Sabtu, 18 Ogos 2012

MENYAMAR NI SATU JENIS MENIPU...UNTUK MENIPU MANUSIA...NI SUDAH TENTU ORANG TAK BERMORAL...PERKARA BURUK SATU HARI ALLAH SWT BONGKARKAN JUGA

12 lagi tahanan ISA dibebaskan hari ini
2:27PM Ogos 17 2012
dikemaskini 3pm Dua belas lagi tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dibebaskan dari kem tahanan Kamunting hari ini.
Ia diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Sungai Buloh.
Katanya, kesemua 12 dibebaskan lebih awal daripada apa yang ditetapkan dalam perintah penahanan mereka kerana telah pulih.
Tujuh daripada mereka adalah Malaysia, Indonesia 3 dan 2 Pakistan.
Ini adalah kumpulan kedua tahanan yang dibebaskan bulan ini. Kumpulan pertama - tiga orang tahanan - dibebaskan pada 3 Ogos.

Pada masa ini, terdapat 30 tahanan yang masih ditahan di kem tersebut.

Antara mereka yang dibebaskan hari ini adalah Fadzullah Abdul Razak - salah seorang tahanan yang menyertai mogok lapar membantah penahanan mereka tanpa bicara.

Ibunya, Hadijah CP Veeravu, memberitahu Malaysiakini bahawa pihak berkuasa penjara telah memaklumkan bahawa anaknya harus pulang ke rumahnya di Sungai Buloh sebelum waktu berbuka puasa.

"Kami diberitahu dia akan sampai ke rumah pada jam 6 pm, jika semuanya berjalan lancar," katanya.
Dalam reaksi segera, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), James Nayagam berkata, semua tahanan sepatutnya dibebaskan sebaik sahaja ISA dimansuhkan.

"Semua sepatutnya dibebaskan hari ini. Apabila ISA dimansuhkan, kami menyangka semua orang akan terus dibebaskan," kata Nayagam.
Masalah pelajar Unisel tanpa asrama selesai

  • Zulaikha Zulkifli
  • 1:03PM Ogos 17 2012
dikemaskini  Masalah penginapan asrama pelajar Universiti Selangor (Unisel) akan berakhir apabila syarikat yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman bersetuju untuk membuka semula operasi mereka di kampus Bestari Jaya.

Pemangku Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad berkata, Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (Jana Niaga) bersetuju untuk membuka semula dan melaksanakan operasi pejabat Residen Komuniti Siswa seperti biasa bermula 23 Ogos.

"Atas keengganan Jana Niaga untuk membuka pejabat Residen Komuniti Siswa dan menyerah kunci pada mahasiswa, Unisel melalui peguamcara telah failkan satu tindakan Saman Pemula pada 16 Ogos di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Atas permohonan Unisel, pendengaran telah diadakan pagi ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Jana Niaga melalui peguamnya telah bersetuju untuk membuka dan melaksanakan operasi," katanya pada sidang media di Unisel hari ini.
Unisel sebelum ini didakwa berhutang hampir RM15 juta dengan Jana Niaga.

Timbalan pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar dilaporkan berkata tunggakan bayaran itu melibatkan kos penyelenggaran di kampus induk di Bestari Jaya dan operasi asrama universiti milik penuh kerajaan negeri Selangor itu.

Selain itu, menurut Anuar lagi, kira-kira 6,000 mahasiswa baru yang mendaftar, seramai 1,600 yang tidak dapat penginapan asrama di kampus induk itu.

Sehubungan itu, bagi tindakan selanjutnya, Anuar berkata, pihak Unisel dan Jana Niaga akan memulakan perbincangan bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.

"Kita akan bincang lagi selepas raya. Pada 23 Ogos, semua pelajar boleh mula mendaftar dan mula sesi akademik mereka yang sudah tertangguh dua minggu," katanya.

Sementara itu, peguam yang mewakili Unisel, Edmund Bon berkata, ada sebab tertentu mengapa Unisel tidak membuat bayaran kepada Jana Niaga.

"Ada sebab kenapa Jana Niaga tidak dibayar. Mereka kata patut dibayar. Tetapi kita ada alasan sama ada Jana Niaga ikut kontrak atau tidak.

"Masalah ini sudah lama sebenarnya. Lepas 23 Ogos kita akan bincang lebih lanjut lagi," katanya.
LKS: 'Saya berhak ambil tindakan undang-undang'

  • Lim Kit Siang
  • 11:11AM Ogos 17 2012
ULASAN Mengapa pula saya dipaparkan, dan lebih teruk lagi, dicemuh dalam lamanweb rasmi Facebook bagi filem Tanda Putera bahawa saya telah kencing di bawah tiang bendera yang mengibarkan bendera negeri Selangor di rumah kediaman menteri besar Selangor pada masa itu serta tuduhan saya telah mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969?

Penjelasan yang telah diberikan oleh pengarah filem Datin Paduka Shuhaimi Baba berhubung dengan filem insiden 13 Mei, Tanda Putera bahawa saya tidak dipaparkan dalam filemnya langsung, tidak meyakinkan saya.

Ini adalah kerana penjelasan yang telah diberikan oleh Shuhaimi berhubung dengan kandungan lamanweb rasmi Facebook bagi filem Tanda Putera yang memaparkan dan memfitnah saya bahawa saya telah kencing di bawah tiang bendera yang mengibarkan bendera negeri Selangor di rumah menteri besar Selangor pada masa itu, Datuk Harun Idris dan provokasi rusuhan 13 Mei 1969, langsung tidak memuaskan.

Gambar yang menunjukkan saya diheret yang kemudiannya diturunkan membawa kapsyen yang berbentuk:

“Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Harun Idris”. Gambar dan penerangan di bawah gambar tersebut telah dimuat-naik ke dalam album gambar dalam lamanweb rasmi Facebook bagi filem “Tanda Putera” yang bertajuk “Peristiwa-peristiwa yang dimuatkan di dalam filem ini”

Penjelasan Shuhaimi bahawa pencipta filem tersebut telah menerima banyak gambar dari warga alam maya yang telah dikongsi dalam lamanweb Facebook, termasuklah gambar yang menyinggung itu serta tindakan menurunkan gambar tersebut daripada laman Facebook selepas banyak aduan yang telah diterima tentang gambar itu, tidak boleh dipercayai atau diterima.

Ini adalah kerana dakwaan liar yang tidak berasas bahawa saya telah kencing di bawah tiang bendera di rumah menteri besar Selangor serta provokasi rusuhan 13 Mei 1969, telah dikeluarkan dalam lamanweb rasmi Facebook sendiri bagi filem “Tanda Putera” dan bukanlah “maklumat perkongsian” (shared information) di kalangan warga alam maya  - yang memberi maksud ianya disarikan daripada filem itu sendiri.

Selagi tiada penjelasan yang memuaskan dan mencukupi di atas rujukan yang berbaur fitnah yang memaparkan saya dalam lamanweb Facebook bagi filem Tanda Putera, saya berhak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan itu.

Amat mengecewakan apabila Shuhaimi mengambil masa selama empat minggu, sejak penerbitan pertama pada 20 Julai 2012 dalam laporan lamanweb Malaysiakini yang bertajuk “New May 13 movie courts controversy” untuk menyatakan bahawa saya tidak dipapar dalam filem tersebut – yang memberi ruang untuk tentera “cybertroopers” untuk melonjakkan lagi kempen pemfitnahan dan pembohongan mereka berdasarkan dakwaan episod “kencing” untuk menuduh saya memprovokasi rusuhan 13 Mei 1969 walaupun sudah berkali-kali saya mengulangi kenyataan bahawa saya tidak berada di Kuala Lumpur pun pada 11, 12 dan 13 Mei 1969.

Pada masa Malaysiakini menyiarkan laporan filem 13 Mei ini, saya sedang dalam lawatan tiga hari ke Sabah pada 20 Julai bersama Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng. Pada masa yang sama dalam ceramah DAP di Inanam Sepanggar, mengikut laporan Malaysiakini tentang filem 13 Mei, saya telah menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa:
  • Saya telah “kencing di bawah tiang bendera yang menyibarkan bendera negeri Selangor di rumah kediaman MB Selangor pada masa itu, Harun Idris seperti yang didakwa dalam lamaweb Facebook filem tersebut;
  • Bahawa saya telah memprovokasi rusuhan 13 Mei walhal saya tidak berada pun di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969!
  • Tambahan pula, gambar yang digunakan dalam lamanweb Facebook filem tersebut bukan gambar yang diambil pada tahun 1969 tetapi dalam satu insiden yang lain pada tahun 1984, selepas 15 tahun!
Kelmarin, Shuhaimi telah menyatakan bahawa kajian yang mencukupi telah dijalankan untuk memastikan kandungan filem itu tepat dari aspek sejarah seperti meneliti dokumen-dokumen dan gambar-gambar untuk memastikan babak-babak yang digunakan tepat dengan arus sejarah pada masa itu. Rujukan tersebut dibuat terhadap laporan dan temubual bersama bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar.

Adakah Kertas Putih yang diterbitkan oleh Majlis Gerakan Negara (NOC) pada 9 Oktober 1969 atau buku tulisan Tunku Abdul Rahman “May 13 -  Before and After” ataupun temubual bersama Hanif, seorang pegawai Cawangan Khas yang terikat dengan NOC, atau Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pada masa itu menyandang jawatan setiausaha NOC, mengeluarkan apa-apa maklumat berhubung dengan insiden “kencing di rumah menteri besar Selangor” atau mana-mana insiden “kencing oleh mana-mana pihak pun”?

Saya belum lagi menonton filem Tanda Putera tetapi dengan melihat treler filem tersebut, banyak persoalan yang sah ditanya, telah timbul - sama ada filem tersebut benar-benar memaparkan kronologi sejarah yang sah, tepat dan benar dengan merujuk kepada rusuhan 13 Mei.

Sebagai contoh, ada satu babak perarakan di mana peserta perarakan tersebut dilihat membawa poster Mao Tse Tung. Adakah benar peristiwa ini sah mengikut kronologi sejarah di mana adalah satu kesalahan untuk memiliki buku-buku Mao pada tahun 1969, apatah lagi membawa poster gambar Mao?

Kata Shuhaimi, babak kontroversial rusuhan 13 Mei hanyalah 10 minit sahaja daripada tempoh 115 minit filem itu, tetapi beliau harus sedar bahawa mana-mana babak yang menggambarkan rusuhan 13 Mei dalam 10 minit ini, bukan sahaja mampu mengeruhkan baki 105 minit filem tersebut, tetapi daripada menyatukan rakyat Malaysia, ianya akan menyumbang kepada pemecahbelahan antara masyarakat.

Adakah kita mahu memberi ruang untuk dibelenggu roh 13 Mei untuk terus menghantui kita serta menyumbang kepada masyarakat yang dipecah-belahkan atau adakah kita mahu bergerak kehadapan sebagai satu suara rakyat yang bersatu padu untuk membina satu negara yang lebih makmur dan lebih harmoni dengan mendapat pengajaran daripada insiden 13 Mei?

LIM KIT SIANG adalah ketua Parlimen DAP dan ahli Parlimen Ipoh Timor. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.





Remove |
Remove |
Kit Siang ambil tindakan undang-undang berhubung filem 13 Mei
6:40PM Ogos 17 2012
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya dalam halaman rasmi Facebook rusuhan 13 Mei filem Tanda Putera.

Katanya, beliau tidak ada pilihan kecuali mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan fitnah tersebut.

"Tuduhan yang dilemparkan oleh Aida Fitra Buyong, penerbit eksekutif filem Tanda Putera bahawa saya telah bertindak secara defensif di atas gambar saya yang dimuat-naik dalam laman rasmi facebook bagi filem Tanda Putera bahawa saya telah kencing di bawah tiang bendera yang mengibarkan bendera negeri Selangor di rumah kediaman Menteri Besar Selangor, serta provokasi rusuhan 13 Mei 1969 merupakan satu dakwaan yang tidak berasas, liar dan menjijikkan.

"Adakah pencipta filem 13 Mei mengharap agar saya mendiamkan diri manakala mereka terus menenun fitnah di atas fitnah seperti rusuhan 13 Mei 1969 berhubung insiden saya kencing di rumah kediaman Menteri Besar Selangor serta memprovokasi rusuhan 13 Mei 1969 apabila saya tidak berada pun di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969?



1. LKS: 'Saya berhak ambil tindakan undang-undang'
Shahrizat 'tutup mulut' berhubung pinjaman NFC

  • Nigel Aw
  • 3:55PM Ogos 17 2012
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil 'tutup mulut' terhadap gesaan supaya National Feedlot Corporation (NFC) mengembalikan pinjaman RM250 juta dari kerajaan yang diperolehinya untuk membangunkan lembah daging lembu negara.

Bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu berkata beliau tidak fikir yang beliau perlu menjawabnya.

Shahrizat diminta mengulas gesaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli supaya pinjaman itu dibayar balik ekoran adanya rancangan untuk menender semula projek pusat fidlot nasional.

Berikutan tuduhan bahawa NFC yang dimiliki suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail telah menyalahgunakan pinjaman itu untuk membeli hartanah mewah dan cuti, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar telah mengumumkan rancangan untuk menender semula projek itu.
Pada 12 Mac, Mohamad Salleh didakwa menyelewengkan RM9,758,140 dalam kapasitinya sebagai pengarah NFC, bagi membiayai pembelian dua kondominium di 'One Menerung' di Bangsar antara 1 dan 4 Disember 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd di Taman Tun Dr Ismail.  
     
Tuduhan kedua melibatkan pemindahan RM40 juta ke dalam akaun National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd antara 6 Mei dan 16 November  2009, di mana Mohamad Salleh dan seorang daripada anaknya adalah pengarah. 

Beliau didakwa di bawah Seksyen 409 akta Syarikat 1965.
  
Mohamad Salleh juga didakwa di bawah Seksyen 132(2)(a) akta yang sama kerana menggunakan aset syarikat untuk membiayai sebahagian pembelian kondominium itu tanpa kelulusan syarikat. 
Shahrizat ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan Hari Raya kepada waris pesakit Skim D'titik dan warga kerja Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Menteri besar Perlis perjelas isu PhD miliknya
12:35PM Ogos 17 2012
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu berkata ijazah doktor falsafah (PhD) yang dimilikinya sejak 2002 mendapat pengiktirafan antarabangsa meskipun institusi pengajian tinggi yang mengeluarkan ijazah itu tidak disenaraikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Menurutnya, baru-baru ini ada pihak yang mempertikaikan pemilikan PhD daripada Newport University, California, Amerika Syarikat itu dan pemakaian gelaran "doktor" oleh beliau dengan alasan institusi itu tidak diiktiraf MQA.

mat isa sabu md isa sabuBercakap kepada para pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama pengamal media massa Perlis di sini malam tadi, beliau hairan kerana isu itu dibangkitkan selepas 10 tahun beliau mendapat PhD.

Pada Jun lalu, ada individu yang membuat laporan polis berhubung gelaran yang digunakannya dengan alasan institusi pengajian tinggi yang mengeluarkan ijazah itu tidak mendapat pengiktirafan.

"Ada yang kata saya beli PhD sedangkan saya bertungkus lumus belajar untuk mendapatkannya.  Ia bukan sesuatu yang mudah," kata Md Isa yang juga ADUN Bintong.
  
Md Isa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis berkata, mungkin ada pihak yang tidak senang dengan jawatan Menteri Besar yang disandangnya menyebabkan mereka membangkitkan perkara itu selepas 10 tahun.
  
"Sebelum ini saya tidak menjawab komen mengenai perkara ini kerana tidak ingin memanjangkannya namun ada pihak menasihati supaya memberi penjelasan mengenainya," katanya.
  
Md Isa berkata, Newport University yang mendapat pengiktiran ISO 9001:1994, EN ISO 9001:1994 dan ANSI/ASQC Q9001:1994 daripada Llyod's Register Quality Assurance Limited (LRQA) kini telah dijenamakan semula dengan nama baru sebagai
Janus University mulai 2011.
  
Mengenai pemakaian gelaran doktor, beliau berkata, terpulanglah kepada orang ramai untuk menggunakannya atau tidak.
  
"Saya bukan doktor perubatan dan saya tak kisah jika ada yang tidak menggunakan gelaran itu.  Yang penting saya telah mendapat ilmu daripada pengajian dan ijazah yang diiktiraf antarabangsa," katanya.
  
Beliau berkata, untuk berjaya dalam kehidupan perlu mengejar ilmu dan soal pengiktirafan MQA adalah satu perkara lain.

- Bernama
 
Gabungan JANJI: "Kami bukan mewakili BERSIH'
3:11PM Ogos 17 2012
Gabungan JANJI yang dianggotai 49 NGO untuk bersama dengan anak semua bangsa merayakan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos ini menjelaskan bahawa ia bukan mewakili BERSIH 2.0 seperti yang dilaporkan oleh sesetengah pihak.

"Gabungan JANJI ingin memaklumkan kepada rakyat bahawa kami bukan mewakili BERSIH 2.0 sepertimana yang telah dilaporkan oleh sesetengah pihak.

"Tujuan utama kami berkumpul adalah untuk meraikan malam ambang kemerdekaan dengan semangat "Janji Demokrasi"," kata gabungan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Di bawah tema “Janji Demokrasi”, katanya, Gabungan JANJI akan bersama rakyat Malaysia pada pukul 10 malam di kawasan pancuran air sekitar Dataran Merdeka dengan mengenakan pakaian kuning sebagai warna tema.

Gabungan  JANJI menjemput semua rakyat Malaysia untuk bersama menyambut detik ketibaan hari merdeka yang menurutnya, cukup istimewa kali ini.

"Kami akan berkumpul di Dataran Merdeka secara aman dan damai bersama anak semua bangsa.

"Kami juga menyarankan semua rakyat Malaysia, dari Perlis ke Johor serta Sabah dan Sarawak agar memakai kuning pada malam ambang Merdeka," kata kenyataan itu lagi.

Menurutnya, Sasterawan Rakyat Datuk A. Samad Said akan bersama-sama meraikan malam tersebut dengan mendeklamasikan sebuah puisi istimewa.

Ia juga turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambutnya.
Hisham jangka tidak ramai sertai 'Janji Bersih'

  • Aidila Razak
  • 7:05PM Ogos 17 2012
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April berkemungkinan menyebabkan ramai tidak akan menyertai perhimpunan 'Janji BERSIH', yang kini dikenali sebagai "Janji Demokrasi" pada 30 Ogos.

Menurutnya, keganasan yang berlaku pada 28 April menjadi "pengajaran" bagi banyak pihak dan menurutnya, tidak ramai yang berminat dengan 'Janji BERSIH'.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kepada orang ramai bahawa sesiapa yang menjejaskan keamanan dan kestabilan akan ditangani dengan sewajarnya, sama ada penganjur perhimpunan tersebut atau pihak lain.

Namun, katanya, perhimpunan yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan, tidak mungkin menjadi seteruk BERSIH 3.0".
Hishammuddin diminta mengulas ancaman kumpulan anti-BERSIH, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) mengancam untuk bertindak agresif ke atas Himpunan Janji BERSIH yang merancang untuk berhimpun ketika sambutan ambang kemerdekaan pada 30 Ogos.

Tiada ulasan: