Surat rasmi tanda hormati Nik Aziz
30 Ogos 2012
Beliau juga berharap dapat segera mengetahui jadual waktu dan kelapangan Nik Aziz, bagi membolehkannya berjumpa dan berbincang mengenai hudud dengan Menteri Besar Kelantan itu.
"Saya menghantar surat hanya mengikut prosedur yang dilakukan oleh orang biasa kepada pembesar sebagai tanda menghormati dan bukan menerjah secara semberono untuk menemui Tok Guru (Nik Aziz) tanpa mengambil kira waktu kelapangannya.
"Dengan menghantar surat seperti yang dilakukan orang biasa untuk menemui pemimpinnya, saya hanya mengikut prosedur tambahan pula prosedur ini telah digunakan pada zaman nabi dahulu di mana untuk bermuzakarah dengan pembesar-pembesar perlu menghantar surat rasmi terlebih dahulu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Semalam, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tidak perlu menggunakan surat rasmi bagi mengajak beliau berbincang isu hudud.
Nik Aziz berkata, sewajarnya Fathul Bari bersemuka dengannya secara terus sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Ilmu telah menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.
Dalam laporan itu, Fathul Bari berkata, pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Nik Aziz.
Polemik hudud yang tak membawa ke mana-mana
ULASAN Semua parti politik di Malaysia perlu menghentikan polemik mengenai hudud.
PAS, Umno, MCA mahupun DAP perlu berhenti menjadikan isu hudud sebagai ‘punching bag' mereka menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Ditakuti, perbincangan yang tiada kesudahan oleh pihak-pihak yang masih tidak jelas tentang hakikat sebenar hudud ini hanya akan membawa kepada ‘Islamofobia' di kalangan masyarakat non-Muslim seperti yang disuarakan oleh phak Angakatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Hakikatnya, isu perlaksanaan hudud memerlukan perbincangan yang lebih panjang dan bukannya sekadar isu politik semata-mata. Peranan Majlis Raja-Raja yang menjadi ketua agama di negeri masing-masing perlu diambil kira.
Begitu juga dengan mekanisme yang berpotensi menjadi pelaksana undang-undang hudud seperti Mahkamah Syariah, majlis agama di negeri-negeri, peguam-peguam syariah dan pihak keselamatan juga perlu diambil kira.
Apakah mereka sendiri telah bersedia? Atau apakah mereka juga sudah mempunyai kemampuan untuk menjadi pelaksana kepada undang-undang hudud jika ia dilaksanakan nanti?
Hakikatnya sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang menang PRU13, tiada siapa yang akan mampu melaksanakan hudud serta merta, apatah lagi ahli politik veteran yang tidak lagi mempunyai kuasa seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.
Gabungan Umno-PAS pun tak dapat laksana
Apa yang pasti, PAS bersendirian sahaja tidak akan dapat memaksakan perlaksanaan hudud tanpa sokongan dua pertiga ahli parlimen untuk pindaan perlembagaan.
Begitu juga pihak Umno, yang hanya segelintir sahaja ahlinya bersetuju dengan hudud juga tidak akan mampu membuat pindaan perlembagaan.
Hatta jika digabungkan suara PAS dan segelintir ahli Umno yang pro-hudud sekalipun, mereka tidak akan dapat membentuk majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda perlembagaan untuk perlaksanaan hudud.
Realiti yang tidak boleh dinafikan, PAS telah sinonim dengan hudud dan berusaha sedaya upaya untuk mengotakan janji mereka. Kedua-dua enakmen hudud di Kelantan dan Terengganu adalah bukti komitmen mereka.
Halangan mereka ialah pihak kerajaan persekutuan yang enggan meluluskan bawah pemerintahan Mahathir dan juga halangan perlembagaan.
Dalam isu ini, PAS tidak pernah mengkhianati janji mereka dan tidak sekali-kali menggadaikan prinsip mereka berhubung isu hudud. Hal ini patut diterima akur oleh semua pihak, termasuk PAS sendiri.
Maka, jika PAS mengambil sikap berulang-ulang melaungkan isu hudud secara defensif tanpa bergerak menawarkan sesuatu yang lebih luas melalui konsep kefahaman ‘politik Islam' yang lebih syumul atau komprehensif, ia bukanlah langkah politik yang produktif.
‘Red herring' menjelang pilihan raya
Lebih molek jika PAS berusaha menerangkan konsep "Negara Berkebajikan" mereka kepada rakyat Malaysia yang lebih diterima semua pihak.
Malah konsep tersebut merupakan ijtihad politik Islam kontemporari yang amat bernilai hatta di peringkat antarabangsa sekalipun.
Menjelang PRU13 eloknya parti-parti politik dari kedua-dua BN dan PR menumpukan pada isu tata kelola kerajaan, isu polisi, isu dasar, isu rasuah, isu ketirisan, isu dana awam, isu hala tuju negara, isu dasar luar negara yang tidak bermaya, isu ekonomi negara dan isu harga barang.
Begitu juga dengan isu pendidikan, termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), isu alam sekitar, isu royalti minyak di Kelantan, Sabah dan Sarawak, dan juga isu-isu yang lebih melibatkan kehidupan seharian rakyat Malaysia tanpa kira bangsa, agama dan latar belakang.
Semua parti-parti politik perlu mengelakkan isu bersifat ‘red herring' yang hanya akan melarikan rakyat dari isu sebenar yang melibatkan kepentingan bersama semua pihak.
Media juga diharapkan agar dapat menjadi medium untuk mendidik rakyat agar bersikap matang, berpolitik secara bertamadun, serta menjadi wahana politik baru yang berdasarkan hujah, fakta dan rasional.
Memanjang isu yang lebih bersikap polemik tanpa membuahkan hasil yang konkrit tidak akan membawa rakyat ke mana-mana.
DR MASZLEE MALIK pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
KOTA BHARU: Surat amaran kepada Kelantan yang dihantar Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berkhidmat sebagai Perdana Menteri bagi menghalang pelaksanaan hudud masih berkuatkuasa sehingga sekarang.
Malah surat atas nama ketua kerajaan Malaysia itu belum ditarik balik sehingga sekarang.
Surat itu bertarikh 15 Julai 1994 yang ditandatangani Dr Mahathir antara lain menyebut kerajaan pusat akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.
Selain itu disebut kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pemuda PAS mencabar Umno mengeluarkan kenyataan bahawa surat halangan tersebut ditarik balik bagi memberikan ruang kepada Kelantan melaksanakan hudud.
“Ia termasuk memberikan jaminan kerjasama agensi-agensi seperti polis, penjara dan mahkamah yang berada di bawah kekuasaan kerajaan pusat,” katanya di sini.
Isu hudud dijadikan agenda media milik Umno dilihat sebagai usaha bagi memecahkan kesepakatan dalam kalangan Pakatan Rakyat. Namun sejak 2008 sehingga sekarang usaha yang dilakukan Umno itu gagal.
Dan sekarang cuba dinyaringkan kembali ketika menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Sehubungan itu Pemuda PAS Kelantan menyifatkan kenyataan Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad kononnya kerajaan pusat menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan sebagai satu sandirawa politik.
Katanya, ia hanya bertujuan meraih sokongan pengundi Melayu Islam merupakan golongan majoriti di Kelantan.
Sedangkan kata beliau hakikatnya juga hudud terhalang dengan kewujudan Akta Mahkamah Syariah 1965 yang mengecilkan bidang kuasa mahkamah syariah.
“Sekiranya benar Umno ikhlas memberikan laluan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan, kenyataan Alwi perlu disokong pemimpin tertinggi Umno di peringkat pusat,” katanya
Ahmad Fadhli juga berkata, kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sendiri seperti dilaporkan The Star pada 25 September 2011 dengan jelas menyebut “No Hudud in Malaysia"?
Dalam perkembangan berkaitan Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abd Rahman berkata, Ketua Umno Kota Bharu, Fatmi Che Salleh ketinggalan zaman apabila mahu PAS menyatakan pendirian mengenai hukum hudud.
Katanya, kenyataan Fatmi seolah-olah tidak mengetahui pendirian PAS sejak sekian lama memperjuangkan Islam secara syumul termasuk hukum hudud yang menjadi sebahagian daripada kewajipan termaktub dalam Islam.
Beliau juga berkata, kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyifatkan seorang Adun Umno di Johor mencadangkan hudud sebagai hilang akal menjelaskan BN menolak hudud.
“Kenapa Fatmi hanya menukilkan pendirian DAP yang menentang hudud sedangkan Umno dan parti-parti kompenan BN secara jelas menentang hudud dan negara Islam langsung tidak disentuh,” katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan.
Iklan Teks

Hudud: Surat amaran Dr M belum ditarik balik
Aslani M, | 26 Ogs 2012 |

Hudud: Pas dakwa Dr M tak yakin dengan Najib
29 Ogos 2012
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, bekas Perdana Menteri itu seolah-olah tidak percaya urus tadbir kerajaan sekarang sehingga terpaksa buka mulut tentang undang-undang, politik dan ekonomi.
"Saya tetap menghormati hak bersuara beliau kerana ia baik dari segi demokrasi tetapi beliau memberi terlalu banyak sangat komen.
"Perdana Menteri yang lain sebelum ini tidak pernah pun buat begitu kerana mereka yakin dengan pengganti mereka," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.
Dr Mahathir sebelum ini menegaskan bahawa beliau menolak hudud Pas, tetapi menafikan pernah berkata beliau menolak hudud Islam.
Beliau berkata, hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada dalam al-Quran.
Tambah Salahuddin, Dr Mahathir sudah beberapa kali bercakap sebegitu.
"Kalau benar beliau yakin dengan hukuman hudud sebagai perundangan Islam, kenapa beliau tidak buat apa-apa sewaktu memerintah selama 22 tahun lalu.
"Mengapa apabila kerajaan (pimpinan) Pas di Kelantan dan Terengganu meminda enakmen undang-undang jenayah syariah, Pas pula dikatakan melaksanakan 'hudud Pas'?" kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
KDN: Himpunan Janji Bersih perlu patuh Akta Perhimpunan Aman
30 Ogos 2012
Beliau berkata, penganjur perhimpunan itu perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terlebih dahulu kerana Dataran
Merdeka terletak di bawah bidang kuasa agensi itu.
"Tuan punya kawasan (Dataran Merdeka) ialah DBKL dan kita tidak boleh masuk campur secara langsung dalam hal memberi kebenaran ini.
"Bagaimanapun, kita masih tunggu perkembangan lanjut daripada DBKL dan setakat ini saya belum dapat maklumat rasmi mengenai status permohonan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Kempen Kesedaran Akibat Jenayah' peringkat kebangsaan anjuran Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan itu yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka esok sempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Hishammuddin berkata polis akan menjaga keselamatan semua pihak termasuk mereka yang 'berniat jahat' dalam perhimpunan itu, nanti.
Beliau berkata, polis tidak akan 'memilih bulu' dalam soal menjaga keselamatan awam dan akan sentiasa memastikan tanggungjawab itu dilakukan dengan baik.
Hishammuddin percaya majoriti rakyat tidak akan terpedaya untuk menyertai perhimpunan itu kerana apa yang berlaku semasa Himpunan Bersih 3.0 lepas, yang menjadi protes jalanan yang ganas, masih segar dalam ingatan orang ramai.
Dalam perkembangan lain, beliau membidas sikap sesetengah pihak yang memperlekeh dan menidakkan kadar indeks jenayah yang diumumkan sebelum ini.
Beliau berkata, adalah penting menjawab tohmahan yang dilemparkan itu dengan segera terutamanya menerusi media sosial supaya ia tidak mempengaruhi pemikiran orang ramai. - Bernama
Pembela gesa Karpal, Donald Lim tarik balik kenyataan anti-Islam
29 Ogos 2012
Kedua-dua pemimpin itu juga digesa tidak menjadikan isu menyentuh Islam sebagai modal percakaran untuk meraih undi dan sokongan politik.
Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahaya berkata, 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Pembela tidak terpengaruh dengan parti politik yang ghairah memperjuangkan dasar dan manifesto mereka khususnya menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan berpendirian mengambil tindakan sekali gus tidak berkompromi terhadap mana-mana pemimpin yang anti-Islam untuk menyentuh kedaulatan Islam di negara ini.
“Laporan polis telah dibuat terhadap Karpal Singh dan Donald Lim dan kami mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan kenyataan mereka yang prejudis dibawah Akta Hasutan 1948 dengan peruntukan undang-undang yang relevan serta mengambil tindakan yang perlu mengikut saluran yang perlu akibat keghairahan mengeluarkan kenyataan provokasi dengan sengaja.
“Saban hari umat Islam menyaksikan kebiadaban pemimpin politik yang secara terang-terangan menghina Islam sekali gus untuk mendapatkan publisiti muahan bagi meraih keuntungan politik yang bersifat sementara sehingga menolak sensitiviti masyarakat Islam di negara ini,” katanya sejurus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, hari ini.
Menurutnya, Karpal juga dilihat bersungguh-sungguh memperjuangkan konsep negara sekular, malah ia menggambarkan bahawa beliau jahil tentang peranan Islam yang telah membina masyarakat Islam yang baik di negara ini walaupun sebelum Perlembagaan Persekutuan diterapkan dalam sejarah penubuhan negara.
“Kita takut perkara ini berlarutan sehingga masyarakat kita akhirnya terpaksa menerima pemikiran sekular yang diterapkan oleh kalangan yang anti-Islam ini," katanya.
Menurutnya, Karpal yang memperjuangkan konsep sekular membuktikan konsep yang jelasnya rapuh, bermasalah dan jelas menghancurkan tamadun lain di dunia, khususnya di barat.
Beliau juga tidak menolak kenyataan Lim adalah sebagai agenda yang ingin menghalang sebuah negara Islam untuk menyumbang keaah pembinaan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Baginya kenyataan Timbalan Menteri kewangan itu bersifat pramatang, menghasut serta mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab dalam menjaga sensitiviti terhadap umat Islam yang menjalankan kehidupan beragama mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berharap tiada mana-mana pihak yang sealiran dengan mereka membiarkan pemikiran ini dipengaruhi unsur-unsur stereotaip dan label media massa musuh-musuh Islam dalam membuat kenyataan mengenai Islam yang jelas tidak berwibawa dan berprasangka jahat terhadap Islam.
Aminuddin menyeru semua Pertubuhan Islam dinegara ini menyertai Pembela dan menzahirkan kegusaran terhadap sikap pimpinan politik Muslim dan bukan-Muslim yang membuat kenyataan jahat yang tidak adil mengenai Islam.
Mahathir: 'Saya tolak hudud Pas, bukan hudud Islam'
28 Ogos 2012
"Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran.
"Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," katanya.
Sementara itu, mengenai pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada November ini, Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) sudah cukup bersedia untuk menghadapinya.
"Jika ditetapkan November, kami akan adakan pada November. Saya fikir BN sudah cukup bersedia, kita selesaikan semuanya dan tumpukanlah perhatian untuk memajukan negara ini," katanya. - Bernama
M Saravanan nafi lepas Parlimen Tapah
30 Ogos 2012
Saravanan yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar berkata, sehingga ke hari ini dirinya masih lagi kekal sebagai Ahli Parlimen Tapah dan mungkin akan terus kekal di kawasan berkenaan selepas PRU13.
Bagaimanapun katanya, segala keputusan berhubung perkara berkenaan adalah tertakluk kepada keputusan yang telah ditentukan oleh pucuk pimpinan parti, khususnya dalam menentukan kawasan untuk dirinya.
“Setakat ini tiada sebarang keputusan mengenai perkara itu dan saya masih lagi di Parlimen Tapah.
“Bagaimanapun, semuanya terserah kepada pucuk pimpinan parti. Walau di mana mereka mahu saya bertanding, itu terpulanglah kepada mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, katanya, MIC Perak kini dalam proses mendekati serta mengenal pasti golongan pengundi dalam kalangan masyarakat India yang bukan ahli MIC.
Menurutnya, proses berkenaan dibuat demi memastikan Barisan Nasional (BN) akan dapat terus mendapat sokongan daripada masyarakat India bagi menghadapi PRU yang dijangka tidak lama lagi.
“Di peringkat negeri, kita telah arahkan semua pemimpin khususnya di setiap cawangan bagi mengenal pasti para pengundi yang bukan ahli MIC.
“Saya percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri malah peratus sokongan kaum India juga telah berubah berbanding dahulu. Bagaimanapun, saya tidak dapat memberikan butiran mengenai peratus sokongan tersebut, tetapi secara rasminya saya percaya ianya (sokongan) itu telah meningkat.
“Dulu mereka pilih pembangkang bukan sebab mereka sayang tetapi sebab ego beberapa pemimpin kerajaan. Sekarang mereka sedar pembangkang beri janji kosong dan tidak menyumbang apa-apa, khususnya kepada masyarakat India di negara ini,” katanya.
Rais minta pengguna Tweetup Merdeka guna bahasa sopan
Menteri
Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta
pengguna laman sosial Twitter agar berhemah ketika menyertai TweetUp
Merdeka pada malam 31 Ogos nanti.Walaupun tidak mempunyai kuasa untuk menapis mesej yang dihantar dalam Twitter, beliau berharap pengguna menggunakan perkataan sopan yang melambangkan sokongan kepada perdana menteri.
"Jangan kita menggunakan perkataan yang kurang sopan kerana ini adalah hari merdeka. Masa untuk kita menghayati perjuangan negara kita.
"Kalau kita menerima adab timur dan masyarakat yang beradab, saya tidak fikir, mereka akan menggunakan bahasa yang tidak sopan," katanya selepas meninjau raptai persiapan 'Perhimpunan Janji Ditepati' di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.
Mengulas mengenai persiapan perhimpunan itu, Rais berkata beliau berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh 8,500 peserta yang terdiri daripada 75 peratus generasi belia.
"Saya amat yakin segala persiapan yang dibuat akan berjalan lancar pada malam itu nanti.
"Saya berterima kasih kepada para peserta termasuklah ibu bapa, guru, jabatan dan setiap yang terlibat dalam menjayakan acara ini," katanya.
- Bernama
KJ nafi ditegur, tetap mahu 114A disemak
dikemaskini 6pm
Selepas mengadakan pertemuan yang panjang dengan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan Peguam Negara Tan Sri
Abdul Gani Patail hari ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tetap
dengan pendiriannya bahawa Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 perlu
disemak semula.Khairy memberitahu Malaysiakini selepas pertemuan selama satu setengah jam itu bahawa beliau tetap dengan pendiriannya menentang Seksyen 114A.
Manakala dalam Twitternya kepada seorang pengguna lain yang mendakwa pertemuan itu telah mengubah fikirannya, Khairy berkata, beliau tidak pernah menukar pendiriannya dan beliau juga 'tidak dapat mengubah pendirian mereka'.
Bagaimanapun, ahli Parlimen Rembau itu menafikan kabinet telah memutuskan untuk menegurnya berhubung bantahan terbukanya terhadap pindaan kontroversi itu.
Sumber-sumber kerajaan sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa kabinet telah menerima cadangan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Ogos untuk menegur tiga pemimpin BN yang secara terbuka menentang pendirian kerajaan mengenai isu Seksyen 114A
Dua yang lain adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu.
Pertemuan dengan Nazri dan Abdul Gani hari ini adalah untuk Khairy menjelaskan bantahannya terhadap pindaan tersebut.
Semasa pertemuan tersebut, Khairy berkata beliau mengemukakan hujah-hujahnya dan dijawab oleh Abdul Gani, bersama-sama dengan Timbalan Peguamcara II, Tun Majid Tun Hamzah.
Ketika dihubungi, ketua Pemuda Umno itu berkata, beliau diberitahu bahawa kabinet tetap dengan keputusannya berhubung pindaan tersebut dan Nazri telah ditugaskan untuk menjelaskannya kepada rakyat.
Khairy, Saifuddin dan Gan adalah antara segelintir pemimpin BN yang telah menyatakan kebimbangan mereka terhadap Seksyen 114A.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan