Selasa, 28 Ogos 2012

KERJA MENGODEM KERAJAAN YANG TAK SEBULU DENGANNYA...TAPI KITA PUN LEBIH KURANG...MALAH MUNGKIN LEBIH TERUK...SEDANGKAN KITA BANYAK KEMUDAHAN UNTUK MENYELESAIKANNYA

Syaitan: Dr Haron Din sanggah Dr Mahathir

Khaulah Azwar, 28 Ogs 2012
SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din  menyifatkan Tun Dr Mahathir membuat silap percaturan apabila berkata 'berkawan dengan syaitan yang dikenali lebih baik dari malaikat yang tidak dikenali'.

Bagi beliau, kenyataan dibuat Dr Mahathir itu ternyata memakan diri sendiri dan Umno-BN kerana umum terutamanya umat Islam mengetahui syaitan itu adalah makhluk Allah yang paling kejam dan derhaka.

Sebagai bekas pemimpin tertinggi negara dan pernah mengetuai Umno-BN untuk tempoh yang lama, tambahnya, adalah amat tidak wajar Dr Mahathir membuat kenyataan sedemikian rupa dengan melabelkan sesuatu pihak atau pertubuhan dengan nama seburuk itu.

“Di dalam Al Quran juga tidak terdapat ayat yang mengatakan malaikat sama ada dikenali atau tidak dikenali sebagai makhluk Allah yang lebih buruk atau derhaka kepada perintah Allah.

"Malaikat dijadikan Allah sebagai makhluk yang patuh dan tidak derhaka akan perintah-Nya. Mereka akan kekal begitu sejak dari awal hingga ke akhirnya.

“Ia berlawanan dengan sifat syaitan kerana mereka memang diakui sebagai makhluk yang jahat dan derhaka kepada perintah Allah,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan dibuat bekas Perdana Menteri itu yang ditulis dalam blognya www.chedet.cc pada 22 Ogos lalu yang berharap rakyat tidak memberi mandat kepada Pakatan Rakyat (Pakatan) dalam pilihan raya akan datang

Beliau berkata demikian ketika dihubungi  wartawan  hari ini bagi menjelaskan kenyataan malaikat yang tidak dikenali itu lebih buruk berbanding syaitan yang dikenali.

"Tiada istilah atau ayat di dalam Al Quran yang menjelaskan  begitu", kata nya.

Dalam tulisannya, Dr Mahathir menulis “Better the devil you know than the angel you don’t” yang membawa maksud “Lebih baik syaitan yang anda kenali daripada malaikat yang anda tidak kenali”.

Adun Umno sertai rumah terbuka Saleh Man

Mohd Sabri Said, 28 Ogs 2012
PERMATANG PAUH: Kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah ke rumah terbuka Adun Permatang Pasir  Datuk Saleh Man pada 26 Ogos lalu memberi petanda baru iklim politik di Pulau Pinang.
(Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen bersalaman dengan salah seorang pengunjung rumah terbuka dengan diperhatikan Saleh Man)

Walaupun beliau datang sebagai tetamu atau rakan dalam arena politik di negeri ini namun sedikit sebanyak ianya mencuit perasaan orang ramai yang hadir sehingga menimbul tanda tanya kemungkinan beliau akan bersama Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Ini ekoran dari adanya tangan ghaib dalaman Umno yang mahu mencantas politik mesranya yang asyik turun padang menghidu permasalahan  masyarakat tanpa mengira latar belakang fahaman politik.

Bagi sesetengah pihak dalam Umno kunjunganya ke rumah terbuka Aidil Fitri Adun Permatang Pasir yang menang atas tiket PAS membawa erti yang negetif sekaligus membuka peluang untuk golongan yang menentangnya mencari fasal menolak beliau dari pesada  politik di Pulau Pinang.

Tambahan lagi Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid sedang mengintai peluang bertanding di kawasan yang dianggap selamat bagi Umno.

Kawasan yang dimaksudkan ialah N13 Seberang Jaya yang dimenangi Datuk Arif Shah sejak 2004.

Semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh yang menyaksikan perlawanan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Arif Shah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di Dun Seberang Jaya, Umno kalah teruk.

Cuma di peringkat Dun sahaja Umno nampak masih bertaring mungkin disebabkan PKR gagal meletakan calon yang berwibawa dan disenangi ramai.

Ramai yang beranggapan sekiranya Umno meletakkan lain dari Ariff  Shah di Seberang Jaya kerusi tersebut akan terbang kepada Pakatan Rakyat.

Beliau yang datang dengan rombongan tiba pukul 2.30 petang sempat bertemu orang ramai yang masih tidak pulang kerana berbual dengan rakan taulan serta berbaris panjang menanti giliran mendapatkan semangkuk cendol yang didatangkan khas dari Alma, Bukit Mertajam.

Sambutan hebat dengan kedatangan hampir 4000 orang menyaksikan rakyat Permatang Pasir terus memberikan sokongan padu Datuk Saleh Man yang mengantikan Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman yang meninggal dunia akibat masalah jantung.

Petugas cawangan seluruh Dun Permatang Pasir dan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Komuniti (JKKK) yang menyajikan 15 menu kali ini terpaksa tutup kedai awal kerana kehabisan makanan.

Selain Adun Seberang Jaya hadir ke majlis yang diadakan di Pusat Khidmat Dun Permatang Pasir itu ialah Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen, Adun Machang Bubuk, Datuk Tan Hock Leong, Adun Padang Lalang, Tan Cheong Heng, Speaker Dun Pulau Pinang, Datuk Haji Abdul Halim Husain, Adun Batu Maung, Datuk Abdul Malik Kasim, Yang DiPertua Pas Permatang Pauh, Haji Omar Hasan, Ketua Dewan Ulamak Pas Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin.

Setiausaha PAS Negeri, Mohd Noor Harun, mantan Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Datuk Fauzi Naim dan Pengerusi Pemenang, Datuk Yusuf Latif juga hadir.

Kelantan kemuka 3 nama wakil JK Royalti Minyak

Rizal Tahir, 28 Ogs 2012

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan telah mencalonkan tiga nama yang bakal diangkat kepada Sultan Kelantan bagi mewakili kerajaan negeri sebagai wakil Jawatankuasa Khas Royalti Minyak.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui perkara itu dan berkata ianya akan diangkat nama serta dipersembahkan kepada Sultan Kelantan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas bila tarikh yang sesuai untuk dipersembahkan kepada Sultan Kelantan dan nama-nama yang telah dipilih.

“Adalah dalam dua tiga nama yang telah dipilih, tetapi saya tidak boleh umumlah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis Istiadat Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) ke-14 di Balai Islam Lundang, di sini pagi tadi.

PAS tubuh taskforce isu Rapid di Pengerang

Salmiyah Harun, 28 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: PAS akan mewujudkan 'task force' bagi menangani isu Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang Johor yang telah menimbulkan ketidakpuasan penduduk setempat ekoran tindakan rakus kerajaan mengambil tanah tanpa mempedulikan hak mereka.

Menurut Pengerusi Gabungan Tanah Johor dan Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat Mazlan Aliman,  isu Rapid semakin bercelaru apabila soal pampasan tanah yang diambil kerajaan, perumahan, tanah kubur, alam sekitar dan masa depan penduduk setempat masih terawang-awang.

"Saya kian bimbang dengan perkembangan projek ini terutamanya cara kerajaan menangani protes penduduk. Adalah tidak bijak jika kerajaan hanya tahu menggunakan pendekatan ugut kepada penduduk yang membuat bantahan," katanya di laman Facebooknya.

Dakwanya, dengan memperalatkan polis untuk menghalang perjumpaan penduduk, mengancam tokoh-tokoh NGO dengan taktik kasar bukanlah formula yang betul.

Beliau tidak menafikan, pembangunan sangat penting untuk menjana ekonomi domestik dan masa depan rakyat.

Namun, katanya,  rakyat bukan 'tunggul' tetapi mereka adalah tuan tanah yang telah mendiami kampung halaman mereka puluhan tahun.

"Perasaan dan hak mereka mesti diraikan. Pendekatan diplomasi di meja rundingan harus didahulukan. Semakin ramai penduduk Pengerang yang menghubungi saya melaporkan situasi terkini projek dan siri-siri protes yang dilakukan.

"Saya dan pimpinan PAS telah beberapa kali turun padang ke sana meninjau tapak projek dan tanah-tanah yang digazetkan.  Sudah hampir setahun dikemukakan pandangan pada kerajaan melalui beberapa memorandum dari berbagai pihak. Nampaknya kenyataan Kerajaan semakin angkuh. Sikap pemimpin BN sama macam isu Lynas," katanya.

Tegasya, tindakan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Harun yang sangat membela pemaju projek terbabit mencurigakan semacam ada kepentingan.

Justeru, katanya setelah berbincang bersama Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat dan Pengerusi Gabungan Ngo Pengerang Cik Anis Azli, akan mencadangkan agar isu ini dijadikan agenda khusus PAS Pusat seperti mana isu Lynas dan Felda Global Ventur Holding (FGVH).

"Gerakan yang tersusun, penyatuan ngo-ngo sedia ada, dialog penduduk, perbincangan dan rundingan dengan Kerajaan, semakan perundangan dan kempen-kempen, lebih aktif akan dijayakan.  Kerjasama PAS dan Pakatan Rakyat bersama Ngo dalam menangani isu projek RAPID di Pengerang sangat penting," katanya. 

Hormati bakal jamaah haji yang sudah tunggu lama

Harakahdaily, 28 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri diminta tidak mengganggu proses pemergian jemaah haji Malaysia ke tanah suci dengan memasukkan mereka yang ada kepentingan politik dengan beliau dalam senarai jamaah haji kali ini.

Ini kerana, jika Perdana Menteri berbuat demikian bermakna beliau menyekat hak bakal jemaah haji yang telah sekian lama menunggu untuk pergi menunaikan haji.

Demikian kata Naib Presiden PAS, Sallahudin Ayub dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Salahuddin mengulas lapora media, Datuk Seri Najib akan menghantar  para imam dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung menunaikan haji tahun ini.

"Jika Najib berbuat demikian, ini satu dikriminasi kepada mereka yang telah sekian lama menunggu untuk mendapatkan tempat bagi menunaikan haji," kata Salahudin yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian.

Beliau sepatutnya memberikan bantuan sahaja tetapi tidak memotong 'barisan' mereka yang telah sekian lama menunggu untuk menunaikan haji.

Dzulkifli disingkir sebagai Pengarah Besar Felda

Hazayani Zakaria, 28 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Datuk Dzulkifli Abd Wahab hari ini disingkirkan sebagai Pengarah Besar Felda dan akan dipindahkan ke Kementerian Asas Tani dan ditugaskan ke Rome, Itali.

Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman keputusan menyingkirkan Dzulkifli dibuat dalam mesyuarat khas Lembaga Pengarah Felda pagi tadi.

Tempat Dzulkifli akan diganti oleh Faizoull Ahmad berkuatkuasa 1 September depan.

Mazlan turut mendakwa Faizoul merupakan pegawai yang korup dan beliau mempunyai banyak maklumat mengenai Faizoul.

"Faizoull adalah orang kepercayaan Isa Samad, hanya berjawatan gred N54 tiba-tiba dipilih ke jawatan tersebut sedangkan ada orang yang lebih senior dari beliau. Sepatutnya, Faizoul ke gred Jusa C dahulu sebelum naik ke gred Turus 3.

"Isa akan maklumkan perlantikan ini kepada Perdana Menteri. Jika Perdana  Menteri mengikut kehendak Isa, satu lagi tragedi hitam tercatat. CEO yang baik dan berdedikasi diganti dengan calon korup," kata Mazlan dalam satu kenyataan.

November tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Dzulkifli bercuti dan mengikuti Kursus Pengurusan Lanjutan bagi meningkatkan prestasi untuk melakukan transformasi Felda.

Menurut Mazlan, Isa tidak senang dengan Dzulkifli kerana menganggap Dzulkifli menghalang usaha penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Janji Ditepati: Tak perlu arah penjawat awam hadir

Harakahdaily, 28 Ogs 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membantah tindakan kerajaan mengerahkan penjawat awam untuk menghadiri program yang dianjurkannya.
Ini berikutan surat daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengerahkan kakitangannya menghadiri program Himpunan Janji Ditepati pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“DPPM menganggap tindakan kerajaan sebagai menyalahgunakan kuasa terhadap penjawat awam bagi menghadiri acara keraian negara,” kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.

Katanya, dalam keadaan penjawat awam diperah untuk bekerja di siang harinya, mereka pula dipaksa untuk menghadiri program yang di luar daripada bidang tugas mereka.

“Apakah dengan cara ini sebagai menyemai semangat patriotik terhadap rakyat khususnya penjawat awam terhadap negara?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

DPPM, ujarnya bimbang dengan tindakan ini bukan dapat menyemai semangat cintakan negara, sebaliknya akan menambah kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Katanya, kerajaan dianggap hipokrit kerana berusaha membuktikan kepada dunia rakyat cintakan negara dengan kehadiran yang ramai pada malam tersebut, walhal sebahagiannya adalah mereka yang dipaksa untuk hadir.

Beliau berkata, rakyat juga akan merasa tertipu dengan sambutan hari kemerdekaan negara yang kononnya gilang gemilang dan dihadiri oleh rakyat pelbagai kaum, hakikatnya sebahagiannya diisi oleh kakitangan yang dikerah hadir.

“Sepatutnya program ini dianjurkan secara terbuka dengan penyertaan daripada orang awam,” ujarnya.

Menurutnya, dengan promosi besar-besaran daripada semua media sepatutnya kerajaan tidak perlu mengerah tenaga tambahan daripada kakitangan awam untuk menghadiri program tersebut.

Katanya lagi, kakitangan awam digalakkan untuk hadir, dan terpulang kepada mereka untuk hadir atau tidak dan tidak perlu mewajibkan mereka hadir dengan rekod kehadiran dicatatkan.

Justeru itu, ujarnya DPPM menggesa kerajaan menghentikan tindakan mengerahkan kehadiran penjawat awam untuk hadir himpunan Janji Ditepati pada 31 Ogos 2012.

“DPPM menegaskan patriotik perlu disemai secara pendidikan, kempen serta promosi terhadap rakyat, bukan secara paksaan seperti ini,” katanya.

Kompilasi air Pahang, teruknya negeri Najib

http://tukanglawan.blogspot.com, 28 Ogs 2012
Media umno tak habis-habis sebelum ni cuba burukkan Selangor dan Kelantan dengan isu air.

Al-maklumlah 2 negeri ni negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, bukan oleh kerajaan BN, kalau diperintah kerajaan BN isu air ni akan naik kejap dan diam terus seolah-olah tak wujud pun isu air.

Dengar kata najib dah luluskan gula-gula politik untuk pikat orang kelantan, lepas cuba burukkan tak jadi, umno tukar taktik konon perihatin, perihatin sebelum pilihanraya.

lepas tu kata "janji dicapati" dan mintak rakyat balas budi. kah..kah..kah..

Pahang pulak ape cite... cuba cite cikit, dengar teruk benar masalah air kat sana.










Sebelum sibuk konon nak ambik air Pahang bawak ke Selangor.. bina dulu empangan dan loji dekat Pahang la... betul-betul "janji dicapati" la.. kah..kah..kah.
Iklan Teks

Apa perkembangan terbaru Janji Bersih Merdeka?

http://cenangau.blogspot.com, 28 Ogs 2012
Malaysiakini melaporkan:
BERSIH menggesa pihak berkuasa menghormati hak berhimpun dengan membenarkan perhimpunan "Janji Demokrasi" anjuran sekumpulan NGO di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos.

"Janji Demokrasi dianjurkan oleh beberapa NGO yang pernah terlibat dengan BERSIH 2.0, mereka berhak untuk berhimpun.

"Kami menyokong tindakan itu dan gesaan mereka terhadap pembaharuan yang demokratik," kata Pengerusi Bersama BERSIH Ambiga yang membacakan kenyataan gabungan itu.

Dalam sidang media di ibu negara hari ini, Ambiga bagaimanapun berkata, sebarang pertanyaan lanjut berhubung himpunan itu hendaklah dirujuk kepada penganjur kerana BERSIH tidak terlibat. - Mkini.
Al-Quran Miracle 22 dalam 1 mudah, sahih dan komprehensif, Penawar Segala Penyakit !!!!
Dapatkan buku-buku yang bermanfaat dalam mendidik jiwa di sini !!! 
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-3471001
Semalam KeadilanDaily melaporkan:
KUALA LUMPUR 27 Ogos: Polis hari ini kelu apabila ditanya Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Maria Chin mengenai status Himpunan Janji Demokrasi yang bakal diraikan Gabungan Janji sempena sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka 30 Ogos ini.

Menurut Maria, polis bersikap lepas tangan sama ada membenarkan atau tidak kumpulan itu meneruskan perhimpunan bagi menyambut perayaan Hari Kebangsaan ke-55.

Beliau yang ditemui pemberita selepas sejam memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang tadi memberitahu, kumpulannya akan tetap mengadakan perhimpunan aman tersebut seperti yang dirancang.

“Tidak ada ya atau tidak daripada pihak polis …Jadi kita rayu (kepada) polis membenarkan. - KD.
Malaysiakini pulak melaporkan:
Tiada "lampu hijau" diberikan kepada penganjur "Himpunan Janji Bersih" yang akan diadakan pada 30 Ogos ini, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad.

Katanya, tiada kebenaran diberikan kerana Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2011 mensyaratkan penganjur memberi notis sepuluh hari sebelum perhimpunan diadakan namun perkara itu gagal dilakukan, lapor Bernama.

"Kalau menurut akta tersebut, penganjur telah melakukan kesalahan kerana tidak memberikan notis kepada kita...jadi dari pihak polis tiada sebarang kebenaran akan diberikan. - Mkini.
Kesimpulannya, kalau ikut maklumat yang aku dapat, himpunan Janji Demokrasi tu memang jadi dan setakat ni memang masih seperti yang dirancangkan jam 10malam 30 Ogos .
Lokasi Himpunan JANJI DEMOKRASI yang akan berlangsung serentak, kemaskini di:-
(1) Kuala Lumpur - Dataran Merdeka.
- https://www.facebook.com/events/374765835930326/
(2) Perak - Dataran MBI, Ipoh.
- https://www.facebook.com/events/349743978440982/
(3) Melaka - Clock Tower Rumah Merah
- https://www.facebook.com/events/456220747745966
(4) Johor - Dataran Bandaraya, Johor Bahru.
(5) Sabah - Padang Merdeka Kota Kinabalu
- https://www.facebook.com/events/128914397254281
(6) Australia - The Grosvenor Hotel, Perth.
- https://www.facebook.com/events/455853691112343
Sumber: FB MediaPerak
Peduli apa polis bagi atau tak bagi. Lagipun himpunan tu bukannya demonstrasi jalanan tapi himpunan nak sambut hari kebangsaan.

Lagupun, takkan la kut polis nak tangkap orang yang buat sambutan Hari Kebangsaan, teruk sangat nanti persepsi untuk Najib. Tambah-tambah la kalau polis sanggup guna gas pemedih mata atau pancutan air kimia, memang gila babi la.

Dua minggu lepas Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menyeru semua pihak memakai baju kuning dan keluar bersantai beramai-ramai di Dataran Merdeka pada malam 31 Ogos ini.

"Bukan tunjuk perasaan. NGO akan adakan sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka dengan keluar bersantai sambil pakai baju kuning.

"Kita semua meriahkan sambutan Merdeka dan keluar bersantai pakai baju kuning di Dataran Merdeka.

"Bukan tunjuk perasaan... (tetapi) bersantai pakai baju kuning," katanya dalam ceramahnya di sini malam tadi. - Hrkh.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/08/apa-perkembangan-terbaru-janji-bersih.html#ixzz24qanzfXR
Iklan Teks

Tiada ulasan: