Posted on Friday, August 10 @ 01:06:42 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: pro
"
Ketua penerangan Pas Sabah,Hisammuddin Hj.Sulaiman berceramah di Tambunan Sabah.
TAMBUNAN,
2 Ogos 2012-Ketua Penerangan Pas Sabah,Tuan Hisammuddin Hj.Sulaiman
telah dijemput berceramah Bersama YB.Datuk Seri Panglima Wilfred M.
Bumburing di majlis roadshow Jelajah Sabah yang bertempat di Tambunan
Sabah.
Wilfred
M.Bumburing adalah tokoh UPKO/BN yang meletakan jawatan dalam parti itu
dan seterusnya menganggotai satu angkatan baru yang dinamakan APS
(Angkatan Perubahan Sabah).
Hisammuddin,dalam
ucapan mewakili parti Pas menekankan bahawa Umno/Bn insyallah akan
tumbang dalam pilihanraya kali ini sebagaimana tumbangnya
diktator-diktator dunia seperti regim Hosni Mubarak di Mesir.
Hisammuddin juga memuji langkah berani yang diambil oleh Datuk Wilfred
dan bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
Datuk Seri Panglima Lajim Ukim yang berani berubah demi rakyat Sabah.
Hisammuddin,yang
juga merupakan YDP Pas kawasan Pensiangan Sabah juga turut menyentuh
isu tanah rakyat yang dirampas tanpa diberi pembelaan oleh kerajaan
Umno/Bn Sabah.Dalam isu tersebut,beliau memuji rakyat Sabah yang memberi
pengiktirafan kepada Ngo Tabah iaitu Ngo yang berjuang membela
tanah-tanah rakyat yang dirampas tanpa pembelaan kerajaan dan berharap
rakyat Sabah bersedia menukar kerajaan dalam Pilihanraya umum ke 13
nanti.
Bagaimana kolej tipu boleh lulus PTPTN?
Posted on Thursday, August 09 @ 17:51:05 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: amkns
"
Kolej tipu pengiktirafan
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata tindakan itu dilakukan untuk mempengaruhi pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terbabit.
Tipu ada prasarana
“Kolej terbabit turut mengumumkan pelbagai prasarana pengajaran dan pembelajaran (P&P), sedangkan sebenarnya kemudahan itu tiada. Kes itu terbongkar hasil siasatan Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat KPT,” katanya kepada BH, di sini semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, sebuah IPTS yang mempunyai seramai 800 pelajar di Seri Kembangan, Serdang didakwa beroperasi secara haram, biarpun sudah diarahkan oleh KPT supaya menggantung operasi bagi membolehkan pihak pengurusannya menyelesaikan masalah dalaman.
Kena tindakan gagal bayar gaji pekerja
Bekas kakitangan pentadbirannya yang enggan namanya disiarkan mendakwa, kolej itu sudah dikenakan tindakan oleh KPT dan Jabatan Tenaga Kerja kerana gagal membayar gaji pekerja dalam tempoh tiga hingga empat bulan.
Katanya, setiap kali wakil kementerian dan jabatan terbabit membuat pemeriksaan ke kolej itu, IPTS terbabit mengarahkan pelajarnya bercuti atau menangguh kuliah bagi mengelak dikenakan tindakan.
Bimbang nasib pelajar
“Kami turut bimbang dengan nasib pelajar kolej itu kerana pihak pengurusan kerap meminta mereka bercuti dan menunda kuliah kerana ketiadaan pensyarah selepas 100 pensyarah serta kakitangan pentadbirannya meletak jawatan,” katanya.
Posted on Thursday, August 09 @ 17:51:05 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: amkns
"
Adakah
kolej-kolej yang tipu di bawah ini, para pelajarnya mendapat pinjaman
PTPTN? Bagaimana PTPTN boleh meluluskan pinjaman untuk kolej-kolej
penipu ini? Apakah PTPTN hanya menguntungkan IPTS terutamanya
kolej-kolej penipu ini? Apakah Kementerian Pengajian Tinggi sudah hilang
kawalan terhadap kolej swasta dan kolej penipu, akhirnya yang menjadi
mangsa anak bangsa kita sendiri yang terpaksa membayar pinjaman PTPTN
walaupun mendapat ijazah yang tidak laku atau tidak diiktiraf.
Kolej tipu pengiktirafan
10 Ogos 2012
Kuala
Lumpur: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengesan beberapa kes kolej
swasta melakukan penipuan dengan mendakwa ijazah dan diploma ditawarkan
memperoleh akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata tindakan itu dilakukan untuk mempengaruhi pelajar melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) terbabit.
Tipu ada prasarana
“Kolej terbabit turut mengumumkan pelbagai prasarana pengajaran dan pembelajaran (P&P), sedangkan sebenarnya kemudahan itu tiada. Kes itu terbongkar hasil siasatan Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat KPT,” katanya kepada BH, di sini semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, sebuah IPTS yang mempunyai seramai 800 pelajar di Seri Kembangan, Serdang didakwa beroperasi secara haram, biarpun sudah diarahkan oleh KPT supaya menggantung operasi bagi membolehkan pihak pengurusannya menyelesaikan masalah dalaman.
Kena tindakan gagal bayar gaji pekerja
Bekas kakitangan pentadbirannya yang enggan namanya disiarkan mendakwa, kolej itu sudah dikenakan tindakan oleh KPT dan Jabatan Tenaga Kerja kerana gagal membayar gaji pekerja dalam tempoh tiga hingga empat bulan.
Katanya, setiap kali wakil kementerian dan jabatan terbabit membuat pemeriksaan ke kolej itu, IPTS terbabit mengarahkan pelajarnya bercuti atau menangguh kuliah bagi mengelak dikenakan tindakan.
Bimbang nasib pelajar
“Kami turut bimbang dengan nasib pelajar kolej itu kerana pihak pengurusan kerap meminta mereka bercuti dan menunda kuliah kerana ketiadaan pensyarah selepas 100 pensyarah serta kakitangan pentadbirannya meletak jawatan,” katanya.
Jurucakap
mendakwa, beliau bersama 10 bekas pensyarah kolej itu membuat aduan
mengenai masalah dalaman kolej itu kepada KPT di Putrajaya, baru-baru
ini dan kolej terbabit sudah diarahkan membayar gaji mereka.
"
Keajiban Solat Dari Sudut Kajian Sains
Posted on Thursday, August 09 @ 18:39:02 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Blog VideoKini
Keajiban Solat Dari Sudut Kajian Sains oleh Mr. Ag Siew Chok
Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif
Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki.Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam.Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.
Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.
Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama yang l engkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. Sekian untuk renungan kita bersama
http://pmiupm.net/?p=584
Sabda Rasulullah.s.a.w. lagi; Daripada Abdullah bin Umar r.a., katanya: Sesungguhnya Rasulullah.s.a.w. telah bersabda: " Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu, samakan kedudukan antara bahu-bahu kamu, penuhkan semua ruangan-ruangan kosong yang terdapat dalam saf, bersopan santunlah dengan saudara-saudara kamu ketika meluruskan dan merapatkan saf dan jangan sekali-kali membiarkan ruangan-ruangan kosong saf terdedah kepada syaitan. Sesiapa yang memenuhkan saf dan merapatkannya, nescaya Allah SWT menyambungkan rahmat-Nya bagi orang tersebut dan sesiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah SWT akan memutuskan rahmat-Nya dan inayah-Nya daripada orang tersebut" ( Riwayat Abu Daud )
http://www.leewantam.com/2009/06/saf-yang-tidak-rapat-terputus-rahmat.html
SAF SEMBAHYANG JEMAAH RAPAT LURUS BUKTI MENCINTAI RASULULLAH Oleh: Syamsul Annuar Yaacob
Sumber: http://www.bharian.com.my
MENJADI kebiasaan bagi imam bertugas mengungkapkan hadis Rasulullah SAW ketika berdiri mendirikan solat jemaah. Ucapan itu bukan direka tanpa tujuan kerana kata itu sahih daripada mulut Rasulullah SAW. Anas Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Luruskan saf kamu, kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna." (Hadis Riwayat Muslim) Namun, seruan itu sering diabaikan masyarakat yang mengaku cintakan Nabi Muhammad SAW, tetapi memandang ringan seruan Baginda. Sesungguhnya kecintaan kepada Rasulullah SAW perlu diterjemahkan dengan mengikut sunnah Baginda.
Anas berakta, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. Pertama, hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai kecuali kerana Allah. Kedua, taat ibu bapa selagi tidak melanggar perintah Allah. Ketiga, hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Jika kecintaan kepada ibu bapa menuntut ketaatan terhadap perintah mereka, apakah pula alasannya tidak mengendahkan perintah Rasulullah SAW sedangkan kedudukan cinta terhadap Baginda lebih tinggi berbanding ibu bapa. Begitulah kecintaan sebenar kepada Rasulullah SAW perlu mengikut sunnah Baginda seperti firman Allah bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Ali-Imran, ayat 31)
Mungkin ada yang tidak selesa jika bersolat dalam keadaan rapat serta dalam saf lurus. Tidak kurang juga timbul perasaan geli untuk berdiri bersentuhan bahu dan bertemu kaki ketika solat jemaah. Ketahuilah bahawa dalam sunnah yang dipandang ringan ini, terkandung penawar bagi penyakit perpecahan yang sedang melanda umat Islam kini.
Daripada Abu Masud, katanya: "Rasulullah SAW menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata, luruskan barisanmu (saf), jangan bengkok, nescaya yang menyebabkan hatimu berpecah-belah." (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah SAW mempunyai cara tersendiri mewujudkan perpaduan utuh di kalangan sahabat dengan menyempurnakan saf. Ini terbukti apabila generasi yang ditarbiah Rasulullah SAW amat menjaga perpaduan dan tidak mementingkan diri seperti puak Muhajirin serta Ansar yang dapat disatukan.
Ada pihak beranggapan tidak sempurna saf jika kanak-kanak solat bersama, tetapi tidak pula rasa solatnya tidak sempurna jika saf tidak lurus. Setiap kali solat Jumaat atau hari raya, jemaah bersembahyang di luar atau di pekarangan masjid kerana ruangan dalam sudah penuh. Jika semua mementingkan susunan saf yang betul dan lurus, pasti ada jemaah berpeluang solat di dalam masjid. Jika benar ikhlas cintakan Rasulullah SAW dan ingin mengeratkan perpaduan Islam, ikut sunnah nabi supaya merapatkan serta meluruskan saf supaya hilang perasaan ego dan sombong sebaliknya lahir rasa kasih sayang.
http://al-fikrah.net/News/article/sid=702.html
'(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah! hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.' (ar-Raad : 28).
..........
http://video-kini.blogspot.com

Banyak Senjata Buatan Jerman Berada Di Tangan Taliban
Posted on Thursday, August 09 @ 19:47:38 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: Halimislam
"Sebuah surat khabar Jerman mendedahkan bahawa kumpulan pejuang Taliban telah menggunakan senjata dan bahan letupan buatan Jerman di samping peluru AS.
Beberapa senjata yang disita dari gerila Afghanistan buatan Jerman. Senjata-senjata itu termasuk mesingan, pistol, dan mortir.

Laporan
lain juga mengatakan bahawa lebih dari 4500 pistol buatan Jerman, yang
dijual kepada pasukan keselamatan Afghanistan, telah hilang.
Pada tahun 2006, Jabatan Pertahanan Jerman menghantar 10000 senjata ke Afghanistan. Laporan itu juga mengatakan senjata Jerman dengan mudah terdapat di pasaran gelap di Pakistan.
Sementara itu, sekurang-kurangnya satu pertiga daripada 242000 senjata yang dihantar ke Afghanistan oleh Amerika Syarikat dari tahun 2004 dan 2008 juga sudah hilang.
Menurut PBB, 25 peratus dari pasukan keselamatan Afghanistan yang diserahkan kepada pejuang Taliban tetap membawa senjata yang diberikan kepada mereka.
Awal minggu ini, sekurang-kurangnya 11 polis Afghanistan bergabung dengan Taliban di wilayah Helmand. Pasukan polis juga mengambil 11 senjata mesin AK-47 bersama dengan tiga motosikal dan dua mesingan PK dengan mereka.

Morsi pecat serta merta Ketua Perisikan dan Gabenor Sinai
Posted on Thursday, August 09 @ 23:29:13 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: Halimislam
"Presiden Mesir Mohamed Morsi memecat Ketua Perisikan dan Gabenor Sinai Utara dalam REORGANISASI yang juga melibatkan ketua polis. Pengumuman itu dikeluarkan tidak lama selepas operasi tentera di Semenanjung Sinai.
Dalam pernyataan melalui televisyen hari Rabu, tentera Mesir mengatakan telah memulakan operasi di Sinai untuk memulihkan kestabilan dan kembali menguasai kawalan di kawasan itu. Sejak jatuhnya presiden Hosni Mubarak tahun lalu, terjadi peningkatan pemberontakan di bahagian-bahagian wilayah Sinai.

Para pegawai Mesir mengatakan
mereka membunuh 20 suspek kumpulan bersenjata di Semenanjung Sinai
dalam serangan udara hari Rabu, beberapa jam selepas kumpulan bersenjata
menyerang pos-pos keselamatan di bandar El-Arish, kira-kira 50
kilometer dari sempadan dengan Israel dan sempadan Gaza.
Hari Ahad, kumpulan bersenjata melancarkan serangan yang mengorbankan 16 penjaga sempadan Mesir, dan berusaha menyeberang sempadan ke Israel.

Kenapa Muzium N.Sembilan anjur Forum Komunis?
Posted on Thursday, August 09 @ 23:30:19 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: amkns
"Kenapa pula Lembaga Muzium Negeri Sembilan pula yang menganjurkan Forum Pengkisahan Sejarah Kekejaman Komunis pada 3 September 2012? Kenapa tidak Muzium Tentera Darat yang terletak di Port Dickson yang menganjurkannya?
Lembaga Muzium N.Sembilan sepatutnya menjejak kembali sejarah kepahlawanan pejuang Negeri Sembilan sejak zaman kejatuhan Melaka. Menampilkan tokoh pahlawan dari negeri ini seperti Dato Siamang Gagap, Sarjan Hassan, Lt. Adnan, Prebet Ujang yang bersama Lt. Adnan.
Di samping itu Lembaga Muzium Negeri Sembilan sepatutnya memberi kesedaran kepada generasi kini di negeri ini, bahawa Angkatan Tentera Malaysia itu sendiri terbentuk hasil dari buah pemikiran pemerintah negeri ini iaitu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan serta Undang Rembau dan kesultanan Perak.
**************
Forum Pengkisahan Sejarah 'Kekejaman Komunis' sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55 peringkat Negeri Sembilan akan dilaksanakan pada 3 September 2012 (Isnin), jam 8.30 pagi, di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan
ii) YBhg. Left.Jen. (B) Dato' Seri Zaini Mohd. Said, 'Mengimbas Kembali Perang Menentang Insorgensi Komunis'
iii) YBhg. Tan Sri Rahim Nor, 'Perjanjian Damai Malaysia-PKM'
Bekas anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1RAMD) Prebet Ujang Mormin yang berjuang bersama ketika Leftenan Adnan Saidi ketika Perang Dunia Ke 2 terus mendapat perhatian pelbagai pihak yang menghargai jasanya kepada negara. Antaranya, Undang Luak Rembau, Datuk Mohamad Sharip Othman yang melwat rumahnya di Rumah Rakyat Sikamat dekat sini. Ujang yang berasal dari Kampung Kundur Hilir di Rembau, pernah berjuang bersama Adnan menentang tentera Jepun di benteng pertahanan terakhir negara di Bukit Candu, Singapura pada 1942.
Benarkah Lt. Adnan Keturunan Datuk Siamang Gagap? Datuk Siamang Gagap atau Pendekar Siamang Gagap merupakan pahlawan Melayu yang menentang Inggeris di Negeri Sembilan. Beliau yang memimpin angkatan perang Seri Menanti menentang askar British dalam perang Bukit Putus pada 25 November 1875. Setelah Datuk Siamang Gagap meninggal dunia, anak-anaknya merantau membawa diri mencari rezeki. Salah seorang anaknya mudek ke Sungai Beranang lalu menetap di kampong Sungai Ramal, Kajang. Semasa menjejaki waris Allahyarham Leftenan Adnan, ada yang berkata Leftenan Adnan itu orang Minangkabau keturunan Datuk Siamang Gagap.
Posted on Thursday, August 09 @ 23:30:19 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: amkns
"Kenapa pula Lembaga Muzium Negeri Sembilan pula yang menganjurkan Forum Pengkisahan Sejarah Kekejaman Komunis pada 3 September 2012? Kenapa tidak Muzium Tentera Darat yang terletak di Port Dickson yang menganjurkannya?
Lembaga Muzium N.Sembilan sepatutnya menjejak kembali sejarah kepahlawanan pejuang Negeri Sembilan sejak zaman kejatuhan Melaka. Menampilkan tokoh pahlawan dari negeri ini seperti Dato Siamang Gagap, Sarjan Hassan, Lt. Adnan, Prebet Ujang yang bersama Lt. Adnan.
Di samping itu Lembaga Muzium Negeri Sembilan sepatutnya memberi kesedaran kepada generasi kini di negeri ini, bahawa Angkatan Tentera Malaysia itu sendiri terbentuk hasil dari buah pemikiran pemerintah negeri ini iaitu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan serta Undang Rembau dan kesultanan Perak.
**************
Forum Pengkisahan Sejarah 'Kekejaman Komunis' sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-55 peringkat Negeri Sembilan akan dilaksanakan pada 3 September 2012 (Isnin), jam 8.30 pagi, di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan
Tokoh:
i) YBhg. Dato' Nadzan bin Haron, 'Sejarah Kemunculan Komunis'ii) YBhg. Left.Jen. (B) Dato' Seri Zaini Mohd. Said, 'Mengimbas Kembali Perang Menentang Insorgensi Komunis'
iii) YBhg. Tan Sri Rahim Nor, 'Perjanjian Damai Malaysia-PKM'
Untuk keterangan lanjut, sila hubuingi Lembaga Muzium Negeri Sembilan 06-7361149
Destinasi
yang pertama Anak Rembau singgah ialah maqam Penghulu Luak Rembau yang
pertama, Dato’ Lela Maharaja Seri Rama dan isterinya, Puan Isteri Siti
Hawa binti Laut Dalam.,di Chengkau Ulu. Memang menyedihkan keadaan maqam
pemerintah Luak Rembau yang pertama. Penuh dengan semak samun, pagar
yang runtuh….bumbung dah pecah.
Filem
Sarjan Hassan lakonan P. Ramlee adalah berdasarkan watak sebenar.
Sarjan Hassan dilahirkan di Kampung Batu 12, Mantin, Negeri Sembilan
pada Julai 1927. Pada usia 7 tahun, ibunya meninggal dunia. Oleh kerana
kesukaran bapanya untuk menjaga adik beradik beliau seramai 5 orang,
datuknya, Penghulu Ismail telah membawa Sarjan Hassan pulang ke Pantai
dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pantai. Beliau bersara dengan
menyandang pangkat Kapten. Di penghujung tempoh perkhidmatannya sebagai
tentera, beliau telah berjaya membunuh seramai 54 orang komunis di
samping menerima pelbagai pingat anugerah sama ada daripada pihak
British mahupun Kerajaan Malaysia. Beliau meninggal dunia pada 30 April
1991, jam 4.30 pagi di Hospital Besar Seremban dan dikebumikan di Tanah
Perkuburan Tuan Haji Muhammad Said, Seremban. Bekas anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1RAMD) Prebet Ujang Mormin yang berjuang bersama ketika Leftenan Adnan Saidi ketika Perang Dunia Ke 2 terus mendapat perhatian pelbagai pihak yang menghargai jasanya kepada negara. Antaranya, Undang Luak Rembau, Datuk Mohamad Sharip Othman yang melwat rumahnya di Rumah Rakyat Sikamat dekat sini. Ujang yang berasal dari Kampung Kundur Hilir di Rembau, pernah berjuang bersama Adnan menentang tentera Jepun di benteng pertahanan terakhir negara di Bukit Candu, Singapura pada 1942.
Benarkah Lt. Adnan Keturunan Datuk Siamang Gagap? Datuk Siamang Gagap atau Pendekar Siamang Gagap merupakan pahlawan Melayu yang menentang Inggeris di Negeri Sembilan. Beliau yang memimpin angkatan perang Seri Menanti menentang askar British dalam perang Bukit Putus pada 25 November 1875. Setelah Datuk Siamang Gagap meninggal dunia, anak-anaknya merantau membawa diri mencari rezeki. Salah seorang anaknya mudek ke Sungai Beranang lalu menetap di kampong Sungai Ramal, Kajang. Semasa menjejaki waris Allahyarham Leftenan Adnan, ada yang berkata Leftenan Adnan itu orang Minangkabau keturunan Datuk Siamang Gagap.
Semenjak
tahun 1902, Raja-Raja Melayu terutamanya Sultan Alang Iskandar Shah
(Sultan Perak), Tuanku Muhamad Ibni Yam Tuan Antah (Yang DiPertuan Besar
Negeri Sembilan), Raja Chulan (Kerabat DiRaja Perak) dan Dato Abdullah
Haji Dahan (Undang Luak Rembau) telah menggesa Kerajaan Kolonial British
di Malaya untuk menubuhkan satu rejimen tentera yang dianggotai oleh
orang-orang tempatan. Pada 1 Februari 1933, seramai 25 orang anak Melayu
daripada 100 orang calon telah dipilih sebagai “sesuai untuk diambil
menjadi rekrut” di dalam pasukan Askar Melayu. http://ms.wikipedia.org/wiki/Rejimen_Askar_Melayu_DiRaja
Penduduk Bandar Sri Indah Tawau Menuntut Hak Supaya Dibina Masjid
Posted on Friday, August 10 @ 00:59:01 PDT
Dilulus untuk paparan oleh anaqsabah
Oleh : Penduduk BSI
Mohon doakan dan disebar-sebarkan...
Ini PERJUANGAN kami, perjuangan membina RUMAH ALLAH di BANDAR SRI INDAH...
Kami penduduk MAJORITI di TAMAN PERUMAHAN TERBESAR DI DAERAH TAWAU...

Namun hak dan kebajikan KAMI dinafikan. Sejak tahun 2009 hingga kini , KAMI ;
i) Menumpang rumah insan berhati mulia sebagai SURAU tempat beribadah
ii) Memulakan proses permohonan pembinaan MASJID SURAU kepada PEMAJU
iii) Mengatur dialog serta menghantar proposal rasmi permohonan pada PEMAJU
HAP SENG dan MAJLIS PERBANDARAN TAWAU
Hasilnya : Pergi HAP SENG, mereka bgtau minta dulu surat dari MPT
Pergi MPT, mereka nak surat dari HAP SENG terlebih dulu
Pergi HAP SENG lagi , mereka cakap yg sama kena dari MPT dahulu
Kesimpulannya apa ? KAMI kena ......
iv) Mengatur pertemuan dengan YB2 ADUN dalam Parlimen TAWAU, kami pernah
dijanjikan ianya akan selesai dalam tempoh 6 bulan, tapi dah 4 tahun berlalu,
keadaan masih tetap sama. Apa maknanya ?
v) Saban tahun kami bertarawih berlantaikan jalan raya beralaskan tarpal
vi) Saban tahun ada sahaja antara KAMI berhujan ketika sedang bersolat
vii) Pernah menerima kabar gembira, HAP SENG berikan KAMI sebuah tapak
masjid. Setelah KAMI bersihkan, setelah kami membayar juruukur tanah, kami
diarah menghentikan kerja2 pembinaan serta merta, alasannya, TAPAK yang
diberikan kepada KAMI sebenarnya telah DIJUAL kepada GEREJA...boleh
rupanya tanah yang telah diistihar tapak keagamaan diJUAL BELI ? JUAL plak
pada penduduk MINORITI... HEBAT HEBAT...
Rakan2, KAMI bukan memusuhi rakan2 beragama lain, KAMI cuma nak kesamarataan.
KAMI tak minta dibuatkan masjid oleh PEMAJU, KAMI cuma inginkan TAPAK MASJID..
~ Penduduk BSI

http://www.youtube.com/watch?v=rw80LCwOvB8&feature=share
Suami Mangsa Jerut Bakal Didakwa Pagi Ini?
Posted on Friday, August 10 @ 01:00:21 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Blog Mazidul Akmal

Seseorang itu tidak bersalah sehingga diputuskan bersalah oleh mahkamah.
Al-Fatihah
buat roh Syaleza Jaafar, 30 tahun, ditemui mati di rumahnya di
Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor. Pada awalnya, kes terbabit
diklasifikasikan oleh polis sebagai kematian mengejut
Klik di sini untuk membaca laporan awal kes.
Hasil
bedah siasat mayat di Hospital Sungai Buloh, doktor pakar mendapati
arwah meninggal dunia akibat dijerut BUKAN menggantung diri, klik di sini. Polis kemudian menahan suaminya, Norazman Bashah, 31 tahun untuk disiasat.
Suspek direman 10 hari sehingga hari ini, klik di sini.
Jam
9 pagi nanti pasti ramai wartawan dan jurugambar media cetak dan
elektronik akan berada di pekarangan Mahkamah Majestrit Petaling Jaya.
302.
Itu congakan saya.
Kita tunggu ...
KEMAS KINI
Suami mangsa, Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah telah dituduh di Mahkamah Majestrit Petaling Jaya sekitar jam 10 pagi tadi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Jika sabit kesalahan dia boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati mandatori.
Sewaktu dibawa ke mahkamah, dia kelihatan tenang. Norazman dituduh membunuh isterinya di antara jam 12.30 dan 7.30 malam, 28 Julai lalu.
Sebutan semula kes pada 14 September 2012
..........
http://www.mazidulakmal.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan