelakuan Umat Islam sendiri ialah tidak menghargai alam sekitar berbanding mereka dari negara bukan Islam.
Di Thailand sudah cukup untuk dijadikan contoh di mana negara tersebut mengawal penggunaan racun yang membunuh semua spesis ikan di petak sawah.
Di Malaysia pula racun diguna tanpa had sehingga menyebabkan kematian ikan secara berleluasa.
Begitu juga di Belanda, sungai dijadikan landskap keindahan bandar tetapi di negqra umat Islam dasar sungai dipenuhi bangkai haiwan, airnya busuk hasil pembuangan sisa industri dan lebih malang ada juga bangkai motosikal atau kereta yang dicuri.
"Kita puji Kedah nak dijadikan 'Serambi Belanda' sebagai daya tarikan baru namun harus diingat banyak keistimewaan Belanda berbanding kita di Malaysia dari segi kebersihan alam sekitar.
"Sungai yang mengalir di tengah bandarayanya cukup indah penuh dengan beraneka spesis ikan tetapi kita mempunyai sungai yang busuk dan lebih memalukan di dasarnya penuh dengan bangkai motosikal atau kereta curi," ujar Haji Mohamad.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Khalid Man dan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin.
Iklan Teks
Nasihat saya kepada PAS di semua peringkat, termasuk di Bachok ialah
diam saja terhadap kenyataan Nasharudin Mat Isa yang menyeru PAS keluar
dari Pakatan Rakyat kerana DAP menentang hudud.
PAS banyak kerja di semua peringkat untuk menghadapi pilihan raya dan banyak isu penting yang perlu dijelaskan. Jangan buang masa untuk melayan seruan MP Bchoknya dan bekas Timbalan Presidennya itu.
Saya tidak fikir DAP susah hati atas kenyataan Nasharudin yang meminggirkan dirinya dari PAS sejak dia dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan parti itu setahun lalu. Karana DAP pun tahu kedudukannya dalam PAS dan keupayaan politiknya.
Jika PAS diam diri dan tidak mengambil tindakan disiplin terhadapnya pun tidak mendatangkan kudis kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Tetapi kalau PAS bertindak terhadapnya, PAS boleh dilihat menyamakan busut dengan gunung. Busut itu pula bukan busut jantan.
Semua orang tahu dia sudah tiada apa-apa sejak dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan yang lalu. Mat Sabu berkali-kali kalah untuk menjadi Naib Presidean PAS dan dia pernah kalah kepada Nasharudin untuk jadi Timbalan Presiden. Tetapi dia tidak jatuh dan tidak hilang, sebaliknya dia naik.
Walaupun baru sekali dia kalah, dia letakkan diri dalam PAS lebih rendah daripada ahli jawatankuasa cawangan dan ramai ahli biasa pun lebih cerdik daripadanya. Tidak seorang yang pernah menjadi Timbalan Presiden jadi begitu jika ia berwibawa.
Apapun dia adalah ahli PAS dan bekas pemimpin penting PAS. Setiap ahli PAS ada hak untuk bersuara. Perlembagaan PAS menjamin hak itu. Sama ada suaranya itu betul atau merepak, ia bukan hujah. Hujahnya dia bersuara dan menyatakan pandangannya.
Jika PAS bertindak terhadapnya, ia seolah-olah PAS tidak membenarkan ahlinya bersuara. Dia menyuarakan apa yang perlembagaan parti benarkan. PAS bukan seperti parti komunis yang melarang ahlinya memberi pandangan bebas. Jika PAS bertindak, ia akan dilihat tidak demokratik dan parti yang tidak terbuka.
Biarkan dia bercakap, tidak kira dia diupah atau disuruh oleh budak-budak Najib. Soalnya dia bersuara tentang partinya. Dan saya fikir tiada siapa yang tertarik dengannya selain satu dua kerat pemimpin Jati, yang semuanya akan habis sebaik saja pathul Putrajaya berjaya dibebaskan nanti.
Jika PAS melenting dan bertindak terhadapnya, PAS tiada kerja lain terpaksa melayannya pula. Itulah menyeronokkan Umno yang sentiasa mencari peluang untuk menyakat PAS.
Jika PAS tidak melayannya, dia pun mati kutu dan dia akan hilang dari alam politik, apa lagilah kalau Umno dan Najib pun hilang sama selepas pembebasan Putrajaya nanti.
Soal DAP tidak menerima hudud itu bukan benda baru. Nasharudin sendiri ada penolong bidan yang menyambut kelahiran Pakatan Rakyat. Dia tahu dan sama membincangkan apa yang PAS mahu dan ia tidak mahu. Dia tahu apa yang DAP mahu dan tidak mahu. Setelah semua tahu apa yang semua mahu dan yang mereka tidak mahu barulah PAS dan DAP bersetuju membentuk Pakatan Rakyat.
Bukan semua pemimpin PAS jadi bidan untuk melahirkan Pakatan. Sebagai Timbalan Presiden dia sama memasukkan PAS dalam Pakatan. Jika ia satu keputusan yang silap, maka dia ikut sama melakukan kesilapan itu.
Tetapi PAS secara ijmak tidak mengira tindakan secara siasah syariyah yang disambil untuk bersama DAP dan PKR itu suatu yang silap.
Biarkan saja Luncai terjun dengan labu-labunya.
PASIR MAS: Pihak
tertentu yang tidak sebulu dengan kerajaan negeri Kelantan, khususnya
berhubung Ladang Rakyat, diingat tidak menyebar sebarang fitnah kerana
dibimbangi akan mengalami nasib yang sama sehingga terpaksa memohon maaf
di mahkamah.
Mereka juga diingatkan supaya berhati-hati dengan menyemak fakta terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kenyataan berkenaan Ladang Rakyat.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, ketika memberitahu Harakahdaily berkata projek Ladang Rakyat sekali lagi menghadapi fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menuduh telah menjual 1,400 hektar ladangnya di Limau Kasturi, Gua Musang kepada syarikat swasta.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis Aidilfitri Majlis Tindakan Dun Tendong, dekat sini petang tadi (gambar) bagi mengulas kenyataan Adun Paloh, Datuk Norzula Mat Diah.
Norzula dalam sebuah akhbar harian hari ini berkata, kerajaan negeri melalui Ladang Rakyat telah menjual 1,400 hektar tanah Ladang Rakyat kepada syarikat swasta.
“Baru-baru ini blogger mesra Umno Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella), memohon maaf kepada Ladang Rakyat di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu atas fakta yang tidak benar berhubung Ladang Rakyat,” ujarnya.
Ahmad seterusnya berkta, tidak berlaku sebarang penjualan atau pindah milik tanah Ladang Rakyat di Limau Kasturi.
Tambahnya, sebaliknya tanah berkenaan dimajukan pihak swasta melalui satu kaedah pemajuan yang biasa diamalkan oleh agensi kerajaan, iaitu pajakan.
“Hak milik tanah kekal di atas nama Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat negeri Kelantan,” ujarnya.
Pada masa yang sama, beliau menolak dakwaan yang mentatakan tanah Ladang Rakyat di Limau Kasturi perlu diserahkan kembali pada rakyat adalah tidak berasas.
Tambahnya, ini kerana kerja-kerja pengukuran ladang telahpun dibuat, termasuk kawasan rentahan orang kampung juga turut dikelurkan dari kawasan Ladang Rakyat.
“Oleh itu, sebagai penjelasan kawasan Ladang Rakyat Limau Kasturi tidak pernah terbabit dengan kawasan terokaan orang kampung,” ujarnya.
(Kakitangan PBB akan meninggalkan Syria dalam masa beberapa hari lagi setelah PBB menghentikan misi pemerhatinya)
NEW YORK: Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) telah menghentikan misi permerhatinya di Syria, dan akan memanggil pulang petugasnya dalam beberapa hari lagi.
“Syarat untuk meneruskan UNSMIS tidak dipenuhi” kata Gerard Araud, Duta Perancis ke PBB, merujuk kepada misi pemerhati itu dengan menggunakan akronimnya.
Edward Mullet, dari Jabatan Keamanan PBB, memberitahu wartawan bahawa misi itu akan berkahir pada tengah malam Ahad.
Awal tahun ini, PBB telah menghantar 300 pemerhati tentera tidak bersenjata di Syria untuk mengawasi gencatan senjata yang telah dibincangkan oleh utusan khas PBB-Liga Arab, Kofi Annan dan Presiden Syria Bashar Al-Assad.
Namun keganasan makin memuncak sejak perbincangan tersebut dan misi PBB telah berhenti membuat rondaan sejak 15 Jun lalu, membuatkan para pemerhatinya hanya terkurung di hotel-hotel mereka.
Setakat Khamis lalu, bilangan staf PBB telah dikurangkan hingga ke 101 pemerhati dan 72 kakitangan awam.
Mullet berkata pemerhati terakhir akan meninggalkan Damaskus pada Jumaat ini.
Brahimi menerima peranan jadi pengantara
Majlis Keselamatan PBB menyokong rancangan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon untuk membuka pejabat perhubungan politik di Damascus untuk meninjau keadaan di sana.
Mullet memberitahu wartawan pembukaan pejabat ini akan melibatkan 20-30 orang pakar-pakar politik, kemanusiaan dan ketenteraan.
Beliau turut menambah bahawa Assad telah meluluskan pembukaan pejabat tersebut.
Vitaly Churkin, duta Russia ke PBB, berkata, satu jawatankuasa tindakan akan bersidang Jumaat ini, menyeru supaya keganasan di Syria dihentikan. Russia tidak mahu menghentikan misi pemerhati tersebut.
“Kami percaya ahli Majlis Keselamatan yang bertegas supaya UNSMIS tidak diteruskan adalah mereka yang tidak komited dalam menghentikan keganasan,” ujar Churkin.
Diplomat veteran Algeria, Lakhdar Brahimi telah bersetuju secara asasnya untuk menggantikan Annan sebagai pengantara antarabangsa di Syria, sumber PBB berkata Khamis lalu.
Annan akan meletakkan jawatan akhir Ogos ini selepas enam bulan menjawat jawatan tersebut kerana pada pandangan beliau rancangan keamanan Syrianya telah tergendala disebabkan Majlis Keselamatan PBB yang berpecah dan menemui jalan buntu.
Diplomat-diplomat yang enggan mendedahkan nama mereka memberitahu agensi berita Reuters bahawa Brahimi, yang sebelum ini berkhidmat di Afghanistan dan Iraq, tidak dapat membuat keputusan sama ada untuk menerima atau tidak jawatan tersebut, kerana beliau tidak mahu dilihat hanya sebagai pengganti Annan, tetapi mahukan jawatan dan mandat yang berbeza.
Bagaimanapun, ia masih tidak jelas bila pengumuman rasmi akan dibuat berkenaan hal ini, utusan rasmi itu berkata.
KUALA LUMPUR: PAS melihat Umno cuba mencetus ketakutan
orang Melayu dengan menggunakan sentimen perkauman dalam agenda politik
mereka bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Umno sedang mereka-rekakan cerita bahawa bangsa Melayu akan terancam disebabkan oleh bangsa lain.
"Dalam masa mereka hendak mengukuhkan kedudukan mereka, orang Melayu dimomokkan Umno dengan menggunakan politik sentimen perkauman.
"Umno telah menakut-nakutkan orang Melayu bahawa kedudukan bangsa Melayu akan terancam jika kaum lain memenangi pilihanraya," katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya lagi, tindakan Umno dan akbar milik mereka yang sering mempolemikkan isu sensitif dengan hasrat untuk menakut-nakutkan rakyat negara ini terutamanya orang Melayu akan menggagalkan semangat perpaduan kaum negara ini.
"Rakyat telah sedar dengan fitnah yang dilemparkan oleh mereka dan saya pasti Umno akan terus agresif untuk meneruskan isu sentimen perkauman ini demi politik mereka.
"Namun saya yakin, rakyat sudah matang serta menolak politik sempit Umno, rakyat sendiri sudah pasti keputusan yang mereka lakukan demi kesejahteraan negara ini bukannya politik perkauman Umno," kata beliau lagi.
Sebelum ini, filem 'Tanda Putra' yang akan ditayangkan pada 13 September nanti disifatkan banyak pihak sebagai filem yang cuba membangkitkan sentimen perkauman di negara ini.
Pakatan Rakyat sebelum ini juga meminta kerajaan menayangkan filem tersebut kepada pimpinan Pakatan Rakyat terlebih dahulu sebelum ditayang kepada umum bagi mendapat maklum balas terhadap filem 'kontroversi' itu.
Namum sehingga kini perkara tersebut tidak mendapat maklum balas dari pihak kerajaan.
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat mahu pemimpin Umno memberi respon terlebih dahulu
terhadap kenyataan Presiden MCA Dr Chua Soi Lek berhubung isu hudud
sebelum beliau mengulas kenyataan Karpal Singh.
Menurutnya, Soli Lek sebelum ini secara berterusan menghina hukum hudud dan pernah melabelkan seorang Adun Umno di Johor sebagai 'hilang akal' kerana mencadangkan negeri itu melaksanakan hukum hudud.
"Saya diminta respon tentang kenyataan Karpal Singh tentang isu hudud kebelakangan ini. Di dalam akhbar, saya lihat sudah ada beberapa respon dari pemimpin parti. Buat masa ini, itu sudah memadai.
"Manakala saya, saya ingin membaca respon pemimpin Umno terlebih dahulu terhadap kenyataan Presiden MCA yang menyatakan Adun Umno hilang akal kerana mencadangkan hudud," tulisnya dalam Facebook pagi ini.
Beliau berkata demikian sebagai respon awal terhadap desakan banyak pihak yang mahu beliau memberi pandangan berhubung kenyataan terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh dalam isu hudud.
Karpal dalam mempertahankan pendirian DAP menolak hukum hudud sebelum ini terlajak kata sehingga cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.
Beliau dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah.
Sebelum ini, Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.
Di pihak PAS, mereka menyambut baik dan menyokong penuh cadangan itu bairpun dilaksanakan di negeri di kuasai Umno.
Namun tindakan Ayub itu mendapat tentangan hebat dari parti komponen BN sendiri termasuk MCA dan Gerakan yang lantang menolak cadangan itu sehingga Soi Lek menggelarkan Ayub sebagai hilang akal.
Sehubungan itu, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau hanya akan memebri respon terhadap kenyataan Karpal selepas melihat respon Umno terhadap kenyataan Soi Lek itu.
"Pihak media sila dapatkan kenyataan dari pemimpin Umno terlebih dahulu untuk tatapan semua," katanya.
JELI: Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) menyifatkan tiada cacatnya khutbah Aidilfitri yang disampaikan kebanyakan khatib di masjid dan madrasah pada 1 Syawal lalu biar pun menyentuh isu semasa.
Presidennya, Abdullah Ya’kob berkata, khutbah tersebut disampaikan khatib jemputan atau imam menyentuh isu semasa yang berlaku dalam kehidupan seharian.
“Tidak pula sampai menjejaskan rukun khutbah kerana ramai khatib di Kelantan berkebolehan menyampaikan khutbah dengan isi yang lebih menarik.
“Biar pun ada teks disediakan pihak Maik, namun tidak menjadi halangan bagi mereka menokok tambah supaya lebih menarik dan segar,” katanya di sini.
Hari ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilapor melahirkan rasa kesal khatib di beberapa kampung di Kelantan menyampaikan khutbah Aidilfitri dengan menanam sikap benci kepada pemimpin negara.
Abdullah yang juga Adun Air Lanas berkata, berdasar kepada pengamatannya khutbah Hari Raya di beberapa tempat didapati isu yang disentuh lebih dekat dengan keadaan semasa.
“Kalau ada khutbah menyentuh sikap pemimpin tertentu yang flop flip dalam isu royalti, ia tidak boleh dinafikan lagi kerana ia benar-benar berlaku.
“Ada pemimpin yang sebelum ini bermati-matian membuat kenyataan perairan Kelantan tidak terbabit dengan carigali minyak dan gas.
“Namun sekarang cuba digambarkan seolah-olah dia pula yang menjadi juara bagi mendapatkan hak ke atas royalti petroleum. Apakah jenis pemimpin macam ini. Mereka kelihatan begitu panik sekarang,” katanya.
Kata beliau, rakyat sudah muak dengan lagak pemimpin seperti itu, dan tidak menjadi kesalahan bagi mereka untuk menterjemahkan dalam khutbah Aidilfitri atau mana-mana ucapan.
Sementara itu dalam perkembangan lain malam tadi berlangsung ceramah perdana sempena Aidilfitri di Air Lanas.
Biar pun hujan turun dengan lebatnya orang ramai tetap hadir bagi mengikuti perkembangan isu-isu semasa yang berlaku sekarang.
Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua, Presiden R, Nazri Deraman, Abby Abadi, Yang Dipertua PAS Jeli, Apandi Mohamad dan Abdullah.
“Hudud bukanlah undang-undang baru. Ia telah dilaksanakan ribuan tahun dan pernah menjadi sistem ratusan negara di dunia Islam dan ia telah terbukti berjaya mencegah peningkatan kadar jenayah di zamannya, sebelum perundangan barat mengambilalih di negara yang dijajah mereka,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi Harakahdaily.
Tuan Ibrahim mengingatkan bahawa penghinaan kepada asas pegangan suatu agama akan mengundang kemarahan umat Islam tanpa mengira fahaman politik.
Beliau berkata pihak yang tidak bersetuju dengan hudud tidak perlulah mengeluarkan kenyataan menghina hukum itu seperti keberkesanannya dalam menangani jenayah dan sebagainya.
Kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu, penghinaan terhadap hukum hudud, walaupun tidak dilaksanakan lagi di dalam negara boleh mengguris hati umat Islam kerana ia seolah-olah menghina Allah.
Dalam mempertahankan pendirian DAP dalam menolak hukum hudud, Presiden DAP Kebangsaan Karpal Singh baru-baru ini terlajak sehingga cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.
Sebelum ini, Karpal hanya menolak hukum hudud dari sudut perundangan dan perlembagaan negara. Tapi kali ini, Karpal dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah.
Karpal juga memberikan contoh dalam kes rogol, adalah mustahil untuk mendapatkan 4 orang saksi dan kesannya, tidak ada suspek yang akan didapati bersalah.
“Ini masalah Karpal. Dia tak faham bahawa dalam Islam, selain hudud dan qisas ada hukuman takzir iaitu kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman takzir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Quran dan Hadis.
"Tapi beliau tidak beriman pada Allah, jadi tak pelik beliau menolak. Tapi lebih elok senyap daripada mempertikai apa yang beliau tidak arif kerana ia mengundang kemarahan apabila pertikaian itu bersifat menghina,” kata Tuan Ibrahim.
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi pula memberikan amaran bahawa kenyataan Karpal bakal mengundang kemarahan umat Islam.
"Saya saran DAP nasihatkan Karpal supaya tidak pertikai hukum hudud sekali gus jaga sensitiviti umat Islam serta hubung baik sesama (Pakatan Rakyat) PR," kata beliau menerusi Twitter malam tadi.
Nasrudin juga menyatakan kekesalannya terhadap MCA yang juga mempertikai hukum hudud.
“Umno pula membisu, Majlis Fatwa kaku. Untuk semua: Tolong jangan pertikai hukum Allah," katanya lagi.
Untuk kenyataan Karpal, Tuan Ibrahim berkata PAS berharap DAP memahami kesan pada usahanya untuk keluar daripada parti yang dianggap parti Cina dan menyerahkan urusan dalaman ahli DAP kepada kebijaksanaan parti tersebut untuk mengambil tindakan.
“Kita sudah bersetuju untuk tidak bersetuju dalam isu hudud, dan isunya selesai di situ. Tidak perlu mempertikaikan perjuangan PAS yang inginkan hukum hudud. PAS sedar banyak halangan dan banyak tentangan – tapi ini tidak bermakna PAS akan henti berusaha untuk mencapai cita-citanya,” tegas Tuan Ibrahim.
“Penghalang utama PAS melaksanakan hudud selama ini ialah Umno-BN di Kelantan dan Terengganu, ketika itu DAP tidak berkawan dengan PAS dan DAP tidak mempunyai kuasa menghalang sedemikian, walaupun pendirian mereka menentang,” tambah beliau.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berpendapat isu agama tidak perlu dicampuri oleh kaum lain yang tidak mengena dengan agama tersebut.
“Kita tak perlu nak masuk campur dalam isu agama lain yang akan beri kesan… sensitiviti pada kaum itu. Saya sendiri tak mahu sentuh isu seperti hudud kerana saya tahu itu akan menimbulkan rasa tidak senang kepada kaum lain,” kata beliau yang dipetik Sinar Harian Online.
Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz pula berkata segala kritikan pada Karpal, juga turut sama terpalit pada Tun Dr Mahathir dan Umno.
“Jika Karpal terus menentang, apa bezanya dengan Tun? Bahkan apa bezanya dengan Umno?
Bahkan lagi, selama mana DAP menentang hudud, udara keruh berjerebu itu akan dihirup oleh Umno,” tulisnya di blog sambil menambah penyebab utama lambatnya penerimaan masyarakat terhadap hukum hudud adalah Umno.
Hudud: lebih baik Mahathir & Umno tutup mulut
Muhammad Adam Lee bin Abdullah, |
Namun begitu, sepanjang pengamatan saya perkara dasar yang menimbulkan segala kekusutan ini ialah pertentangan di antara yang haq (benar) dan yang batil (palsu). Pertentangan ini berlaku meskipun diperjuangkan oleh para kepimpinan sebangsa lagi seagama, sekaligus akan kelihatan masing-masing pihak cuba mengheret rakan taulan daripada bangsa dan agama lain ke arah agenda mereka.
Fakta sejarah telah membuktikan hal ini dengan tertubuhnya PAS pada tahun 1951, 6 tahun pra-merdeka, akibat keinsafan golongan ulama prihatin dalam Umno. ketika itu Umno yang yang direstui British ini sedikit demi sedikit mulai melencong daripada dasar perjuangan asal -- menuntut kemerdekaan total.
Mungkin dari satu sudut, taktik Umno ketika itu adalah baik dan boleh diterima majoriti, namun, dengan dasar sekularisme yang kemudiannya dijadikan sebagai tonggak perjuangan, seterusnya ditegarkan lagi dengan fahaman asabiyah keterlaluan, menjerumuskan parti ini ke kancah jati diri yang sehingga kini tak terselesai. Malah, ia semakin kalut apabila satu-persatu tembelangnya berderai dipukul gelombang perubahan massa yang semakin terjaga dan celik maklumat.
Kini, permintaan dan cadangan Tun Mahathir agar PAS bersatu kembali dengan Umno dan melaksanakan hudud sudah tidak memberi makna sewajarnya. Saya sendiri pernah mendengar kenyataan tidak bertanggungjawabnya sebagai pemimpin tertinggi negara itu pada salah satu slot Bulletin Perdana TV3 pada Februari, 1996.
Kepada Mahathir dan Umno, andainya diri jahil, lebih baik diam. Dibimbangi sekalian amal kalian yang dirasakan bertimbun banyaknya itu tertolak lagi sia-sia kerana mensyirikkan Allah dan mentakwilkan sesuatu yang bukan haknya, atau dengan ertikata lain, mentafsir agama menurut kepentingan peribadi kalian semata-mata.
Kepada seluruh saf kepimpinan PAS dan PR, saya merayu agar kalian tidak goyah, patah semangat serta bercerai-berai dengan pelbagai taktik jijik ini, sekaligus, saya juga sentiasa mendoakan agar Putrajaya itu nanti dapat kalian tawan dengan penuh hikmah.
Kenapa umat Islam ke kiri Al Quran ke kanan?
Mohd Sabri Said, | 22 Ogs 2012 |
Bagi beliau, fenomena itu disebabkan umat Islam tidak istiqamah dan sering berbalah sesama sendiri dan tidak mahu mengambil kaedah penyelesaian mengikut kehendak Al Quran.
"Hari ini kelihatan seolah tiada keserasian antara Al Quran dan umat Islam disebabkan mereka tidak memahami apa isi yang terkandung dalam Al Quran.
"Yang orang tahu hanya melagukanya tanpa meneliti maksud yang terpendam. Natijahnya, ramai yang tinggalkan kitab yang membawa pedoman ke akhirat itu," tegasnya ketika menyampaikan tazkirah di Markaz Tarbiyah PAS di Pongsu Seribu, Kepala Batas.
Umat Islam di dunia paling ramai terlibat dengan rasuah berbanding negara bukan Islam maka reputasi negara Islam merudum dan diperlekehkan oleh negara besar terutamanya blok barat.
Bagi mengembalikan kekuatan bahawa keagungan Islam akan bangkit, umat Islam kena kembali bertaut kepada Islam yang menjadi teras akidah.
"Untuk meninggikan kembali keagungan Islam Umat Islam kena ubah sikap lebih peka kepada persekitaran dengan mengambil iktibar apa yang berlaku pada sejarah lampau yang mengaitkan golongan yang tidak patuh pada seruan Ilahi," ujarnya dalam program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu.
Contoh lain yang paling ketara kelakuan Umat Islam sendiri ialah tidak menghargai alam sekitar berbanding mereka dari negara bukan Islam.
Di Thailand sudah cukup untuk dijadikan contoh di mana negara tersebut mengawal penggunaan racun yang membunuh semua spesis ikan di petak sawah.
Di Malaysia pula racun diguna tanpa had sehingga menyebabkan kematian ikan secara berleluasa.
Begitu juga di Belanda, sungai dijadikan landskap keindahan bandar tetapi di negqra umat Islam dasar sungai dipenuhi bangkai haiwan, airnya busuk hasil pembuangan sisa industri dan lebih malang ada juga bangkai motosikal atau kereta yang dicuri.
"Kita puji Kedah nak dijadikan 'Serambi Belanda' sebagai daya tarikan baru namun harus diingat banyak keistimewaan Belanda berbanding kita di Malaysia dari segi kebersihan alam sekitar.
"Sungai yang mengalir di tengah bandarayanya cukup indah penuh dengan beraneka spesis ikan tetapi kita mempunyai sungai yang busuk dan lebih memalukan di dasarnya penuh dengan bangkai motosikal atau kereta curi," ujar Haji Mohamad.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Khalid Man dan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin.
Terbukti, penurunan harga kereta mampu dilakukan
Rafizi Ramli, | 22 Ogs 2012 |
Saya merujuk kepada laporan The Star bertarikh 21 Ogos 2012 bertajuk “Car Prices In Malaysia To Drop Gradually?”[1].
Laporan itu memetik sumber dalaman yang rapat dengan kerajaan berhubung cadangan rombakan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) untuk mengurangkan harga kereta.
Saya mengalu-alukan perkembangan ini kerana ia jelas mengesahkan pendirian KEADILAN selama ini bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat-peringkat adalah sesuatu yang mampu dilakukan.
Ia juga membuktikan bahawa kajian KEADILAN mengenai kesan buruk harga kereta yang tinggi turut dipersetujui oleh pakar-pakar dan pegawai kerajaan.
Pun begitu, ia membayangkan sikap bermuka-muka dan hipokrasi pimpinan Umno/Barisan Nasional yang secara berterusan mengkritik cadangan KEADILAN tersebut atas alasan ia akan memufliskan negara.
Pemimpin seperti Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yaakob telah membuat kenyataan rasmi menolak cadangan mengurangkan harga kereta seperti yang dibawa KEADILAN.
Oleh kerana adanya pertembungan maklumat yang disampaikan oleh pimpinan Umno/Barisan Nasional setakat ini, saya menyeru supaya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapha Mohamad yang bertanggungjawab merombak Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) supaya berterus terang kepada rakyat apakah sebenarnya dasar kerajaan Umno/Barisan Nasional berhubung penurunan harga kereta?
Sekiranya beliau bersetuju dengan cadangan KEADILAN untuk mengurangkan cukai eksais secara berperingkat dan menurunkan harga kereta, beliau wajar memanggil kepimpinan Pakatan Rakyat untuk mengadakan rundingan meja bulat membincangkan pelaksanaan dasar ini kerana penurunan harga kereta adalah satu-satunya isu nasional yang mendapat konsensus di kedua-dua belah pihak (Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional).
Saya juga menyeru supaya Saudara Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Nor Yaakob menarik balik kenyataan mereka sebelum ini mengkritik cadangan KEADILAN. Malah, saya mengalu-alukan Saudara Khairy untuk turut serta bersama-sama mempromosikan kempen #turunkanhargakereta dengan menaiki kereta rasmi Cheapmobile ke tempat-tempat strategik di sekitar Kuala Lumpur dan mengedarkan pelekat kereta kempen.
Saya masih yakin bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat adalah langkah pertama untuk menyelesaikan pelbagai masalah berhubung ekonomi rakyat, pengangkutan, keselamatan dan pencemaran alam sekitar.
KEADILAN percaya dengan harga kereta yang murah:
1. Beban hutang isi rumah rakyat akan diringankan dan wang lebihan boleh digunakan untuk pelaburan lain yang lebih penting seperti rumah, pendidikan, kesihatan dan lain-lain;
2. Liberalisasi pasaran kenderaan di Malaysia memaksa kerajaan meningkatkan kapasiti dan mutu pengangkutan awam di negara ini bagi mengimbangi risiko kesesakan jalan raya;
3. Harga kereta yang lebih murah memungkinkan dasar tempoh umur kereta (car scrap policy) dilaksanakan untuk mengurangkan jumlah kenderaan persendirian yang telah mencecah 10 juta;
4. Harga kereta yang lebih murah membolehkan rakyat memiliki kereta yang lebih berkualiti dan selamat, seterusnya mengurangkan kemalangan jalan raya;
5. Kereta yang lebih berkualiti dan berteknologi hijau mampu dimiliki rakyat dan mengurangkan pencemaran alam sekitar; dan
6. Lebih banyak kereta berteknologi hijau dan lebih berkualiti akan mengurangkan penggunaan petrol dan seterusnya mengurangkan beban subsidi bahan api negara.
Oleh kerana dasar harga kereta yang lebih rendah ini mempunyai kesan yang besar kepada negara seperti yang dijelaskan di atas, KEADILAN akan bekerjasama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk membawa kempen ini ke bawah tanpa mempedulikan tindakan Umno/Barisan Nasional yang seterusnya kerana saya yakin Umno/Barisan Nasional tidak ikhlas untuk menurunkan harga kereta.

PAS diam saja apa Nasharudin kata
Subky Abdul Latif, | 22 Ogs 2012 |
PAS banyak kerja di semua peringkat untuk menghadapi pilihan raya dan banyak isu penting yang perlu dijelaskan. Jangan buang masa untuk melayan seruan MP Bchoknya dan bekas Timbalan Presidennya itu.
Saya tidak fikir DAP susah hati atas kenyataan Nasharudin yang meminggirkan dirinya dari PAS sejak dia dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan parti itu setahun lalu. Karana DAP pun tahu kedudukannya dalam PAS dan keupayaan politiknya.
Jika PAS diam diri dan tidak mengambil tindakan disiplin terhadapnya pun tidak mendatangkan kudis kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Tetapi kalau PAS bertindak terhadapnya, PAS boleh dilihat menyamakan busut dengan gunung. Busut itu pula bukan busut jantan.
Semua orang tahu dia sudah tiada apa-apa sejak dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan yang lalu. Mat Sabu berkali-kali kalah untuk menjadi Naib Presidean PAS dan dia pernah kalah kepada Nasharudin untuk jadi Timbalan Presiden. Tetapi dia tidak jatuh dan tidak hilang, sebaliknya dia naik.
Walaupun baru sekali dia kalah, dia letakkan diri dalam PAS lebih rendah daripada ahli jawatankuasa cawangan dan ramai ahli biasa pun lebih cerdik daripadanya. Tidak seorang yang pernah menjadi Timbalan Presiden jadi begitu jika ia berwibawa.
Apapun dia adalah ahli PAS dan bekas pemimpin penting PAS. Setiap ahli PAS ada hak untuk bersuara. Perlembagaan PAS menjamin hak itu. Sama ada suaranya itu betul atau merepak, ia bukan hujah. Hujahnya dia bersuara dan menyatakan pandangannya.
Jika PAS bertindak terhadapnya, ia seolah-olah PAS tidak membenarkan ahlinya bersuara. Dia menyuarakan apa yang perlembagaan parti benarkan. PAS bukan seperti parti komunis yang melarang ahlinya memberi pandangan bebas. Jika PAS bertindak, ia akan dilihat tidak demokratik dan parti yang tidak terbuka.
Biarkan dia bercakap, tidak kira dia diupah atau disuruh oleh budak-budak Najib. Soalnya dia bersuara tentang partinya. Dan saya fikir tiada siapa yang tertarik dengannya selain satu dua kerat pemimpin Jati, yang semuanya akan habis sebaik saja pathul Putrajaya berjaya dibebaskan nanti.
Jika PAS melenting dan bertindak terhadapnya, PAS tiada kerja lain terpaksa melayannya pula. Itulah menyeronokkan Umno yang sentiasa mencari peluang untuk menyakat PAS.
Jika PAS tidak melayannya, dia pun mati kutu dan dia akan hilang dari alam politik, apa lagilah kalau Umno dan Najib pun hilang sama selepas pembebasan Putrajaya nanti.
Soal DAP tidak menerima hudud itu bukan benda baru. Nasharudin sendiri ada penolong bidan yang menyambut kelahiran Pakatan Rakyat. Dia tahu dan sama membincangkan apa yang PAS mahu dan ia tidak mahu. Dia tahu apa yang DAP mahu dan tidak mahu. Setelah semua tahu apa yang semua mahu dan yang mereka tidak mahu barulah PAS dan DAP bersetuju membentuk Pakatan Rakyat.
Bukan semua pemimpin PAS jadi bidan untuk melahirkan Pakatan. Sebagai Timbalan Presiden dia sama memasukkan PAS dalam Pakatan. Jika ia satu keputusan yang silap, maka dia ikut sama melakukan kesilapan itu.
Tetapi PAS secara ijmak tidak mengira tindakan secara siasah syariyah yang disambil untuk bersama DAP dan PKR itu suatu yang silap.
Biarkan saja Luncai terjun dengan labu-labunya.
Fitnah Ladang Rakyat, mohon maaf di mahkamah
Rizal Tahir, | 22 Ogs 2012 |
Mereka juga diingatkan supaya berhati-hati dengan menyemak fakta terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kenyataan berkenaan Ladang Rakyat.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, ketika memberitahu Harakahdaily berkata projek Ladang Rakyat sekali lagi menghadapi fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menuduh telah menjual 1,400 hektar ladangnya di Limau Kasturi, Gua Musang kepada syarikat swasta.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis Aidilfitri Majlis Tindakan Dun Tendong, dekat sini petang tadi (gambar) bagi mengulas kenyataan Adun Paloh, Datuk Norzula Mat Diah.
Norzula dalam sebuah akhbar harian hari ini berkata, kerajaan negeri melalui Ladang Rakyat telah menjual 1,400 hektar tanah Ladang Rakyat kepada syarikat swasta.
“Baru-baru ini blogger mesra Umno Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella), memohon maaf kepada Ladang Rakyat di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu atas fakta yang tidak benar berhubung Ladang Rakyat,” ujarnya.
Ahmad seterusnya berkta, tidak berlaku sebarang penjualan atau pindah milik tanah Ladang Rakyat di Limau Kasturi.
Tambahnya, sebaliknya tanah berkenaan dimajukan pihak swasta melalui satu kaedah pemajuan yang biasa diamalkan oleh agensi kerajaan, iaitu pajakan.
“Hak milik tanah kekal di atas nama Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat negeri Kelantan,” ujarnya.
Pada masa yang sama, beliau menolak dakwaan yang mentatakan tanah Ladang Rakyat di Limau Kasturi perlu diserahkan kembali pada rakyat adalah tidak berasas.
Tambahnya, ini kerana kerja-kerja pengukuran ladang telahpun dibuat, termasuk kawasan rentahan orang kampung juga turut dikelurkan dari kawasan Ladang Rakyat.
“Oleh itu, sebagai penjelasan kawasan Ladang Rakyat Limau Kasturi tidak pernah terbabit dengan kawasan terokaan orang kampung,” ujarnya.
PBB hentikan misi pemerhati di Syria
Aljazeera terjemahan Mohamad Yahya, | 22 Ogs 2012 |
(Kakitangan PBB akan meninggalkan Syria dalam masa beberapa hari lagi setelah PBB menghentikan misi pemerhatinya)
NEW YORK: Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) telah menghentikan misi permerhatinya di Syria, dan akan memanggil pulang petugasnya dalam beberapa hari lagi.
“Syarat untuk meneruskan UNSMIS tidak dipenuhi” kata Gerard Araud, Duta Perancis ke PBB, merujuk kepada misi pemerhati itu dengan menggunakan akronimnya.
Edward Mullet, dari Jabatan Keamanan PBB, memberitahu wartawan bahawa misi itu akan berkahir pada tengah malam Ahad.
Awal tahun ini, PBB telah menghantar 300 pemerhati tentera tidak bersenjata di Syria untuk mengawasi gencatan senjata yang telah dibincangkan oleh utusan khas PBB-Liga Arab, Kofi Annan dan Presiden Syria Bashar Al-Assad.
Namun keganasan makin memuncak sejak perbincangan tersebut dan misi PBB telah berhenti membuat rondaan sejak 15 Jun lalu, membuatkan para pemerhatinya hanya terkurung di hotel-hotel mereka.
Setakat Khamis lalu, bilangan staf PBB telah dikurangkan hingga ke 101 pemerhati dan 72 kakitangan awam.
Mullet berkata pemerhati terakhir akan meninggalkan Damaskus pada Jumaat ini.
Brahimi menerima peranan jadi pengantara
Majlis Keselamatan PBB menyokong rancangan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon untuk membuka pejabat perhubungan politik di Damascus untuk meninjau keadaan di sana.
Mullet memberitahu wartawan pembukaan pejabat ini akan melibatkan 20-30 orang pakar-pakar politik, kemanusiaan dan ketenteraan.
Beliau turut menambah bahawa Assad telah meluluskan pembukaan pejabat tersebut.
Vitaly Churkin, duta Russia ke PBB, berkata, satu jawatankuasa tindakan akan bersidang Jumaat ini, menyeru supaya keganasan di Syria dihentikan. Russia tidak mahu menghentikan misi pemerhati tersebut.
“Kami percaya ahli Majlis Keselamatan yang bertegas supaya UNSMIS tidak diteruskan adalah mereka yang tidak komited dalam menghentikan keganasan,” ujar Churkin.
Diplomat veteran Algeria, Lakhdar Brahimi telah bersetuju secara asasnya untuk menggantikan Annan sebagai pengantara antarabangsa di Syria, sumber PBB berkata Khamis lalu.
Annan akan meletakkan jawatan akhir Ogos ini selepas enam bulan menjawat jawatan tersebut kerana pada pandangan beliau rancangan keamanan Syrianya telah tergendala disebabkan Majlis Keselamatan PBB yang berpecah dan menemui jalan buntu.
Diplomat-diplomat yang enggan mendedahkan nama mereka memberitahu agensi berita Reuters bahawa Brahimi, yang sebelum ini berkhidmat di Afghanistan dan Iraq, tidak dapat membuat keputusan sama ada untuk menerima atau tidak jawatan tersebut, kerana beliau tidak mahu dilihat hanya sebagai pengganti Annan, tetapi mahukan jawatan dan mandat yang berbeza.
Bagaimanapun, ia masih tidak jelas bila pengumuman rasmi akan dibuat berkenaan hal ini, utusan rasmi itu berkata.
PAS yakin rakyat tolak politik perkauman Umno
Muhammad Faizal, | 22 Ogs 2012 |
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Umno sedang mereka-rekakan cerita bahawa bangsa Melayu akan terancam disebabkan oleh bangsa lain.
"Dalam masa mereka hendak mengukuhkan kedudukan mereka, orang Melayu dimomokkan Umno dengan menggunakan politik sentimen perkauman.
"Umno telah menakut-nakutkan orang Melayu bahawa kedudukan bangsa Melayu akan terancam jika kaum lain memenangi pilihanraya," katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya lagi, tindakan Umno dan akbar milik mereka yang sering mempolemikkan isu sensitif dengan hasrat untuk menakut-nakutkan rakyat negara ini terutamanya orang Melayu akan menggagalkan semangat perpaduan kaum negara ini.
"Rakyat telah sedar dengan fitnah yang dilemparkan oleh mereka dan saya pasti Umno akan terus agresif untuk meneruskan isu sentimen perkauman ini demi politik mereka.
"Namun saya yakin, rakyat sudah matang serta menolak politik sempit Umno, rakyat sendiri sudah pasti keputusan yang mereka lakukan demi kesejahteraan negara ini bukannya politik perkauman Umno," kata beliau lagi.
Sebelum ini, filem 'Tanda Putra' yang akan ditayangkan pada 13 September nanti disifatkan banyak pihak sebagai filem yang cuba membangkitkan sentimen perkauman di negara ini.
Pakatan Rakyat sebelum ini juga meminta kerajaan menayangkan filem tersebut kepada pimpinan Pakatan Rakyat terlebih dahulu sebelum ditayang kepada umum bagi mendapat maklum balas terhadap filem 'kontroversi' itu.
Namum sehingga kini perkara tersebut tidak mendapat maklum balas dari pihak kerajaan.
Hudud: TG Nik Aziz tunggu Umno respons MCA
Harakahdaily, | 22 Ogs 2012 |
Menurutnya, Soli Lek sebelum ini secara berterusan menghina hukum hudud dan pernah melabelkan seorang Adun Umno di Johor sebagai 'hilang akal' kerana mencadangkan negeri itu melaksanakan hukum hudud.
"Saya diminta respon tentang kenyataan Karpal Singh tentang isu hudud kebelakangan ini. Di dalam akhbar, saya lihat sudah ada beberapa respon dari pemimpin parti. Buat masa ini, itu sudah memadai.
"Manakala saya, saya ingin membaca respon pemimpin Umno terlebih dahulu terhadap kenyataan Presiden MCA yang menyatakan Adun Umno hilang akal kerana mencadangkan hudud," tulisnya dalam Facebook pagi ini.
Beliau berkata demikian sebagai respon awal terhadap desakan banyak pihak yang mahu beliau memberi pandangan berhubung kenyataan terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh dalam isu hudud.
Karpal dalam mempertahankan pendirian DAP menolak hukum hudud sebelum ini terlajak kata sehingga cuba merendah dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud dalam mengatasi jenayah.
Beliau dilaporkan berkata hukum hudud bukanlah satu undang-undang yang adil untuk semua pihak kerana hukumnya memerlukan bukti yang 100 peratus tanpa keraguan berbanding undang-undang jenayah sivil sedia ada yang hanya memerlukan bukti tanpa keraguan yang munasabah.
Sebelum ini, Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.
Di pihak PAS, mereka menyambut baik dan menyokong penuh cadangan itu bairpun dilaksanakan di negeri di kuasai Umno.
Namun tindakan Ayub itu mendapat tentangan hebat dari parti komponen BN sendiri termasuk MCA dan Gerakan yang lantang menolak cadangan itu sehingga Soi Lek menggelarkan Ayub sebagai hilang akal.
Sehubungan itu, Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, beliau hanya akan memebri respon terhadap kenyataan Karpal selepas melihat respon Umno terhadap kenyataan Soi Lek itu.
"Pihak media sila dapatkan kenyataan dari pemimpin Umno terlebih dahulu untuk tatapan semua," katanya.
Umno panik khatib sentuh isu semasa dalam khutbah
Aslani M, | 22 Ogs 2012 |
JELI: Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) menyifatkan tiada cacatnya khutbah Aidilfitri yang disampaikan kebanyakan khatib di masjid dan madrasah pada 1 Syawal lalu biar pun menyentuh isu semasa.
Presidennya, Abdullah Ya’kob berkata, khutbah tersebut disampaikan khatib jemputan atau imam menyentuh isu semasa yang berlaku dalam kehidupan seharian.
“Tidak pula sampai menjejaskan rukun khutbah kerana ramai khatib di Kelantan berkebolehan menyampaikan khutbah dengan isi yang lebih menarik.
“Biar pun ada teks disediakan pihak Maik, namun tidak menjadi halangan bagi mereka menokok tambah supaya lebih menarik dan segar,” katanya di sini.
Hari ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dilapor melahirkan rasa kesal khatib di beberapa kampung di Kelantan menyampaikan khutbah Aidilfitri dengan menanam sikap benci kepada pemimpin negara.
Abdullah yang juga Adun Air Lanas berkata, berdasar kepada pengamatannya khutbah Hari Raya di beberapa tempat didapati isu yang disentuh lebih dekat dengan keadaan semasa.
“Kalau ada khutbah menyentuh sikap pemimpin tertentu yang flop flip dalam isu royalti, ia tidak boleh dinafikan lagi kerana ia benar-benar berlaku.
“Ada pemimpin yang sebelum ini bermati-matian membuat kenyataan perairan Kelantan tidak terbabit dengan carigali minyak dan gas.
“Namun sekarang cuba digambarkan seolah-olah dia pula yang menjadi juara bagi mendapatkan hak ke atas royalti petroleum. Apakah jenis pemimpin macam ini. Mereka kelihatan begitu panik sekarang,” katanya.
Kata beliau, rakyat sudah muak dengan lagak pemimpin seperti itu, dan tidak menjadi kesalahan bagi mereka untuk menterjemahkan dalam khutbah Aidilfitri atau mana-mana ucapan.
Sementara itu dalam perkembangan lain malam tadi berlangsung ceramah perdana sempena Aidilfitri di Air Lanas.
Biar pun hujan turun dengan lebatnya orang ramai tetap hadir bagi mengikuti perkembangan isu-isu semasa yang berlaku sekarang.
Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua, Presiden R, Nazri Deraman, Abby Abadi, Yang Dipertua PAS Jeli, Apandi Mohamad dan Abdullah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan