Isnin, 20 Ogos 2012

BILA DAH TERDESAK BARU HUDUD NAK TERIMA...ITU SAMADA BENAR2 FAHAM ISLAM ATAU INGIN MENGAUT SOKONGAN RAKYAT


Angan-angan Dr Mahathir itu ibarat 'pungguk rindukan bulan'
Posted on Monday, August 20 @ 03:16:02 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh Aspan Alias

Dr Mahathir Mohammad dalam kenyataan terakhir beliau meminta supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bercantum dengan UMNO untuk melaksanakan hukum hudud bersama-sama. Pandangan terakhir Mahathir yang sentiasa berubah mengikut keadaan itu, merupakan satu pandangan yang sangat susah bagi sesiapa yang berfikiran tenang dan baik untuk mempercayainya.

Mahathir begitu jelas sebagai penentang hukum dan beliau pernah berkata pada suatu ketika dahulu yang hudud itu merupakan satu undang-undang yang zalim. Dr Mahathir memberikan alasan yang ada parti dalam Pakatan Rakyat tidak mahukan undang-undang hudud tetapi Dr Mahathir tidak pula mengaku bahawa rakan kongsinya MCA adalah parti yang sesungguhnya menentang hudud dengan keras dan lantang.

Tidak hairanlah jika MCA bersikap begitu kerana ahli-ahli dan pemimpinnya adalah dari kaum bukan Islam. Tetapi yang lebih malang lagi UMNO jugalah yang menyekat perlaksanaan hudud itu dan Mahathir tidak setuju dengan ‘enactment’ itu yang di luluskan oleh DUN Kelantan pada tahun 1991 dahulu. Dr Mahathir ini pelupa orangnya kerana beliaulah yang mempersendakan hukum Islam (hudud) itu secara terang-terangan ketika dahulu.

Beliau tahu apa-apa hukum sekali pun yang di luuskan oleh dewan Undangan Negeri, ia tidak akan dapat dilaksanakan jika dicegah dan digagalkan oleh Kerajaan Persekutuan. Ajakan Dr Mahathir supaya PAS menyertai UMNO dan melaksanakan hukum hudud bersama-sama itu merupakan satu helah beliau untuk mencari jalan untuk UMNO terus di dalam kuasa.

Tidak dapat di sangkal lagi PAS dan DAP jika kekal kerjasama sama mereka, UMNO sudah hampir terlalu pasti akan sampai kepenghujung nyawanya dan akan hanya wujud dalam sejarah sahaja. UMNO hanya menunggu pilihanraya sahaja untuk di sahkan secara resmi sebagai parti yang pada hakikatnya sudah tidak diterima rakyat lagi.

Saya selalu berkata perpaduan rakyat akan hanya terjadi jika mereka (rakyat) bersatu di luar BN. Seperti ilmu matametik, formula sangat penting untuk mencari jawapan yang betul. Formulanya ialah bersatu di luar BN dan seruan ini adalah untuk semua rakyat yang pada hakikatnya benar-benar inginkan perpaduan itu.

Jika benar UMNO mahukan perpaduan itu, parti itu sebaliknya keluar BN dan menjadi rakan kongsi yang ‘junior’ dalam Pakatan Rakyat dan menjadi pengikut pula kerana UMNO sudah tidak lagi mempunyai kekuatan untuk menjadi pemimpin. Lagi pula, di Semenanjung ini BN akan hanya mempunyai satu komponen sahaja, iaitu UMNO itu sendiri.

Sekarang UMNO terpaksa memberikan peruntukan kerusi kepada parti-parti yang sudah hampir pasti tidak akan menang dihati rakyat lagi seperti MCA, Gerakan, MIC dan PPP. Malahan parti-parti komponen dalam BN itu hanya memberikan bebanan yang sangat berat kepada UMNO yang sudah tersedia dengan bebanannya sendiri yang sangat berat.

Bagi saya, angan-angan Dr Mahathir itu adalah seperti ‘pungguk rindukan bulan’ kerana jika Mahathir sendiri atau pimpinan tertinggi UMNO yang ada sekarang ini mahu melakukan ‘negotiation’ untuk percantuman ini, ia tidak akan berjaya. UMNO tidak ada ‘magnanimity’ langsung termasuk Dr Mahathir itu sendiri untuk melakukannya.

“Dr Mahathir is a very good servant but a very bad master” kata seorang pemimpin UMNO suatu masa dahulu. Beliau telah gagal untuk menjadi negarawan kerana baliau masih menjadi ‘activist’ parti UMNO dan tidak mempunyai sifat negarawan yang sejati. Dr Mahathir tidak ada ‘cut’ untuk digelar sebagai negarawan kerana beliau memihak kepada pimpinan yang rakus dengan rasuah dan beliau tidak merasa bersalah langsung mewarisi sifat rasuah kepada pimpinan-pimpinan selepas beliau.

Jika kita singkap sejarah yang masih terlalu baru, beliau tidak merasa bersalah kerana membantu menjatuhkan kekuatan UMNO apabila keluar dari parti itu sebelum pilihanraya yang lalu. Beliau bertindak keluar kerana mahu menjatuhkan Abdullah Badawi yang tidak sebulu dengan beliau. Kerana Abdullah seorang, beliau sanggup melemahkan parti yang beliau tubuhkan sendiri dalam tahun 1998 dahulu.

Dr Mahathir hanya mampu membawa kegelisahan kepada semua pihak. Beliau hanya berjaya jika semua pihak berpecah belah. Politiknya hanya boleh hidup jika kita semua berpecah belah dan bergaduh di antara satu dengan lain. Jika PAS dan DAP serta PKR dan bekerjasama pula dengan rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak, insyaalah kita akan bersatu dengan lebih mudah lagi.

Selagi UMNO, lebih-lebih lagi Dr Mahathir di berikan tanggungjawab untuk menyatukan rakyat, perpaduan tidak akan tercapai. UMNO nampaknya menunjukan penyesalannya setelah nasi menjadi bubur.

UMNO hanya menyesal setelah berada dalam gaung yang dalam. UMNO tidak boleh bangun lagi PAS tidak perlu menghiraukan ajakan Dr Mahathir itu. Usaha penyatuan yang PAS dengan rakan-rakannya sedang lakukan sekarang sudah terlalu hampir untuk mendapat kejayaan. Jangan di rosakan lagi.

 
  Muslim Heroes: Sulaiman Al Rajhi
Posted on Monday, August 20 @ 03:08:40 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"
Click For Muslim Heroes
Saudi Arabia’s rags-to-riches billionaire Sulaiman Al-Rajhi is also a world-renowned philanthropist. He is the founder of Al-Rajhi Bank, the largest Islamic bank in the world, and one of the largest companies in Saudi Arabia.

As of 2011, his wealth was estimated by Forbes to be $7.7 billion, making him the 120th richest person in the world. His flagship SAAR Foundation is a leading charity organization in the Kingdom.

The Al-Rajhi family is considered as one of the Kingdom’s wealthiest non-royals and among the world’s leading philanthropists. 
Understanding Saudi Arabia - Gangster state. Bottom line: After WW I, Britain broke the Muslim world into a number of arbitrary and highly corrupt (and easily controlled) states. The better to extract their oil from. Post WW II,
Hardly five months after paying RM3.5 billion in cash for an investment in a joint venture with PetroSaudi of Saudi Arabia, 1MDB sold the investment back to the owners of the Saudi concern for RM4.1 billion. On the surface ...
With the construction of the clock, Saudi Arabia, specifically the Western Region, will be the site of two world landmarks, including the Jeddah Fountain, which is 261 meters high. The area of flowing water is 4,000 square ...
macam cerita anak saudara Al Malik Faisal dari Saudi Arabia ajer.....
Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Saudi Arabia yang penduduknya kesemuanya muslim. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita. 5. Ulama silam juga telah ...
 
Berlaku Hanya Di Negeri Tadbiran Pakatan Rakyat
Posted on Monday, August 20 @ 03:07:51 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"
GEORGE TOWN: Kualiti hidup rakyat Pulau Pinang yang mendiami rumah pangsa kos rendah (harga di bawah RM42,00) dan sederhana rendah (di bawah RM72,500) akan mengalami perubahan besar apabila Kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukan RM50 juta untuk untuk memperbaiki, menaiktaraf dan memulihkan rumah mereka dalam program HAPPY!


Dalam kenyataan perutusan Hari Raya Aidilfitri, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Engberkata, HAPPY! merupakan sebuah program sistematik buat pertama kalinya dilaksanakan mana-mana kerajaan negeri di Malaysia.

“HAPPY! adalah Program Bantuan Perumahan Pulau Pinang sebagai “dividen anti-rasuah” yang mana ia berdasarkan keyakinan bahawa kerajaan negeri akan memperolehi lebihan wang sekurang-kurangnya RM50 juta pada 2011 hasil usaha anti-rasuah dan menjalankan pentadbiran bersih berdasarkan prinsip Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).”

Ujarnya, kerajaan negeri mencatatkan lebihan sebanyak RM88 juta untuk 2008, RM77 juta untuk 2009 dan RM33 juta untuk 2010.

“HAPPY! juga memperlihatkan komitmen kerajaan negeri untuk membawa perubahan besar kepada lebih 600 skim perumahan kos rendah dan sederhana rendah membabitkan puluhan ribu unit di Pulau Pinang.” tambah Guan Eng.

Dalam perkara berkaitan, Ahli Parlimen Bagan tersebut menjelaskan bahawa kerajaan persekutuan telah menubuhkan tabung penyelenggaraan RM500 juta untuk semua skim perumahan kos rendah dan sederhana rendah.

Katanya, skim kerajaan persekutuan tersebut menawarkan pembiayaan kos sebanyak 90 peratus oleh kerajaan persekutun dan 10 peratus pula oleh penduduk untuk semua projek pembaikan atau penaiktarafan untuk rumah pangsa kos rendah.

Manakala untuk rumah pangsa kos sederhana rendah ujar Guan Eng, 70 peratus kos dibiaya oleh kerajaan pusat dan 30 peratus oleh penduduk.

Tetapi tambah Guan Eng, usaha tersebut gagal kerana kebanyakan penduduk rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah tidak mampu menanggung kos 10% dan 30% masing-masing.

“Demi menjayakan program penyelenggaraan ini, kerajaan negeri akan menanggung kos 10% dan 30% ini bagi pihak penduduk rumah kos rendah dan sederhana rendah dengan RM50 juta ditanggung oleh kerajaan negeri untuk memperbaiki, menaiktaraf dan memulihkan rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah.

“Untuk itu semua persatuan penduduk diminta buat permohonan dengan kerajaan persekutuan dengan segera.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berharap agar pengumuman HAPPY! ini sedikit sebanyak menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri serta mampu merancakkan pembangunan ekonomi setempat pada masa yang sama mendesak agar tender terbuka hanya diadakan bagi kontraktor tempatan.

“Di hari yang mulia ini, saya ingin mengucapkan semoga Hari Raya Aidilfitri tahun ini disambut dengan meriah dan juga ingatan agar kita dapat membezakan mana yang benar dan mana yang palsu serta jauhilah fitnah. Maaf zahir dan batin.”  Lim Guan Eng dalam ucapan aidilfitrinya. - roketkini. 
Kerana menipu kononnya Lim Guan Eng mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, telah melakukan fitnah.
Kenapa dia tidak datang berjumpa Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, sebuah parti yang dituduh oleh UMNO sebagai parti komunis, cauvinis Cina? Ini kelakar. Ini bahkan tidak masuk akal. Apa sebenarnya masalah ...
Ketua Menteri, Lim Guan Eng dicabar mendedahkan secara terperinci nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera dan bukan bumiputera bagi membuktikan kepimpinannya benar-benar telus dalam ...
Kenyataan Lim itu dibuat sebagai cubaan untuk mengalihkan pelaburan Australia dari Johor ke Pulau Pinang.” Justeru, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang telah menuntut supaya Bernama menarik balik ...
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini menyifatkan laporan muka depan Utusan mendakwa DAP mahu menjadikan Kristian agama rasmi sebagai permainan politik yang jahat danmerbahaya.
We count on your support to make this (http://on.fb.me/wMKHMQ ) Page, Blog (http://bit.ly/8TpQpX ) this (http://on.fb.me/RsrVao ) Group as a Special Media Project for M'sia 13th General Election.

Kami hargai komen dan kerjasama kalian untuk menjadikan Page ini> (http://on.fb.me/wMKHMQ ) Blog ini> (http://bit.ly/8TpQpX ) dan Group ini>  (http://on.fb.me/RsrVao ) sebagai Projek Media Khas menjelang Pilihanraya umum ke13 nanti.
 
 Kerajaan tidak menyokong penerbitan filem sejarah?
Posted on Monday, August 20 @ 03:05:51 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: amkns

"Sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September nanti , kita harapkan kementerian berkaitan menyokong penuh filem sejarah di bawah ini yang hampir dilupakan oleh generasi masa kini.

“Tanpa sebarang niat mahu mendesak, pengarah filem Libas itu berharap FINAS tidak melengahkan lagi keputusan kerana daripada penerangan selepas sesi pembentangan kertas kerja 1963: Kalabakan, difahamkan proses terbabit hanya dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.”

Projek Filem Sejarah Tertangguh22 Mac 2011 : Berita Harian
Produksi 1963: Kalabakan masih menunggu lampu hijau dapatkan dana
WALAUPUN kerja pra-produksi bagi pembikinan cereka sejarah, 1963: Kalabakan, sudah diselesaikan, filem terbitan syarikat KalamAriff Holdings Sdn Bhd itu belum dapat dimulakan penggambarannya kerana pihak produksi masih menunggu keputusan mendapatkan geran kerajaan. Selepas menghantar kertas cadangan dan dipanggil membentangkan projek filem yang mengambil lokasi di Tawau, Sabah itu pada November lalu, hingga kini mereka belum mendapat sebarang jawapan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).
Jika tiada kata putus, filem bersandarkan tragedi yang berlaku 48 tahun lalu di Kalabakan, Tawau, sempadan antara Sabah dan Kalimantan membabitkan pembunuhan lapan askar Melayu yang diserang hendap musuh ketika solat Maghrib masih tertangguh. Peristiwa hitam itu berlaku sesudah tercetusnya konflik Ganyang Malaysia akibat isu politik antara negara ini, Indonesia dan Filipina, berikutan cadangan penubuhan Malaysia yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah) serta Sarawak.
“Ikut perancangan asal jika penggambaran dapat dimulakan pada Mac, filem ini diharap dapat menemui khalayak pada 16 September ini bertepatan sambutan Hari Malaysia. Namun nampaknya jadual yang dirancang sudah ‘lari’ jauh,” katanya dengan nada sedikit terkilan. Tanpa sebarang niat mahu mendesak, pengarah filem Libas itu berharap FINAS tidak melengahkan lagi keputusan kerana daripada penerangan selepas sesi pembentangan kertas kerja 1963: Kalabakan, difahamkan proses terbabit hanya dalam tempoh dua minggu hingga sebulan.
Kami mahu generasi masa kini mengetahui semangat pahlawan di Kalabakan dan menyoroti semula perjuangan anak bangsa dari perspektif sebenar. “Sekurang-kurangnya geran ini juga menjadi bukti sokongan jitu kementerian berkaitan terhadap usaha ini apatah lagi Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Negeri Sabah juga sedia memberikan kerjasama memastikan 1963: Kalabakan direalisasikan,” katanya.
 
 
 Yes Yes Yes!!! Kejayaan Seperti Ini Rakyat Malaysia
 Mesti Perjuangkan!

Posted on Monday, August 20 @ 03:06:50 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: setisab

"Myanmar abolishes media censorship
Myanmar members of the press walk as they wear shirts displaying their campaign slogan "Stop Killing Press" and tape across their mouths during a rally in Yangon on Aug 4, 2012. Myanmar has abolished censorship of its media, the information ministry announced on Monday, in the latest in a series of sweeping reforms by the country's nominally civilian government. -- PHOTO: AFP

YANGON (AFP) - Myanmar has abolished censorship of its media, the information ministry announced on Monday, in the latest in a series of sweeping reforms by the country's nominally civilian government.
"Censorship for all local publications is lifted from Aug 20, 2012," according to a statement on the ministry's website.

Pre-publication censorship - applied in the past to everything from newspapers to song lyrics and even fairy tales - was one of the hallmarks of military rule which ended last year.
Media reforms have already brought a lighter touch from the once ubiquitous censors, with less controversial publications freed from scrutiny last year. 
Please like n SHARE this photo with your friends on Facebook. We count on your support to make this (http://on.fb.me/wMKHMQ ) Page, Blog (http://bit.ly/8TpQpX ) this (http://on.fb.me/RsrVao ) Group as a Special Media Project for M'sia 13th General Election.

Sila Like dan Share foto ini dengan semua kengkawan FB anda. Kami hargai komen dan kerjasama kalian untuk menjadikan Page ini> (http://on.fb.me/wMKHMQ ) Blog ini> (http://bit.ly/8TpQpX ) dan Group ini>  (http://on.fb.me/RsrVao ) sebagai Projek Media Khas menjelang Pilihanraya umum ke13 nanti.
"

Tiada ulasan: